Hidroponik ( tugasan )
-
Upload
pensil-dan-pemadam -
Category
Documents
-
view
1.169 -
download
9
Transcript of Hidroponik ( tugasan )
HIDROPONIK
DEFINISI:
Secara am ialah sains menanam pokok tanpa tanah dengan hanya memberi unsur-
unsur makanan dan mineral dalam larutan air.HIDROPONIK diambil dari perkataan Yunani
‘HUDOR’ bererti air, ‘PONOS’ bererti kerja. Apabila disatukan perkataan ini ia membawa
maksud “kerja air”.
SEJARAH HIDROPONIK.
Eksperimen pertama bermula tahub 1699 oleh John Woodward, seorang Fellow dari
Royal Society, England.Ia berjaya menanam pokok dalam air yang telah ditambah berbagai
jenis tanah.Beliau ingin memastikan sama ada air atau tanah yang diperlukan untuk
tumbesaran pokok. Penyelidikan oleh dua saintis Jerman Julius Von Sachs (1860) ahli
botani dan W. Knop (1861-1865) ahli kimia pertanian adalah amat penting.Ia dianggap suatu
permulaan sebenar sains hidroponik.Dalan tahun 1860-an mereka mencipta cecair
mengandungi nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok berupaya menjadi dewasa
dalam cecair tersebut
KEBAIKAN SISTEM HIDROPONIK.
Bersih dari kekotoran yang biasa dikaitkan dengan tanah dan selamat dimakan.
Cara pengambilan baja oleh tumbuhan lebih cekap kerana baja diserap melalui
larutan.
Serangan perosak dan penyakit kurang dibandingkan dengan tanah yang
menjadi pelindung organisasi merbahaya.
Sistem ini tidak perlu penyelenggaraan rapi.
Hasil diperolehi dengan cepat dan lebih banyak serta berkualiti tinggi.
Tumbuhan lebih ringan dan mudah alih.Keupayaan ini penting untuk penanaman
dalam bangunan yang selalu di ubah kedudukannya.
Tumbuhan tidak perlu disiram.
Tumbuhan boleh ditanam dalam berbagai jenis bekas yang menarik.
Tumbuhan boleh ditanam di kawasan yang tiada tanah atau tidak subur, berbatu,
berpasir atau tidak mempunyai saliran yang baik.
Pengawalan rumpai tidak perlu dilakukan.
Pencemaran alam dari racun-racun dapat dielekkan.
Hasil pengeluaran adalah seragam.
KEBURUKAN HIDROPONIK.
Kos pembinaan memerlukan modal yang lebih dari penenaman biasa.
Dari segi teknikal, pengetahuan mendalam perlu terutama dalam pengurusan
nutrien.
Jika sistem yang menggunakan pam untuk menjalankan saliran air, tenaga
elektrik diperlukan.Dalam keadaan bekalan terputus atau sistem rosak lebih dari
masa yang ditentukan pokok akan mati.
Dari segi jenis tanaman, sayuran berakar panjang atau berubi tidak sesuai
seperti lobak, ubi kentang dan ubu keladi.
STRUKTUR PEMBINAAN HIDROPONIK.
Komponen asas yang perlu disediakan untuk kaedah hidroponik adalah seperti berikut:-
Bekas Takungan
Medium
Larutan Zat
Air
Alatan Khas
BEKAS TAKUNGAN
Takung ialah suatu bekas di mana larutan disimpan atau tempat medium diisi.
Takung boleg dibuat daripada konkrit, papan atau boleh dibeli siap seperti plastik
atau fiberglass.
Bentuk dan saiz takung ikut keperluan sendiri.
Elak guna takung diperbuat dari zink, tembaga, besi atau keluli.
Bahan yang sesuai ialah plastik, tembikar, kaca, konkrit dan fiberglass.
Bahan yang lutsinar perlu dicat untuk mengelakkan pertumbuhan alga.
MEDIUM
Medium ialah bahan untuk menyokong pokok dan sebagai tapak untuk menyemai biji
benih.
Bahan-bahan yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-
a) Bahan bukan organan atau tidak mudah reput.
b) Berupaya menahan kelembapan.
c) Mempunyai saliran yang baik.
d) Mempunyai ruang rongga untuk pengudaraan.
e) Tidak mengeluarkan bahan beracun.
f) Senang untuk dicuci.
LARUTAN ZAT
Larutan zat ( nutrien ) mengandungi makanan seimbang untuk tanaman. Tanaman
memerlukan unsur nutrien untuk hidup.Unsur-unsur yang diperlukan ialah:-
NITROGEN - Pembentukan daun dan batang.
FOSFORUS - Pembentukan bunga, buah dan akar, cepat matang dan
menguatkan tangkai tanaman.
KALIUM - Mempercepatkan tumbesaran tisu, mengawal pergerakan stoma,
tahan penyakit dan menambah kebernasan.
KALSIUM - Tumbesaran pucuk dan akar, juga bantu proses menyerap unsur
Magnesium.
MAGNESIUM - Satu komponen klorofil.Aktif dalam proses penyebaran Fosforus
dalam tumbuhan.
SULFUR - Pengeluaran tenaga dan pembentukan protien.
FERUM - Pembentukan klorofil.
MANGANUM - Membantu penyerapan Nitrogen.
ZINK - Komponen yang diperlukan dalam proses pemindahan tenaga.
BORON - Perlu, tetapi proses khusus belum ditemui.
KUPRUM - Pembentukan Klorofil.
AIR
Sumber air yang bersih adalah penting dalam penanaman hidroponik. Kandungan
klorin dalam air paip perlu diberi perhatian.Jika kandungan klorin tinggi biarkan air disinari
cahaya matahari beberapa waktu dan ia akan hilang atau boleh diuji dengan kimia Ortho-
Tolidine
ALATAN KHAS ( OPSIONAl )
Alatan yang diperlukan ialah:-
a) Pam Air - untuk menentukan peredaran larutan zat sekata
pengudaraan lebih berkesan.
mengawal suhu larutan.
b) Pam Udara – membantu menambah kandungan oksigen dalam larutan.
c) Penyukat Jangka ( timer ) – mengawal waktu perjalanan pam air.
PENGURUSAN HIDROPONIK DAN TANAMAN.
Persediaan Sebelum Menanam:-
1.Pembersihan
semua peralatan mesti dicuci untuk menghilangkan bekas-bekas akar atau kotoran.
2.Sterilisasi
semua peralatan perlu disterilisasi untuk menghapuskan organisma yang
mengakibatkan serangan penyakit.
3.Menanam
a) Semaian Terus
b) Biji benih dipracambah
4.Pemilihan Anak Benih
5.Persediaan Baja.
Berikut adalah jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam menggunakan kaedah
hidroponik. Kaedah-kaedah lain yang tak disebut juga boleh ditanam menggunakan kaedah
ini.
TANAMAN JENIS SAYUR-SAYURAN DAN HERBA
1. Sawi
2. Kailan
3. Bayam hijau
4. Bayam merah
5. Salad
6. Kangkung
7. Daun kesum
8. Misai kucing
9. Taugeh
10. Daun Bawang
11. Daun Saderi
12. Kucai
13. Cekur manis
14. Pudina
15. Selasih
TANAMAN JENIS BUAH DAN KEKACANG
1. Kentang
2. Tomato
3. Lobak merah
4. Lobak putih
5. Timun
6. Kacang Bendi
7. Kobis bunga
8. Cili
9. Kacang buncis
10.Kacang panjang
11. Terung
12. Tembikai
13. Pisang Berangan
14. Rossele
15. Kacang botol
16. Petola
17. Peria
TANAMAN JENIS HIASAN DAN BUNGA-BUNGAAN
1. Mawar
2. Kekwa
3. Carnation
4. Puding
5. Melati
6. Bunga Lili
7. Bunga raya
Gamba rajah 1 : Model system Hidroponik
Gamba rajah 2 : Tanaman Sawi Hidroponik
Gamba rajah 3 : contoh Tanaman sistem Hidroponik
Gamba rajah 4 : cara-cara mengeluarkan tanaman Hidroponik
Gamba rajah 5 : cara-cara mengeluarkan tanaman Hidroponik
Gamba rajah 6 : Set Hidroponik Gamba rajah 7 : Daun bawang Hidroponik
Gamba rajah 8 : Model sistem Hidroponik
Gamba rajah 9 : Contoh-contoh tanaman secara Hidroponik
Gamba rajah 10 : kaedah tanaman secara Hidroponik
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka surat
1 Biodata pelajar i
2 Hidroponik 1
3 Sejarah hidroponik 1
4 Kebaikan hidroponik 1-2
5 Keburukan hidroponik 2
6 Struktur pembinaan hidroponik
a) Bekas Takungan
b) Medium
c) Larutan Zat
d) Air
e) Alatan Khas
2-4
7 Contoh tanaman hidroponik
a) Tanaman Jenis Sayur-Sayuran Dan Herba
b) Tanaman Jenis Buah Dan Kekacang
c) Tanaman Jenis Hiasan Dan Bunga-Bungaan
4-6
8 bibliografi 7
Bibliografi
Diperoleh: http/kebunwarisan.blogspot.com/2008/04/hidroponik.html
Diperoleh: http/ms.wikipedia.org/wiki/Hidroponik
Diperoleh: http/spt01.tripod.com/hidroponik.htm
Diperoleh: http/www.angelfire.com/biz/kazz hidroponik /laman6.html
Diperoleh: http/ www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel.../hidroponik.htm