hegemoni barat

17
ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT DISEDIAKAN OLEH: ANDI NORANIESA BT NORDIN ARIESBERT JEMOL BADRUL AMIN BIN TIMBANG UNIT: SEJARAH IPG KAMPUS TAWAU

description

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Transcript of hegemoni barat

  • ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARATDISEDIAKAN OLEH: ANDI NORANIESA BT NORDINARIESBERT JEMOLBADRUL AMIN BIN TIMBANGUNIT: SEJARAH IPG KAMPUS TAWAU

  • HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASIMAKSUD GLOBALISASIIdea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olah ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh.Dengan erti kata lain, globalisasi merupakan satu era baru dalam sejarah manusia yang membawa kepada terhapusnya kepentingan sempadan negara.

  • MAKSUD HEGEMONI BARATPengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lainHegemoni barat boleh dikatakan sebagai pencengkaman atau dominasi sesuatu pihak ke atas pihak lain yang lemah dari segi ekonomi, politik dan sosial

  • ISU-ISU KONTEMPORARI: SOSIALISU PEMBANGUNAN SOSIALPembangunan sosial merupakan proses khusus yang memberi penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Wawasan 2020 merupakan tonggak kepada pembangunan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari segi pembangunan fizikal dan pembangunan moral dan sosial menjelang abad ke 21.

  • Pada tahun 2003, kerajaan telah melancarkan Dasar Sosial Negara yang bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju dari aspek ekonomi dan teknologi, bersatu-padu, berdaya tahan, bertoleransi, progresif dan sebagainya. Supaya menjadi kenyataan, kerajaan telah menjalankan kajian perintis penilaian impak sosial ke atas beberapa projek pembangunan di negara ini.

  • ISU GEJALA SOSIAL REMAJAMasalah sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti atau negara.

  • Banyak masalah sosial yang sering berlaku pada hari ini seperti lari dari rumah, dadah, ponteng, buang bayi, ugut dan sebagainya.Walaupun kerajaan merupakan agen penting dalam menangani masalah sosial remaja, namun pihak kerajaan masih memerlukan bantuan daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengurangkan masalah sosial remaja.

  • ISU PERPADUAN KAUMPerpaduan merupakan satu agenda yang dipandang serius oleh banyak pihak berikutan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini terbukti melalui peristiwa 13 Mei 1969 Antara langkah yang telah diambil bagi mewujudkan suasana aman ialah Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Sekolah Wawasan dan sebagainya. Dengan adanya percampuran antara kaum diharap akan menolong menghakis prasangka, dengki atau sakit hati antara satu sama lain.

  • Kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat perlu diterima sebagai satu hakikat. Oleh itu, masyarakat perlu menghormati dan memberi ruang kepada kebudayaan lain supaya perpaduan antara kaum dapat dipupuk.Dalam konteks sekolah pula, pelajar yang mempunyai latar belakang etnik dan budaya yang berbeza perlu didik dengan sikap libral terhadap kepelbagaian budaya untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam projek-projek komuniti.

  • Barat terutamanya Amerika mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti hedonistic, ponografi dan kebebasan tanpa batas.Budaya hidup Barat telah ditonjolkan melalui budaya pengguna yang dijelmakan melalui 3F (Food, Fashion & Fun)

  • ISU-ISU KONTEMPORARI:POLITIKPerkembangan politik di Barat telah lama berlaku, bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi.

  • Politik antarabangsa hari ini didominasi separuhnya oleh kuasa besar seperti Amerika, Britain, Perancis dan sebagainya. Kebanyakan pemimpin negara-negara miskin dan membangun terlalu bergantung kepada kuasa Barat dalam membuat keputusan seperti isu International Monetary Fund (IMF)PBB pula membuat keputusan mengikut telunjuk Amerika seperti isu Palestin, serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

  • Amerika bertindak sebagai polis dunia dalam kebanyakan persengketaan wilayah dan antarabangsa seperti di Somalia, Bosnia, Palestin, Kashmir dan sebagainya.Amerika muncul sebagai kuasa-kuasa politik tunggal kerana memiliki kekuatan ketenteraan yang paling kuat dan canggih di dunia.Penguasaan politik Barat melalui amalan sistem demokrasi liberal ala Barat, penjajahan bentuk baru dan campur tangan politik.

  • KESIMPULANKekuatan Barat yang diterajui Amerika Syarikat berjaya menguasai sosial dan politik dunia nampaknya semakin mengikis peradaban dunia.Barat mementingkan diri sendiri dengan melancarkan serangan membuta tuli ke atas mana-mana pihak yang tidak bersekongkol dengan mereka tanpa menghiraukan nilai-nilai kemanusiaan dan pandangan masyarakat sejagat.

  • Kebangkitan tamadun Islam dan negara-negara Asia diharapkan menjadi penyelamat dan pembimbing ummah ke arah keadilan sosial dalam kehidupan.Pada masa yang sama, kepentingan penyatuan ummah secara global untuk mengintegrasikan semua negara Islam dan Asia tidak boleh dilengahkan lagi.

  • Hal ini adalah kerana pihak Barat akan terus mencari kelemahan dan melebarkan hegemoni mereka supaya masyarakat dunia terus mengikut telunjuk mereka.Oleh itu, setiap individu perlu mengekalkan sesebuah peradaban supaya tidak terus dikuasai negara Barat yang sering berusaha menguasai negara-negara yang lemah.

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    *