ISLB 112

46
ISLB 112 AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK

description

ISLB 112. AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK. ELEMEN ASAS DALAM AGAMA ISLAM. Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah SWT. Sebagai pencipta sekelian alam , maka seseungguhnya Allah adalah bersifat sempurna . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of ISLB 112

Slide 1

ISLB 112AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAKELEMEN ASAS DALAM AGAMA ISLAMIslam adalah agama yang dicipta oleh Allah SWT.Sebagai pencipta sekelian alam, maka seseungguhnya Allah adalah bersifat sempurna.Begitu juga dengan Islam, ianya bersifat sempurna, lengkap dalam segenap aspek kehidupan manusia.Ajaran Islam kepada umatnya serta manusia amnya adalah melengkapi aspek kepercayaan, kehidupan seharaian dan juga adab susila.AkidahBerasal dari perkataan aqada (bahasa arab) yang bermaksud ikatan atau simpulan.Akidah menjelaskan kepada manusia hubungan manusia dengan Allah SWT dan juga mengenai alam ghaib yang wujud di alam semesta ini.Akidah adalah merupakan tunjang kepada segala perbuatan manusia di muka bumi ini. Ianya menjelaskan samada seseorang itu beriman atau tidak kepada Penciptanya.Akidah juga adalah perbincangan mengenai sesuatu keimanan terhadap perkara ghaib.

TAUHID

TAUHIDRUBUBIYAHULUHIYYAHASMA& SIFATTauhid Rububiyah

Mempercayai Allah swt sebagai Rabb atau Penciptadan Penguasa terhadap sesuatu.

Beriktiqad bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki dan segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaannya yang tidak terhingga.Memepercayai segalanya adalah dicipta oleh Allah dari tiada kepada ada.Tauhid Rububiyah

Firman Allah

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Tentu mereka akan menjawab: Allah, katakanlah: segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.

Luqman: 25

Tauhid Uluhiyyah

Beriktiqad bahawa hanya Allah yang berhak disembah, Dicintai, dipatuhi dan penumpuan hanya kepadaNya.

Firman Allah

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

al-Anbiya : 25Tauhid Asma & Sifat

Mempercayai bahawa Allah swt mempunyai banyak nama dan sifat seperti mana yang telah disebutkan di dalam al-quran ataupun yang telah diriwayatkan oleh Nabi saw.

Allah mestilah dirujuk kepada mengikut bagaimana Dia dan Rasul-Nya (saw) telah diterangkan-Nya dengan tidak mendedahkan nama-nama dan sifat-sifat-Nya dengan memberi mereka makna lain daripada makna yang jelas.Dalam aspek kedua Tauhid al-Asmaa-Sifaat Allah disebut tanpa memberi apa sifat-sifat makhluk-Nya. Dalam aspek ketiga Tauhid al-Asmaa-Sifaat Allah disebut tanpa memberi apa sifat-sifat makhluk-Nya. Mengekalkan bahawa nama-nama Allah dalam bentuk yang pasti tidak boleh diberikan kepada ciptaan-Nya melainkan didahului oleh "hamba daripada" makna Abd atau "hamba daripada 'awalan.

Syariah

Syariah

Dari segi bahasa : Perkataan syariat mempunyai pelbagai makna di dalam bahasa Arab, antaranya :-

a- jalan yang lurus.b- tempat keluar sesuatu.c- jalan ke tempat air minum.

Syariah

dari segi istilah ialah apa yang disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya pada perkara agama, iaitu daripada hukum-hakam yang berbeza (wajib, sunat, harus, makruh, haram), samada ianya diambil dari Al-Quran ataupun sunnah nabi melalui kata-katanya ataupun perbuatannya ataupun Iqrar (persetujuannya).

Syariah adalah peraturan hidup yang bersumberkan dua rujukan utama umat Islam iaitu al-Quran dan Sunnah/hadith.Syariah ini diperhaluskan oleh ulamak kepada beberapa bahagian:-

1- Ibadah-Abada maksudnya merendah diri, tunduk, taat dan patuh.Lahir kata abdi merujuk kepada kepatuhan dan pengabdian kepada perintah seoran tuan.Istilah menerangkan ketaatan dan penyerahan diri yang disertai oleh perasaan kecintaan, kepatuhan dan ketakutan kepada Allah SWT semata-mata demi mendapat keredaan-Nya.Ianya merangkumi semua kehidupan manusia.Pembahagian Ibadah 2- Muamalat-Di kenali sebagai muamalat al-maliyah

Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :- "Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-"Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai."(Riwayat Ibnu Hibban)

Hikmah jual beliRukun jual beliSyarat-syarat harga dan barang yang dijual:-

1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih. 2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri atau wakil penjual 3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli. Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:-

"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya."

Asas-asas muamalatKonsep rububiyyahKonsep uluhiyyahKonsep tazkiyyahKonsep khalifahKonsep brotherhoodKonsep al-Falah3 MunakahatPerbincangan soal kekeluargaan. dari segi bahasa perkataan Usrah taaifah, ailah ianya juga berkaitan dengan perkahwinan,perceraian, undang-undang keluarga dansebagainya yang termasuk dalam hal-halkekeluargaanHukum perkahwinanPerpisahan/penceraianHukum talakLafaz talak

Sorih :- Cerai atau talakContoh:- Aku ceraikan kau talak satu/Aku talak kau

Kinayah :- Selain dari cerai dan talak (niat)Contoh :- Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kauPergilah engkau dari sini, ke mana engkau sukaKita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

SorihKinayah Talak atau cerai adalah jalan terakhir bagi memutuskan ikatan perkahwinan yang tiada jalan keluar.Cerai atau talak hanya suami yang berhak jatuhkan atau pihak hakim bagi pihak suami.Namun isteri pun boleh minta perpisahan samada melalui fasakh atau khulu.

Fasakh:- talak yang dijatuhkan oleh hakim berdasarkan aduan yang dibuat oleh Isteri setelah dilakukan penyiasatan dan soal jawab di mahkamah.Khulu:- Bayaran yang diberikan oleh isteri untuk membebaskan dirinya. Tak boleh rujuk melainkan kahwin semula.

Jenis-jenis TalakTerdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenisjenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:Talak Raj'ieTalak BattahTalak BainMenjatuhkan talak tiga sekaligusTalak SunniTalak Bid'i

Talak Battah:-

Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suamikepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanyaperkataan suami kepada isterinya,"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama inihanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu makatalak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tigamaka talak dikira jatuh tiga.

Talak Bain :-Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:Talak Bain KubraTalak Bain Sughra.

Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra:- Adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurangdaripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujukkembali melainkan dengan pernikahan yang baru,walaupun isterinya di dalam iddah.

Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:

Talak yang diputuskan oleh HakimTalak melalui Khulu'Talak yang difasakhkan oleh Hakim

Talak Sunni:-Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.Talak Bidei:-Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.

CERAI TA'LIK:-Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal :

Ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil pernikahan. Ta'lik yang diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh: "Jika awak keluar rumah ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau"

Jinayah 1. Pengertian Jenayah.Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh AllahS.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yangdisuruh olehNya.

2. Falsafah Jenayah.Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT.Untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagiMenjamin keadilan dan keselamatan ummah.HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegh.(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. Maksudnya;Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalimJenis-jenis jenayah hudud dan hukumannyaQisasPengertian qisas;(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.2. Jenis jenayah qisas; Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas; Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. Maksudnya;Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya (Surah al-Maidah ayat 45)

Tazir Dari segi bahasa tazir bererti menolak atau menghalang.(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Tazir

(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku. (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.Akhlak

Akhlak:- adab atau etika dalam kehidupan seharian.Jamak dari perkataan khuluq yang bermaksud adab amalan yang diamalkan oleh manusia. Akhlak terbit dari dari penghayatan ajaran kerohanian Islam.Memelihara manusia dari menyalahi fitrah kejadian manusia sendiri. Undang-undang hanya pengawal.Sumber akhlak mestilah dari al-Quran dan juga sunnah.

Sifat akhlak Islam:-

Faktor pembentukan akhlak