iii - fp.utm.my · Menurut hasil kajian tersebut dalam sebuah bengkel pemakanan,Ketua Pakar Diet...
Transcript of iii - fp.utm.my · Menurut hasil kajian tersebut dalam sebuah bengkel pemakanan,Ketua Pakar Diet...
ii
iii
AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH
KEBANGSAAN PEKAN NANAS, JOHOR. SATU TINJAUAN.
ABDUL RAHMAN BIN MOHD YASSIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MAC 2004
iv
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Allahyarham Mohd Yassin bin Dollah,
Semah bt. Majid,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
Anakandamu ini.Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
Dan buat kekanda-kekandaku terima kasih atas segalanya.
Buat bapa dan ibu mertuaku,
Haji Kadir bin Mohamed,
Hajjah Buruk bt. Bedu,
Segala dorongan,pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
Termampu diungkapkan dengan kata-kata.Hanya Allah S.W.T. sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.
Buat isteri tercinta serta putera dan puteriku tersayang,
Pn Adilah bt.Haji Kadir,
Izzul Fikri,
Izzah Alya,
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
Menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
sarjana muda, Dr.Mohamad Sharif bin Mustaffa di atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.Terima kasih yang tidak terhingga dan
hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Kerjasama daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas,
Johor di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.
Akhir sekali,Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea dalam menjayakan
projek penyelidikan ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku serahkan pada Yang
Maha Esa.
vii
ABSTRAK
Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting agar setiap individu
sihat dan cegas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan pemakanan di
kalangan pelajar melayu tahun 6 di Sekolah kebangsaan Pekan Nanas, Johor. Aspek-
aspek yang dikaji ialah dari segi kekerapan pengambilan makanan, faktor-faktor yang
mempengaruhi iaitu Media Massa, Rakan Sebaya dan Sosioekonomi serta tahap
pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan. Seramai 114 orang responden
terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi 2 bahagian A dan B, segala data yang dikumpulkan diproses menggunakan
perisian SPSS 10.0 dengan menggunakan statistik kekerapan dan peratus. Daripada
kajian yang telah dilakukan kekerapan pengambilan makanan adalah dalam keadaan
sedarhana. Faktor-faktor Media massa dan Sosioekonomi telah memperlihatkan
pengaruhnya di dalam pengambilan makanan pelajar dan bagi faktor Rakan sebaya ianya
kurang memberi pengaruh didalam pengambilan makanan oleh pelajar dan berhubung
dengan tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan hampir semua
pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang sedarhana dan tinggi.
viii
ABSTRACT
A healthy and balanced food intake is important to every individual to lead an
active and healthy life. Therefore, the purpose of this study is to find out the eating
habits of a particular group of pupils. Here, the target group of my study is the primary 6
malay pupils from Sekolah kebangsaan Pekan Nanas, Johor. The aspects included in this
study are the frequency of food intake, influential factors like the mass media, peer
influence, socio-economi background and students basic knowledge on food and its
consumption. A total of 114 respondents were involved in this study. The instrument
used is questionaire forms which consists of two sections, A and B. The data were
compiled and processed using the SPSS 10.0 software, highlighting statistic frequently
and percentage. From the study, it is noted that the frequency of food intake is within the
medium range. The socio-economy background of students and the role of mass media
have shown greater influnce on students food intake. As for peer influence, the statistic
shows that it has little effect on the students food intake. Students own knowledge on
food and its intake is generally average and higher.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latarbelakang Masalah. 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4. Objektif Kajian 6
1.5. Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian. 7
1.7 Batasan Kajian. 8
1.8 Definisi Istilah . 9
x
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pemakanan seimbang 12
2.3 Amalan pemakanan 14
2.4 Faktor yang mempengaruhi amalan
pemakanan. 18
2.5 Pengetahuan tentang pemakanan 22
2.6 Rumusan 23
BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 25
3.2 Rekabentuk Kajian. 26
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian. 28
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Analisis Data 31
3.9 Rumusan 32
xi
BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Bahagian A 34
4.3 Analisis Bahagian B
Persoalan Kajian 1:
Bagaimanakah kekerapan pengambilan
makanan dikalangan pelajar? 37
4.4 Persoalan kajian 2:
Adakah faktor Media massa mempengaruhi
amalan pemakanan pelajar ? 42
4.5 Persoalan Kajian 3:
Adakah faktor Rakan sebaya mempengaruhi
amalan pemakanan pelajar ? 43
4.6 Persoalan Kajian 4 :
Adakah faktor Sosioekonomi mempengaruhi
Amalan pemakanan pelajar ? 45
4.7 Persoalan Kajian 5 :
Bagaimanakah tahap pengetahuan pelajar
Terhadap makanan dan pemakanan ? 46
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN.
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Persoalan Kajian.
5.2.1 Kekerapan pengambilan makanan. 52
xii
5.2.2 Faktor Media massa terhadap
Amalan pemakanan. 56
5.2.3 Faktor Rakan sebaya terhadap
Amalan pemakanan. 57
5.2.4 Faktor Sosioekonomi terhadap
Amalan pemakanan. 58
5.2.5 Tahap pengetahuan pelajar terhadap
Makanan dan pemakanan. 59
5.3 Rumusan Kajian 61
5.4 Cadangan
5.4.1 Peranan Ibubapa 62
5.4.2 Pihak Sekolah dan PIBG 62
5.4.3 Pihak Kerajaan. 63
5.4.4 Pihak Kementerian Malaysia. 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A - E 70-78
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan skor skala pemeringkatan 5 pilihan 29
3.2 Taburan skor skala pemeringkatan 3 pilihan 30
3.3 Jadual pekali alpha conbach 30
4.1 Taburan kekerapan latar bekang responden 36
4.2 Taburan kekerapan pengambilan makanan responden 39
4.3 Taburan kekerapan responden mengambil sarapan pagi,
makan malam dan makan tengahari. 43
4.4 Taburan kekerapan responden mengambil Jajan 43
4.5 Taburan kekerapan waktu yang paling kerap jajan diambil
oleh responden. 43
4.6 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap
pengaruh Media massa 44
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap
pengaruh Rakan sebaya. 46
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap
Sosioekonomi. 47
4.9 Taburan jawapan responden terhadap soalan-soalan
pengetahuan terhadap makanan dan pemakanan. 49
4.10 Taburan markah pengetahuan pelajar. 50
4.11 Jadual pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan. 51
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
AMA Persatuan Pemasaran Amerika.
EPRD Education Reserch Development
(Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan).
FOMCA Persatuan Pengguna.
KMM Kementerian Kesihatan Malaysia.
NDC National Dairy Council.
RDA Recommended Dietary Allowances.
SPSS Statistical Package of Social Science.
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
C Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan (EPRD)
D Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN)
E Surat Kebenaran Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas(SKPN)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini akan menjelaskan beberapa bahagian utama,bahagian pertama akan
menerangkan berkenaan latar belakang masalah,bahagian kedua menjelaskan tentang
penyataan masalah,bahagian ketiga pula menjelaskan berkenaan objektif kajian, bahagian
kelima pula akan menjelaskan tentang persoalan kajian yang menjadi matlamat utama
kepada pengkaji bagi mendapatkan hasilnya.bahagian keenam pula akan menerangkan
kepentingan kajian terhadap perkara yang ingin dikaji dan akhir sekali akan
menghuraikan tentang definasi istilah.
Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak
boleh hidup tanpa makanan.Ini kerana makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja
untuk berkerja tetapi juga untuk membesar,membiak dan melaksanakan segala proses
kelangsungan hidup.Menurut Phuah Kooi Ean (1984) dari sudut Sains, makanan boleh
didefinisikan sebagai bahan yang boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk
melaksanakan fungsinya.Makanan mengandungi zat makanan dan apabila dimakan oleh
badan untuk:
1) Mengeluarkan tenaga bagi mengekalkan suhu badan dan memberi kesan terhadap
pergerakan dalam dan luar.
2) Membina dan menjaga kesempurnaan tisu badan dan untuk pembiakan
2
3) Membekal bahan-bahan bagi melaksanakan pelbagai proses dalam badan.
Menurut Dr.Norimah A.Karim,Pakar Pemakanan dan Nutrisi(UKM),pemakanan
seimbang penting untuk kanak-kanak dalam menentukan perkembangan mental dan
fizikal mereka,ketika kanak-kanak mula membesar mereka perlu pelbagai jenis makanan
untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan.
Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga
mesti seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas
makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Makanan
kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga,
makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral dan air untuk kesihatan.
Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan seharian
setiap manusia.Keperluan pemakanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah
lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah,ini disebabkan oleh
pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah
amat ketara.Pelajar-pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan di dalam keadaan
persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang
optimum.Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat makanan akan mengalami
gangguan pertumbuhan fizikal dan mental,keletihan,kurang penumpuan terhadap
pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah(Wan Nudri dan
Aminah,1996).
1.2 Latar Belakang Masalah
Dari pemerhatian saya sebagai seorang guru, didapati ramai pelajar kelihatan
tidak bermaya dan mengantuk semasa berada di dalam kelas. Situasi ini agak ketara pada
sesi persekolahan sebelah pagi. Fenomena sebegini tidak seharusnya berlaku
memandangkan pada sebelah pagi adalah waktu di mana mereka seharusnya cergas
3
setelah berehat bagi tempoh yang agak lama pada malam hari. Oleh kerana otak yang
cerdas bermula di tubuh badan yang cergas maka, fenomena ini boleh menimbulkan
masalah besar kepada pelajar yang sepatutnya memerlukan mereka memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap pembelajaran yang akan memberi kesan kepada kemerosotan
akedemiknya.
Kajian yang dilakukan oleh Nestle Product Sdn.Bhd(Nestle) dan Universiti
Kebangsaan Malaysia(UKM),mendapati 30% daripada pelajar-pelajar sekolah tidak
pernah berserapan pagi(Tidak langsung atau cuma sekali dalam seminggu pada hari
persekolahan)Kajian itu meliputi 12000 orang pelajar-pelajar seluruh Semenanjung
Malaysia.
Menurut hasil kajian tersebut dalam sebuah bengkel pemakanan,Ketua Pakar Diet
Institut Jantung Negara,Mary Easaw John(2003),antara alasan yang diberikan oleh
kanak-kanak itu ialah kesuntukan masa dan tidak ada selera makan pada waktu pagi.
Bahkan ada pelajar-pelajar yang tidak tahu apa itu sarapan kerana ibunya tidak pernah
menyediakan sarapan.Situasi ini mungkin disebabkan ada kalangan ibu bapa yang perlu
ke tempat kerja pada awal pagi, kadangkala kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan
pagi untuk anak-anak mereka.
Selain daripada itu, ada di kalangan ibu-ibu yang menjadikan amalan
penyediaan sarapan pagi yang sekadarnya sahaja, semata-mata untuk memenuhi
tuntutan keperluan bersarapan pagi tanpa memikirkan kandungan nutrien yang
sepatutnya.
Mengikut kajian Program printis Sekolah Univesal di Minnesota,Amerika
Syarikat,amalan tidak berserapan mempunyai kesan jangka panjang terhadap proses
pembelajaran pelajar-pelajar.Pengumpulan data selama tiga tahun mengenai tabiat
pemakanan pelajar-pelajar sekolah mendapati,sarapan berkhasiat yang merangkumi
semangkuk bijirin dan susu mempunyai kesan positif kepada pelajar-pelajar,seperti:
4
i. Mereka dapat memberi lebih tumpuan semasa dalam kelas.
ii. Bilangan murid yang mengadu sakit perut dan pening berkurangan dengan ketara.
iii. Masalah disiplin berkurangan sebanyak 50 peratus.
iv. Dalam jangka panjang,keupayaan mereka memahami matematik meningkat 16
peratus.
v. Kebolehan membaca pelajar-pelajar meningkat lebih 10 peratus dalam jangka
panjang.
Menurut Mary Easaw-John (2003), "sarapan yang sihat perlu mewakili pelbagai
kumpulan makanan dalam piramid makanan,paling banyak daripada kumpulan
karbohidrat diikuti dengan protein dan paling sedikit,lemak.Tetapi di Malaysia, apa yang
berlaku adalah sebaliknya,paling banyak lemak dan paling sedikit karbohidrat. "
Kanak-kanak, memerlukan nutrien yang mencukupi untuk pembinaan tubuh
badan. Selain karbohidrat untuk tenaga mereka juga memerlukan vitamin, garam mineral
dan juga serat untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Menurut Krause (1979),
kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi kurang berupaya dalam pelajaran dan
menyebabkan gangguan emosi. Namun ada pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi
semata-mata ingin mengurangkan berat badan tanpa pengetahuan yang cukup mengenai
diet seimbang. Menurut Abbey dan Mc Donald (1970), tabiat makan yang dipelajari sejak
kecil akan terbawa sehingga alam dewasa. Oleh itu mereka perlu memastikan generasi
akan datang juga mempunyai sikap dan corak pemakanan yang betul dan sihat
(Burton,1995).
Menurut Marie V.Krause dan L.Kathleen Mahan(1993). Akibat pengambilan
makanan yang tidak baik,seseorang itu boleh menghidapi penyakit Anoreksia,Bulima,
Keobesan. Penyakit Bulima yang teruk boleh menggangu pelajaran dan pekerjaan, Oleh
itu pengambilan nutrien yang cukup dan seimbang pada peringkat kanak-kanak adalah
penting untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.
5
Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 500 juta penduduk dunia menderita akibat
kekurangan zat protien dan kalori(Malnutrisi protien dan tenaga). Kebanyakan daripada
mereka yang terlibat itu terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur 0 hingga 6
tahun. Pertumbuhan mereka terencat. Kira-kira 200 juta kanak-kanak prasekolah
mengalami penderitaan pada peringkat sedarhana. 100 juta kanak-kanak menderita teruk
dan menunjukkan tanda khusus Kwashiorkor dan Meramas. Keadaan ini telah membawa
maut yang tinggi, kerana 110 juta kanak-kanak ini mati setiap tahun. Selain daripada
kekurangan zat protien dan kalori,banyak penduduk yang menderita akibat kekurangan
zat besi dan vitamin A, 500 juta orang dianggarkan menghidap kekurangan zat besi
(Finch dan Huebers,1982).
Oleh itu, kanak-kanak adalah tempoh yang genting dan mereka memerlukan satu
panduan yang jelas untuk kesihatan dan status pemakanan mereka. Kesimpulannya
kajian keatas kanak-kanak adalah penting dan perlu untuk diadakan untuk memperbaiki
kesihatan mereka pada masa akan datang dengan membentuk intervensi baru yang sesuai
dan berkesan.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian dijalankan adalah untuk meninjau amalan pemakanan dikalangan pelajar
melayu di sekolah rendah yang berada di tahun enam. Sekolah yang terlibat dalam kajian
ini adalah Sek.Keb.Pekan Nanas, Johor.
Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang memerlukan makanan yang
seimbang khususnya untuk pertumbuhan badan dan perkembangan dari segi fizikal,
mental, emosi dan sosial. Pemakanan yang seimbang dan cukup adalah penting bagi
pertumbuhan yang optimum. Bagi mendapatkan pertumbuhan yang tinggi dari segi
fizikal dan mental, kanak-kanak perlu mengamal amalan pemakanan yang betul
(Ibrahim,1997).
6
Masalah yang berlaku dari perbincangan diatas melibatkan dua isu utama yang
berlaku, iaitu pelajar tidak mengambil sarapan pagi dan kekurangan zat makanan dalam
pengambilan makanan. Kesan daripada masalah ini akan berlakunya kurang penumpuan
terhadap pelajaran semasa sesi pengajaran bermula, menimbulkan berbagai jenis penyakit
dan kesan yang lebih buruk lagi boleh mendatangkan maut. Oleh itu kajian apakah
amalan pemakanan di kalangan pelajar perlu dilakukan untuk melihat permasalahannya
khasnya kepada pelajar melayu diluar bandar.
1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi:
1. Mengenalpasti kekerapan pengambilan makanan dikalangan pelajar.
2. Mengenalpasti faktor Media massa mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.
3. Mengenalpasti faktor Rakan sebaya mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.
4. Mengenalpasti faktor Sosioekonomi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.
5. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini untuk menjawab persoalan:
1. Bagaimanakah kekerapan pengambilan makanan dikalangan Pelajar?
2. Adakah faktor Media massa mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?
3. Adakah faktor Rakan sebaya mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?
4. Adakah faktor Sosioekonomi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?
5. Bagaimanakah tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan?