HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … fileadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk...
Transcript of HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS … fileadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk...
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN
PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
LIN HUI LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya LIN HUI LING
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 82B, LORONG 2, SITE B 45400 SEKINCHAN, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN SELANGOR DARUL EHSAN. Nama Penyelia Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia / Matematik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 30 APRIL 2008
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN
PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
LIN HUI LING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : LIN HUI LING
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Abang, adik dan teman saya yang amat saya kasihi.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Aziz Bin Nordin, atas tunjuk ajar yang
diberikan di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan
kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang
banyak memberi pandangan dan nasihat kepada saya.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pengetua, guru-guru dan
semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai, Johor yang sudi memberi kerjasama dan memudahkan proses
pengutipan data.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya
bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik dan
teman pasangan yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan
yang diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan
sokongan, cadangan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian diskriptif ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mengukur
hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains
di kalangan 140 orang pelajar Tingkatan Dua di Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini
juga mengukur tahap sikap terhadap mata pelajaran Sains pelajar serta melihat
perbezaan penguasaan konsep asas Sains dan sikap terhadap mata pelajaran sains
berdasarkan kategori kelas. Aspek penguasaan konsep asas yang diuji ialah konsep
asas Sains Tingkatan satu yang telah dipelajari oleh pelajar Tingkatan Dua. Sikap
pelajar terhadap mata pelajaran Sains pula diuji berdasarkan aspek keyakinan diri
pelajar, persepsi pelajar terhadap kepentingan Sains dan persepsi pelajar terhadap
sikap guru Sains. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang
diubahsuai daripada “Modified Fennema-Sherman Mathematics Attitude Scale”
dengan kebolehpercayaan, α = 0.884. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini
iaitu statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai
manakala statistik inferensi menggunakan ujian-t dan kolerasi Pearson. Keputusan
kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar Tingkatan dua mempunyai tahap sikap
yang negatif terhadap mata pelajaran Sains (54%) tetapi mempunyai tahap
penguasaan konsep asas yang tinggi (62.9%). Dapatan kajian juga mendapati bahawa
sikap terhadap mata pelajaran Sains mempunyai hubungan yang signifikan tetapi
lemah dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar tingkatan dua. Selain itu, hasil
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan konsep asas
Sains berdasarkan kategori kelas tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi
sikap terhadap mata pelajaran Sains berdasarkan kategori kelas.
vi
ABSTRACT
The aim of this descriptive study with purposive sampling was to determine
the relationship between the attitude towards Science and mastery level of Science’s
basic concepts among 140 Form Two students from Skudai, Johor. Level of attitude
towards Science among Form Two students be determined. The study also
highlighted the differences of mastery level Science’s basic concept and attitude
towards Science based on category class. The Science’s basic concepts tested in this
study include the Science’s basic concepts that had been learned by Form two
students during Form one. The students’ attitude on Science are tested based on their
self-confidence, value and perception towards Science teacher’s attitude. The
instrument used in this study is from “Modified Fennema-Sherman Mathematics
Attitude Scale” with reliability α = 0.884. There are two types of statistic used
namely descriptive statistic and inference statistic. Descriptive statistics was used to
obtain mean, frequency, percentage and standard deviation while inferential statistics
which included t-test and Pearson Correlation. The outcomes of this study show that
most of the Form 2 students are negative in attitude towards Science (54%) but have
high level mastery level of Science’s basic concept. Study also mentioned that there
was a weak significant positive relationship between the attitude towards Science and
mastery level of Science’s basic concepts. Apart from that, the study also shows a
significant difference on mastery level of Science’s basic concepts based on category
class but shows no significant difference on attitude towards Science based on
category class.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Definisi Operasional 15
1.9.1 Sikap 15
1.9.2 Persepsi 16
1.9.3 Keyakinan Diri 16
viii
1.9.4 Kepentingan 17
1.9.5 Penguasaan 17
1.9.6 Pencapaian 17
1.9.7 Pembelajaran 18
1.10 Penutup 19
2 SOROTAN KAJIAN 20
2.1 Pengenalan 20
2.2 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran 20
2.3 Konsep Sains 22
2.4 Kepentingan Sains 23
2.5 Konsep Sikap 24
2.5.1 Konsep Keyakinan Diri 25
2.5.2 Konsep Persepsi 26
2.5.3 Sikap Guru 26
2.6 Kajian-kajian Lepas Mengenai Sikap 27
2.7 Pembelajaran Dan Penguasaan Konsep Sains 30
2.8 Penutup 32
3 METODOLOGI 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Kajian Rintis 38
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Analisis Data 39
3.8 Penutup 41
4 ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Kelas 44
ix
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Sains
Pertengahan Tahun Tingkatan Dua 46
4.3 Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 47
4.3.1 Taburan Responden Mengikut
Keyakinan Diri Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Sains 47
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Persepsi
Pelajar Terhadap Kepentingan Mata
Pelajaran Sains 49
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Persepsi
Pelajar Terhadap Sikap Guru Sains 51
4.3.4 Taburan Responden secara Keseluruhan
Mengenai Sikap Terhadap Mata
Pelajaran Sains 53
4.4 Penguasaan Konsep Asas Sains 54
4.4.1 Taburan Responden Berdasarkan
Soalan 1: Kuantiti Fizikal, Unit SI
Dan Simbol 55
4.4.2 Taburan Responden Berdasarkan
Soalan 2: Keadaan Jirim 56
4.4.3 Taburan Responden Berdasarkan
Soalan 3: Isipadu Dan Ketumpatan 57
4.4.4 Taburan Responden Berdasarkan
Soalan 4: Penyelesaian Masalah 57
4.4.5 Taburan Responden Berdasarkan
Soalan 5: Kesan Pemanasan
Terhadap Jirim 58
4.4.6 Taburan Responden Secara
Keseluruhan Mengenai Tahap
Penguasaan Konsep Asas Sains 59
4.4.7 Taburan Responden Berdasarkan
x
Masalah Yang Dihadapi Dalam
Pembelajaran Mata Pelajaran Sains 61
4.5 Analisis Hipotesis Kajian 62
4.5.1 Hubungan Antara Penguasaan
Konsep Asas Sains Dengan Tahap
Keyakinan Diri Responden Terhadap
Mata Pelajaran Sains 62
4.5.2 Hubungan Antara Penguasaan
Konsep Asas Sains Dengan Tahap
Persepsi Responden Terhadap
Kepentingan Mata Pelajaran Sains 64
4.5.3 Hubungan Antara Penguasaan
Konsep Asas Sains Dengan Tahap
Persepsi Responden Terhadap
Sikap Guru Sains 65
4.5.4 Hubungan Secara Keseluruhan Antara
Penguasaan Konsep Asas Sains Dengan
Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 66
4.5.5 Perbezaan Penguasaan Konsep Asas
Sains Berdasarkan Kategori Kelas 67
4.5.6 Perbezaan Sikap Terhadap Mata
Pelajaran Sains Berdasarkan Kategori
Kelas 68
4.6 Penutup 69
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 70
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan Kajian 70
5.3 Perbincanagan Kajian 74
5.3.1 Tahap Sikap Terhadap Mata
Pelajaran Sains Dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan Dua 74
5.3.2 Hubungan Antara Sikap Terhadap
xi
Penguasaan Konsep Asas Sains 76
5.3.3 Perbezaan Penguasaan Konsep
Asas Berdasarkan Kategori Kelas 77
5.3.4 Perbezaan Sikap Terhadap Mata
Pelajaran Sains Berdasarkan
Kategori Kelas 77
5.4 Implikasi Kajian 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.6 Penutup 81
RUJUKAN 83
LAMPIRAN A 90
LAMPIRAN B 98
LAMPIRAN C 99
LAMPIRAN D 101
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Sikap Terhadap Mata 37
Pelajaran Sains
3.2 Item Positif Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 39
3.3 Skor Bagi Item Positif 40
3.4 Tahap Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Berdasarkan
Min Skor 40
3.5 Skor Bagi Item Penguasaan Konsep Asas Sains 40
3.6 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains Berdasarkan Min Skor 41
3.7 Tahap Pencapaian Dengan Gred 41
4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Keputusan
Peperiksaan Sains Pertengahan Tahun 46
4.5 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan min Mengikut
Keyakinan Diri Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains 47
4.6 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan Min Mengikut
Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Mata Pelajaran Sains 49
4.7 Taburan Kekerapan (dan peratusan) Dan Min Mengikut
Persepsi Pelajar Terhadap Sikap Guru Sains 51
4.8 Kekerapan Dan Peratusan Responden Dalam Aspek
Keyakinan diri, Persepsi Terhadap Kepentingan Sains
dan Sikap Guru Sains 53
4.10 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Soalan 1: Kuantiti Fizikal, Unit SI Dan Simbol 55
4.11 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Soalan 2: Keadaan Jirim 56
xiii
4.12 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Soalan 3: Isipadu Dan Ketumpatan 57
4.13 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Soalan 4: Penyelesaian Masalah 58
4.14 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Soalan 5: Kesan Pemanasan Terhadap Jirim 59
4.15 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains Dengan Julat
Markah Antara Kelas Cemerlang Dan Kelas Sederhana 60
4.17 Kekerapan Dan Peratusan Responden Secara Keseluruhan
Berdasarkan Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembelajaran
Sains 61
4.18 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains
Dengan Tahap Keyakinan Diri Terhadap Mata Pelajaran Sains 63
4.19 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains
Dengan Tahap Persepsi Responden Terhadap Kepentingan
Mata Pelajaran Sains 64
4.20 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains
Dengan Tahap Persepsi Responden Terhadap Sikap Guru Sains 65
4.21 Analisis Korelasi Di Antara Penguasaan Konsep Asas Sains
Dengan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains 66
4.22 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan Konsep Asas Sains
Berdasarkan Kategori Kelas 67
4.23 Analisis Ujian-t Bagi Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains
Berdasarkan Kategori Kelas 68
xiv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
4.1 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Kelas 44
4.2 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Jumlah Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 45
4.9 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Sikap
Terhadap Mata Pelajaran Sains 54
4.16 Kekerapan Dan Peratusan Responden Secara Keseluruhan
Mengenai Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains 61
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPPSM Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
IEA International Association for the Evaluation of Educational
Achievement
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
RMKe-9 Rancangan Malaysia Kesembilan
SEPUP Science Education for Public Understanding Program
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages for Social Science
STM Sains, Teknologi dan Masyarakat
TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study
UMNO United Malays National Organisation
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 90
B Surat Pengesahan Diri Pelajar 98
C Surat kebenaran EPRD 99
D Surat Pengesahan Soal Selidik 101
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia negara
maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi
ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi
sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati
kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang
adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Jika dilihat hasrat keenam daripada cabaran wawasan 2020 iaitu:
“untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
menjadikan pengguna teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan”
Jelaslah bahawa kerajaan benar-benar berhasrat untuk menjadikan rakyatnya
sebagai salah satu bangsa yang celik ilmu sains dan teknologi.
2
Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas,
berpendidikan tinggi, berketrampilan, berkemahiran teknik yang tinggi,
berkemampuan menerima teknologi terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan
penyeliaan serta mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat diperlukan. Ini
adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dirumus dengan
berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak dan Rahman
Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara
(Mohd. Yunus, 1990). Falsafah Pendidikan Negara dirumus dan dinyatakan seperti
berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Segala benda dalam alam sekitar berkaitan dengan Sains. Sains adalah kajian
terhadap fenomena alam semula jadi dan harus dipelajari dengan berinteraksi secara
langsung dengan alam semula jadi itu sendiri. Melalui pendidikan Sains, pelajar
dapat diolah agar mereka mampu mengetahui kepentingan Sains dan kecenderungan
yang lebih mendalam dalam bidang Sains, sentiasa berpersepsi positif,
bertanggungjawab, bijaksana serta celik Sains dan teknologi. Kebolehan menulis
dan membaca secara saintifik juga penting untuk terus hidup dalam dunia
berteknologi tinggi (Atware, et al., 1995). Oleh itu, Sains perlu dikuasai oleh para
pelajar agar mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang
semakin berteraskan kepada Sains dan teknologi demi meningkatkan mutu
kehidupan manusia sejagat.
“ Manusia dilahirkan ke dunia ini adalah untuk mencapai kejayaan. Bukan
untuk mengalami kegagalan dan penderitaan ” (Z. Ahmad Ismail, 2005).
3
Sikap adalah penting bagi menentukan keberkesanan dan kejayaan seseorang
pelajar mempelajari Sains. Pelajar yang bersikap negatif terhadap Sains, misalnya
tidak berminat atau takut mungkin akan menyebabkan mereka gagal dalam Sains
(Abu Hassan Kasim, 2003). Sikap merujuk kepada perbuatan atau pandangan yang
berdasarkan pada sesuatu pendapat atau fikiran (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000)
terhadap orang lain, objek, perkara, peristiwa, dan sebagainya.
Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar,
membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya
serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sains
memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Justeru, guru perlu bijak
menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang
sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Pendekatan ‘hands-on’
dan ‘minds-on’ membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina
keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah (Maznah Ali, et al., 2003).
Armstrong percaya bahawa: “pengetahuan sahaja tidak membawa sebarang
makna; apa yang lebih penting adalah pengetahuan mengenai bagaimana cara untuk
menggunakan pengetahuan tersebut. Ini bermakna pemahaman dan penguasaan
konsep asas Sains adalah sangat penting supaya pelajar dapat diaplikasikan ke dalam
kehidupan seharian. Maka, guru boleh menggunakan pelbagai jenis kaedah
pengajaran yang menarik untuk memotivasikan pelajar dalam peningkatan
penguasaan konsep sains. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
dilaksanakan ialah eksperimen, koperatif, projek, kajian luar, simulasi, perbincangan,
dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai mempengaruhi
sikap pelajar terutamanya dari segi minat dan motivasi pelajar terhadap Sains justeru
mempengaruhi pencapaian mereka (Abu Hassan Kasim, 2003).
Para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu akan
menyebabkan sifat penghayatan ilmu itu terkubur sedikit demi sedikit. Mereka boleh
mendapat maklumat daripada internet tanpa berjumpa guru dan maklumat tersebut
digunakan hanya untuk tujuan peperiksaan atau tugasan yang diberikan. Hal ini
4
tentulah akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan
penghayatan ilmu itu sendiri.
Oleh itu, kajian tentang sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan
penguasaan konsep asas Sains pelajar memang perlu dengan harapan dapat mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kefahaman, penguasaan dan
pencapaian Sains pelajar. Adalah diharapkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
mutu dalam Sains dan teknologi dapat dicapai bagi memenuhi kehendak negara
merealisasikan Wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar adalah elemen yang selalu dilihat prestasinya dan penting dalam
menentukan kejayaan sesuatu pembelajaran. Pada lazimnya kejayaan seseorang
pelajar dibuat ke atas sejauh mana pencapaian mereka dalam peperiksaan. Pelajar
yang bersikap positif seperti berkeyakinan tinggi, mengetahui kepentingan sains
dalam kehidupan, mengaplikasi ilmu sains dengan berfaedah, berminat serta
mempunyai motivasi yang tinggi akan menjadi dorongan kepadanya untuk mencapai
matlamatnya di samping mempengaruhi kesediaan untuk belajar serta meningkatkan
penguasaan mereka seterusnya mencapai pencapaian akademik yang
memberangsangkan.
Dalam Laporan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2006, didapati
kefahaman Matematik, Sains merosot. UMNO Johor mendakwa pelajar luar bandar
kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan sejak bahasa Inggeris
digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Wakil Johor,
Senator Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil kajiannya, berkata
kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan keputusan
peperiksaan pula menurun (Berita Harian, 2006).
5
Selain itu, dalam Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam sesi ke-10,
(2003) pula mendapati bahawa ramai wanita tidak minat dalam bidang Sains,
Teknologi. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan,
Prof Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, wanita yang
meliputi lebih separuh daripada jumlah penduduk di sesetengah negara Islam, perlu
mempelajari Sains dan Teknologi bagi membolehkan mereka bersaing dalam suasana
dunia yang bersifat global (Berita Harian, 2003). Ini menunjukkan persepsi terhadap
kepentingan Sains adalah kurang sehingga tidak digalak oleh ahli keluarga supaya
golongan generasi wanita memilih bidang Sains.
Sedang kerajaan berusaha dan berharap untuk melahirkan satu masyarakat
perdagangan dan perindustrian yang saintifik, progresif dan innovatif, prestasi
pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran Sains di dalam
peperiksaan SPM di antara tahun-tahun 1990-1995 menurun dengan kadar yang
membimbangkan. Setiap kali keputusan peperiksaan SPM dan PMR bagi mata
pelajaran Sains yang diumumkan amat menyedihkan. Menurut Omar (1995), apabila
pelajaran Sains kurang mendapat sambutan di sekolah, pelajar sering kedengaran
menyalahkan guru kerana tidak mengajar dengan baik, atau guru tidak mencukupi
untuk mengajar Sains. Guru pula menyatakan pelajar malas, sedangkan ibu bapa ada
yang merungut mengatakan kurikulum dan peperiksaan tidak selaras menyebabkan
ramai anak mereka gagal dalam peperiksaan.
Setiap kali menjelang saat-saat akhir peperikasaan SPM dan PMR, calon-
calon sentiasa di dalam kebimbangan, kegelisahan, kebingungan serta tidak dapat
berfikir dengan tenang sehingga menjejaskan kesihatan turut memberi impak yang
besar kepada prestasi akademik. Jelaslah bahawa keyakinan diri pada calon-calon
adalah kurang dan menyebabkan mereka tidak tenang dan takut untuk menghadapi
peperiksaan penting ini.
Melalui kajian-kajian lepas, didapati terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pembelajaran Sains. Gagal atau berjaya
seseorang pelajar dalam akademiknya mungkin ditentukan oleh tahap kecerdasan,
sikap, minat, kaedah pengajaran guru, isi kandungan sukatan pelajaran itu sendiri dan
6
sebagainya. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai yang
mengatakan bahawa dia mempunyai sikap yang salah. Guru-guru pula sering
menyatakan bahawa kegagalan pelajar adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu yang
negatif seperti malas, tidak berkeyakinan untuk belajar, tidak memahami kepentingan
Sains dan lain-lain. Sebenarnya sikap dibentuk daripada pengalaman dan persepsi
seseorang terhadap perkara atau fenomena (Robinson, 1980).
Siti Rahayah (1988) melalui kajiannya telah mengenal pasti beberapa
masalah yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam pembelajaran
Sains iaitu sikap pelajar, masalah ibu bapa dan guru.
Dapatan kajian Simpson dan Oliver (1990) pula menunjukkan sikap dan
motivasi pelajar terhadap Sains telah menurun. Konsep kendiri pelajar terhadap
Sains merupakan peramal yang penting dalam pemilihan jenis kursus sains yang
akan diikuti oleh pelajar pada masa depan.
Sikap pelajar merupakan salah satu faktor yang penting untuk menentukan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran tertentu. Peranan sikap dalam proses
pembelajaran pelajar sama pentingnya dengan faktor lain seperti kecerdasan pelajar,
keadaan alam sekeliling dan taraf sosio-ekonomi. Sikap boleh diambil kira sebagai
sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar dalam berbagai
kurikulum sekolah. Ini termasuklah melihat pencapaiannya dalam bilik darjah
(Rammers dan Gage, 1943). Sikap yang konsisten terhadap diri sendiri akan
menghasilkan sikap dan pendirian yang mantap untuk menggerakkan diri anda ke
arah matlamat anda (Z. Ahmad Ismail, 2005).
Sikap juga mempengaruhi kesediaan mental seseorang pelajar: Adakah dia
telah betul-betul bersedia, dari segi emosi dan mental, untuk mempelajari Sains?
“Kesediaan” merupakan faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Pelajar yang sentiasa bersifat positif terhadap sains akan sentiasa melihat Sains dari
segi isi kandungan yang dipelajari, bahan dan peralatan yang digunakan, aktiviti
yang dijalankan, dan sebagainya secara positif. Dengan ini pelajar akan lebih
7
terdorong untuk mempelajari Sains, dengan semangat “ingin tahu” yang tinggi;
dalam usaha untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan
(Abu Hassan Kasim, 2003).
Selain itu, sikap seperti konsep kendiri negatif juga akan menyebabkan
kanak-kanak mempunyai aras keyakinan diri yang rendah. Ini seterusnya akan
menyebabkan pelajar berkenaan membentuk sifat rendah diri. Akibatnya, pelajar ini
akan terus menjadi pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosialisasi ataupun menarik
diri. Di sebaliknya individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif
mengalami lebih kejayaan berbanding dengan kegagalan disebabkan orang seperti ini
sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempercayai sepenuhnya pada diri sendiri
(Ea Ah Meng, 1999).
Teori Pendidikan Blooms telah membuat jangkaan bahawa sikap-sikap
kompleks dan konsep kendiri pelajar terhadap subjek yang berkaitan akan
menyumbang perubahan sebanyak 25% dalam pencapaian skor pelajar. Sekiranya
sikap pelajar dan pencapaian pelajar bukan sahaja berhubungkait tetapi mempunyai
hubungan kesan-akibat secara semula jadi; maka pemahaman tentang pertalian antara
kesan-akibat akan menjadi alat pendidikan yang berguna dalam mengalakkan
pembelajaran pelajar yang berjaya (Nancy Mattern dan Candace Schau, 2002).
Henry Thoreau membuat kesimpulan bahawa rahsia kejayaan yang paling
utama ialah sikap percaya pada diri sendiri. Majoriti manusia di dunia ini kurang
percaya kepada dirinya sendiri, meragui kemampuan dan kebolehannya. Maka tidak
menghairankan ramai manusia hidup melarat, gagal mencapai cita-cita, dan terbantut
di tengah jalan hanya kerana mereka tidak mempunyai sikap percaya pada diri.
Mereka sentiasa dibayangi perasaan khuatir dan kecut terhadap segala sesuatu.
Kerana itu, mereka tidak berbuat apa-apa kerananya. Lalu mereka gagal dalam
kehidupan (Z. Ahmad Ismail, 2005).
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah menyertai kajian TIMSS (Trend in
8
International Mathematics and Science Study) 2003 iaitu kajian perbandingan
antarabangsa anjuran International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pencapaian pelajar di
sekolah menengah dan faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran. Malaysia menduduki tempat ke-20 dalam sains daripada 50 buah
negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2003. Sedangkan dalam TIMSS
1999, Malaysia menduduki tempat ke -22 daripada 38 buah negara peserta. Dapatan
kajian TIMSS 2003 menunjukkan salah satu faktor membantu pelajar mendapat skor
purata yang tinggi dalam sains ialah keyakinan dan sikap terhadap Sains (KPM,
2004).
Dengan memiliki keyakinan yang teguh dan keimanan yang mantap, segala
kerja yang berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah dilaksanakan.
Semua pihak termasuk warga pendidik perlu menyambut baik saranan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya semua lapisan
masyarakat negara ini memupuk dan mengembalikan semua nilai murni yang
semakin terhakis (Berita Harian, 2007). Soal pembentukan watak seseorang itu
adalah menjadi sesuatu tugas pendidikan kerana pengajaran itu ada sangkut pautnya
dengan pembentukan watak. Malahan hubungan antara kedua-duanya adalah sangat
erat. Pendidik harus sedar bahawa sekolah dapat mempengaruhi pembentukan
watak-watak kanak-kanak. Salah satu faktor adalah pengaruh dari keperibadian guru
(Musa Daia, 1978) .
Jelaslah bahawa sikap pelajar merupakan kunci penting dalam mencapai
kejayaan dalam penguasaan dan pencapaian akademik pelajar terhadap mata
pelajaran Sains. Selain itu, guru Sains harus menunjukkan tauladan dalam
melakukan tugas seperti sabar, adil, suka memaafkan, tolong menolong antara satu
sama lain. Ini kerana sikap guru akan mempengaruhi pembentukan sikap positif
kanak-kanak terhadap mata pelajaran Sains seterusnya mempengaruhi penguasaan
dan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Sains.
9
Namun, mata pelajaran Sains selalunya dianggap sukar, sangat kompleks,
rumit dan sukar difahami oleh pelajar. Fenomena ini perlu dikikis supaya tanggapan
negatif terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah dan sistem pendidikan
negara tidak terjejas (Md. Jaafar, 1999).
Memandangkan sikap positif yang mendalam terhadap mata pelajaran Sains
adalah amat penting untuk pelajar bagi mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap
konsep sains yang abstrak seterusnya menentukan kejayaan mereka dalam bidang
Sains serta merealisasikan Wawasan 2020 yang disarankan oleh bekas Perdana
Menteri kita, iaitu untuk mencapai tahap negara maju dalam semua segi.
1.3 Pernyataan Masalah
Justeru itu, penyelidik merasakan amat perlu satu kajian tentang hubungan
sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar
dijalankan. Melalui kajian ini, diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar Sains
memahami dan menyemaikan sikap positif dalam diri terhadap mata pelajaran Sains
bagi mengukuhkan penguasaan konsep asas sains pelajar. Manakala guru-guru Sains
pula dapat memanipulasikan kajian ini sebagai panduan untuk membantu mereka
memperbaiki pengajarannya ke arah menjadikan mata pelajaran Sains lebih menarik
dan tidak membosankan di samping memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan
pelajar terhadap konsep Sains.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap sikap terhadap mata pelajaran Sains pelajar
Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru.
10
ii. Mengenal pasti hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan
penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan dua di SMK di
Skudai, Johor Bahru.
iii. Mengenal pasti perbezaan penguasaan konsep asas Sains berdasarkan
kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan kelas
sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru.
iv. Mengenal pasti perbezaan sikap terhadap mata pelajaran Sains
berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan
kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor
Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan kajian dalam
memperolehi beberapa maklumat berkaitan sikap terhadap mata pelajaran Sains
pelajar.
Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah:
i. Apakah tahap keyakinan diri pelajar tingkatan dua terhadap mata
pelajaran Sains di SMK di Skudai, Johor Bahru?
ii. Apakah tahap persepsi pelajar tingkatan dua tentang kepentingan mata
pelajaran Sains di SMK di Skudai, Johor Bahru?
iii. Apakah tahap persepsi pelajar tingkatan dua terhadap sikap guru Sains
di SMK di Skudai, Johor Bahru?
11
iv. Adakah terdapat perhubungan antara tahap keyakinan diri terhadap
mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar
Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?
v. Adakah terdapat perhubungan antara tahap persepsi tentang
kepentingan mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas
Sains pelajar Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?
vi. Adakah terdapat perhubungan antara tahap persepsi terhadap sikap
guru Sains dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan
dua di SMK di Skudai, Johor Bahru?
vii. Adakah terdapat perbezaan penguasaan konsep asas Sains
berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan
kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor
Bahru?
viii. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap mata pelajaran Sains
berdasarkan kategori kelas iaitu antara pelajar kelas cemerlang dengan
kelas sederhana cemerlang Tingkatan dua di SMK di Skudai, Johor
Bahru?