hikayatlanglangbuana-130306044757-phpapp02.docx

9
HIKAYAT LANGLANG BUANA Sinopsis Pada suatu malam, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi duduk dilingkungi oleh segala dayang dan inang pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka. Tuan puteri memeritahu dayang dan inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya bergurau kepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami. Setelah hari siang, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama dengan dayang- dayang telah pergi ke taman istana. Penunggu tasik meminta Raja Indera Bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayang-dayangnya. Ketika mereka sedang mandi, Raja Indera Bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa disedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan yang cantik dan bersuara merdu. Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan puteri terlalu gembira dan dibawanya burung bayan itu pulang ke rumah peri. Bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Bayan memberitahu tuan puteri tentang Raja Indera Bumaya, iaitu tuannya yang dalam perjalanan ke negeri tuan puteri. Tuan puteri kembali ke mahligainya dengan membawa bayan itu. Bayan itu telah dimasukkan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan puteri meminta burung bayan memperlihatkan wajah Raja Indera Bumaya. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga, dan menjelmakan dirinya semula. Kehadiran Inderaputera ke mahligai tuan puteri telah didengari oleh menteri dan hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri itu. Mereka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayahanda tuan puteri, iaitu Raja Bahrum Dewa. Raja Bahrum Dewa amat marah lalu mengarahkan hulubalang dan rakyat mengepung mahligai tuan puteri untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Sambil menangis kerana ketakutan, Tuan Puteri Mandu

Transcript of hikayatlanglangbuana-130306044757-phpapp02.docx

HIKAYAT LANGLANG BUANA

SinopsisPada suatu malam, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi duduk dilingkungi oleh segala dayang dan inang pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka. Tuan puteri memeritahu dayang dan inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya bergurau kepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami. Setelah hari siang, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama dengan dayang-dayang telah pergi ke taman istana. Penunggu tasik meminta Raja Indera Bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayang-dayangnya. Ketika mereka sedang mandi, Raja Indera Bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa disedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan yang cantik dan bersuara merdu.Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan puteri terlalu gembira dan dibawanya burung bayan itu pulang ke rumah peri. Bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Bayan memberitahu tuan puteri tentang Raja Indera Bumaya, iaitu tuannya yang dalam perjalanan ke negeri tuan puteri. Tuan puteri kembali ke mahligainya dengan membawa bayan itu. Bayan itu telah dimasukkan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan puteri meminta burung bayan memperlihatkan wajah Raja Indera Bumaya. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga, dan menjelmakan dirinya semula.Kehadiran Inderaputera ke mahligai tuan puteri telah didengari oleh menteri dan hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri itu. Mereka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayahanda tuan puteri, iaitu Raja Bahrum Dewa. Raja Bahrum Dewa amat marah lalu mengarahkan hulubalang dan rakyat mengepung mahligai tuan puteri untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Sambil menangis kerana ketakutan, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memberitahu Raja Indera Bumaya hal tersebut. Raja Indera Bumaya mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi dengan menyeru empat jin untuk menewaskan rakyat dan hulubalang Raja Bahrum Dewa itu.Selepas mengatahui hulubalang dan rakyatnya tewas, Raja Bahrum Dewa menghantar lebih bala tentera untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Sekali lagi, Raja Indera Bumaya menyeru empat ribu jin untuk berlawan dengan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Peperangan yang tercetus antara kedua-dua belah pihak telah menyebabkan banyak rakyat yang terbunuh.

TemaTema cerita ini ialag kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki puteri idamannya.Persoalan1. Kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan.2. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk memperoleh sesuatu perkara yang diingini.3. Sikap manusia yang berbuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.4. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah.

Watak dan PerwatakanRaja Indera Bumaya1. Anak kepada pemerintah Negeri Lela Gambar.2. Ayahandanya bernama Johan Syahperi dan bondanya ialah Puteri Candera Lela Nurlela.3. Memiliki wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik.4. Berbudi bahasa dan bijaksana.5. Mempunyai kesaktian untuk menukarkan dirinya menjadi burung bayan, burung nuri, dan kalungan bunga.6. Tertarik dengan kecantikan Tuan puteri Mandu Ratna Dewi.7. Tidak gentar berhadapan dengan bala tentera Raja Bahrum Dewa.8. Bersikap tenang ketika menghadapi masalah.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi1. Anak kepada Raja Bahrum Dewa.2. Memiliki rupa paras yang amat cantik.3. Sangat suka akan haiwan apabila menempatkan burung bayan di dalam sangkar emas sepuluh mutu dan bertatahkan ratna mutu manikin berumai-umbaikan mutiara.4. Kasih akan Raja Indera Bumaya kerana tidak sanggup berpisah dengan baginda.5. Tinggal di istana khas yang berasingan daripada istana ayahanda dan bondanya.6. Bersifat penakut apabila menangis semahu-mahunya setelah mengetahui ayahandanya murka akan perbuatannya yang membenarkan seorang lelaki berada di dalam istanya.

Raja Bahrum Dewa1. Ayahanda kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.2. Bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anakandanya iaitu menempatkan menteri dan hulubalang berkawal di istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.3. Bersikap terburu-buru apabila mengarahkan bala tenteranya mengepung istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan menangkap lelaki yang bersama-sama dengan anakandanya tanpa usul periksa.

LatarLatar Tempat1. Istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Contohnya, Tuan puteri tinggal bersama dengan dayang dan inang pengasuhnya.2. Taman dan tasik. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya menjadi burung bayan dan duduk di pohon kemunting sambil memerhatikan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi-manda.3. Negeri Lela Gambar. Contohnya, tempat asal Raja Indera Bumaya.4. Istana Raja Bahrum Dewa. Contohnya, empat orang menteri bertemu dengan biduanda unutk mengkhabarkan kejadian yang berlaku di istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Latar Tempat1. Pada waktu pagi. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi di tasik bersama dengan dayang dan inang pengasuhnya.2. Pada waktu malam. Contohnya, bayan menceritakan kehebatan tuannya, iaitu Raja Indera Bumaya kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.3. Pada zaman pemerintahan Raja Bahrum Dewa. Contohnya, Raja Bahrum Dewa memrintahkan hulubalang dan rakyatnya mengepung istana tuan puteri dan menangkap Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat1. Masyarakat istana yang teridiri daripada pemerintah, menteri-menteri, hulubalang, dayang dan inang pengasuh. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sentiasa ditemani dayang dan inang pengasuh.2. Masyarakat yang memiliki kesaktian. Contohnya, Raja Indera Bumaya telah menukarkan dirinya menjadi burung bayan, burung nuri dan kalungan bunga.3. Masyarakat yang sedang dilamun percintaan. Contohnya, Raja Indera Bumaya dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi saling mencintai antara satu dengan yang lain.4. Masyarakat yang mengambil berat akan keselamatan ahli keluarga. Contohnya, Raja Bahrum Dewa mengambil berat akan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan memastikan keselamatan anakandanya itu terjamin.5. Masyarakat yang bertindak secara terburu-buru. Contohnya, Raha Bahrum Dewa mengarahkan bala tentera menangkap lelaki yang bersama dengan tuan puteri tanpa usul periksa.6. Masyarakat yang taat dan patuh akan perintah raja. Contohnya, rakyat dan hulubalang menurut perintah Raja Bahrum Dewa supaya mengepung istana tuan puteri.

PlotBinaan PlotPeristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

i) PermulaanTuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi taman istana bersama denga dayang-dayang dan inang pengasuhnya. Kedatangan mereka telah disedari oleh Raja Indera Bumaya yang ketika itu berada di kawasan tasik.

ii) PerkembanganRaja Indera Bumaya menukarkan dirinya menjadi burung bayan untuk menghampiri tuan puuteri. Bayan itu telah ditangkap oleh tuan puteri lalu dibawa pulang ke mahligainya. Bayan yang jinak dan petah berkata-kata itu menceritakan hal dirinya dan tuannya, iaitu Raja Indera Bumaya. Tuan puteri teruja untuk mengetahui kisah Raja Indera Bumaya. Kemudian bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kalungan bunga dan akhirnya menjelmakan dirinya semula. Tuan puteri telah jatuh cinta kepada Raja Indera Bumaya lalu meraikan baginda.

iii) PerumitanPengawal yang ditugaskan mengawal istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terdengar senda gurau dan gelak ketawa tuan puteri dengan seorang lelaki. Perkara tersebut kemudiannya dikhabarkan kepada Raja Bahrum Dewa.

iv) KlimaksRaja Bahrum Dewas mengarahkan seluruh rakyat mengepung istana tuan puteri untuk menangkap lelaki tersebut. Maka, Raja Indera Bumaya pun menyeru batu sakti lalu keluarlah empat jin dan disuruh berlawan dengan bala tentera Raja Bahrum Dewa.

v) PeleraianBerlaku peperangan antara rakyat Raja Bahrum Dewa dengan empat ribu jin yang menyebabkan tumpahan darah yang banyak.

Teknik Plot1. Teknik pemerian.(a) Pengarang memerihalkan penyamaran Raja Indera Bumaya ketika memerhatikan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi dengan dayang-dayang dan inang pengasuhnya di taman istana.Contohnya:Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berselindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dam kakinya daripada emas. (halaman 37)

2. Teknik dialog.(a) Dialog antara Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dengan peri.Contohnya:Setelah sampai ke rumah peri itu, maka kata peri itu, Di manakah tuanku beroleh bayan ini? Maka tuan puteri tersenyum seraya katanya, Adapun bayan ini dapat di pohon kemunting tadi beta tangkap. (halaman 38)

3. Teknik monolog/monolog dalaman.(a) Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bermonolog apabila mengenangkan kasih sayang Raja Indera Bumaya terhadap baginda.Contohnya:Maka tuan puteri pun terkenang akan kasih sayang Raja Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri pun makin sangat menangis. Di dalam hatinya, Sungguhlah juga mati Raja Indera Bumaya ini. Aku pun tiada mahu hidup lagi. (halaman 44)

Gaya Bahasa1. Bahasa Melayu klasik.(a) Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi, berbedak dan berlangir.(b) Hai bayan, berceteralah engkau supaya kami dengar.

2. Bahasa istana.(a) Adinda nyawa kakanda, dengar juga kata kakanda. Sudah mati kelak baharu tuan kembali pada ayahanda bonda tuan.(b) Marilah santap tuanku.(c) Murka sangatlah paduka ayahanda.

3. Simile.(a) Tidur dan bantal seperti ada orang tidur.

4. Personifikasi.(a) patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung

5. Hiperbola.(a) Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya.

6. Pengulangan/repitisi.(a) Mata yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau.

7. Peribahasa.(a) bulan dipagar bintang(b) ekor mata

8. Pantun.(a) Rumbia banyak di tanjung,Puan di mana sahaya dihempaskan;Meski seribu orang mengepung,Tuan tidak abang lepaskan.

Nilai1. Kegigihan. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya kepada burung bayan, burung nuri dan kalungan bunga untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.2. Kasih sayang. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Raja Indera Bumaya saling mengasihi antara satu sama lain.3. Keberanian. Contohnya, Raja Indera Bumaya tidak menampakkan kegentaran apabila dimaklumkan kejadian kepungan rakyat dan hulubalang di sekeliling mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.4. Tanggungjawab. Contohnya, menteri melaporkan peristiwa mereka mendengar suara lelaki di dalam mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi kepada Raja Bahrum Dewa kerana bimbang akan keselamatan tuan puteri tersebut.

Pengajaran1. Kita hendaklah bijak menggunakan kelebihan diri demi kesejahteraan hidup. Contohnya, Raja Indera Bumaya telah menggunakan kelebihan dirinya yang boleh membuat penyamaran untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.2. Kita hendaklah mempunyai sikap taat setia terhadap pemerintah. Contohnya, hulubalang dan rakyat menumpahkan kesetiaan kepada Raja Bahrum Dewa apabila diperintahkan supaya mengepung mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi untuk menangkap Raja Indera Bumaya.3. Kita mestilah berani apabila melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Raja Indera Bumaya berani melakukan pelbagai taktik penyamaran untuk mendampingi Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.4. Kita mestilah menghargai nyawa orang lain. Contohnya, Raja Indera Bumaya mengarahkan jin-jin ciptaannya supaya hanya menyerang tentera Raja Bahrum Dewa tanpa membunuh mereka.