يﻮﻗأ نﻷ ةﺎﯿﺤﻟا ﻲﻠﻋ تﻮﻤﻟا مﺪﻗ هرﺎﻜﻤﻟﺎﺑ...

2
BIAR KALAH, JANGAN MENGALAH Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Sungguh perjalanan kehidupan kita di atas dunia ini amatlah memenatkan dari sehari ke sehari. Namun kepenatan itu akan terasa indah jika sepanjang perjalanan yang panjang ini kita telah isi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat dan faedah kepada diri kita serta orang lain. Jika perjalanan yang sebegini panjang tidak kita mengambil peluang dan kesempatan yang sepatutnya, maka kita akan terasa keletihan berjalan sehingga mungkin boleh melenakan. Oleh kerana itu, perasaan untuk berlumba dalam membuat perkara yang bermanfaat amat ditekankan dalam Islam supaya setiap orang yang melalui perjalanan kehidupan ini akan ada diari catatan kebaikan yang mencatat segala apa yang telah dilakukan berdasarkan kemampuan yang diberi Ilahi. Allah s.w.t ada menyatakan berkenaan galakan untuk berlumba dalam membuat perkara bermanfaat ini sebagaimana firmanNya: Maksudnya: “ Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2) Para ulama membawa satu komentar yang menarik berkaitan ayat ini. Mereka membincangkan mengapakah dalam ayat ini Allah s.w.t mendahulukan mati sebelum hidup sedangkan perjalanan kita adalah bermula dengan hidup kemudian baru mati. Maka antara jawapan kepada persoalan ini menurut Imam al-Qurtubi di dalam al- Jaami’ Li Ahkamil Quran adalah: ﻗﺪم اﻟﻤﻮت ﻋﻠﻲ اﻟﺤﯿﺎة ﻷن أﻗﻮي اﻟﻨﺎس داﻋﯿﺎ إﻟﻲ اﻟﻌﻤﻞMaksudnya: “ Didahulukan mati sebelum hidup di dalam ayat ini kerana mati adalah satu bentuk motivasi atau pendorong terkuat untuk manusia membuat amal bermanfaat. ” KESUSAHAN DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN Dalam melayari perjalanan kehidupan tentunya kita akan berdepan dengan saat-saat kecewa, putus asa, lemah semangat atau buntu dengan masalah yang melanda. Ini adalah lumrah kehidupan. Jika kehidupan di dunia ini begitu mudah dan senang maka tidaklah pula dijadikan sabar itu sebagai salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga Tuhan Yang Maha Penyayang. Nabi s.a.w pernah bersabda: ﺣﻔﺖ اﻟﻨﺎر ﺑﺎﻟﺸﮭﻮات وﺣﻔﺖ اﻟﺠﻨﺔ ﺑﺎﻟﻤﻜﺎرهMaksudnya: “Dikelilingi neraka itu dengan perkara yang disukai (perlu ketahanan) dan dikelilingi syurga itu dengan perkara yang dibenci (perlu kepada kesabaran). ” (Riwayat Muslim) Benar, kita tidak mampu untuk mengubah masalah yang datang, akan tetapi jangan lupa kita masih punya daya tenaga untuk terus berusaha mengubah posisi kehidupan. Masalah yang datang dapat kita atasi jika kita mengubah posisi kedudukan kita pada sesuatu keadaan. Sebab itulah ada satu analogi yang disebut oleh ahli falsafah Inggeris: BIL. 30/ 13 Disember 2013 - 10 Safar 1435

Transcript of يﻮﻗأ نﻷ ةﺎﯿﺤﻟا ﻲﻠﻋ تﻮﻤﻟا مﺪﻗ هرﺎﻜﻤﻟﺎﺑ...

Page 1: يﻮﻗأ نﻷ ةﺎﯿﺤﻟا ﻲﻠﻋ تﻮﻤﻟا مﺪﻗ هرﺎﻜﻤﻟﺎﺑ …masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 30.pdf · Ujian yang kita hadapi hari ini tidaklah

BIAR KALAH, JANGAN MENGALAH Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim

Pegawai Masjid (Imam), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

Sungguh perjalanan kehidupan kita di atas dunia ini amatlah memenatkan dari sehari ke sehari. Namun kepenatan itu akan terasa indah jika sepanjang perjalanan yang panjang ini kita telah isi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat dan faedah kepada diri kita serta orang lain. Jika

perjalanan yang sebegini panjang tidak kita mengambil peluang dan kesempatan yang sepatutnya, maka kita akan terasa keletihan berjalan sehingga mungkin boleh melenakan. Oleh kerana itu, perasaan untuk berlumba dalam membuat perkara yang bermanfaat amat ditekankan dalam Islam supaya setiap orang yang melalui perjalanan kehidupan ini akan ada diari catatan kebaikan yang mencatat segala apa yang telah dilakukan berdasarkan kemampuan yang diberi Ilahi. Allah s.w.t ada menyatakan berkenaan galakan untuk berlumba dalam membuat perkara bermanfaat ini sebagaimana firmanNya: Maksudnya: “ Dialah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk: 2) Para ulama membawa satu komentar yang menarik berkaitan ayat ini. Mereka membincangkan mengapakah dalam ayat ini Allah s.w.t mendahulukan mati sebelum hidup sedangkan perjalanan kita adalah bermula dengan hidup kemudian baru mati. Maka antara jawapan kepada persoalan ini menurut Imam al-Qurtubi di dalam al-Jaami’ Li Ahkamil Quran adalah:

داعیا إلي العمل الناس قدم الموت علي الحیاة لأن أقوي Maksudnya: “ Didahulukan mati sebelum hidup di dalam ayat ini kerana mati adalah satu bentuk motivasi atau pendorong terkuat untuk manusia membuat amal bermanfaat. ” KESUSAHAN DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN Dalam melayari perjalanan kehidupan tentunya kita akan berdepan dengan saat-saat kecewa, putus asa, lemah semangat atau buntu dengan masalah yang melanda. Ini adalah lumrah kehidupan. Jika kehidupan di dunia ini begitu mudah dan senang maka tidaklah pula dijadikan sabar itu sebagai salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga Tuhan Yang Maha Penyayang. Nabi s.a.w pernah bersabda:

حفت النار بالشھوات وحفت الجنة بالمكاره Maksudnya: “Dikelilingi neraka itu dengan perkara yang disukai (perlu ketahanan) dan dikelilingi syurga itu dengan perkara yang dibenci (perlu kepada kesabaran). ” (Riwayat Muslim) Benar, kita tidak mampu untuk mengubah masalah yang datang, akan tetapi jangan lupa kita masih punya daya tenaga untuk terus berusaha mengubah posisi kehidupan. Masalah yang datang dapat kita atasi jika kita mengubah posisi kedudukan kita pada sesuatu keadaan. Sebab itulah ada satu analogi yang disebut oleh ahli falsafah Inggeris:

BIL. 30/ 13 Disember 2013 - 10 Safar 1435

Page 2: يﻮﻗأ نﻷ ةﺎﯿﺤﻟا ﻲﻠﻋ تﻮﻤﻟا مﺪﻗ هرﺎﻜﻤﻟﺎﺑ …masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 30.pdf · Ujian yang kita hadapi hari ini tidaklah

We cannot change the direction of the wind but we can adjust our sails to

always reach our destination. Maksudnya: “ Kita tidak sekali-kali boleh mengubah arah angin, namun kita boleh mengubah layar kapal kita untuk menuju ke satu destinasi yang kita kehendaki. ” BAGAIMANA MENGUBAH POSISI DALAM MENGHADAPI MASALAH ? Di sini dikemukakan beberapa cara untuk kita mengubah posisi kita dalam berhadapan dengan sebarang perkara yang menjadi masalah kehidupan. Sebelum itu, suka dicadang terlebih dahulu untuk kita menukarkan perkataan “masalah” kepada perkataan “ujian”. Segala apa yang ada dalam kotak fikiran kehidupan kita yang menjurus kepada masalah maka fokuskan ia sebagai ujian. Ini kerana mentaliti manusia mudah menerima ujian berbanding masalah. Antara cara yang dicadangkan adalah seperti berikut: 1) Sedar siapa kita yang diuji.

Kita adalah hanya seorang hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Oleh yang demikian memang selayaknya kita diuji. Seumpama seorang hamba yang bekerja kepada seorang majikannya. Apa sahaja suruhan yang kadangkala menguji nilai kemanusiaan sanggup dihadapi dengan sabar dan redha kerana dia akur dengan kedudukannya sebagai seorang hamba. (Surah adz-Zariyat: 56) 2) Kenal Tuhan yang menguji.

Siapa sekarang yang sedang menguji kita? Tidak lain tidak bukan Allah s.w.t yang sedang menguji kita. Maka siapa Allah itu? Allah adalah Tuhan yang Maha Penyayang. Dia tidak akan sekali-kali memberikan ujian yang kita sendiri tidak dapat menanggungnya. Sebab itulah lain padang lain belalang, lain orang lain ujiannya. (Surah al-Baqarah: 286) 3) Cari tujuan di sebalik ujian.

Apabila kita diuji, cuba kita duduk sekejap untuk renung dan muhasabah diri mengapa kita diuji sebegini. Rupanya banyak kesalahan kita dengan Allah yang mungkin kita sedar dan mungkin juga tidak sedar. Oleh itu, ujian yang diberi ini anggaplah ia sebagai kifarat dosa atau mungkin Dia ingin naikkan lagi darjat kita di sisiNya. (Surah asy-Syura: 30) 4) Miliki hikmah di sebalik ujian.

Ujian yang kita hadapi hari ini tidaklah seberat ujian yang telah ditimpakan kepada orang lain. Oleh itu, cuba kita lihat di sekeliling kita berapa ramai orang yang diuji lebih teruk daripada apa yang kita lalui. Antara orang yang paling berat sekali ujian diberikan oleh Allah s.w.t adalah kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya. (Surah al-Baqarah: 214) BIAR KALAH, JANGAN MENGALAH Kesimpulan daripada perkongsian kali ini, hadapilah segala kemungkinan sepanjang perjalanan kehidupan kita dengan tenang dan penuh pengharapan kepada Allah s.w.t. Jika kita rebah tidak bermakna kita akan terus tersungkur menyentuh tanah. Jika kita pernah terpedaya tidak semestinya kita akan terus menjadi mangsa yang boleh dilenyek begitu sahaja. Apa yang penting tidak mengapa kita kalah pada sesuatu keadaan tetapi jangan kita menyerah kalah kepada keadaan. Ubah posisi kita dan teruslah melangkah. Terbitan : Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

MAKLUMAN! Makalah Dakwah adalah suatu penulisan ringkas berbentuk ilmiah yang diterbitkan dua minggu sekali di bawah Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman. Makalah Dakwah boleh didapati pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengikut kalendar Masehi di dewan solat muslimin dan muslimat. Sebarang teguran daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan bagi menambah baik pengurusan pengimarahan masjid.

MAKALAH DAKWAH دعوة ة ال مقال