HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai,...
Transcript of HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF filelaporan akhir hhhc9401 kemahiran nilai,...
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
HHHC9401
(KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN
PROFESIONALISME)
MAKLUMAT PELAJAR:
NAMA PELAJAR WONG SHI YI
NO. MATRIK A146845
TAHUN PENGAJIAN 2
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA
PENTADBIRAN PERNIAGAAN
DENGAN KEPUJIAN
PENGKHUSUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
NAMA PROGRAM PERKHEMAHAN INTEGRASI
PELAJAR SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
JAWATAN EXCO PROJEK
NAMA PENSYARAH Dr. HARLINA BT. MOHAMED ON
NO. SET SET 5 ( SEMESTER 2 2014/2015)
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
PENGENALAN
Tujuan kursus HHHC 9401: NILAI, SIKAP, ETIKA & PROFESIONALISME antaranya adalah
untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme di kalangan pelajar.
Ianya merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam sekitar dan
sosio-budaya dalam amalan professionalisme. Melalui kursus ini juga, pelajar boleh menilai
tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab yang sesuai dengan etika kerjaya nanti .
Manakala antara hasil pembelajaran (hp) yang disasarkan ialah, diharapkan pelajar berkebolehan
melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana
berdasarkan etika dan profesionalisme, lebih menghayati nilai, sikap dan etika sebagai seorang
professional, dan lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang
melibatkan individu lain dan persekitaran
DEFINISI
Definisi bagi nilai dan sikap ialah kepercayaan dan pegangan yang mempengaruhi sifat perilaku
atau tingkah laku seseorang. Definisi bagi etika pula boleh ditakrifkan sebagai himpunan nilai
dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu dan ditetapkan oleh peradaban
manusia. Profesionalisme pula bermaksud tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang
yang profesional atau sesuatu pekerjaan yang memerlukan pengetahuan, ilmu pengetahuan dan
keterampilan. Secara keseluruhan, kemahiran nilai, etika dan profesionalisme kebolehan untuk
mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.
Apa nilai, sikap, etika dan profesionalisme bagi saya untuk menerapkan itu tersebut ke
dalam kehidupan harian saya dalam sepanjang program ini dijalankan?
Contohnya sifat amanah iaitu saya perlulah patuh kepada arahan yang diberi dan semua urusan
yang dipertanggungjawabkan hendaklah ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Saya
juga haruslah bersifat bertanggungjawab yang mana memikul dan melaksanakan tugas yang
diberikan dengan sempurna selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas, sabar
serta mempunyai minat yang mendalam dan tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Malah,
saya perlulah lebih patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan terutama etika
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
dalam bidang professional. Ianya dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa
menjalankan tugasan dan saya yakin sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya
mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Sifat jujur atau benar yang saya praktikkan juga dapat
membentuk hubungan yang sihat di antara saya sesama rakan sekumpulan di samping sikap
initiatif yang mana saya memulakan sesuatu usaha atau tugasan sebelum dipaksa oleh keadaan
atau diarah melakukannya serta yang paling penting adalah pengurusan masa yang cekap dapat
membantu saya dan rakan-rakan meringankan beban tugas masing-masing di samping
memudahkan segala urusan kerja.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
RREEFFLLEEKKSSII
Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor merupakan
salah satu program anjuran Urusetia Bahasa Mandarin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, dari 01 Mei 2015 hingga 03 Mei 2015 di SJK(C)
Kampung Baru Semenyih, Selangor. Kami menjalankan program ini agar boleh meningkatkan
penglibatan mahasiswa/i UKM dalam perkhidmatan sosial dan meningkatkan perasaan prihatin
para mahasiswa/i terhadap pembangunan sosial dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat pada
masa terkini. Sebagai contohnya, melalui program ini, nama UKM akan diketahui oleh orang
ramai kerana program ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang baik daripada
pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa dan exco program ini dapat
mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian seperti bertanggungjawab,
amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam merancang dan
melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan
kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Hal ini boleh menjamin kualiti mahasiswa/i
UKM terjamin dan secara langsungnya meningkatkan lagi imej UKM.
Misi bagi program ini ialah memupuk interaksi positif antara pelajar sekolah rendah
dengan Warga UKM melalui aktiviti yang membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang
berkepimpinan dan peka terhadap isu-isu masyarakat selari dengan matlamat UKM sebagai
Kampus Lestari.
Tema program ini ialah “From me to we, together we spread the love”. Kami membantu
pihak sekolah SJK(C) Kampung Baru Semenyih untuk mengajar anak-anak murid tentang
pemupukan sifat dan moral yang baik dalam kehidupan harian. Kami memberi kasih sayang dan
prihatin kepada anak-anak muda serta juga memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah
rendah tentang kepentingan menuntut ilmu pada masa kini, tetapi juga tidak boleh lupa untuk
membina jati diri selain daripada berpretasi tinggi dalam bidang akademik. Kami berharap agar
seluruh bumi ini dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan prihatin.
Dalam program ini, saya merupakan exco projek dan juga pengacara aktiviti. Saya dan
exco lain bermula merancangkan aktiviti kami dari awalnya. Kami merancang beberapa aktiviti
untuk pelajar sekolah rendah dalam tiga hari dua malam ini. Hal ini demikian kerana kami ingin
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
memberi motivasi dan juga menerapkan nilai murni yang sepatutnya kepada pelajar sekolah
rendah. Aktiviti-aktiviti yang kami fikir seperti Ice-Breaking, Pertandingan Talent Show, Station
Games, Senamrobik, Ceramah & Perbincangan, Sukantara dan Camp Fire. Kami mengutamakan
keselamatan aktiviti-aktiviti yang disediakan bagi anak-anak murid semasa aktivit-aktiviti
tersebut betul-betul dilaksanakan pada tiga hari itu. Saya juga bertanggungjawab untuk bantu
membuat booklet untuk semua ahli jawatankuasa dan juga peserta sekolah rendah.
Saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dengan exco dan ahli jawatankuasa yang
lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan dan ketekalan dalam setiap aktiviti dan sesi yang
dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, kami semua memberi pendapat dan idea secara
beretika dan profesional dalam setiap mesyuarat perbincangan untuk menghasilkan tugasan yang
sempurna. Sebagai contoh, kami semua telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai
acara-acara aktiviti dengan teliti. Elemen amanah sangat ditekankan pada setiap mesyuarat di
mana semua ahli jawatankuasa diminta mematuhi arahan dari exco dan majlis tertinggi selain
semua urusan yang dipertanggungjawab kepada kami dilaksanakan dengan baik. Kami sering
cuba untuk mengemukakan pendapat serta teguran dengan pernah berhemah. Kami juga
mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan nasihat. Saya bersama rakan
sepasukan saya sentiasa mendengar teguran dari senior kami dan dinasihati agar memerhatikan
semua butiran sebelum aktiviti tertentu dijalankan. Kami juga sentiasa memastikan bahawa
perbincangan kami berfokus dan tidak menyeleweng kepada perkara tidak berkaitan sebagai
etika mesyuarat kami. Kami sepasukan berikhlas niat, memilih tempat dan masa yang sesuai
yang mana waktu lewat petang tidak sesuai kerana ahli majoritinya sudah kepenatan, menepati
masa dan mengehadkan keahlian mesyuarat kepada ahli yang perlu sahaja.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Kami juga mempunyai latihan untuk memastikan program yang kami sediakan tidak
mempunyai sebarang kesilapan dan permainan-permainan yang kami sediakan juga tidak
membahayakan. Saya bersama rakan sepasukan saya bekerjasama dan membuat latihan untuk
memastikan semua acara aktiviti dan permainan boleh dijalankan dengan lancar nanti. Dalam
latihan itu, kami telah menjumpai banyak masalah tetapi kami berusaha untuk mengatasi semua
masalah tersebut. Jika menghadapi sebarang kesilapan atau sesuatu yang tidak mencapai tahap
yang kami ingin sampaikan kepada pelajar sekolah rendah, kami segera membetulkan dan
mengubahsuaikannya. Selain itu, kami juga belajar menyanyi dan menari lagu perkhemahan
untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah pada waktu perkhemahan. Semua ahli
jawatankuasa belajar dengan bersungguh-sungguh untuk melancarkan program yang akan
dilaksanakan nanti. Kami mengamalkan sikap terbuka dan saling bekerjasama sepanjang latihan.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Pada 01 Mei 2015, saya, exco lain dan ahli-ahli jawatankuasa telah bertolak ke SJK(C)
Kampung Baru Semenyih, Selangor pada pukul 7.00 pagi. Kami berpakaian sopan dan tidak
melanggari etika UKM. Kami tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan, seluar pendek dan
flip flop supaya memberi imej dan etika UKM yang baik kepada pihak sekolah dan ibu bapa.
Setelah sampai di sekolah, kami bersarapan dan lalu menghiasi dewan sekolah. Kami juga
menyediakan meja dan kerusi untuk pendaftaran peserta. Pada pukul 10.00 pagi, bermulalah
pendaftaran peserta. Selepas siap pendaftaran, semua aktiviti yang kami rancangkan dijalankan
dengan lancar. Apabila tiba-tiba menghadapi masalah yang di luar jangkaan, kami akan terus
berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Sikap dan tindakan kami boleh
mempengaruhi pelajar sekolah rendah untuk melihat dan mencontohi sedangkan kami sebagai
teladan mereka. Kami memahami bahawa sikap boleh mempengaruhi cara pelajar melihat dan
bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwa-peristiwa yang dihadapi oleh
mereka.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Saya sebagai pengacara sepanjang aktiviti ini perlu memahami aturacara program
seluruhnya terlebih dahulu. Semasa saya mengacara aktiviti, saya perlu membataskan perkara-
perkara yang dibolehkan dan sentiasa menggalakkan sifat bersederhana. Saya perlu bersedia diri
sebelum mengacara setiap aktiviti dan bertanya segera kepada ketua pengarah apabila berlaku
pertukaran perancangan awal. Tugas saya ialah memastikan aturacara program dijalankan secara
lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Saya membiasakan diri sendiri dengan prosedur dan
tentatif program dan berupaya bertindak secara spontan di samping beretika sekiranya berlaku
sebarang perubahan tentatif. Saya perlulah sentiasa bersedia dengan perubahan tentatif supaya
tidak tergopoh-gopoh.
Saya harus berfikir kreatif apabila berkata atau berbual dengan pelajar-pelajar sekolah
rendah. Memandangkan pemikiran anak-anak murid sekolah rendah tulen dan mudah, kami tidak
boleh menggunakan cara percakapan orang dewasa semasa bercakap dengan mereka. Saya
berbual dengan anak-anak murid dalam keadaan seronok. Saya juga bertanggungjawab untuk
mengingati mereka supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan dan memastikan
keselamatan diri dalam pelaksanaan tugas aktiviti masing-masing. Saya perlulah mempunyai
sikap berdikari berdasarkan keyakinan dan kemampuan sendiri serta bersikap terbuka dalam
menilai dan menghargai pendapat orang lain. Kami cermat dalam memilih yang terbaik bagi
anak-anak murid dan perkembangan mereka.
Pada hari pertama datang ke sekolah ini, saya baru mendapati banyak anak-anak murid
berasal daripada kelurga ibu atau bapa tunggal. Mereka memerlukan banyak lagi kasih sayang
dan prihatin daripada masyarakat ini. Kita perlu mempunyai kesabaran untuk mendengar apa
yang hendak disampaikan oleh mereka. Melalui program ini, saya dapati boleh menyentuh hati
mereka. Apabila anak-anak melihat mata anda, itulah akan memberitahu anda banyak cerita
mereka, kami boleh berkomunikasi dengan hati mereka, mereka memang enggan melepaskan
anda atau tidak enggan biarkan anda meninggalkan. Kadang-kadang anak itu semakin nakal,
akhirnaya apabila melihat mata anda, anak tersebut akan memancarkan perasaannya lagi jelas.
Bagi anak-anak murid, di dalam mata mereka mempunyai cerita mereka sendiri yang ingin
disampaikan. Perasaan itu sukar untuk digambarkan. Apabila kita dewasa, kita akan dapati
hubungan rohani antara manusia akan menjadi semakin jarang berlaku dan hanya apabila
kembali kepada zaman kanak-kanak, barulah anda boleh merasai perasaan itu. Mungkin hanya
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
beberapa hari selepas pendedahan ini, tetapi itulah telah menulis ke dalam dan menjadi kenangan
yang mendalam.
Pada 02 Mei 2015, semua ahli jawatankuasa bangun pada pukul 5.30pagi untuk
memastikan sekali lagi aktiviti yang akan dijalankan pada sepanjang hari untuk mengelakkan
sebarang kesilapan dan kemalangan. Kami telah membuat ceramah tentang ajar mereka
menghargai apa-apa sahaja yang dimiliki oleh mereka. Kami bersyukur dan berterima kasih
kepada sesiapa sahaja yang mengajar dan membantu kami. Kami juga mengajar pelajar-pelajar
sekolah rendah untuk membuat kad Hari Guru kepada guru-guru yang dikasihi oleh mereka
sempena Hari Guru akan datang pada 16 Mei supaya mereka sentiasa menghargai jasa guru
mereka. Selepas itu bermulalah Station Games, saya berperanan sebagai Master permainan
dalam permainan Group PK yang dijalankan. Semua pelajar bekerjasama untuk mendapat
markah yang tinggi dalam permainan tersebut. Kami mengajar anak-anak murid bertolak ansur
antara satu sama dengan yang lain, kegagalan rakan sepasukan untuk memenangi pertandingan
tidak kisah, jangan berasa kecil hati terhadap orang tersebut atau orang lain kerana "Persahabatan
pertama, kedua persaingan". Semasa Camp Fire, kami berinteraksi dengan anak-anak murid dan
bertanya mereka tentang perasaan mereka pada dua hari tersebut yang telah dilalui. Kami
mengingati mereka supaya mengubah sikap yang tidak baik seperti tidak hormat dan enggan
bantu rakan kumpulan lain. Sikap semula jadi anak-anak kecil adalah tulen dan enggan pergi
berbuat salah atau jahat. Semasa mereka meminta maaf terhadap fasilitator mereka, mereka telah
menangis dan bertaubat. Ketika ini, dalam hati saya telah bersuara dan bertanyakan "Sebagai
orang dewasa, sama ada kita telah berbuat sedemikian atau tidak?
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Pada 03 Mei 2015, tibalah hari ketiga perkhemahan dan hari ini merupakan hari terakhir
bagi perkhemahan kami. Aktiviti kami bersurai pada pukul 12.00 petang selepas menyampaikan
hadiah kepada peserta yang menang dan cenderamata kepada Presiden PIBG SJK(C) Kampung
Baru Semenyih, Selangor. Kami juga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Selepas memastikan semua anak murid balik rumah masing-masing, kami bekerjasama untuk
membersihkan SJK(C) Sin Ming, Semenyih, Selangor. Kami telah bergotong-royong
membersihkan dewan, tandas, kantin, bilik darjah dan juga gelanggang bola keranjang serta
padang. Kami bersikap menjaga kebersihan alam sekitar. Akhirnya, kami bertolak balik ke UKM
dengan menaiki kereta.
Melalui program ini, kita sebagai mahasiswa/i perlu menjadi model yang baik kepada
para pelajar sekolah rendah dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan. Selepas kita telah menamatkam
pengajian di universiti, kita perlu menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui
kepakaran dalam sesuatu bidang dan ilmu pengetahuan yang diperolehi tidak kira daripada buku
teks atau penyertaan aktiviti-aktiviti sosial. Saya merasakan dengan menyertai program ini
merupakan medium bagi pelajar seperti saya mempamerkan kebolehan melaksanakan tugasan
secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan
profesionalisme. Selain itu, ianya menjadikan saya lebih menghayati nilai, sikap dan etika
sebagai seorang professional terutama apabila bekerjasama dengan orang lain. Malah,
menjadikan saya lebih bersikap profesional dalam membuat penilaian tentang perkara yang
melibatkan individu lain dan persekitaran. Sedangkan saya mengajar anak-anak murid, di
samping juga saya telah mempelajari sesuatu prinsip atau sikap hidup melalui program ini. Saya
bersyukur lagi selepas menyertai program ini.
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Saya juga melampirkan tentatif program ini:
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
LAPORAN AKHIR HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME