i PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN ... - fp.utm.my · 4.3 Paparan Menu Muzik 43 4.4 Paparan Rekod...
Transcript of i PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN ... - fp.utm.my · 4.3 Paparan Menu Muzik 43 4.4 Paparan Rekod...
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN
BERASASKAN VISUAL DALAM TAJUK PENGATURCARAAN
BERSTRUKTUR : GELUNG
YOE PICK LING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
“di dedikasikan khas buat ibubapa dan keluarga tersayang di atas segala
pengorbanan, kasih sayang dan jasa yang tidak terhingga”.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda, Puan Norah Binti Mohd Noor atas segala tunjuk ajar,
bimbingan dan cadangan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pensyarah Jabatan Multimedia, Fakulti
Pendidikan, Encik Mohd. Nihra Haruzuan Mohamad Said atas bantuan menjalankan
penilaian sumatif terhadap perisian ini.
Penghargaan istimewa ditujukan kepada keluarga saya yang sentiasa
memberikan sokongan dan kasih sayang yang membolehkan saya menyelesaikan
projek ini dengan tabah hati.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan pihak-pihak secara langsung atau
tidak langsung di atas bantuan, idea dan sokongan sepanjang tempoh projek sarjana
muda ini.
v
ABSTRAK
Pelajar dan guru kini telah didedahkan kepada penggunaan aplikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti penggunaan perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, suatu PBK yang bertajuk “Pengaturcaraan Berstruktur :
Gelung” dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Visual telah dibina
berdasarkan sukatan pelajaran pada peringkat matrikulasi dan pra universiti. Model
reka bentuk Hannafin dan Peck telah digunakan semasa pembangunan perisian ini.
Terdapat empat bahagian utama dalam perisian ini iaitu bahagian tutorial, latihan,
aktiviti ringkas dan bantuan. Perisian PBK ini dibina dengan menggunakan perisian
aplikasi Macromedia Authorware 7.1, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX
dan perisian sokongan yang lain. Elemen-elemen multimedia seperti audio, video,
grafik, teks dan animasi telah dimasukkan dalam perisian ini agar dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Diharap perisian ini boleh
membantu pengguna untuk menguasai tajuk “Pengaturcaraan Berstruktur : Gelung”
bagi mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Visual.
vi
ABSTRACK
Students and teachers have been exposed to the usage of Information and
Communication Technology (ICT) such as Computer Based Learning (CBL)
courseware in teaching and learning process. Hence, a CBL courseware in English
version was developed. The title of the CBL courseware is “Looping Structure” for
the Visual Basic subject and it was developed based on the syllabus of matriculation
and Pre University. Hannafin and Peck Models were used during building the
software. This courseware consists of four main parts which are “Curriculum”,
“Exercise”, “Entertainment” and “Help”. This multimedia courseware was built
using the Macromedia Authorware 7.1, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash
MX and others supporting software. Multimedia elements such as audio, video,
graphic, texts and animation were used in the software to enhance the effectiveness
of teaching and learning process. Hopefully this software can help the user to get
hold of learning “Looping Structure” for the Visual Basic subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Objektif Perisian 5
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 5
1.7 Skop Dan Batasan Projek 7
viii
1.8 Takrifan Istilah Projek 7
1.8.1 Perisian 7
1.8.2 PBK 7
1.8.3 Multimedia 8
1.8.4 Bahasa Pengaturcaraan 8
Berasaskan Visual
1.9 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengertian Pembelajaran 10
2.3 Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) 11
Dalam Pembelajaran
2.3.1 Matematik/Logik 11
(Mathematical/Logical)
2.3.2 Pandangan/Ruang 12
(Visual/Spatial)
2.3.3 Lisan/Ilmu Bahasa 12
(Verbal/Linguistic)
2.3.4 Muzik/Bercorak Irama 12
(Musical/Rhythmic)
2.3.5 Badan/Gerakan 12
(Bodily/Kinesthetic)
2.3.6 Hubungan Dengan Orang Lain 13
(Interpersonal/Social)
2.3.7 Dalaman (Intrapersonal) 13
2.3.8 Kajian Tumbuhan/Binatang 13
(Naturalist)
2.3.9 Kajian Tentang Kewujudan 14
(Existentialist)
ix
2.4 Jenis Pendekatan Pembelajaran 14
2.4.1 Pendekatan Pembelajaran Aktif 14
2.4.2 Pendekatan PBK 14
2.4.3 Pendekatan Pembelajaran Interaktif 15
2.5 Teori-teori Pembelajaran 15
2.5.1 Teori Behaviorisme 15
2.5.2 Teori Kognitivisme 16
2.5.3 Teori Konstruktivisme 16
2.6 Model-model Reka Bentuk Perisian 17
2.6.1 Model ADDIE 17
2.6.2 Model ASSURE 18
2.6.3 Model Air Terjun (Waterfall) 19
2.6.4 Model Robert Glasea 19
2.6.5 Model Hannafin & Peck 20
2.7 Multimedia 20
2.7.1 Elemen-elemen Multimedia 21
2.8 Pembelajaran Berbantukan Komputer 21
(PBK)
2.8.1 Klasifikasi PBK 22
2.8.2 Jenis-jenis PBK 22
2.8.3 Kelebihan PBK 24
2.8.4 Kelemahan PBK 24
2.9 Pengertian Bahasa Pengaturcaraan 25
Berasaskan Visual (Visual Basic)
2.9.1 Penggunaan Bahasa Pengaturcaraan 26
Berasaskan Visual
2.9.2 Kelebihan Bahasa Pengaturcaraan 26
Berasaskan Visual
2.9.3 Struktur Bergelung Dalam Bahasa 26
Pengaturcaraan Berasaskan Visual
2.10 Penutup 27
x
BAB 3 KAEDAH REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Model Reka Bentuk Yang Digunakan 28
Dalam Perisian
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 29
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 30
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 30
3.3 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Teori 31
Pembelajaran
3.3.1 Teori Kognitivisme 31
3.3.2 Teori Konstruktivisme 32
3.4 Penentuan Jenis PBK Yang Dibangunkan 33
3.5 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan 33
Logik-Matematik dalam PBK
3.6 Spesifikasi Perisian 34
3.7 Spesifikasi Perkakasan 36
3.7.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan 36
3.7.2 Spesifikasi Perkakasan Mainbalik 37
3.8 Gambaran Kasar Papan Cerita 37
3.9 Carta Alir 39
3.10 Penutup 39
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Struktur Asas Dan Kandungan Perisian 41
Dalam Perisian
4.2.1 Persembahan Permulaan 41
4.2.2 Paparan Pendaftaran 42
4.2.3 Paparan Objektif Pembelajaran 44
xi
4.2.4 Paparan Menu Utama 44
4.2.5 Paparan Submenu Curriculum 45
4.2.6 Paparan Submenu Exercise 48
4.2.7 Paparan Submenu Entertainment 52
4.2.8 Paparan Submenu Help 54
4.2.9 Paparan Keluar Perisian 55
4.3 Pempakejan Perisian 57
4.4 Kaedah Dan Media Penyebaran 57
4.5 Penutup 58
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa 61
Proses Pembangunan
5.4 Kelebihan Perisian 62
5.5 Kelemahan Perisian 62
5.6 Cadangan 63
5.7 Rumusan 64
5.8 Penutup 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN
A 69
B 73
C 74
D 87
E 88
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem 29
Hannafin Dan Peck
4.1 Paparan “Loading” 42
4.2 Paparan Tajuk Perisian 42
4.3 Paparan Menu Muzik 43
4.4 Paparan Rekod Markah Bagi Pengguna Lama 43
4.5 Paparan Objektif Pembelajaran 44
4.6 Paparan Menu Utama 45
4.7 Paparan Submenu Curriculum 45
4.8 Paparan Submenu Curriculum (For…Next) 46
4.9 Paparan Isi Pelajaran Dalam Submenu Curriculum 47
4.10 Paparan Isi Pelajaran Dalam Submenu Curriculum 47
4.11 Paparan Contoh Isi Pelajaran For...Next Dalam Format .exe 48
4.12 Paparan Submenu Exercise 48
4.13 Paparan Contoh Latihan For…Next 49
4.14 Paparan Maklum Balas Positif 50
4.15 Paparan Maklum Balas Negatif dan Tips Soalan 50
4.16 Paparan Jawapan Selepas Dua Kali Percubaan 51
4.17 Paparan Keputusan Kuiz 52
4.18 Paparan Submenu Entertainment 53
4.19 Paparan Jawapan Bagi Permainan Silang Kata 53
4.20 Paparan Submenu Panduan Pengguna 54
4.21 Paparan Submenu Glosari 55
4.22 Paparan Pertanyaan Keluar 56
4.23 Paparan Penghargaan 56
xv
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
MSC - Koridor Raya Multimedia
IT - Teknologi Maklumat
BBM - Bahan Bantu Mengajar
2D - Dua-Dimensi
3D - Tiga-Dimensi
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Perancangan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran 69
Bahasa Pengaturacaraan Berasaskan Visual
B Jadual Penentuan Ujian 73
C Contoh Lakaran Papan Cerita 74
D Carta Alir Utama Perisian 87
E Carta Alir Rutin Curriculum 88
F Carta Alir Rutin Exercise 89
G Carta Alir Rutin Exercise (For...Next) 90
H Carta Alir Rutin Exercise (Do...While) 91
I Carta Alir Rutin Exercise (Do...Until) 92
J Carta Alir Rutin Entertainment 93
K Hasil Penilaian Sumatif Perisian Oleh Pakar 94
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi komputer yang cepat telah menghasilkan revolusi
komputer yang telah menghasilkan revolusi komputer yang telah memberi kesan ke
atas semua aspek kehidupan kita. Kementerian Pendidikan akan memperluaskan
projek perintis pendidikan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
yang dikenali e-pembelajaran yang dilaksanakan di 11 sekolah sejak Julai tahun
2001. Pelajar dan guru akan didedahkan penggunaan ICT terkini menerusi projek
tersebut termasuk penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
serta portal pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerajaan sudah dan
akan terus membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan pendidikan
berteraskan ICT seperti projek rintis sekolah bestari, pembinaan makmal komputer
di sekolah dan pengajaran Sains dan Matematik secara interaktif (New Straits
Times, Jumaat, 8 November 2002).
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Md. Khir
telah menyarankan semua sekolah mengadakan Hari Komputer bagi membangkitkan
kesedaran masyarakat terutama di kawasan luar bandar mengenali dunia ICT seperti
mengenai komputer dan mengadakan demonstrasi penggunaan komputer. Aktiviti
sedemikian juga dapat merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat luar bandar dan
bandar dan memberi gambaran yang jelas kepada ibu bapa mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) anak masing-masing melalui penggunaan ICT
(Utusan Malaysia, Khamis, 30 Oktober 2003).
2
Selain itu, menurut Berita Harian (Rabu, 14 April 2004) menyatakan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang
minda kreatif pelajar dan membebaskan mereka daripada kongkongan pembelajaran
tradisional yang terlalu bergantung kepada hafalan. Ini adalah kerana pelajar dapat
melakukan eksperimen dan mencari pelbagai maklumat berguna dalam usaha
mereka menerokai perkara yang dipelajari dalam bilik darjah menerusi ICT. Ini
dapat menerbitkan minat tinggi dalam bidang sains dan teknologi secara tidak
langsung, contohnya konsep asas serta hukum fizik dapat diterangkan secara lebih
menarik dan mempersembahkannya dalam bentuk multimedia boleh membuat
pengukuhan pelajaran. Ketua Eksekutif Intel Corp (Intel), Datuk Dr Craig R Barrett
menyatakan ICT dapat membantu pelajar menerokai pelbagai teori yang dipelajari
dengan melakukan uji kaji secara terus dan mendapatkan manfaat secara nyata.
Teknologi ICT yang digabungkan ke dalam proses pendidikan dapat membuka
pelbagai kemungkinan baru dan melengkapkan golongan muda dengan kemahiran
dan pengetahuan untuk mempelopori inovasi dalam bersaing dengan dunia yang
semakin kompleks.
Di samping itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mahu jadual semua sekolah diseragamkan selaras usaha kerajaan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Penyeragaman itu membolehkan mata pelajaran yang dihuraikan
guru pakar terutama mata pelajaran Sains dan Matematik melalui ICT atau
televisyen dan radio pendidikan, disiarkan serentak ke semua sekolah dari sesuatu
tempat terutama pelajar di luar bandar yang menghadapi kekurangan guru atau
kemudahan juga berupaya belajar setanding pelajar lain (Berita Harian, Isnin, 5 Julai
2004). Maka, kerajaan akan bertindak segera memberi tumpuan terhadap
pembangunan ICT dalam sektor pendidikan untuk mempercepatkan usaha
melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi keperluan pasaran semasa (Mingguan
Malaysia, Ahad, 5 September 2004).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat banyak penyelidikan telah membuktikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) memainkan peranan yang semakin penting pada masa kini
terutamanya kewujudan sekolah bestari yang merupakan salah satu aplikasi Koridor
Raya Multimedia (MSC) telah menunjukkan penggunaan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) semakin penting dan perlu diperbanyakkan kerana PBK mampu
mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah sikap pelajar. Bahan multimedia
yang interaktif dapat mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu
bahan yang diajar sebanyak 30% berbanding pelajar yang menggunakan kaedah
pembelajaran tradisional yang bergantung kepada hafalan. Menurut kajian Kulik
dan Kulik (1980) menyatakan pelajar mendapat pengetahuan yang lebih banyak,
memahami konsep dengan lebih cepat dan mempunyai sikap yang positif seperti
lebih minat tentang mata pelajaran yang diajar dengan menggunakan kaedah PBK
(Baharuddin Aris et al., 2003).
MSC menunjukkan Malaysia mula melangkah ke era teknologi yang
canggih dan setanding dengan negara lain yang telah mendahului dalam bidang
Teknologi Maklumat (IT), maka pembinaan lebih banyak PBK dalam bidang
pendidikan untuk pembelajaran kendiri amat diperlukan. Ini adalah disebabkan
PBK dapat meningkatkan proses pembelajaran.
Di Universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin Aris telah membangunkan
perisian multimedia kepada pelajar yang menambil jurusan pendidikan pada tahun
1999 iaitu pakej CERDIk IT (Computer-based Educational Resource and
Development In Information Technology). Daripada temu bual terhadap guru,
mereka memberikan komen positif terhadap penggunaan komputer sebagai bahan
bantu mengajar yang berkesan. Kebanyakan pelajar berasa PBK mudah digunakan,
fleksibel, merangsangkan dan berguna untuk pembelajaran kendiri (Baharuddin Aris
et al., 2002).
Daripada penyelidikan di atas menunjukkan PBK merupakan satu cara yang
baik untuk pembelajaran kendiri. Akan tetapi, perisian PBK di pasaran di Malaysia
masih lagi kurang dan kebanyakan perisian PBK adalah tidak mengikut silibus mata
4
pelajaran dengan tepat serta tidak bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.
Oleh itu, pembinaan lebih banyak perisian PBK dalam bentuk cakera padat yang
bersifat interaktif dan pembelajaran kendiri amat diperlukan terutamanya mengikut
spesifik silibus seperti satu sub topik bagi satu topik besar dalam mata pelajaran
tertentu. Ini dapat memudahkan pelajar mempelajari sesuatu sub topik mengikut
kesesuaian dan tahap sendiri agar meningkatkan kefahamannya tentang tajuk
tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai
disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Perisian PBK ini dibina bagi
tujuan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat iaitu Bahasa
Pengaturcaraan Berasaskan Visual (Visual Basic) dalam tajuk Pernyataan
Berstruktur Gelung: For...Next, Do...While dan Do...Until.
Ramai pelajar pada peringkat universiti, matrikulasi dan sekolah menengah
atas perlu belajar mata pelajaran Visual Basic yang terdapat dalam silibus pelajaran
mereka. Visual Basic merupakan satu bahasa pengaturcaraan yang agak digemari
untuk diperkenalkan kepada pelajar pada peringkat universiti, matrikulasi, malahan
sekolah. Ini adalah kerana ia merupakan suatu bahasa membolehkan suatu program
dibina dengan menggunakan elemen grafik dan teks untuk mencipta hasil yang
multi-dimensi tanpa mempunyai pengalaman dalam bahasa pengaturcaraan yang
berasaskan teks. Walau bagaimanapun, pelajar masih lagi menghadapi masalah
memahami bahasa tersebut kerana terdapat banyak kod aturcara yang kompleks.
Pelajar pada peringkat matrikulasi dan pra-universiti hanya mempunyai
tempoh masa yang singkat iaitu kurang daripada 17 minggu untuk mempelajari
keseluruhan silibus Visual Basic. Ini menjadi satu masalah bagi pelajar yang baru
berdepan dengan kod aturcara yang difikir ganjil dan baru. Didapati perisian yang
berkaitan tajuk ini adalah kurang di pasaran kini. Oleh sebab itu, pembangunan
perisian PBK yang bertajuk struktur bergelung dalam Bahasa Pengaturcaraan
Berasaskan Visual amat diperlukan.
5
1.4 Objektif Projek
Objektif projek perisian PBK ini adalah seperti berikut:
i. Membangunkan satu perisian PBK bagi mata pelajaran Bahasa
Pengaturcaraan Berasaskan Visual dalam tajuk Pernyataan Berstruktur
Gelung: For...Next, Do...While dan Do...Until dalam versi Bahasa Inggeris.
ii. Menjadikan suatu bahan bantu pembelajaran kendiri bagi pelajar sama ada
pada peringkat universiti, matrikulasi, sekolah teknik atau sekolah bestari.
1.5 Objektif Perisian
Dengan terhasilnya perisian PBK ini diharapkan pelajar dapat:
i. Mengenalpasti arahan-arahan dan sintaks yang berkaitan dengan struktur
kawalan gelungan: For...Next, Do...While dan Do...Until dalam Bahasa
Pengaturcaraan Berasaskan Visual.
ii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran menulis kod-kod aturcara Pernyataan
Struktur Gelung: For...Next, Do...While dan Do...Until.
iii. Menyelesaikan masalah berkaitan dengan struktur kawalan gelungan:
For...Next, Do...While dan Do...Until.
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Program pendidikan di negara ini khususnya bagi peringkat sekolah digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan
bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh
perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Teknologi
Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya
komunikasi dan sistem komputer. Selaras dengan matlamat dan objektif mata
pelajaran Teknologi Maklumat yang bertujuan memberikan pengetahuan dan
kemahiran tentang teknologi maklumat. Tajuk yang dipilih untuk pembangunan
perisian PBK ini adalah “Pengaturcaraan Berstruktur: Gelung” dalam subjek Bahasa
6
Pengaturcaraan Berasaskan Visual. Tajuk ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran
pada peringkat matrikulasi dan universiti.
Daripada pemerhatian, didapati ramai pelajar hanya mempunyai minat untuk
mempelajari Visual Basic pada permulaan tentang pengenalan dan persekitaran
Visual Basic yang senang. Pelajar mula berasa susah mempelajari Visual Basic
apabila sampai bahagian penulisan kod-kod aturcara kawalan seperti arahan ulangan
yang digunakan untuk melaksanakan perintah secara automatik. Pelajar lebih sukar
menguasai kod-kod aturcara melalui pembelajaran tradisional. Ini adalah
disebabkan penulisan kod-kod aturcara berstruktur gelung memerlukan banyak masa
untuk difahami dan ia melibatkan banyak fikiran logik. Sebelum pelajar mula
menulis suatu arahan ulangan, dia perlu mengetahui mana satu formula yang perlu
digunakan iaitu For...Next, Do...While atau Do...Until. Selepas itu, dia perlu lagi
menyatakan syarat dan pernyataan yang diperlukan. Ini menunjukkan penulisan
arahan ulangan melibatkan banyak langkah yang kompleks.
Didapati pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini seperti
komputer dalam proses pembelajaran kendiri (Baharuddin dan Maizah Hura, 1995).
Perisian PBK ini akan dibangunkan dengan bersifat pembelajaran kendiri dan akan
memberikan maklum balas serta merta apabila pengguna memberikan respon kepada
sistem komputer. Pelajar juga dapat memperoleh sikap yang positif terhadap
komputer dan mata pelajaran yang diajar melalui PBK. Selain itu, perisian ini juga
boleh mengurangkan beban para pendidik dalam penyediaan BBM. BBM dalam
bentuk perisian boleh mempelbagaikan strategi pengajaran bagi meningkatkan
motivasi dan minat pelajar tentang tajuk ini. Maka, pembangunan perisian PBK
bagi tajuk ini dalam versi Bahasa Inggeris adalah diharapkan pelajar dapat
menguasai cara menulis kod-kod aturcara berstruktur gelung bagi subjek Bahasa
Pengaturcaraan Berasaskan Visual.
7
1.7 Skop Dan Batasan Projek
Projek ini meliputi sebahagian isi pelajaran bagi subjek Bahasa
Pengaturcaraan Berasaskan Visual yang diajar di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dalam tajuk “Pengaturcaraan Berstruktur: Gelung”. Kandungan
projek ini merangkumi tajuk-tajuk kecil iaitu Pernyataan Struktur Gelung:
For...Next, Do...While dan Do...Until. Perancangan pembelajaran bagi subjek ini
yang diajar di Fakulti Pendidikan telah dilampirkan dalam LAMPIRAN A.
Sasaran kumpulan perisian PBK ini adalah pelajar-pelajar peringkat
universiti, matrikulasi dan sekolah menengah atas. Perisian PBK ini dibangunkan
supaya pelajar boleh menggunakannya secara fleksibel dan berulang kali agar dapat
menguasai sub tajuk ini.