Isu 01 Tech Harvest / / ISU 01 TIPS PANDUAN MNYELENGGARA DOKUMEN AKAUN BISNES ANDA 1 2 PIVOT TABLE :...
Transcript of Isu 01 Tech Harvest / / ISU 01 TIPS PANDUAN MNYELENGGARA DOKUMEN AKAUN BISNES ANDA 1 2 PIVOT TABLE :...
KANDUNGAN / / ISU 01
TIPS
PANDUAN
MNYELENGGARA
DOKUMEN AKAUN
BISNES ANDA
1
2 PIVOT TABLE :
TOOL YANG POWER
UNTUK ORANG
BISNES
PENGETAHUAN AM
7 12 PERISIAN UNTUK
MELINDUNGI ANDA
DARIPADA RANSOMWARE
BITDEFENDER ANTIVIRUS PLUS 2016 14 560 JUTA KATA
LALUAN BOCOR DI
INTERNET
16 GOOGLE DOCS
PHISHING SCAM
Isu 01 REVIEW
20 ZOHO MAIL :
MENJADIKAN PENGURUSAN EMAIL
LEBIH EFISIEN
TERKINI 21 VOLVO INGIN MENGHENTKAN
MEREKA CIPTA KERETA ENJIN
PEMBAKARAN BERMULA
TAHUN 2019
1
ika anda mempunyai bisnes,
tetapi tidak menyelenggara
dokumen dengan baik. Anda
pasti akan menghadapi
kesukaran untuk menyediakan
penyata kewangan
memandangkan tiada dokumen
sokongan yang membantu
transaksi anda.
Sebagai anda mungkin boleh
mengasingkan dokumen mengikut
transaksi yang selalu dilakukan oleh
anda. Menyelenggara dokumen
secara berkala sangat penting
supaya anda tidak terlepas
pandang terhadap transaksi anda.
Sebelum anda menyediakan rekod
simpan kira. Anda boleh
mengkelaskan jenis-jenis transaksi
anda berdasarkan template di
bawah yang
merangkumi ENAM item di bawah:
1. Jualan/Belian
2. Pembekal
3. Pelanggan
4. Perjanjian (Perjanjian Sewa Beli,
Sewa Premis dan lain-lain)
5. Penyata Bank
6. Belanja Operasi
J
2
Anda boleh mencubanya. Jangan pandang mudah berkaitan filing
kerana ia merupakan benda yang paling penting untuk membuktikan
transaksi itu telah dilakukan.
Contoh Template Rekod Akaun
3
alam menguruskan bisnes
sudah pasti ada banyak
data yang akan anda
gunakan untuk tujuan
analisa.Jika anda
menggunakan sistem, itu tidak
menjadi masalah kerana sistem
akan membantu untuk membuat
ringkasan dan rumusan untuk data
tersebut.
Fungsi ini sangat membantu orang
bisnes untuk menguruskan data-
data seperti di bawah:
1. Transaksi Harian
2. Database Pelanggan
3. Maklumat Pekerja (bayaran
gaji, kerja lebih masa dan
sebagainya)
4. Dan Lain-Lain
Tetapi jika anda masih lagi
menggunakan kaedah manual.
Anda pastinya berhadapan
dengan kesukaran untuk meneliti
satu persatu data yang ada. Andai
kata data anda beratus-ratus pasti
terkebil-kebil mata nak tengok satu
persatu.
Apa yang kami boleh berikan
tips kepada anda adalah dengan
menggunakan fungsi PIVOT TABLE di
Microsoft Office Excel.
D
4
Dengan PIVOT TABLE anda boleh melakukan rumusan data mengikut
kategori ataupun data yang mahu anda susun. Di Pivot Table List ia
mempunyai EMPAT (4) tetapan bagaimana data anda boleh disusun. Anda
hanya perlu memasukkan data pada Pivot Table List yang berkenaan.
5
Setiap kali anda membuat sebarang perubahan pada data anda,
anda hanya perlu menekan butang refresh sahaja dan ia akan secara
automatik membuat perubahan pada laporan pada Pivot Table tadi. Apa-
apa sahaja data pada table yang berubah begitulah juga di Pivot Table.
6
Selepas anda menjana data anda dengan PIvot Table, data yang
sama juga boleh dibentangkan dalam bentuk carta. Ia lebih memudahkan
analisa versi visual untuk perbandingan.
7
Perisian antivirus sentiasa berubah mengikut masa. Ianya perlu
sentiasa proaktif dan reaktif untuk mengatasi bahaya yang
mendatang. Sudah tentu, tiada antivirus yang dapat
melindungi anda 100%. Dan potensi bahaya akan semakin
membesar setiap hari. Hal ini yang menyebabkan sektor
sekuriti siber dijangka akan bernilai $200 billion (RM865.4 billion)
menjelang 2021.
Salah satu isu terbesar yang bagi pengguna domestik, bisnes
dan perusahaan besar ialah ransomware. Walaupun
penyebaran ransomware amat sukar untuk dibendung
namun ianya tidak mustahil.
Mari kita lihat 12 perisian yang dapat melindungi anda
dari ransomware.
Mengapa Perlunya Perlindungan
Penyebaran ransomware bermula dengan mengesan sistem anda, dan
menyasarkan file extensiontertentu. Apabila pengesanan telah
selesai, ransomware akan mengunci fail tersebut, dan meminta wang
tebusan untuk mengembalikan fail yang terjejas, melalui Bitcoin yang tidak
boleh dikesan.
Ransomware telah mengakibatkan banyak serangan sejak 2016. Penyelidik
sekuriti di Sonicwall melaporkan sebanyak 638 juta serangan ransomware
telah dilaporkan, peningkatan hampir 167 kali ganda dari 3.8 juta yang
dilaporkan pada tahun 2015. SonicWall juga menjangkakan hampir $209 juta
(RM904.5 juta) kerugian telah berlaku untuk tahun ini sahaja.
PE
NG
ET
AH
UA
N A
M
8
Anda masih skeptikal mengenai bahaya ransomware? Symantec
melaporkan yang wang tebusan bagi ransomware telah meningkat dari
$294 (RM1272) pada tahun 2015 kepada $1077 (RM4661) pada tahun 2016.
Wang tebusan ini adalah lebih besar bagi syarikat-syarikat atau perusahaan
besar.
Selesai dengan penjelasan? Mari teruskan dengan bagaimana anda boleh
membendung hal ini dari terjadi kepada anda.
Antivirus yang Kuat
Umum mengetahui keperluan untuk memasang perisian antivirus. Internet
adalah sangat luas. Sebarang kelemahan akan disalahguna untuk tujuan
yang tidak baik. Dan ralat pengguna adalah biasa.Perisian antivirus mencari
dan melindungi dari bahaya ransomware– tetapi setiap satu adalah
berbeza.
1. Bitdefender Antivirus Plus 2017
Bitdefender adalah antara antivirus yang bereputasi tinggi, dengan
memenangi anugerah kadar pengesanan virus terbaik untuk enam tahun
berturut-turut. Ianya juga kurang mengganggu prestasi sistem dan
menyediakan pelbagai alat untuk keselamatan sistem.
Bitdefender adalah sebuah antivirus yang sangat kuat. Ransomware
biasanya akan
mencari file
extension
tertentu dan
lokasi fail lain.
Bitdefender
mencegah
akses tanpa
kebenaran
kepada mana-
mana folder
yang dilindungi,
termasuk
Documents,
Desktop,
Pictures, Music,
Videos, serta penyedia fail secara cloud seperti Dropbox dan Google Drive.
Pengguna juga boleh memasukkan folder spesifik untuk dilindungi.
9
Secara keseluruhan, Bitdefender Antivirus Plus 2017 adalah produk
perlindungan yang baik untuk sistem anda. Harga jualan bermula dengan
$59.99 (RM260) setahun, tetapi lebih murah untuk langganan lebih dari
setahun.
1. Trend Micro Antivirus+
Security 2017
Trend Micro Antivirus+ Security
2017 menawarkan pakej
perlindungan
dari ransomware yang menyeluruh.
Selain melindungi folder spesifik
dan membendung akses, Trend
Micro juga menyediakan pelbagai
fungsi: perlindungan modifikasi
folder, analisis tingkahlaku,
pengesanan dan kuarantin fail
dikunci serta backup.
Pakej keseluruhannya adalah baik,
tetapi Bitdefender menyediakan
fungsi pencegahan fail dan folder
yang lebih canggih. Antivirus+
Security 2017 melindungi
folder Documents dan
subfoldernya serta satu lagi folder
tambahan.
Trend Micro Antivirus+
Security 2017 dijual pada $39.95
10
(RM173) setahun untuk satu
pengaktifan
2. Avast Free Antivirus 2017
Anda tidak sanggup membayar
sehingga $60 (RM260)
untuk antivirus? Terdapat
banyak antivirus percuma yang
boleh anda dapati.
Kebanyakannya tidak mempunya
fungsi khas anti-
ransomware seperti Bitdefender,
tetapi sekurangnya ianya dapat
melindungi anda dari bahaya.
Artikel ini akan mengupas lebih
lanjut aplikasi lain yang boleh anda
gunakan
bersama antivirus percuma anda
selepas ini.
Jika anda berbicara
mengenai antivirus percuma,
pasti Avast yang akan terlintas di
fikiran anda. Ianya menyediakan
pelbagai fungsi seperti
pengesanan malware,
pengesanan tingkahlaku,
menyekat URL berbahaya dan
banyak lagi.
Penyekat Ransomware
Sebuah solusi antivirus akan
menawarkan perlindungan dari
pelbagai bahaya yang ingin
mengakses komputer anda.
Bagaimanapun, hanya ada
beberapa produk yang
menyasarkan untuk
menangani ransomware secara
spesifik, dengan sentiasa
mengemaskini tanda-tanda dan
tingkahlaku ransomware. Selain itu,
ia juga tidak mengganggu
perisian antivirus yang sedia ada.
3. Cybereason RansomFree
Cybereason’s RansomFree adalah
alat perlindungan ransomware
percuma yang direka untuk
digunakan bersama solusi sekuriti
anda yang sedia ada. Ianya
menggunakan pengesanan pintar
untuk menilai sebaran tingkahlaku
yang aneh atau tidak dijangka,
seterusnya menghapuskan bahaya
tersebut.
Tambahan lagi, RansomFree
meletakkan fail umpan secara
spesifik untuk mengesan
serangan ransomware. RansomFre
e meneliti fail umpan tersebut dan
akan menghentikan sebarang
serangan ransomware sebelum
ianya bermula lagi.
4. Malwarebytes Anti-
Ransomware Beta
Malwarebytes adalah nama yang
dipercayai ramai dalam dunia
sekuriti. Mereka telah
membeli CryptoMonitor, sebuah
alat anti-ransomware dan
memasarkannya beberapa bulan
selepas itu. Walaupun masih dalam
peringkat beta, Malwarebytes Anti-
Ransomware berfungsi mengesan
perubahan tingkahlaku dengan
sangat baik melalui pelbagai ujian.
Ianya juga agak ringan.
Anda mungkin berfikir, “Saya sudah
mempunyai Malwarebytes Anti-
11
Malware dan Malwarebytes Anti-
Exploit, jadi mengapa saya
memerlukan ini juga?” Tujuannya
ialah untuk mempunyai pelbagai
lapisan keselamatan, yang mana
setiap satu memainkan peranan
tersendiri dalam melindungi
komputer anda.
5. HitmanPro.Alert
HitmanPro adalah sebuah produk
keluaran Sophos. HitmanPro merup
akan produk sekuriti yang telah
lama digunakan di seluruh industri.
Versi “Alert” memperkenalkan
beberapa alat anti-ransomware,
seperti CryptoGuard, perlindungan
pengambilalihan process, kunci
rangkaian dan perlindungan
eksploit memori.
HitmanPro.Alert sesuai digunakan
bersama produk antivirus yang
lengkap. Anda boleh
mendapatkannya dengan harga
$34.95 (RM151) setahun untuk satu
pengaktifan, atau $54.95 (RM238)
setahun untuk tiga pengaktifan.
Backup Data Anda
Tahukah anda rahsia terbesar
untuk mengelak dari
bencana ransomware? Backup se
mua data anda. Lakukannya
dengan kerap, dan
jika ransomware berjaya
menyerang, anda hanya perlu
memadam semuanya dan kembali
ke keadaan sebelum serangan.
Dengan ini, anda akan selalu yakin
yang fail anda akan disimpan
dengan selamat.
6. Macrium Reflect 7 Home
Edition
Macrium Reflect adalah perisian
backup dan pengeklonan disk
berbayar yang popular. Senarai
fungsinya sangatlah banyak. Anda
sendiri boleh melihatnya di sini.
Macrium membolehkan
perlaksanaan backup yang
lengkap dan praktikal mengikut
kegunaan anda. Selain itu, ianya
pantas dan mudah untuk difahami
pengguna.
Macrium Reflect 7 Home Edition
boleh didapati pada harga $59.99
(RM260).
7. Duplicati
Duplicati adalah alat percuma
yang membenarkan anda
membuat dan menyimpan
backup secara atas talian. Ianya
boleh digunakan dengan protocol
standard seperti FTP, SSH,
dan WebDAV, termasuklah servis
cloud lain seperti Microsoft
OneDrive, Google Drive, Mega,
dan lain-lain.
Anda boleh menggunakannya
secara spesifik mahupun secara
asas. Hanya pilih fail individu untuk
dibuat backup, dan setkan waktu
backup mengikut kesesuaian
anda. Duplicati tersedia dengan
antara muka atas talian, yang
boleh digunakan di mana-mana
contohnya seperti di telefon
pintar anda.
12
8. Cobian Backup 11 (Gravity)
Cobian Backup kini adalah di keluaran yang ke sebelas. Ianya masih
menjadi alat backup yang popular dengan antara muka yang mesra
pengguna. Cobian Backup 11 didatangkan dengan fungsi penguncian fail,
enkoder, penterjemah dan banyak lagi. Backup juga boleh dijadualkan
untuk sebarang masa.
Alatan Yang Berguna
Selain antivirus, penyekat ransomware, dan backup, terdapat beberapa
alatan yang bermanfaat untuk anda gunakan.
9. Trend Micro Lock Screen Ransomware Screen Unlocker
Produk yang namanya panjang ini berfungsi sama seperti namanya sendiri.
Ianya berfungsi untuk melindungi anda sebelum ransomware berjaya
mengunci fail anda dan merebak ke seluruh sistem.
dua senario berbeza yang mana alat ini akan berjalan, iaitu semasa Safe
Mode dan secara menggunakan peranti USB. Dalam kedua-dua senario ini,
fail anda akan boleh didapatkan semula walaupun anda tidak boleh
mengakses Windows secara normal.
10. Microsoft EMET
Microsoft Enhanced Mitigation Experience Toolkit menyediakan lapisan
keselamatan tambahan untuk pengguna Windows. Ianya akan melindungi
anda dari perisian yang mencurigakan. Tiada jaminan jika perisian itu sudah
dimanipulasi namun ianya dapat sedikit sebanyak meningkatkan
keselamatan komputer anda
Oleh sebab itu, EMET bukanlah alat yang boleh melakukan magik. Ianya
direka untuk mengganggu manipulasi yang biasa. Eksploit yang baru ditemui
setiap hari dan pasti akan ada cara untuk cuba mengatasi EMET kerana
ianya bukanlah produk sekuriti yang terintegrasi.
13
11. Kaspersky Anti-Ransomware Tool
Kaspersky Anti-Ransomware Tool lebih mengfokuskan kepada industri kecil
dan sederhana (IKS) daripada pengguna domestik. Ianya percuma dan
berfungsi seperti penyekat ransomware yang lain. Alat ini berjalan di sebalik
sistem, memantau tingkahlaku dan corak penggunaan untuk menghalang
aktiviti yang mendatangkan bahaya apabila ia datang.
Bersama Menentang Ransomware
Ransomware sangat menjengkelkan. Selain itu, ramai yang kehilangan fail
sentimental dan yang tidak dapat diganti. Organisasi dari seluruh dunia perlu
memahami akan bahaya ransomware, tidak kiralah pengguna domestik,
bisnes atau badan kerajaan sekalipun.
14
ungkin telah tiba masanya
untuk anda menukar kata
laluan anda. Kesemuanya
sekali. Terutamanya jika kata laluan
anda telah berusia lebih daripada
12 bulan. Mengapa? Kerana 560
juta akses masuk telah tersebar di
internet dan hanya menunggu
masa untuk ditemui oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
Beberapa tahun kebelakangan ini,
telah berlaku beberapa
pelanggaran dan pencerobohan
data secara besar-besaran.
Kesemuanya telah menyebabkan
berjuta-juta alamat e-mail dan dan
kata laluan menjadi terbuka
kepada individu yang tahu
bagaimana untuk
mendapatkannya. Dan sekarang,
database yang mengandungi
beratus-ratus juta password lama
telah tersebar di internet.
Database yang mengandungi
butiran 560 juta email dan kata
laluan telah pertama kali ditemui
oleh Kromtech Security Research
Center. Ia telah diumumkan tidak
selamat pada sambungan peranti
yang menggunakan versi
awal MongoDB. Yang mana,
sekalipun penggodam tersebut
bertaraf amatur, mereka masih
boleh mengakses terhadap kata
laluan tersebut.
Berita baiknya adalah database
tersebut adalah butiran akses
daripada pencerobohan yang
telah didedahkan sebelum ini yang
melibatkan LinkedIn, Myspace,
Tumblr, Dropbox, LastFM, Adobe
dan Neopets. Manakala berita
buruknya pula, mereka telah
memuatkan kesemua data-data
tersebut ke dalam database yang
menjadikan maklumat tersebut
terlalu mudah untuk diakses.
Ini bermakna, jika anda tidak
pernah menukar kata laluan
selepas pencerobahan sebelum
ini, anda perlu berbuat demikian
sekarang. Jika anda risau anda
telah ketinggalan berkenaan
dengan pencerobohan sebelum
ini, anda patut memeriksa samada
alamat email anda telah di
M
PE
NG
ET
AH
UA
N A
M
15
"flagged" dengan menaip alamat email atau username anda di Have I Been
Pwned.
Dalam membincangkan mengenai kebocoran data yang terbaru ini,
penyelidik Bob Diachenko memberotahu Gizmodo, " Kami sekali sekali lagi
ingin mengeaskan mengenai kepentingan menukar kata laluan, kerana
akan ada banyak dan banyak lagi mereka yang berniat jahat akan
mengekploitasi data yang diambil daripada pencerobohan dan
penggodaman sebelum ini.
Walaupun berkemungkinan butiran akses masuk ini telah lama dan anda
telahpun menukar katalaluan yang terkandung di dalam database yang
bocor ini. Menjadi idea yang sangat praktikal jika anda menukar kata laluan
anda dengan lebih kerap. Jika anda masih lagi menggunakan kata laluan
yang lama, mungkin telah tiba masanya untuk anda berbuat demikian.
16
Apa yang merisaukan ialah kita selalu mendengar yang tiada apa
selamat di Internet. Contohnya baru-baru ini, cubaan phising telah
berlaku kepada Google Docs dengan memanipulasi sistem OAuth
oleh Google. Bagaimana penyerang dapat menyerang akaun
Google? Apakah data yang hilang? Bagaimanakah untuk anda
tahu? Mari kita lihat apa yang boleh kita fahami dan bagaimana
anda boleh melindungi diri anda sendiri.
oogle Docs telah bersaing
dengan Microsoft Office
sejak beberapa tahun yang
lepas untuk menguasai
pasaran produktiviti. Dengan
menyediakan alat kolaborasi yang
mudah dan lebih baik, serta antara
muka cloud telah membuatkannya
lebih disukai ramai.
Apa yang merisaukan ialah kita
selalu mendengar yang tiada apa
selamat di Internet. Contohnya
baru-baru ini, cubaan phising telah
berlaku kepada Google Docs
dengan memanipulasi sistem
OAuth oleh Google. Bagaimana
penyerang dapat menyerang
akaun Google? Apakah data yang
hilang? Bagaimanakah untuk anda
tahu? Mari kita lihat apa yang
boleh kita fahami dan bagaimana
anda boleh melindungi diri anda
sendiri.
Serangan Bermula
Sejak beberapa hari yang lepas,
banyak orang mula menerima
emel yang menyatakan jemputan
untuk membuka Google Docs.
Emel yang dihantar sangat mirip
kepada hantaran sebenar Google
Docs, seperti subjek “[Your
Contact] has shared a document
on Google Docs with you” -
bagaimanapun, ianya
menyenaraikan penerima
sebagai hhhhhhhhhhhhhhhh@mail
G
PE
NG
ET
AH
UA
N A
M
17
nator.com dan emel anda hanya
di ruangan BCC.
Tidak semua klien emel
menunjukkan alamat emel yang
penuh dan banyak orang yang
kurang peka untuk membuka
pautan yang diterima. Pautan
yang anda klik akan membawa
anda ke laman OAuth Google
yang sebenarnya. Dan jika anda
mempunyai banyak akaun yang
dilog masuk, ia akan meminta
anda untuk memilih akaun untuk
digunakan. Selesai memilih, anda
akan diminta untuk membenarkan
"Google Docs" untuk mengakses
akaun anda.
Walaupun aplikasi Google Docs
menggunakan logo Google Drive,
namun ada kriteria yang
menunjukkan ianya palsu. Dengan
mengklik pada nama aplikasi akan
mendedahkan maklumat
pembangun yang mana bukanlah
Google sebaliknya
dengan laman web
https://googledocs.g-cloud.pro.
Walaupun dapat meniru nama
Google Docs, Docs yang sebenar
tidak memerlukan akses ke akaun
anda. Mana-mana percubaan
untuk mengakses akaun anda
adalah palsu dan berkemungkinan
berbahaya, Selepas diberi
kebenaran untuk mengakses
akaun dan kenalan anda, aplikasi
palsu Google Docs akan
menghantar emel phising ke
semua kenalan anda.
Memandangkan penyerang
meminta kebenaran untuk
"membaca, menghantar, dan
menguruskan" emel anda, mereka
juga dapat mengutip data dari
emel anda. Dari satu
pengumuman dari Google,
mereka mempercayai yang hanya
data kenalan telah diakses setakat
ini.
Tindak Balas
Walaupun terdapat banyak aktiviti
di media sosial berkongsi tentang
cubaan phising, namun yang
pertama melaporkan ialah di
satu thread Reddit. Ianya kurang
jelas jika Google mengetahui
mengenai ancaman tersebut
sebelumnya, namun apabila
dikongsikan seorang staf dari
Google muncul dan memberikan
penjelasan. Pembangun "Google
Docs" tersebut telah disekat dari
OAuth selama setengah jam
sebelum serangan phising.
Berdasarkan satu pernyataan dari
Google menganggarkan hanya
0.1 peratus dari pengguna Gmail
yang terkesan dari serangan ini.
Walaupun nampak seperti angka
yang kecil, tetapi perlu diingat
Gmail mempunyai hampir satu
billion pengguna, jadi agak ramai
yang telah terkesan. Jika aplikasi ini
telah diberi akses ke akaun Google
anda, anda perlu untuk pergi
ke Google Account settings dan
membuang apa-apa aplikasi yang
bernama Google Docs.
18
Laman web yang berkaitan
dengan aplikasi palsu Google App
dihoskan di CloudFlare. Dengan
pantas syarikat hosting tersebut
menyekat semua laman berkaitan
dalam sepuluh minit.
Bagaimanapun apa-apa data
yang telah diambil oleh penyerang
tidak dapat dihalang.
Solusi
Untuk membuang aplikasi Google
Docs dari mengakses akaun anda,
pergi ke Permissions settings dan
klik Remove. Sambil anda
melakukannya, anda juga boleh
menyemak mana-mana aplikasi
yang nampak meragukan dan
cuba mengakses akaun anda
untuk dibuang.
Google mencadangkan untuk
melakukan Security Checkup jika
anda rasa akaun anda telah
diserang. Walupun tidak, ia satu
perkara yang bagus untuk anda
selalu melakukan semak semula.
Walaupun mungkin ada solusi yang
dibangunkan syarikat teknologi,
tapi ianya hanya selepas sesuatu
serangan itu berlaku. Sentiasa akan
ada orang yang ingin mencuri
maklumat peribadi anda - sama
seperti di dunia sebenar.
Pertahanan terbaik untuk anda
ialah mengetahui tanda-tanda
cubaan phising. Jika pengirim atau
penerima emel nampak
meragukan, anda harus sentiasa
berwaspada. Jika anda rasa
menerima emel phising, anda
boleh melaporkannya ke Google.
Halaman OAuth walaupun asli,
boleh dimanipulasi untuk meminta
akses akaun anda. Selain mencari
butir yang nampak meragukan,
anda harus selalu menyemak
maklumat pembangun di OAuth
Google untuk memastikan
kesahihannya.
Lindungi Diri Anda
Dalam masa yang tak
dijangka, aplikasi Gmail Android
telah dikemaskini pada hari yang
sama dengan serangan Google
Docs. Kemaskini tersebut memberi
peringatan kepada pengguna
untuk tidak mengklik pautan yang
mencurigakan. Ianya masih tidak
dapat mencegah serangan
Google Docs yang berlaku kerana
ianya membawa anda kembali ke
halaman pengesahan Google
yang asli.
Satu laporan oleh Trend Micro
menyatakan serangan seperti ini
hanya berlaku beberapa minggu
sebelum Google Docs sempat
bersedia. Sebelum ini, ada
serangan yang hampir sama
namun dengan aplikasi yang
bernama Google Defender dan
didakwa didalangi oleh sebuah
kumpulan bernama Pawn Storm.
Walaupun Google telah
mengambil langkah untuk
mencegah serangan Google Docs,
masih ada potensi untuk ianya
berulang.
19
Membaca dengan teliti untuk
menyemak email phising adalah
permulaan yang baik. Walaupun
bukan melibatkan
serangan Google Docs, Gmail juga
boleh membantu anda
mengenalpasti emel phising.
Melindungi diri anda dari serangan
seperti ini bukanlah perkara yang
mudah, namun akan berbaloi di
akhirnya untuk mengelakkan risiko
yang mendatang.
20
agi anda yang telah pun
mempunyai domain dan
hosting (untuk bisnes anda)
tetapi masih mencari solusi
untuk host email bisnes anda
supaya lebih sistematik dan mudah
diakses.
Anda boleh mempertimbangkan
untuk mencuba menggunakan
Zoho Mail sebagai penyedia host
email bagi bisnes anda.
Sebagai contoh jika bisnes anda
mempunyai email begini:
Anda boleh mencipta akses
melalui Zoho Mail dengan
beberapa langkah tetapan yang
rigkas untuk memberikan anda
akses tersebut.
Zoho Mail memberikan akses
secara PERCUMA untuk mencipta
maksimum 25
email untuk satu domain dan ia
juga memberikan sokongan
pemasangan tutorial secara
gambarajah untuk kebanyakan
hosting seperti (Hostgator, Go
Gaddy, dan pelbagai penyedia
host yang lain).
Selain fungsi di web, Zoho Mail juga
menyokong fungsi mobile dan
boleh dimuat turun melalui Google
Play dan Apple Store.
Namun, jika anda mahu
mempunyai email dengan domain
sendiri tetapi masih belum
mempunyai hosting atau domain
anda boleh juga ke Kelate.BiZ
untuk melihat pakej hosting dan
domain yang ditawarkan (ada
yang serendah dari RM 5 sahaja
sebulan)
B
RE
VIE
W
21
ada tahun 2016, Germany’s Bundesrat (majlis persekutuan) meluluskan
resolusi yang menyeru larangan ke atas kereta enjin pembakaran
menjelang tahun 2030. Pada masa itu, semua kereta perlu menjadi
kereta berelektrik atau menggunakan sel bahan api hidrogen. Bundesrat
meminta Suruhanjaya Eropah melaksanakan pelarangan itu, yang belum lagi
dilaksanakan sepenuhnya, merentasi Kesatuan Eropah.
Mengikut pengumuman semalam, Volvo telah mengumumkan
bahawa mereka tidak akan lagi mengeluarkan kereta jenis “Combustion-
Engine” kerana mereka akan kembali mengeluarkan rekaan model yang
berenjin tradisional. Pengumuman itu menjadikan Volvo sebagai sebuah
syarikat kereta utama pertama untuk mengumumkan tarikh akhir reka bentuk
mesin enjin pembakaran.
Para pembuat kereta mewah pada umumnya telah mengumumkan
rancangan utama kenderaan elektrik dalam beberapa bulan kebelakangan
ini. BMW akan mendedahkan versi kereta sedan 3-Series di Frankfurt Motor
Show yang akan datang. Mercedes-Benz merancang jenama kereta bateri
baru, Mercedes-EQ; daripada pengeluaran Daimler AG, telah
mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada $ 700 juta untuk
membina kereta bateri di China pada hari rabu tersebut.
P
te
rk
ini
22
Volvo, yang berpangkalan di Sweden tetapi dimiliki oleh syarikat induk
China, sebelum ini mengumumkan rancangan untuk menjual 1 juta
kenderaan elektrik pada 2025, “dan inilah cara kami akan melakukannya,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Hakan Samuelsson.
Di antara tahun 2019 dan 2021, Volvo merancang untuk melancarkan
rangkaian lima kereta elektrik – tiga di antaranya Volvos dan dua lagi akan
menjadi kereta berprestasi tinggi dari sayap Polestar. Kenderaan semua-
elektrik akan bersaing secara langsung dengan model sedia ada dan model
akan datang daripada syarikat Tesla.
l : 016-444 3014 l : www.techharvest.asia l : [email protected] l