HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
description
Transcript of HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
HHHC 9201
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
NAMA PENSYARAH : DR. LIEW JU NENG
DISEDIAKAN OLEH:
NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMADA 143537
BIRO KEBAJIKAN KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM
PROGRAM BAKTI SISWA UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
Refleksi program
Program ini telah dilaksanakan untuk
mengeratkan hubungan silaturrahim antara
mahasiswa dengan masyarakat. Setelah tiba di
Kg Sg Timun, kami dijamu sarapan pagi dengan
nasi lemak. Kemudian, ucapan aluan daripada
ketua kampung. Selepas itu, kami telah
dibahagikan kepada 8 kumpulan yang diketuai
oleh bapa angkat iaitu penduduk kampung itu
sendiri. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut
tugas masing-masing. Kumpulan 1 hingga 7
mengikut bapa angkat masing-masing ke rumah
penduduk yang terlibat untuk bergotong-royong.
PENGENALAN
24 November 2013
Kampung Sg Timun , Rembau
Negeri Sembilan
Kumpulan saya iaitu kumpulan 8
telah
diberi tugas untuk bergotong-royong
di pengkalan kampung. Kumpulan
kami perlu berewang iaitu
menyediakan makanan untuk jamuan
makan tengah hari. Selain itu,
pelbagai aktiviti sampingan telah
dijalankan seperti bola tampar, futsal,
takraw, boling kampung, anyam
ketupat,pukul bantal dalam air dan
menyelam. Pelbagai hadiah juga telah
disediakan untuk pemenang.
Tambahan pula, menteri belia dan
sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin
turut hadir dengan memeriahkan dan
merasmikan majlis penutup program.
KEMAHIRAN INTERPERSONALKemahiran Komunikasi
Bentuk komunikasi yang saya dapati adalah komunikasi berkumpulan iaitu interaksi yang baik membantu meningkatkan persefahaman ketika menjalankan tugas merewang. Selain itu, saya dan rakan-rakan menggunakan komunikasi dua hala iaitu antara saya dengan ahli kumpulan dan antara saya dengan masyarakat kampung.
Kemahiran Etika dan TanggungjawabKemahiran ini didapati apabila kumpulan kami diberi tanggungjawab menyediakan makanan tengah hari bersama-sama masyarakat kampung. Dan kami jalankannya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Sebagai AJK tugas-tugas khas, peranan yang dimainkan oleh saya tidaklah begitu penting namun, saya tetap memberikan sepenuh kerjasama serta usaha yang gigih untuk memastikan program yang telah dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Tanggungjawab saya adalah membantu AJK lain yang memerlukan bantuan dengan segera atau ‘on the spot’. Daripada situ, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya dalam kalangan ahli kumpulan. Antara bantuan yang saya laksanakan adalah bahagian keselamatan dan bahagian protokol iaitu dengan menyediakan teks ucapan pengerusi majlis ketika menyambut kedatangan YB. En. Khairy Jamaluddin.
AJK TUGAS-TUGAS KHAS
KESAN PROJEK KEPADA MASYARAKAT
Dapat menjimatkan masa dan tenaga penduduk kampung dalam membersihkan kawasan kampung
Mewujudkan persefahaman dan kemesraan dikalangan masyarakat kampung Sungai Timun
Mewujudkan suasana hormat-menghormati antara yang muda dengan yang tua.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
Peralatan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti sampingan
Program kemasyarakatan seterusnya mestilah mendapat sambutan baik dari mahasiswa dengan menarik minat melalui media massa
Program ini juga boleh dijalankan selama beberapa hari bersama penduduk kampung agar mahasiswa dapat lebih mengenali budaya masyarakat kampung
NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMADA143537
SEKIAN, TERIMA KASIH.