Iktibar Daripada Tamadun India
-
Upload
sal-saliha -
Category
Documents
-
view
908 -
download
8
description
Transcript of Iktibar Daripada Tamadun India
IKTIBAR DARIPADA TAMADUN INDIA
DISEDIAKAN OLEH :NUR SALIHAH BINTI MAT ISA
IKTIBAR DARIPADA TAMADUN
INDIA
PANDANGAN SEMESTA
TAMADUN INDIA
NILAI2 RELEVENSI
KEPADA MALAYSIA
SIFAT PENERIMAAN
SIFAT TOLERA
NSI
NILAI-NILAI TAMADUN
INDIA
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA
• Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu :-
1. Nilai-nilai ideal dan kontradiksi(percanggahan) terhadap nilai-nilai itu.
2. Cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap nilai-nilai itu.
Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi
teladan kepada zaman moden masa kini.
Sambungan…
• Secara amnya, pandangan semesta tamadun India bergantung kepada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India.
• Aliran fahaman Hinduisme merangkumi :-– Idea-idea agama– Falsafah – Budaya– Amalan yang bersifat percaya pada kelahiran
semula, Tuhan yang mutlak, mengagungkan keadilan dan keinginan untuk melepaskan diri dari kelahiran dan kematian yang semuanya berasal dari India.
NILAI2 RELEVENSI KEPADA MALAYSIA
Pandangan semesta dan nilai-
nilai relevensi kepada Malaysia terbahagi kepada
dua iaitu :-
1. Pandangan semesta organik2. Pandangan semesta atomistik
NILAI2 RELEVENSI KEPADA MALAYSIA
Perbezaan diterima sbg suatu realiti sosial.
Perpaduan antara kaum etnik, dan interaksi antara
kaum berlangsung dgn penuh tanggunjawab
persaudaraan, hormat menghormati dan
persefahaman.
Pandangan semesta organik
NILAI2 RELEVENSI KEPADA MALAYSIA
• Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir 1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza.
NILAI2 RELEVENSI KEPADA MALAYSIA
Pandangan semesta atomistik merupakan perbezaan yang
dikenali dan diakui masyarakat dan dipandang dari perspektif kritis. Unsur-unsur percanggahan antara komuniti diberi perhatian dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan
sosioekonomi menjadi isu-isu dalam perubahan.
Pandangan semesta atomistik
Sambungan…
• Pemikiran rasional,merupakan salah satu
aspek pandangan semesta atomistik,yang
memerlukan kerajaan sebagai pelindung
(penaung) kepada rakyatnya, memahami
keadaan dan kedudukan sosial serta ekonomi
yang berbeza dan mengambil tindakan
mengatasi perbezaan ini.
Contohnya…
• Ketidakseimbangan dari segi sosio-ekonomi telah menyebabkan kerajaan memperkenalkan dasar-dasar untuk membaiki dan meningkatkan kedudukan kaum Melayu, sebagai kaum teras di negara ini.
• Contoh dasar adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB)
• (DEB) diperkenalkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dalam kedudukan sosio-ekonomi.
• DEB diterima oleh kaum-kaum bukan Melayu kerana walaupun tumpuan utama diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera lain tetapi, kaum-kaum lain turut dilibatkan tanpa pengecualian.
• Ini kerana program membantu kaum Melayu dianggap sementara iaitu sehingga mereka mencapai kedudukan sosioekonomi yang lebih kurang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini.
SIFAT PENERIMAAN TAMADUN INDIA
• Sejarah India yang dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden atau masing-masing dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British, telah menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sistem baru.
Sambungan sifat Penerimaan…
• Tamadun India dpt meresap, mengubahsuai dan kekal dgn elemen-elemen dari dalam dan luar India.
• Membentuk masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping perbezaan kasta, kawasan dan bahasa.
• Kepelbagaian dlm masyarakat menyumbang kpd unsur-unsur kontradiksi spt kebaikan, keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi. Tetapi tidak berpecah belah kerana pandangan semesta yg menekankan perpaduan dalam kepelbagaian.
• Pandangan semesta organik yg mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur walaupun berasaskan sifat kerohanian. Menekankan sifat perpaduan di satu peringkat dan sifat majmuk di peringkat lain.
• Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia.
SIFAT TOLERANSI TAMADUN INDIA• Pandangan semesta organik mengalami perubahan slps
kedtgn kuasa British ke India.• Menerima pandangan semesta atomisitik yg mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.• Pandangan semesta ini menyatakan dua benda utk wujud bersama tidak boleh mempunyai unsur-unsur kontradiksi. • Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan, persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti, kebenaran dan kesedaran batin.• Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta.
NILAI-NILAI MURNI TAMADUN INDIA
• Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.
NILAI
DHARMA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KARMAAHIMSA
SATYA
PERPADUAN
DHARMADharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana
sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma dikaitkan dgn tugas, tanggungjawab dan aturan yg memberi makna kpd kehidupan manusia iaitu memberi individu
identiti dan makna kpd peranannya dlm hidup.
Dharma individu memerlukan apa yg harus dilakukan oleh
seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dlm kehidupan.
Dharma masyarakat memerlukan idea ttg fungsi dan peraturan yg harus dilakukan.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan kpd satu entiti yg melampaui batas
pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas
pemikiran agama org Hindu.
KARMA
Prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yg berasal
dari India.
AHIMSA
Terdapat unsur-unsur positif spt kasih sayang, simpati, belas kasihan,
murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak drp melakukan
kekejaman atau mencederakan.
SATYA
Kebenaran. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan,
keadilan, tindakan yg benar, ucapan dan pemikiran yg benar.
PERPADUAN
Masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan
erat dan keharmonian masyarakat.
SEKIAN