Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
Transcript of Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
1/28
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA)
HUBUNGAN KEBAHAGIAAN HIDUP DAN KECEMERLANGAN
PEKERJAAN.
Oleh :
Prof Madya Dr Idris ZakariaB.A.(Hons) , M.A.(UKM) , P.hD (Manchester)
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Objektif :
1.
Berusaha menyedarkan pekerja tentang hubungan kebahagiaan hidupdengan kecemerlangan pekerjaan.
2.
Mengenalpasti nilai-nilai negatif yang mengancam kebahagiaan dan
kecemerlangan pekerja.
3. Mengamalkan nilai-nilai universal yang baik
Bil. Kandungan Huraian
1. Bahagia Kamus Dewan (edisi ketiga ;2002)
memberi erti bahagia sebagai :
1.
Suasana senang dan aman, damai
serta gembira. Contoh ; maka
hiduplah mereka berdua dengan aman
bahagia.
2.
Berbahagia / beruntung ; moga-moga
berbahagialah engkau kelak.
Huraian:
Semua manusia impikan hidup
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
2/28
www.islam.gov.my/pipa 2
bahagia. Petani, peladang, pekerja
awam/swasta dan lain-lain berusaha
supaya hidup mereka aman, damai,
tenang, senang, gembira dan
sebagainya.
Konsep Good Life terhasil dari
tindakan-tindakan yang baik dan
berfaedah. Orang sakit merasakan
sihat adalah bahagia. Orang miskin
berhasrat menjadi senang dan kayaadalah bahagia. Bagi tentera, strategi
dan perancangan yang membawa
kemenangan adalah bahagia. Pada
pekerja, hasil kerja berkualiti dan
memberi keuntungan kepada
organisasi dapat mengekal atau
menambah pendapatan sebagai
bahagia.
2. Sasaran 1. Semua pekerja, awam atau swasta.
2.
Semua pangkat dan kedudukan.
3. Jenis Bahagia 1. Kebahagiaan jiwa yang didapati dari
ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan
kebenaran.
2.
Kebahagiaan badan atau jasmani
seperti kecantikan dan kesempurnaan.
3.
Kebahagiaan luar badan seperti
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
3/28
www.islam.gov.my/pipa 3
keluarga yang baik, pekerjaan dan
kekayaan yang mencukupi.
4. Hubungan
kebahagiaan dengan
pekerjaan
1.
Matlamat utama bekerja adalah untuk
membina sebuah kehidupan yang
terjamin.
2.
Objektif kehidupan pula ialah
berusaha agar tercapai kebahagiaan
dalam hidup.
3.
Oleh itu dunia pekerjaan adalah
platform untuk membina kebahagiaanhidup para pekerja.
5. Syarat untuk
mencapai
kebahagiaan
Terdapat syarat-syarat untuk menikmati
kebahagiaan:
1. Memahami nilai-nilai kemanusiaan
yang baik dan mengamalkannya.
2.
Berilmu pengetahuan dan bijak.
3. Adil terhadap diri sendiri dan orang
lain.
4.
Berbudi luhur.
6. Wang bukan penentu
kebahagiaan
1.
Wang adalah antara keperluan hidup
manusia tetapi wang bukan penentu
utama untuk hidup bahagia.
2.
John E.Gibson (pemikir Barat)
menyebut :
Kajian dan penyiasatan
menunjukkan bahawa daripada
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
4/28
www.islam.gov.my/pipa 4
orang-orang yang menganggap wang
sebagai faktor yang penting untuk
kebahagiaan, didapati hanya
sebahagian kecil sahaja yang
menganggap mereka bahagia.
Sebaliknya, orang-orang yang
menggolongkan mereka berbahagia
ialah orang-orang yang menganggap
cinta, keluarga dan kebijaksanaan
lebih penting daripada perhitungan
wang yang banyak. Kebanyakkan
orang tidak pernah belajar untuk
menyelaraskan hidup dengan
pendapatannya, walaupun sebanyak
mana wang yang mereka dapati.
Menguruskan dengan bijaksana wang
kita perolehi lebih penting kepada
ketenangan fikiran kita daripada
sebanyak mana wang yang kita
perolehi.
(John E.Gibson.DIAN,Ogos 1978)
3. Wang juga disifatkan sebagai the root
of all evils (Kristian). Oleh itu kita
tidak perlu bersikap tamak haloba dan
sanggup mengenepikan peraturan dan
etika untuk mengumpul wang.
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
5/28
www.islam.gov.my/pipa 5
7. Pekerjaan dan
ancaman terhadap
kecemerlangan dan
kebahagiaan.
1.
Peraturan dan etika kerja bukan sahaja
berfaedah untuk peningkatan
professionalisma dan produktiviti
malah membimbing para petugas dan
pekerja agar sentiasa cekap, proaktif,
inovatif dan berpandangan jauh.
2. Kecemerlangan dalam prestasi kerja
turut membantu membahagiakan
kehidupan pekerja sendiri.
3. Nilai-nilai perosak kecemerlangan
dan prestasi pekerjaan (yang juga
meracun kebahagiaan kehidupan)
ialah:
a. Rasuah wang atau seks
b.
Salah guna kuasa
c.
Pecah amanah
d.
Pembaziran wang, harta, masa
e.
Fitnah
f.
Hasad dengki
g.
Tidak ikhlas
h. Pentingkan diri sendiri
4.
Ini adalah sifat-sifat keji dan hina.
Siapa yang melakukannya bermakna
menjatuh maruah dan harga dirinya
sendiri.
5.
Confucius menyebut :
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
6/28
www.islam.gov.my/pipa 6
Apa yang selalu menarik perhatian
saya ialah akhlak manusia.
Mempunyai akal itu baik dan
mempunyai kecerdasan serta
kepintaran itu lebih baik lagi.. Tetapi
akhlaklah yang selalu menjadikan
akal itu sebagai hambanya dan
akhlaklah yang membuat seseorang
itu baik atau jahat, lemah atau kuat.
6. Manusia asalnya baik dan sukakan
kebaikan : Mengzi, iaitu salah seorang
pengikut Confucius menyebut :
Tentang sifat semulajadi manusia,
bolehlah dikatakan bahawa semuanya
menuju ke arah kebaikan. Inilah yang
saya katakan sebagai sifat manusia
yang pada dasarnya baik.
(Obaidellah Hj.Mohamad. Mengzi.
(terj.)h.29.1995.DBP.KL)
Nasihat Ming Zi kepada pekerjanya :
Jangan melakukan kerja yang
kita sendiri tidak ingin melakukannya,
jangan tamak akan benda yang
kita sendiri tidak sepatutnya
peroleh. Jika seseorang boleh
melakukan sesuatu sampai begini, ini
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
7/28
www.islam.gov.my/pipa 7
sudah mencukupi. (tidak buat
kerja yang tidak elok!-penulis).
(Mengzi.1995.h.261)
7. Budaya India juga mencegah kejahatan.
Ini ada dinyatakan dalam kitab-kitab
budaya mereka seperti :
i) Kitab Purananuru
ii)Thirukural
iii)Pancachantra
8.Adat resam kehidupan orang India ialahmendidik seseorang supaya melakukan
kebaikan, bukannya permusuhan atau
keganasan. Misalnya Kitab Thirukural
mendidik orang India supaya tidak
mengganggu orang lain, jangan
melakukan kejahatan dan menunaikan
hak orang lain
(Budaya India Penuh Kebaikan.
Ruangan Skop Berita Harian. 2 Jun
2001).
9.Nilai-nilai baik bersifat universal. Ini
membuktikan semua manusia tanpa
mengira bangsa dan agama, cintakan
kebaikan. Ini kerana kebaikan
menyenangkan jiwa dan
membahagiakan kehidupan. Dalam
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
8/28
www.islam.gov.my/pipa 8
ajaran Confucianisme, kebahagiaan
bukan terletak pada berapa lama
seseorang itu hidup, tetapi terletak
kepada bagaimana baiknya seseorang
itu menjalani kehidupannya.
(Norraihan Zakaria. 2005. Konsep Hak
Asasi Manusia. KL, DBP. H.28).
8. Sasaran Khas : Ketua,
Pengurus, Pengarah
1. Perlu betulkan segala tidakan pada diri
sendiri dahulu. Baca rujukan berikut :
a)Ibnu Sina (980-1037 m) ( Baratmenyebut Avicenna) menyatakan :
Antara pelbagai jenis pengurusan,
seseorang petugas perlu memulakan
tadbir-urus dirinya sendiri dahulu
(Siyasa Nafsah), sebab itulah yang
terbaik baginya, dan terbaik
pemerhatiannya. Apabila ia berjaya
dengan baik mengurus dirinya, dia juga
akan berjaya mengurus orang lain
(Kitab al-Siyasa).
b) Mike Pedler and Tom Boydell dalam
buku mereka Managing Yourself.
(Fontana London. 1985. Bab I. h.11-35)
ada menegaskan tentang pengurusan
diri sendiri sebelum urus orang lain :
... anyone who wants to improve the
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
9/28
www.islam.gov.my/pipa 9
way they manages others must first
learn to manage themselves. If we can
create order in ourselves then we have
taken the first step to creating order
amongst others and in the environment
in which we work. Thus, we need to
learn to manage from the inside out,
starting with managing yourself
(i.e.managing me!) and then moving
out to managing the people and the
world around us.
c) Dalam tradisi China ada konsep REN
iaitu Zhong atau Conscientiousness to
other atau berusaha bersungguh-
sungguh bagi mencapai sesuatu dan
SHU iaitu mengawal perasaan dan
keinginan supaya tidak melakukan
kepada orang lain sesuatu yang dia
sendiri tidak mengingininya.. dalam
kitab China Ta Hsueh (Great Learning)
ada dinyatakan (terjemahan) :
Do not use what you dislike in your
superios in the employment of your
inferiors. Do not use what you dislike
in your inferiors in the servis of your
superiors. Do not use what you dislike
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
10/28
www.islam.gov.my/pipa 10
in those who are before to precede
those who are behind, to follow those
who before. Do not use what you
dislike on right, to display toward the
left. Do not use what you dislike on
left, to display towards the right. This is
called principle of applying a
measuring square. ( Asmadi Mohd.
Naim. 2003. 121).
Pengajaran :
i) Ketua betul dalam pekerjaan, ikut
peraturan dan undang-undang, maka
para pekerja boleh diurus dengan
baik.
ii) Pekerja menghormati ketua yang baik
dan berkualiti.
iii) Wujud harmoni antara pekerja-
pekerja, pekerja-ketua, pekerja-
majikan.
9. Amalan Nilai-nilai
Universal yang baik
kepada pekerja dan
majikan.
i) Buku Nilai dan Etika Perkhidmatan
Awam terbitan Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN) 1991 ada
menekankan nilai-nilai murni seperti
taat setia, amanah, tanggungjawab
dan sebagainya.
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
11/28
www.islam.gov.my/pipa 11
ii) Buku Tonggak 12 yang juga
diterbitkan oleh (INTAN) 1992 telah
menetapkan 12 nilai-nilai terpuji
untuk diamalkan. Dua belas nilai
tersebut ialah :
i.
The value of time (menghargai
masa)
ii.
The success of presenverance
(Ketekunan membawa kejayaan)
iii. The pleasure of working
(Keseronokan bekerja)
iv.
The dignity of simplicity
(Kemuliaan kesederhanaan)
v. The worth of character
(Ketinggian peribadi)
vi.
The power of kindness (Kekuatan
sifat baik hati)
vii.
The influence of example
(Pengaruh Teladan)
viii.
The obligation of duty(Kewajipan
menjalankan tugas)
ix.
The wisdom of economy
(Kebijaksanaan berhemah)
x.
The virtue of patience(Keutamaan
kesabaran)
xi.
The improvement of talent
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
12/28
www.islam.gov.my/pipa 12
(Peningkatan Bakat)
xii.
The joy of originating (Nikmat
Mencipta)
iii) Buku Panduan Khidmat Cemerlang
yang telah menetapkan tujuh prinsip iaitu:
i. Berazam meningkatkan mutu
perkhidmatan
ii.
Bekerja dengan penuh
tanggungjawab
iii.
Berusaha mengikis sikap
mementingkan diri sendiri
iv.
Berkhidmat dengan penuh
muhibah dan kemesraan
v.
Bekerja ke arah memajukan
pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
vi.
Bekerjasama dalam membanteras
kelemahan dan musuh-musuh
negara
vii. Berpegang kepada ajaran agama
Dr.Mahathir Muhammad:
Jika sesuatu bangsa itu rajin,
beramanah, tekun, berusaha,
maka lambat laun bangsa itu
akan berjaya. Sebaliknya, jika
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
13/28
www.islam.gov.my/pipa 13
bangsa itu malas, tidak
beramanah dan tidak tekun
dalam menjalankan kerja, maka
bangsa itu akan gagal dan
mundur selama-lamanya.
Untuk menjadi sebuah negara
yang berjaya, kita mesti
bersedia untuk bekerja kuat
dan bijak, berdisiplin dan
mempunyai etika kerja yangbaik. Nilai dan etika bangsa dan
negara yang murni hendaklah
menjadi pegangan kita kerana
nilai-nilai dan etika ini yang
menentukan jatuh bangunnya
sesebuah negara.
10. Kesimpulan i)
Ada hubungan rapat antara hidup
untuk bahagia dengan pekerjaan
ii)
Semua tindak tanduk manusia
bermatlamatkan kebahagiaan
hidup
iii)
Cintakan kebendaan berlebihan
bukan faktor untuk hidup bahagia
iv)
Nilai-nilai negatif dalam
perkhidmatan adalah perosak
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
14/28
www.islam.gov.my/pipa 14
kehidupan yang baik.
v)
Pengurusan yang baik dan
menguntungkan bermula di hati.
vi)
Kerajaan banyak menerbitkan
etika dan panduan untuk kejayaan
kerjaya.
vii) Peraturan-peraturan yang dibuat
adalah untuk mengatur dan
menjaga kebajikan pekerja.
11. Soal jawab
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
15/28
www.islam.gov.my/pipa 15
RUJUKKAN
1.
Kamus Dewan. 2002. Edisi Ketiga, KL, DBP.
2.
John E.Gibson, Ogos 1978. DIAN.
3.
Obaidellah Hj. Mohamad. 1995. Meng Zi (terj.), KL, DBP.
4. Ruangan Skop Berita Harian. 2 Jun 2001 : Budaya India Penuh
Kebaikan.
5.
Norraihan Zakaria. 2005. Konsep Hak Asasi Manusia, KL, DBP.
6.
Ibn Sina, Kitab al-Siyasa.
7. Mike Pedler et al. 1985. Managing Yourself, Fontana. London.
8.
Asmadi Mohd.Naim.2003.Konsep Pemikiran Agama dan Sistem Nilai
Dalam Tamadun China, dalam Afifah Abu Yazid. Pengajian Tamadun
Asia. PTS.Pub. & PTS.Sdn.Bhd.
9.
Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.1991. INTAN,K.L
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
16/28
www.islam.gov.my/pipa 16
10.
Tonggak 12.1992.INTAN.K.L
HIDUP SEDERHANA HATI SENANG
Objektif :
1.
Ke arah mempertingkatkan kecemerlangan hidup
2.
Menyenangkan minda dan jiwa
3.
Mengelak hidup derita
BIL. KANDUNGAN HURAIAN
1. Pengertian
Kesederhanaan
Kamus Dewan (edisi ketiga; 2002)
menyebut :
i.
Tidak lebih dan tidak kurang, biasa,
pertengahan, sedang; contoh:
badannya sederhana, tidak tinggi
dan tidak rendah.
ii.
Tidak banyak selok-beloknya, tidak
rumit, tidak sakit, mudah; contoh:
buat satu ayat mudah, dia
menjelaskan dengan kata-kata
yang sederhana.
2. Nature Manusia i.
Suka ikut kecenderungan dan
keinginan diri, ikut nafsu. Ada yang
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
17/28
www.islam.gov.my/pipa 17
baik, ada yang buruk.
ii.
Nafsu bermaksud keinginan yang
keras, kehendak hati yang kuat,
kemahuan yang kuat, dorongan hati.
(Kamus Dewan)
iii.
Keinginan hawa nafsu bermaksud
tidak ada had batasan. Keinginan
sentiasa tidak cukup.
iv.
Hawa nafsu pendorong kejahatan
3. Contoh akibat nafsujahat
1 April 2006, Berita HarianGeorgetown : Rayuan seorang peniaga
nasi ayam Seow Eng Aik (37) untuk
mengurangkan hukuman terhadapnya
bagi kesalahan merogol pembantu
rumahnya bukan sahaja ditolak
Mahkamah Tinggi disini, sebaliknya
ditambah hukuman penjara selama empat
tahun lagi. Dia dijatuhkan hukuman
penjara selama 12 tahun dan 3 sebatan
bagi setiap kesalahan. Dia merogol
pembantu rumahnya Eka Apri Setiowati
dengan dibantu oleh isterinya. Isterinya
dipenjara selama 6 tahun.
Pengajaran : Tindakan melampau akibat
ikut nafsu buas! Tidak cukup dengan apa
yang ada.
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
18/28
www.islam.gov.my/pipa 18
25 Mac 2003, Berita Harian
Kota Tinggi : Mahkamah Majistret telah
menjatuhkan hukuman denda
RM 550,000, penjara 12 bulan dan 2
sebatan bagi setiap seorang terhadap
tiga anggota tentera yang didapati
bersalah membawa dan memberi
perlindungan kepada 55 pendatang tanpa
izin Indonesia di Jalan Kulai di Kota
Tinggi.
Pengajaran : Anggota tentera yang sudah
dilatih penuh disiplin sanggup bertindak
membelakangi peraturan. Terimalah
akibatnya kerana tamak. Akhbar sering
menyiarkan kisah-kisah jenayah akibat
tamak dan nafsu buas seperti ini.
Agama Buddha menekankan konsep
Nirvana yang bermatlamatkan
kebaikan. Nafsu berperanan
menghancurkan kedamaian manusia.
Oleh itu nafsu perlu dikawal, jika
manusia mahukan hidup yang aman
dan bahagia.
Meng Zi menjelaskan :
Tiada cara yang lebih baik untuk
memupuk perasaan hati melainkan
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
19/28
www.islam.gov.my/pipa 19
bersungguh-sungguh mengurangkan
kehendak nafsu kebendaan.
Pepatah Melayu ada menyebut :
Ikut nafsu lesu!
Ikut rasa binasa!
Ikut hati mati!
Nabi Muhammad S.A.W menyebut
tentang hati :
Ketahuilah sesungguhnya didalam
badan itu ada seketul daging. Jikadaging itu baik, maka baiklah seluruh
anggota badan, jika ia rosak, maka
rosaklah seluruh anggota badan.
Seketul daging itu adalah hati.
4. Hati dan
penguasaannya
i.
Hati telah disebutkan sebagai faktor
berkuasa mempengaruhi minda dan
jiwa manusia.
ii.
Hati = al-Qalbu (arab) maksud
literalnya ialah sesuatu yang sering
bertukar-tukar. Tidak tetap.
iii.
Tokoh Islam Hasan al-Banna berkata :
Islam menitik beratkan soal
pengubatan jiwa manusia, kerana jiwa
manusialah merupakan sumber
sistem, fikiran, konsep dan
pembentukkan, membersihkannya
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
20/28
www.islam.gov.my/pipa 20
dari hawa nafsu, menyucikannya dari
kotoran-kotoran kepentingan diri.
Apabila jiwa manusia sudah mantap
dan bersih, segala sesuatu yang lahir
dari jiwa itu akan tetap baik dan
indah. (al-Banna, Hasan.1988.16-17)
dalam Yusuf Ismail.1991. Mengurus
Secara Islam.
iv.
Saul W.Gellerman dalam tulisannya
Managing Ethics from the Top
Down Sloan Management Review.
Winter 1989 p.73-79 : Hati
seseorang memainkan peranan
penting dalam menjadikan sesebuah
organisasi bermoral.
Rumusannya :
i.
Jiwa tidak tenang jika dikuasai nafsu
buas.
ii.
Hati manusia adalah faktor penentu
kepada perubahan. Lakukan
perubahan yang baik.
iii.
Kita mampu membuat perubahan ke
arah kebaikan.
5. Falsafah sederhana
dan suruhan
mengamalkannya
i.
Islam ; beri tekanan terhadap perilaku
sederhana: Surah al-Araf: 31
bermaksud
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
21/28
www.islam.gov.my/pipa 21
.....makan dan minumlah, dan
janganlah berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan...
Surah al-Furqan : 67
.....janganlah boros dan kedekut, dan
orang yang apabila berbelanja,
mereka tidak boros dan tidak kikir,
tetapi pertengahan antara
keduanya.
ii. Greek Klasik
Aristotle mengutamakan kebaikan
(virtue) umpamanya keberanian
(courageous) diperlukan sebagai
pertengahan dari sifat pengecut
(cowardice) dan terburu-buru
berani buta-tuli. Murah hati
(liberality) adalah pertengahan
antara sikap boros (prodigality) dan
cermat-kedekut (frugality)
Pertengahan adalah golden mean
dalam falsafah Aristotle.
iii. Tradisi China
Confucius menekankan tentang
konsep hidup sederhana atau Jalan
Tengah. Dr. Wang Gung Wu
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
22/28
www.islam.gov.my/pipa 22
(1978.13) menjelaskan bahawa sikap
ini telah mempengaruhi falsafah dan
gaya hidup orang-orang China :
Dari semenjak zaman purba lagi,
didalam kitab-kitab tua yang telah
menjadi warisan turun-temurun
hingga ke hari ini. Konsep Chung
yakni pertengahan telah dipandang
sebagai dasar panduan bagi
perhubungan kesusilaan dan
masyarakat. Ini terbit dari pandangan
yang lebih luas mengenai
kemanusiaan (jen) yang lebih sukar
hendak difahami. Dalam amalan hari-
hari bererti bahawa orang China lebih
suka kepada cara-cara yangsederhana
dan bersabar daripada cara-cara yang
melampau dalam menyelesaikan
masalah-masalah mereka. Disamping
zaman, cita-cita Chung telah membuat
mereka lebih suka kepada bertolak
ansur dan menuju kepada matlamat
tercapainya perseimbangan antara
aliran-aliran didalam negara dan
masyarakat. Tidak pernah difikirkan
bijak dengan mengambil jalan
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
23/28
www.islam.gov.my/pipa 23
kekerasan dan tidak juga tentunya
mengambil jalan mengalah tanpa
ikhtiar yang panjang untuk mendapat
sesuatu persetujuan. Pasti ada suatu
jalan tengah. (Dr. Wang
Gungwu.1978.13)
iv. Good Personality
Temperance and moderation have
everything to do with personality.
Temperance and moderation habits,
established early in life, insure health,
freedom from pain, competency,
respectability, honor, virtue,
usefulness and happiness all for
which true men live or hope for in this
life Sidney Newton Bremer
(Ph.D).1989.366. Self Motivating
Essays for students and adults.
Thinker Library Sdn.Bhd.72
v. Menyentuh tentang kelakuan seseorang
pegawai, Peraturan-peraturan Pegawai
Awam 1993 Perenggan 4 (2)
menyebut bahawa :
Seseorang pegawai tidak boleh
Membelakangkan tugas awamnya
demi kepentingan persendiriannya
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
24/28
www.islam.gov.my/pipa 24
Berkelakuan dengan sedemikian
cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugas awamnya
Berkelakuan dengan apa-apa cara
yang mungkin menyebabkan syak
yang munasabah bahawa :
1)
Dia telah membiarkan
kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan tugasawamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang
pegawai awam
2) Atau dia telah menggunakan
kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri
Berkelakuan dengan sedemikian
cara hingga memburukkan nama
atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam
Kurang cekap atau kurang berusaha
Tidak jujur atau tidak amanah
Tidak bertanggungjawab
Membawa atau cuba membawa apa-
apa bentuk pengaruh atau tekanan
luar untuk menyokong atau
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
25/28
www.islam.gov.my/pipa 25
memajukan tuntutan berhubungan
dengan perkhidmatan awam, samada
tuntutan itu adalah tuntutannya
sendiri atau tuntutan anggota-
anggota perkhidmatan awam yang
lain
Ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintahDan cuai dalam melaksanakan
tugasnya
6. Money i.
Money is not everything!
ii.
Money is good.
Money is good. Too much money is
bad .Too much is too much when
it is more than we need or more than
we are capable of utilizing for the
uplifment of humanity. Food is good.
Too much food is damaging to the
body and punishes the glutton with
pain and illness. Light is good but too
much will blind the eyes. Water is
good. There could be no life for us
without it, but too much will destroy
us. Heat is good but too much will
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
26/28
www.islam.gov.my/pipa 26
burn us. Any excess in the use or
activity of a good thing is temperance
and therefore, evil can be avoided.
(S.N.Bremer, (Ph.D).1989.366 Self
Motivating Essays for Students and
Adults. (366-h.72) Thinker Library
Sdn.Bhd
Dr Mahathir Muhammad:
Nafsu terhadap kekayaan
material didunia mesti diseimbangkan dengan
nilai-nilai rohaniah. Tuntutlah
kekayaan tetapi jangan lupa
bahawa kekayaan sahaja tidak
akan membawa ketenangan
jiwa. Kekayaan penting untuk
diri sendiri, untuk masyarakat,
untuk negara, untuk agama.
Tetapi kekayaan yang dituntut
kerana kekayaan seperti
terdapat dikalangan masyarakat
materialis akan membawa
kecelakaan.
Yang kita sedih itu ialah
terhadap pencapaian hak dan
harta iaitu sedih kerana
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
27/28
www.islam.gov.my/pipa 27
penghargaan yang terlalu tinggi
terhadap materialisme dan
kepuasan nafsu. Manusia tidak
akan capai sehingga bilapun
sama kehendak hati mereka.
Yang belum dapat, ia mahu,
yang sudah dapat lebih, mahu
lebih lagi!
7. Kesimpulan i.
Profession dan upah mempengaruhi
kualiti kehidupan.ii.
Minda dan jiwa yang tenang
dipengaruhi oleh sikap seseorang
terhadap pemilikan kebendaan. Sikap
tamak, materialistik pemusnah
kebahagiaan.
iii.
Wang itu penting, tetapi wang
bukanlah segala-galanya!
iv.
Hidup sederhana mententeramkan
jiwa.
v.
Ketenangan jiwa membawa
kebahagiaan.
vi.
Undang-undang negara dan peraturan-
peraturan kerja perlu dihayati.
8. Soal jawab
fasilitator dengan
peserta kursus
-
7/23/2019 Hubungan Kebahagiaan Hidup Dan Kecemerlangan Pekerjaan
28/28
RUJUKKAN
1)
Kamus Dewan 2002 Edisi Ketiga. K.L, DBP
2) Berita Harian 1 April 2006
3)
Berita Harian 25 Mac 2003
4)
Obaidellah Hj.Muhamad. 1995. Meng Zi. (terj.) K.L, DBP
5)
Hasan al-Banna.1998. Konsep Pembaruan Masyarakat Islam dipetik
oleh Yusof Ismail.1991. Mengurus secara Islam. K.L., A.S. Noordeen
6)
Saul W.Gellermen.1989.Managing Ethics from the Top Down
dalam Sloan Management Review dipetik oleh Yusuf Ismail.1991.
Mengurus secara Islam. K.L, A.S. Noordeen
7)
Dr.Wang Gungwu.1978. Kebudayaan China. K.L, DBP
8)
Sidney Newton Bremer, Ph.D.1989.366 Self Motivating Essays for
Students and Adults. Thinker Library Sdn.Bhd