Hikayat Panji Semirang
Transcript of Hikayat Panji Semirang
PL 4204KP:
Kesusasteraan Melayu II
Tajuk:
Hikayat Panji Semirang
[Sinopsis, Watak dan Perwatakan]
Sinopsis
Aktiviti Belajar Sambil
Bermain
Arahan:• Buat 2 kumpulan• Satu kumpulan “X”• Sebahagian lagi kumpulan “O”• Jawap soalan mengikut nombor yang dipilih.• kumpulan yang banyak menjawab soalan yang tepat dikira pemenang
Watak &
Perwatakan ???
Watak dan Perwatakan selalunya terbahagi kepada
2:Protagonis Antagonis
Watak-watak yang
baik
Watak-watak yang
jahatJadinya..
Siapakah watak Protagonis dan Antagonis dalam Hikayat
Panji Semirang????
Menganalisis Watak dan Perwatakan
Pelukisan Langsung
Pelukisan Tidak Langsung
Pelajar tidak perlu berfikir.
Pelajar kena berfikir dan mengkaji sendiri tentang perwatakan siwatak
pencerita menyebutkan dengan jelas watak yang baik atau jahat, watak lelaki atau perempuan, watak yang sihat atau sakit dan sbg.
Pencerita hanya menceritakan hal luaran, apa yang dikatakan dan dilakukan oleh siwatak.
Pencerita juga akan memberikan pendapatnya sendiri tentang perasaam watak, apa-apa yang difikirkan watak dan sbg.
Pelajar boleh menilai perwatakan watak berdasarkan hal-hal berikut:• apa yang watak lakukan? Bagaimana dia bertindak dalam satu-satu keadaan atau terhadap orang lain?•Apa yang watak kata atau fikir?•Apa yang watak lain katakan tentangnya?•Bagaimana watak lain bertidak balas terhadapnya?
Aktiviti Berkump
ulan:Perbinca
ngan
Arahan: Setiap kumpulan dikehendaki
menganalisis Perwatakan-Perwatakan Berikut:
Kumpulan 1 Galuh Cendera Kirana
Kumpulan 2 Raden Inu Kertapati
Kumpulan 3 Galuh Ajeng
Kumpulan 4 Paduka Liku
Tips Teknik Membentang:
1.Setiap wakil yang dipilih untuk membentang hendaklah berdiri menghadap pelajar-pelajar yang lain.2.Suara hendaklah lantang dan pernyataan hendaklah jelas.3.Gunakan bahasa Baku (Standard).4.Berkeyakinan dihadapan pelajar untuk mengemukakan isi perbincangan5.Berikan penerangan Lanjutan jika perlu
Jawapan
Galuh Cendera Kirana• Anak kepada Raja Daha dengan Permaisuri.
• Menjadi kesayangan seisi istana• Bertunang dengan Raden Inu Kertapati (sepupunya sendiri)
• Galuh Ajeng dan Paduka Liku sangat dengki terhadapnya dan bondanya, Permaisuri.
• Melarikan diri dari istana dan pergi mengembara setelah ayahandanya, memberi layanan buruk terhadap dirinya• Menyamar menjadi lelaki Menjadi Panji Semirang
Asmarantaka.• Hidup sebagai penyamun di dalam hutan rimba di antara sempadan
Daha dan Kuripan. •Memaksa Raden Inu berangkat pergi ke Daha dan di situ dia
dikahwinkan dengan Galuh Ajeng untuk menggantikan Galuh Cendera Kirana.
• Namun, Raden Inu melarikan diri dan pergi ke kota Panji Semirang.
• Akhirnya Raden Inu mengetahui bahawa Panji Semirang itu adalah tunangannya kemudian mereka pun berkahwin.
Raden Inu Kertapati (Raden Inu Panji Daeng Kesuma)
• Anak kepada Raja Kuripan. • Sudah bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu
Galuh Cendera Kirana.
• Merupakan seorang yang kacak, budiman dan perkasa.
• Berangkat untuk memerangi penyamun yang merampas
utusan dari Kuripan ke Daha.• Raden inu tidak jadi memerangi penyamun
malahan mereka berdamai dan telah menjadi sahabat.
• Tidak menyedari bahawa ketua penyamun iaitu Panji
Semirang itu adalah tunangnya sendiri. • Semasa hari perkahwinannya dengan Galuh
Ajeng, Raden Inu telah melarikan diri dan pergi ke kota tempat
Panji Semirang. Tetapi Panji Semirang telah
meninggalkan kotanya.
• Setelah mengetahui Panji Semirang itu adalah tunangannya
maka mereka pun berkahwin.
Galuh Ajeng• Anak perempuan kepada Sang Nata dengan Paduka
Liku• Adik tiri kepada Galuh Cendera Kirana.
• Galuh Ajeng sangat cemburu terhadap kakaknya.• Apabila dia mendapati khabar kakanya telah bertunang, maka rasa sakit hatinya terhadap
kakaknya semakin menjadi-jadi tambahan pula ayahandanya sangat kasih kepada kakaknya itu. • Hajatnya untuk berkahwin dengan Raden Inu akhirnya tercapai juga tetapi Raden Inu tidak mengendahkannya dan meninggalkan dirinya. • Akhirnya, dia telah dikahwinkan lagi dengan
sepupunya iaitu anak Raja Gegelang yang dungu.
Paduka Liku• Isteri ketiga Raja Daha, Sang Nata.
• Mempunyai seorang anak perempuan bernama Galuh Ajeng. Seorang perempuan yang berkelakuan
jahat dan pendengki tetapi mempunyai rupa paras yang cantik.
• Sangat dengki kepada Permaisuri • Membunuh Permaisuri dengan cara membubuh
racun pada tapai yang diberikannya kepada Permaisuri.
• Sangat disayangi oleh Raja Daha setelah kemangkatan Permaisuri
• Raja Daha asyik bersuka-sukaan dengan Paduka Liku sehingga tidak lagi ingat akan kemangkatan
Permaisuri. • Paduka Liku akhirnya meninggal kerana
berdukacita akibat tidak diendahkan oleh suaminya, Sang Nata.
•Penilaian a)Jadi, Apakah yang kita pelajari pada
hari ini?b)Nyatakan watak-watak penting dalam
Hikayat Panji Semirang?
•Rumusan isi pelajaran
•Surah Al-Asr
•Sekian Terima Kasih