Hikayat Marakarma (Slide)
Transcript of Hikayat Marakarma (Slide)
PROSA TRADISIONAL
HIKAYAT MARAKARMA
Betara Angkasa Indera Dewa iaitu maharaja keinderaan di negeri kayangan
telah memohon kepada Betara Guru untuk turun ke dunia
Betara Guru telah mengizinkan dengan syarat jika baginda turun ke dunia
baginda akan ditimpa kesusahan. Betara Angkasa Indera dewa turun ke
dunia dengan membawa isterinya Dewa Kencana bersama-sama.
Di dunia Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah menjadi miskin.
Semasa temasya raja-raja di negeri Anta Beranta, Si Miskin dan isteri telah
dicerca oleh orang ramai dengan dilontar kayu dan batu sehingga badan
mereka bengkak-bengkak dan berlumuran darah
Kemiskinan hidup telah membuatkan Si Miskin dan isteri mencari makanan
dalam timbunan sampah. Mereka telah menjumpai sebiji ketupat basi dan
sebuku tebu.
Ketupat dan tebu yang mereka makan itu sebenarnya merupakan jelmaan
dua orang anak Betara Karma Jaya yang meminta izin untuk turun ke bumi.
Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam hendak makan buah
mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman raja.
Si Miskin telah menghadap Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah
mempelam dan nangka agar dapat diberikan kepada isterinya.
Baginda dengan murah hati telah menunaikan permintaan Si Miskin itu.
Isteri Si Miskin melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Marakarma.
Sewaktu Si Miskin sedang menggali tanah untuk membina pondok keluarganya,
dia telah terjumpa dengan sebuah tajau yang penuh berisi emas.
Si Miskin percaya bahawa anak lelakinya itu membawa rahmat dan berdoa
agar terbina sebuah kerajaan yang lengkap
Dengan kuasa Tuhan maka terbinalah sebuah kerajaan yang lengkap dan
diberi nama Puspa Sari.
Si Miskin telah menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan
isterinya kepada Tuan Puteri Ratna Dewi
Mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan dan diberi nama Tuan
Puteri Nila Kesuma
Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya dengan adil dan
berjiwa rakyat
Kesabaran sepasang suamiisteri dalam menempuh pelbagai
kesengsaraan dan rintangansemasa berasa di dunia
1. Berani mengambil risiko untuk melakukan sesuatu perkara.
2. Kasih sayang sepasang suami isteri yang sanggup bersama- sama ketika susah dan senang
3. Tidak memandang rendah kepada mereka yang miskin
4. Keadilan dalam pemerintahan
1. Betara Angkasa Indera Dewa / Si Miskin /Maharaja Indera Angkasa
o Maharaja keinderaan yang hebat
o Suami kepada Dewi Kencana
o Menjadi miskin setelah turun ke dunia dan digelar Si Miskin
o Seorang yang sabar dan tabah
o Seorang yang penyayang
o Memerintah negeri Puspa Sari dan menukar nama kepada Maharaja Indera Angkasa
o Seorang raja yang adil, saksama dan berjiwa rakyat
2. Dewi Kencana / Isteri Si Miskin / Tuan Puteri Ratna Dewi
o Isteri kepada Betara Angkasa Indera Dewa
o Seorang isteri yang setia kepada suaminya
o Seorang yang sabar dan tabah
o Seorang yang penyayang
o Melahirkan dua orang anak iaitu Marakarma dan Tuan
Puteri Nila Kesuma
o Menukar nama kepada Tuan Puteri Ratna Dewi
3. Maharaja Indera Dewa
o Memerintah negeri Anta Beranta
o Seorang raja yang sombong pada awalnya
o Menjadi seorang yang pemurah dan baik hati dengan memberikan Si Miskin mempelam dan nangka
4. Betara guruo Ahli kayangan yang menurunkan Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya ke bumi
o Murka kepada Betara Angkasa Indera Dewa
o Lambat membuat sesuatu keputusan
5. Marakarma
o Anak kepada Si Miskin dan isterinya
o Berketurunan Dewa
o Diturunkan ke bumi menjadi tebu dan dimakan isteri Si Miskin
o Rupa paras yang menawan
6. Tuan Puteri Nila Kesuma
o Anak kepada Maharaja Indera Angkasa dan isteri
o Adik kepada Marakarma
Latar Tempat
Latar Masa
o Pada zaman dahulu
o Pada waktu pagi hingga malam
o Di kayangan (Istana Betara Angkasa Indera Dewa)
o Di sebuah negeri bernama Anta Beranta
o Di sebuah negeri bernama Puspa Sari
Latar Masyarakat
o Masyarakat di kayangan
o Masyarakat di bumi
o Masyarakat yang setia kepada pemerintah (feudal)
o Masyarakat miskin
o Masyarakat yang sabar dan tabah
Permulaan
Betara Angkasa Indera Dewa memohon kepada Betara
Guru untuk turun ke bumi dengan isterinya Dewi Kencana
untuk melihat temasya raja-raja. Permohonan dipersetujui
oleh Betara Guru
Perkembangan
Betara Angkasa Indera Dewa dan permaisurinya di gelar
Si Miskin. Kehidupan mereka amat susah. Isteri Si Miskin
mengandung dan mengidam hendak makan buah
mempelam dan buah nangka dalam taman diraja. Selepas
sembilan bulan, isteri Si Miskin melahirkan seorang bayi
lelaki yang diberi nama Marakarma
Klimaks
Si Miskin menjumpai tempayan berisi emas ketika sedang
menggali lubang untuk mendirikan pondok. Kehidupan Si
Miskin menjadi senang.
Peleraian
Si Miskin telah menukar nama kepada Maharaja Indera
Angkasa manakala isterinya bernama Tuan Puteri Ratna
Dewi. Baginda memerintah kerajaan bernama Puspa Sari.
Maharaja Indera Angkasa telah dikurniakan seorang anak
perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma
o SIMILE Contoh : … seperti orang hendak mati (hal. 56)
o BAHASA ISTANA Contoh : Titah baginda, “suruh usir jauh-jauh” (hal. 53)
o ANAFORA Contoh : ada yang disuruhnya membeli pedang
ada yang disuruhnya membeli otar-otarada yang disuruhnya membeli keris (hal. 58)
o SINKOPE Contoh : Wahai kekanda, sangatlah sakit tubuhku, tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku
(hal. 53)
NILAI PENGAJARANKasih Sayang Kita perlu menyayangi ahli keluarga kitaTabah & Sabar Kita mesti tabah dan sabar menghadapi
kesengsaraan dan cabaran kehidupanTanggungjawab Kita mestilah menjadi seorang yang
bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat
Berani Kita haruslah berani menyuarakan hasrat hatiSimpati Kita perlu bersimpati kepada mereka yang daif
TERIMA KASIH
LATIHAN
Si Miskin pun berasa hairan kerana orang-orang di pasar begitu baik terhadap dirinya.
(hal. 55)
Suaikan latar masyarakat yang sesuai dengan peristiwa di bawah :
… maka Betara Angkasa Indera Dewa pun kembali ke istana …
(hal. 51)
Beberapa raja-raja di tanah dewa takluk kepada baginda dan
menghantar ufti kepada baginda pada tiap-tiap tahun. (hal 52)
Pada suatu hari Si Miskin bertemu dengan orang
membuang sampah di tengah jalan raya. Dia pun berhenti dan
mencari barang yang boleh dimakan dalam timbunan
sampah itu. (hal. 53)
Golongan miskin yang susah
Golongan istana yang terdiri daripada raja-raja, permaisuri,
putera raja dan tuan puteri
Rakyat biasa yang suka menolong orang lain
Masyarakat raja yang berada di bawah naungan kerajaan
yang lebih besar