(ICICMI2011) - · PDF fileMembentuk disiplin penghuni agar patuh kepada peraturan dan...
Transcript of (ICICMI2011) - · PDF fileMembentuk disiplin penghuni agar patuh kepada peraturan dan...
2 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
PROCEEDING
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC
CIVILIZATION AND MALAY IDENTITY 2011
(ICICMI2011)
PUBLISHER
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
2011
3 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
PROCEEDING OF
INTERNATIONAL CONFERENCE OF ISLAMIC CIVILIZATION AND MALAY
IDENTITY 2011
(ICICMI2011)
©Secretariat ICICMI2011,
No 12-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor,
43300 MALAYSIA,
2011
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any
form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any
information storage and retrieval system, without permission in writing from The
Secretariat ICICMI2011, No 12-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah,
Seri Kembangan, Selangor, 43300 MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia
Cataloguing-in-publication data
International Conference on Islamic Civilization and Malay Identity 2011
(ICICMI2011)
Secretariat ICICMI2011, No 12-1, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor, 43300 MALAYSIA
14-15 November 2011/Zakaria Stapa et.al
ISBN : 978-967-5478-44-4
1. Islamic Civilization
2. Malay Identity
3. Zakaria Stapa
Type Setting : Zulhimi bin Abd. Rahman
Text Type : Times New Roman
Font Size : 10pt, 12pt, 14pt
4 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
INTERNATIONAL CONFERENCE OF ISLAMIC CIVILIZATION
AND MALAY IDENTITY 2011
(ICICMI2011)
Organized by :
Secretariat ICICMI2011,
No 12-1, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
Seri Kembangan, Selangor,
43300 MALAYSIA.
14th
– 15th
November 2011
Equatorial Hotel, Melaka
Malaysia.
PUBLISHER
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
2011
164 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
PROGRAM PEMULIHAN INSAN DALAM KALANGAN
BANDUAN MELAYU DI PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA
Zaizul bin Ab. Rahman,
Ab. Aziz Mohd. Zain,
Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Norrodzoh Hj Siren
ABSTRAK
Dalam kepesatan pembangunan negara kini umumnya Malaysia, jenayah rogol turut
berkembang dan menjadi-jadi sehingga meningkat kepada suatu tahap yang amat
membimbangkan. Oleh itu, kajian ini ingin melihat daripada aspek perspektif
pemulihan insan bagaimana Islam menanganinya secara berterusan dan betul yang
dapat membantu pemulihan diri manusia sehingga mereka berupaya bertindak
menggunakan nilai-nilai positif dalam kehidupan. Ini kerana gejala rogol ini berlaku
kerana kelalaian pembangunan dalaman setiap individu dalam masyarakat. Islam
menggalakkan umatnya membangun tetapi tidak meminggirkan pembangunan rohani
yang mana Islam itu sendiri mementingkan pembangunan akhlak dan dalaman manusia
agar pembangunan fizikal dapat dipimpin oleh pembangunan rohani. Malik Badri
mengakui bahawa Islam sahajalah dapat menyelesaikan segala macam masalah di dunia
ini termasuklah masalah Aids di mana orang-orang Barat gagal mengatasi masalah
tersebut meskipun mereka telah melakukan pelbagai langkah pencegahan dengan
teknologi yang moden. Maka, masalah utama yang menjadi fokus kajian ialah program
pemulihan yang diwujudkan oleh pihak Penjara Sungai Udang, Melaka. Ini kerana,
masyarakat awam tertanya-tanya apakah metode yang digunakan dalam program
pemulihan di Penjara Sungai Udang, Melaka dalam menangani permasalahan
penjenayah rogol agar dapat kembali menjadi warga masyarakat yang berguna dan
menyedari kesilapan silam mereka. Konsep pemulihan ialah proses pendidikan manusia
dengan tumpuan terhadap aspek fizikal dan spiritual secara bersesuaian dengan fungsi
dan peranan setiap komponen secara tepat . Kesesuaian ini mengakibatkan setiap
komponen berkembang seperti tujuan asal kejadian setiap komponen. Hal ini
seterusnya melahirkan manusia yang mantap dalam segenap aspek yang akhirnya
berupaya memberikan sumbangan terhadap agama dan masyarakat. Pemulihan mental
adalah memenuhi akal manusia dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam
untuk mempelajarinya. Manakala pembangunan fizikal adalah membangunkan individu
dengan kesihatan tubuh badan dan kekuatan disiplin diri. Kesihatan tubuh badan
merupakan satu aspek penting dalam menggerakkan diri setiap individu untuk
menjalankan dan melaksanakan tugas dengan cepat dan tanggungjawab. Pembangunan
jiwa pula merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang
bertakwa. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal
165 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan
juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material.
Pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk
memastikan tamadun material yang terbina kelak tidak akan sia-sia. Namun, untuk
memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi denga n perasaan
cintakan Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. serta cinta kepada kehidupan akhirat.
PROGRAM PEMULIHAN DI JABATAN PENJARA MALAYSIA
Jabatan Penjara Malaysia merupakan institusi terakhir dalam sistem keadilan jenayah
negara yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan jagaan selamat. Peredaran
masa dan arus globalisasi menyebabkan berlakunya pola jenayah yang lebih kompleks.
Justeru itu, jabatan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memulih banduan supaya
kembali semula kepada masyarakat sebagai warganegara yang produktif melalui
program-program pemulihan yang lebih bersistematik. Program Khidmat Bakti
merupakan program yang pertama diperkenalkan bagi tujuan pemulihan. Program ini
dikenali sebagai ―Sistem Ibrahim‖. Kemudiannya, program pemulihan dikembangkan
dengan menggunakan kaedah pendekatan bersepadu melalui aktiviti pemulihan,
vokasional, keagamaan dan latihan fizikal.
Pada Julai 1980 Program Rundingcara diperkenalkan dengan tujuan mewujudkan satu
unit sokongan terhadap sistem pemulihan dan rawatan. Diikuti pada September 1992
Program Therapeutic Community diwujudkan sebagai alternatif terhadap modaliti
pemulihan yang dikhusus kepada penagih dadah. Seterusnya Program Halaqah
diwujudkan pada Februari 1996 sebagai program alternatif untuk memulih penghuni
yang beragama Islam berteraskan konsep pengajian dan pengamalan dalam kehidupan
seharian. Bagi pemantapan keseluruhan program pemulihan yang sedia ada, pada
Februari 2002 sistem pemulihan dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Insan (PPI).
Pada November 2008, Program Pendidikan Dan Bimbingan diwujudkan bagi
menangani kesalahan-kesalahan kecil telah dilancarkan. Program ini masih
dilaksanakan dibawah PPI.89
Pelan Pembangunan Insan di bawah Program Pemulihan Di Jabatan Penjara
Malaysia
Pelan Pembangunan Insan (PPI) merupakan satu pelan yang dirangka bagi tujuan
aktiviti pemulihan penghuni dan dibina berasaskan sistem fasa yang mengandungi 4
program utama iaitu Therapeutic Community, Halaqah, Program Pendidikan Dan
Bimbingan serta Akademik. PPI ditubuhkan untuk:
1. Mewujudkan satu sistem pemulihan yang sistematik dan mampu mencapai
matlamatnya
2. Membina jatidiri serta melahirkan penghuni yang berakhlak dan berkemahiran.
3. Mengembalikan penghuni kepada masyarakat sebagai manusia yang insaf. 89
Ibu Pejabat Penjara Malaysia (2009), Unit Pembangunan. Lihat juga Penjara Sungai Udang, Melaka.
(t.t.) Modul Program Orientasi Program.
166 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
4. Memastikan banduan mengikuti sistem pemulihan (PPI) secara berkesan agar
kadar residivis dapat dikurangkan sehingga tidak melebihi 17 %.
5. Mengurangkan aduan terhadap sistem layanan agar ia tidak melebihi 3 % dan
memastikan penghuni menerima kemudahan kesihatan yang sewajarnya.
6. Membentuk disiplin penghuni agar patuh kepada peraturan dan arahan.
7. Mewujudkan keseimbangan aktiviti pemulihan mental dan fizikal
8. Menanamkan sikap positif dan yakin diri.
Dalam hal ini, bahagian ini menyasarkan sekurang-kurangnya 80 % banduan di penjara
menerima rawatan kesihatan.90
Fasa dalam PPI adalah tahap yang mesti dilalui oleh
setiap banduan. Tempoh berada dalam fasa ini ialah 2 bulan. Program yang
dilaksanakan dalam fasa ini ialah Program Orientasi yang memberi penekanan kepada
latihan fizikal.
Jabatan Penjara Malaysia telah diamanahkan untuk memulih dan membantu perubahan
sikap banduan agar mereka kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara
yang bertanggungjawab dan produktif. Pemulihan dalam konteks kepenjaraan
membawa maksud ―to convert offenders to be self respecting, law abiding and socially
responsible citizens‖ apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat selepas
dibebaskan. Justeru itu program pemulihan disusun rapi agar matlamat dan hasrat itu
tercapai. Bahagian Pemulihan dan Rawatan merupakan salah satu bahagian yang
terdapat di Jabatan Penjara Malaysia. Salah satu peranan Jabatan Penjara Malaysia
adalah memberi latihan pemulihan kepada penghuni semasa mereka menjalani
hukuman supaya menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali
kepangkuan masyarakat. Bagi mencapai hasrat tersebut, bahagian ini bertanggungjawab
untuk merangka, membina dan melaksanakan program dan modul pemulihan ke atas
penghuni yang menjalani hukuman pemenjaraan. Bagi melicinkan perlaksanaan
program yang telah dibangunkan untuk pemulihan penghuni, bahagian ini dibahagikan
kepada 3 seksyen utama yang terdiri daripada Seksyen Pemulihan, Seksyen Rawatan
dan Seksyen Pendidikan.91
Moto Bahagian Pemulihan Dan Rawatan
Dalam melaksanakan Program Pemulihan ke atas penghuni, motto KASIH telah
dijadikan sebagai konsep dalam merealisasikan program pemulihan yang akan
dilaksanakan. Setiap huruf dalam perkataan KASIH memberi maksud yang tersendiri
iaitu;
K:Knowledge(Pengetahuan)
A:Attitude(Sikap)
S:Skill(Kemahiran)
I:Intelligence(Kecerdasan)
H :Humanity (Kemanusiaan ) 90
Jabatan Penjara Malaysia (2007), Laporan Tahunan. h. 56. Lihat juga Penjara Sungai Udang, Melaka.
(2010), Fail Meja Bahagian Pemulihan. 91
Jabatan Penjara Malaysia (2010), Bahagian Pemulihan Penjara Sungai Udang, Melaka, Laman Jabatan
Penjara Malaysia. 2-4. Pada: http://www. Prison. Gov. my (3 Disember 2010).
167 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Jabatan Penjara Malaysia turut terlibat di dalam inisiatif perlaksanaan Bidang
Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (National Key Result Areas). Antara perkara
yang menjadi inisiatif jabatan yang berkaitan dengan peranan Bahagian Pemulihan dan
Rawatan adalah;
1. Penilaian semula dan penambahbaikan program pemulihan banduan - Bahagian
Pemulihan & Rawatan.
2. Program penempatan banduan selepas bebas - Parol. Strategi Perlaksanaan
3. Pengasingan banduan berdasarkan kategori residivis (banduan berulang) dan
non residivis (banduan pertama kali).
4. Kajian semula terhadap program pemulihan yang dilaksanakan di penjara
seterusnya penambahbaikan terhadap program pemulihan yang sedia ada.
5. Menyekat proses pembelajaran jenayah di kalangan banduan; 'criminal learning
process' di kalangan banduan yang baru masuk dengan banduan yang berulang
kali masuk ke penjara.
6. Memantapkan perlaksanaan program pemulihan di penjara; memastikan tahap
peratusan perlaksanaan program / aktiviti PPI di Jabatan Penjara Malaysia
berada pada tahap 90%.
7. Mengurangkan kadar residivis; mencapai tahap kadar kemasukan banduan
berulang kali ke penjara berada di bawah 17%. Peratusan terkini adalah pada
kadar 16.8%.
8. Memudahkan proses pengurusan banduan; pengurusan banduan dilihat lebih
mudah dilaksanakan apabila penempatan banduan di institusi penjara disusun
mengikut kategori kesalahan tertentu.
9. Mengoptimakan penggunaan tenaga pengajar pakar; pengkhususan
perlaksanaan program PPI di institusi penjara dapat dilaksanakan mengikut
kategori banduan tertentu dengan tenaga pengajar yang terlatih serta pakar
dalam bidang masing –masing.92
Fasa dan Unit yang Terdapat di Bahagian Pemulihan dan Rawatan
1. Fasa Pemulihan
Seksyen pemulihan terbahagi beberapa 3 unit utama iaitu, Unit Pembangunan Sahsiah,
Unit Layanan, Unit Agama dan Unit Kebajikan.
Unit Pembangunan Sahsiah
Antara peranan utama Unit Pembangunan Sahsiah ialah merangka, membina dan
seterusnya melaksanakan modul pemulihan ke atas penghuni dengan pembangunan
sahsiah penghuni. Beberapa kaedah telah dirangka dan seterusnya dilaksanakan
terhadap penghuni. Diantaranya ialah Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang telah
diperkenalkan pada tahun 2002. PPI dibahagikan kepada 4 Fasa utama iaitu:
1. Fasa Orientasi ( 2 bulan ) 92
Jabatan Penjara Malaysia (2009), Laporan Tahunan. h. 87.
168 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
2. Fasa Pengukuhan Sahsiah ( 6 bulan ),
3. Fasa Kemahiran (tiada had masa) dan
4. Fasa Pra-Bebas ( penghuni yang mempunyai baki hukuman tidak melebihi satu
tahun dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan).
Unit ini juga bertanggungjawab mengurus dan memastikan penghuni diagihkan dan
diberi program pemulihan mengikut kecenderungan, masalah dan latarbelakang
penghuni. Sebagai contoh banduan yang bermasalah dari segi agama (Islam ) akan
mengikuti Modul Halaqah, pesalah berkaitan dadah akan mengikuti Modul Terapi
Komuniti (TC), Penghuni yang berulangkali masuk penjara (residivis) akan mengikuti
Modul Residivis dan lain-lain lagi. Secara umumnya, setiap penghuni akan melalui
setiap fasa yang dinyatakan di atas untuk membolehkan mereka menjalani proses
pemulihan sepanjang tempoh mereka menjalani hukuman.93
Unit Layanan
Bertanggungjawab memastikan layanan yang profesional berlandaskan nilai-nilai
kemanusiaan secara adil dan saksama sebagai salah satu ‗core bussiness‟ jabatan.
Bahagian ini akan sentiasa memastikan pemerlakuan ke atas setiap penghuni yang
menjalani tempoh penahanan sehingga dibebaskan menepati keperluan yang digariskan
dalam prinsip layanan UNSMR dan seperti yang termaktub dalam Akta Penjara dan
Peraturan-Peraturan Penjara.
Selain itu, unit ini juga akan sentiasa memastikan tiada diskriminasi dilakukan terhadap
penghuni dari segi perbezaan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman
politik dan lain-lain. Di samping itu, unit ini juga bertanggungjawab menyelaraskan
perlaksanaan program oleh semua institusi penjara bagi tujuan mengeratkan semula
jalinan kekeluargaan dan masyarakat. Ia juga menyelaras program-program
kemasyarakatan dalam usaha mewujudkan peluang kepada penghuni untuk
meyumbang dan berbakti kepada masyarakat melalui program „We Care‟.94
Unit Agama
Kebanyakan banduan melakukan kesalahan kerana mempunyai didikan akhlak dan
pengetahuan agama yang rendah. Ketiadaan didikan akhlak dan pendidikan agama
yang teguh menyebabkan mereka tidak mempunyai pedoman dalam menjalani
kehidupan. Ekoran daripada itu, mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukan
kesalahan. Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan unsur
penting dalam pemulihan banduan, maka setiap institusi penjara diperuntukan
sekurang-kurangnya seorang penolong Hal-Ehwal Agama Islam sebagai langkah untuk
memberi pendidikan agama penghuni beragama Islam. Manakala bagi penghuni di
kalangan bukan Islam pula, penceramah-penceramah daripada pertubuhan-pertubuhan 93
PKK Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pemulihan & Rawatan, Penjara Sungai Udang,
Melaka. Temubual pada 6 Disember 2010. 94
TPP Amer Sharifuddin b. Mat Noor ,Timbalan Penguasa Penjara (Latihan), Penjara Sungai Udang,
Melaka. Temubual pada 8 Disember 2010.
169 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
agama masing-masing akan dijemput untuk memberi didikan agama kepada mereka. Di
antara peranan Unit Agama di Bahagian Pemulihan ialah;
1. Memastikan program bimbingan fardhu ain berjalan lancar mengikut kurikulum
pendidikan Islam Jabatan Penjara.
2. Menilai kesesuaian program dan aktiviti yang dijalankan serta mengemukakan
cadangan penambahbaikan dari masa ke semasa untuk memastikan
keberkesanan perlaksanaannya.
3. Merancang keperluan latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan.
4. Menyediakan modul dan aktiviti sokongan kepada banduan agar mereka insaf
dan taubat untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
5. Memantau tugas guru agama dan pembantu agama.
6. Menyuburkan syiar Islam dalam kalangan kakitangan Islam di Jabatan
PenjaraMalaysia.
7. Bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat dan Hari Raya Aidil Fitri
serta Aidil Adha ke seluruh Institusi penjara.
8. Menggiatkan aktiviti dakwah dan kerohanian dalam kalangan kakitangan di
seluruh institusi penjara.
9. Merancang dan menyelaras program dakwah terhadap kakitangan.
10. Menjadi urusetia pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan surau di seluruh
institusi penjara.95
Pendidikan agama adalah teras kepada sistem pemulihan seseorang banduan itu. Aspek
pendidikan agama amat penting dalam menyedarkan mereka dalam aspek pemulihan
dalaman. Ini kerana agama berfungsi sebagai tunjang dalam membentuk kekuatan dan
ketahanan dalaman apabila mereka dibebaskan daripada penjara nanti. Pendidikan
keagamaan adalah ramuan yang paling penting bagi membentuk sahsiah insan yang
dituntut oleh ajaran Islam. Seseorang yang ditarbiah dengan ilmu agama dan
mengamalkan ilmu itu secara berterusan (istiqamah) nescaya akan memperoleh input
berguna untuk menghindari daripada perbuatan terkutuk, maksiat dan kelakuan
menyimpang daripada tata susila serta budaya masyarakat. Akhir-akhir ini, pelbagai
jenayah seperti rogol, bunuh, curi, ragut dan keruntuhan akhlak kian menjadi-jadi.
Pelbagai hukuman berat walaupun dikenakan termasuk meningkatkan meningkatkan
bilangan sebatan dan tahanan di penjara yang lebih lama, namun kadar jenayah tetap
meningkat. Senario ini pernah dijelaskan oleh pengamal undang-undang, S. Rubin
dalam bukunya The Law of Criminal Corrections. Beliau menerangkan bahawa
pengawalan jenayah mengikut undang-undang belum mencukupi untuk mencegah
jenayah.
Ini kerana, katanya, jenayah tetap akan berlaku disebabkan fitrah dan sifat manusia
yang mudah terbentuk dan berubah melalui faktor persekitaran, pergaulan dan taraf
ekonomi kecuali seseorang itu beretika serta patuh kepada ajaran agama.
95
Fail Kajang Prison. Religious Teachings for Prisoners. No. 54. Dalam C.P. 15/54 Surat The Senior
Superintendent of Prisons, Kajang, Selangor kepada Kajang Prison pada 30 Ogos 2008.
170 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Justeru, setiap insan memerlukan persediaan dan kekuatan rohani untuk menghalang
diri daripada terjebak dalam jenayah dan perilaku tidak bermoral. Dalam hal ini,
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) turut berusaha ke arah melahirkan banduan yang
memiliki kekuatan rohani, di samping mampu menyumbang kepada pembangunan
pembangunan agama, bangsa dan negara terutama selepas bebas kelak.96
Bertepatan dengan matlamat ini, JPM menubuhkan Unit Agama di Bahagian
Pemulihan dan Rawatan untuk merancang dan menjalankan pelbagai kegiatan
keagamaan dalam kalangan penghuni penjara. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2000 kini
mempunyai 115 kakitangan di 37 penjara di seluruh negara.97
Ketua unit berkenaan, Abdul Nasir Ahmad, berkata tumpuan Unit Agama Penjara
antaranya untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama dalam kalangan
banduan. Dengan cara itu, katanya, diharap banduan akan menjadi insan bertakwa dan
beramal salih serta boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Sejak ditubuhkan 4 tahun lalu, katanya, unit itu mendapati ramai dalam kalangan
banduan boleh menguasai ilmu agama dengan lebih baik berbanding pada peringkat
awal berbanding pada peringkat awal dimasukkan ke penjara.
Menurut Encik Abdul Nasir Ahmad ialah sebelum masuk ke sini (penjara), ada
banduan yang langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka
beragama Islam. Tetapi, selepas mengikuti pelbagai kegiatan yang dijalankan,
pengetahuan agama mereka kian bertambah. Ada antara banduan yang khatam al-
Qur‟ān yang lebih empat kali setahun, di samping membaca secara bertajwid dan
bertaranum(berlagu). Bagi menyemarakkan usaha itu, unit berkenaan menganjurkan
pelbagai kegiatan keagamaan secara intensif seperti mengadakan kuliah, kelas
bimbingan, ceramah dan forum. Turut diadakan kelas pengajian al-Qur‟ān dan fardhu
ain, kelas taranum serta qiamullail, tahlil dan bacaan Yasin.
Sempena hari kebesaran Islam pula, unit ini menganjurkan majlis sambutan Maulidur
Rasul, Maal Hijrah, tilawah al-Qur‟ān, majlis berbuka puasa dan hari raya. Dalam pada
itu, kalangan banduan terpilih pula akan dianugerahkan dengan gelaran tokoh Maal
Hijrah dan Maulidur Rasul penjara.
Abdul Nasir berkata, kegiatan seumpama ini bertujuan menyemarakkan penyertaan
banduan untuk sama-sama menghayati dan dan memperkasakan ajaran Islam sepanjang
hidup mereka. Sebelum penubuhan unit agama, usaha mendidik banduan berasaskan
pendekatan agama dijalankan melalui program Halaqah.
Program diperkenalkan pada 1996 dan masih hingga kini memberi penekanan kepada
pengajian dan kefahaman agama Islam dalam tempoh enam bulan. Dilihat kepada 96
TPP Nazri b. Mohamad ,Timbalan Penguasa Penjara (Latihan Kepenjaraan), Penjara Sungai Udang,
Melaka. Temubual pada 9 Disember 2010. 97
PP Zamiah bt Parman, Seksyen Pemulihan, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 9
Disember 2010.
171 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
keberkesanan pendekatan ini, ia secara tidak langsung mengangkat imej JPM sebagai
institusi pemulihan yang gigih memperkasakan jati diri penghuninya seiring dengan
falsafah dan tuntutan Islam.98
Sarjana Islam pernah menerangkan bahawa pencegahan hakiki dalam Islam bukan
sahaja membabitkan persoalan hukuman semata-mata, malah meliputi falsafah
pendidikan rohani yang jitu dalam dalam diri seseorang. Malah catatan sejarah
membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutamakan usaha dakwah daripada terus
menghukum umat Arab jahiliah lantaran kesesatan dan penyimpangan agama mereka
daripada ajaran agama.
Justeru, Baginda s.a.w. berdakwah selama 13 tahun di Mekah dengan matlamat
membentuk pekerti mulia khususnya dengan mengukuhkan aspek uluhiyyah(keutuhan)
dalam aspek manusia. Selepas itu, barulah pelaksanaan hukuman melalui sistem
perundangan yang dikanunkan dalam Piagam Madinah, dilaksanakan. Dalam hal ini,
kita merujuk pandangan al-Qur‟ān tentang akhlak Rasulullah s.a.w. di dalam surah al-
Qalam sebagaiman firman Allah s.w.t. :
ئه ع خك عظ١
Maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang
sangat mulia”
Sūrah al-Qalam (68): 4
Abdul Nasir berkata, bekalan agama bukan hanya terhad kepada golongan banduan,
tetapi perlu sama-sama dihayati oleh masyarakat seluruhnya.
Ini kerana, katanya, walaupun JPM berjaya membentuk banduan berasaskan acuan
Islam, namun ia tidak akan berjaya andai masyarakat di luar penjara bersikap lepas
tangan. Justeru, katanya, pendidikan dan penghayatan secara konsisten ini hendaklah
diperhebat juga kepada masyarakat agar banduan yang sudah tamat menjalani hukuman
dapat menikmati persekitaran sama ketika dalam tahanan. "Jika keadaan ini gagal
diwujudkan, apa juga usaha yang dilakukan JPM tidak akan berjaya. Banduan yang
bebas tetap akan pulang ke masyarakat dan masyarakat pula perlu membina
persekitaran yang sejahtera untuk kepentingan bersama," kata Abdul Nasir.
Melalui kaedah pemulihan ini, konsep dosa, pahala dan balasan di akhirat dilihat
sebagai perantara yang boleh menghalang seseorang daripada terjebak dalam
kemungkinan jenayah. Tinjauan di Penjara Sungai Udang, Melaka mendapati ramai
banduan yang ditemui melahirkan rasa keinsafan dan mengakui banyak menimba ilmu
bermanfaat sepanjang menjalani hukuman.
Salim, 31, (bukan nama sebenar), berkata, ilmu yang diajarkan di penjara benar-benar
menginsafkan dirinya terhadap segala kesalahan dan dosa lalu. Beliau yang dihukum 98
Encik Abdul Nasir Ahmad, Seksyen Pemulihan, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 1
Disember 2010.
172 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
penjara 15 tahun selepas bersalah merogol pelajar sekolah pada 1998 bertaubat tidak
akan mengulangi kesalahan itu selepas mengetahui azab dan seksaan yang diterima di
akhir kelak."Sebelum ini, saya langsung tidak mengambil berat soal dosa dan pahala.
Ilmu agama saya juga cetek hinggakan saya melakukan perbuatan terkutuk. Tetapi apa
boleh buat, setiap manusia itu tidak akan terlepas daripada kesilapan daripada kesilapan
dan kesilapan inilah mengajar saya erti sebenar kehidupan," katanya.
Azman, 45, (bukan nama sebenar) berkata, beliau bersyukur kepada Ilahi kerana masih
berpeluang untuk bertaubat di atas segala kesilapan lalu. Katanya, ilmu yang ditimba di
penjara banyak menyedarkannya terhadap tanggungjawab sebenar Muslim. "Saya
berharap sesiapa yang berada di luar penjara agar sentiasa mematuhi ajaran agama
kerana agama yang akan membimbing seseorang ke jalan kebenaran," katanya yang
menjalani hukuman penjara 25 tahun kerana terbabit dalam kes rogol. Dalam pada itu,
JPM turut mengadakan beberapa kegiatan keagamaan kepada banduan menganut
Buddha, Hindu dan Kristian.
2. Fasa Pengukuhan Sahsiah
Pada fasa ini, program yang diwujudkan adalah sebagai core treatment dalam PPI yang
dilaksana selama 6 bulan, yang mana penekanan adalah diberi kepada aspek
pembentukan jati diri dan perubahan tingkahlaku. Penghuni akan disalurkan kepada
program yang bersesuaian mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu
Program Therapeutic Community, Program Halaqah, Program Pendidikan dan
Bimbingan serta Program Akademik.99
a.Program Therapeutic Community
Merupakan core treatment bagi banduan yang terlibat dengan penagihan dadah dan
berulang kali masuk penjara yang dilaksanakan selama 6 hingga 12 bulan. Tujuan
adalah untuk melahirkan penghuni yang bebas daripada ketagihan dadah dan memiliki
tahap keyakinan diri yang teguh.
b.Program Halaqah
Merupakan „core treatment‟ bagi penghuni beragama Islam yang mempunyai tahap
pengetahuan agama yang cetek. Dilaksanakan selama 6 bulan dan berkonsepkan sistem
pondok. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan penghuni beragama Islam yang
dapat menghayati dan melaksanakan ajaran agama Islam sebagai cara hidup.
c. Program Pendidikan (Akademik) Dan Bimbingan
Program ini merupakan program umum yang ketiga dibina bagi memulih penghuni
yang terlibat dengan pelbagai jenayah . Modul yang terdapat dalam program ini adalah 99
TPP Hj. Abd. Zaini bin Ibrahim, Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang, Melaka.Temubual
pada 2 Disember 2010.
173 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
lanjutan daripada Program Orientasi. Program ini dikhususkan kepada banduan muda.
Aktiviti dalam program akademik ialah Kelas Membaca, Menulis dan Mengira (3M).
Selain itu, turut disediakan kelas-kelas persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil
Penilaian Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM). Ia bertujuan untuk membimbing penghuni-penghuni di dalam penjara untuk
mencapai keputusan terbaik di dalam peperiksaan dan mengubah tingkahlaku.
Semasa menjalani hukuman, para banduan adalah digalakkan untuk menghadiri kelas
kademik yang mana ada di antara mereka ingin menyambung pelajaran mereka ataupun
ingin mengulangi peperiksaan yang telah diduduki sebelum ini. Ini kerana pelajaran
amat penting dalam menjamin masa depan mereka dan keberkesanan pendidikan dalam
penjara yang membolehkan mereka bermuhasabah diri dan memberi ruang kepada
mereka untuk bertaubat sekali gus membuka lembaran baru dalam kehidupan mereka.
Jabatan Penjara telah menyediakan segala kemudahan seperti tenaga pengajar, buku
teks dan juga kelas akademik.
Sepanjang tahun 2010, seramai 57 orang penghuni menduduki PMR dan seramai 22
orang telah lulus. Sementara bagi peperiksaan SPM seramai 63 orang penghuni telah
menduduki peperiksaan. Ada juga banduan yang mengikuti kursus Diploma
Pengurusan dan belajar secara dalam talian kendalian Universiti Terbuka Malaysia
(OUM). Pembelajaran ala-campuran (blended learning) iaitu pensyarah atau tutor akan
datang sekali pada setiap dua minggu yang mana setiap sesi mengambil masa selama
tiga jam 20 minit.100
d. Kebajikan Banduan
Kehidupan seseorang banduan itu amat terbatas dalam tirai besi ini. Pergerakan mereka
selalu diawasi, ini kerana hukuman di atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan bagi menguruskan segala
masalah yang dihadapi oleh para banduan apabila mereka bebas di dunia luar. Ini
kerana masyarakat memandang serong kepada bekas banduan, lebih-lebih lagi bagi
pihak majikan dalam menawarkan pekerjaan kepada mereka.101
Pada musim perayaan
para banduan diberi kelonggaran dari segi aspek lawatan khas ahli keluarga. Lawatan
keluarga penghuni sempena perayaan adalah lawatan khas yang tidak menjejaskan
kekerapan lawatan berjadual yang telah ditetapkan. Kemudahan ini merupakan
keistimewaan yang diberikan kepada mereka agar turut sama merasai kemeriahan
sambutan perayaan bersama keluarga walaupun menjalani hukuman di dalam penjara.
Mulai Januari tahun 2003, makanan atau minuman dari luar tidak dibenarkan untuk
diberikan kepada penghuni sempena lawatan keluarga semasa semua perayaan.
Maklumat berkaitan larangan membawa makanan dari luar telah dimaklumkan kepada
orang awam melalui media cetak elektronik serta oleh anggota di institusi penjara
semasa lawatan biasa. Para penghuni juga telah dimaklumkan. Antara faktor-faktor
larangan ini dilaksanakan ialah: 100
TPP Abdul Rahman bin Hasan, Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 3 Disember 2010. 101
Jabatan Penjara Malaysia (2005), Laporan Tahunan. h. 65.
174 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
1. Makanan terpaksa disediakan awal oleh keluarga menyebabkan tidak segar
lagi apabila sampai kepada penghuni. Ia kemungkinan basi dan menyebabkan
keracunan makanan apabila dimakan oleh penghuni. 2. Peraturan Penjara 2000 menetapkan bahawa barangan yang dibawa oleh
keluarga perlu diperiksa oleh anggota penjara. Pemeriksaan dilakukan ke atas
makan dengan memotong dan mencarik-carikkannya yang kemudian akan
dimakan oleh penghuni. Perbuatan ini dianggap agak menjijikkan dan
menghina keluarga penghuni dan menjejaskan imej Jabatan Penjara dari segi
layanan yang diberikan kepada orang ramai. Kemungkinan akibat daripada
pemeriksaan juga, makanan tercemar. 3. Terdapat ahli keluarga yang cuba menyeludup barang-barang larangan
(seperti wang, dadah, tembakau dan sebagainya) melalui makanan yang
dibawa seperti dalam tulang ayam, coklat, kek, sup, buah-buahan dan
sebagainya. Tindakan seperti ini menjejaskan usaha Jabatan Penjara yang
bertungkus lumus memulihkan penghuni. 4. Jabatan Penjara mengutamakan kehadiran ahli keluarga semasa lawatan
keluarga sebagai satu bentuk pemulihan kepada penghuni.
5. Makanan bukanlah satu perkara yang diutamakan. Lagi pun, anggota
penjara di semua institusi penjara berusaha menyediakan makanan istimewa
seperti nasi minyak atau nasi ayam dan sebagainya untuk disajikan kepada
penghuni pada hari perayaan. Jika makanan dibenarkan masuk, pemeriksaan
perlu dilakukan. Oleh kerana pada hari lawatan perayaan, bilangan pelawat
adalah terlalu ramai, maka ia akan mengambil masa untuk menjalankan
pemeriksaan ke atas makanan. Ini akan melambatkan proses lawatan dan
menjadikan masa menunggu terlalu lama.
6. Jabatan Penjara mengadakan jualan makanan kepada orang ramai sebagai satu
kemudahan dan bukan bermatlamatkan keuntungan. Ibu Pejabat Penjara
Malaysia memberi arahan (seperti cara layanan, keutamaan kepada orang tua
dan ibu mengandung serta keselesaan tempat lawatan) bagi melicinkan proses
lawatan dan bukan dari segi penetapan harga.
7. Mengenai makanan yang dijual dengan harga mahal, Jabatan Penjara akan
mempergiatkan pemantauan harga di institusi penjara. Dakwaan bahawa satu set
beriani yang dijual dengan harga RM12 adalah kurang tepat. Semakan dengan
Penjara Air Molek, Johor didapati bahawa satu set beriani (ayam/daging) adalah
RM6. Rokok adalah artikel larangan di dalam penjara. Malah menukarkan
barangan dengan rokok merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan
tatatertib terhadap mana-mana pihak yang terlibat.102
Jabatan Penjara sentiasa prihatin terhadap kebajikan penghuni serta keluarga serta
mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Di samping itu,
anggota penjara sentiasa ditekankan untuk memberi layanan yang mesra kepada orang
ramai. Siasatan akan dilakukan terhadap dakwaan tentang layanan yang kurang
102
PP Rahmat b. Abdul Rani, Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 24
November 2010.
175 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
memuaskan. Sekiranya didapati berlaku keadaan sedemikian, Jabatan penjara tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas anggota yang terlibat.Pandangan
serong serta pelbagai tohmahan masyarakat terhadap bekas banduan adakalanya
menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan golongan tersebut kembali menjalani
hidup sebagai individu yang bebas. Tersepit dengan situasi tersebut dan cabaran hidup
di luar yang sukar ditangani menyebabkan ada antara mereka kembali kepada cara
hidup lama yang menghumban semula mereka ke penjara buat kali seterusnya.
Ketua Seksyen Logistik Bahagian Pembangunan dan Logistik Ibu Pejabat Penjara,
Abdul Aziz Abdul Razak berkata, keadaan ini berlaku juga akibat keengganan orang
ramai memberi ruang atau peluang kedua kepada bekas banduan menempatkan diri
dalam masyarakat. Katanya, masyarakat harus faham bahawa bekas banduan telah
menebus kesalahan melalui hukuman yang mereka jalani di penjara.
"Jika undang-undang telah membenarkan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang
manusia yang bebas, mengapa kita pula harus menyekat peluang kedua mereka untuk
membetulkan haluan hidup," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Dalam
pada masa yang sama Abdul Aziz berkata, para banduan juga perlu dibekalkan dengan
persediaan bagi berdepan cabaran hidup sebenar apabila bebas kelak. Katanya tempoh
berada di dalam tahanan bukan saja kesempatan untuk membetulkan jalan songsang
yang dilalui sebelum ini, bahkan peluang melengkapkan diri dengan kemahiran untuk
dimanfaatkan. "Sebenarnya banduan ini ada kebolehan tersendiri, namun mereka
memerlukan bimbingan dan pendedahan agar ia dapat dimanfaatkan dengan cara yang
betul apabila mereka menjalanai hidup sebagai manusia bebas di luar nanti,"ujarnya.
Justeru katanya, adalah menjadi tanggungjawab bagi badan-badan sukarela seperti
Kelab Sahabat Penjara (KSP) membantu meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat, sekali gus membantu banduan menjalani kehidupan yang lurus. Beliau
yang juga selaku setiausaha kelab tersebut berkata, objektif penubuhannya adalah bagi
membantu para banduan di penjara membina kemahiran melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan. Antara aktiviti tersebut termasuklah kursus keusahawanan, projek
menternak ayam di dalam penjara, bengkel ukiran, kelas lukisan dan sebagainya, yang
sedikit sebanyak telah memberi kemahiran kepada para banduan.
Buat masa ini beliau berkata, tumpuan aktiviti KPS adalah terhadap banduan yang
sedang menjalani hukuman dan banduan yang akan dibebaskan. Menyingkap sejarah
penubuhan KSP Abdul Aziz berkata, ia diwujudkan pada 1994 hasil cetusan idea Ketua
Pengarah Penjara ketika itu Datuk Zaman Khan. Bagaimanapun, ia secara rasmi
didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan sukarela pada 1996 dengan pembentukan ahli
jawatankuasa yang diketuai oleh Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman
Hashim sebagai presiden. Katanya, bermula daripada tarikh tersebut KPS giat
menjalankan pelbagai aktiviti melalui sembilan biro berasingan, seperti biro agama
Islam, kebajikan, bantuan kepada bekas banduan, pendidikan dan sebagainya.
Selain itu, bagi mendekatkan lagi golongan bekas dengan masyarakat satu pementasan
teater telah diadakan pada tahun lalu di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
176 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
"Persembahan teater tersebut bagi memberi kefahaman kepada masyarakat menngenai
realiti sebenar yang dihadapi oleh bekas banduan dalam menjalani kehidupan," ujarnya.
Bagi memastikan keberkesanan matlamat penubuhannya, Abdul Aziz berkata, KSP
juga bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain seperti Persatuan Bekas-Bekas
Banduan Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan menjadikan wakil mereka
menganggotai ahli jawatankuasa. Setakat ini kelab tersebut berjaya mengumpul 740
ahli terdiri daripada kakitangan Jabatan Penjara dan orang awam. "Bekas banduan yang
telah menjadi orang awam biasa juga boleh menganggotai kelab ini. Penyertaan orang
awam amat digalakkan bagi menjayakan projek yang telah diaturkan, sekali gus
membimbing banduan dan bekas banduan kembali kepada kehidupan yang lurus,"
katanya.103
e. Kegiatan Masa Lapang
Pihak Penjara Sungai Udang, Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan
dan padang permainan seperti padang bola, sepak takraw, bola tampar, badminton, ping
pong, karom dan sebagainya. Para banduan dapat mengisi masa lapang dengan pelbagai
aktiviti sukan mengikut minat dan kesukaan mereka. Ini akan mendorong dalam
kemahiran bersosial dan membantu mengurangkan stress dan kebosanan kehidupan di
dalam tirai besi. Pihak Penjara Sungai Udang, Melaka juga mengadakan pertandingan
sukan dalam memilih wakil-wakil yang dapat mewakili Penjara Sungai Udang, Melaka
dalam pertandingan sukan dengan pihak persatuan-persatuan luar, kakitangan penjara
dan penjara-penjara lain. Penghuni penjara Jabatan Penjara Malaysia muncul juara
Festical Cipta Lagu Patriotik (CIPTA2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Kemenangan lagu Warna-Warna Ceria ciptaan penghuni penjara itu
membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hadiah iringan.
Pertandingan itu anjuran USIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya. Selain daripada itu,
kemudahan televisyen dan bilik bacaan juga disediakan untuk mereka mendapatkan
informasi yang terkini tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara.104
3. Fasa Perusahaan Vokasional
Dalam sistem pemenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan
akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh
mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu
merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah
negara. Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan
perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta
mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan. Konsep
penahanan dahulu dan sekarang adalah berbeza di mana dahulu penahanan lebih
menekankan kepada hukuman manakala pada masa kini lebih kepada memulihkan 103
PKP Ariffin b Md Noor, Pengarah Kepenjaraan, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 23
November 2010. 104
Jabatan Penjara Malaysia (2008), Laporan Tahunan. h. 98.
177 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
banduan yang ditahan dengan menjalani program pemulihan dan diberi peluang
mengikuti latihan vokasional sebagai persediaan apabila dibebaskan.105
a. Latar Belakang Bahagian Vokasional dan Industri
Bahagian Vokasional dan Industri telah diwujudkan secara rasmi mulai 1 Januari 2007
dengan kelulusan sebanyak 38 perjawatan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, 4 jawatan di
Ibu Pejabat Penjara Sabah dan 4 jawatan di Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Bahagian ini
dahulunya adalah satu seksyen di bawah Bahagian Pemulihan dan Rawatan. Ekoran
peranan dan fungsinya yang makin meningkat, kerajaan telah meluluskan pewujudan
Bahagian Vokasional dan Industri ini secara berasingan dari Bahagian Pemulihan dan
Rawatan agar bahagian ini dapat menumpukan pengkhususan fungsi dan
tanggungjawab dalam membuat perancangan penyelidikan dan pembangunan produk,
meningkatkan pengeluaran produk penjara dan memasarkan produk penjara dalam
ruang lingkup pasaran yang lebih luas dan terbuka.
b. Visi Bahagian Vokasional dan Industri
Meningkatkan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing serta dipasarkan
secara meluas melalui peningkatan kemahiran kakitangan dan penghuni dengan
mengoptimumkan penggunaan sumber pengeluaran produk.
c. Misi Bahagian Vokasional dan Industri
Menghasilkan produk berkualiti melalui peningkatan kemahiran kakitangan dan
penghuni.
d. Fungsi Bahagian Vokasional dan Industri
Memberi latihan kemahiran kepada penghuni
Menjana hasil dari produk
Perusahaan vokasional bertujuan untuk membekalkan kemahiran vokasional kepada
banduan-banduan supaya mereka mudah mendapatkan pekerjaan apabila dibebaskan.
Aspek menyemai sikap dan budaya kerja yang positif dalam kalangan banduan-
banduan juga diberi penekanan.
Pelbagai jenis perusahaan diajar di dalam institusi –isntitusi penjara. Ini termasuklah
latihan pertukangan kayu, ukiran, rotan, copper tooling, jahitan, dobi, menjilid dan
mencetak, membuat dan memperbaiki kasut, pertanian dan sebagainya. Banduan –
banduan yang bekerja akan dibayar gaji mengikut peringkat. Dua pertiga daripada gaji
ini boleh digunakan oleh banduan untuk membeli barang-barang kantin sedangkan satu
pertiga akan disimpan dan akan diberikan kepadanya pada masa ia dibebaskan.106
105
Penjara Sungai Udang, Melaka (2010), Pejabat Perusahaan. 106
Ahmad Jefri bin Sabri, Pegawai Latihan Vokasional, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada
25 November 2010.
178 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Jabatan Penjara Malaysia telah melipat gandakan lagi usaha untuk kemantapan program
perusahaan vokasional pada tahun 2005. Di antaranya adalah seperti berikut:
1. Pegawai-pegawai penjara yang bertugas sebagai pembantu pengajar
pertukangan telah dihantar berkursus secara berkelompok di Institut Latihan
Perindustrian, Pasir Gudang, Johor. Ini sedikit sebanyak akan dapat
menampung masalah kekurangan tenaga pengajar di Jabatan Penjara
sementara jawatan-jawatan yang kosong disi sepenuhnya.
2. Peperiksaan Sijil Kecekapan Malaysia (SPM) dalam bidang pertukangan
kayu dan jahitan yang dianjurkan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan Perolehan telah diberi peluang diduduki kepada para banduan.
Perolehan sijil-sijil yang diiktiraf oleh pihak swasta adalah sangat
bermanfaat kepada para banduan.
3. Mewujudkan bengkel-bengkel baru seperti pemasangan paip, pendawaian
elektrik dan batu bata.
Seksyen ini bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memantau perjalanan
bengkel-bengkel perusahaan khususnya dalam merancang perolehan peralatan, mesin
dan bahan mentah melalui anggaran bajet mengurus tahunan dan bajet pembangunan
dalam setiap Rancangan Malaysia. Seksyen ini juga terlibat dalam memantau
penyelenggaraan mesin dan perlaksanaan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan
bukan sahaja di bengkel-bengkel tetapi di tempat kerja yang melibatkan kakitangan dan
penghuni. Selain daripada bengkel-bengkel yang diletakkan di bawah perusahaan
penjara, Jabatan Penjara juga mempunyai bengkel yang diuruskawal di bawah Akaun
Amanah Kebajikan Penghuni. Pewujudan Seksyen Amanah di bawah Bahagian
Vokasional dan Industri bertujuan untuk menggubal dasar, menyelaras, melaksana dan
memantau perjalanan bengkel-bengkel amanah di seluruh institusi penjara khususnya
dari aspek kewangan dan pengurusan bengkel. Seksyen ini juga akan terlibat dalam
pelaksanaan, pemantauan dan pengembangan skim usahasama dan khidmat bakti
Jabatan Penjara Malaysia.107
e. Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk
Seksyen ini diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam perancangan
penyelidikan dan pembangunan produk serta menjadi unit yang bertanggungjawab
dalam mengawal kualiti produk My Pride. Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam
menentukan jumlah pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Selain dari itu
peranan seksyen ini juga adalah untuk merancang dan membangunkan kemahiran dan
kerjaya kakitangan dan penghuni dalam aspek kemahiran vokasional yang melibatkan
perancangan latihan kemahiran bersijil sama ada jangka panjang dan jangka pendek.
Seksyen ini juga terlibat dalam merancang keperluan gunatenaga di Bahagian
Vokasional dan Industri, Jabatan Penjara Malaysia.108
107
PP Zaidi b. Hamid, Penguasa Penjara (Latihan Kepenjaraan), Penjara Sungai Udang, MelakaTemubual
pada 26 November 2010. 108
Kamariah binti Mohd Noah, Pengarah Pembangunan, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada
30 November 2010.
179 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
f. Seksyen Pemasaran
Seksyen Pemasaran mempunyai unit Promosi yang mempunyai fungsi dan
tanggungjawab dalam mempromosi dan memasarkan produk My Pride. Unit ini juga
terlibat dalam menyediakan khidmat nasihat terhadap pengguna di samping membuat
naziran atau pemantauan terhadap urusan pemasaran dan promosi produk di seluruh
institusi penjara. Unit Komersil dalam seksyen ini berfungsi mengawal dan menyelaras
harga produk My Pride di seluruh institusi penjara. Unit ini juga bertanggungjawab
dalam urusan pungutan dan pemantauan perolehan hasil dari penjualan produk penjara.
g. Bengkel Vokasional Di Institusi Penjara
Bengkel- bengkel yang terdapat di seluruh institusi penjara memainkan peranan yang
amat penting dalam menghasilkan berbagai produk penjara. Perjalanan bengkel-
bengkel dipantau oleh Bahagian Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia
dari aspek kewangan, pengurusan, pemasaran dan sebagainya. Sehingga Oktober 2010
terdapat sebanyak 371 buah bengkel vokasional dan bengkel akaun amanah di seluruh
institusi penjara Malaysia. Produk vokasional dalam konteks di Malaysia ialah segala
hasil keluaran berbentuk barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh penghuni
penjara di bengkel vokasional institusi penjara. Produk yang dihasilkan ini bukan hanya
dijual sebagai hasil perolehan kepada jabatan Penjara tetapi juga memberi latihan
kemahiran dan sumber pendapatan kepada penghuni di penjara.109
h. Pelan Pemasaran Produk Vokasional
Dalam usaha memperkasakan pemasaran produk vokasional, Jabatan Penjara telah
mengambil langkah merancang pelan pemasaran yang telah, sedang dan akan
dilaksanakan. Antara pelan pemasaran yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan
Penjara adalah seperti berikut:
i. Jualan Infokraf Penjara
Jabatan Penjara telah merancang mengadakan showcase atau infokraf di peringkat
nasional dan negeri yang dirancang sebagai acara tahunan bagi mengumpulkan dan
memasarkan produk-produk yang dihasilkan. Program ini selain daripada memasarkan
dan mempromosikan produk, ianya juga bertujuan untuk memperluaskan dan membuka
peluang rangkaian perniagaan kepada pengusaha-pengusaha luar untuk turut
memasarkan produk penjara. Infokraf ini juga bertujuan untuk memberi sebanyak mana
maklumat kepada masyarakat berhubung peranan dan tanggungjawab jabatan dalam
melaksanakan fungsi penahanan yang selamat dan pemulihan yang efektif terhadap
penghuni. Sehingga tahun 2005 telah 3 kali Infokraf Penjara-Penjara Asean diadakan
iaitu pernah diadakan di Kajang, Alor Setar dan Melaka. Manakala infokraf peringkat 109
Mohamad Faizal bin Bolhan, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 1 Disember 2010.
180 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
negeri diadakan setiap tahun di mana sepanjang tahun 2009 sebanyak 62 infokraf telah
diadakan. Sehingga bulan Oktober 2010 sebanyak 34 infokraf telah diadakan di seluruh
negara.
Sejak pelbagai langkah diambil bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh
penghuni penjara, sambutan yang diterima daripada masyarakat amat menggalakkan.
Mereka amat tertarik dengan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh penghuni, di
samping kualiti produk yang dihasilkan adalah setanding dengan produk yang
dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha lain yang terdapat di pasaran. Ini jelas apabila
setiap kali infokraf diadakan di seluruh negara, masyarakat tidak melepaskan peluang
untuk membelinya. Sila rujuk Jadual di bawah bagi hasil jualan produk melalui siri-siri
jualan infokraf yang telah diadakan dari tahun 2004 hingga tahun 2009110
:
Jadual 1.0 Jumlah Hasil Jualan Inokraf Dari Tahun 2004 - 2009
Bilangan Tahun Hasil dalam RM
1 2004 389,006.32
2 2005 222, 093.82
3 2006 310,226.00
4 2007 450,110.62
5 2008 666,645.79
6 2009 626,456.74
ii. Pemasaran Produk Penjara dengan Penubuhan Galeri Penjara
Galeri Produk Penjara ditubuhkan dengan hasrat untuk meningkatkan hasil jualan
secara menyeluruh kepada orang ramai melalui jualan semua jenis produk penjara yang
dikumpul dari seluruh institusi penjara. Ianya juga bagi memudahkan orang awam
mendapatkan hasil produk jabatan tanpa perlu ke mana-mana institusi penjara.
iii. Galeri Produk Penjara Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang
Ditubuhkan pada 1 April 2009. Lokasi di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira,
43000 Kajang. Penubuhan galeri-galeri ini kelak diharapkan agar dapat meningkatkan
lagi peranan dan sumbangan jabatan terhadap masyarakat dan Negara.
iv. Penjenamaan Produk Penjara
Jenama My Pride telah dipilih sebagai jenama produk Penjara yang dilancarkan oleh
Y.A.B Dato‘ Seri Abdullah B. Ahmad Badawi, Perdana Menteri pada 13 Mac 2007. 110
Kamilah Syakura bt. Kamin, Pen. Pengarah Perolehan, Penjara Sungai Udang, Melaka.Temubual pada
2 Disember 2010
181 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Penjenamaan ini dibuat sebagai langkah untuk lebih mengkormersilkan produk Jabatan
Penjara dengan matlamat utama adalah untuk memenuhi jaminan kualiti produk. Pada
bulan Disember 2008 Perbadanan Harta Intelek telah meluluskan penggunaan jenama
My Pride kepada semua produk yang dihasilkan oleh Jabatan Penjara. Dengan
penggunaan jenama ini produk penjara lebih diakui mutunya dan hak ciptanya adalah
terpelihara.111
l. Skim Usahawan
Skim usahawan yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara telah banyak membantu
dalam program pemulihan banduan. Skim usahawan adalah perusahaan secara
usahasama di antara Jabatan Penjara dengan syarikat-syarikat swasta.
Dalam skim ini Jabatan Penjara hanya menyediakan tempat dalam penjara dan tenaga
kerja yang terdiri daripada para banduan. Sementara tenaga pengajar, peralatan, bahan
mentah dan pasaran hasil keluaran adalah menjadi tanggungjawab pihak swasta.
Skim usahasama ini antara lain bertujuan memberi latihan dan pendedahan teknologi
kepada para banduan di samping dapat menambah pendapatan mereka semasa berada
di penjara.
PROGRAM PEMULIHAN DI PENJARA
Manfaat Program Agama di Penjara
Berdasarkan carta 4.1 dan 4.2, majoriti pesalah rogol mengatakan bahawa program
Agama amat bermanfaat kepada mereka iaitu seramai (86.2%) 125 orang berbanding
(4.6%) 6 orang yang tidak bersetuju. Manakala (9.7%) 14 orang lagi tidak pasti dengan
kemanfaatan program agama ini
Carta 2.1 Manfaat Program Agama
111
TPP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Timbalan Penguasa Penjara Bahagian Usahawan, Penjara
Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 3 Disember 2010.
182 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Carta 4.2 Kesedaran Program Agama
183 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Minat Kepada Program Pemulihan di Penjara
Jika dirujuk kepada carta 4.3, kebanyakan para pesalah rogol mempunyai minat yang
tinggi (71.7%) 104 orang kepada program pemulihan yang dijalankan oleh pihak
penjara kepada mereka berbanding dengan hanya (1.4%) dua orang yang tidak berminat
lansung. Manakala (24.1%) 35 orang mempunyai sikap sederhana terhadap program itu
dan seramai (2.8%) 4 orang yang kurang berminat.
Carta 4.3 Minat Kepada Program Pemulihan
184 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Program yang Paling Berkesan
Berdasarkan carta 4.4, program agama mempunyai kesan yang paling mendalam
kepada para pesalah rogol dengan (67.6%) 98 orang pesalah rogol. Program vokasional
menduduki tempat yang kedua dalam memenangi hati para pesalah rogol. Ia dituruti
oleh program kaunseling seramai (7.6%) 11 orang. Program kokurikulum amat kurang
diminati iaitu hanya (4.1%) 6 orang pesalah rogol yang meminatinya.
Carta 4.4 Program Paling Berkesan
Keberkesanan Hukuman Sebat dan Penjara
Berdasarkan carta 4.5, kebanyakan para pesalah rogol bersetuju bahawa hukuman sebat
dan penjara memberi kesan kepada pesalah rogol iaitu seramai (59.3%) 86 orang
berbanding (20.7%) 30 orang pesalah yang berpendapat hukuman sebat dan penjara
tidak memberi kesan. Manakala seramai (20%) 29 orang pula bersikap tidak pasti
mengenai keberkesanan hukuman ini kepada mereka.
185 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Carta 4.5 Keberkesanan Hukuman Sebat dan Penjara
Harapan untuk Membaiki Kesilapan Lepas
Berdasarkan carta 4.6, majoriti pesalah rogol iaitu seramai (84.1%) 122 orang
mempunyai azam yang tinggi untuk membaiki kesilapan yang mereka yang mereka
lakukan. Manakala bakinya seramai (15.9%) 23 orang tidak mempunyai harapan dan
keazaman untuk membaiki kesilapan yang lepas.
Carta 4.6 Harapan untuk Membaiki Kesilapan Lepas
186 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Keyakinan untuk Kembali kepada Masyarakat
Berdasarkan carta 4.7 kebanyakan para pesalah rogol mempunyai keyakinan yang amat
tinggi untuk menjalani hidup bermasyarakat apabila dibebaskan kelak iaitu seramai
(84.1%) 119 orang jika dibandingkan dengan pesalah yang kelihat putus asa iaitu
seramai (9.7%) 14 orang yang tidak berkeyakinan untuk menjalani hidup
bermasyarakat kelak. Ada juga kedapatan seramai (8.3%) 12 orang pesalah yang tidak
pasti untuk kembali semula ke sisi masyarakat.
Carta 4.7 Keyakinan untuk Menjalani Hidup Bermasyarakat
187 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
Kesimpulan Program Pemulihan di Penjara
Berdasarkan daripada dapatan kajian menunjukkan majoriti pesalah jenayah rogol ini
amat menerima program pemulihan yang terdapat di penjara, lebih-lebih lagi program
yang berbentuk keagamaan. Manakala, keberkesanan hukuman sebat dan penjara
amatlah berkesan di hati para banduan iaitu seramai 86 orang daripada 145 banduan
yang bersetuju bahawa ia berkesan. Mengikut kajian ini, majoriti banduan berasa insaf
dengan kesalahan yang telah dilakukan dan ingin mengubah diri iaitu seramai 122
orang daripada 145 orang banduan. Kebanyakan mereka juga seramai 119 orang amat
berkeyakinan untuk kembali kepada masyarakat di luar sana untuk menebus kesilapan
yang mereka lakukan. Apa yang pasti hanya di pihak masyarakat yang seharusnya
dapat menerima para bekas banduan ini dengan hati yang terbuka dan positif dalam
memastikan keamanan dan harapan pihak penjara dan kerajaan dalam mencapai Negara
yang sifar jenayah pada masa hadapan.
KESIMPULAN KESELURUHAN DAPATAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, bab ini telah menghuraikan dapatan kajian yang diperolehi
dengan menggunakan statistik deskriptif secara kuantitatif, temubual dan pemerhatian
oleh pengkaji untuk mencapai tiga objektif kajian. Objektif kajian pertama iaitu
mengenal pasti faktor-faktor dorongan yang mendorong perogol melakukan jenayah
rogol, Objektif kajian kedua ialah mengetahui proram-program pemulihan dengan jelas
yang digunakan oleh penjara untuk menangani penjenayah rogol. Manakala objektif
kajian ketiga ialah melihat latar belakang penjenayah rogol dengan lebih jelas.
Rangkuman objektif ini berjaya dicapai apabila menghasilkan dapatan kajian yang
dapat merungkai permasalahan kajian yang dikaji iaitu faktor-faktor dorongan yang
mendorong perogol melakukan jenayah dan latar belakangnya dapat dijustifikasikan
seperti faktor demografi iaitu majoriti berumur diantara 18 sehingga 30 tahun, majoriti
berasal daripada kampong, jenis rumah kampung, majoriti tahap pendidikan rendah,
majoriti bekerja sendiri dan majoriti sudah berkahwin.
Daripada aspek faktor dorongan utama pula, didominasi oleh faktor agama, perhatian
keluarga, ransangan seks terlampau, tabiat menonton filem lucah, tabiat pengambilan
dadah, arak dan pil, pandangan negatif terhadap wanita, ekonomi dan kehidupan sosial
pesalah. Manakala, mengenai objektif yang ketiga pihak penjara telah mengadakan
pelbagai program iaitu program agama, vokasional, dan ko-kurikulum kepada pihak
banduan ini. Majoriti mereka berminat dan mengatakan program penjara bermanfaat
kepada mereka. Majoriti daripada mereka juga menyatakan program penjara ini dapat
membina keyakinan diri untuk menjalani kehidupan bermasyarakat. Mereka juga amat
berminat dengan program agama yang dijalankan oleh pihak penjara dan bagi mereka
program penjara ini memberi sinar harapan kepada mereka untuk memperbaiki segala
kesilapan lalu dan berupaya menjadi insan yang lebih baik. Bagi hukuman sebat dan
penjara pula, kebanyakan mereka bersetuju bahawa ia amat berkesan kepada mereka.
Justeru itu, dapatan kajian adalah selari dengan objektif kajian yang dapat dibuat
generalisasi terhadap kajian tentang banduan jenayah rogol ini.
188 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
RUJUKAN
Ahmad Jefri bin Sabri, Pegawai Latihan Vokasional, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 25 November 2010.
Encik Abdul Nasir Ahmad, Seksyen Pemulihan, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 1 Disember 2010.
Fail Kajang Prison. Religious Teachings for Prisoners. No. 54. Dalam C.P. 15/54 Surat
The Senior Superintendent of Prisons, Kajang, Selangor kepada Kajang Prison
pada 30 Ogos 2008.
Ibu Pejabat Penjara Malaysia (2009), Unit Pembangunan. Lihat juga Penjara Sungai
Udang, Melaka. (t.t.) Modul Program Orientasi Program.
Jabatan Penjara Malaysia (2007), Laporan Tahunan. h. 56. Lihat juga Penjara Sungai
Udang, Melaka. (2010), Fail Meja Bahagian Pemulihan.
Jabatan Penjara Malaysia (2010), Bahagian Pemulihan Penjara Sungai Udang, Melaka,
Laman Jabatan Penjara Malaysia. 2-4. Pada: http://www. Prison. Gov. my (3
Disember 2010).
Jabatan Penjara Malaysia (2009), Laporan Tahunan. h. 87.
Jabatan Penjara Malaysia (2005), Laporan Tahunan. h. 65.
Jabatan Penjara Malaysia (2008), Laporan Tahunan. h. 98.
Kamilah Syakura bt. Kamin, Pen. Pengarah Perolehan, Penjara Sungai Udang,
Melaka.Temubual pada 2 Disember 2010
Mohamad Faizal bin Bolhan, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Penjara Sungai
Udang, Melaka. Temubual pada 1 Disember 2010.
Penjara Sungai Udang, Melaka (2010), Pejabat Perusahaan.
PP Zaidi b. Hamid, Penguasa Penjara (Latihan Kepenjaraan), Penjara Sungai Udang,
MelakaTemubual pada 26 November 2010.
Kamariah binti Mohd Noah, Pengarah Pembangunan, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 30 November 2010.
PKP Ariffin b Md Noor, Pengarah Kepenjaraan, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 23 November 2010.
189 International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, (ICICMI2011)
PP Rahmat b. Abdul Rani, Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang, Melaka.
Temubual pada 24 November 2010.
PP Zamiah bt Parman, Seksyen Pemulihan, Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual
pada 9 Disember 2010.
PKK Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pemulihan & Rawatan, Penjara
Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 6 Disember 2010.
TPP Amer Sharifuddin b. Mat Noor ,Timbalan Penguasa Penjara (Latihan), Penjara
Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 8 Disember 2010.
TPP Nazri b. Mohamad ,Timbalan Penguasa Penjara (Latihan Kepenjaraan), Penjara
Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 9 Disember 2010.
TPP Hj. Abd. Zaini bin Ibrahim, Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang,
Melaka.Temubual pada 2 Disember 2010.
TPP Abdul Rahman bin Hasan, Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang,
Melaka. Temubual pada 3 Disember 2010.
TPP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Timbalan Penguasa Penjara Bahagian Usahawan,
Penjara Sungai Udang, Melaka. Temubual pada 3 Disember 2010.