HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP, PENGAJARAN … di Bandaraya Miri yang sudi ... Bahan dalam...
Transcript of HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP, PENGAJARAN … di Bandaraya Miri yang sudi ... Bahan dalam...
HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP, PENGAJARAN GURU DAN
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DI BANDARAYA MIRI, SARAWAK.
HII LU KONG
Universiti Teknologi Malaysia
HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP, PENGAJARAN GURU DAN
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DI BANDARAYA MIRI, SARAWAK.
HII LU KONG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
Untuk ayah, ibu dan adik tersayang
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya
tujukan khas buat penyelia saya, iaitu Puan Yeo Kee Jiar yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dapat menyempurnakan projek
ini. Di samping itu, ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr. Tan Soo Yin
yang banyak memberi bantuan terutamanya dalam penulisan Bab 1, Bab 2 dan Bab
3.
Penghargaan juga ditujukan kepada ibu bapa saya yang setia memberi
dorongan dan galakan, sama ada dari segi moral atau kewangan walaupun berada
jauh dari mata saya. Sungguhpun jauh terpisah, hasrat ibu bapa telah menjadi
dorongan kepada saya untuk menghasilkan projek yang baik. Ucapan terima kasih
juga diutarakan kepada rakan-rakan saya yang sanggup meluangkan masa serta
tenaga bagi membantu saya menjayakan projek ini.
Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
sekolah-sekolah di Bandaraya Miri yang sudi memberi peluang kepada saya untuk
mengedarkan soal selidik di sekolah. Tanpa jasa baik daripada mereka, projek ini
tidak akan dapat berjalan lancar.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak.
Saya juga memohon jutaan maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan yang
terdapat di dalam projek ini.
v
ABSTRAK
Pencapaian Matematik pelajar tingkatan empat masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Oleh itu, faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik
mendapat perhatian masyarakat. Dalam konteks kajian ini, empat faktor dikaji iaitu
minat pelajar terhadap Matematik, sikap pelajar terhadap Matematik, pengajaran
guru dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Seramai 361
orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di Bandaraya Miri telah
diambil sebagai sampel kajian. Pencapaian Matematik adalah berdasarkan
keputusan PMR. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan secara soal selidik.
Soal selidik mengandungi 40 item dengan nilai kebolehpercayaan α = 0.8912.
Semua data diproses dengan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS).
Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan dalam tatacara
menganalisis data. Daripada data yang didapati, penyelidik mendapati bahawa
terdapat hubungan signifikan dalam minat dan sikap serta persepsi penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar terhadap pencapaian Matematik.
Manakala terdapat hubungan yang tidak signifikan dalam pengajaran guru terhadap
pencapaian Matematik. Implikasi dan cadangan dibincangkan pada akhir kajian ini.
vi
ABSTRACT
The aim of this study was to investigate the interest and attitude of students toward
Mathematics, the perception of students on teacher’s teaching and using English as
teaching medium effect toward the achievement in Mathematics, the relationship
between the achievement in Mathematics and the four factors mentioned above.
The sample of this study consisted of 361 form four students from three secondary
school in Miri City. The data on students’ achievement in Mathematics was taken
from the PMR result. The data was collected using questionnaire method which the
Alpha Cronbach of questionnaire is 0.8912. Then the data was processed using
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Analysis data was divided into
two parts: descriptive (which involved frequency and percentage) and inferency
(which involved Pearson Correlation Coefficient). From the result of study,
researcher found that got significant correlation of interest, attitude and perception
of using English as teaching medium between the achievement in Mathematics.
The result also showed that the perception of students on teacher’s teaching was
significant different between the achievement in Mathematics. Various implication
and suggestion were discussed at the end of the study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Masalah
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Hipotesis
1.6 Rasional Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Kepentingan kepada Pelajar
1.7.2 Kepentingan kepada Guru Matematik
1.7.3 Kepentingan kepada Pihak Pengurusan
Sekolah
1
2
6
6
7
7
8
9
9
9
10
viii
1.7.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia
1.7.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi dan Operasional Kajian
1.9.1 Pencapaian
1.9.2 Matematik
1.9.3 Minat
1.9.4 Sikap
1.9.5 Pengajaran Guru
1.9.6 Bahasa Pengantar
1.10 Kesimpulan
10
10
11
11
12
13
13
14
15
15
16
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan
2.1 Kajian-kajian Lepas dalam Negeri
2.1.1 Minat
2.1.2 Sikap
2.1.3 Pengajaran Guru
2.1.4 Bahasa Pengantar
2.2 Kajian-kajian Lepas Luar Negara
2.2.1 Minat
2.2.2 Sikap
2.2.3 Pengajaran Guru
2.2.4 Bahasa Pengantar
2.3 Kerangka Teori
2.3.1 Teori Sikap Fishein dan Ajzen
2.3.2 Teori Pembelajaran Sosial
2.3.3 Teori Pembelajaran Behaviorisme
2.3.4 Teori Humanistik
2.3.5 Teori Garner tentang Multiple Intelligences
2.4 Kesimpulan
17
18
18
20
22
23
24
24
25
26
27
28
29
31
32
33
35
36
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis
3.6 Prosedur Mengumpul Data Kajian
3.7 Analisis Data
3.8 Kesimpulan
37
37
39
39
39
44
45
45
47
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
4.1 Bahagian A: Laporan Deskriptif
4.1.1 Analisis Demografi dari Segi Jantina
4.1.2 Analisis Demografi dari Segi Kumpulan Etnik
4.1.3 Analisis Demografi dari Segi Pencapaian
Matematik Responden dalam PMR
4.1.4 Analisis Demografi dari Segi Pendapatan Ibu
Bapa Responden
4.1.5 Analisis Demografi dari Segi Tahap
Pendidikan Bapa Responden
4.1.6 Analisis Demografi dari Segi Tahap
Pendidikan Ibu Responden
4.1.7 Analisis Tahap Minat Responden terhadap
Matematik
. 4.1.8 Analisis Tahap Sikap Responden terhadap
Matematik
4.1.9 Analisis Persepsi Responden tentang
Pengajaran Guru terhadap Pencapaian
Matematik
4.1.10 Analisis Persepsi Responden tentang
48
48
49
49
50
51
52
53
54
55
56
56
x
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Pengantar terhadap Pencapaian Matematik
4.2 Bahagian B: Laporan Inferensi
4.2.1 Analisis Hubungan Antara Minat dengan
Pencapaian Matematik
4.2.2 Analisis Hubungan Antara Sikap dengan
Pencapaian Matematik
4.2.3 Analisis Hubungan Antara Pengajaran Guru
dengan Pencapaian Matematik
4.2.4 Analisis Hubungan Antara Penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar
dengan Pencapaian Matematik
4.3 Rumusan Respons Pelajar tentang Faktor Minat,
Sikap, Pengajaran Guru dan Penggunaan Bahasa
Inggeris sebagia Bahasa Pengantar dengan
Pencapaian Matematik
4.3.1 Rumusan Respons Pelajar tentang Faktor
Minat Terhadap Pencapaian Matematik
4.3.2 Rumusan Respons Pelajar tentang Faktor
Sikap Terhadap Pencapaian Matematik
4.3.3 Rumusan Respons Pelajar tentang Faktor
Pengajaran Guru Terhadap Pencapaian
Matematik
4.3.4 Rumusan Respons Pelajar tentang Faktor
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Pengantar Terhadap Pencapaian Matematik
4.4 Kesimpulan
57
58
58
59
60
61
61
63
65
67
69
5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Kesimpulan (Rumusan dan Perbincangan)
5.1.1 Tahap Minat Responden terhadap
Matematik
70
70
71
xi
5.1.2 Tahap Sikap Responden terhadap Matematik
5.1.3 Persepsi Responden tentang Pengajaran
Guru terhadap Pencapaian Matematik
5.1.4 Persepsi Responden tentang Penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar
terhadap Pencapaian Matematik
5.1.5 Hubungan antara Minat dengan Pencapaian
Matematik
5.1.6 Hubungan antara Sikap dengan Pencapaian
Matematik
5.2.7 Hubungan antara Pengajaran Guru dengan
Pencapaian Matematik
5.2.8 Hubungan antara Penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Pengantar dengan
Pencapaian Matematik
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Kesimpulan
72
73
74
76
77
77
78
79
83
84
SENARAI RUJUKAN 85
LAMPIRAN 92
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Pemberian skala untuk Bahagian A soal selidik 40
3.2 Item-item positif dan negatif soal selidik 41
3.3 Cara memberi skor bagi item positif dan negatif 42
3.4 Respon bagi item–item soal selidik 42
3.5 Selang kelas bagi penentuan tahap minat dan sikap
pelajar terhadap Matematik
43
3.6 Selang kelas bagi persepsi pelajar tentang pengajaran
guru dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar
43
3.7 Tahap-tahap pencapaian 44
3.8 Klasifikasi kekuatan kolerasi (dari Rowntree, 1981) 46
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina
49
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
kumpulan etnik
49
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
pencapaian Matematik dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR)
50
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan pendapatan ibu bapa
responden.
51
4.5 Analisis tahap pendidikan bapa responden 52
4.6 Analisis tahap pendidikan ibu responden 53
4.7 Analisis tahap minat responden terhadap Matematik 55
4.8 Analisis tahap sikap responden terhadap Matematik 55
xiii
4.9 Analisis persepsi responden tentang pengajaran guru
terhadap pencapaian Matematik
56
4.10 Analisis persepsi responden tentang penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar terhadap pencapaian
Matematik
57
4.11 Hubungan antara minat dengan pencapaian Matematik 58
4.12 Hubungan antara sikap dengan pencapaian Matematik 59
4.13 Hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian
Matematik
59
4.14 Hubungan antara penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dengan pencapaian Matematik
60
4.15 Kekerapan dan peratusan responden menjawab setiap
item di sub skala minat
61
4.16 Kekerapan dan peratusan responden menjawab setiap
item di sub skala sikap
63
4.17 Kekerapan dan peratusan responden menjawab setiap
item di sub skala pengajaran guru
63
4.18 Kekerapan dan peratusan responden menjawab setiap
item di sub skala bahasa pengantar
67
xiv
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
TAJUK
MUKA
SURAT
2.1 Model Pembentukan sikap Fishbein dan Ajzen
30
2.2 Piramid Hierarki Keperluan Maslow
34
xv
SENARAI SINGKATAN
BIL Bilangan
IEA International Association for the Evaulation of Educationl
Achievement
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KLSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah
KLSM Kurikulum Lama Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
S Setuju
SMG Scottish Mathematics Group
SMP School Mathematics Project
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages For The Social Science
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
TIMSS Third International Mathematics and Science Study
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang Soal Selidik Hubungan Sikap, Minat,
Pengajaran Guru dan Penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Pengantar dengan Pencapaian Matematik
Pelajar.
92
B Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W.
95
C Pengesahan Item-item Soal Selidik 96
D Surat Pengakuan Pelajar dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
97
E Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia
98
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini, Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tertumpu kepada penyelesaian masalah dan
pemikiran kreatif dan kritis. Para guru membimbing pelajar membina konsep
sendiri (konstruktivisme) dalam minda dengan bantuan bahan-bahan manipulatif.
Bahan dalam konstruktivisme merupakan unsur yang dilakukan dengan tindakan,
bukan dengan paparan maklumat dan mengira tetapi untuk membina pengetahuan
dan kemahiran (Ibrahim Md Noh, 1995).
Mata pelajaran Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang berkaitan
dengan kemahiran kira mengira. Dengan adanya pengetahuan Matematik,
seseorang itu dapat mengendalikan dunia teknologi yang kompleks dan sentiasa
berubah. Kemahiran mengira melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi,
ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh
(National Council of Teachers of Mathematics, 1991; Nik Aziz, 1992). Tahun 1994
dikenali sebagai Tahun Falsafah Pendidikan Negara (FPN) kerana tahap pencapaian
dan matlamat KBSR dan KBSM amat memberangsangkan terutamanya mata
pelajaran Matematik. Namun, menurut Laporan Program KBSM, 1996, walaupun
sudah lapan tahun KBSM dilaksanakan, tetapi keputusan dan prestasi Matematik
2
masih dalam tahap yang membimbangkan. Ramai pelajar mempunyai pandangan
yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik kerana “tekanan Matematik”
(D’Augustine, 1973). Hasilnya, semakin banyak pelajar gagal, benci dan takut
kepada Matematik dan matlamat pendidikan Matematik gagal (Nik Aziz Nik Pa,
1989). Kemerosotan keputusan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuktikan
dengan laporan prestasi pelajar yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Pendidikan Kuala Lumpur (1998).
Walaupun pelbagai usaha dijalankan tetapi penguasaan pelajar terhadap
mata pelajaran Matematik masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ini
dapat dibuktikan melalui laporan akhbar, jurnal, kritikan daripada masyarakat dan
juga dari keputusan peperiksaan
Amanah Saham Nasional Berhad telah menjalankan penyelidikan di
kalangan 928 orang guru Matematik (Berita Harian: 21hb November 1994). Hasil
kajian menunjukkan bahawa faktor yang penting yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik ialah minat pelajar disokong oleh
keberkesanan pengajaran guru, teknik belajar, pengaruh rakan sebaya dan bantuan
sampingan lain seperti faktor sosial ekonomi, keluarga turut menyumbang ke arah
peningkatan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar sekolah.
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam sistem pendidikan di setiap negara, mata pelajaran Matematik telah
dijadikan sebagai mata pelajaran yang penting malah sebagai alat penilaian
pencapaian akademik di kalangan pelajar. Negara Malaysia juga menetapkan mata
pelajaran Matematik sebagai satu mata pelajaran yang penting. Sejak dari zaman
Penyata Razak, mata pelajaran Matematik menjadi mata pelajaran yang diwajibkan
ke atas setiap pelajar. Kelayakan untuk melanjutkan pengajian bergantung kepada
3
kelulusan mata pelajaran Matematik mereka. Pelajar tidak dibenarkan melanjutkan
pelajaran ke sekolah menengah sekiranya gagal ilmu hisab (aritmetik) dalam
Peperiksaan Persekutuan (dimansuhkan sejak tahun 1964). Calon yang tidak
berjaya memperolehi keputusan lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tidak
layak melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4. Pelajar yang tidak mencapai
keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang cemerlang dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains tidak dibenarkan mengambil jurusan Sains di
Tingkatan 4. Selain itu, banyak mata pelajaran adalah bergantung kepada
penguasaan Matematik seseorang dalam kurikulum negara pada hari ini.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, kurikulum pelajaran negara telah
mengalami beberapa perubahan sehingga masa kini. Sukatan Matematik yang
dilaksanakan di sekolah pada hari juga mengalami beberapa kali perubahan.
Sebelum tahun 1970-an, kurikulum yang dilaksanakan memberikan tumpuan
kepada Matematik tradisi. Dalam Matematik tradisi, pada amnya, mata pelajaran
Matematik di sekolah disusun mengikut himpunan kemahiran dan konsep mengikut
hirarki tertentu. Objektif pengajaran Matematik yang berlandaskan kepada teori
pembelajaran tingkah laku (behaviourisme) telah menjadi Matematik terbahagi
kepada banyak bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan (Asiah Abu
Samah, 1982). Dalam sukatan pelajaran ini, kemahiran asas yang diberikan
penekanan ialah ketepatan pengiraan dan kelajuan kira mengira. Pendekatan ini
adalah selari dengan teori pembelajaran tingkah laku. Fokus teori ini adalah
tertumpu kepada bentuk atau jenis tingkah laku berulang manusia apabila
dipengaruhi oleh beberapa rangsangan. Pendekatan pengajaran pembelajaran ini
berkesan untuk meningkatkan kemampuan pelajar belajar dari segi mengulangi
alogaritma atau prosedur Matematik tetapi tidak boleh digunakan untuk
menerapkan pemikiran Matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali,
1996). Matematik pada masa itu hanya dianggap sebagai ilmu kira mengira.
Kesemua fakta, petua, hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Oleh itu,
pembelajaran Matematik telah menjadi satu rutin menerima pengetahuan,
4
menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan
(Ibrahim Md. Noh, 1996).
Berikut dengan reformasi pendidikan yang berlaku di seluruh dunia pada
awal tahun 1970-an, mata pelajaran “Matematik Moden” telah mula diperkenalkan
di sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam sukatan pelajaran Matematik Pilihan C
yang dilaksanakan pada awal tahun 70-an, unsur-unsur Matematik Moden
dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran (Asiah Abu Samah, 1982).
Tajuk-tajuk Matematik seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya
telah mula diajar kepada murid-murid sekolah Malaysia. Pendekatan Euclid dalam
geometri dianggap sebagai tidak sesuai lagi lalu dikeluarkan dari sukatan dan
digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran yang bermula
dengan pemahaman konsep tanpa mengulangi kepentingan mengira, berasaskan
penghayatan struktur Matematik telah dilaksanakan di sekolah. Guru digalakkan
menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran mereka. Murid-murid
didedahkan kepada proses Matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan
Matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil Matematik sahaja
(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).
Matematik Moden (Matematik Pilihan C) di sekolah menengah digubal
berpandukan kepada bahan-bahan hasil projek Scottish Mathematics Group (SMG)
dan School Mathematics Project (SMP) dan mula digunapakai pada tahun 1970-an.
Penyusunan kurikulum Matematik dalam era Matematk Moden telah dilakukan
dengan kaedah yang berbeza daripada era sebelumnya.
Kurikulum Matematik disusun mengikut tema dengan andaian bahawa
wujud satu struktur unik dalam Matematik (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80-an
dirancang berasaskan isi kandungan di mana ia tidak bergantung kepada mata
pelajaran lain. Kandungan pelajaran lebih menitikberatkan kemahiran dan ini
5
menyebabkan proses pembelajaran menjadi bosan dan membebankan. Kelemahan
besar Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Lama Sekolah
Menengah (KLSM) adalah isi kandungan yang terlampau yang menekankan
persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaaan. Ini akan menjurus kepada
kewujudan kepincangan. Oleh itu, kurikulum yang digubal harus lebih menekan
kepada persediaan untuk mencapai kecemerlangan kerohanian. Selain itu, dari
sudut pedagogi, KLSR dan KLSM lebih tertumpu kepada hafalan secara langsung
dan tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme. Aspek lain seperti
pemahaman, amalan dan penghayatan lebih diberi perhatian yang sewajarnya. (Nik
Aziz Nik Pa, 1992).
Kurikulum Matematik KBSM masa kini adalah lebih mencabar dan
menyeronokkan di mana kurikulum Matematik lebih diberi perhatian terhadap
konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan Matematik dalam situasi
sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran logik dan kritis
serta bersistem. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni juga disertakan dalam
kurikulum Matematik KBSM demi melahirkan warganegara yang dinamik dan
amanah. Kandungan Matematik diolah dalam 3 bidang iaitu nombor, bentuk, dan
perkaitan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Pada awal bulan julai tahun 2002, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir
Mohammad mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pengajaran
Matematik dan Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran
Matematik dan Sains dalam kelas. Tujuan ini adalah untuk menyediakan platform
kepada pelajar-pelajar supaya bersedia diri untuk menghadapi arus globalisasi yang
kian deras ini.
Berikut, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor
6
yang akan ditekankan dalam kajian ini adalah faktor minat, pengajaran guru, sikap
dan bahasa pengantar.
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa pencapaian
Matematik tidak begitu membanggakan dan menimbul masalah bagi pelajar-pelajar
khususnya pelajar yang mendapat keputusan yang lemah dalam Matematik PMR.
Tambahan pula, sukatan pelajaran untuk Tingkatan 3 dan 4 memerlukan aras
pemahaman yang lebih tinggi dan ini memberikan masalah kepada pelajar yang
lemah ini. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar tidak berminat dan mempunyai
sikap yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik. Justeru, penyelidik ingin
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar
Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Matematik.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar Tingkatan 4 di sekolah menengah kebangsaan di Bandaraya Miri
dalam mata pelajaran Matematik.
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, secara spesifik objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti:
1. Tahap minat dan sikap pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran
Matematik.
7
2. Persepsi pelajar terhadap pengajaran guru dan penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar terhadap pencapaian mata
pelajaran Matematik.
3. Hubungan antara minat pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran
Matematik dengan pencapaian Matematik.
4. Hubungan antara sikap pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran
Matematik dengan pencapaian Matematik.
5. Hubungan antara persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap pengajaran
guru pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran Matematik.
6. Hubungan antara persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap pengunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan pencapaian
Matematik.
1.4 Persoalan Kajian
Dengan berpandukan objektif kajian di atas, persoalan yang ingin dijawap
dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap minat dan sikap pelajar terhadap Matematik?
ii. Apakah persepsi pelajar tentang pengajaran guru dan penggunaan
bahasa pengantar terhadap pencapaian Matematik?
iii. Sejauh manakah hubungan faktor minat dengan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Matematik?
iv. Sejauh manakah hubungan faktor sikap dengan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Matematik?
v. Adakah terdapatnya hubungan pengajaran guru dengan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik?
vi. Adakah terdapatnya hubungan pengunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik?