i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · PDF filedikelilingi oleh orang...
Transcript of i PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN ... · PDF filedikelilingi oleh orang...
i
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
(KBKK) DALAM PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN REKA CIPTA
DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
ABD HARIS BIN M. HORSI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana dikelilingi oleh orang yang menyayangi dan memahami diri ini
Ayahanda dan Bonda yang diKasihi M. Horsi bin M. Rasul & Samiah bt Sulami
Kakanda dan Adindaku yang diSayangi Nor Samsiyah, Siti Suraiyah, Harina & Syazwi Aiman
Teman`Teman Seperjuangan yang Sama Mengharungi Zulhazmi, Nasir, Donald, Farah, Azah, Ameza,
Linda, Saiful, Tuan Noor, Suriani, Samsul, Ronnel, Rashidi, Ezuan, Ieda, Nurul, Watson, Reen
dan rakan-rakan sekuliah yang lain
Terima Kasih diatas Segala Sokongan, Dorongan, Pengorbanan & Doa Kalian
Semoga kejayaan ini menjadi Satu Rahmat buat kita Semua
iv
PE�GHARGAA�
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, di atas limpah kurnia dan izinNya dapat saya
menyiapkan kajian ini sebagaimana yang dirancangkan. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya bagi menyiapkan kajian yang dijalankan ini.
Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada penyelia saya iaitu
Puan Qistina Andin Abdullah kerana telah banyak memberikan pandangan, bimbingan,
panduan, tunjuk ajar, komen dan juga bahan-bahan rujukan bagi menyiapkan kerja-kerja
penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada Dr. Mohd Zolkifli dan Puan
Nornazirah yang telah membantu saya memberikan panduan dalam penyediaan borang
soal selidik untuk kajian.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru,
pelajar-pelajar serta pihak pentadbiran sekolah di atas bantuan dan sokongan yang
diberikan dalam melancarkan perjalanan kajian ini. Terima kasih juga khusus buat Encik
Saiful di atas kerjasama yang diberikan semasa saya menjalankan kajian rintis di SMK
Permas Jaya, Johor. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kementerian-
kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat kerana telah memberikan kebenaran
kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga saya, khususnya
buat ayah, ibu serta adik beradik di atas kesabaran, sokongan, kerjasama serta doa yang
diberikan. Tidak dilupakan teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberikan
bantuan, panduan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Semoga kejayaan ini sebagai satu rahmat buat kita semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana guru Reka Cipta
melaksanakan pengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif semasa
mengajar mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah
gabungan kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk kajian ini. Sampel kajian
adalah terdiri daripada 74 orang pelajar tingkatan 5 yang dipilih berdasarkan kaedah
persampelan rawak mudah manakala seramai 4 orang guru yang mengajar mata
pelajaran Reka Cipta dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Data-data
kajian diperolehi melalui soal selidik dan temubual separa berstruktur. Dapatan daripada
kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.961. Data-data yang
diperolehi dari soal selidik di analisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5
untuk mendapatkan statistik deskriptif manakala data-data yang diperolehi dari temubual
pula di analisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian
mendapati guru mata pelajaran Reka Cipta kurang mengintegrasikan konsep dan
kemahiran pemikiran kritis dan kreatif semasa mengajar. Kajian juga mendapati kaedah
pengajaran yang kerap dilaksanakan oleh guru ialah kaedah Projek. Dapatan dari
temubual mendapati guru masih kurang bersedia dari aspek pengetahuan dan minat.
Halangan utama yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Reka Cipta dalam
mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah minat dan
penglibatan murid.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify how Invention teachers integrate
critical and creative thinking in Invention subject at Johor Bahru secondary schools. A
combination of quantitative and qualitative approach was used in this study. The sample
consisted of seventy-four (74) form five students who taking Invention subject and they
were selected randomly while four (4) Invention teachers were selected based on
purposive sampling technique. The data were collected through questionnaires and semi-
structured interviews. Pilot study showed that the reliability coefficient of alpha was at
0.961. Data collected were processed using SPSS 11.5 version in order to determine the
descriptive statistics while the interview data are analyzed using content analysis
method. This study found the Invention teachers are occasionally integrates the concepts
and skills of critical and creative thinking during the teaching process. This study also
found the Invention teachers are using Project method moderately during the teaching
process. The readiness of the Invention teachers were moderately in term of knowledge
and interest. The major barrier faced by the Invention teachers in integrates critical and
creative thinking were student’s interest and involvement.
vii
KA�DU�GA�
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PERAKUA� ii
DEDIKASI iii
PE�GHARGAA� iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KA�DU�GA� vii
SE�ARAI JADUAL xi
SE�ARAI RAJAH xiv
SE�ARAI SI�GKATA� xv
SE�ARAI LAMPIRA� xvi
1 PE�DAHULUA�
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 10
viii
1.8 Definisi Istilah dan Operasional 10
2 SOROTA� PE�ULISA�
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Pemikiran 15
2.3 Kemahiran Berfikir 15
2.4 Pemikiran Kritis (Kritikal) 17
2.4.1 Pemikiran Kritis Rendah 18
2.4.2 Pemikiran Kritis Tinggi 19
2.4.3 Berfikir Secara Kritis 19
2.5 Pemikiran Kreatif 25
2.5.1 Kemahiran Kreatif Mikro 25
2.5.2 Berfikir Secara Kreatif 27
2.5.3 Proses Kreatif 30
2.5.4 Idea Kreatif 32
2.6 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif 33
2.7 Kaedah Pengajaran Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif 36
2.7.1 Kaedah Bersyarah 37
2.7.2 Kaedah Soalan Aras Tinggi 39
2.7.3 Kaedah Konsep 41
2.7.4 Kaedah Pemetaan Minda 43
2.7.5 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah 44
2.7.6 Kaedah Dapatan 46
2.7.7 Kaedah Projek 48
2.7.8 Kaedah Pembelajaran Koperatif 49
2.7.9 Kaedah Perah Otak 50
2.7.10 Kaedah Perbincangan 51
ix
2.8 Kesediaan Guru 53
2.8.1 Pengetahuan 53
2.8.2 Kemahiran 54
2.8.3 Minat 55
2.9 Halangan dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir 56
2.10 Mata Pelajaran Reka Cipta 59
2.11 Kajian-Kajian Terdahulu 61
3 METODOLOGI KAJIA�
3.1 Pengenalan 63
3.2 Reka Bentuk Kajian 64
3.3 Populasi Kajian 65
3.4 Sampel Kajian
3.4.1 Sampel Guru 66
3.4.2 Sampel Pelajar 67
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal Selidik 68
3.5.2 Temubual 73
3.6 Keesahan Soal Selidik 74
3.7 Triangulasi Data 75
3.8 Kajian Rintis 75
3.9 Prosedur Kajian 76
3.10 Analisis Data
3.10.1 Soal Selidik 78
3.10.2 Temubual 82
4 A�ALISIS DATA
4.1 Pengenalan 84
4.2 Analisis Kuantitatif
x
4.2.1 Latar Belakang Responden 85
4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 88
4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 91
4.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 93
4.3 Analisis Kualitatif
4.3.1 Latar Belakang Responden 99
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 4 100
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 5 103
5 RUMUSA�, PERBI�CA�GA� DA� KESIMPULA�
5.1 Pengenalan 106
5.2 Rumusan 107
5.3 Perbincangan
5.3.1 Persoalan Kajian 1 109
5.3.2 Persoalan Kajian 2 111
5.3.3 Persoalan Kajian 3 112
5.3.4 Persoalan Kajian 4 115
5.3.5 Persoalan Kajian 5 116
5.4 Cadangan
5.4.1 Pusat Pengajian Tinggi 117
5.4.2 Kementerian dan Jabatan Berkaitan 118
5.4.3 Guru Mata Pelajaran Reka Cipta 118
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 120
5.6 Penutup 121
RUJUKA� 122
LAMPIRA� 131
xi
SE�ARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Populasi Bagi Kajian 65
3.2 Taburan Populasi dan Sampel Guru yang Mengajar Mata
Pelajaran Reka Cipta Mengikut Sekolah di Daerah Johor Bahru 66
3.3 Taburan Populasi dan Sampel Pelajar yang Mengambil
Mata Pelajaran Reka Cipta Mengikut Sekolah di Daerah 67
Johor Bahru
3.4 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B 69
3.5 Latar Belakang Responden Kajian 69
3.6 Konsep Pemikiran Kritis 70
3.7 Konsep Pemikiran Kreatif 70
3.8 Kemahiran Pemikiran Kritis 71
3.9 Kemahiran Pemikiran Kreatif 72
3.10 Kaedah Pengajaran KBKK 72
3.11 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 76
3.12 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 1 80
3.13 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 2 80
3.14 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian 3 81
xii
3.15 Ringkasan Jadual Statistik Yang Digunakan 81
4.1 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran
Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 86
Mengikut Jantina
4.2 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran
Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 86
Mengikut Bangsa
4.3 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran
Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87
Mengikut Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bagi Peperiksaan PMR
4.4 Taburan Responden Yang Mengambil Mata Pelajaran
Reka Cipta Di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 87
Mengikut Gred Ujian Atau Peperiksaan Terkini Bagi
Mata Pelajaran Reka Cipta
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Konsep Pemikiran 89
Kritis Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran Reka Cipta
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Konsep Pemikiran 90
Kreatif Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran Reka Cipta
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Kemahiran 91
Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran
Reka Cipta
4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Perlaksanaan Pengintegrasian Kemahiran 93
Pemikiran Kreatif Dalam Pengajaran Guru Mata Pelajaran
Reka Cipta
xiii
4.9 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk
Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan 94
Kreatif (KBKK) Mengikut Kedudukan Tertinggi
Hingga Terendah
4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru 96
Untuk Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis Dan Kreatif (KBKK)
4.11 Maklumat Latar Belakang Responden Yang Di Temubual 100
4.12 Kenyataan Kesediaan Guru Mata Pelajaran Reka Cipta
Untuk Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Secara 101
Kritis dan Kreatif
4.13 Kenyataan Halangan-Halangan Yang Di Hadapi Oleh
Guru Mata Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengintegrasikan 103
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
4.14 Kekerapan Kenyataan Halangan-Halangan Yang Di Hadapi
Oleh Guru Mata Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengintegrasikan 105
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
xiv
SE�ARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pendekatan-Pendekatan Kepada Mengajar Berfikir 34
2.2 Fungsi-Fungsi Penyoalan 39
2.3 Teknik Soalan Bertumpu dan Bercapah 41
3.1 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 79
3.2 Pembahagian Skala Likert 4 Nilai Kepada Tiga Tahap 79
xv
SE�ARAI SI�GKATA�
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
MOSTI - Ministry of Science, Technology and Innovation
PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SE�ARAI LAMPIRA�
LAMPIRA� TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Analisis Kebolehpercayaan 135
B Borang Soal Selidik Pelajar 137
C Borang Temubual Guru 147
D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 153
E Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 155
F Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 157
G Jadual Krejcie & Morgan 158
H Transkrip Temubual 159
1
BAB 1
PE�GE�ALA�
1.1 Pendahuluan
Kreativiti merupakan salah satu sifat yang dimiliki oleh semua manusia.
Kebolehan berkreativiti ialah kebolehan semula jadi yang membezakan manusia dengan
makhluk lain kerana selain boleh berkreativiti manusia juga mampu berinovasi. Selain
itu, kreativiti juga telah dijadikan sebagai satu strategi menjalankan daya persaingan
untuk memajukan sesebuah negara. Seperti yang dinyatakan oleh Howkins (2002), abad
ke-21 merupakan abad ekonomi global yang berteraskan kepada bakat kreatif.
Menyedari hakikat ini, banyak negara telah mula membangunkan tenaga kerja
yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif untuk menghadapi, menangani dan
memberi sumbangan dalam kehidupan yang semakin berteraskan sains dan teknologi.
Salah satu cara pembangunan sumber daya manusia pada masa depan ialah melalui
penekanan terhadap dunia pendidikan dengan menyuburkan budaya kreativiti, reka cipta
dan inovasi bermula pada peringkat sekolah lagi.
2
Pelbagai langkah dan strategi telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Salah satunya ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran elektif baru diperingkat
sekolah menengah iaitu Reka Cipta pada tahun 1995. Dengan harapan pelajar boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui
penghasilan sesuatu rekaan ke arah menyumbang kepada pembangunan negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2002).
Baru-baru ini juga, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai
tahun inovasi dan kreativiti yang dikenali sebagai Malaysia Inovatif 2010. Ia bertujuan
untuk menyedarkan masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda dan akar umbi
mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti, dan seterusnya membudayakannya sebagai
amalan seharian. Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia
adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara (MOSTI, 2010).
Oleh yang demikian, dengan wujudnya mata pelajaran Reka Cipta di sekolah ia
boleh menjadi salah satu cara untuk merealisasikan hasrat kerajaan ini melalui
penerapan pemikiran kritis dan kreatif pada setiap pelajar yang mengambil mata
pelajaran tersebut. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada cara pengajaran guru
kerana pelajar amat memerlukan mereka untuk membina kemahiran pemikiran.
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat bagaimana perlaksanaan
pengintegrasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru mata
pelajaran Reka Cipta di sekolah dari segi perlaksanaan pengintegrasian KBKK, kaedah
mengajar KBKK serta kesediaan mereka untuk mengajar KBKK. Selain itu, kajian
terhadap halangan-halangan yang dihadapi oleh guru juga dilakukan.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Mohd Azhar, Mohd Koharuddin dan Muhamed Fauzi (2006), walaupun
reformasi pendidikan negara mahu melahirkan pelajar yang boleh berfikir, namun
setakat ini masih tidak terdapat tanda yang jelas menunjukkan wujudnya budaya
kreativiti, reka cipta dan inovasi yang menyeluruh pada peringkat nasional.
Kajian menunjukkan perkembangan kemahiran berfikir pelajar masih lagi berada
ditahap yang rendah (Munir dan Azman, 2001). Menurut Phillips (1997), antara
sebabnya ialah kebolehan guru. Ramai guru tidak begitu yakin tentang kaedah mengajar
kemahiran berfikir berikutan kurang penekanan yang diberi pada peringkat latihan
perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa mengenai literasi yang diadakan
pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri daripada guru-guru telah menyuarakan
kesukaran yang mereka hadapi untuk menyerapkan kemahiran berfikir dalam mata
pelajaran yang diajar (Munir dan Azman, 2001).
Menurut Ainon dan Abdullah (2005) kesukaran ini disebabkan terdapat
kekeliruan di dalam mengajar teknik berfikir. Sehingga sekarang, kebanyakkan guru
mengajar teknik belajar dan teknik mengingat dengan sangkaan bahawa itu adalah
teknik berfikir. Belajar ialah proses menerima maklumat dari luar dan disimpan dalam
minda manakala berfikir ialah proses menggunakan maklumat yang dipelajari untuk
pelbagai kegiatan aktif seperti menyelesaikan masalah, membuat reka cipta dan
menerbitkan idea. Kesannya, berlakulah gejala di mana terdapai ramai pelajar yang
cemerlang di sekolah namun tidak menunjukkan kecemerlangan apabila mereka berada
diluar bilik darjah (ibid).
Ainon dan Abdullah (1995) turut menjelaskan, ramai guru yang berminat untuk
memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar mereka serta telah
mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada pelajar
dengan cara mereka sendiri. Usaha mereka mendapat sambutan positif daripada para
4
pelajar dan mereka seronok belajar berfikir. Namun, hakikat yang dapat dilihat adalah
masih ramai guru yang belum mendapat cara yang berkesan untuk mengajarkan teknik-
teknik berfikir kepada pelajar-pelajar mereka. Menurut Wallas (1926), guru-guru
berkecenderungan memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
melibatkan kemahiran berfikir pada aras pengetahuan dan kefahaman dan mengabaikan
kemahiran berfikir seperti penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian.
Selain itu, mata pelajaran pada masa kini digubal berdasarkan andaian bahawa
maklumat adalah lebih berguna kepada murid jika dibandingkan dengan kemahiran
berfikir (Ainon dan Abdullah, 2005). Murid hanya perlu berfikir bagaimana untuk
memasukkan maklumat yang dibaca dari buku ke dalam otak mereka supaya ia dapat
disimpan dan diingat sehingga hari peperiksaan. Dalam konteks ini, tahap pertama ialah
tahap apabila otak kita membuat persepsi, iaitu tanggapan manakala tahap kedua ialah
tahap memproses, iaitu apabila otak menggunakan logik. Ainon dan Abdullah turut
menjelaskan kebanyakkan sekolah tidak mengajar tahap persepsi kepada murid
sedangkan ia merupakan salah satu tahap di dalam proses berfikir sebaliknya lebih
menekankan kepada logik sahaja.
Ahmad Mohamad dan Kong (2001) menjelaskan kurikulum Reka Cipta
ditentukan sepenuhnya oleh kementerian. Ini akan memberikan kesan negatif yang
serius dan dari sudut kreativiti iaitu kurikulum akan menjadi kaku. Ini disebabkan guru
tidak mendapat peluang untuk menggunakan daya kreativiti mereka di dalam bilik
darjah. Pendapat yang sama diberikan oleh Ainon dan Abdullah (2005) yang
menyatakan setelah dilaksanakan selama beberapa tahun penekanan terhadap unsur
KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta tidak begitu jelas dan
semakin terabai. Antara sebabnya adalah guru tidak berpeluang untuk menggunakan
daya kreativiti mereka di dalam bilik darjah sebaliknya mengikut sahaja semua yang
diarahkan oleh pusat secara terperinci.
Hal ini perlu diambil perhatian yang serius untuk mengelakkan guru secara
berterusan tidak menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran mereka sekaligus
5
tidak dapat menjana pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif yang amat diperlukan
dalam pembangunan negara masa kini.
1.3 Pernyataan Masalah
Peranan guru adalah sangat penting untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
pemikiran kreatif dan inovatif, tetapi persoalan yang masih belum terjawab ialah sejauh
manakah keberkesanan pengajaran guru melalui pengintegrasian KBKK dalam mata
pelajaran Reka Cipta di sekolah mampu melahirkan pelajar yang menghasilkan pelbagai
idea dan penemuan baru, berdaya saing, menyelesaikan masalah secara sistematik dan
seterusnya mampu menjana ekonomi negara secara lebih produktif?
Seperti mana yang kita ketahui, guru masih tidak yakin dengan kaedah mengajar
kemahiran berfikir yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah. Guru juga
masih tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir yang akhirnya
menyebabkan mereka lebih memberi penekanan terhadap kemahiran belajar kerana tidak
dapat membezakan antara kedua-duanya. Kesan dari kelemahan guru ini seterusnya akan
menghasilkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif.
Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti bagaimana guru
melaksanakan pengintegrasian konsep dan kemahiran pemikiran kritis serta pemikiran
kreatif dalam mata pelajaran Reka Cipta. Selain itu, kaedah mengajar yang sering
digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan KBKK akan dapat dikenal pasti. Di
samping itu, kajian yang dijalankan ini juga akan dapat mengenal pasti kesediaan serta
halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian konsep pemikiran kritis dan
kreatif dalam pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah.
1.4.2 Mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian kemahiran pemikiran kritis
dan kreatif dalam pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah.
1.4.3 Mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mata
pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah.
1.4.4 Mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran Reka Cipta untuk
mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
dalam pengajaran di sekolah.
1.4.5 Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata
pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah.
7
1.5 Persoalan Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan berikut:
1.5.1 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta melaksanakan pengintegrasian
konsep pemikiran kritis dan kreatif dalam pengajaran di sekolah?
1.5.2 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta melaksanakan pengintegrasian
kemahiran pemikiran kritis dan kreatif dalam pengajaran di sekolah?
1.5.3 Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran
Reka Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah?
1.5.4 Adakah guru mata pelajaran Reka Cipta bersedia untuk mengintegrasikan
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam pengajaran
di sekolah?
1.5.5 Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran Reka
Cipta untuk mengintegrasikan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) dalam pengajaran di sekolah?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Dari pernyataan masalah, telah diketahui bahawa KBKK merupakan satu
kemahiran yang amat berguna di dalam konteks pembelajaran Reka Cipta sejajar dengan
objektifnya untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Keberkesanan
pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir
harus dicapai untuk merealisasikan hasrat tersebut. Hasil kajian ini sekurang-kurangnya
dapat memberi sumbangan kepada hal-hal seperti berikut:
1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia dan jabatan berkaitan
� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK dalam
pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta, kajian ini boleh menjadi satu
sumber rujukan kepada kementerian dan jabatan yang berkaitan bagaimana
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta di
sekolah menengah pada masa kini.
� Dengan mengenal pasti tahap kesediaan guru untuk mengintegrasikan
KBKK, ia boleh dijadikan sebagai panduan kepada kementerian dan jabatan
yang berkaitan dalam menyusun kursus-kursus persediaan yang lebih
bersesuaian untuk guru mata pelajaran Reka Cipta.
� Dengan mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru mata
pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK maka kementerian dan
jabatan yang berkaitan boleh merancang tindakan yang boleh diambil untuk
mengatasi halangan tersebut.
9
1.6.2 Guru
� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK dalam
pengajaran guru mata pelajaran Reka Cipta, kajian ini boleh menjadi satu
panduan untuk memberi gambaran sama ada mereka mengintegrasikan
KBKK dalam pengajaran atau tidak yang dapat dijadikan sebagai asas
peningkatan pada masa hadapan.
� Melalui dapatan kajian berkenaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh
guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK, maka
mereka boleh memikirkan kaedah-kaedah pengajaran lain yang boleh
diaplikasikan untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.
� Dengan mengenal pasti kesediaan guru mata pelajaran Reka Cipta untuk
mengintegrasikan KBKK, ia dapat dijadikan sebagai satu panduan untuk
memperbaiki kelemahan yang ada agar mereka lebih bersedia untuk
mengajar mata pelajaran Reka Cipta.
� Melalui dapatan kajian berkenaan halangan-halangan yang dihadapi oleh
guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan KBKK, mereka
boleh merancang serta memikirkan strategi yang sesuai untuk mengatasi
halangan-halangan disamping mengelakkan gangguan semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
1.6.3 Pelajar
� Dengan mengenal pasti perlaksanaan pengintegrasian KBKK serta kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran Reka Cipta, maka ia
akan menjadi satu saluran kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat
mengenai situasi pengajaran sebenar yang dilalui oleh mereka.
10
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada beberapa perkara. Pertama, kajian ini hanya meliputi
sekolah-sekolah menengah yang menawarkan elektif mata pelajaran Reka Cipta di
daerah Johor Bahru sahaja. Kedua, responden di dalam kajian ini adalah guru yang
mengajar serta pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Ketiga, kejujuran
responden untuk menjawab soal selidik dan temubual mempengaruhi ketepatan hasil
kajian kerana dapatan kajian adalah berdasarkan kepada pandangan guru dan penilaian
pengajaran oleh pelajar. Manakala yang keempat, adalah kajian ini terbatas kepada
pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta sahaja. Ini kerana
mereka mempunyai pendedahan yang lebih terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) berbanding pelajar tingkatan 4.
1.8 Definisi Istilah Dan Operasional
Terdapat beberapa definisi istilah dan operasi yang boleh diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan berkenaan perkara-
perkara yang dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini. Di antaranya adalah
seperti berikut:
1.8.1 Pengintegrasian
Menurut Kamus Dewan (2007), integrasi bermaksud penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu
kesatuan. Pengintegrasian pula seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan bermaksud
11
proses mengintegrasikan sesuatu. Dalam kajian ini, pengintegrasian bermaksud
penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang dilaksanakan oleh
guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung
semasa pengajaran kelas teori dan amali.
1.8.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis
Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) kemahiran berfikir secara kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah. Samsu (1996) pula menjelaskan kemahiran berfikir secara kritis ialah
kemahiran minda yang melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau
maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.
1.8.3 Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) kemahiran berfikir secara kreatif ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai samada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan. Manakala Samsu (1996) menjelaskan ia sebagai satu kemahiran yang
diperluas dan diperkembangkan daya imiginasi, inovatif dan kreativiti untuk
mendapatkan idea-idea yang pelbagai dan baru.
1.8.4 Pengajaran
Takrif pengajaran menurut Kamus Dewan (2007) adalah segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar. Universiti Kebangsaan Malaysia (2008) telah
12
mendefinisikan pengajaran sebagai melibatkan perancangan serta perlaksanaan aktiviti
yang dirangka secara kreatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan serta
kesungguhan pelajar dalam menunaikan tanggung jawab berhubung aktiviti ilmiah serta
berkaitan dengan perkembangan diri mereka secara holistik. Pengajaran juga mesti
dilaksanakan oleh pakar dalam bidang ilmu untuk program pengajian berkenaan. Dalam
kajian ini, pengajaran bermaksud bagaimana guru mengajar mata pelajaran Reka Cipta
dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
1.8.5 Guru
Menurut Kamus Dewan (2007), guru bermaksud orang yang mengajar dan
mendidik seseorang. Dalam kajian ini guru merupakan kumpulan atau individu yang
mengajar mata pelajaran Reka Cipta sekolah menengah di daerah Johor Bahru.
1.8.6 Sekolah Menengah
Sekolah bermaksud institusi di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dalam suasana dan persekitaran yang selesa (Kamus Dewan, 2007). Dalam
kajian ini, sekolah menengah adalah merujuk kepada sekolah-sekolah disekitar daerah
Johor Bahru yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta.
1.8.7 Konsep
Menurut Kamus Dewan (2007), konsep ialah pengertian, pendapat yang
terbentuk dalam fikiran tentang sesuatu, tanggapan, gagasan, idea. Namun dalam kajian
ini konsep bagi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah merujuk kepada
paradigma, sifat, sikap, situasi seperti yang diterangkan dalam Mohd. Azhar (2001;
2004) selain Intellectual Standards yang telah diperkenalkan oleh Elder dan Paul (2006).
13
1.8.8 Kaedah Pengajaran
Menurut Mok Soon Sang (1992a), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu
objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Sharifah Alwiah (1986)
pula menyatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan
pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Dalam kajian ini kaedah pengajaran
merujuk kepada kaedah atau cara mengajar yang digunakan oleh guru untuk
mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran Reka
Cipta. Kaedah pengajaran yang disenaraikan adalah berdasarkan kepada Sharifah
Alwiah (1986).
1.8.9 Kesediaan Guru
Kesediaan bermaksud kebolehan atau kemampuan membuat sesuatu (Kamus
Dewan, 2007). Dalam kajian ini, kesediaan guru adalah dari aspek pengetahuan,
kemahiran, dan minat guru mata pelajaran Reka Cipta untuk mengintegrasikan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menyebarkannya tanpa
sebarang masalah.
1.8.10 Halangan
Halangan menurut Kamus Dewan (2007) bermaksud aral, gangguan atau
rintangan. Dalam kajian ini, halangan merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh guru
untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata
pelajaran Reka Cipta.