Hmef 5103 Qualitative Research Methodology

download Hmef 5103 Qualitative Research Methodology

of 59

description

OUM

Transcript of Hmef 5103 Qualitative Research Methodology

METODOLOGI KAJIAN KUALITATIF

Pengenalan

Mutakhir ini, teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) semakin pesat berkembang dan telah mula mempengaruhi budaya kehidupan masa kini. Dalam bidang pendidikan, pengintegrasian TMK membawa pengalaman pengajaran dan pembelajaran selangkah lebih maju. Anjakan pedagogi dan kaedah mengajar baharu diwujudkan dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kajian dari penyelidik-penyelidik yang lepas telah membuktikan pengintegrasian teknologi dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan cara penyampaian yang berkesan.

Terdapat pelbagai cara untuk guru mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah seperti menggunakan slaid powerpoint, membuat tayangan video, permainan viseo interaktif dan macam-macam lagi. Di samping menarik minat murid, kaedah ini juga telah terbukti berjaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan senang difahami oleh murid. Contohnya, guru sains dapat menunjukkan gambar pergerakan atau eksperimen dengan tayangan video agar murid dapat melihat sendiri perkembangan pada setiap langkah dalam eksperimen itu berbanding mengimaginasikannya sahaja.

...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbangkepada dunia sains dan teknologi pada masa depan...( Mahathir Mohamad, 1998 )

Masanya telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan TMK dalam bilik darjah. Guru menggunakan TMK dalam pembelajaran untuk memudahkan mereka berhubung dan mencapai murid mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) memandang serius perkara ini dan mengambil langkah dengan memastikan guru-guru keluaran Institut Pendidikan Guru semuanya telah pun didedahkan dan dilatih dengan baik untuk menggunakan TMK dalam pengajaran harian mereka. KPM juga telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel, latihan, serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan suatu inovasi teknologi itu di sekolah. Walaupun penggunan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama didedahkan dan juga terbukti memberi kesan yang sangat memberansangkan dalam membantu guru dan murid mencapai objektif pembelajaran, masih ada sesetengah guru yang berasa tidak selesa dan menjadi risau apabila bahan atau alat baharu TMK cuba diperkenalkan kepada mereka. Sikap sebeginilah yang membawa kesan kepada pengintegrasian teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sikap negatif guru adalah salah satu daripada banyak faktor lain lagi yang memberi kesan dalam usaha mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah ini. Antaranya seperti kurang sumber bahan dan kewangan, tiada sokongan daripada pemimpin sekolah, tiada panduan, kurang latihan dan pelbagai lagi. Masyarakat menganggap bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian TMK akan berlaku secara automatik. Ini kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru itu sendiri.

1.0 Tujuan Kajian

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Objektif utama kajian adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji kebenaran di sebalik kenyataan yang mengatakan pengintegrasian TMK dalam bilik darjah ini dapat meningkatkan pembelajaran murid.

Teknologi Maklumat ini mungkin sesuatu yang baru kepada sesetengah guru, oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara kekangan-kekangan yang sering dibincangkan adalah :

i) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para murid dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan murid.

ii) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi MaklumatPengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

iii) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak MencukupiProses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan murid lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan di atas, penyelidik juga akan cuba mengenal pasti faktor-faktor lain yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah dan adakah TMK ini dapat meningkatkan pembelajaran murid atau sekadar membebankan guru sahaja. Untuk mengenal pasti faktor-faktor ini, penyelidik telah menemubual tiga orang guru dari latar belakang yang berbeza untuk mendapatkan maklumat faktor yang mempengaruhi mereka untuk menggunapakai TMK di dalam bilik darjah. Kajian literatur turut dijalankan untuk menngenal pasti keputusan bagi kajian-kajian berkaitan yang pernah dijalankan serta mendapatkan isi dan pendapat dari mereka yang berkenaan.

2.0 Kajian Literatur

ICT merupakan ringkasan daripada Information Communication and Technology atau dalam Bahasa Malaysia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ). Teknologi berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud membentuk atau menubuhkan sesuatu teknologi biasanya memppunyai aspek perkakasan ( bahan atau objek fizikal ) dan aspek perisian ( asas informasi untuk perkakasan tersebut ). Teknologi 1. Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dll 2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).Komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai alat yang menggerakkan manusia yang membuatkannya berkait rapat dengan komuniti. Hubungan komunikasi adalah ibarat air dengan tebing di mana kedua-duanya salaing bergantung. Komuniti tidak dapat wujud tanpa komunikasi dan begitu juga sebaliknya. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010, komunikasi adalah perhubungan (secara langsung atau dengan pengantaraan) massa komunikasi atau perhunungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya.Definisi maklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti berenang dan melontarbatu. Semua fungsi komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk menghantar,berkongsi, atau memproses maklumat. Maklumat bukan sekadar fakta atau kebenaran, berita atau arahan, tetapi ia merupakan satu idea yang mampu mempengaruhi pemikiran manusia. Maklumat atau informasi juga boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yangmempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu membuatkeputusan mereka sendiri, ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti dakwat pada kertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik).Secara konseptual, ICT dapat diistilahkan sebagai pengintegrasian teknologi komputerdan teknologi komunikasi yang digunakan untuk menyebarkan maklumat. Perkara yang termasuk dalam kategori ICT ialah komputer, telefon, satelit, modem dan perkakasan serta perisianKonsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran murid (Halimah, 2005).Persekitaran pembelajaran di sekolah boleh menjadi lebih canggih, futuristik, dan sesuai dengan perunbahan era teknologi maklumat dengan kemajuan penggunaan media elektonik dalam pengajarn dan pembelajaran (Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010). Ini dapat dicapai dengan beberpa cara iaitu dengan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Safuan & Fong 2003), konsep yang cuba diajar lebih mudah difahami oleh murid (Rozhan 2009), meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran (Lever Duffy et al. 2003) dan juga meningkatkan pencapaian murid di dalam bilik darjah (Soon 2003).

Sungguhpun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif murid dengan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti kesukaran serta integrasi TMK yang tidak efisien masih lagi berlaku di sekolah-sekolah. Faktor-faktor apakah yang membawa kepada masalah ini dan adakah semua guru di mana-mana sahaja menghadapai masalah yang sama ?

Kajian mendapati tahap penggunaan dan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang rendah kerana kebanyakan inovasi yang diperkenalkan gagal untuk digunakan secara kreatif dan efektif di sekolah (Nor Izzah 2010, Hani Meryliena 2012), sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran secara tradisional chalk and talk ( Noraini 2012 ). Didapati sebanya 81% guru mengaku tidak memanfaatkan kelebihan TMK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahkan dalam kalangan guru-guru yang telah mendapat Kursus Sekolah Bestari juga, kurang daripa setengah yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (Imran 2000).

Terdapat tujuh halangan yang dapat dikenalpasti semasa pengintegrasian ICT ke dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian, kurang capaian untuk mendapatkan sumber, kekurangan dan kekangan masa untuk merancang dan melaksanakan pengintegrasian, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah teknikal semasa menggunakan perisian, kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran dan juga faktor usia guru di mana guru lama sudah selesa dengan teknik pengajaran tradisional dan tidak mahu mengubah cara pendekatannya (Jones 2004).

Dapatan daripada kajian Almekhlafi dan Almeqdadi ( 2010 ) pula mendapati guru-guru dari UAE yang dibanci oleh mereka sangat kompeten dalam mengintegrasikan TMK dalam sesi pengajaran mereka. Kebanyakan guru lelaki menyatakan masalah kekurangan kemahiran dan latihan dalam penggunaan TMK menjadi faktor masalah dalam mengintegrasikan TMK manakala guru perempuan lebih cenderung kepada masalah sumber kewangan yang tidak mencukupi dan masalah teknikal yang sering dihadapai. Walaubagaimanapun, kedua-dua kumpulan bersetuju akan kepentingan mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju akan kepentingan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka merasakan mereka perlu dilatih dan didedahkan dengan lebih baik lagi tentang bagaimana mereka dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam sesi pengajaran dan aktiviti dalam bilik darjah.

Billings, and Mathison (2011) menyatakan penggunaan hand-held technological device seperti tablet atau ipad dapat membantu dalam memotivasikan murid untuk mempelajari tentang teknologi yang digunakannya. Dalam kajian mereka, mereka turut memberi peuang untuk murid memilih sendiri bahasa yang digunaka dalam hand-held technological device mereka. Hampir kesemua murid memilih bahasa ibunda mereka dan bukan bahasa kedua. Hasil temubual dengan murid mendapati murid lebih senang faham arahan dan aturcara dalam gadjet mereka dengan arahan dalam bahasa ibunda mereka. Murid yang menggunakan gadjet TMK ini juga menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan gadjet mereka dalam sei pengajaran dan pembelajaran disamping mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gadjet baru tersebut. Gadjet juga merupakan salah satu peralatan TMK yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Tetapi penting untuk guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap sebelum memberi panduan kepada anak murid.

Dalam kajian oleh Moyer-Packenham, dan Suh (2012) menyatakan pengintegrasian TMK adalah bersesuaian untuk setiap peringkat kognitif murid. dalam kajiannya, murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kebolehan kognitif dan mereka diajar dengan pengintegrasian TMK. Kesemua kumpulan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian yang memberansangkan tetapi yang membezakan mereka cumalah masa penguasaan. Murid lemah mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi dalam kelas manakala murid pandai lebih cepat membiasakan diri. Kesimpulan kajian, semua murid akan mendapat manfaat daripada pengintegrasian TMK dalam pemgajaran dan pembelajaran, mereka cuma perlu diberi masa sahaja untuk membiasakan diri dan membuktikan perbezaan kognitif murid bukanlah faktor atau alasan untuk guru tidak mengintegrasikan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Good, dan Jarvinen (2007) pula mendapat kesimpulan daripada kajian mereka yang menyatakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan cara pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid. Jika diberi peluang, murid akan dapat menghasilkan jalan penyelesaian yang kreatif dan inovatif bagi sesuatu masalah itu. Untuk objektif ini tercapai, mereka turut menyatakan kesediaan guru sebelum mengajar adalah sangat penting. Guru perlu mengambil masa mengenali anak muridnya sendiri dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam usaha untuk merancang dan mereka bentuk pengajaran dan juga menggunakan bahan TMK yang bersesuaian bagi meransang dan menjana pemikiran kreatif anak murid tersebut. Sesetengah guru terbeban dengan tugas-tugas lain dan juga urusan peribadi yang mengekang mereka daripada mempunyai masa yang berkualiti untuk merancang semua ini.

Oliver, Osa dan Walker (2012) mengkaji tentang progam yang menyediakan persediaan untuk guru dalam pengintegrasian TMK ini dan mencapai konklusi pihak yang melatih guru perlu menjalankan tugas yang lebih baik dalam mendedahkan guru terhadap kepelbagaian jenis TMK dan cara-cara yang efektif untuk mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bermaksud guru harus didedahkan dengan cara-cara untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya sewaktu latihan kepada bilik darjah. Kajian turut menunjukkan majoriti guru cukup arif dengan teori berkenaan pengintegrasian TMK ini, tetapi mereka lemah dalam usaha untuk mengaplikasikannya ke dalambilik darjah dan mencari sumber dan bahan yang bersesuain bagi tajuk-tajuk tertentu yang ingin diajar.

Tondeur, van Braak, Sang, Voogt dan Ottenbreit-Leftwich (2012) turut mengkaji perkara yang sama dan hasil kajian mereka mendapati guru yang dilatih perlu diberi lebih masa mengendali dan menggunakan sendiri TMK samasa latiha agar mereka benar-benar memahami setiap perkakasan TMK dan cara penggunaannya yang paling efisien di samping menyediakan guru tersebut kepada masalah-masalah teknikal yang mungkin dihadapai di mana mereka akan dapat mengendalai dan menyelesaikan sendiri sebarang masalah yang timbul. Ini untuk memastika guru betul-betul mahir dalam pengendalian sesuatu teknologi itu dan dapat mengendali sebarang masalah yang timbul pada masa yang tidak diingini.2.1 Pemilihan Responden

Dalam kajian ini, penyelidik telah menemubual tiga orang responden daripada latar belakang dan pengalaman kerja yang berbeza berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan yang telah diselidik.

Responden pertama adalah seorang guru di sekolah pedalaman lulusan IPG dengan pengalaman 2 tahun bekerja. Tujuan responden ini dipilih adalah kerana beliau mengajar di sekolah pedalaman di mana sekolah-sekolah di kawasan ini sering mengalami masalah dari segi kemudahan fizikal seperti keperluan bekalan komputer dan juga sambungan talian internet. Kemudahan insfratutktur dan perkakasan di sekolah adalah satu keperluan asas dalam mengintegrasikan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran (Plomp, Anderson, Law, & Quale, 2010). Kajian yang dibuat oleh Yildrim (2007) juga mendapati bahawa kemudahan sumber dan bahan teknologi adalah cara yang paling efektif untuk kegunaan pedagogi guru dalam bilik darjah. Akses kepada kemudahan perkakasan dan perisian yang terkini bukan satu-satunya perkara yang penting, penggunaan program dan aplikasi yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan antara faktor untama untuk memastikan kejayaan dalam mengintegrasikan TMK (Tondeur, Valcke, & van Braak, 2008).Selain itu, sekolah di kawasan pedalaman ini juga mempunyai maslah dalam mendapatkan bantuan teknikal dari luar. Jika sekolah mengalami masalah teknikal seperti contohnya komputer yang rosak ataupun masalah talian internet, mereka perlu mendapatkan bantuan pakar teknikal dari luar dan ini menjadi masalah dari segi jarak dan kos untuk juruteknik sampai ke sekolah kawasan pedalaman. Tanpa sokongan dan batuan teknikal untuk guru dan sekolah, mereka akan menjadi tertekan dan mengakibatkan mereka putus asa untuk menggunkan TMK ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Tong & Trinidad, 2005).Masalah lain yang sering dialami oleh guru pedalaman juga adalah mereka menggunakan peralatan teknologi yang sudah out-dated membuatkan guru dan murid ketinggalan dari segi penguasaan dan perkembangan TMK yang pesat membangun. Peralatan dan perisian yang sudah out-dated ini bukan sahaja melambatkan dan menyusahkan guru, malah proses pengajaran juga menjadi kurang menarik jika dibandingkan dengan peralatan dan perisisan terbaru. Penggunan perkakasan dan perisian yang up-to-date adalah asas utama untuk mengintegrasikan TMK (Gulbahar, 2005).

Selain itu, penyelidik juga bertujuan untuk menemubual responden berkenaan dengan latihan dan sejauh mana penguasaan beliau dalam penggunaan ICT. IPG adalah institut utama dalam melatih guru dan penyelidik ingin menyelidik sejauh manakah produk mereka dilatih dalam penggunaan dan pengaplikasian TMK ini. Perkembangan profesional seorang guru itu dalam penggunaan TMK mempunyai kesan secara langsung dengan kejayaan untuk mengaplikasikannya ke dalam bilik darjah (Baylor & Ritchie, 2002). Walaupun pelbagai pelan telah dibangunkan untuk mengintegrasikan TMK ke dalam bilih darjah, guru yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini tidak mempunyai latihan yang mencukupi semasa mereka di institusi (Varsidas & McIsaac, 2006). Mengikut Schaffer dan Richardson (2004) pula, apabila TMK diperkenalkan, guru sering didedahkan dengan pelbagai jenis teknologi tetapi bukan cara untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran. Kajian telah membuktikan latihan yang berkualiti semasa progaram latihan dapat membantu guru untuk menerapkan teknologi dan mengubah cara pengajaran mereka ke arah yang lebih berkesan (Brienkerhoff, 2006; Diehl, 2005). Lawless dan Pellegrino (2007) juga menyatakan dengan latihan yang lebih lama, penggunaan teknologi yang tebaru, penglibatan aktif para bakal pendidik dan kerjasama yang baik antara mereka akan menghasilkan guru yang berkualiti dalam mengintegrasikan TMK dalam bilik darjah dengan objektif meningkatkan tahap pembelajaran murid.

Responden kedua pula adalah seorang guru senior dari kawasan kampung. Dalam bacaan awal penyelidik ada mendapati faktor usia turut memainkan peranan dalam pengintegrasian TMK ini. Guru ini juga mempunyai pengetahuan yang sedikit lemah tentang penggunaan komputer dan peralatan teknologi. Kebanyakan kajian menunjukkan pengalaman mengajar mempengaruhi pengintegrasian TMK dalam bilik darjah (Wong & Li, 2008; Giordano, 2007). Gorder (2008) menyatakan faktor usia dan pengalaman memainkan peranan penting dalam pengintegrasian TMK. Juga Baek, Jong dan Kim (2008) mengatakan bahawa guru yang berpengalaman kurang menggunakan TMK di dalam pengajaran mereka bebanding dengan guru baharu. Namun di Malaysia, dalam kajian oleh Further, Lau, dan Sim (2008) mendapati guru lama banyak meggunakan TMK dalam bilik darjah mereka berbanding guru baharu. Mengikut merkea ini adalah atas faktor pengalaman mengajar yang lebih lama, pengurusan kelas yang lebih baik dan juga merka lebih kompeten dalam penggunaan komputer. Kajian Albini (2006) mengatakan usia bukanlah faktor utama untuk seseorang guru itu menguasai kemahiran komputer dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.Dan seperti mana yang kita tahu juga, guru lama ini kurang mahir menggunakan kemahiran teknologi. Penyelidik juga bertujuan untuk menyelidik sejauh manakaha faktor ini mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah. Menurut Bordbar (2010), kemahiran penggunaan komputer seseorang guru itu adalah aspek major dalam penggunaanya di dalam bilik darjah. Kajiannya juga menunjukkan kumpulan guru yang tidak menyokong usaha untuk mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah ini selalunya terdiri daripada mereka yang kurang mahir dalam penggunaan komputer. Guru dengan kemahiran dan pengalaman penggunaan komputer yang lebih banyak akan lebih yakin untuk menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Memandangkan kedua-dua redponden pertama dan kedua adalah guru lelaki, penyelidik telah mengambil guru perempuan sebagai responden ketiga untuk mengkaji samaada isu perbezaan jantina ada memainkan peranan dalam faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ilmiah menunjukkan keputusan guru lelaki lebih cenderung untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (Kay, 2006; Woznet et al., 2006). Begitu juga dengan kajian yang dijalankan Markauskaite (2006), turut mendapati guru perempuan lebih kurang menggunakan TMK di dalam bilik darjah untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka berbanding guru lelaki. Jamieson-Proctor, Burnett, Finger and Watson (2006) pula mendapat keputusan kajian yang berbeza. Daripada 929 orang guru yang disoal selidik, majoriti daripada guru perempuan menggunakan TMK dalam proses pengajaran mereka dan guru lelaki pula lebih selesa dengan cara pengajaran tradisional.

Selain dari faktor jantina, guru di kawasan bandar ini juga sering terbeban dengan tugas yang banyak. Kajian yang dibuat oleh Samarawickema & Stacey mendapati beban yang dipikul oleh guru berada alam tahap kritikal membuatkan guru tidak mempunyai masa secukupnya untuk merancang pengaran menggunakan TMK. Neyland (2011) menyatakan seorang koordinator komputer dalam kajiannya memberitahu yang guru sudah sedia ada terbeban dengan tugas kurikulum yang pelbagai dan kerja pengkeranian dan jadual kerja yang sangat padat membuatkan mereka bekerja melebihi hadnya sehingga mendatangkan masalah tekanan dan mental. Seorang guru besar dalam kajian Abu Hamid (2011) mengatakan yang guru itu memang sudah sedia ada terbeban, dan mereka tidak dapat lagi untuk menampung tekanan dalam latihan untuk menggunakan TMK.2.2 Prosedur Temu Bual

Ketika menjalankan temubual, penyelidik ada mengikut prosedur yang telah disediakan terlebih dahulu agar sesi temubual berjalan secara profesional tetapi selesa untuk kedua-dua pihak. Penyelidik memberikan imej awal yang positif kepada guru yang ingin ditemubual agar sebarang perasaan yang kurang menyenangkan tidak wujud sepanjang proses temu bual. Penyelidik mengenakan pakaian yang kemas dan juga tiba awal sebelum bermulanya temubual. Penyelidik menggunakan bahasa yang sopan dan mesra untuk mendekati responden.

Pada awalnya, guru telah menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tujuan kajian selepas memutuskan bahawa temubual yang dijalankan bersifat separa formal. Peralatan yang ingin digunakan dipastikan berada dalam keadaan baik ( tape recoder, alat tulis, buku catatan dan lain-lain ). Sebelum bermula, guru menerangkan terlebih dahulu bahawa maklumat yang dieroleh daripada temubual ini adalah sulit dan juga memberitahu responden pihak-pihak yang mendapat akses kepada maklumat yang diperoleh. Kemudian, penyelidik mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada responden untuk merakam proses temubual yang akan dijalankan untuk tujuan analisis data.

Selepas itu, penyelidik pun menerangkan format dan jenis temu bual yang akan dijalankan. Setelah responden berpuas hati dan tiada apa-apa lagi soalan, temubual pun dimulakan. Dalam proses temu bual, penyelidik memberi tumpuan terhadapa apa yang diperkatakan oleh klien dan membuat catatan jika perlu. Jika ada sebarang perkara yang penyelidik kurang jelas, penyelidik akan terus menanyakan soalan untuk mendapatkan kepastian. Soalan yang penting diberi keutamaan dan ditanya terlebih dahulu diikuti dengan soalan-soalan susulan. Penyelidik hanya akan menanya soalan yang bersesuaian sahaja dan mengelakkan dari bertanya soalan yang berpandukan kepada jawapan untuk tidak mempengaruhi jawapan yang diberi oleh klien. Penyelidik juga membenarkan responden untuk mendengar semula melalui rakaman apa yang telah diperkatakannya untuk memastikan jawapan yang diberikan itu tepat dan berpusatkan responden. Responden juga diberikan peluang untuk bertanyakan soalan jika beliau mahu.

Dalam membina soalan untuk temubual, ada beberapa aspek yang diberikan penekanan oleh penyelidik. Pertama sekali, penyelidik memastikan apa yang ingin diketahui dan dikenalpasti semasa sesi temu bual itu. Penyelidik telah menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dikenal pasti dan menyenaraikan perkara yang terpenting dahulu diikuti dengan perkara-perkara lain. Soalan-soaan yang berat sebelah dielakkan dan soalan yang diajukan juga menjaga sensitiviti responden.

Protokol temubual boleh terdiri daripada soalan terbuka (open ended question) yang berkaitan persoalan kajian. Lima bahagian dalam penulisan protokal ialah: soalan pembuka, soalan pengenalan, soalan transisi, soalan kunci dan soalan penutup (Krueger 1994). Menurut beliau, lima jenis soalan inilah yang membentuk rangka kepada keseluruhan soalan terbuka yang digunakan. Soalan-soalan tersebut ialah :

i. Soalan PembukaSesi memperkenalkan diri peserta kajian (latar belakang pendidikan, jawatan, pengalaman kerja)

ii. Soalan PengenalanSoalan ini digunakan untuk memperkenalkan tajuk perbincangan kepada peserta kajian. Pada masa ini juga peserta kajian diberi peluang untuk membuat refleksi mengenai pengalaman serta hubung kaitnya dengan topik perbincangan.

iii. Soalan TransisiSoalan ini membuka skop topik perbincangan. Ia juga membantu peserta memikirkan skop yang lebih luas dan mendalam.

iv. Soalan KunciSoalan ini adalah fokus utama dalam perbincangan. Soalan-soalan ini perlu dibina terlebih dahulu daripada soalan-soalan di atas. Kebanyakan maklumat daripada peserta kajian adalah melalui soalan-soalan ini.

v. Soalan PenutupSoalan ini memberi peluang peserta kajian membuat refleksi semula tentang apa yang telah dibincangkan. Disamping itu ia juga memberi peluang kepada peserta kajian untuk menambah mana-mana aspek yang tidak ditanya oleh penemubual.

Soalan yang digunakan dibawa keluar daripada kajian literatur yang telah dibuat pada awal kajian. Dan berdasarkan daptan daripada bahan bacaan ini juga pelyelidik telah memilih responden yang bersesuaian. Penyelidik akan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur untuk temu bual ini. Soalan-soalan yang utama ditanyakan kepada semua responden. Perkembangan soalan bergantung kepada jawapan responden dan mengapa responden itu dipilih seperti yang telah dimaklumkan pada bahagian pemilihan responden. Guru akan masuk dengan lebih mendalam bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pemilihan responden untuk mengenal pasti faktor yang terlibat dan masalah yang berkaitan dengan responden itu sendiri. Soalan utama yang ditanya adalah :1. Salam sejahtara cikgu. Boleh cikgu terangkan serba sedikit tentang latar belakang cikgu sebagai seorang pendidik.2. Apakah yang cikgu faham tentang ICT / Teknologi Maklumat dan Komunikasi ?3. Sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran cikgu dalam penggunaan TMK ini dan pengintegrasiannya dalam bilik darjah ?4. Semasa cikgu dilatih dahulu ( IPG / Universiti ), adakah cikgu ada didedahkan dengan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ini dan sejauh manakah cikgu dilatih untuk menggunakan TMK ?5. Bagi cikgu, adakah pengintegrasian TMK ini penting dan perlu dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ?6. Apakah cikgu sendiri ada mengamalkan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran cikgu ?7. Adakah kemudahan atau sumber fizikal kelas mencukupi untuk cikgu menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?8. Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, adakah cikgu pernah mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli alatan atau bahan TMK uuntuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran ?9. Apakah tahap kesesuaian bahan pembelajaran dalam mengintegrasikan TMK ?10. Bagaimanakah cara pihak pentadbir sekolah cikgu memperkasakan usaha pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?11. Pada pendapat cikgu, adakah wujud hubungan di antara pengintegrasian TMK dengan pencapaian murid dalam pembelajaran ?12. Dari pengalaman cikgu, apakah faktor yang menjadi masalah utama kepada pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?2.3 Dokumen yang Berkenaan

Dokumen yang pertama (lampiran 1) ialah daripada Bab 6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu ICT for Education ( TMK untuk Pendidikan ). Dokumen ini memang ada dibekalkan kepada setiap sekolah di Malaysia. Bab 6 membincangkan tentang aplikasi TMK di dalam bidang pendidikan untuk mengangkat sistem pendidikan kita ke aras yang lebih tinggi. Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berkir yang luas. Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan.

ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Guru juga boleh mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke semasa.

Dokumen kedua (lampiran 2) pula adalah berkenaan dengan PLuG TMK ataupun Progam Latihan untuk Guru TMK. Latihan ini lazimnya diberikan kepada guru-guru yang mengajar subjek TMK di sekolah untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran mereka dalam penggunaan TMK di dalam bilik darjah. Sejak mata pelajaran TMK diperkenalkan 2 tahun yang lalau, setiap tahun, guru yang mengajar subjek ini akan dipanggil berkursus. Objektif utamanya adalah membekalkan guru dengan maklumat dan perisian yang akan digunakan dalam pengajaran pada tahun yang seterusnya. Ini kerana kebanyakan guru masih lagi lemah dalam kemahiran menggunakan TMK dan Jurulatih Kebangsaan ingin memastikan semua guru terlatih dan telah didedahkan dengan sumber dan perisian yang akan digunakan dalam pdp sebelum mereka mengajar murid mengenaninya.

Responden 1 yang ditemubual telah dipanggil untuk mengikuti kursus ini pada bulan Mac 2015 yang lepas untuk persediaan mengajar TMK Tahun 6 2016. Pada sesi PluG TMK kali ini, guru-guru yangdipanggil telah diperkenalkan dengan satu perisian yang diberi nama scratch. Perisisan ini adalah asas bagi membuat animasi. Muri-murid yahun 6 tahun hadapan akan diajar menggunakan perisian ini jadi guru-guru dilatih terlebih dahulu untuk memastikan mereka mahir dengan perisian ini sebelum mengajar dan membimbing murid menggunakannya. Perisisan ini juga berguna untuk guru kerana guru dapat membuat animasi ringkas, permainan dan macam-macam lagi untuk menarik minat murid.

Dokumen yang ketiga (lampiran 3) pula ialah surat siaran VLE Frog. Apa itu VLE ? Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala murid boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Apakah pula Lingkungan Pembelajaran Maya (VLE). VLE didefinisikan sebagai lingkungan berbantukan komputer yang memungkinkan adanya interaksi dan penemuan antara pengguna. VLE diperluaskan kerana infrastruktur jaringan pada ketika ini tersebar luas. VLE dapat menampung komuniti murid dan mendorong untuk terjadinya interaksi dan diskusi secara elektronik. Pembelajaran secara tradisional, hanya ditentukan dengan waktu, tempat dan ruang, sedangkanVLE ditambah tiga faktor lagi iaitu teknologi, interaksi, dan pengendalian. VLE tidak terikat dengan waktu, tidak terbatas dalam batasan geografi, menyediakan ruang isi kandungan untuk para murid. VLE juga menyediakan akses untuk sumber isi kandungan. Teknologi dalam VLE digunakan untuk menyampaikan cara belajar dan menyediakan ruang komunikasi antar pengguna. Interaksi dalam VLE adalah tingkat pertukaran ilmu dan hubungan antara murid dan instruktur. VLE adalah suatu ukuran yang mana para murid dapat mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran. Penelitian terkini menyatakan bahawa pembelajaran bermedium teknologi dapat meningkatkan nilai para murid, sikap mereka terhadap pembelajaran dan evaluasi dari pengalaman belajar mereka. Teknologi juga dapat membantu untuk meningkatkan interaksi antar guru dan murid, dan pembelajaran berpusatkan murid (student oriented ).

Perancangan tentang penggunaan dan fungsi VLE Frog ini ternyata sangat bagus. Tetapi masalah capaian internet di sekolah-sekolah pedalama, usaha kerajaan yang memakan kos tinggi ini kelihatan seakan sia-sia. Perkakasan dan perisian yang diberikan tidak dapat membantu penggunaannya di kawasan hulu malah membebankan lagi guru apabila semua guru dan murid diwajibkan mewujudkan laman blog sendiri.

Berkaitan dengan faktor di atas, disertakan juga Surat Laporan Capaian Internet (lampiran 4) dari sekolah yang sama. Data yang terkandung dalam surat tersebut jelas menyatakan capaian internet di sekolah tersebut sangat perlahan. Salah satu isu utama untuk guru-guru di pedalaman mengintegrasikan TMK ke dalam pembelajaran. Surat Laporan Capaian Internet ini bukan dilaporkan sekali malah berulang kali kepada pihak berwajib namun masih tiada tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini. Disertakan juga dokumen yang mengatakan sekolah ini ada menerima bekalan perkakasan komputer yang mencukupi (lampiran 5). Masalahnya ialah dari segi penyelenggaraan. Apabila komputer rosak dan capaian internet perlahan, guru dan murid hilang minat untuk menggunakan perlaatan TMK ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

3.0 Pengkodan dan Tema

3.1 Senarai Tema

1. Kemudahan dan penyelenggaraan sumber TMK.2. Sikap guru.3. Latihan yang diterima semasa pengajian.4. Masa yang diperuntukkan untuk persediaan pengajaran.5. Peranan pihak pentadbir sekolah.6. Kemahiran guru dalam penggunaan perkakasan dan perisian TMK.7. Pengintegrasian TMK ke dalam pdp membawa kesan yang positif kepada peningkatan akademik murid.

METODOLOGI KAJIAN KUALITATIF OUM

60

SOALANRESPON / JAWAPANSUB TEMA / TEMA

Adakah sumber fizikal Teknologi Maklumat dan Komunikasi mencukupi ?R1 : Untuk tarik perhatian budak. Tak dapat saya menggunakan teknologi yang rumit-rumit ni sebab kemudahan dan sumber di sekolah saya tidak mencukupi (1) . Nak pakai lcd pun kena bergilir dengan guru-guru lain. (2)

R1 : Yes, memang kurang betul. Kemudahan dan sumber fizikal kelas tak mencukupi.(3) banyak peralatan sekolah yang dah rosak, malah terdapat yang sudah ketinggalan zaman.(4) Bilangan komputer pun tidak memadai dengan jumlah murid yang ramai.(5) Bayangkanlah, murid 30 orang lebih, komputer yang eloknya ada 4 atau 5 je, macam mana nak mengajar.(6)

R1 : Memandangkan sekolah tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan selalu menghadapi masalah internet, kadang kala saya hanya memberikan penerangan biasa melalui gambar dan tulisan tangan.(7) Capaian internet di kawasan hulu ni memang sangat lembap. Nak buka google pun merangkak (ketawa), macam mana pula nak masuk ke laman web lain.(8)

R1 : Contohnya VLE Frog tu, kami di sekolah memang tidak dapat langsung nak masuk ke laman webnya kerana capaian internet yang lambat.(9)

R1 : Daripada pengamatan saya di sini, faktor yang menjadi masalah utama adalah kekurangan kemudahan dan kemahiran.(10)

R1 : Macam sekolah saya ni, bekalan tu ada sampai.(11) Cukup 20 komputer dihantar ke sekolah. Tetapi maslaahnya tidak ada penyelenggaraan.(12) Bila dah rosak tu habislah.(13) Tidak boleh guna lagi. Siapa yang nak masuk sampai ke hulu ni untuk baiki komputer.(14) Sekolah memang ada buat laporan minta orang datang baiki barang-barang ni tapi sampai ke hari ni bayang pun tidak nampak.(15)

R2 : Macam yang saya bagitahu cikgu tadi, saya mengajar di sekolah kampung.(16) Barang-barang teknologi ni memang kurang sangatlah.(17) Makmal konputer tu ada, tapi komputer di dalam tu da tebal berdebu, sebab hampir semuanya dah rosak.(18) Mungkin ada 1 atau 2 komputer sahaja yang boleh berfungsi. lcd adalah satu, itupun dibeli guna duit PIBG untuk kegunaan semasa mensyuarat.(19).Tiada / kurang kemudahan sumber fizikal / perkakasan TMK di sekolah.(1-6) (10) (17) (19)

Capaian Internet yang perlahan.(7-8) (9)

Tiada penyelengaraan kepada perkakasan yang rosak.(11-15) (18)

Apakah faktor utama guru tidak mengintegrasikan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran ?R1 : Kalau ada masa atau diberikan kursus atau latihan, saya mungkin dapat meningkatkan kemahiran saya. (1)

R2 : Terpulanglah kepada cikgu iu sendiri.(2) Kalau dia rasa lebih mudah dia nak mengajar menggunakan tmk, dia gunalah.(3) Ada juga cikgu yang lebih selesa mengajar seperti biasa.(4)

R2 : saya tak boleh nak bercakap bagi pihak orang lain tapi bagi saya yang dah lama mengajar ni memang susah saya nak menukar cara pengajaran saya.(5) Benda dah jadi darah daging cikgu (6)

R2 : Dah menjadi kebiasaan kami mengajar guna kapur dan papan hitam dan latihan-latihan dalam buku teks.(7) Tiba-tiba disuruh mengajar menggunakan TMK.(8) Saya da di hujung-hujung tempoh perkhidmatan ni, nak belajar menggunakan TMK pun da malas.(9) Memang susah untuk kami menukar cara pengajaran kami yang seakan sudah menjadi rutin hidup kami ni.(10)

R3 : Atas cikgu itu sendiri sebanarnya, mahu ke tidak mahu.(11) Semuanya berbalik kepada diri sendiri juga.(12) Kalau kita betul-betul ikhlas mahu mencari jalan terbaik untuk kita mengajar di dalam kelas, memang kita akan berusaha ikhtiar betul-betul.(13)

Sikap guru.

Kurang kemahiran tetapi berkeinginan untuk belajar(1)

Keselesaan sendiri(2-4) (11-13)

Tidak mahu menerima perubahan(5-6) (7-10)

Adakah guru menerima latihan berkenaan TMK sewatu pengajian ?

R1 : Kitorang dilatih untuk buat slaid, buat jadual, laman web dan macam-mcam lagilah(1)

R1 : lecturer-lecturer saya memang selalu bagitau pasal benda ni.(2) Masa kami buat pembentangan berkumpulan pon selalu mereka tekankan penggunaan slaid yang menarik.(3) Katanya nanti masa mengajar untuk menarik perhatian murid.(4) Nak-nak pulak masa belajar subjek tmk tu.(5) Masa di maktab dulu ada satu semester tu kami belajar subjek tmk.(6) Masa tu lah banyak saya didedahkan dengan keperntingan dan penggunaan tmk ni.(7)

R1 : hmm...cadangan ya, mungkin waktu di maktab tu, student lagi banyak didedahkan pasal tmk ni.(8) Selain bagitahu mereka tentang kepentingan tmk ni, ajar juga mereka macam mana nak guna tmk dalam proses mengajar mereka.(9) Contoh kalau budak bm tu ajarlah mereka macam mana nak mengajar bm guna tmk ni supaya lebih berkesan. (10)

R2 : Semasa saya belajar dulu kami tak banyak didedahkan dengan tmk ni.(11) Lecturer lebih mementingkan pedagogi dan cara-cara nak tackle murid.(12) Lebih kepada membina dan merancang bbm yang menarik. Kalau ada pembentangan di dalam kelas pun guna kertas mahjung sahaja. (13)

R3 : Masa di maktab dulu memang banyak kami didedahkan dengan tmk ini.(14) Semasa micro-teaching di dalam kelas pun kami digalakkan menggunakan bahan-bahan tmk.(15) Sama juga dengan projek-projek pembentangan di dalam kelas. (16) Semuanya menggunakan Powerpoint dan lcd. (17) Markah pembentangan kami juga diberikan berdasarkan kekreatifan kami mempelbagaikan dan membuat pembentangan kami lebih menarik. (18) Kami juga didedahkan dengan macam-macam lagi cara untuk guna TMK di dalam pdp kami, contohnya website-website yang boleh digunakan, website yang ada macam latihan-latihan yang ada animasi kartun dan juga nota-nota dalam bentuk grafik.(19)

Guru menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian.(1-7) (14-19)

Guru tidak menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian(11-13)

Guru pelatih sepatutnya didedahkan dan dilatih secara praktikal cara mengintegrasikan TMK ke dalam pdp(8-10)

Adakah guru memerlukan masa yang panjang untuk merancang pengajaran berasaskan TMK?

R1 : YA ini kerana terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan (1). Pada pendapat saya, integrasi TMK dalam pdp ni patutnya memudahkan lagi proses pdp, bukan merumitkannya lagi.(2)

R3 : Selalunya sebelum saya mengajar saya akan sediakan slaid Powerpoint tu lah.(3) Banyak juga masa yang diambil kalau nak buat slaid yang betul-betul menarik.(4) Dan sebelum kelas saya, saya akan arahkan ketua kelas untuk sediakan lcd sebab mereka pun sudah biasa.(5) Saya juga surf laman web untuk cari website yang bagus untuk budak buat latihan nanti. (6)R3 : Memang memerlukan masa yang panjang (7). Lebih-lebih lagi kalau saya nak merancang penggunaan TMK yang betul-betul menarik. (8)Kadang-kadang tidak ada masa yang mencukupi untuk merancang semua itu sebab biasala kan kita guru ni, banyak kerja.(9) Belum lagi dengan urusan peribadi.(10) Selalunya saya buat selepas balik dari sekolah, waktu petang atau malam di rumah.(11) Kalau ada banyak masa free, dapatlah saya merancang pdp dengan pengintegrasian tmk yang betul-betul menarik, kalau tidak, saya buat yang simple-simple je. (12)Takpun saya mengajar macam biasa saja kalau betul-betul tiada masa untuk merancang penggunaan tmk.(13)Guru memerlukan masa yang panjang untuk merancang pdp berintegrasikan TMK. Kekangan masa.(1-13)

Adakan pentadbir sekolah ada memainkan peranan dalam pengintegrasian TMK dalam pdp?R1 : Pihak pentadbir sekolah saya memang telah menyediakan sebuah kelas sebagai makmal komputer memandangkan sekolah kami tidak mempunyai makmal yang khusus.(1) guru besar juga sering kali memberikan penekanan supaya menyelitkan integrasi tmk dalam pdp kami. (2)

R2 : Tidak ada pula mereka tekankan sangat. Bergantung kepada guru.(3) Pihak pentadbir sekolah saya lebh mementingkan keputusan. (4) Tidak kiralah guna apa kaedah sekalipun asalkan muird dapat mencapai objektif pembelajaran dan resul periksa mereka pon ok.(5)

R3 : Oh, guru besar dan penolong kanan 1 sekolah saya memang betul-betul menggalakkan kami cikgu-cikgu mengajar menggunakan tmk ini.(6) Perkara ini juga sering diingatkan oleh mereka ketika perjumpaan, taklimat atau mesyuarat.(7) gb saya juga memandang serius isu berkenaan kerosakan sumber fizikal tmk ini.(8) Dia menegaskan sebarang kerosakan atau masalah teknikal dilaporkan kepadanya segera supaya ia tidak mengganggu proses pengajaran guru.(9)

Pentadbir sekolah menyokong / menekankan pengintegrasian TMK dalam pdp guru(1-2) (6-9)

Pentadbir sekolah tidak menekankan pengintegrasian TMK ke dalam pdp guru asalkan murid ada peningkatan dalam pencapaian akademik.(3-5)

Adakah guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan TMK ?R1 : Pengetahuan dan kemahiran saya sebenarnya agak terbatas sebab saya tidak begitu lama menggunakan peralatan berteknologi tinggi.(1) Buat masa sekarang saya hanya menumpukan untuk memahirkan diri dalam perkara-perkara asas je. (2)

R2 : Jujurlah saya beritahu, pengetahuan saya pasal tmk ni memang betul-betul kurang. (3) Maklumlah saya orang lama. Kalau guna laptop tu, nak menaip pun masih merangkak lagi. Telefon yang anak saya hadiahkan ini pun saya tidak pandai macam mana nak guna. (4) Mula-mula saya guna dulu nak telefon orang pun tidak pandai. (5)R2 : cikgu tahu apa yang terjadi masa tu ?(6) Satu jam waktu saya tu habi sebab nak tayangkan video tu sahaja. (7) Mula-mula saya play guna laptop je. (8) Tapi budak-budak cakap xnampak jelas. (9) Diorang cadangkan guna lcd. Saya pun pergilah pejabat, elok masa tu memang tak ada orang guna lcd sekolah. (10) Saya ambillah bawa ke kelas. (11) Sampai ke kelas, saya godek sini godek sana tak nak jugak hidup benda tu. (12) Sampai 2 3 orang cikgu datang bantu saya. (13) Barulah dapat. (14)

R3 : Mahir tu tidaklah. (15) Tetapi kalau peralatan dan perisian asas itu pandailah saya gunakan. (16) Tetapi kalau lebih-lebih tidak pandai juga saya. (17)Kemahiran guru dalam penggunan TMK pada tahap sederhana.(1-2) (15-17)

Kemahiran guru dalam penggunaan TMK pada tahap rendah.(3-14)

Adakah penggunaan TMK ini memberi dapat meningkatkan proses pembelajaran murid?R1 : Bagi saya, pengintegrasian tmk ini memang penting. supaya murid-murid di sekolah tak ketinggalan dengan arus globalisasi yang kiat pesat berkembang kan. (1)

R1 : Saya dapati semua bahan pembelajaran bersesuaian jika mahu diajar menggunakan tmk. (2) Selain memudahkan lagi pemahaman murid, proses pembelajaran juga menjadi lebih menarik. (3) Tidak perlu pun gunakan tmk yang rumit, memadai gunakan yang simple sahaja. (4) Lebih-lebih lagi murid pedalaman ni. (5) Mereka memang mudah tertarik dengan penggunaan tmk ni. (6) Sekali kita dah dapat tackle sifat ingin tahu mereka tu, memang proses pengajaran akan menjadi lebih mudah. (7)

R1 : Pada pendapat saya memang sangat jelas pencapaian murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan sekiranya integrasi tmk yang berkesan dapat diaplikasikan. (8) Sebab pdp yang lebih menarik dan mampu menarik perhatian murid untuk belajar. (9) Animasi yang digunakan dalam tmk juga memudahkan ilmu pembelajaran untuk disampaikan kepada murid. (10)

R2 : Tajuk-tajuk dalam subjek sains memang sesuai diajar menggunakan TMK ini. (11) Contoh macam kita guna tayangan video, murid dapat melihat sendiri dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan atau kejadian proses tertentu berbanding terpaksa membayangkannya sahaja. (12) Tajuk perkumuhan misalnya, dengan tayangan animasi bagaimana proses perkumuhan terjadi, murid dapat tengok sendiri bagaimana proses itu berlaku sebab secara fizikalnya memang mustahil untuk kita tengok proses ini berlaku kerana ia berlaku di dalam badan kita kan. (13)

R3 : Pada pendapat saya pengintegrasian tmk ini penting. (14) Semua guru sepatutnya menggunakan tmk sebanyak yang boleh dalam proses pdp mereka. (15) Selain dapat menarik minat murid, ia juga dapat menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih mudah kepada murid. (16) lebih-lebih lagi kepada murid lemah. (17) Dengan nota grafik atau audio visual yang digunakan, murid lebih senang mendapat gambaran tentang isi pembelajaran yang ingin digunakan. (18)

R3 : Dalam kelas matematik saya, saya lebih prefer menggunakan tmk untuk mengajar. (19) Murid-murid saya pun sudah biasa dan excited bila tiba masa saya. (20) Dengan penggunaan TMK ni murid-murid saya lebih bersemangat mengajar dan mereka pun lebih cepat faham apa yang ingin saya sampaikan. (21)

R3 : Untuk memberi nota ataupun menyampaikan maklumat, saya selalu gunakan Powerpoint dan lcd. (22) Senang saya nak terangkan tentang matematik, lebih-lebih lagi bila dapat gerakkan nombor-nombor tu kan. (23) Contohnya bila saya mengajar matematik tajuk tambah dengan mengumpul semula. (24) Selain dapat gunakan berbeza untuk bezakan nilai digit, saya juga dapat gerakkan nombor yang dikumpul semula tu ke atas ((sambil membuat gestur pengiraan pengumpulan semula dalam bentuk lazim)) dan murid pun senang dapat tangkap cara pengiraannya. (25) Untuk latihan pula, kadang-kadang saya bawa mereka ke makmakl komputer, duduk berpasangan dan cuba jawab soalan dari website. (26) Mereka seronok sebab kalau jawapan mereka betul ada bunyi gong yang menandakan mereka betul, siap kuatkan speaker lagi nak bagi kawan-kawan dan saya dengar yang mereka jawab betul. (27)Pengintegrasian TMK dapat meningkatkan kualiti proses pdp dalam bilik darjah .(1-27)

3.2 Mengenal Pasti Tema

Dalam kajian kualitatif, tema adalah sesuatu yang abstrak. Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk yang sangat mengelirukan, tidak jelas dan kabur. Penyelidik harus bijak dalam usahanya untuk mengenal pasti ini. Penyelidik yang bagus akan dapat mengesan tema dari yang jelas kepada yang betul-betul tersirat. Walaubagaimanapun, tema ini bukanlah sesuatu yang boleh diteka atau dianggarkan sendiri oleh penyelidik. Ia haruslah wujud daripada fakta yang berasas dengan sokongan bukti yang kukuh. Banyak kaedah dari pelbagai sumber telah diperkenalkan untuk mengenal pasti tema dalam kajian kualitatif ini.

Cara paling mudah untuk mengenal pasti tema ialah untuk mengesan pengulangan perkataan yang sama. Apabila responden sering mengulang perkataan yang sama, ini bermakna perkataan itu dan maksudnya sering bermain di dalam pemikiran responden. Ia bermakna ia adalah sesuatu yang sangat penting atau serong difikirkan klien. Terdapat dua cara untuk mengenal pasti tema itu iaitu secara formal dan tidak formal. Secara tidak formal, penyelidik boleh mengesannya sendiri semasa sesi temubual atau sebagainya apabila responden sering megulang perkataan yang sama. Jika tidak semasa temubual, sekurang-kurangnya semasa penyelidik menghasilkan transkrip, penyelidik akan mula menyedari jika ada perkataan yang sama berulang banyak kali. Bai cara formal pula, pelbagai perisian telah dibangunkan untuk menjalankan tanggungjawab ini. Komputer dengan mudah dapat mengesan kekerapan perkataan yang berulang dan menyenaraikannya mengikut kekerapan ia diulang.

Tema juga dapat dikenal pasti melalui kata kunci yang ditekankan atau ditegaskan oleh klien. Penyelidik harus peka dengan kata-kata kunci di dalam kajiannya. Kata kunci yang dimaksudkan juga haruslah perkataan yang berada dalam konteks kajian, bermakna perkara yang sama-sama disedari oleh penyelidik dan responden. Cara paling baik ialah untuk peyelidik menyenaraikan terlebih dahulu kata-kata kunci yang berkaitan. Contohnya, dalam kajian ini kata kunci yang digunakan adalah seperti sumber fizikal TMK, sikap guru, peranan pihak pentadbir dan macam-macam lagi. Sekiranya responden ada menyebut atau mengutarakan pendapatnya mengenai kata kunci ini, penyelidik harus mengkaji maksud di sebalik penyataan responden itu dan mengeluarkan tema yang tersirat.

Kaedah banding beza juga adalah salah satu cara untuk mengenal pasti tema. Kaedah banding beza ini dapat digunakan apabila penyelidik mendapat respon yang berbeza-beza daripada reponden pada satu isu yang sama. Contohnya dalam kajian ini, apabila penyelidik bertanya tentang sumber fizikal TMK di sekolah, ada responden yang mengatakan sumber mereka mencukupi dan ada pula yang mengatakan tidak. Perbezaan respon ini membawa penyelidik untuk mengesan lebih dalam berkenaan sebab kenapa respon mereka dan adakah ia memberikan kesan kepada responden.

Kaedah lain pula ialah dengan mengesan maklumat-maklumat yang tercicir. Apabila penyeldidk dapat mengesan ada maklumat yang tercicir, hanya ada dua kemungkinan sahaja; pertama responden memang tidah tahu menahu tentang maklumat itu ataupun kedua; responden sengaja meninggalkan maklumat tersebut. Mana satu sekali pun, penyelidik harus mengesan mengapa responden memberi repos sedemikian dan usaha ini akan membawa kepada satu tema yang baru. Contohnya, apabila disoal tentang makmal komputer, semua guru tahu keadaan makmal dam perkakasan di dalamnya tetapi ada seorang responden yang tidak dapat memberi respon apabila ditanya tentang perkara tersebut, jadi kesimpulannya sama ada sekolah responden tersebut memang tidak ada makmal komputer ataupun responden tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut yang membawa kepada tema sikap diri responden itu sendiri yang acuh tidak acuh.

Melalui metafora dan anologi yang diberikan responden, penyelidik sepatutnya dapat mengesan tema di sebalik pembayang tersebut. Penyelidik harus mencari maksud tersirat yang cuba disampaikan responden sama ada dalam sedar atau tidak sedar dan mencari pola atau corak perhubungan di sebalik metafora itu. Transisi juga boleh membawa kepada wujudnya tema baharu. Contoh bagi transisi dalam temu bual ialah apabila responden tiba-tiba menukar topik perbualan, ataupun berhenti dan mengambil masa yang lama untuk menjawab sesuatu soalan ataupun dari pertukaran nada semasa responden bercakap. Dari segi penulisan pula, transisi ialah perubahan dari satu perenggan ke perenggan yang lain membawa makna responden beralih dari satu isu kepada isu yang lain.

Penyelidik juga harus memberi tumpuan terhadap teks atau ucapan yang tidak ada kena mengena dengan soalan atau kajian yang dijalankan. Sudah tentu penyelidik akan terlepas pandang apabila mengkaji transkrip atau mendengar semula temubual pada kali pertama kerana pada kali pertama, penyelidik lebih tertumpu kepada mencari pengulangan perkataan, kata kunci dan respon kepada soalan yang berkenaan. Tetapi penyelidik harus mengkaji semula teks atau transkrip dan mengenal pasti ucapan yang tidak ada kena mengena ini kerana ada kalanya ada maksud tersirat di sebalik ucapan tersebut.

Cara lain juga ialah dengan membaca teks atau transkrip dan mengelaskan dapatan menggunakan highliter pelbagai warna untuk membezakan tema yang dikenal pasti. Boleh juga menggunakan cara gunting dan susun. Gunting teks atau transkrip dan susun semula mengikut kumpulan tema yang sama. Walaupun kedua-dua cara akhir ini nampak tidak professional, ramai penyelidik yang menggunakan kaedah ini dalam menganalisis data kualitatif mereka. Cara ini bukan sahaja mudah, malah sangat efisien kerana tema yang dikeluarkan dapat dibahagikan kepada kumpulan sendiri dan memudahkan kerja menulis laporan kajian.

RESPON / JAWAPANKODSUB TEMATEMA

R1 : Tak dapat saya menggunakan teknologi yang rumit-rumit ni sebab kemudahan dan sumber di sekolah saya tidak mencukupi (TPK) . Nak pakai lcd pun kena bergilir dengan guru-guru lain.

R1 : Yes, memang kurang betul. Kemudahan dan sumber fizikal kelas tak mencukupi.( TPK) banyak peralatan sekolah yang dah rosak, malah terdapat yang sudah ketinggalan zaman. Bilangan komputer pun tidak memadai dengan jumlah murid yang ramai.( TPK) Bayangkanlah, murid 30 orang lebih, komputer yang eloknya ada 4 atau 5 je, macam mana nak mengajar.

R1 : Memandangkan sekolah tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan selalu menghadapi masalah internet,(CIP) kadang kala saya hanya memberikan penerangan biasa melalui gambar dan tulisan tangan. Capaian internet di kawasan hulu ni memang sangat lembap. Nak buka google pun merangkak, macam mana pula nak masuk ke laman web lain.( CIP)

R1 : Contohnya VLE Frog tu, kami di sekolah memang tidak dapat langsung nak masuk ke laman webnya kerana capaian internet yang lambat.( CIP)

R1 : Daripada pengamatan saya di sini, faktor yang menjadi masalah utama adalah kekurangan kemudahan dan kemahiran.( TPK)

R1 : Macam sekolah saya ni, bekalan tu ada sampai. Cukup 20 komputer dihantar ke sekolah. Tetapi maslaahnya tidak ada penyelenggaraan. Bila dah rosak tu habislah.( PRSK) Tidak boleh guna lagi. Siapa yang nak masuk sampai ke hulu ni untuk baiki komputer.( PRSK) Sekolah memang ada buat laporan minta orang datang baiki barang-barang ni tapi sampai ke hari ni bayang pun tidak nampak bayang.( PRSK)

R2 : Barang-barang teknologi ni memang kurang sangatlah.( TPK) Makmal konputer tu ada, tapi komputer di dalam tu da tebal berdebu, sebab hampir semuanya dah rosak.( PRSK) Mungkin ada 1 atau 2 komputer sahaja yang boleh berfungsi. lcd adalah satu, itupun dibeli guna duit PIBG untuk kegunaan semasa mensyuarat.( TPK).

Tiada / kurang Perkakasan TMK di sekolah (TPK)

Capaian Internet yang perlahan. (CIP)

Tiada penyelengaraan kepada perkakasan yang rosak. (PRSK)Tiada / kurang kemudahan sumber fizikal / perkakasan TMK di sekolah.

Capaian Internet yang perlahan.

Tiada penyelengaraan kepada perkakasan yang rosak.

Kemudahan dan penyelenggaraan sumber TMK..

R1 : Kalau ada masa atau diberikan kursus atau latihan, saya mungkin dapat meningkatkan kemahiran saya. (KKIB)

R2 : Terpulanglah kepada cikgu iu sendiri. (KS) Kalau dia rasa lebih mudah dia nak mengajar menggunakan tmk, dia gunalah. Ada juga cikgu yang lebih selesa mengajar seperti biasa.(KS)

R2 : saya tak boleh nak bercakap bagi pihak orang lain tapi bagi saya yang dah lama mengajar ni memang susah saya nak menukar cara pengajaran saya.(TBU) Benda dah jadi darah daging cikgu (TBU)

R2 : Dah menjadi kebiasaan kami mengajar guna kapur dan papan hitam dan latihan-latihan dalam buku teks.( TBU) Tiba-tiba disuruh mengajar menggunakan TMK. Saya da di hujung-hujung tempoh perkhidmatan ni, nak belajar menggunakan TMK pun da malas.( TBU) Memang susah untuk kami menukar cara pengajaran kami yang seakan sudah menjadi rutin hidup kami ni.( TBU)

R3 : Atas cikgu itu sendiri sebanarnya, mahu ke tidak mahu.(KS) Semuanya berbalik kepada diri sendiri juga.(KS) Kalau kita betul-betul ikhlas mahu mencari jalan terbaik untuk kita mengajar di dalam kelas, memang kita akan berusaha ikhtiar betul-betul.

Kurang kemahiran tetapi berkeinginan untuk belajar (KKIB)

Keselesaan sendiri(KS)

Tidak mahu menerima perubahan (TBU)

Kurang kemahiran tetapi berkeinginan untuk belajar

Keselesaan sendiri

Tidak mahu menerima perubahan

Sikap guru.

R1 : Kitorang dilatih untuk buat slaid, buat jadual, laman web dan macam-mcam lagilah(GML)

R1 : lecturer-lecturer saya memang selalu bagitau pasal benda ni.( GML) Masa kami buat pembentangan berkumpulan pon selalu mereka tekankan penggunaan slaid yang menarik.( GML) Katanya nanti masa mengajar untuk menarik perhatian murid.( GML) Nak-nak pulak masa belajar subjek tmk tu. Masa di maktab dulu ada satu semester tu kami belajar subjek tmk. Masa tu lah banyak saya didedahkan dengan keperntingan dan penggunaan tmk ni.( GMLC)

R1 : hmm...cadangan ya, mungkin waktu di maktab tu, student lagi banyak didedahkan pasal tmk ni.Selain bagitahu mereka tentang kepentingan tmk ni, ajar juga mereka macam mana nak guna tmk dalam proses mengajar mereka.( GPDL) Contoh kalau budak bm tu ajarlah mereka macam mana nak mengajar bm guna tmk ni supaya lebih berkesan. (GPDL)

R2 : Semasa saya belajar dulu kami tak banyak didedahkan dengan tmk ni.(GTML) Lecturer lebih mementingkan pedagogi dan cara-cara nak tackle murid.( GTML) Lebih kepada membina dan merancang bbm yang menarik. Kalau ada pembentangan di dalam kelas. guna kertas mahjung sahaja. (GTML)

R3 : Masa di maktab dulu memang banyak kami didedahkan dengan tmk ini.( GMLC) Semasa micro-teaching di dalam kelas pun kami digalakkan menggunakan bahan-bahan tmk.( GMLC) Sama juga dengan projek-projek pembentangan di dalam kelas. (GMLC) Semuanya menggunakan Powerpoint dan lcd. (GMLC) Markah pembentangan kami juga diberikan berdasarkan kekreatifan kami mempelbagaikan dan membuat pembentangan kami lebih menarik. (GMLC) Kami juga didedahkan dengan macam-macam lagi cara untuk guna TMK di dalam pdp kami, contohnya website-website yang boleh digunakan, website yang ada macam latihan-latihan yang ada animasi kartun dan juga nota-nota dalam bentuk grafik.( GMLC)

Guru menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian. (GML)

Guru tidak menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian (GTML)

Guru pelatih sepatutnya didedahkan dan dilatih secara praktikal cara mengintegrasikan TMK ke dalam pdp(GPDL)

Guru menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian.

Guru tidak menerima latihan berkenaan TMK semasa pengajian

Guru pelatih sepatutnya didedahkan dan dilatih secara praktikal cara mengintegrasikan TMK ke dalam pdp

Latihan yang diterima semasa pengajian.

R1 : YA ini kerana terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan (MPP). Pada pendapat saya, integrasi TMK dalam pdp ni patutnya memudahkan lagi proses pdp, bukan merumitkannya lagi.

R3 : Selalunya sebelum saya mengajar saya akan sediakan slaid Powerpoint tu lah. Banyak juga masa yang diambil kalau nak buat slaid yang betul-betul menarik.( MPP) Dan sebelum kelas saya, saya akan arahkan ketua kelas untuk sediakan lcd sebab mereka pun sudah biasa. Saya juga surf laman web untuk cari website yang bagus untuk budak buat latihan nanti. (MPP)

R3 : Memang memerlukan masa yang panjang (MPP). Lebih-lebih lagi kalau saya nak merancang penggunaan TMK yang betul-betul menarik. (MPP)Kadang-kadang tidak ada masa yang mencukupi untuk merancang semua itu sebab biasala kan kita guru ni, banyak kerja.( MPP) Belum lagi dengan urusan peribadi.( MPP) Selalunya saya buat selepas balik dari sekolah, waktu petang atau malam di rumah.( MPP) Kalau ada banyak masa free, dapatlah saya merancang pdp dengan pengintegrasian tmk yang betul-betul menarik, kalau tidak, saya buat yang simple-simple je. (MPP)Takpun saya mengajar macam biasa saja kalau betul-betul tiada masa untuk merancang penggunaan tmk.( MPP)

Guru memerlukan masa yang panjang untuk merancang pdp berintegrasikan TMK. Kekangan masa.(MPP)Guru memerlukan masa yang panjang untuk merancang pdp berintegrasikan TMK. Kekangan masa.

Masa yang diperuntukkan untuk persediaan pengajaran.

R1 : Pihak pentadbir sekolah saya memang telah menyediakan sebuah kelas sebagai makmal komputer memandangkan sekolah kami tidak mempunyai makmal yang khusus.(PMP) guru besar juga sering kali memberikan penekanan supaya menyelitkan integrasi tmk dalam pdp kami. (PMP)

R2 : Tidak ada pula mereka tekankan sangat. Bergantung kepada guru.(PMTP) Pihak pentadbir sekolah saya lebh mementingkan keputusan. (PMTP) Tidak kiralah guna apa kaedah sekalipun asalkan muird dapat mencapai objektif pembelajaran dan resul periksa mereka pon ok.( PMTP)

R3 : Oh, guru besar dan penolong kanan 1 sekolah saya memang betul-betul menggalakkan kami cikgu-cikgu mengajar menggunakan tmk ini.( PMP) Perkara ini juga sering diingatkan oleh mereka ketika perjumpaan, taklimat atau mesyuarat.( PMP) gb saya juga memandang serius isu berkenaan kerosakan sumber fizikal tmk ini.( PMP) Dia menegaskan sebarang kerosakan atau masalah teknikal dilaporkan kepadanya segera supaya ia tidak mengganggu proses pengajaran guru.( PMP)

Pentadbir sekolah menyokong / menekankan pengintegrasian TMK dalam pdp guru(PMP)

Pentadbir sekolah tidak menekankan pengintegrasian TMK ke dalam pdp guru asalkan murid ada peningkatan dalam pencapaian akademik. (PMTP)

Pentadbir sekolah menyokong / menekankan pengintegrasian TMK dalam pdp guru

Pentadbir sekolah tidak menekankan pengintegrasian TMK ke dalam pdp guru asalkan murid ada peningkatan dalam pencapaian akademik.

Peranan pihak pentadbir sekolah.

R1 : Pengetahuan dan kemahiran saya sebenarnya agak terbatas sebab saya tidak begitu lama menggunakan peralatan berteknologi tinggi.(GMS) Buat masa sekarang saya hanya menumpukan untuk memahirkan diri dalam perkara-perkara asas je.

R2 : Jujurlah saya beritahu, pengetahuan saya pasal tmk ni memang betul-betul kurang. (GMR) Maklumlah saya orang lama. Kalau guna laptop tu, nak menaip pun masih merangkak lagi. Telefon yang anak saya hadiahkan ini pun saya tidak pandai macam mana nak guna. Mula-mula saya guna dulu nak telefon orang pun tidak pandai.

R2 : cikgu tahu apa yang terjadi masa tu ?( GMR) Satu jam waktu saya tu habi sebab nak tayangkan video tu sahaja. (GMR) Mula-mula saya play guna laptop je. (GMR) Tapi budak-budak cakap xnampak jelas. (GMR) Diorang cadangkan guna lcd. Saya pun pergilah pejabat, elok masa tu memang tak ada orang guna lcd sekolah. (GMR) Saya ambillah bawa ke kelas. (GMR) Sampai ke kelas, saya godek sini godek sana tak nak jugak hidup benda tu. (GMR) Sampai 2 3 orang cikgu datang bantu saya. (GMR) Barulah dapat. (GMR)

R3 : Mahir tu tidaklah. (GMS) Tetapi kalau peralatan dan perisian asas itu pandailah saya gunakan. (GMS) Tetapi kalau lebih-lebih tidak pandai juga saya.

Kemahiran guru dalam penggunan TMK pada tahap sederhana.(GMS)

Kemahiran guru dalam penggunaan TMK pada tahap rendah. (GMR)

Kemahiran guru dalam penggunan TMK pada tahap sederhana.

Kemahiran guru dalam penggunaan TMK pada tahap rendah.

Kemahiran guru dalam penggunaan perkakasan dan perisian TMK.

R1 : Bagi saya, pengintegrasian tmk ini memang penting. supaya murid-murid di sekolah tak ketinggalan dengan arus globalisasi yang kiat pesat berkembang kan. (MPDP)

R1 : Saya dapati semua bahan pembelajaran bersesuaian jika mahu diajar menggunakan tmk. (MPDP) Selain memudahkan lagi pemahaman murid, proses pembelajaran juga menjadi lebih menarik. (MPDP) Tidak perlu pun gunakan tmk yang rumit, memadai gunakan yang simple sahaja. Lebih-lebih lagi murid pedalaman ni. Mereka memang mudah tertarik dengan penggunaan tmk ni. Sekali kita dah dapat tackle sifat ingin tahu mereka tu, memang proses pengajaran akan menjadi lebih mudah. (MPDP)

R1 : Pada pendapat saya memang sangat jelas pencapaian murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan sekiranya integrasi tmk yang berkesan dapat diaplikasikan. (MPDP) Sebab pdp yang lebih menarik dan mampu menarik perhatian murid untuk belajar. (MPDP) Animasi yang digunakan dalam tmk juga memudahkan ilmu pembelajaran untuk disampaikan kepada murid. (MPDP)

R2 : Tajuk-tajuk dalam subjek sains memang sesuai diajar menggunakan TMK ini. Contoh macam kita guna tayangan video, murid dapat melihat sendiri dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan atau kejadian proses tertentu berbanding terpaksa membayangkannya sahaja. (MPDP) Tajuk perkumuhan misalnya, dengan tayangan animasi bagaimana proses perkumuhan terjadi, murid dapat tengok sendiri bagaimana proses itu berlaku sebab secara fizikalnya memang mustahil untuk kita tengok proses ini berlaku kerana ia berlaku di dalam badan kita kan.

R3 : Pada pendapat saya pengintegrasian tmk ini penting. (MPDP) Semua guru sepatutnya menggunakan tmk sebanyak yang boleh dalam proses pdp mereka. Selain dapat menarik minat murid, ia juga dapat menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih mudah kepada murid. (MPDP) lebih-lebih lagi kepada murid lemah. (MPDP) Dengan nota grafik atau audio visual yang digunakan, murid lebih senang mendapat gambaran tentang isi pembelajaran yang ingin digunakan. (MPDP)

R3 : Dalam kelas matematik saya, saya lebih prefer menggunakan tmk untuk mengajar. Murid-murid saya pun sudah biasa dan excited bila tiba masa saya. (MPDP) Dengan penggunaan TMK ni murid-murid saya lebih bersemangat mengajar dan mereka pun lebih cepat faham apa yang ingin saya sampaikan. (MPDP)

R3 : Untuk memberi nota ataupun menyampaikan maklumat, saya selalu gunakan Powerpoint dan lcd. Senang saya nak terangkan tentang matematik, lebih-lebih lagi bila dapat gerakkan nombor-nombor tu kan. (MPDP) Contohnya bila saya mengajar matematik tajuk tambah dengan mengumpul semula. Selain dapat gunakan berbeza untuk bezakan nilai digit, saya juga dapat gerakkan nombor yang dikumpul semula tu ke atas ((sambil membuat gestur pengiraan pengumpulan semula dalam bentuk lazim)) dan murid pun senang dapat tangkap cara pengiraannya. (MPDP) Untuk latihan pula, kadang-kadang saya bawa mereka ke makmakl komputer, duduk berpasangan dan cuba jawab soalan dari website. (MPDP) Mereka seronok sebab kalau jawapan mereka betul ada bunyi gong yang menandakan mereka betul, siap kuatkan speaker lagi nak bagi kawan-kawan dan saya dengar yang mereka jawab betul. Pengintegrasian TMK dapat meningkatkan kualiti proses pdp dalam bilik darjah . (MPDP)Pengintegrasian TMK dapat meningkatkan kualiti proses pdp dalam bilik darjah .

Pengintegrasian TMK ke dalam pdp membawa kesan yang positif kepada peningkatan akademik murid.

4.0 Kesimpulan

Hasil daripada kajian melalui temubual dengan beberapa orang guru, penyelidik telah dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah yang berlaku di sekolah mereka. Faktor yang pertama dan penyelidik rasa terpenting sekali adalah faktor insfratuktur dan penyelenggaraan sumber TMK di sekolah. Walaupun kita kini pada zaman yang serba canggih, masih ada lagi sekolah yang tiada bekalan insfraktuktur TMK di sekolah mereka lebih-lebih lagi di sekolah kawasan luar bandar dan pedalaman. Guru terpaksa menggunakan peralatan mereka sendiri dan kadang-kadang membelanjakan wang ringgit untuk mengeluarkan duit membeli peralatan TMK sendiri.

Sekalipun ada bekalan seperti komputer dan LCD di sekolah, masalah yang timbul pula adalah masalah penyelenggaraan. Sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman kebanyakannya mempunyai banyak bekalan sumber TMK yang telah rosak dan dilupakan. Ini kerana apabila komputer atau perkakasan lain rosak, tidak ada pihak yang datang untuk menyelenggara peralatan tersebut. Antara sebab yang dapat dikenal pasti adalah masalah jarak dan kos. Sekolah yang jauh dari bandar memakan masa dan kos yang banyak untuk mengupah juruteknik datang memperbaiki peralatan mereka. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah juga tidak mengendahkan isu ini dengan alasan bajet yang dibekalkan disalurkan untuk perkara lain yang lebih penting. Akhirnya peralatan yang dibekalkan ke sekolah itu rosak dan tidak lagi dapat digunakan.

Satu lagi faktor yang selalu menjadi perhatian adalah masalah capaian Internet di sekolah luar bandar dan pedalaman ini. Hal ini membantutkan usaha guru untuk menggunakan capaian Internet dalam proses pdp mereka sedangkan Internet penuh dengan sumber pendidikan yang dapat dimanfaatkan oleh guru untuk mengajar anak murid mereka.

Faktor seterusnya adalah sikap guru itu sendiri. Sikap guru memainkan peranan yang besar dalam pengintegrasian TMK ini. Walau apa jua usaha yang dijalankan, jika guru itu sendiri tidak ada kemahuan mengintegrasikan TMK ke dalam pdp nya, maka segala usaha itu adalah sia-sia. Berbeza dengan sikap guru yang betul-betul mahukan ilmu dan kemahiran TMK ini. Ada di antara mereka yang menungggu-nunggu peluang untuk diberi kesempatan belajar lebih lagi tentang bagaimana cara mereka mahu memaksimumkan kemahiran TMK mereka ke dalam proses pdp.Guru lama juga enggan berubah mengikut arus pemodenan zaman. Mereka lebih selesa dengan kaedah pengajaran tradisional seperti mana yang telah mereka amalkan selama ini. Mereka tidak menafikan keberkesanan pengintegrasian TMK ini kepada murid. Tetapi kekurangan latihan dan tiada pendedahan kepada sumber TMK ini membuatkan mereka ketinggalan dalam usaha untuk memahiri penggunaan sumber-sumber TMK.

Adakah guru telah diberi pendedahan secukupnya semasa mereka dilatih untuk menjadi seorang pendidik. Faktor ini juga memainkan peranan, di mana guru telah banyak diberi pendedahan kepada TMK dalam latihan mereka tetapi tidak cukup dilatih untuk mengaplikaskannya kepada pengajaran. Walaupun mereka mahir dalam penggunaan sumber TMK, mereka tidak cekap untuk menggunakan kelebihan mereka itu ke dalam bilik darjah. Sedangkan merka yang mahir dengan TMK ini tidak cekap mengintegrasikan TMK ke dalam bilik darjah, apakan pula golongan guru yang tidak mahir dan ketinggalan dalam penggunaan sumber TMK ini. Kemahiran guru amat penting di mana guru yang mahir dan berkeinginan untuk memperkembangkan kemahirannya akan bijak memanfaatkan ilmunya itu ke dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka.

Selain itu, kajian juga medapati guru tidak cukup masa untuk merancang pengajaran berintegrasikan TMK yang berkualiti. Untuk merancang satu proses pdp dan memaksimumkan penggunaan TMK, seorang guru itu memerlukan banyak masa untuk mencari sumber dan membina instrumen. Kekangan masa menjadi faktor mengapa guru lebih gemar mengajar tanpa menggunakan TMK kerana guru pada masa kini banyak dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian dan aktiviti luar bilik darjah, ini belum lagi mengambil kira urusan peribadi dan apa-apa hal kecemasan. Jelas isu kekangan masa dalam merancang pdp memberi kesan kepada pengintegrasian TMK ke dalam pdp.

Pentadbir memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan penggunaam Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran murid ( Cosmos, 2009). Guru-guru mungkin tidak akan patuh seratus peratus dengan arahan tapi sekurang-kurangnya mereka akan mencuba. Dalam usaha mereka mencuba mereka sendiri akan mnyedari keberkesanan pengintegrasian TMK ini. Ketua yang baik bukan saja sekadar memberi arahan, tetapi bergerak bersama ( Gallang J, Rosy G, 2005) dalam kajian mereka tentang usaha pihak pentadbir sekolah untuk memperkasakan penggunaan Teknologi dan Pembelajara Atas Talian di sekolah mereka.Akhir sekali, faktor kemahiran guru itu dalam menggunakan perkakasan dan perisian turut memberi kesan kepada pengintegrasian TMK. Guru mahir lebih cenderung untuk menggunakan TMK dalam pdp mereka kerana mereka sendiri sedar kelebihan penggunaan TMK ini dan mereka juga lebih selesa menggunakannya di dalam bilik darjah. Berbeza dengan guru yang tidak mahir dan kekok dengan menggunakan perkakasan TMK ini. Sudah tentu mereka tidak mahu menggunakan TMK di dalam pdp mereka. Guru sepatutnya mempunyai kemahiran dan berkeinginan untuk menambah ilmu mereka tentang penggunaan sumber TMK ini.

Daripada kajian yang dijalankan juga, guru sedar akan keberkesanan pengintegrasian TMK ini ke dalam pdp. Walaupun mereka yang tidak mengaplikasikannya turut tidak menafikan kelebihan mengajar menggunakan TMK. TMK dalam bilik darjah jelas dapat menarik minat murid dan melahirkan sifat inkuiri mereka. Isi pembelajaran juga lebih mudah disampaikan dan proses pembelajaran menjadi lebih menarik. Murid juga dapat melibatkan diri secara aktif dan bermotivasi sepanjang proses pdp. Kesemua kelebihan ini akhirnya akan membawa kepada peningkatan pencapaian murid dalam pencapaian akademik mereka. Apa pun faktor yang mempengaruhi pengintegrasian TMK ke dalam bilik darjah, guru sepatutnya berusaha mengatasinya dan menguasai kemahiran penggunaan dan pengaplikasian TMK ini untuk memastikan proses pdp mereka lebih berkualiti di samping membawa kesan yang positif kepada prestasi akademik murid.

Rujukan

Abuhmaih, A. (2011). ICT training courses for teacher professional devolepment in Jordan. Turkish Online Journal of Educational Technology, vol .10, no 4, pp 195-210.Akmal Nurashikin, Siti Hadijah Alwi & Shamsudin Hassan. 2011. Kajian kepakaran pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dalam melaksanakan EduwebTV bagi pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Bahagian Pembestarian Sekolah 1: 1-17.Albirini, A. (2006).Teachers Attitudes Toward Information and Communication Technologies. Journal of Computer & Education, 47, 373-398.Almekhlafi, A.G., & Almeqdadi, F.A., (2010). Teachers perception of technology integration in the United Arab Emirates school classroom. Journal of Education Technology & Society, 13(1), 165-175.and challenges to be met. Marketing Education Review 13(1): 81-89.Arbaat Hassan. 2008. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembestarian sekolah. Dlm. Mohd Arif Ismail & Rosnaini Mahmud (pnyt.). Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembestarian Sekolah, hlm. 39-65. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.Baek Y.G., Jong, J., & Kim, B. (2008). What makes teacher use of technology in the classroom? Exploring the factors affecting facilitation of technology with a Korean samlpe. Computers and Education, vol.50, no. 8 Baylor, A. L., & Ritchie, D. (2002). What factors facilitate teacher skill, teacher morale, and perceived student learning in technology using classrooms?. Computers & Education 39, 395414.Bordbar, F. (2010). English teacher attitudes toward computer assisted language learning. International Journal of Language Studies. Vol 4, no 3, pp. 27-54Brinkerhoff, J. (2006).Effects of a long-duration, professional development academy on technology skills, computer self-efficacy and technology integration beliefs and practices. Journal of Research on Technology in Education, vol. 39, no. 1, pp. 22-43 Chen, R.-J. (2010). Investigating models for preservice teachers use of technology to support student-centered learning. Computers & Education in Press.Christensen, R.& Knezek, G. (2006). Pathway for preparing tomorrow's teacher to infuse technology. Computers in the schools, vol. 23, no. 3/4, pp. 1-21.Education 26(1): 75-88.Giordano, V. (2007). A professional development model to promote internet integration into P-12 teachers' practice: A mixed method study. Computers in the schools, vol. 24, no.3/4, pp. 111-123 Gorder, L. M. (2008). A study of teacher perceptions of instructional technology integration in the classroom. Delta Pi Epsilon Journal, vol. 50, no. 2, pp. 63-76.Glbahar, Y. (2005). Technology Planning: A Roadmap to Successful Technology Integration in Schools. Journal of Computers & Education, (ARTICLE IN PRESS).Hew, K. F., & Brush, T. (2007). Integrating technology into K-12 teaching and learning: current knowledge gaps and recommendations for future research. Educational Technology Research and Development, vol. 55, pp. 223-253. Huang, H. M., & Liaw, S. S. (2005). Exploring users attitudes and intentions toward the Web as a survey tool. Computers in Human Behavior, vol. 21, no. 5, pp.729-743.Hunt, L., Eagle, L. & Kitchen, P.J. 2004. Balancing marketing education and information technology: matching needs or needing a better match. Journal of MarketingJamaludin Haji Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2009. Teknologi maklumat dalamJamieson-Proctor, R. M.,Burnett, P. C., Finger, G., & Watson, G. (2006).ICT integration and teachers' confidence in using ICT for teaching and learning in Queensland state schools. Australasian Journal of Educational Technology, vol, 22, no. 4, pp. 511-530Jones, K. O. & Kelley, K. A. 2003. Teaching marketing via the Internet: Lessons learnedKay, R. (2006). Addressing gender differences in computer ability, attitudes and use: The laptop effect. Journal of Educational Computing Research, vol. 34, no. 2, pp. 187-211.Kupersmith, J. 1992. Techno stress and the reference librarian. Reference Services Review 20: 7-14.Lawless, K., & Pellegrino, J. (2007). Professional development in integrating technology into teaching and learning: Knowns, unknowns and ways to pursue better questions and answers. Review of Educational Research, vol. 77, no. 4, pp. 575-614.Markauskaite, L. (2006). Gender issues in preservice teachers' training: ICT literacy and online learning. Australasian Journal of Educational Technology, vol. 22, no. 1, pp. 1-20.Moyer-Packenham, P.S., & Suh, J.M., (2012). Learning mathematics with technology: The influence of virtual manipulatives on different achievement groups. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching, 31(1), 39-59.Neyland, E. (2011). Integrating online learning in NSW secondary schools: Three schools perspectives on ICT adoption. Australia Journal of Educational Technology, vol. 27, no. 1, pp. 152-173Noraini Mohamed Noh, Hani Meryleina Ahmad Mustafa & Che Nidzam Che Ahmad. 2013. Predictive Relationship Between Technology Acceptance Readiness And The Intention To Use Malaysian EduwebTV Among Library and Media Teachers. Procedia Social and Behavioral Science. 1877-0428Noraini Mohamed Noh, Mohd. Arif Ismail & Jamil Ahmad. 2010. Efikasi kendiri komputer dan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru Perpustakaan Media di sekolah-sekolah Malaysia. Prosiding , the 15th International Conference on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei, 24 -27 May. 2010.pendidikan. Dlm. Mohd Arif, Isjoni, Rosnaini & Isham Shah (pnyt.). IntegrasiPeralta, H., Costa, F.A. (2007). Teachers competence and confidence regarding the use of ICT. Educational Sciences Journal, vol. 3, pp. 75-84Plomp, T., Anderson, R. E., Law, N., & Quale, A. (Eds.). (2009). Cross-national information and communication technology: policies and practices in education. Charlotte, N.C.: Information Age Publishing.Safuan Haji Rabaai & Fong Soon Fook. 2003. Kesan persembahan visual dalam pembelajaran prosa tradisional. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 3(2): 17- 24. Schillewaert, N., Ahearne, M. J., Frambach, R. T. & Moenaert, R. K. 2000. The acceptance of information technology in the sales force. Journal of Marketing 34(4): 323336.Samarawickrema, G. & Stacey, E. (2007). Web-based learning and teaching: A case study in higher education Distance Education, vol. 28, no. 3, pp. 313-333.Schiler, J. (2003). Working with ICT: Perceptions of Australian principals, Journal of Educational Administration, vol. 41, no. 3, pp. 171-185.Teknologi Mobile dalam Pembelajaran, hlm. 71-80. Pekan Baru: Cendikia Insani.Tondeur, J., Valcke, M., & van Braak, J. (2008). A multidimensional approach to determinants of computer use in primary education: Teacher and school characteristics. Journal of Computer Assisted Learning, vol. 24, pp. 494506. Tong, K.P., and Triniada, S.G. (2005). Conditions and constraints of sustainable innovative pedagogical practices using technology. Journal of International Electronic for leadership in learning, vol. 9, no.3, pp. 1-27.Wong, E.M.L. & Li, S.C. (2008). Framing ICT implementation in a context of educational change: a multilevel analysis. School effectiveness and school improvement, 19(1), 99-120.Wozney, L., Venkatesh, V., & Abrami, P.C. (2006). Implementing computer technologies: Teachers' perceptions and practices. Journal of Technology and teacher education, vol. 14, no.1, pp. 173-207.Yildirim, S. (2007). Current Utilization of ICT in Turkish Basic Education Schools: A Review of Teacher's ICT Use and Barriers to Integration. International Journal of Instructional Media, vol. 34, no.2, pp. 171-86.

LAMPIRAN