i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … filetugas-tugas yang telah diamanah dan...
Transcript of i BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ABD MALEK … filetugas-tugas yang telah diamanah dan...
i
BEBAN TUGAS GURU SEKOLAH KEBANGSAAN
KAWASAN ZON TIRAM DAERAH JOHOR BAHRU
ABD MALEK BIN ISMAIL
Laporan Projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian syarat
Penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur saya ke
hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan izin dan rahmat serta limpah kurniaNya telah
memberi kecekalan, ketabahan serta kesihatan yang baik kepada saya untuk
menyempurnakan kajian penyelidikan ini.
Buat ayahanda serta arwah bonda yang tercinta, segala pengorbanan dan jasa
budimu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas jasamu itu. Kepada isteri dan anak tersayang, sokongan dan dorongan yang
diberi merupakan azimat dalam mengharungi kepayahan di sepanjang pengajian ini.
Semoga semuanya dirahmati Allah hendaknya.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana
Muda, Encik Mohd Zolkifli bin Abd Hamid atas bimbingan, nasihat dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan
Kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang
telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Juga kepada Guru Besar
sekolah-sekolah kawasan Zon Tiram daerah Johor Bahru yang telah memberi kerjasama
yang sepenuhnya dalam menjalankan soal selidik kajian.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan rakan yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek
penyelidikan ini
Sekian, terima kasih. Abd Malek bin Ismail
Februari 2004
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang beban tugas guru di sekolah. Responden terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai guru kelas yang mengajar di sekolah kebangsaan kawasan Zon Tiram, daerah Johor Bahru, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh seorang guru dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah sama ada berbentuk akademik atau bukan akademik dan untuk mengenalpasti jenis tugas yang dipertanggungjawab ke atasnya. Beban tugas seorang guru diukur dengan mengira jumlah masa yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan kepadanya. Dapatan kajian, didapati secara purata setiap guru menggunakan 32.7 jam seminggu bagi melaksanakan tugas-tugas berbentuk akademik dan bukan akademik. Ini tidak termasuk masa sebanyak 3.9 jam yang digunakan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum pada hari sabtu minggu kedua dan minggu keempat. Sedangkan masa bekerja rasmi bagi guru di sekolah selama 27.0 jam seminggu. Bagi tugas bermusim pula, seorang guru memerlukan purata 98.1 jam dalam sesi persekolahan setahun. Daripada jumlah masa tersebut, 36.4 jam untuk melaksanakan tugas akademik manakala bakinya 61.7 jam bagi melaksanakan tugas bukan akademik.
vi
ABSTRACT
This research is done for getting information about teacher duties at school. The respondents are among the class teachers in Primary School at Tiram Zone area, District of Johor Bahru, Johor. This research is to identify the number of hours needed by a teacher to done all their duties at school whether in academic or non-academic. It is also to identify the type of duties is to be responsible by them. The teacher task burden can be measured by calculating the number of hours used to done all the tasks that to be in-charged and responsible by them. From the research, its found that averages every teacher used 32.7 hours per week to done all the duties for academic and non-academic. This is not included 3.9 hours which to be done for guidance the curriculums activities every Saturday of second and fourth week while the official working hours for the teachers at school is only 27.0 hours per week. Meanwhile, for seasonal task, a teacher needs an average of 98.1 hours in one school session per year. From the total of those hours, 36.4 hours is to be done for academic task, while the balance of 61.7 hours is to be done for non-academic task.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Istilah 8
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Beban Tugas
2.2.1 Kurikulum 12
2.2.2 Kokurikulum 13
2.2.3 Perkeranian 14
2.2.4 Mengurus Bengkel 15
2.3 Kesan Beban Tugas
2.3.1 Kerjaya 17
2.3.2 Kesihatan 18
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rangka Kajian 21
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 22
ix
3.4 Instrumen Kajian 23
3.5 Prosedur Kajian 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Kajian Sebenar 27
3.8 Analisis Data 28
3.9 Penutup 28
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 29
4.2 Responden Kajian 30
4.3 Analisis Bahagian A 31
4.4 Analisis Bahagian B 38
4.5 Analisis Bahagian C 44
4.6 Analisis Bahagian D 47
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan
5.3.1 Tugas-Tugas Yang Dipertanggungjawabkan 53
x
5.3.2 Penggunaan Masa Dalam Menjalankan 54
Tugas Rutin
5.3.3 Penggunaan Masa Dalam Menjalankan 55
Tugas Bermusim
5.3.4 Kesimpulan 57
5.3 Cadangan 57
5.4 Saranan Kajian Lanjutan 59
5.5 Penutup 60
Rujukan 61
BAHAGIAN ENAM
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – C 65 - 76
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan guru yang memohon bersara awal 4
4.1 Pecahan responden yang menjawab soal selidik 30
mengikut sekolah
4.2 Taburan responden mengikut jantina 31
4.3 Taburan responden mengikut umur 31
4.4 Taburan responden mengikut keturunan 32
4.5 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 32
4.6 Taburan responden mengikut bidang pengkhususan 33
4.7 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 34
4.8 Taburan responden mengikut guru kelas 35
4.9 Taburan responden mengikut bilangan subjek diajar 36
4.10 Taburan responden mengikut jumlah waktu mengajar 37
4.11 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 38
Pengurusan dan Pentadbiran yang disandang
4.12 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 39
Akademik yang disandang
4.13 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 40
Hal Ehwal Murid yang disandang
4.14 Taburan responden mengikut jumlah jawatankuasa 41
Kokurikulum yang disandang
4.15 Jumlah keseluruhan jawatankuasa yang disandang 42
di peringkat sekolah pada tahun 2003
xii
4.16 Taburan jumlah jam dalam seminggu yang diperuntukkan 44
oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik
rutin
4.17 Taburan jumlah jam dalam seminggu yang diperuntukkan 45
oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik
bukan rutin
4.18 Taburan jumlah jam dalam setahun yang diperuntukkan 47
oleh responden di dalam melaksanakan tugas akademik
bermusim
4.19 Taburan jumlah jam dalam setahun yang diperuntukkan 49
oleh responden di dalam melaksanakan tugas bukan
akademik bermusim
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Pecahan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan 43
ke atas guru
4.2 Penggunaan masa dalam menjalankan tugas rutin 46
di sekolah dalam seminggu
4.3 Penggunaan masa dalam menjalankan tugas bermusim 51
di sekolah dalam setahun
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 65
B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 75
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 76
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik
yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti
yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Oleh
itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf
baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan
bangsa dan negara.
Pofesion perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang
radikal dan drastik bagi mengatasi berbagai-bagai masalah, cabaran dan jangkaan
baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan. Peranan
pendidikan dalam mencorak arus perubahan dan perkembangan masyarakat dan
negara memerlukan anjakan paradigma profesionalisme perguruan yang lebih
dinamis dan progresif. Peranan guru semakin mencabar untuk melaksanakan
idealisme baru pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik komputer, berilmu
pengetahuan dan dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk
perubahan dan kemajuan. Dengan berlakunya perkembangan terbaru pembentukan
Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai infrastruktur teknologi maklumat yang
2
canggih, maka peranan guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan semakin tergugat
kewibawaannya jika sekiranya paradigma tugas dan peranan guru tidak berubah.
Isu pembangunan sumber manusia atau tenaga manusia berkait secara akrab
dengan sistem pendidikan negara. Sesungguhnya sistem pendidikan di Malaysia
bersifat dinamik dan futuristik. Perubahan atau reformasi telah pun dimulakan
semenjak tahun 1982 iaitu di peringkat rendah. Reformasi pendidikan dilaksanakan
untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan
disamping bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Sistem
pendidikan sekarang telah berkembang dengan pesat selaras dengan kehendak
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk memenuhi keperluan-keperluan
yang asasi. Secara tidak langsung kurikulum bersepadu ini telah menyebabkan beban
tugas guru sedia ada bertambah terutama dalam penyediaan alat bantu mengajar dan
bahan-bahan pengajaran. Guru hari ini bukan sahaja bertugas di dalam bilik darjah,
malah dalam masa yang sama menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan
perkeranian dan ko-kurikulum. Guru juga terlibat dalam program yang dianjurkan
sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
Profesion perguruan yang berbentuk kemanusiaan atau perkhidmatan yang
berbentuk pengajaran adalah pekerjaan penuh tekanan. Semua guru mengalaminya
dari semasa ke semasa. Walaupun kesannya dapat dibendung, ia tidak dapat diatasi
sepenuhnya daripada tugas rutin seorang pendidik. Pada asasnya, ketegangan terhasil
daripada ketidak seimbangan di antara tuntutan dan desakan hasil kerja seorang guru
dan keupayaan guru itu untuk menghadapi dan menyesuaikan beban dan
tanggungjawab profesion perguruan. Tugas seorang guru adalah penting dan mulia di
sisi masyarakat. Di tangan para gurulah letaknya kualiti rakyat pada masa hadapan.
Seandainya guru dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, akan lahirlah
masyarakat cemerlang tetapi jika sebaliknya yang berlaku maka masyarakat akan
menanggung akibatnya.
3
Kaum pendidik harus memahami diri sendiri sebagai insan yang mempunyai
sahsiah dan personaliti yang unggul, terutama sebagai pendidik yang boleh terancam
dengan tekanan jiwa, ketegangan dan sindrom stress dan burnout. Guru semakin
dihantui oleh tugasan mengawal displin, kenakalan, gangguan, vandalisme, campur
tangan ibu bapa, kelas yang terlalu besar dan paper work yang berlebihan. Keadaan
ini menambahkan perasaan bingung guru dan perasaan kecewa serta gagal dalam
tugas mereka. Begitu banyak borang-borang, maklumat dan data untuk diisi,
dilengkapkan dan laporan dibuat. Banyak yang perlu dicatat dan direkodkan tetapi
banyak juga yang dianggap kerja sia-sia oleh guru seolah-olah berbentuk latihan
menulis. Apabila Skim Saraan Baru (SSB) dan Skim Saraan Malaysia (SSM)
diperkenalkan bagi meningkatkan mutu kerja kaki tangan awam, semua kaki tangan
termasuk guru terpaksa memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjaya mereka.
Kecemerlangan para guru akan diukur berdasarkan penglibatan mereka bukan sahaja
di dalam bilik darjah tetapi juga di dalam pelbagai aspek kerja lain.
Motivasi yang rendah di kalangan guru boleh memberi kesan yang negatif
kepada dunia pendidikan dan masa depan pendidikan negara. Motivasi yang rendah
di kalangan guru mempunyai pertalian dengan sikap, nilai dan komitmen bekerja
serta sumbangan yang rendah yang dikait dengan kegagalan profesion perguruan
dalam menangani berbagai-bagai masalah, isu dan tuntutan perubahan yang perlu
dilakukan. Kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam profesion ini menyebabkan ia
kurang berjaya menarik minat generasi muda yang mempunyai idealisme,
bermotivasi, bercita-cita tinggi dan berkelayakan cemerlang untuk menjadi barisan
hadapan mempelopori dan mempertahankan idealisme perguruan dengan melayakkan
diri menjadi golongan pendidik yang berkarisma dan berdedikasi. Perasaan
ketidakpuasan hati bekerja (job dissatisfaction) di kalangan guru dalam profesion
perguruan kebelakangan ini telah meningkat begitu tinggi. Ini disebabkan
meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang berbagai-bagai untuk dilakukan oleh
guru. Fenomena ini juga mendorong ramai guru ingin berhenti dan memohon untuk
pilihan bersara daripada profesion ini.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Dari hari ke sehari, tugas-tugas guru semakin bertambah selaras dengan
kehendak Wawasan Pendidikan. Menurut Ee Ah Meng (1999), guru mempunyai
peranan dan tanggungjawab bukan setakat mengajar tetapi juga mendidik. Selain dari
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru juga
menjalankan tugas-tugas luar bilik darjah seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri
kursus dan seminar dan lain-lain tugas dalam mempertingkatkan profesion perguruan.
Selain itu, guru juga melaksanakan tugas-tugas di luar bidang perguruan seperti
bidang perkeranian dengan mengisi buku rekod pelajar dan kad laporan pelajar.
Jadual 1.1 : Bilangan guru yang memohon bersara awal di daerah Johor Bahru
Tahun Bilangan Permohonan Bilangan Diluluskan
2002 50 20
2003 30 6
JUMLAH 80 26
Data dari Bahagian Pencen, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Perangkaan dari Bahagian Pencen, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
menunjukkan setiap tahun terdapat permohonan dari guru untuk bersara awal. Antara
alasan untuk bersara awal adalah kerana beban kerja yang semakin banyak.
Peningkatan beban kerja guru masa kini menyebabkan guru-guru mengalami tekanan
mental dan emosi. Ini akan menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat berjalan dengan sempurna. Masalah beban tugas guru ini
boleh menganggu fikiran dan menjejaskan kesihatan yang serius. Gold & Roth
(1993) berpendapat bahawa bidang pendidikan tidak dapat memenuhi janji kepada
guru sesuatu yang hebat, kepuasan bekerja dan kegembiraan kerana menolong anak-
anak membesar dan menjadi matang. Keadaan ini menyebabkan hasrat murni para
guru untuk menolong anak-anak membesar dan menjadi matang musnah kerana guru
menghadapi tekanan.
5
Kerjaya seorang guru penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan
purata pada setiap hari persekolahan, seorang guru terpaksa berdepan dengan purata
seramai 200 orang murid yang berlainan perwatakan, maka ia tidak dapat mengelak
daripada menghadapi seribu satu masalah. Dalam usaha ia melayan keperluan,
kehendak dan keperihatinan kesemua muridnya, ia menghadapi pelbagai
kebimbangan, tekanan dan desakan emosi. Justeru itu, ia terpaksa juga mengharungi
cabaran dan desakan dari segi perancangan untuk mengajar, pengajaran guru, kerja-
kerja perkeranian, kegiatan ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan
bermacam-macam kerja ad hoc seperti menganjur pertandingan, pameran dan kuiz.
Dalam pengajaran, seorang guru melibatkan dirinya secara total, sama ada dari segi
fizikal, mental atau pun secara afektif. Dalam kesemua tugas ini, guru perlu
mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan semua murid serta semua
rakan sejawat. Memandangkan tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini, adalah
tidak hairan bahawa kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa seorang
guru mengalami tahap tekanan dan tahap burnout yang sangat tinggi (Suseela 1994).
Salah satu punca berlakunya burnout adalah disebabkan oleh faktor beban tugas.
Sekiranya tahap burnout tidak terkawal ia boleh membawa implikasi kepasa sistem
pendidikan secara keseluruhannya (Lawrence, 1998)
6
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada latar belakang masalah, pengkaji ingin menjalankan kajian
untuk mengetahui tahap beban tugas yang terpaksa dipikul dan ditanggung oleh guru
dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian
yang bakal dijalankan tertumpu kepada penggunaan masa di dalam menjalankan
tugas tersebut termasuk tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru
1.4 Objektif Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif
yang perlu dicapai bagi menjawab persoalan di atas. Antara objektif-objektif tersebut
ialah:-
1.4.1 Mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh guru dalam
menjalankan tugas berbentuk rutin.
1.4.2 Mengenalpasti jumlah masa yang diperlukan oleh guru dalam
menjalankan tugas berbentuk bukan rutin/bermusim.
1.4.3 Mengenalpasti jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus, kajian ini akan melihat beban tugas guru dari segi tugas yang
dipertanggungjawabkan dan jumlah masa yang diperlukan bagi menyempurnakan setiap
tugas yang diberikan.
1.5.1 Berapakah jumlah masa yang diperuntukkan oleh guru bagi menjalankan
tugas rutin di sekolah?
1.5.2 Berapakah jumlah masa yang diperlukan oleh guru bagi menjalankan
tugas bukan rutin di sekolah?
1.5.3 Berapa banyakkah tugas yang diterima oleh seseorang guru? 1.5.4 Adakah tugas-tugas tersebut berkaitan dengan tugas akademik?