HIASAN SIARKAKI
Transcript of HIASAN SIARKAKI
HIASAN SIARKAKI
LANGSUYAR
Siar Kaki adalah merupakan laluan pejalan kaki. Pelbagai jenis dan rupa bentuk siar kaki dihasilkan hasil kreativiti pereka landskap. Di sini i ingin menekankan tentang hiasan siar kaki di mana hiasan ini di letakkan di sepanjang tepi laluan pejalan kaki....
Baru-baru ini i ada berjalan di Taman Tasik Taiping, Jalan-jalan punya jalan....masa tu dah dekat pukul 7.00 malam suasana suram.....sunyi sepi pulak.....bulu roma i tegak pulak tu....tiba-tiba i terjumpa.......
I terjumpa dan terpandang satu susunan pokok yang amat menarik, cantik dan tersusun. Jadi i ambil le gambarnya.....
Tak sangka betul i Langsuyar di susun menjadi cantik sebegitu rupa.....inilah gambarnya
Pokok yang daunnya mencapah di kenali dengan nama Pokok Langsuyar, orang dulu tidak berani menanam pokok ini kerana mengaitkan pokok ini sebagai tempat tinggal hantu langsuyar. Sekarang pokok ini menjadi tanaman hiasan yang sangat menarik dan di tanam di merata-rata tempat....Pokok ini juga dikenali dengan
nama Pokok Sarang Burung (Bird nest Fern).
Nama Saintifik : Asplenium nidus
Keluarga : Aspleniaceae
Nama biasa : Pokok Sarang Burung
Asal : Afrika
Pokok langsuyar ini di susun sebaris,membentuk laluan kepada pejalan kaki.Pokok ini mudah disenggarakan..... lasak dan tidak memerlukan siraman setiap hari.....
Pokok langsuyar boleh di dapati di atas pokok....kerana sifatnya menumpang....pokok ini juga cantik di letakkan di kawasan rumah dan tepi kolam....
Ixora tanaman hiasan eksotik
Oleh Rohaniza [email protected]
Ixora kuning menarik untuk laman hadapan.
Selain menghias landskap, hampir semua bahagian pokok Siantan ada khasiat termasuk rawat muntah dan anorexia
APABILA nama Ixora disebut ramai yang mengaitkannya dengan MPV pertama nasional Proton Exora. Ironinya, nama MPV itu tidak mengambil sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cuba mengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama.
Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagai Jasmin India Barat.
Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan dan Tengah termasuk Florida di Amerika Syarikat yang menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dan kota berkenaan.
Selain Ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea, techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihan utama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Gambar kiri, Ixora dikenali sebagai bunga jejarum kerana bunganya bentuk peniti. Gambar kanan, Ixora ebracteata
berwarna putih dan bunga lebih kecil.
Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Pokok Ixora Merah dikatakan berasal dari Pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga pokok ini. Daun Ixora Merah juga lebih besar dibandingkan dengan Jejarum lain.
Dilaporkan ada lebih 400 spesies Ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Negara Thai dan Singapura.
Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasan Tropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratan batang atau dari biji benih. Perlu ditanam dalam cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yang sederhana.
Ixora Merah sering digunakan penganut Hindu dalam upacara keagamaan dan sudah lama menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India terutama merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.
Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit birit dan keputihan melampau.
Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.
Di Bengal, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di Indo-China rebusan akar pokok ini mengatasi masalah kencing kotor.
Fakta: Spesies Ixora
Ixora finlaysoniana dikenali sebagai bunga eksotik kerana bunganya putih berbau harum dan tumbuh renek. Ia yang banyak dijumpai di Negara Thai
Ixora bukan hanya mempunyai nama yang indah tetapi rupa cantik dan baunya juga harum.
Anda boleh merasakan kemanisan madu bunga Ixora hanya dengan menyedut hujung bunga.
Bunga Ixora juga dijadikan ramuan sebagai perisa dalam makanan tradisional di Asia Tenggara seperti wajik. Baunya yang manis dan sedikit harum menjadikan ia penghias rambut dan pewangi bedak.
Antara Spesies IxoraIxora albersii Ixora brevipedunculata Ixora calycina Ixora coccinea Ixora degemensis Ixora foliosa Ixora johnsonii Ixora jucunda Ixora lawsoni Ixora malabarica Ixora marquesensis
Ixora tanaman pagaran yang cantik.
Ixora moorensis Ixora nigerica Ixora ooumuensis Ixora pudica Ixora raiateensis Ixora raivavaensis Ixora saulierei Ixora setchellii Ixora st.-johnii Ixora stokesii Ixora temehaniensis Ixora umbellata.
Keladi bunting
Oleh Rohaniza Idris [email protected]
Tumbuhan akuatik Eichornia crassipes kian digemari kerana cantik, mudah biak
TERATAI, kiambang dan keladi bunting adalah antara tumbuhan yang sesuai untuk menghiasi taman air. Namun berbanding teratai dan kiambang yang lebih dikenali, tidak ramai yang tahu mengenai keladi bunting walaupun ia banyak ditemui di sungai, tasik, lombong dan terusan di seluruh negara.
Keladi bunting juga sebenarnya lebih dikenali sebagai tumbuhan perosak oleh nelayan dan pengusaha sawah padi tetapi ia semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat seni hiasan laman terutama bagi mereka yang mempunyai taman air, kolam atau pancuran air di kediaman.
Keladi bunting atau nama saintifiknya, Eichornia crassipes juga dikenali sebagai orkid air atau Water Hyacinth daripada spesies keluarga pokok Pontederiaceae. Ia pokok jenis terapung yang cepat membiak dan mampu membiak berlipat kali ganda dengan cepat dalam tempoh 12 hari.
Ia mempunyai bunga kecil seperti orkid dengan enam kelopak berwarna ungu, atau merah jambu keputihan dan jika tumbuh dengan banyak, kelihatan seperti hamparan besar di permukaan tasik.
Tumbuhan air yang berasal dari Amerika Selatan ini, sememangnya amat sesuai membiak di kawasan berair. Tumbuhan akuatik air tawar ini juga boleh hidup dalam keadaan berlumpur atau air yang cetek dan bahagian bonjolan atau bunting pada tangkai daunnya akan hilang.
Kebiasaannya, pokok ini akan terapung-apung di atas air dengan menggunakan bahagian tangkai daun yang bunting dan mempunyai udara di dalamnya. Sekali pandang, batang daunnya tidak ubah seperti pelampung.
Apabila pokok ini membentuk hamparan, ia akan menghalang sinaran matahari menembusi ke dasar air sekali gus mengurangkan kadar pembebasan oksigen. Secara tidak langsung, ia boleh mematikan tumbuhan asal di dasar air yang memerlukan punca oksigen.
Bagi kawasan sungai, kehadiran keladi bunting yang banyak, boleh menghalang bot nelayan menangkap ikan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun bagi seni hiasan laman, pokok keladi bunting sebaliknya tidak memberikan masalah. Ia lebih sesuai diletakkan dalam kolam kecil, tempayan atau pasu besar.
Pokok ini juga lazimnya menjadi penghias pancuran air dan kolam pasang siap yang bersaiz besar dan sederhana. Namun, bagi kolam yang dihuni ikan, seelok-eloknya kawal pembiakan keladi ini supaya ia tidak menghalang cahaya masuk dan menyekat pembebasan oksigen.
Bagaimanapun, biasanya keladi bunting menjadi tempat ikan dalam kolam mencari makan. Ini kerana akar keladi bunting biasanya tumbuh berlumpur di dalam air. Katak dan ikan juga sering menjadikan akar pokok ini tempat ia bertelur.
Bagi segelintir pencinta hiasan laman pula, ada yang tidak suka menanam pokok ini kerana akarnya menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Daun dan batang keladi bunting juga sering dijadikan bahan makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing. Terkini, daun dan batang tumbuhan ini juga dijadikan makanan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan. Ini bermakna, selain menjadi pokok hiasan laman, ia boleh dijadikan bahan makanan untuk ikan di dalam kolam hiasan.
Batang pokok ini juga dikeringkan dan dijadikan bahan utama membuat perabot mesra alam. Permintaan ke atas perabot jenis ini dikatakan semakin bertambah kerana rupanya menarik dan eksotik.
'Ekor kucing' tahan lasak
Oleh Rohaniza Idris [email protected]
Pokok Cattail boleh hidup di kawasan paya, air masin selain diguna bagi rawat parut
PERNAHKAH anda mendengar nama pokok cattail? Mungkin ramai agak asing dengannya tetapi pasti pernah melihat tumbuhan pelik seperti seperti cerut dan sosej dicucuk lidi.
Apa yang pasti, Cattail atau Banat kini kian popular dan menjadi tarikan baru dalam seni hiasan landskap untuk taman air.
Cattail atau sesetengah orang memanggilnya, rumpai ekor kucing ialah tanaman monokot yang mempunyai kira-kira 11 spesies dalam keluarga pokok Typhaceae. Namun, ramai yang keliru yang menyatakan pokok ini sebagai bulrush daripada genre pokok Scirpus.
Ia yang cuma sesuai hidup di kawasan lembap dan berair, boleh mencecah setinggi satu hingga tujuh meter dan daun berbentuk seperti pedang memanjang dan biasanya hidup dalam bentuk rumpun. Akar pokok biasanya terendam dalam lumpur dan tanah lembap manakala batangnya mampu terapung dalam air.
Lebih tepat lagi pokok ini ialah tumbuhan sesuai untuk kawasan paya, lembah dan dalam tasik. Sekali
pandang pokok ini seperti lalang, namun apabila dalam kuantiti yang banyak ia nampak hebat dan memberikan pemandangan menarik untuk laman.
Bunga yang tumbuh di hujung adalah bunga jantan dan bunga
betina tumbuh di pangkal pokok.
Bunganya biasanya berwarna keemasan, kuning jingga atau coklat gelap berbentuk seperti cerut dan sosej dicucuk lidi. Biasanya ia membiak melalui pendebungaan menerusi angin. Bunga Cattail digemari haiwan seperti itik dan angsa, malah menjadi sumber makanan bagi spesies ikan dalam kolam.
Malah, di tasik dan kawasan berpaya, ikan suka bertelur di celah akar pokok Cattail, manakala burung kecil dan haiwan amfibia seperti katak suka berteduh, membuat sarang dan bermain berdekatan pokok ini. Daun Cattail digunakan burung sebagai bahan untuk membina sarang. Di kawasan lembap di Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, rusa juga berlindung untuk menyamar daripada serangan musuh.
Sistem akar pokok ini mampu mencegahnya daripada menghakis tanah dan ia juga boleh hidup dalam tanah yang mengandungi organik. Dalam tanah mineral, pokok ini juga boleh hidup.
Selain menjadi tanaman hiasan, pokok ini banyak digunakan untuk menjadi barang kraftangan yang mana daun dan batangnya digunakan membuat pelapik tempat tidur, tikar, jerami atap, bakul, bot, tali, kasut dan kertas.
Masyarakat kaum pribumi di Amerika Syarikat menjadikannya salah satu makanan yang dimasak bersama sayuran, manakala batang muda pokok dimakan mentah atau dimasak. Putik bunga Cattail pula dibakar sebelum dimakan.
Gambar atas, bunga banat yang kering seperti kapas menjadi bahan membuat
bantal dan selimut. Gambar tengah, bunga banat kering
menyerupai bunga lalang. Gambar bawah, tumbuhan air
pilihan peminat hiasan landskap.
Bunga yang sudah tua pula dijadikan Orang Asli di Amerika untuk membuat bantal atau bahan dalaman lampin, sama seperti fungsi kapas dan kekabu.
Dalam perubatan tradisional orang asli Red Indian, lendir daripada batang Cattail digunakan merawat luka, melecur selain masalah kulit seperti parut akibat campak dan jerawat, manakala bunganya dibakar untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan agas. Tumbuhan ini juga kini sedang dikaji untuk dijadikan bahan bakar dalam teknologi biomas sebagai tenaga baru yang diperbaharui.
Di Asia, Cattail jenis Typha augustifolia banyak ditemui terutama di Malaysia dan Singapura. Menariknya, Cattail daripada jenis ini boleh hidup dalam air masin dalam paya serta tempat lembap di kawasan pergunungan setinggi 1,700 meter.
Bunga Cattail ada dua jantina iaitu bunga jantan biasanya tumbuh di hujung batang dengan debunga berwarna kuning manakala bunga betina tumbuhan di bahagian bawah dan biasanya berbentuk seperti sosej dan lebih gemuk.
INFO: Jenis Cattail
Typha angustifolia - Menyerupai Bulrush dan mempunyai daun lebih runcing dan lurus.
Typha angustifolia x T. latifolia - Hibrid dan dikenali sebagai Cattail Putih
Typha domingensis
Typha latifolia
Typha laxmannii - Laxman's Bulrush
Typha minima - Bulrush renek
Typha orientalis dan Typha muelleri - Raupo
Typha shuttleworthii - Shuttleworth's Bulrush.
Kembang Tiga Bulan
Oleh Rohaniza [email protected]
Bunga Tiga Bulan tumbuhan sederhana dan begitu diminati oleh pencinta hias laman.
Bunga Siti Zubaidah biarpun cantik, wangi tetapi beracun
POKOK Bunga Tiga Bulan ialah spesies Hydrangea dipercayai berasal dari Jepun, namun ia ditanam secara meluas pada kebanyakan negara di dunia termasuk yang mempunyai empat musim.
Ada pelbagai nama bagi pokok ini seperti Bigleaf Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea, Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah.
Dikenali sebagai pokok hiasan taman kerana ada lebih 600 jenis pokok yang mempunyai bunga berbeza warna, pokok Bunga Tiga Bulan mempunyai batang yang lembut dan tumbuh tegak serta mencapai ketinggian satu hingga tiga meter. Namun, ia masih dikategorikan sebagai tanaman renek pada musim daun luruh.
Pokok ini berbunga dalam bentuk jambangan, manakala daunnya tebal, licin, berwarna hijau dan berbentuk bujur dengan ukuran panjang 8 hingga 12 sentimeter (sm). Bunganya berkumpul di hujung batang dan berwarna di antara putih, biru, ungu dan merah muda bergantung kepada pH tanah.
Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan berwarna biru, manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda. Jika bunganya putih ia tidak bertukar warna.
Bunga Tiga Bulan berasal dari Jepun.
Bagi peminat bunga ini mereka sering mengawal warna bunga dengan menambah kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan.
Bunga ini juga boleh memiliki warna pelangi sekiranya bahan kimia seperti Na2CO3 ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.
Oleh kerana sifat bunganya mudah kering udara dan boleh bertahan lama, Bunga Tiga Bulan sering menjadi pilihan untuk jambangan bunga.
Tumbuhan ini mempunyai lebih 70 hingga 75 spesies dan asalnya dikenali sebagai tumbuhan di kawasan pedalaman Timur dan Selatan Asia seperti China, Korea, Jepun, kawasan sekitar Himalaya dan Indonesia. Ia juga banyak ditemui di benua Amerika Selatan dan Utara.
Menariknya, pokok ini mendapat namanya kerana sifat bunganya yang mampu hidup selama tiga bulan sebelum gugur. Bagi negara empat musim, bunga ini akan berkembang pada awal musim bunga sehingga lewat musim luruh.
Bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan bunga, selepas saja
Hydrangea 'bavaria' bunga hidrib warna pelangi.
bunganya gugur ia perlu dipangkas. Jika tidak dipangkas dikhuatiri jambangan bunga yang dihasilkan pada musim ia berbunga akan menjadi lebih kecil.
Bunga ini mengandungi racun dalam kadar sederhana tetapi jika dimakan pada kadar yang banyak boleh membawa maut. Dipercayai masyarakat orang Asli menggunakan akar pokok ini sebagai salah satu ubat perancang keluarga.
Di Korea, Hydrangea serrata digunakan membuat teh herba dikenali sebagai sugukcha atau ilsulcha, manakala Hydrangea paniculata digunakan sebagai bahan yang memabukkan dan ada yang menggunakan pohon ini sebagai racun yang boleh menyebabkan kematian.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan dan koma. Tumbuhan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit.
Di Jepun, kelopak bunga dijadikan campuran untuk teh Hydrangea, yang dikenali dengan ama-cha. Minuman ini bagaimanapun tidak memabukkan.
Jika berminat menanam pokok ini, pastikan tanahnya gembur, sedikit lembap dan mempunyai sistem pengairan yang baik. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang sederhana dan kadar air untuk penyiraman juga sederhana.
Pokok ini dikategorikan sebagai tahan lasak, manakala cara pembiakan secara keratan. Kebiasaannya, pokok ini jarang dijangkiti penyakit atau kena serangan serangga.
Bagi Bigleaf hydrangea serangga seperti kulapuk putih sering menyerang, manakala Oakleaf Hydrangeas pula sering mengalami masalah serangan penyakit pada akarnya jadi pokok ini perlu bebas kelembapan melampau.
INFO: Memangkas Pokok Bunga Tiga Bulan
Memangkas pokok secara berkala akan menggalakkan lagi pertumbuhan daun dan bunga pokok.
Buang satu atau tiga batang besar pokok akan menyegar dan menyihatkan pokok. Bagi negara empat musim, pemangkasan seeloknya di lakukan pada musim sejuk kerana kebanyakan daunnya gugur.
Pemangkasan bukan hanya mengawal ketinggian pokok tetapi termasuk kerja membuang daun layu dan kesan jambangan bunga yang gugur.
Pemangkasan bergantung kepada spesies pokok. Dapatkan maklumat daripada pakar atau nurseri mengenainya.
Antara Hydrangea yang popular ditanam termasuk:
‘Beaute Vendomoise’ (gergasi lacecap) ‘Big Smile’ - hibrid macrophylla x serrata (lacecap) 'Blue Bonnet' 'Blue Wave' 'Bluebird' 'Endless Summer' 'Forever Pink' 'Lilicana' 'Nikko Blue' (l) 'Pia' (kerdil) 'Red Star' (biru atau merah gelap bergantung pada pH) 'Sister Theresa'
'Taube' ( hasil kacukan Swiss yang bernilai tinggi) 'Veitchii'
Bunga 'labah-labah putih'
Oleh Rohaniza Idris [email protected]
Spider lily memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh subur.
Bakung atau spider lily sering hiasi taman air, selain dijadikan herba merawat luka
BUNGANYA cantik berwarna putih dengan lima kelopak, tidak ubah seperti labah-labah putih hinggap di celah dahan pepohon. Tidak hairanlah, kehadirannya pasti menarik tumpuan mata tetamu yang berkunjung di laman kediaman.
Inilah tarikan bunga Bakung atau lebih dikenali sebagai ‘spider lily’ atau nama saintifiknya Hymenocallis littoralis daripada keluarga Amaryllidaceae.
Pokok ini banyak dijumpai di kawasan tropika dan sub tropika, termasuk di Malaysia dan ada kira-kira 50 spesies pokok ini di dunia.
Pokok bebawang yang menjadi herba sejak berkurun lamanya ini mempunyai bunga unik kerana ada lingkaran di tengah-tengah (corona) yang jarang ditemui pada spesies sama.
Hymenocallis bermaksud ‘membran cantik’ dalam bahasa Greek, merujuk kepada lingkaran di tengah bunga berkenaan yang bersambung dengan tangkai bunga yang mengeluarkan debunga yang dikategorikan sebagai tanaman menakjubkan.
Spider lily atau bakung lebih sesuai untuk menghiasi taman air atau tumbuhan hiasan dalam pasu. Walaupun dikenali sebagai lily labah-labah, amun bunga ini lebih kepada tumbuhan dafodil berbanding
tumbuhan lili.
Pokok ini mudah di tanah tetapi memerlukan cuaca yang panas dan tanah sedikit lembap tetapi bukannya terendam di dalam air. Daunnya kekal berwarna hijau walaupun selepas bunganya gugur.
Menariknya, tumbuhan mudah hidup ini sukakan suhu bilik, lembap dan panas dan memerlukan masa tiga bulan untuk tidak berbunga yang dikenali sebagai tempoh berehat.
Oleh kerana tumbuhan ini sukakan keadaan yang lembap, ia memerlukan air yang banyak jika anda menyiramnya. Juga, jangan biarkan tanah di sekelilingnya kering kerana ini boleh menyebabkannya mati.
Bunga ini lazimnya mudah dikesan jika ia tidak subur kerana daunnya akan menjadi kering seakan terbakar. Bagaimanapun, ia lebih dikenali sebagai tumbuhan tahan lasak kerana bakung tidak mengalami masalah jangkitan penyakit atau serangan serangga.
Namun, siput, ulat bulu dan hama putih sering hinggap di pepohon ini tetapi tidak merosakkan tanaman. Satu lagi ciri menarik pada pokok ini kerana tidak perlu dipangkas seperti pepohon lain untuk menggalakkan pertumbuhan daun. Ringkasnya, bunga bakung ini tidak perlukan penyelenggaraan seperti tumbuhan laman lain yang perlu selalu dibersihkan.
Hymenocallis boleh membesar sehingga tiga kaki (0.91 meter) dan biasanya perlu dibaja sebulan sekali dengan baja seimbang dan biasanya tumbuhan ini dipilih sebagai tanaman pemisah sempadan atau ditanam berbaris di kiri kanan jalan masuk ke laman.
Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan menjadi herba merawat luka tetapi ia tidak boleh dimakan kerana dikatakan beracun.
Pokok pagaran jadi sempadan
Oleh Rohaniza [email protected]
Kian ramai gunakan pokok bagi hasilkan ruang peribadi
POKOK hiasan bukan saja menjadi penyeri laman tetapi juga berperanan sebagai pemisah ruang atau persempadanan menggantikan pagar kayu dan keluli.
Selain itu, pokok pagaran juga mampu menjadikan laman anda tersorok dengan mewujudkan ruang eksklusif atau peribadi daripada dilihat oleh orang luar.
Dalam seni landskap dan laman, pokok pagaran dikenali sebagai Hedges, iaitu membawa maksud pagar hidup atau pagar daripada tumbuhan.
Hedges dibentuk dengan menggabungkan kumpulan pokok yang minimum dan ditanam secara rapat dalam barisan yang sama, tetapi kebiasaannya hanya satu spesies digunakan.
Antara spesies pokok yang sesuai untuk dijadikan pagar seperti pokok bunga raya, bunga jarum (Ixora sunkist ), African Arrowroot (Canna indica), bunga kertas (Bougainvillea ), Duranta Repens berdaun hijau atau kuning, Acalypha Siamensis, Iresine, Gardenia, Mawar, Lantana Montevidensis dan Plumbago capensis.
Selain menjadi pagar, Hedges juga dijadikan sebagai penghadang. Pokok yang sesuai adalah pokok jenis konifer seperti Blue Juniper, Palma dan Buluh yang mampu tumbuh tinggi menutupi dinding atau bahagian bangunan yang ingin dilindungi.
Pokok pagaran biasanya ditanam di pekarangan laman depan rumah, di sepanjang laluan atau jalan dan belakang rumah.
Namun kini, pokok pagaran semakin banyak dijadikan sebagai penghadang untuk persempadanan jalan dan rumah, menutup bunyi bising dan menghalang pemandangan tidak menarik serta menutup longkang.
Hedges juga secara tidak langsung bertindak membahagikan kawasan laman seperti laman depan dan ruang rehat keluarga, kebun dapur dan laman belakang.
Sama seperti menanam pokok untuk tanaman biasa, pokok pagaran juga memerlukan tanah yang bersesuaian untuk memastikan ia kekal lama.
Sebelum pokok ditanam, batu kecil dan sampah yang tertanam tanah perlu dibuang dan jika tanah terlalu keras seeloknya campurkan dengan tanah dan baja kompos.
Namun, sebelum menanam anda perlu mengenal pasti kawasan tanaman dan ruang yang bakal digunakan. Ambil kira kesesuaian tanah dengan pokok, ruang dan aspek pembesaran pokok serta keserasian pokok dengan tumbuhan sekitarnya.
Ia penting supaya kawasan yang mahu ditanam dengan pokok pagaran tidak nampak semak, berserabut sehingga menghilangkan bentuk pagar yang bakal dibina.
Untuk mendapatkan barisan pokok yang lurus seperti bentuk pagar, seeloknya di awal penanaman letakkan pancang kayu atau besi berbentuk pagar. Pokok akan membesar mengikut bentuk pancang kayu berkenaan berbentuk seperti dinding yang lurus.
Apabila pokok semakin matang, pancang kayu atau besi itu boleh di keluarkan. Ada juga yang menggunakan tali yang dibentuk seperti pagar bagi membentuk pokok pagaran.
Kedalaman lubang pokok yang mahu ditanam bergantung kepada jenis pokok yang anda tanam. Kebiasaannya, pokok yang besar memerlukan kedalaman lebih tiga meter.
Selepas pokok matang kerja memangkas pokok perlu dilakukan supaya bentuk pagar yang dikehendaki kekal wujud, selain memastikan ia terus berfungsi sebagai pokok pagaran.
INFO: Tip menanam pokok pagaran
Pokok yang dipilih untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 sentimeter
tinggi manakala untuk dijadikan penghadang tidak melebihi satu meter tinggi.
Seeloknya gunakan tanah campuran untuk menanam pokok pagaran. Untuk memudahkan beli
saja tanah berkenaan dari tapak jualan pokok (nurseri).
Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.
Pastikan anda menyiram pokok dua kali sehari dan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok
tidak mudah reput.
Selepas pokok mencapai ketinggian maksimum yang diperlukan, cantas atau pangkas pokok
supaya pokok dapat dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki.
Pokok hendaklah dibenarkan tumbuh sehingga sekurang-kurangnya sekali ganda daripada
ketinggian asal ketika ditanam sebelum mula mencantas.
Cantas pokok membantu pokok lebih padat, sihat dan kekal lebih lama selain dapat mengawal
ketinggian hedges. Rupa bentuk dan teksturnya pula akan tampak lebih cantik dan lembut
Pembajaan dibuat setiap dua minggu menggunakan baja untuk daun atau baja organik yang
juga mudah didapati
Gunakan baja dalam kuantiti sedikit, lebih kurang satu hingga sudu kecil untuk setiap pokok.
Bagi hedges yang menyerlahkan kecantikan warna daunnya, sebaiknya gunakan baja bunga dan
bukannya baja daun.
Bunga gantung penambah seri
Oleh Rohaniza [email protected]
Pilih kombinasi pokok berdaun dan berbunga bagi menyerikan laman
POKOK kecil atau besar mempunyai peranan masing-masing bukan setakat menyeri laman tetapi mewujudkan suasana segar dan damai.
Gabungan pokok kecil dan besar menjadikan laman lebih hidup lebih-lebih lagi jika tumbuhan yang ditanam jenis berbunga berwarna-warni serta berbau harum.
Salah satu penyeri dan pelengkap laman adalah bunga yang digantung sama ada di pinggir anjung atau pergola yang dibina khas di laman.
Penyelia Yew Garden, Sungai Buloh, Chong Yong Jong, berkata biasanya, bunga yang digantung seperti orked dan paku pandan boleh digantung menggunakan tunggul kayu, sabut kelapa, kulit siput dan mana-mana bekas yang menarik.
“Tumbuhan jenis ini mudah hidup walaupun tanpa tanah. Ini berbeza dengan bunga periwinkle, seri pagi, petunia lebih sesuai di tanam dalam pasu plastik yang ringan kerana tumbuhan ini sangat bergantung kepada tanah.
“Apa yang penting, pasu gantung mestilah daripada bahan yang ringan dan perlu ditukar pasunya sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengelakkan pokok besar daripada pasu atau bebanan kepada pasu yang akhirnya menyebabkan pasu pecah atau pokok mati,” katanya.
Di pasaran juga ada pelbagai pilihan pasu gantung antaranya jenis wayar, tempayan besi, tanah liat, plastik atau bakul anyaman. Pasu jenis wayar biasanya berukuran antara 10 hingga 18 inci dan pilihlah pasu yang disaluti kemasan plastik.
Pasu plastik yang berbentuk mangkuk mempunyai sisi yang padat sesuai bagi mengekalkan tahap kelembapan. Sesetengah pasu dilengkapi piring tadahan air yang sesuai diletakkan pada ruang anjung kediaman.
Beliau berkata, perlu rajin untuk menyelenggarakan pasu gantung dengan air dua kali sehari, baja dua kali seminggu selain selalu membuang rumput dan daun yang layu yang jatuh dalam pasu.
Periwinkle dan seri pagi menarik digantung di anjung rumah.
“Jika air dan baja cukup, pokok dalam pasu gantung boleh hidup lama lebih daripada setahun. Biasanya pokok dalam pasu gantung boleh hidup tiga bulan saja jika tidak diselenggarakan dengan baik.
“Bagi mengelakkan pembaziran lebih baik tumpuan diberikan mengikut garis panduan ditetapkan supaya pokok kekal lama,” katanya.
Proses menyiram dan membaja tanaman gantung penting bagi membantu tumbesaran pokok secara optimum. Oleh itu, elak meletakkan pasu pada kedudukan berangin kerana boleh menyebabkan tanah pokok berkenaan cepat kering.
Letakkan piring di bawah pasu sebagai sumber pembekal kelembapan ketika proses tumbesaran pokok gantung. Pada musim panas, pastikan anda menyiram tumbuhan itu dengan lebih kerap bagi mengelak tanaman kering.
Pastikan anda menyiram dengan cara yang betul menggunakan hos paip supaya kompos disiram sepenuhnya atau mengangkat pasu gantung untuk direndam seketika ke dalam air.
Cara membaja ialah dengan mencampurkan baja di dalam air siraman bagi membolehkan akar mendapat sumber makanan yang mencukupi.
Pergola tempat istirahat juga sesuai digantung pasu.
Chong mencadangkan mereka yang berminat menanam pokok dalam pasu gantung memilih pokok dengan kombinasi berdaun dan berbunga bagi menyerikan lagi laman.
“Tidak elok jika semua pasu gantung dihiasi pokok berbunga saja,” katanya sambil menasihatkan aspek keselamatan pasu dan penghuni kediaman perlu di ambil kira jika mahu memilih pasu gantung.
Menghias laman juga perlu mengambil kira aspek keselamatan. Untuk itu, pastikan pasu digantung ringan dan tidak memberi risiko kepada penghuni kediaman.
Seeloknya jangan gantung pasu seramik yang berat, begitu juga pasu kayu dan besi atau tembaga yang bukan hanya boleh mencederakan kepala orang, tetapi mencacatkan kayu tempat pasu digantung.
Mungkin juga ia akan menjadi bebanan kepada pergola atau para yang menjadi tempat ia bergantung kerana mungkin boleh meruntuhkan struktur tiang yang menjadi tempat menggantung pasu.
Tip: Panduan menggantung pasu
Jangan gantung pasu di tempat yang boleh menghalang laluan atau tempat yang sukar untuk menyiram pokok.
Elak gantung pasu di tempat terdedah kepada tiupan angin kuat terutama bagi anda yang tinggal di pangsapuri, apartmen dan kondominium.
Empat faktor utama mempengaruhi pertumbuhan tanaman dalam pasu iaitu suhu dan kelembapan, cahaya, jumlah air dan pembajaan.
Pastikan tanaman dalam pasu gantung diletakkan di tempat sesuai dari segi suhu dan kelembapan.
Ada tanaman hidup subur di tempat teduh kerana kadar kelembapan tinggi.
Tanaman yang memerlukan tempat teduh perlu diletakkan dalam rumah dan sebaliknya bagi tanaman yang memerlukan matahari.
Jika tanaman di luar rumah, pastikan ia kerap disiram untuk mengelakkan tumbesarannya terganggu.
Pilih pasu sesuai terutama ringan supaya tidak membebankan cangkuk dan tali penyangkut.
Pesona Adenium
Oleh Rohaniza [email protected]
Adenium Obesum Black Ruby berwarna merah gelap banyak dijumpai di Taiwan.
Selain cantik, bunga mirip kemboja ini mudah dibiak secara tut atau guna biji
MAWAR Gurun atau Adenium bukanlah spesies bunga daripada jenis mawar walaupun berasal dari cabang keluarga Plantae yang sama dengan bunga berkenaan.
Bunga yang dikatakan mula ditemui di selatan Gurun Sahara, sangat sesuai dengan iklim tropika dan subtropika serta dikategorikan sebagai tanaman dalam lingkungan spesies Plumeria, Nerium, Pachypodium atau Alamanda.
Tumbuhan dalam kategori keluarga Plantae selalunya, menghasilkan bunga yang cantik dengan
warna menarik yang dikagumi penggemar seni hias laman.
Selain dikenali sebagai mawar gurun, bunga ini juga dipanggil Sabi Star dan Kudu. Di Filipina ia dikenali sebagai Bangkok kalachuchi kerana sejarah bunga berkenaan yang dibawa dari Bangkok, Thailand.
Oleh kerana berada dalam keluarga Plumeria, bunganya mirip kemboja tetapi lebih kecil dengan warna menarik dan lebih tahan lasak.
Kebiasaannya, warna bunga ini putih hingga
kemerahan serta biasanya ditemui dalam warna merah jambu terang dan magenta. Adenium hibrid yang banyak di pasaran kini, dikatakan menawarkan bunga yang lebih cantik dengan warna lebih menarik.
Adenium yang dikategorikan sebagai tanaman mudah biak, amat sesuai dengan suhu panas yang sederhana antara 30 hingga 35 darjah Celsius. Oleh itu, bunga berkenaan tidak boleh terdedah kepada cuaca yang sangat panas kerana ia boleh menyebabkannya kering, layu dan mati.
Adenium s.p dijumpai di Tanzania paling diminati peminat bonsai.
Suhu sejuk di bawah 10 darjah Celsius, juga menyebabkan adenium terbantut atau berhenti membesar. Namun, adenium amat sukakan kelembapan dan jika keadaan terlalu kering, akan menyebabkan warna bunganya turut berkurangan.
Bagaimanapun, tidak bererti ia tahan kepada hujan. Apabila hujan, seelok-eloknya adenium diletakkan di bawah teduhan atau rumah kaca.
Adenium memang sukakan kelembapan, namun jika akar dan batangnya terendam dalam air, ia
akan menyebabkan akar menjadi busuk dan pokok berkemungkinan mati.
Oleh kerana adenium memerlukan banyak cahaya matahari, eloklah diletakkan kain atau kanvas lutsinar sebagai teduhan kepada bunga berkenaan. Jika tidak, dikhuatiri bunganya akan kering seperti terbakar.
Adenium adalah tanaman yang mudah untuk dibiakkan dan ada dua cara membiaknya iaitu secara keratan batang (tut) dan biji.
Bijinya biasanya dikeringkan sebelum ditanam dan bagi mendapatkan kacukan bunga yang cantik, kaedah tut digunakan.
Mawar gurun ini tidak banyak digunakan dalam perubatan herba kerana dikatakan beracun, malah masyarakat pribumi di Tanzania menggunakannya ketika memburu.
INFO: Adenium
# Adenium multiflorum
Dipercayai ditemui di selatan benua Afrika, Mozambique dan Afrika Selatan. Tumbuh tinggi dan bercabang dengan daun yang lebar. Bonggol tidak membesar, tetapi mempunyai batang dan akar yang besar. Mempunyai bunga yang banyak dan kebiasaannya lebih daripada empat bulan, malah ada yang berbunga lebat tanpa daun.
Adenium obesum (Desert Rose)
Berasal dari dataran sebelah selatan Gurun Sahara dari Senegal hingga Sudan dan Kenya. Biasanya bunga berwarna merah jambu dan merah keperangan . Biasanya ditanam menggunakan biji. Adenium ini paling banyak dikacukkan menghasilkan adenium hibrid dengan bunga berlingkaran di tepi kelopak bunga. Banyak didapati di Taiwan dan Thailand
Adenium oleifolium
Mula ditemui di Gurun Kalahari di Namibia dan banyak dijumpai di Botswana dan Afrika Selatan. Daunnya tirus, panjang dan warna berkilat. Bunganya kecil tetapi berbiji cukup besar. Cukup mudah untuk menanamnya tetapi pertumbuhannya sangat lambat.
Adenium somalense
Sesuai dengan namanya, ia ditemui di Somalia. Juga ditemui di Tanzania dan Kenya. Kebiasaannya boleh membesar sehingga lima meter. Bunganya lebih kecil daripada obesum dengan warna merah jambu hingga merah tua. Ada bentuk jalur dari corong menjadikannya unik. Bagi pencinta adenium mereka sering mengacuknya dengan obesum dan menjadi adenium hibrid
Adenium somalense var.crispum
Berbeza dengan somalense asli. Tanaman ini lebih kecil dengan daun yang memanjang dan
bergelombang. Pertumbuhannya sangat lambat dengan bonggol yang tidak begitu membesar yang tumbuh di dalam tanah.
Bunga RayaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bunga raya
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Malvaceae
Genus: Hibiscus
Spesies: H. rosa-sinensis
Nama binomial
Hibiscus rosa-sinensis
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus
rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam
genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas
mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan
bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada
tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bungauntuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga
Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar,Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga
Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus
diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa
tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari
putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set
tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Isi kandungan
[sorok]
1 Galeri
2 Lihat juga
3 Rujukan
4 Pautan luar
[sunting]Galeri
Berikut adalah beberapa varieti Bunga Raya:
"King Kakalua" "Mystic Pink" "Pepper's Surprise" "Timeless"
"Apricot Brandy" "Brilliant" "Feelin Blue" "Fire"
"Heart And Soul"
Berganda
"Kinchen's Yellow"
Lavras, Minas Gerais,Brazil
"Pastel Pie"
Pokok Bunga KekwaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga Kekwa)
Pokok Bunga Kekwa
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Chrysanthemum
Spesies: (sila lihat di bawah)
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Spesies:
Chrysanthemum aphrodite
Chrysanthemum arcticum
Chrysanthemum argyrophyllum
Chrysanthemum arisanense
Chrysanthemum boreale
Chrysanthemum chalchingolicum
Chrysanthemum chanetii
Chrysanthemum crassum
Chrysanthemum glabriusculum
Chrysanthemum hypargyrum
Chrysanthemum indicum
Chrysanthemum japonense
Chrysanthemum japonicum
Chrysanthemum lavandulifolium
Chrysanthemum mawii
Chrysanthemum maximowiczii
Chrysanthemum mongolicum
Chrysanthemum morii
Chrysanthemum okiense
Chrysanthemum oreastrum
Chrysanthemum ornatum
Chrysanthemum pacificum
Chrysanthemum potentilloides
Chrysanthemum shiwogiku
Chrysanthemum sinuatum
Chrysanthemum vestitum
Chrysanthemum weyrichii
Chrysanthemum yoshinaganthum
Chrysanthemum zawadskii
Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri
daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbungasaka di bawah famili Asteraceae. Pokok
ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.
Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi
50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta
berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga
dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan
- sila lihat Senarai Lepidoptera yang makan bunga kekwa.
Isi kandungan
[sorok]
1 Pengolahan dalam sistem taksonomi
2 Sejarah
3 Kegunaan
o 3.1 Penggunaan sebagai hiasan
o 3.2 Penggunaan untuk masak-memasak
4 Lihat juga
5 Rujukan
[sunting]Pengolahan dalam sistem taksonomi
Pada suatu masa, genus ini merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad
dahulu, genus ini telah dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan
genus-genus itu telah menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan
oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah
menyebabkan Chrysanthemum indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu,
memulihkan kedudukan bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada
genus Chrysanthemum. Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan
ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum itu biasa menggunakan nama Dendranthema.
Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang
sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan
daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum,
Rhodanthemum, danTanacetum.
[sunting]Sejarah
Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi.
Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga
ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan
bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang
meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus
Linnaeus daripada awalan bahasa Greek,chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna
bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.
[sunting]Kegunaan
[sunting]Penggunaan sebagai hiasan
Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara
liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi,
perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-
ribu kultivaryang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning
tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah.
Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. ×
grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan
spesies-spesies yang lain.
Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara
rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh
itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah
dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara
pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan
positif dan riang.
[sunting]Penggunaan untuk masak-memasak
Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang
digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (菊 花 茶 , pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina),
sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa
mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam
selesema.
Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland
Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-
sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo)
atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).
Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering.
Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan
bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.
Pokok Bunga AnggerikDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga anggerik)
Pokok Bunga Anggerik
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Orchidales
Famili: Orchidaceae
Genus: (sila lihat teks)
Spesies
Melebihi 1,000 spesies
Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchids) merupakan bunga kebangsaan bagi
negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai
pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok
berbunga pertama adalah angiosperm.
Pokok anggerik yang dipasangkan kepada tiang membentuk anggerik gergasi.
[sunting]Lihat juga
Senarai pokok
[sunting]Pautan luar
Laman Orkid
Bunga Orkid
Gambar bunga Anggerik
Forum Anggerik
Rumah Anggerik
WEB Anggerik
Anggerik Jepun
Panduan Anggerik
Anggerik
Forum Anggerik
Emporium Anggerik
Kategori: Orchidales
Pokok Bunga KertasDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga kertas)
Pokok Bunga Kertas
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Caryophyllales
Famili: Nyctaginaceae
Genus: Bougainvillea
Spesies: sila lihat di bawah
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Bougainvillea buttiana
Bougainvillea glabra
Bougainvillea peruviana
Bougainvillea spectabilis
Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-
warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman
hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas
sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman.
Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa
kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang
menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai
ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan
sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi
28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B.
glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga
spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai
warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas
yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga
kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan
lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika
dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan
pokok bonsai renek.
[sunting]Lihat juga
Senarai pokok
[sunting]Pautan luar
Pokok SetawarDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Setawar
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Lamiales
Famili: Gesneriaceae
Genus: Cyrtandromoea
Spesies: C. grandis
Pokok Setawar atau Setawa, merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara
pembiakannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Daun pokok setawar
yang tebal dan berair itu diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar
kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu mampu membekalkan
makanan dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga matahari)
Sunflower
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Kelas: Magnoliopsida
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Helianthus
Spesies: H. annuus
Nama binomial
Helianthus annuusL.
Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam
famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar.
Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh
mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga
digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalamgenus Helianthus yang
kebanyakannya pokok saka.
[sunting]Galeri
Kumbang bumbel memetik nektar
bunga matahari Sebatang pokok bunga
matahari setinggi 2 m
(6 ft, 6')
Pucuk pokok bunga matahari, tiga
hari selepas bercambah
Bunga matahari merah.
Pokok Bunga KembojaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga kemboja)
Pokok Bunga Kemboja
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Gentianales
Famili: Apocynaceae
Genus: Plumeria
Spesies
Plumeria alba
Plumeria inodora
Plumeria obtusa
Plumeria pudica
Plumeria rubra
Plumeria stenopetala
Plumeria stenophylla
Bunga kemboja (bahasa Inggeris: frangipani atau plumeria) selalu dikaitkan dengan
kawasan perkuburan di Malaysia. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang
ditanam di halaman-halaman rumah. Saiz pokok ini besar. Warna bunga putih kekuning-
kuningan dan saiznya kira-kira 8 cm.
Pokok TetulangDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Tetulang
Status pemuliharaan
Sedikit bimbang [1]
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Euphorbiaceae
Genus: Euphorbia
Spesies: E. tirucalli
Nama binomial
Euphorbia tirucalli
Pokok Tetulang atau nama sains Euphorbia tirucalli merupakan pokok renek yang
tumbuh dikawasan separa kering cuaca tropika. Pokok Tetulang menghasilkan susu
getah yang boleh ditukarkan menjadi gasolin. Pengunaan ini amat menarik, kerana ia
membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai bagi tumbuhan lain. Dianggarkan 10
hingga 50 tong minyak dapat dihasilkan bagi setiap ekar.
[sunting]Pautan luar
Pakis Tanduk RusaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Tanduk Rusa)
Pakis Tanduk Rusa
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Pteridopsida
Order: Polypodiales
Famili: Polypodiaceae
Genus: Platycerium
Spesies: P. wallihi
Pakis Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok
basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik
yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau.
Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.
Pakis Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota
badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran "adus, pulasari" serta bawang
merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak.
[sunting]Lihat juga
Pokok Sepit UdangDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Heliconia
Heliconia latispatha
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Zingiberales
Famili: Heliconiaceae
Genus: HeliconiaL.
Species
See text.
Fail:Heliconia rostrata 2.jpg
Heliconia rostrata
Pokok Sepit Udang atau nama santifiknya Heliconia merupakan sejenis pokok hiasan
yang sering ditanam dihalaman. Bagaimananya pokok yang yang rimbun agak
menyemak sekiranya tidak dijaga dengan bail. Heliconia adalah genus kepada sekitar
100 hingga 200 spesies tumbuhan berbunga asal di Afrika tropika dan kepulauan Lautan
Pasifik barat ke Indonesia. Ia adalah genus tunggal famili Heliconiacae, tetapi
dahulunya dimasukkan di bawah famili Musaceae. Nama Inggeris genusnya termasuk
Sepit Udang - lobster-claw, plantain liar -wild plantain dan burung cenderawasih palsu
- false bird-of-paradise, yang terakhir disebabkan rupanya yang menyerupai bunga
burung cenderawasih (Strelitzia). Ia mempunyai bunga yang cantik dengan warna yang
menarik, tetapi tidak mempunyai bau.
Daunnya sepanjang 15-300 cm, lonjong, tumbuh berlawanan pada batang tidak berkayu
yang buiasanya lebih panjang berbanding daunnya, seringkali membentuk rimbunan
apabila tua. Bunga yang dihasilkan pada tangkai yang tegak atau melendut, terdiri
daripada pelindung berlilin bewarna terang, dengan bunga sebenar mengintai keluar dari
celah pelindung. Tempat tumbuh heliconia menyerupai pokok Canna, Strelitzia(Burung
Cenderawasih), dan pisangyang berkaitan.
Heliconia merupakan sumber makanan penting kepada kelicap hutan, terutamanya
(hermit (hummingbird)) dan sesetengah daripadanya, seperti Rufous-breasted Hermit,
turut menjadikannya sebagai tumbuhan bagi bersarang.
Spesies terpilih
Heliconia acuminata
Heliconia aemygdiana
Heliconia angusta
Heliconia angustifolia
Heliconia aurantiaca
Heliconia aurea
Heliconia bicolor
Heliconia bihai
Heliconia bourgaeana
Heliconia brasiliensis
Heliconia caltheaphylla
Heliconia caribaea
Heliconia champneiana
Heliconia chartacea
Heliconia collinsiana
Heliconia curtispatha
Heliconia episcopalis
Heliconia farinosa
Heliconia hirsuta
Heliconia indica
Heliconia latispatha
Heliconia lennartiana
Heliconia lingulata
Heliconia magnifica
Heliconia mariae
Heliconia marthiasiae
Heliconia metallica
Heliconia mutisiana
Heliconia nutans
Heliconia ortotricha
Heliconia pearcei
Heliconia paka
Heliconia pendula
Heliconia platystachys
Heliconia pogonantha
Heliconia pseudoaemygdiana
Heliconia psittacorum
Heliconia ramonensis
Heliconia richardiana
Heliconia rostrata
Heliconia schiedeana
Heliconia shumanniana
Heliconia spathocircinata
Heliconia spissa
Heliconia stricta
Heliconia subulata
Heliconia tortuosa
Heliconia vaginalis
Heliconia vellerigera
Heliconia velloziana
Heliconia velutina
Heliconia wagneriana
Heliconia xanthovillosa
Heliconia zebrina
Beberapa kultivar telah dipilih bagi tanaman laman, termasuk:
H. psittacorum L. f. x H. spathocircinata Aristeg., both species of South America,
mainly Brazil.
H. x rauliniana Barreiros = H. marginata Pettier (Venezuela) x H. bihai L. f. (Brazil).
Isi kandungan
[sorok]
1 Penjagaan
2 Media
3 Lihat juga
4 Pautan luar
[sunting]Penjagaan
Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan. Bunga H.
psittacorum, atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya
yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hita, menyerupai bulu burung Nuri.
[sunting]Media
100 2610.jpg
Heliconia wagneriana,Florida
Heliconia rostrata 2.jpg
Heliconia rostrata, in a
botanical garden, Costa
Rica
in a botanical garden,Costa
Rica
0010heliconia.JPG
Heliconia rostrata in
theNorthern Range, Trinidad
0087sexypink.JPG
H. chartacea 'Sexy Pink'
inNorthern Range, Trinidad
H. mariae in Hawaii
H. rostrata at Kew
H. latispatha in Belize
H. latispatha flower
Heliconia sp by Wilder.JPG
H. sp. in tropical rain forest
at Escambray
Mountains,Cuba
Gardens, London
Heliconia sp2 by Wilder.JPG
H. sp in tropical rain forest at
Sierra Escambray, Cuba
okok Misai KucingDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Misai Kucing
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Lamiales
Famili: Labiatae
Genus: Orthosiphon
Spesies: O. stamineus
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae"
yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang
diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba
renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama
sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai
pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga
berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing
berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai
daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang
pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan
bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3
hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan
tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan
sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang
dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah
dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu
menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Pokok Lidah JinDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sansevieria
Sansevieria ehrenbergii
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Famili: Ruscaceae
Genus: SansevieriaThunb.
Spesis
Lihat teks
Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan
yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga
Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.
Tumbuhan ini berherba pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-
hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk
kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna
kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm
panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.
Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro
(1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan
itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.
Spesies yang terkenal ialah:
1. Sansevieria aethiopica
2. Sansevieria angustiflora
3. Sansevieria arborescens
4. Sansevieria aubrytiana
5. Sansevieria braunii
6. Sansevieria canaliculata
7. Sansevieria concinna
8. Sansevieria cylindrica
9. Sansevieria dawei
10. Sansevieria deserti
11. Sansevieria dooneri
12. Sansevieria ehrenbergii
13. Sansevieria fasciata
14. Sansevieria gracilis
15. Sansevieria grandicuspis
16. Sansevieria grandis
17. Sansevieria hyacinthoides
18. Sansevieria intermedia
19. Sansevieria kirkii
20. Sansevieria liberica
21. Sansevieria longiflora
22. Sansevieria metallica
23. Sansevieria parva
24. Sansevieria phillipsiae
25. Sansevieria raffillii
26. Sansevieria roxburghiana
27. Sansevieria senegambica
28. Sansevieria singularis
29. Sansevieria stuckyi
30. Sansevieria subspicata
31. Sansevieria suffruticosa
32. Sansevieria trifasciata
33. Sansevieria zeylanica
Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghailkan serat; dalam sesetengah
spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti
antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas
traditional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah
negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar
disediakan.
[sunting]Galeri
Pokok Tikar SeladangDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Kerak Nasi)
Tikar Seladang
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Spesies: V. glabra
Nama binomial
Vallaris glabra
Pokok Tikar Seladang atau juga dikenali sebagai Kesidang atau dikenali juga dengan
nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga
tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga
Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat.
Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan
memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur.
Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi
pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia
juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit
batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih. Ia mempunyai perdu
setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung
berpasangan.
[sunting]Kegunaan
Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya.
Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi
yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya
kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi,
tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu
kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau
nasi yang terdapat pada bunga kesidang. Bunga yang kecil ini tersusun membentuk
jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai
ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti
daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga
menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga
dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan
tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap
lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri
Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.
Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan
sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari
bunga ini. Lazimnya, ia digunakan sebagai bahan untuk membuat bunga rampai dan
hiasan rambut.
[sunting]Pembiakan
Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun
sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih.
Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu
kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga
menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat,
contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh,
bahagian yang telah bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah
ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan
tumbuhan memanjat.
Penjagaan Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan
tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang
secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu ,
ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga
daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat
lebih kurang 50% cahaya matahari. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan
perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium
yang memberikan saliran yang baik.
Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan
untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk
memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan
sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika
anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan
pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan
rimbun.
Bunga Tikar Seladang dari dekat.
Bunga tapak daraDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Kemunting Cina)
Bunga tapak dara
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliphyta
Kelas: Magnolipsida
Order: Gentianales
Famili: Apocynaceae
Genus: Catharanthus
Spesies: C. roseus
Pokok tapak dara bewarna putih.
Pokok Bunga Tapak Dara (bahasa Inggeris: Rosy Periwinkle) merupakan sebuah
spesies pokok yang juga terdapat di Madagascar. Pokok ini juga dikenali dengan nama
lain seperti pokok Kemunting Cina, pokok Rumput Jalang, pokok Kembang Sari Cina, atau
pokok Ros Pantai. Nama saintifiknya Catharanthus roseus.
Pokok bunga Tapak Dara tergolong dalam tumbuhan renek yang sering ditanam sebagai
pokok hiasan. Pokok bunga Tapak Dara mempunyai ketinggian 60 cm dengan daun
berwarna hijau tua berukuran 2-4 cm yang berbulu di sisinya. Daunnya juga tersusun
secara bertentangan.
Pokok bunga Tapak Dara mempunyai bunga yang terdiri dari 5 kelopak dan bewarna dari
putih, biru, merah jambu dan juga ungu.
Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin. Pokok ini
mengalami bahaya kepupusan akibat ditebang secara agresif.
Pokok bunga Tapak Dara adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif
seperti Vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. Kandungan lain
Pokok bunga Tapak Dara adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine,
tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan
vinrosidin.
Kesan keracunan Pokok bunga Tapak Dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam,
loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain
adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.
[sunting]Lihat juga
Pokok Cempaka TelurDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Cempaka Telor)
Pokok Cempaka Telur
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Magnoliales
Famili: Magnoliaceae
Genus: Michelia
Spesies: Michelia spp.
Subspesies
Magnolia coco; Liriodendron coco; Magnolia pumila
Pokok Cempaka Telur adalah sejenis pokok berkayu yang berbunga harum.
Pokok Cempaka Telur berasal dari China dan diperkenalkan di England pada 1786 oleh
Lady Amelia Hume.
Ia mempunyai bunga yang berbau harum yang biasanya hanya tahan satu hari dan
kembang pada waktu petang, rangginya gugur pada esok pagi. Ia lambat membesar dan
tempoh berbunga yang panjang.
Tidak mempunyai banyak musuh.
[sunting]Pautan luar
Pokok Bunga AnggerikDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pokok Bunga Anggerik
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Orchidales
Famili: Orchidaceae
Genus: (sila lihat teks)
Spesies
Melebihi 1,000 spesies
Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchids) merupakan bunga kebangsaan bagi
negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai
pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok
berbunga pertama adalah angiosperm.
Pokok anggerik yang dipasangkan kepada tiang membentuk anggerik gergasi.
[sunting]Lihat juga
Senarai pokok
[sunting]Pautan luar
Laman Orkid
Bunga Orkid
Gambar bunga Anggerik
Forum Anggerik
Rumah Anggerik
WEB Anggerik
Anggerik Jepun
Panduan Anggerik
Anggerik
Forum Anggerik
Emporium Anggeri
ORKID
Nama Biasa : Orkid atau Anggerik
Nama Saintifik : Arachnis flosaeris
Nama Keluarga : Orchidaceae
Asal : Indonesia
Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan
1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah
2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lain
Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrien
Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya
Monopodial Simpodial
ORKID MONOPODIAL
Orkid yang mempunyai
1. Batang yang tumbuh tinggi2. Daun keluar dari sisi3. Akar keluar dari sisi4. Bunga keluar di hujung batang
Contoh orkid:
1. Vanda sp.2. Aranda sp3. Arachnis sp.
ORKID SIMPODIAL
Orkid yang mempunyai
1. Satu jambak bungapada satu batang2. Hidup seolah serumpun3. Mempunyai batang atau bebawang
Contoh orkid :
1. Cattleya sp.2. Dendrobium sp.3. Oncidium sp.
CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID
Ada empat berdasarkan a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. Warna
BENTUK
Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil
TEKSTUR
Tekstur halus contoh : Oncidium sp. Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp. Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp.
UKURAN
Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya:
Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm
WARNA
Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik
Fungsi dan kegunaan pokok orkid
Jualan orkid berpasu Jualan keratan bunga Jualan orkid pada pasu gantung Hiasan majlis rasmi Hiasan halaman rumah Hadiah
Kaedah pembiakan orkid
Guna biji benih Guna keratan Guna belahan rumpun Guna kultur tisu
Cara menanam orkid
Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu Letakan anak pokok orkid ditengah pasu Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam
pasu
Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram) Letak tempat teduh
Pokok Bunga MawarDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga mawar)
Pokok Bunga Mawar
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Laurales
Famili: Lauraceae
Genus: Litsea
Spesies: L. grandis
Bunga mawar kampung.
Pokok Bunga Mawar merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam
sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok
berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan
Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan
satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Mawar mempunyai
keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan
bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini
dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.
[sunting]Lihat juga
BUNGA KERTAS
BUNGA KERTASPokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropikayang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena namaLouis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
Petikan Rujukan Dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kertas
Nama Biasa : Bunga Kertas
Nama Jolokan : Bunga Belulang
Nama Saintifik : Bougainvillea spp.
Nama Keluarga : Ncytaginaceae
Asal : Amerika Selatan, Brazil, Malaysia
Pokok Bunga Raya boleh di tanam mengunakan keratan batang, tut, pokok ini mempunyai bunga sepanjang tahun.
Nama Biasa : Bunga Raya
Nama Jolokan :Bunga kasut (shoe flower), Chinese hibiscus
Nama Saintifik : Hibiscus rosa sinensis
Nama Keluarga : Malvaceae
Asal : China
SPESIES POKOK BUNGA KERTAS
Bougainvillea 'Aiskrim' Bougainvillea 'Snow cap'
Bougainvillea 'Apple Blossom' Bougainvillea 'Louis Wathen'
Bougainvillea 'Chilli Red' Bougainvillea 'Mrs Eva'
Bougainvillea 'Cultivar' Bougainvillea 'Orange Stripe'
Bougainvillea 'Elizabeth Angus' Bougainvillea 'Pagoda Pink'
Bougainvillea 'Harlequin' Bougainvillea 'Poultonii'
Bougainvillea 'John Lattin' Bougainvillea 'Rosenka'
Bougainvillea 'Klong Fire' Bougainvillea 'Sakura Variegated'
Bougainvillea 'Sanderiana' Bougainvillea 'Smartie Pants'
Bougainvillea 'Singapore White'' Bougainvillea 'Snow Cap'
BUNGA BUTANG
Nama Biasa : Bunga Butang Ungu
Nama Jolokan :Bunga empat puluh hari, globe amaranth
Nama Saintifik : Gomphrena Globosa
Nama Keluarga : Amaranthanceae
Asal : India
Pokok Bunga Butang Ungu boleh di tanam mengunakan biji benih
Nama Biasa : Bunga Raya
Nama Jolokan :Bunga kasut (shoe flower), Chinese hibiscus
Nama Saintifik : Hibiscus rosa sinensis
Nama Keluarga : Malvaceae
Asal : China
Nama Biasa : Bunga Janda Kaya Merah Muda
Nama Jolokan : -
Nama Saintifik : Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz'
Nama Keluarga : Rubiaceae
Asal :Tropika Afrika, Zaire, Malaysia, Asia Tenggara
Pokok Bunga Janda Kaya boleh di tanam mengunakan keratan dahan hijau dan tut.
Nama Biasa : Bunga Raya
Nama Jolokan :Bunga kasut (shoe flower), Chinese hibiscus
Nama Saintifik : Hibiscus rosa sinensis
Nama Keluarga : Malvaceae
Asal : China
Tumbuhan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan. Tanpa tumbuhan maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Justeru itu kita perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum kita menanam tumbuhan di taman kita , Kita perlulah mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang hendak kita tanam.
Tumbuhan landskap dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
1. Kegunaan2. Bentuk3. Ciri-ciri pertumbuhan
JENIS TUMBUHAN
Renek Naungan Palma Penutup bumi Rumput turf Hiasan dalaman Semusim Orkid Memanjat dan menjalar Kaktus Lendair Akuatik Bonsai
RENEK
Tinggi : Kurang dari 5 meter Batang berkayu, Berdahan dan mempunyai ranting Contoh : Pokok bunga kertas, Pokok Bunga Raya, Pokok Ekor Kucing
NAUNGAN
Tinggi : Lebih dari 5 meter Berbatang tunggal kegunaan teduhan dan penahan angin Contoh : Semarak api, Bunga tanjung dan Tembusu
PALMA
Batang tunggal tidak bercabang diakhiri dengan sejambak daun Contoh : Rafis, Pinang Raja, Pinang Manila, Pinang Kuning
PENUTUP BUMI
Tinggi : Kurang 30 cm kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah Contoh : ros jepun, alternathera, dan hemigraphis
RUMPUT TURF
Rumput yang di tanam di padang permainan, golf, pinggiran jalan dan di laman rumah Contoh : Axonopus, Bermuda, Zoysia, Serangoon dan St Augustine
HIASAN DALAMAN
Tumbuhan yang memerlukan teduhan dan lindungan dari pancaran cahaya matahari yang terik.Contoh: Anthurium sp. Caladium sp. Dieffenbachia sp. Begonia sp.
SEMUSIM
Tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. mati selepas berbunga. Selalu digunakan untuk hiasan pentas. Contoh : Celosia sp, Tagetes sp. Marigold sp.
ORKID
Tumbuhan yang mempunyai akar udara. Contoh : Cattleya, Doritis, Oncidium, Arachnis, Vanda, Vandopsis dan Aerides
MEMANJAT DAN MENJALAR
Tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat. Contoh : Nyonya makan sirih, Kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea
KAKTUS
Hidup dikawasan kering dan panas. Contoh : Espotoa lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays.
LENDAIR
Tumbuhan yang tidak mempunyai tisu berkayu, sangat sensitif pada cahaya matahari yang kuat.Contoh : ati-ati, resam batu dan pilea
AKUATIK
Tumbuhan yang boleh hidup di dalam air. Contoh : Teratai, Kiambang dan Keladi bunting,
BONSAI
Tumbuhan yang dibantutkan Contoh: Pokok kesinai, juniper china dan santalia