Isi Kandungan - anm.gov.mysep-dis2017).pdf · sebuah organisasi berprestasi tinggi akan dapat terus...
-
Upload
duongthien -
Category
Documents
-
view
243 -
download
0
Transcript of Isi Kandungan - anm.gov.mysep-dis2017).pdf · sebuah organisasi berprestasi tinggi akan dapat terus...
2
Isi Kandungan 1. Dari Meja Ketua Editor
2. Sidang Pengarang
Laporan Aktiviti 1. Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan (BPPP)
2. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
3. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
4. Institut Perakaunan Negara (IPN)
5. JANM Cawangan Sarawak
6. JANM Cawangan Kedah
7. JANM Cawangan Pahang
Mukasurat
3
Marilah kita mengambil iktibar dari pencapaian-pencapaian terbaik tahun 2017 dan kekurangannya (shortcoming) untuk kita memacu ke arah pencapaian yang lebih cemerlang di tahun 2018.
Tahun 2017 juga menyaksikan ramai beberapa figura penting di JANM telah bersara. Di antaranya ialah YBhg. Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin, Mantan Akauntan Negara Malaysia yang telah bersara pada 15 Oktober 2017. Begitu juga dengan YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Ali, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) yang telah bersara pada 9 Februari 2017. Pengarah-pengarah bahagian yang telah bersara pada tahun 2017 antaranya ialah Puan Nik Hapsah binti Nik Hassan, Mr. Er Beng Kiong dan juga YBhg. Dato’ Roslan bin A. Rahman, dan tidak dilupakan kepada semua warga JANM yang telah bersara pada tahun 2017. Terima kasih di atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan kepada JANM.
Tahun 2017 juga menyaksikan YBhg. Datuk Saat bin Esa, dilantik sebagai Akauntan Negara Malaysia bermula 16 Oktober 2017. Semoga perjuangan JANM untuk menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi akan dapat terus direalisasikan di bawah kepimpinan beliau. Tahniah YBhg. Datuk Saat bin Esa.!!
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga JANM di atas Pelaksanaan Perakaunan Akruan dan Sistem iGFMAS pada pembukaan tirai 2018 iaitu pada 1 Januari 2018 yang lalu. InsyaAllah lebih banyak artikel berkaitan cabaran dan kejayaan Sistem iGFMAS ini akan dikongsi pada keluaran akan datang.
Teruslah menghantar karya-karya dan cetusan idea anda kepada kepada sidang redaksi buletin e-murni sebagai tanda sokongan anda kepada penerbitan buletin e-Murni ini.
Akhir kata, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sidang redaksi yang sentiasa komited untuk terus menerbitkan buletin ini.
Excellent Accounting @ Your Service.
Sidang Redaksi
Penaung YBhg. Datuk Saat Bin Esa
Penasihat YBhg. Dato' Zamimi bin
Awang
Ketua Editor YBrs. En. Jafril bin Junit
Editor
Pn. Faziyatun binti Mohamed Yahya
Cik Norfaezah Binti Amad Bistomam
Pn. Maniza binti Mahfuz
En. Yazid bin Abd Razak
En. Munawir bin Mohd Rukun
En. Noramin bin Juminen
Pn. Liliwaty Bt. Abd. Rahman
Pn. Ramsiah Bt. Ismail
En. Mohd. Taufik B. Hj. Ahmad
Pn.Siti Hanani binti Baharom
En. Muhd. Ashraf Faiz bin Muhd.
Nahrawi
Cik Hajar binti Abd Razak
Cik Azilahani binti Mahamad Rabaai
Pn. Anis Puteri Hamdan
En. Nik Mohd Rahimi bin Nik Mohd
Nasir
Jafril Bin Junit
Pengarah, Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya, kita dapat menempuh tahun 2017 dengan pelbagai kejayaan. Tahun 2017 telah menyaksikan banyak cabaran dan dugaan dapat kita harungi dan sama-sama depani. Kesemuanya telah berjaya diterjemahkan kepada kejayaan dengan berlandaskan kepada konsep “EXCELLENT ACCOUNTING @ YOUR SERVICE”.
4
KONVENSYEN PENYELIDIKAN PERAKAUNAN DAN PELAPORAN
KEWANGAN ISLAM BAGI INSTITUSI WAKAF, ZAKAT DAN BAITULMAL DI
MALAYSIA 2017
Putrajaya - (BPPP) dengan kerjasama IPN (Institut Perakaunan Negara) telah mengadakan
Konvensyen Penyelidikan Perakaunan Dan Pelaporan Kewangan Islam Bagi Institusi Wakaf,
Zakat Dan Baitulmal Di Malaysia 2017. Konvensyen ini telah berlangsung pada 5 Oktober
2017 di Hotel Marriott, Putrajaya.
Konvensyen yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB. Dato’ Wira
Othman bin Aziz ini telah dihadiri oleh 226 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan
Tertinggi JANM wakil Timbalan Menteri Kewangan, tiga kumpulan penyelidik daripada UKM,
UUM dan UIA, wakil Majlis Agama Islam Negeri, wakil Ketua Akauntan Kementerian,
Bendahari Negeri, Jabatan Audit, wakil dari Jabatan Mufti, dan dari pelbagai agensi-agensi
lain serta sekretariat. Turut hadir semasa konvensyen berlangsung adalah wakil-wakil media,
dua (2) bank iaitu Bank Muamalat dan Bank Islam yang membuka booth pameran.
Penganjuran konvensyen penyelidikan ini adalah untuk memenuhi tiga objektif utama
seperti berikut:
Objektif 1: Untuk berbincang dan mendapatkan maklumbalas awal berkaitan dapatan kajian
penyelidikan perakaunan dan pelaporan kewangan mengenai aspek-aspek
pengiktirafan, pengukuran dan pelaporan maklumat aset yang mematuhi syariah
bagi institusi yang menguruskan wang atau harta wakaf, zakat dan Baitulmal di
Malaysia.
5
Mesyuarat Penggubalan PPIWZB Fasa 1 adalah seperti berikut;
Objektif 2: Untuk membantu inisiatif JANM dalam membangunkan piawaian perakaunan dan
pelaporan kewangan yang mematuhi syariah bagi insitusi-institusi berkenaan.
Objektif 3: Untuk mendapatkan resolusi daripada pemegang- pemegang taruh khususnya
Majlis Agama Islam Negeri berkaitan pembangunan kerangka konsep dan piawaian
perakaunan dan pelaporan kewangan yang berkaitan.
Bil. Tarikh Tempat
1. 23/10/17-26/11/17-1 Holiday Inn, Melaka
2. 14/11/17-17/11/17-2 Hype Hotel, Nilai
3. 27/11/17-30/11/17-3 Concorde Hotel, Shah Alam
4. 5/12/17-8/12/2017-4 JANM Putrajaya
5. 18/12/17-21/12/2017-5 JANM Putrajaya
Sekitar perasmian Konvensyen Penyelidikan Perakaunan dan Palaporan Kewangan Islam bagi Institusi Wakaf,
Zakat dan Baitulmal di Malaysia 2017
6
PERSARAAN YBHG. DATO’ HJ. CHE PEE BIN SAMSUDIN
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
YBhg. Dato’ Hj. Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia telah menamatkan
perkhidmatan secara rasmi sebagai Akauntan Negara Malaysia pada 15 Oktober 2017. YBhg.
Dato Hj. Che Pee, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, berpengalaman lebih 35 tahun
sebagai akauntan selepas memulakan perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam pada 5
Januari 1982.
YBhg. Dato’ Che Pee dilantik sebagai Akauntan Negara Malaysia pada 5 Januari 2015 bagi
menggantikan YBhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman.
Sehubungan dengan itu, Majlis Serah Tugas Akauntan Negara Malaysia kepada Timbalan
Akauntan Negara (Operasi) telah diadakan pada 13 Oktober 2017.
Selamat Bersara YBhg. Dato’ Hj. Che Pee, Akauntan Negara Malaysia (2015-2017)
Sesi Penyerahan nota serah tugas
YBhg. Dato’ Che Pee, mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir.
Lambaian sebelum meninggalkan perkarangan JANM.
7
LAWATAN AKADEMIK DARIPADA KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD KE
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Gambar pelajar bersama pensyarah pengiring dan pegawai JANM
Sesi penyampaian taklimat oleh En. Mohammad
Ashraf Faiz b. Muhd Nahrawi
Putrajaya - JANM telah menerima lawatan
akademik daripada pelajar Diploma
Perakaunan, Kolej Antarabangsa Unifield,
Mantin, Negeri Sembilan pada 6 DIsember
2017. Seramai 16 orang pelajar dan empat
(4) pensyarah pengiring telah menyertai
lawatan ini. Objektif utama lawatan
akademik tersebut adalah untuk mengetahui
fungsi dan peranan JANM serta Peluang
Pekerjaan Sebagai Akauntan Sektor Awam .
Encik Mohamed Syamsuddi bin Mohamed Shamsudin dan Encik Muhammad Ashraf Faiz
bin Muhd Nahrawi, daripada Seksyen Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Strategik, telah diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan taklimat kepada para
pelajar tersebut.
8
MAJLIS SELUHUR BUDI SEHARUM KASIH JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) TAHUN 2017
Putrajaya - Majlis Seluhur Budi Seharum Kasih JANM Tahun 2017 yang berkonsepkan 1Malaysia
(Etnik Malaysia) telah diadakan pada 10 November 2017 bertempat di BoraOmbak, Marina
Putrajaya.
Majlis itu telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri
Kewangan 1 dan dihadiri oleh lebih 800 warga JANM dan Akauntan di Sekitar Lembah Klang.
Seramai 47 pegawai telah diraikan dalam majlis ini, iaitu empat (4) pegawai daripada
Pengurusan Tertinggi, sembilan (9) pegawai daripada Kumpulan Pengurusan & Professional dan
34 pegawai daripada Kumpulan Pelaksana.
Sesi bergambar bersama YBhg. Dato’ Wira Othman Bin Aziz
Penyampaian Sijil oleh Timbalan Menteri Kewangan I Warga jabatan boleh menukilkan kata-kata akhir di
ruangan yang disediakan
9
MAJLIS AMANAT PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN LANTIKAN BARU PEMANDU KENDERAAN GRED H11/H14
Putrajaya - Majlis Amanat Penyerahan Surat Penempatan Lantikan Baharu Pemandu Kenderaan
Gred H11/H14 telah diadakan pada 15-16 November 2017 bertempat di Jabatan Akauntan
Negara Malaysia, Putrajaya. Majlis dihadiri oleh Encik Jafril bin Junit, Pengarah Bahagian
Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Seramai 13
Pemandu Kenderaan Gred H11/H14 telah hadir melapor diri.
Sebelum para pegawai lantikan baru ini diberi penempatan, mereka telah didedahkan dengan
pelbagai maklumat melalui beberapa taklimat yang telah disampaikan selama dua (2) hari di
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Taklimat-taklimat tersebut merangkumi pelbagai
topik dan telah disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan Perakaunan dan
Pengurusan (BPPP), SPANCO dan wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Taklimat yang disampaikan bertujuan untuk memberikan maklumat umum mengenai JANM dan
Perkhidmatan Awam kepada pegawai lantikan baru.
Sesi taklimat bersama BPPP
Sesi taklimat disampaikan oleh En. Jafril
Junit Pengarah BPPP
10
MESYUARAT KERJA PENYELARASAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2017
Pahang - Pada 20 – 24 November 2017, bertempat di Hotel AWANA Genting Highland telah
diadakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM) Tahun 2017 yang terdiri daripada 36 ahli mesyuarat terdiri daripada Penolong
Pegawai Tadbir (PPT) dan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) di JANM Negeri dan Cawangan.
Antara objektif mesyuarat diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli mesyuarat
bagi menambah pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan urusan
pentadbiran, perkhidmatan dan HRMIS dilaksanakan dengan teratur, seragam serta mematuhi
peraturan yang berkuat kuasa.
Pendaftaran peserta calon AGAC Sesi taklimat sebelum AGAC diadakan
Fasilatator dan urusetia yang terlibat menjayakan AGAC 2017
PROGRAM PENILAIAN KOMPETENSI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (AGAC) TAHUN 2017
Putrajaya - Pada 16 & 17 Disember 2017, telah berlangsung Program Penilaian Kompetensi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (AGAC) Tahun 2017 secara serentak di empat (4) pusat di
Putrajaya dan masing- masing satu (1) pusat di Sabah dan Sarawak. Seramai 2673 orang calon
telah lulus peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan pada 10
November 2017 dan seterusnya layak menyertai program Penilaian Kompetensi Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (AGAC) Tahun 2017.
11
MAJLIS AMANAT AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA SEMPENA URUSAN PEMANGKUAN AKAUNTAN GRED WA54, WA52 DAN WA48
Putrajaya - Pada 27 Disember 2017 (Rabu), Majlis Amanat Akauntan Negara Malaysia
bersempena Pemangkuan Akauntan Gred WA54, WA52 dan WA48 telah diadakan di Bilik
Jamuan 1, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya. Majlis telah
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Saat bin Esa, Akauntan Negara Malaysia dan turut dihadiri
oleh seramai enam (6) Akauntan Gred WA52 yang memangku ke Gred WA54, 10 Akauntan
Gred WA48 yang memangku ke Gred WA52 dan sembilan (9) Akauntan Gred WA44 yang
memangku ke Gred WA48. Penempatan pemangkuan pegawai-pegawai ini adalah di pelbagai
Kementerian/Jabatan. Pada majlis yang sama, turut diraikan seramai 58 Akauntan pelbagai gred
yang telah diluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) melalui pertimbangan
khas Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Tahun 2017 bagi pegawai yang memiliki
keahlian penuh badan – badan ikhtisas.
Pengurusan Tertinggi bersama 58 Akauntan pelbagai gred yang telah diluluskan pemangkuan secara
Khas Untuk Penyandang (KUP) melalui pertimbangan khas Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam bagi pegawai yang memiliki keahlian penuh badan –badan Ikhtisas.
Pengurusan Tertinggi bersama 25 Akauntan menerima pemangkuan ke Gred WA54, WA52 dan WA48.
12
Sabah - Mesyuarat Penolong Pendaftar (MPP) Bil. 2 Tahun 2017 telah diadakan pada 25
hingga 27 September 2017 bertempat di Hotel Promenade, Tawau, Sabah.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pendaftar WTD, Timbalan Pendaftar WTD, Penolong
Pendaftar WTD daripada semua JANM Negeri, Pegawai Undang-undang dan Pegawai
BWTD.
Mesyuarat ini merupakan satu medium perkongsian maklumat di antara Penolong Pendaftar
berkenaan penambahbaikan program penguatkuasaan, keseragaman proses kerja,
penyampaian maklumat terkini atau hal-hal lain berkaitan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
MESYUARAT PENOLONG PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT (MPP)
BILANGAN 2 TAHUN 2017
YBhg. Datuk Saat mempengerusikan mesyuarat MPP, BWTD
13
PELANCARAN ARAHAN PENGUATKUASAAN WANG TAK DITUNTUT
(APWTD) 1965
YBhg. Dato’ Hj. Che Pee, merasmikan Majlis Pelancaran APWTD
Sabah - Majlis Pelancaran APWTD telah diadakan pada 26 September 2017 bertempat di Hotel Promenade, Tawau, Sabah oleh Akauntan Negara Malaysia. APWTD merupakan prosedur operasi standard program penguatkuasaan Akta WTD 1965 dan bertujuan untuk memberi panduan yang lebih jelas dan komprehensif berkenaan tugas dan tanggungjawab setiap pegawai yang terlibat dalam program penguatkuasaan Akta WTD 1965.
MESYUARAT KICK-OFF PROJEK SISTEM PENGUATKUASAAN WANG TAK
DITUNTUT (SPWTD), JABATAN AKAUNTAN NEGARA (JANM)
Putrajaya - Mesyuarat Kick-Off Projek SPWTD telah diadakan pada 13 Oktober 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekretariat, Aras 8, JANM Putrajaya. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pihak pembekal yang telah berjaya mendapatkan kontrak
bersama JANM serta wakil dari Bahagian Pengurusan Teknologi Makumat (BPTM).
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan
sistem yang akan dibangunkan oleh pembekal dan pemilik projek.
Mesyuarat Kick-off Projek SPWTD
14
LAWATAN KERJA KE LUAR NEGARA BAGI PENGURUSAN WANG TAK
DITUNTUT, JANM KE SWITZERLAND DAN LUXEMBOURG
Switzerland - Lawatan Kerja Ke Luar Negara Bagi Pengurusan Wang Tak Dituntut, JANM Ke
Switzerland Dan Luxembourg telah diadakan pada 17 hingga 20 Oktober 2017.
Lawatan kerja ini telah diwakili oleh dua (2) orang pegawai daripada BWTD iaitu Puan Murniyati
binti Ramli dan Puan Izza Azlin binti Ab. Rasid bertujuan untuk:
1. Mempelajari polisi yang digunakan oleh kerajaan Switzerland dan Luxembourg di dalam pengurusan WTD yang dipegang oleh bank-bank di Switzerland dan Luxembourg.
2. Mengkaji impak dan sejauhmana keberkesanan perlaksanaan polisi tersebut.
3. Melakukan pemerhatian terhadap sistem yang digunakan untuk menguruskan WTD.
4. Pengurusan data maklumat empunya.
Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dan meminimakan jurang yang
wujud dalam melaksanakan polisi berkaitan WTD dan aset-aset dorman di antara Malaysia dan
Switzerland serta Malaysia dan Luxembourg.
Pegawai WTD sempena lawatan kerja ke Switzerland dan Luxemberg
MESYUARAT BAGI MEMASUKKAN TOPIK
WTD KE DALAM SILIBUS
Putrajaya - Mesyuarat bersama Dekan Universiti Awam telah diadakan pada 20 November 2017 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 8, JANM Putrajaya. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi Majlis Dekan Perakaunan, Dekan-Dekan Universiti Awam. Pengarah dan Timbalan Pengarah PPPA serta pegawai daripada BWTD.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan memasukkan topic Pengurusan WTD mengikut Akta WTD 1965 dalam silibus perakaunan di Universiti Awam seperti yang telah dipersetujui secara dasarnya dalam Mesyuarat Majlis Dekan Perakaunan pada 17 November 2016 di Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
15
MESYUARAT BERSAMA MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB) BERKENAAN
ISU PENEMUAN CAS PEKHIDMATAN PENUMPANG (PASSENGER SERVICE
CHARGE (PSC))
Putrajaya - Mesyuarat bersama MAB berkenaan isu Penemuan Cas Perkhidmatan Penumpang
telah diadakan pada 29 November 2017 di Bilik Mesyuarat BPPP, Aras 7, JANM Putrajaya.
Mesyuarat ini dihadiri oleh beberapa pegawai daripada bahagian kewangan dan perundangan
MAB, penasihat undang-undang MAB iaitu LHAG Advocates And Solicitors serta Pengarah serta
pegawai daripada BWTD.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menjelaskan berkenaan penemuan isu WTD sewaktu pemeriksaan
yang diadakan pada 24 Ogos 2017.
Penerangan berkenaan WTD oleh Pengarah BWTD
16
LAWATAN KERJA TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA (OPERASI)
KE PEJABAT BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT (BWTD)
Kuala Lumpur - Timbalan Akauntan Negara (Operasi), YBrs Dr. Yacob bin Mustafa telah di-jemput untuk melawat pejabat Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) di Menara Maybank Kuala Lumpur pada 6 Disember 2017. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi penerangan mengenai status kerja serta isu yang dihadapi dalam pengurusan Wang Tak Dituntut di samping beramah mesra dengan warga kerja BWTD. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zamimi bin Awang, Pengarah BWTD
dan Puan Murniyati binti Ramli, Timbalan Pengarah.
Lawatan ini turut disertai oleh En Jafril bin Junit, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) dan En Mohd Redzuan bin Hasan, Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP).
TAN(O) turut memberikan amanat serta menyatakan harapan beliau supaya BWTD terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menaikkan imej JANM dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam seiring dengan tagline JANM “Excellent
Accounting@Your Service”.
Sekitar lawatan kerja TAN (O) ke BWTD
17
Kota Kinabalu - BPOPA telah mengadakan Mesyuarat Bendahari/Akauntan Negeri Bilangan 2
Tahun 2017 bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada 13-14 September
2017. Ini merupakan mesyuarat yang kedua bagi tahun 2017 di mana mesyuarat pertama telah
berlangsung pada 26-27 Mac 2017 bertempat di Duyong Marina & Resort, Terengganu.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Akauntan Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Che Pee dan
turut dihadiri oleh Bendahari Negeri/Akauntan Negeri (BN/AN), wakil daripada Bahagian Khidmat
Perunding (BKP) dan wakil daripada Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA).
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan yang
berlaku di peringkat Pejabat Perbendaharaan Negeri berkaitan isu dasar dan operasi agar
keputusan dan tindakan yang diambil adalah sentiasa seragam dan terkini serta bagi
membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan termasuk isu-isu berkaitan
sistem 1SPEKS. Selain itu, mesyuarat turut bertujuan bagi menyediakan satu medan berforum
secara dua hala bagi Bendahari/Akauntan Negeri untuk menyuarakan pendapat, cadangan dan
juga masalah yang dihadapi di peringkat masing-masing. Untuk makluman, secara amnya
mesyuarat ini diadakan di luar Ibu Pejabat mengikut giliran negeri sebagai tuan rumah di mana
Kerajaan Negeri Sabah telah dilantik sebagai tuan rumah bagi mesyuarat kali ini.
Sesi Mesyuarat Bendahari/Akauntan Negeri Bil 2 Tahun 2017
Sesi bergambar bersama YBhg. Dato’ Haji Che Pee, ANM
18
DISCUSSION LAB PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
AKRUAN (PKKP)
MAJLIS MAKAN MALAM PENYATA KEWANGAN KERAJAAN
Putrajaya - Pada 10 Oktober 2017, (BPOPA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 bertempat di "Putrajaya International Convention
Centre" bertemakan Masquerade dengan pilihan warna Royal Blue. Majlis ini merupakan satu
acara tahunan BPOPA untuk menghargai semua yang terlibat dalam penyediaan Penyata
Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016.
Persembahan montaj berdurasi selama 3 minit turut dipancarkan bagi menunjukan proses awal
penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016 bermula dari awal tahun
sehingga ke Pembentangan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2016 pada
Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas pada 31 Julai 2017.
Discussion Lab – Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2017 pada kali ini diadakan
sebagai kesinambungan kepada seminar yang diadakan pada tahun 2016 dengan tujuan bagi
mendedahkan kepada Kementerian berkaitan konsep penyediaan Penyata Kedudukan
Kewangan Kementerian dan Nota, Penyata Kewangan Akaun Amanah dan simulasi bagi
penyediaan Penyata Kewangan Kementerian.
Putrajaya - Pada 26 — 27 September 2017,
BPOPA telah menganjurkan Discussion Lab
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
Akruan bertempat di Dewan Serbaguna Aras
3, JANM yang dihadiri oleh Ketua Akauntan
dan wakil Kementerian, wakil-wakil Bahagian
Jabatan Akauntan Negara dan semua
Akauntan BPOPA.
19
KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI BPOPA 2017
Pahang - Pada 15 − 17 Oktober 2017, BPOPA telah menganjurkan Kursus Pemantapan Organisasi BPOPA 2017 bertempat di Felda Resindence Tekam, Jerantut Pahang. Seramai 40 orang peserta dari pelbagai gred telah menyertai program ini.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk membangunkan dan memantapkan budaya kerja berpasukan di kalangan warga BPOPA bagi memastikan pelaksanaan tugas dan perkongsian maklumat dapat dijalankan dengan harmoni dan berkesan serta memberi impak yang positif terhadap pencapaian misi dan visi BPOPA.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut adalah qiamullail, cave explorer dan rafting.
Secara keseluruhannya, program telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada penilaian program yang dijalankan, para peserta amat berpuas hati dengan penganjuran program.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kursus Pemantapan Organisasi BPOPA tahun 2017
20
NAIB JOHAN KONVENSYEN KIK JANM
Putrajaya - OCReS atau nama penuhnya Online Course requirements System telah mendapat tempat kedua dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JANM 2017 pada 10 Oktober 2017. Kumpulan KIK IPN yang dikenali sebagai Isync telah diketuai oleh Encik Aris b. Isa bersama Sembilan (9) lagi ahli telah berusaha menjayakan projek OCReS selama hampir enam bulan. Sistem ini telah dibangunkan secara dalaman oleh Encik Mazlan b. Mansor dengan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver dan Xampp. Melalui sistem ini pentadbir akan dapat mengakses dan menganalisis keperluan latihan yang diperlukan oleh pengguna-pengguna sistem ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan pada Hari Sambutan Inovasi dan Integriti JANM 2017 pada 11 Oktober 2017 oleh Timbalan Menteri Kewangan YB. Dato’ Wira Othman b. Aziz. Projek ini mempunyai masa depan yang cerah untuk dikembangkan penggunaannya ke agensi-agensi kerajaan mahupun swasta selaras dengan penambahan keperluan-keperluan baharu. Semoga projek ini akan terus dikembangkan pada masa hadapan oleh Kumpulan KIK IPN.
Naib Johan sempena Konvensyen KIK JANM Tahun 2017
21
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN CEMERLANG IPN
Pahang - IPN telah mengadakan Kursus Pembinaan Pasukan Cemerlang pada 13 -15 Oktober
2017 bertempat di Suria Hotspring Resort Bentong, Pahang. Kursus ini diadakan bertujuan
untuk menerapkan nilai-nilai bersama JANM di kalangan warga kerja IPN. Selain itu kursus ini
penting bagi memperkukuhkan budaya kerja berpasukan di samping untuk memupuk
kefahaman tentang keperluan untuk berubah melalui proses anjakan paradigma dalam usaha
mencapai matlamat organisasi.
Kursus berlangsung selama tiga (3) hari dan disertai oleh seramai 77 orang peserta. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah Explorace Team di mana setiap kumpulan terpaksa mengharungi
pelbagai cabaran bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Aktiviti ini sangat
memerlukan kecergasan fizikal, kecerdasan minda dan semangat berpasukan yang tinggi.
Diharap melalui kursus ini IPN akan berjaya membentuk satu komuniti warga kerja
berkebolehan, amanah dalam kerja, semangat berpasukan, proaktif, berintegriti, berkompetensi
dan berkualiti bagi membawa IPN ke arah kecemerlangan.
Aktiviti Xplorace paling memberikan cabaran kepada para peserta
22
IPN-CIMA EXECUTIVE TALK: 'BUSINESS STRATEGY FOR PUBLIC SECTOR'
Cyberjaya - Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara telah megadakan satu
Taklimat Executive Talk bertajuk Business Strategy For Public Sector pada 14 November 2017
bertempat di Pusat Pembangunan Profesional IPNCPD Cyberjaya dengan kerjasama Chartered
Institute of Management Accountants UK (CIMA). Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah
Bahagian, Ketua Akauntan serta para Akauntan dari pelbagai Kementerian.
Sesi Executive Talk ini telah dikendalikan oleh Dr. Noel Tagoe yang merupakan Executive Vice
President Academics, The Chartered Institute of Management Accountants, United Kingdom
(CIMA). Dalam sesi ini, beliau telah berkongsi ilmu tentang kepentingan serta konsep dalam
merekabentuk strategi serta mengupas tentang pendekatan strategik untuk kekal berdaya saing
dalam keadaan pasaran semasa yang tidak menentu.
Sesi bergambar bersama semua peserta yang hadir
23
LAWATAN PENANDA ARAS INSTUN KE INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN)
Sabak Bernam, Selangor - Pada 5 Disember 2017 yang lalu satu lawatan penanda aras telah
diadakan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim ke IPN, Sabak
Bernam, Selangor. Seramai 19 orang pegawai telah turut serta dalam lawatan ini di mana
rombongan telah diketuai oleh Puan Haslina Binti Tan Sali, Ketua Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan. Program lawatan dimulakan dengan perjumpaan bersama pegawai-pegawai
kanan IPN yang diketuai oleh Encik Ahmad Shukri Bin Abdul Gani, Timbalan Pengarah
Seksyen Akademik.
Pada peringkat awal Encik Ahmad Shukri telah memberikan taklimat kepada semua delegasi
mengenai IPN dan diteruskan dengan perkongsian pengalaman pengurusan institut latihan
awam dalam pelbagai isu termasuk pengurusan kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPN,
pengurusan latihan tenaga pengajar dan sumber manusia, pengurusan teknologi maklumat dan
perlaksanaan kajian dan penyelidikan.
Melalui lawatan ini kedua-dua pihak dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dalam
pengurusan institut latihan awam dan membuka ruang kepada peluang kerjasama yang boleh
dijalankan oleh kedua-dua pihak pada masa hadapan.
Delegasi lawatan juga dibawa melawat ke sekitar kampus IPN seperti di perpustakaan, bilik
kuliah, makmal komputer, asrama, dewan makan dan surau bagi melihat kemudahan-
kemudahan yang ada disediakan. Lawatan telah berjaya mengeratkan perhubungan di antara
IPN dengan INSTUN melalui perkongsian maklumat dan pengalaman memandangkan kedua-
duanya merupakan sebuah institut latihan awam.
Timbalan Pengarah Akademik IPN menerima
cenderahati daripada wakil INSTUN
Pegawai-pegawai IPN dan INSTUN bergambar kenangan
24
Petaling Jaya - Satu lawatan yang disertai oleh seramai 20 orang warga kerja IPN ke Commerce Dot Com Sdn. Bhd.(CDC) telah diadakan pada 6 Disember 2017 di Ibu Pejabat syarikat berkenaan di Petaling Jaya. Warga IPN telah disambut oleh Naib Presiden Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Encik Mohd. Afandi b. Baba. Selepas itu sesi penerangan mengenai CDC dan sistem ePerolehan yang baharu telah disampaikan oleh Encik Wan Hafendi b. Wan Ismail yang merupakan Pegawai Latihan CDC. CDC merupakan syarikat yang telah diberi tanggungjawab untuk membangun dan mengendalikan sistem perolehan elektronik yang dikenali sebagai ePerolehan untuk kerajaan Malaysia. Melalui sistem ePerolehan ini pengurusan perolehan dalam kerajaan menjadi semakin mudah, sistematik dan efisien. IPN telah bekerjasama dengan CDC dalam membentuk pelan pengajaran kursus berkaitan dengan ePerolehan. CDC juga banyak membantu dalam membekalkan tenaga pengajar bagi kursus yang berkaitan. Semoga melalui lawatan ini dapat memberi kefahaman mengenai CDC kepada warga kerja IPN. Terutama sekali berkaitan dengan pembangunan sistem ePerolehan yang baharu yang bakal dilancarkan pada tahun 2018.
Pegawai-pegawai IPN bergambar kenangan di Ibu Pejabat CDC
LAWATAN KE COMMERCE DOT COM SDN. BHD.
25
26
LATIHAN PELAKSANAAN iGFMAS SIRI 1 SEHINGGA SIRI 7 Bermula dari bulan September sehingga Disember 2017, latihan iGFMAS kepada Expert End Us-er (EEU) telah diadakan bertempat di Makmal Komputer,aras 2 JANM Sibu seperti berikut: Siri 1: 18-21 & 25-29 September 2017
Siri 2: 02-06 & 09-13 Oktober 2017
Siri 3: 16-20 & 23-27 Oktober 2017
Siri 4: 23-27 & 30 Oktober – 3 November 2017
Siri 5: 06-10 & 13-17 November 2017
Siri 6: 20-24 & 27-30 November 2017
Siri 7: 04- 05 Disember 2017
27
PROGRAM LAWATAN KERJA TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (OPERASI), PENGARAH BPOPP DAN PENGARAH JANM NEGERI SARAWAK
BERSAMA WARGA JANM SIBU, KAPIT & SARIKEI
Sarikei - Pada 28 November 2017, satu lawatan kerja oleh Timbalan Akauntan Negara
Malaysia (Operasi) YBrs. Dr Yacob Bin Mustafa, Pengarah BPOPP En. Redzuan Bin Hassan
dan Pengarah JANM Negeri Sarawak En.Husaini Bin Abu, bersama warga JANM Sibu, Kapit
dan Sarikei telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Blok 2, Sibu,
Sarawak.
28
SESI ENGAGEMENT TAKLIMAT PERAKAUNAN DENGAN KETUA
JABATAN PERSEKUTUAN DI BAWAH SELIAAN JANM CAWANGAN SIBU
Sibu - Sesi Engagement Taklimat
Perakaunan Dengan Ketua
Jabatan Persekutuan Di Bawah
Seliaan JANM Cawangan Sibu
telah diadakan pada 24 Oktober
2017 (Selasa) di Dewan Suarah
Sibu. Majlis tersebut telah
disempurnakan oleh Encik
Amiruddin Bin Abd Manaf dan
dimeriahkan lagi dengan kehadiran
Puan Brenda Marajan, Timbalan
Pengarah JANM Negeri Sarawak.
TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN DAN CUTOVER TAHUN 2017
Sibu - Taklimat Penutupan Akaun dan Cutover Tahun 2017 telah diadakan pada 05 Disember
2017 (Selasa) di Dewan Suarah Sibu. Taklimat ini bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00
tengah hari.
Sesi taklimat Penutupan Akaun dan Cutover Tahun 2017
29
30
31
LATIHAN PELAKSANAAN SISTEM KEPADA EXPERT END USER (EEU) Pahang - JANM Negeri Pahang telah mengadakan latihan melaksanakan sistem iGFMAS kepada Expert End User bermula pada 4 September hingga 23 November 2017 untuk memperkenalkan sistem Perakaunan Akruan yang dilaksanakan pada 1 Januari 2018.
KURSUS PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN MPSAS 1. Pahang - JANM Negeri Pahang telah mengadakan Kursus latihan Perlaksanaan
Perakaunan Akruan MPSAS. Kursus ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Beserah, Kuantan kepada 43 PTJ di Pahang secara berperingkat dari 13 - 22 November 2017
32
PROGRAM TAKLIMAT PERAKAUNAN AKRUAN KEPADA SEMUA KETUA JABATAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DI NEGERI PAHANG
Kuantan - Program Taklimat Perakaunan Akruan kepada semua Ketua Jabatan Pusat (PTJ) di
Negeri Pahang telah diadakan pada 27 Oktober 2017 bertempat di Hotel Sri Malaysia,
Kuantan bermula 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini berjalan lancar dengan
kehadiran semua ketua Jabatan.
TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN 2017
Kuantan - JANM Negeri Pahang telah mengadakan Taklimat Penutupan Akaun bagi tahun
2017 di Grand Hall, Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan, Pahang, pada 29 November
2017. Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Kehadiran peserta taklimat adalah seramai
700 orang dari semua PTJ di negeri Pahang.