Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

21
TOPIK 7 : REHAT, ISTIREHAT, TIDUR DAN SENGGANG

Transcript of Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Page 1: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

TOPIK 7 : REHAT, ISTIREHAT, TIDUR DAN SENGGANG

Page 2: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Definisi dan Konsep

• Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

• Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian (2002)

Page 3: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Definisi dan Konsep

• Istirehat pula  dapat memberi kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan dan stres. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis, melihat pemandangan alam flora dan lain- lain.

• Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.  

Page 4: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Definisi dan Konsep

• Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti yang  anda gemari. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti membaca, menggubah lagu, bermain alat muzik dan berhobi.  

Page 5: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Jenis-jenis Rehat

• Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot berlaku

• Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat jasmani

• Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang selesa

Page 6: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Jenis-jenis Rehat

• Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot.

• Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif.

Page 7: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Aktiviti

Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti berikut:

• Mendengar muzik• Membaca majalah atau surat khabar• Bermain congkak dan carrom• Bersiar-siar di taman/berjoging

Page 8: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Semasa beristirehat, anda digalakkan untuk melakukan

aktiviti-aktiviti ringan dan tidak aktif seperti berikut:

• Melukis• Menyanyi• Menggubah lagu• Melihat gelagat burung dan binatang lain di

taman• Tidur sekejap (nap)

Page 9: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

TIDUR

Page 10: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Definisi dan Konsep Tidur

• Satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya

• Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung  rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006)

Page 11: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Definisi dan Konsep Tidur

• Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).

• Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar.

Page 12: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza:

• Bayi perlu tidur 16 jam sehari (Shamsudin et al., 2002).• Remaja memerlukan 7 jam tidur (Norlaila Hamima

Jamaluddin, 2006).• Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur

(Shamsudin et al., 2002)

Page 13: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Peringkat-peringkat Tidur

Page 14: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Peringkat bukan REM

• Dalam peringkat bukan REM, individu yang sedang tidur tidak membuat pergerakan mata yang nyata, anggota badan boleh digerakkan manakala aktiviti otak pula adalah perlahan.

Page 15: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7
Page 16: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

• Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur.

• Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.

• Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.

Page 17: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

• Stage 5 REM (rapid eye movement) - Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak. Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM mengambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhanstage REM.

Page 18: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Masalah tidur

• Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika

• Hypopnea iaitu separa tersekat sehingga menyebabkan paras oksigen berkurangan sehingga 30-50%

• insomnia

Page 19: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Ciri-ciri Insomnia

Page 20: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

Keperluan tidur

• Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.

• Meningkatkan daya ingatan. • Memberi peluang badan memperbaiki

kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.• Menghilangkan tekanan. • Menghilangkan rasa penat dan mengantuk

semasa membawa kenderaan. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.

Page 21: Hbhe 3103 Gaya Hidup Sihat Topik7

KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT

• Individu

• Kerjaya

• Persekitaran