Indiv sek & masyrkt
-
Upload
nurfadhilah-zakaria -
Category
Documents
-
view
576 -
download
12
Transcript of Indiv sek & masyrkt
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
1
BAB 3 : AKTIVITI 3.2
(a) HURAIKAN MAKNA KONSEP ID, EGO DAN SUPEREGO
TEORI PERKEMBANGAN PERSONALITI – SIGMUND FREUD
Menurut Freud personaliti terbentuk dari tiga komponen iaitu :
Id – bahagian tengah personaliti yang terletak antara id dan superego
Ego – bahagian personality manusia yang sebahagian berada pada aras bawah sedar
dan sebahagian lagi berada pada aras sedar
Superego- menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang
bermoral
SUPEREGO
‘KAMU SEDANG BERDIET’
ID
‘SAYA MAHU MAKAN
COKLAT’
MAKAN SEDIKIT COKLAT
EGO
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
2
Ia diwarisi sejak lahir lagi. Id beroperasi di
atas prinsip keseronokan
Bahagian personaliti yang mengandungi
naluri seksual dan agresif
Sangat mementingkan kepuasan serta merta.Ia
adalah bahagian pemikiran manusia yang tidak
rasional
Id juga mengandungi libido iaitu tenaga
seksual yang menggerakkan kebanyakan
tingkah laku manusia
ID
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
3
EGO
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
4
SUPEREGO
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
5
(b) BANDINGKAN PANDANGAN AHLI PSIKOLOGI FREUD DENGAN PANDANGAN
SOSIOLOGI TENTANG PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU.
i. Perbezaan yang pertama ialah percanggahan pandangan Sigmund Freud dengan Ibnu
Khaldun:
- Freud menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan desakan naluri semulajadi. Freud juga
mempercayai bahawa manusia adalah mahluk yang tidak rasional, tidak bersosial dan penuh
dengan desakan yang merosakkan dirinya.
- Pendapat Ibnu Khaldun bertentangan dengan pandangan Freud. Beliau menganggap manusia
mempunyai peradaban tersendiri, mempunyai kehidupan social yang tersendiri.
- Ibnu Khaldun juga mempercayai bahawa manusia berupaya untuk meningkatkan diri sendiri
dan mencapai arah tujuan kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa
ii. Perbezaan pendapat antara Sigmund Freud dengan Max Waber:
-Max Waber mempercayai bahawa makhluk manusia adalah mempunyai fikiran, waras dan
mempunyai perlakuan-perlakuan yang bermakna.
-Max Waber juga percaya bahawa mengetahui bentuk sesuatu perlakuan manusia adalah
kurang penting berbanding mengetahui makna yang terkandung dalam perlakuan tersebut
seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap yang mewarnai tingkah laku individu.
iii. Perbezaan pendapat antara Sigmund Freud dan Emile Durkheim:
Menurut Freud terdapat 3 jenis kerisauan : kerisauan realiti, kerisauan neurotik dan kerisauan
moral. Kerisauan realiti ialah kebimbangan hasil ketakutan kepada dunia sebenar.
Kebimbangan neurotik ialah ketakutan yang berpunca daripada perasaan tidak dapat mengawal
naluri untuk melakukan sesuatu yang becanggah dengan moraliti yang menyebabkan
seseorang akan dihukum.
Kebimbangan moral pula timbul apabila seseorang melakukan sesuatu yang bercanggah
dengan hati kecilnya, iaitu bahagian pemikiran yang bermoral.
Menurut Emile pula moraliti dianggap sebagai perasaan kolektif akan membentuk perangai atau
tingkah laku individu, memberi rasa kekitaan serta menyebabkan integrasi. Ini dapat dilihat
dengan jelas dalam kajiannya Suicide (1952) dimana beliau mengenalpasti punca fenomena
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
6
membunuh diri daripada faktor sosial dan berlaku akibat ketidakseimbangan antara keperluan,
mematuhi peraturan keperluan dengan kebebasan.
BAB 5 : AKTIVITI 5.7
(a) JELASKAN BAGAIMANA ANDA SEBAGAI PENDIDIK BERINTERAKSI DALAM
SITUASI BILIK DARJAH
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya
guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar
sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan
bermutu.
Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan
tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi
kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu
tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama
murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya
pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad.
Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi
secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi
kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-
murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan
optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran ("Classroom Life : Some Dimensions
of Parallel Universes", 1994).
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya
mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka
komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku
apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
7
amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid,
maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa
kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).
Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.
Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi
penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi
isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya.
Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah
dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders telah merumuskan bahawa dalam sesuatu
proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga
daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi
murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan
tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.
Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan
Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjah yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, iaitu:-
1. Interaksi sehala/interaksi tradisional
2. Interaksi dua hala antara guru dan murid
3. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
4. Interaksi berkomputer.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
8
INTERAKSI SEHALA/INTERAKSI TRADISIONAL
Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam
pengajarannya.
Contoh, mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah
bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana
guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik
darjah.
Ciri-ciri interaksi sehala:
Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas
Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif
Rajah 1: Corak Interaksi Sehala
INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID
Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif,
interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri interaksi dua hala:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif
Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik
darjah
Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.
GURU MURID
D
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
9
Rajah 2 : Corak Interaksi Dua Hala antara guru dengan murid
INTERAKSI PELBAGAI HALA ANTARA GURU DENGAN MURID DAN MURID DENGAN
MURID
Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan,
pendekatan kumpulan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia
akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-
murid lain di dalam bilik darjah.
Ciri-ciri penting:
Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan
murid
Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
Rajah 3: Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan Murid dengan Murid
MURID
MURID
MURID
MURID
GURU
GURU MURID
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
10
CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi yang berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat
diterima dan difahami oleh murid.
Berkesan apabila wujudnya persefahaman yang mendorong meningkatkan hubungan
baik di antara guru dan murid
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua
komunikasi ( verbal dan bukan verbal ) dengan berkesan
Guru boleh memberikan peneguhan positif daalam bentuk pujian dan
sentuhan/senyuman.
Murid mesti mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat
AMALAN-AMALAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
1. Menggunakan kaedah perbincangan,lakonan,main peranan dan drama.
2. Menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep
dengan lebih berkesan.
3. Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal
yang berkesan.
4. Guru-guru perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:
Berusaha mendengar cadangan murid-murid
Memastikan bahawa tiada halangan apabila guru menyampaikan
peengajarannya
Mesti menolong membuka minda murid-murid supaya mereka dapat
berkomunikasi dengan lebih senang.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
11
Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak
mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam
suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang
pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti
keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan.
Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan
antara guru dan murid. Antaranya ialah :
Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang
bermakna.
Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan
jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat
pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.
Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan
penglibatan pelajar
Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan
murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa
ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya :
1. Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid
dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan
2. Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk
mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri
3. Memberi arahan secara lebih positif
4. Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif
Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan
murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
12
1. Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat
melahirkan kemesraan antara guru dengan murid
2. Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan
hendaklah ikhlas dan jujur
3. Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.
4. Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan
kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid
5. Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran
6. Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau
berkomunikasi dengan murid
7. Sentiasa mengulang isi-isi penting
8. Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran
9. Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau
maklum balas
Kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran
adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya.
Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula
melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan
mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui
sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).
Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon
yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan
dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau
ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
13
Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan
sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya
mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang
selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang
menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama
insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa
adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah
insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997).
Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan
panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam
bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas,
berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih
lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun.
Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh
serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan
menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga
dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan
umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau
komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku
secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi
dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar
dan berdisiplin.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
14
(b) NYATAKAN BENTUK-BENTUK INTERAKSI YANG BOLEH MENDATANGKAN
KESAN-KESAN NEGATIF
Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan
cirri-ciri tingkah laku guru apabila berinteraksi negatif dengan murid-murid sewaktu mengajar
dalam bilik darjah. Anatara cirri-cirinya ialah :
Enggan menerima langsung cadangan dari murid
Suka menengking dan memarahi murid
Selalu memberi amaran
Gagal menyediakan kemudahan kepada murid
Bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan
Guru sukar berterus-terang
Emosi guru tidak terkawal
Guru tidak melayani maklum balas murid
Kebisingan dalam bilik darjah
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang
Suasana bilik darjah yang kurang kondusif
Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang
ingin disampaikan kepada murid.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
15
BAB 7 : AKTIVITI 7.1
DAPAT KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA DAN BUATKAN INTERPRETASI
MENGENAINYA.
Definasi Etika
Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa
Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu
golongan. Ia terbahagi kepada dua:
i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik
dan jahat.
ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis
semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang
berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah
untuk memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan 1996)
Etika merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal
terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu.
(Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral 1999)
Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur
nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat
untuk memenuhi tuntutan “JERI” mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu
tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod
etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli.
Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri. Kementerian
Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia.
Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru
sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus
diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999),
guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
16
masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan
dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral
pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat
dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan
cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada
awal abad yang akan datang.
Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan
yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-
guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri
sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang telah
diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa.
Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan memjadikan Malaysia pusat
kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian
Pendidikan Malaysia. Justeru itu, satu Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang
mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan Malaysia
mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini guru dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian
Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Etika ditakrifkan sebagai “satu cabang
ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban
dan tanggungjawaj moral”. (Harold Koontz & Heinz Weihrich - Pengurusan terjemahan Mohd
Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP)
Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi. Walaubagaimana
cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan
etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang,
perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya
mematuhi nilai-nilai moral.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
17
“Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka
kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah pun disediakan dalam bentuk ikrar dan
lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru”. (Ee Ah Meng
Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989).
Kod Etika Profesion Perguruan
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid
ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
18
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya
darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada
muridnya.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
19
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran
tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang
disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam
menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Seorang guru perlu mempunyai dedikasi selaras dengan kod etika keguruan. Guru
haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
20
2. Seorang guru juga perlu menjadi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas,berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
3. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Selain mengajar, guru juga hendaklah menjalankan
tugas-tugas lain seperti setiausaha peperiksaan, setiausaha PIBG, ketua panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
4. Seorang guru juga perlu bijak mengawal emosi diri dan menghindarkan diri daripada
sebarang ketegangan jiwa.
5. Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik.
Dengan dapat memahami kod etika perguruan, guru dapat memahami tanggungjawab yang
sebenar. Pemahaman dan pelaksanaan kod etika tersebut membolehkan seseorang guru
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh komited dan dedikasi.
Keperibadian guru yang berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak, tanggungjawab, nilai dan
amalan yang baik akan melahirkan murid yang berpengetahuan. Guru perlu bekerjasama ke arah
memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara. Guru perlu berazam meninggikan mutu
perkhidmatan dan bekerja dengan penuh tanggungjawab.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
21
AKTIVITI 8.10
(a) TERDAPAT PELBAGAI SURAT PEKELILING DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA YANG BERKAITAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR.
SENARAIKAN SENARAI SURAT PEKELILING BERKENAAN.
BIL SURAT PEKELILING TAJUK / PERKARA
1 Surat Pekeliling Bil.6/68.
Bertarikh : 10 September 1968
Pembuangan Murid daripada
Sekolah-Sekolah kerana Kelakuan
curang.
2 Surat Pekeliling Bil. 8/68
Bertarikh : 18 September 1968.
Tatatertib di Sekolah-Sekolah.
3 Surat Pekeliling Bil.6/68 dan 8/68
Bertarikh : 12 Oktober 1968.
Tambahan kepada Surat Pekeliling
Profesional Kementerian Pelajaran
(Gantung Persekolahan),
4 Surat Pekeliling Bil.1/1972
Bertarikh : 4 Feb. 1972
Peraturan-peraturan (tatatertib
sekolah) Pelajaran 1959.
5 Surat Pekeliling Bil.6A/1975
Bertarikh : 5 Sept.1975
Murid-Murid Menghisap Rokok
6
Surat Pekeliling Bil.7/1975
Bertarikh : 19 Ogos1975
Salahguna Dadah – Garis Panduan
Untuk Guru Panduan Dan Guru
Besar.
8 Surat Pekeliling Bil. 2/1976
Bertarikh : 7 Januari 1976
Potongan Rambut Murid-Murid.
9 Surat Pekeliling Bil. 11 / 1976
Bertarikh : 9 Oktober 1976
Mengharamkan Semua Jenis
Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
22
10 Surat Pekeliling Bil. 9 / 1977
Bertarikh : 3 OKtober 1977
Menganjurkan Dan Menjual Loteri Di
Sekolah-Sekolah.
11 Surat Pekeliling Bil. 4 / 1978
Bertarikh : 2 Mei 1978
Acara Suaikenal Di Sekolah-Sekolah
12 Surat Pekeliling Bil. 2/1979
Bertarikh : 26 Mac 1979.
Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan
Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang
Memerlukan Pertolongan.
13 Surat Pekeliling Bil. 4/1982
Bertarikh : 1 Oktober 1982.
Permainan „Pin-Table , Video Game,
Game Watch‟.
14 Surat Pekeliling Bil. 1 / 1983
Bertarikh : 25 Feb. 1983
Garis Panduan Kempen Anti Merokok
Di Sekolah-Sekolah.
15 Surat Pekeliling Bil.3/1983.
Bertarikh : 9 Mac 1983.
Pakaian Seragam Murid-Murid
Sekolah.
16 Surat Pekeliling Bil.6/1983.
Bertarikh : 23 April 1983.
Larangan Bermain Bahan-Bahan
Letupan.
17 Surat Pekeliling Bil.8/1983.
Bertarikh : 7 November 1983.
Mengenai Hukuman Biasa Terhadap
Murid-Murid Yang Melakukan
Perbuatan Salahlaku Yang Tidak
Dinyatakan Dalam Peraturan-
Peraturan Pelajaran.
18 Surat Pekeliling Bil.4/1984
Bertarikh : 14 Jun 1984.
Perhimpunan Sekolah.
19 Surat Pekeliling Bil.4/1984.
Bertarikh : 10 September 1984.
Perhimpunan Sekolah (Tambahan
kepada Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.4/84)
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
23
20 Surat Pekeliling Bil.8/1985.
Bertarikh : 22 November 1985
Pakaian Seragam Murid-Murid
Sekolah (Pindaan)
21 Surat Pekeliling Bil.7/1986.
Bertarikh : 1 Ogos 1986.
Langkah-Langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah.
22 Surat Pekeliling Bil.8/1988.
Bertarikh : 1 Mac 1988.
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
23 Surat Pekeliling Bil.2/1991.
Bertarikh : 5 Feb.1991.
Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di
Masjid
24 Surat Pekekiling Bil.4/1991.
Bertarikh : 6 Mei 1991.
Pelaporan Kejadian Tidak Diingini
Di Sekolah.
25 Surat PekelilingBil. 3/1992.
Bertarikh : 14 Mac 1992
Pemakaian Tudung / Mini Telekung
Bagi Pelajar-pelajar Perempuan .
26 Surat Pekeliling Bil.3/1993.
Bertaikh : 15 Feb 1993
Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang
Berbentuk Jenayah
27 Surat Pekeliling Bil 6/1993
Bertarikh : 3 Jun 1993
Pakaian Seragam Sekolah
28 Surat Pekeliling Bil.6/1994
Bertarikh : 12 Sept. 1994
Usaha Menanam Semangat
Patriotisme Di kalangan Pelajar dan
Senanam Ringkas Dalam Bilik Darjah.
29 Surat Pekeliling Bil. 6/1995.
Bertarikh : 5 Sept. 1995.
Menangani Masalah Ponteng di
Sekolah
30 Surat Pekeliling Bil. 7/1995
Bertarikh : 11 Okt. 1995
Tatacara Mengenakan Tindakan dan
Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar
Sekolah.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
24
31 Surat Pekeliling Bil.2/1996.
Bertarikh : 24 Jun 1996.
Penampilan Diri Pelajar,Kekemasan
dan Kerapian Berpakaian.
32 Surat PekelilingBil. 5 /1997.
Bertarikh : 22 Mei 1997
Sekolah Sebagai Kawasan Larangan
Merokok.
33 Surat Pekeliling Bil. 16/1998
Bertarikh : 6 Ogos 1998
Menangani Kegiatan Gengster
Di Sekolah
34 Surat Pekeliling .Bil.18/1998
Bertarikh : 2 Sept. 1998
Penggunaan Budi Bicara Ketika
Mengambil Tindakan
35 Surat Pekelling Bil. 7/1999.
Bertarikh :10 Jun 1999
Penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah Di Sekolah Menengah
36
Surat Pekeliling Bil. 8/1999
Bertarikh : 10 Jun 1999
Keselamatan Diri Murid Dalam
Perjalan Pergi dan Balik Sekolah
37 Surat Pekeliling Bil. 6/2000.
Bertarikh : 14 Mac 2000
Menangani Masalah Keselamatan ,
dadah dan Gengster
38 Surat Pekeliling Bil. 11/ 2000
Bertarikh :5 Julai 2000
Membenteras Jenayah Di kalangan
Murid Sekolah
39 Surat Pekeliling Bil. 6/2001
Bertarikh : 6 Jun 2001
Peringatan Mengenai Pengaruh
Negatif Cybercafe dan Pusat
Permainan Video Terhadap Murid
Sekolah
40 Surat Pekeliling Bil.8/2001
Bertarikh : 19 Julai 2001
Pemantapan Pengurusan Disiplin Di
Sekolah
41 Surat Pekeliling Bil. 9/2001
Bertarikh : 23 Julai 2001
Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan
Negatif
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
25
42 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001
Semua Guru Adalah Guru Disiplin
43 Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 / 2002
Bertarikh : 14 Jun 2002
Pelaksanaan Sekolah Selamat
44 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 / 2003
Bertarikh : 29 Oktober 2003
Kuasa Merotan Murid
45 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 2003
Bertarikh : 29 Oktober 2003
Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan
Memantau Laku Musnah [Vandalism]
Dikalangan Murid – Murid Sekolah.
46 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 2003
Bertarikh : 4 Disember 2003
Pelaksanaan Sistem Laporan Adab
Belajar [Lab] Murid – Murid Sekolah
Rendah Dan Menengah
47 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2006
Pembatalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
11/2005
Bertarikh : 20 Januari 2006
Garis Panduan Penggunaan Telefon
Bimbit oleh Murid Sekolah Bertarikh
23 Disember 2005
48 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009
Bertarikh : 25 Mac 2009
Penguatkuasaan Larangan Membawa
dan Mengguna Telefon Bimbit oleh
Murid di Sekolah
49 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010
Bertarikh : 29 Julai 2010
Garis Panduan Mencegah dan
Menangani Buli Dalam Kalangan
Murid Di Sekolah
50 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2010
Bertarikh : 12 Februari 2010
Pelaksanaan Sistem Pilihanraya
Ketua Murid di Sekolah-sekolah
51 Surat Pekeliling Iktisas Bil.4/2010
Bertarikh : 08 Februari 2010
Pelaksanaan Ujian Urin Murid
Sekolah
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
26
52 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun
2011
Bertarikh : 27 April 2011
Peraturan Berkenaan Rambut Dan
Pemakaian Steel Bangle (KARA) Oleh
Murid-Murid Keturunan Sikh
53 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun
2011
Bertarikh : 28 Jun 2011
Pelaksanaan Standart Operating
Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan
Dan Menangani Isu Disiplin Murid
54 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun
2011
Bertarikh : 28 Jun 2011
Pengurusan Keselamatan Murid Di
Sekolah
B) SEMAK SURAT-SURAT PEKELILNG IKHTISAS BERIKUT. NYATAKAN TAJUK
SETIAP SURAT, KANDUNGANNYA DAN NYATAKAN NAMA KETUA PENGARAH
PELAJARAN YANG MENANDATANGANINYA.
SURAT
PEKELILING
TAJUK/ PERKARA
ISI KANDUNGAN
NAMA KETUA
PENGARAH
PELAJARAN
i)
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bil. 6/1995
Bertarikh :
5 Sept 1995
Menangani Masalah
Ponteng di Sekolah
1. Ponteng sekolah dan ponteng
kelas dua masalah yang perlu
diatasi dengan segera oleh
semua pegawai yang berkaitan.
2. Pihak Kementerian telah
menerbitkan dan mengedarkan
Buku Panduan bagi mengatasi
ponteng di sekolah. Saranan dan
cadangan dalam buku ini diyakini
dapat mengatasi dua
masalah di atas.
Tan Sri Datuk Dr. Wan
Mohd Zahid Bin Mohd
Noordin
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
27
ii)
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bil. 4/1997
Bertarikh :
22 Mei 1997
Hukuman Ke atas
Murid Menghisap
Rokok .
1. Pekeliling ini dibaca bersama
Surat Pekeliling :Ikhtisas Bil.
6a/1975
2. Pengetua dan Guru Besar
diberi kuasa merotan murid yang
didapati bersalah menghisap
rokok.
3. Bilangan pukulan rotan
maksima sebanyak tiga kali.
4. Pelajar boleh dibuang sekolah
jika masih mengulangi kesalahan
merokok.
Datuk Mat Nor Daim
iii)
Surat
Pekeliling
Ikhtisas
Bil.16/1998
Bertarikh:
6 Ogos 1998
Menangani Kegiatan
Gengster
Di Sekolah
1. Sekolah mesti melaporkan
kepada pihak polis jika terdapat
kegiatan berkenaan .
2. Tindakan pemulihan perlu
dilakukan keatas pelajar yang
telah disahkan terlibat.
3. Tindakan pencegahan juga
perlu diambil.
Dato Dr. Abdul Shukor
Abdullah
Surat
Pekeliling
Ikhtisas Bil.
6/2000
Bertarikh :
Menangani Masalah
Keselamatan , dadah
dan Gengster
1. Supaya sekolah mengambil
tindakan proaktif dalam usaha
memastikan sekolah sentiasa
selamat dan bebas dari insiden
yang tidak diingini seperti murid
Dato Dr. Abdul Shukor
Abdullah
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
28
14 Mac 2000 diugut, diperkosa dan
penyalahgunaan dadah,
penglibatan dengan pelakuan ala
gengster
iv)
Surat
Pekeliling
Ikhtisas Bil.
8/2001
Bertarikh :
19 Julai 2001
Pemantapan
Pengurusan Disiplin
Di Sekolah
1.JPN, PPB, PPD,
Pengetua/Guru Besar mestilah
mengambil langkah-langkah yang
sesuai untuk memantapkan
disiplin di sekolah-sekolah
2. Pengurusan hal ehwal murid
hendaklah dimantapkan dan
dipertingkapkan.
3. Sistam rekod / profail
hendaklah diperkenalkan dan
bergerak mengikut pergerakan
murid.
Datuk Abdul Rafie Bin
Mahat
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
29
BAB 10 : AKTIVITI 10.4
BAHAGIKAN UNIVERSITI AWAM MENGIKUT KATEGORI UNIVERSITI APEX, UNIVERSITI
PENYELIDIKAN, UNIVERSITI FOKUS DAN UNIVERSITI KOMPREHENSIF.
NYATAKAN SLOGAN SETIAP UNIVERSITI DALAM USAHA MASING-MASING MENARIK
MINAT MASYARAKAT UNTUK MENGANGGAP UNIVERSITI BERKENAAN ADALAH
MENARIK
KATEGORI UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA
Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan
bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan
perkembangan industri di negara ini. Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada
empat kumpulan iaitu:
Universiti Apex
Universiti Penyelidikan
Universiti Berfokus
Universiti Komprehensif
1. Universiti Apex (Apex University)
Universiti Sains Malaysia [USM]
Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras
dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding
dengan universiti terbaik di dunia.
Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)
sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti awam
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
30
di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi pusat
kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.
2. Universiti Penyelidikan (Research University)
Universiti Malaya [UM]
Universiti Sains Malaysia [USM]
Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
Universiti Putra Malaysia [UPM]
Universiti Teknologi Malaysia [UTM]
Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 telah bersetuju mengiktiraf Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) dan Universiti
Malaya (UM) sebagai Universiti Penyelidikan. Selaras dengan Teras Tiga (3) Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk memperteguh penyelidikan dan inovasi, adalah
menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi supaya lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi
(IPT) dapat diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di mana sekurang-kurangnya enam (6)
Universiti Penyelidikan disasarkan menjelang 2020.
Objektif Universiti Penyelidikan
Meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkormersilan (R&D&C);
meningkatkan bilangan pelajar pasca siswazah dan pasca doktoral;
meningkatkan bilangan pensyarah yang mempunyai PhD;
meningkatkan bilangan pelajar asing;
mengukuhkan pusat-pusat kecemerlangan; dan
meningkatkan kedudukan atau ranking IPT
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
31
Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan,
Kemasukan kompetitif,
Pensyarah berkualiti,
Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
3. Universiti Fokus (Focus University)
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Pahang
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Darul Iman Malaysia
Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang -
bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.
Ciri-ciri universiti berfokus ialah :
Bidang pengajian berfokus,
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
32
Kemasukan kompetitif,
Pensyarah berkualiti,
Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
4. Universiti Komprehensif (Comprehensive University)
Universiti Teknologi MARA
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti komprehensif ialah universiti awam yang yang berperanan sebagai pusat pengajian
bagi program pra-siswazah, siswazah dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang tanpa
menfokuskan kepada sesuatu pengkhususan sahaja.
Ciri-ciri Universiti Komprehensif ialah :
Pelbagai Bidang pengajian,
Kemasukan kompetitif,
Pensyarah berkualiti,
Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh universiti-
unversiti tersebut kepada para pelajarnya. Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin
pesat membuatkan universiti awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang
sentiasa berdaya saing dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi
ekonomi serta pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
33
SLOGAN UNIVERSITI DALAM USAHA MENARIK MINAT MASYARAKAT UNTUK
MENGANGGAP SETIAP UNIVERSITI ADALAH YANG TERBAIK:
BIL LOGO NAMA UNIVERSITI SLOGAN TAHUN
PENUBUHAN
1
UNIVERSITI MALAYA
(UM)
“Ilmu Punca
Kemajuan”
1961
2
UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA (USM)
"Transforming Higher
Education for
Sustainable
Tomorrow
1969
3
UNIVERSITI KEBANGASAAN
MALAYSIA
(UKM)
“Mengilham harapan,
mencipta masa
depan”(Slogan Baru)
“Ilmu, mutu, budi"
(Slogan Lama)
1970
4
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(UPM)
“Berilmu Berbakti”
1971
5
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
(UTM)
“Inspiring Creative
and Innovative Mind”
1975
6
UNIVERSITI ISLAM
ANTARABANGSA
(UIAM)
“Garden Of
Knowledge And
Virtue”
1983
7
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
(UUM)
“Ilmu Budi Bakti”
1984
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
34
8
UNIVERSITI MALAYSIA
SARAWAK
(UNIMAS)
“Kontemporari dan
Berpandangan Jauh” 1992
9
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(UMS)
„Bertekad Cemerlang‟
1994
10
UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
(UPSI)
"Komited Membawa
Perubahan Dalam
Pendidikan".
1997
11
UNIVERSITI SAINS ISLAM
MALAYSIA
(USIM)
“Berilmu, Berdisiplin
Dan Bertakwa” 1998
12
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA
(UITM)
“Usaha, Takwa,
Mulia”
1999
13
UNIVERSITI MALAYSIA
TERENGGANU
(UMT)
"Terokaan Seluas
Lautan"
("Ocean of
discoveries")
1999
14
UNIVERSITI TUN HUSSEIN
ONN MALAYSIA
(UTHM)
"Dengan Hikmah Kita
Meneroka" 2000
17
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
(UniMAP)
“Ilmu – Keikhlasan –
Kecemerlangan”
2001
18
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL
ABIDIN
(UNISZA)
“Ilmu Demi Faedah
Insan”
(Knowledge for the
Benefit of Humanity)
2005
KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYRAKAT
35
19
UNIVERSITI MALAYSIA
KELANTAN
(UMK)
" Entrepreneurship is
Our Thrust "
2006
20
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
“KEWAJIPAN,
MARUAH,
INTEGRITI”
(Duty, Honour,
Integrity)
2006