INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · negeri Johor yang membuat rawatan di situ. Dr. Mohd Nasir Mohd...
Transcript of INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · negeri Johor yang membuat rawatan di situ. Dr. Mohd Nasir Mohd...
MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber
berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya
membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh
menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq,
Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752
Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian
Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan
dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.
Nota ✍
2.5% ANDA KAMI AGIH
ASNAF YANGLAYAKKEPADA
Zakat kita bahagiakan mereka
Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]
INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)
PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah
SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat
mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka
hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”
-Hadis Sahih Muslim-
Zakat kita bahagiakan mereka
SKIM-SKIM BANTUAN ASNAF
1. Bantuan Hari Raya2. Bantuan Sara Hidup Bulanan3. Bantuan Perubatan4. Bantuan Perumahan5. Bantuan Berdikari6. Bantuan Pendaftaran IPT7. Dermasiswa Pelajar8. Bantuan Pakaian Sekolah9. Bantuan Basikal Pelajar10. Bantuan Cermin Mata Pelajar11. Pembiayaan Tambang
Pengajian12. Bantuan Menjelaskan Hutang13. Bantuan dan Kebajikan
Saudara Baru14. Bantuan Segera (Kecemasan)
Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan
Wakaf Abadikan Kebaikan
4buletinAl-Infaq
buletin
Al-InfaqBil. 9
Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor
✍
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyerahkan
hasil zakat berjumlah RM2 juta kepada Institut Jantung Negara (IJN) sebagai bantuan kepada pesakit jantung tidak berkemampuan dari negeri Johor yang membuat rawatan di situ. Majlis menandatangani persefahaman kerjasama tersebut telah ditandanganani di IJN di mana pesakit yang tidak berkemampuan akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MAIJ dan IJN terus tanpa perlu membuat permohonan di Johor bagi membolehkan bantuan disalur dengan lebih cepat.Inisiatif ini merupakan salah satu
usaha MAIJ membantu pesakit jantung warga Johor seterusnya memelihara kesejahteraan umat melalui manfaat bayaran zakat oleh masyarakat Islam di Johor. Sumbangan itu diserahkan oleh Penasihat MAIJ, Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut kepada Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf di IJN di sini. Turut hadir, Mufti Johor, Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiai Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Rofiki Bin Dato’ Haji A. Shamsudin; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yaakub; Timbalan Mufti Johor,
Dato’ Haji Yahya bin Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi. Sementara itu, Dr Mohd Nasir berkata, sumbangan zakat itu akan dapat membantu meringankan beban kewangan pesakit. “Agihan kepada pesakit akan dilakukan mengikut syarat serta kelayakan yang ditetapkan dan dipersetujui oleh MAIJ dan IJN,” katanya. Beliau berkata, kerjasama itu wajar dicontohi agensi korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi swasta lain bagi membantu pesakit membiayai kos rawatan di IJN.
MINDA PENGARANGKos perbelanjaan kerajaan
terhadap sektor kesihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan ini akan memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menyediakan bajet tersebut. Bebanan kos ini menjadi semakin berat apabila sejak kebelakangan ini berlakunya peningkatan kos perubatan yang mendadak di peringkat global. Peningkatan kos perubatan ini
RM2 juta wang zakatBUAT PESAKIT JANTUNG DARI JOHOR MELALUI IJN
Mac 2017/1438H(sisipan Buletin Majlis)
RM 14,917.87* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar
minima yang ditetapkan oleh syarak bagi
sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA
DA
R N
ISA
B Z
AK
AT:
bukan sahaja menekan perbelanjaan kerajaan bahkan lebih parah turut membebankan masyarakat awam untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan mahupun swasta terutamanya golongan fakir dan miskin. Kualiti hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi negara juga akan terjejas sekiranya kos ini tidak dapat ditangani sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, Pelaksanaan bantuan zakat perubatan di hospital-hospital kerajaan telah banyak
membantu asnaf mendapatkan rawatan kesihatan yang sewajarnya. Kebanyakkan asnaf tidak lagi perlu risau akan masalah kewangan yang sering menghantui pesakit-pesakit. Dengan adanya bantuan zakat, perbelanjaan asnaf yang mengalami masalah kesihatan dapat dijaga sehinggakan mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan wang tunai bagi membiayai sesetengah kes rawatan kesihatan.
-Shafie Mustapha“BERBAHAGI ITU INDAH”
Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih
SERAH...Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Dato’ Dr. Hj, Nooh Gadut menyampaikan replika cek pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Inistitut Jantung Negara (IJN) dan MAIJ. Turut menyaksikan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Md Rofiki Datuk Samsuddin dan Mufti Johor, Datuk M Tahrir Datuk Samsuddin.
1buletinAl-Infaq
SYUKUR... Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ menyampaikan sumbangan khas MAIJ kepada 300 ketua keluarga komuniti Rohingya daerah Kulai sebagai usaha membantu kesempitan hidup mereka. Terdahulu MAIJ turut membantu menyedia pusat tarbiah pendidikan fardhu ain kepada anak-anak Rohingya untuk mendapat didikan asas agama.
BANTU... Penyampaian sumbangan bantuan segera MAIJ kepada tiga keluarga terlibat dalam kebakaran di Taman Santalia Batu Pahat.
Sekitaragihan zakat
PENYERAHAN bantuan bencana kebakaran sebanyak RM3,000 oleh Amin Baitulmal Kluang baru-baru ini.
PENYAMPAIAN bantuan segera perubatan kepada Rodjigen Kasran, dan anaknya Rohani Rodjigen kedua-duanya merupakan pesakit kencing manis kronik.
2buletinAl-Infaq
JEJAK... Warga emas sekitar Kampung Sawah Ring, Kampung Sungai Bilah dan Kampung Parit Ghani, Tangkak terima sumbangan MAIJ.
Dua kelengkapan tidur buat keluarga Rosli Sharif untuk keperluan ibu bapanya hasil sumbanga zakat.
BAITULMALWASIAT WANG TIDAK PATUH SYARIAH
LUQATAH
FIDYAH
TEBUS HAK MILIKSEWAAN PREMISDERMA & SEDEKAH
KAFFARAH
3buletinAl-Infaq
SIMPATI... YB Tuan Hj Abd Mutalip Abd Rahim meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru baru-baru ini. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyumbang RM1,000 kepada setiap keluarga terbabit.
Johor Bahru - Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) baru-baru ini menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, YB Haji Abd.
Mutalip Abd. Rahim berkata, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala lapan keluarga remaja yang cedera masing-masing mendapat RM1,000. “Bantuan ini untuk meringankan beban dan kita berharap keluarga mangsa bersabar dengan dugaan ini,” katanya
BERANI MATI... Fenomena remaja menyertai aktiviti basikal lajak dianggap sebagai mukadimah rempit jalanan yang menyusahkan orang ramai dan tentunya dilarang oleh agama.
ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa nahas basikal di Kampung Senibong, Permas Jaya. Sumbangan tersebut diterima Amir Omar, 47, bapa kepada arwah Mohd. Azhar dengan turut disaksikan isterinya, Sabariah Yusof, 49, dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Senibong, Yacob Shadan. Dalam kejadian pukul 3 pagi baru-baru ini, sekumpulan remaja berbasikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di jalan itu maut dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita. Pelanggaran tersebut mengakibatkan lapan maut, dua kritikal sementara enam lagi cedera dan mereka rata-ratanya remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun.
TRAGEDIBasikal Lajak