Holistik

8
HUJAH Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik SEBAB Kerana PBS menilai murid dari pelbagai aspek iaitu kognitif, afektif dan psikomotor untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama Tidak berorientasikan peperiksaan dan tidak memberi pengiktirafan keterlaluan terhadap pencapaian akademik semata-mata Terdapat 4 komponen PBS iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BUKTI PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik bersesuaian dengan aspirasi dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

description

KSLER

Transcript of Holistik

HUJAH Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik

SEBAB Kerana PBS menilai murid dari pelbagai aspek iaitu kognitif, afektif dan psikomotor untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama Tidak berorientasikan peperiksaan dan tidak memberi pengiktirafan keterlaluan terhadap pencapaian akademik semata-mata Terdapat 4 komponen PBS iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

BUKTI PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik bersesuaian dengan aspirasi dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Menurut Alick (1999) berdasarkan kepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner, menyatakan bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar bukan dari pintar akademik sahaja tetapi mempunyai lapan kecerdasan yang lain iaitu linguistic, logical, kinesthetic, visual, music, interpersonal, intrapersonal dan naturalist

PBS menjadi teras strategik PIPP.

Teras 2 dalam PIPP (Membangunkan Modal Insan) Teras 6 dalam PIPP (Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan)

WARAN Pentaksiran Pusat merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir, diperiksa dan direkod oleh sekolah. Pentaksiran Pusat dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran sumatif di hujung semester atau tahun

Pentaksiran Sekolah dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani, jasmani, intelek dan sosial (JERIS) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pentaksiran Psikometrik merupakan pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personality murid

QUALIFIER Secara umumnya, PBS merangkumi pentaksiran yang menyeluruh iaitu akademik dan bukan akademik yang membantu guru untuk mengetahui tahap pembelajaran murid dan serta dapat memperbaiki pembelajaran murid tersebut berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh. Potensi yang ada di dalam setiap diri individu akan dapat dicungkil dan diperkembangkan seterusnya akan dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan hasrat FPK serta PIPP

REBUTTAL PBS yang dilaksanakan dengan baik akan dapat melahirkan modal insan minda kelas pertama kerana pentaksiran berkualiti memberikan maklumat yang tepat dan jelas tentang tahap pembelajaran murid dan memudahkan kerja guru melaporkan pencapaian murid dengan hanya klik pencapaian dalam sistem dan jana laporan kecuali jika sekolah tersebut berada di luar bandar atau kawasan pedalaman yang tidak dapat mengakses internet

HUJAH Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain

SEBAB Di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak membuat perbandingan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dengan menggunakan gred A, B, C, dan D Di dalam PBS terdapat Pentaksiran Rujukan Standard. Guru akan melapor prestasi setiap murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard

BUKTI Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937), dan Sheildo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya

Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan manusia terbahagi kepada 6 iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis & penilaian

WARAN Di dalam PBS, pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah sepeti 95 % atau gred A, B, C, dan D

BANDSTANDARD

6Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3Tahu, Faham dan Boleh Buat

2Tahu dan Faham

1 Tahu

Pada Band 1, murid mengetahui perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara asas tersebut Pada Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari Pada Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut. Pada Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik Pada Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Pada Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan

QUALIFIER Secara umumnya, setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan apabila guru melakukan pentaksiran yang tidak tertumpu penuh kepada bidang akademik sahaja berupaya untuk meningkatkan motivasi yang ada di dalam diri murid-murid yang lain untuk berusaha sebaik mungkin bagi mencapai band yang paling tinggi kerana mereka sedar walaupun mereka mempunyai tahap kecerdasan intelek yang sederhana tetapi mereka mempunyai tahap kecergasan jasmani yang begitu baik

REBUTTAL Melalui PBS, memberi peluang kepada murid untuk dinilai secara adil oleh guru kecuali guru tersebut tidak bersedia dan tidak mempunyai kemahiran untuk melaksanakan PBS dengan sebaik mungkin