HBEF2803 T1A3

11
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER :MEI 2013 HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN : JURNAL REFLEKTIF (T1A3) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI B. MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208125515

Transcript of HBEF2803 T1A3

Page 1: HBEF2803 T1A3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :MEI 2013

HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN :

JURNAL REFLEKTIF (T1A3)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI B.

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208125515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

ADAT RESAM PERKAHWINAN SUKU KAUM IBAN DI SARAWAK.

1 PENGENALAN 2

2 REFLEKSI KAJIAN 3

3 PENUTUP 7

4 BIBLIOGRAFI 8

1

Page 3: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana masyarakatnya terdiri dari

puluhan kaum dan ratusan etnik yang mengamalkan pelbagai budaya, adat resam, pegangan

agama dan bahasa yang berbeza. Sungguhpun begitu, keharmonian dan toleransi sentiasa

wujud dalam kalangan masyarakatnya sehinggakan negara ini dikenali sebagai sebuah negara

yang selamat dan aman. Salah satu kaum yang terdapat di negara ini ialah suku kaum Iban.

Menurut Numpang (1989), suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di

Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke,

Sarawak disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala. Negeri Sarawak mempunyai 23 etnik

utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya menganut

pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya masing-masing

menuturkan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut daerah-daerah kediaman mereka

di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Dua puluh tiga etnik bumiputera yang utama di Sarawak ialah Dayak Iban (Iban Skrang, Iban

Miri-Bintulu-Limbang, Iban Saribas, Iban Batang Rajang, Iban Undop, Iban Lemanak dan

Iban Malikin), Melanau (Seduan, Segalang, Belium, Bintulu, Segahan, Matu/Mato Daro,

Oya, Mukah, Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Balingian, Kanowit, Sekapan, Kejaman, Lahuna,

Banyok), Bidayuh (Orang Biatah, Bukar–Sadong, Bau–Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara),

Kenyah (Orang Batu Biah, Murik, Lisong, Sebob, Sipang, Long Kipat, Lepu Aga, Lepu Tau,

Nyamok dan Uma Kulit), Melayu, Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan

(kumpulan yang masih nomadik), Tebun, Bukat/Ukit, Bisaya, Baketan, La’en, Tagal, Lelak,

Sian/Sa’an, Lugat, Lisun, Kelabit, Lun Bawang/Lun Dayeh (Murut). Kumpulan-kumpulan

kaum ini tinggal di kawasan tanah rendah dan bahagian darat, kawasan tanah tinggi dan

kawasan pesisir. Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah penduduk pribumi yang paling

dominan di Sarawak,

2

Page 4: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

Orang Iban gemar tinggal di rumah panjang, satu fitur distintif organisasi sosial mereka.

Sesebuah rumah panjang dihuni oleh kaum kerabat atau saudara mara mereka sendiri.

Menurut Vinson (1978), kehidupan di rumah panjang merupakan bukti nyata tentang

kekukuhan kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan mereka

Masyarakat Iban amat berpegang teguh kepada amalan nenek moyang mereka termasuklah

dalam hal menguruskan sesebuah perkahwinan. Majlis perkahwinan dijalankan dengan

teratur dan mesra mengikut amalan yang telah diamalkan sejak ratusan tahun dahulu lagi.

Berdasarkan kepada adat resam perkahwinan masyarakat iban, maka satu kajian dokumen

dan kajian lapangan telah dilakukan untuk memahami adat resam perkahwinan kaum ini.

Hasil kedua-dua kajian ini dirumuskan melalui penulisan jurnal reflektif ini.

2.0 REFLEKSI KAJIAN

Tugasan kajian ini memberi peluang kepada pengkaji memahami adat resam perkahwinan

sesuatu kaum dengan lebih mendalam lagi. Sebelum pengkaji mengalami sendiri suasana

majlis perkahwinan sebenar, pengkaji terlebih dahulu membuat penyelidikan melalui

dokumen samaada sumber dari buku, majalah, jurnal, tesis dan rujukan internet. Dengan cara

ini, penyelidik memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam terhadap adat resam

perkahwinan sesebuah kaum yang dikaji.

Pengetahuan dan kefahaman hasil rujukan dokumen pelbagai sumber ini pula dapat

dikukuhkan melalui kajian lapangan sebenar. Dengan mengikuti sendiri perjalanan majlis

perkahwinan, pengkaji secara tidak langsung dapat membuat perbandingan antara fakta

dengan realiti. Dengan cara ini, penyelidik akan dapat memahami adat resam yang diamalkan

kini dan mengetahui faktor-faktor perubahan berlaku.

3

Page 5: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

Hasil kedua-dua kajian mendapati masyarakat Iban masih mengamalkan sebahagian besar

adat resam perkahwinan nenek-moyang mereka sehingga hari ini. Sungguhpun begitu,

terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan masyarakat mengikut kawasan. Perbezaan

ini termasuklah pergerakan pengantin semasa hari perkahwinan. Dalam kajian dokumen yang

dilakukan, Melling (1988) menjelaskan bahawa pada hari perkahwinan, pengantin perempuan

akan diarak ke rumah pengantin lelaki sedangkan dalam kajian lapangan yang dilakukan

didapati rombongan pengantin lelaki bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.

Dalam kajian dokumen yang lain pula, hasil kajian lapangan adalah selari dengan hasil kajian

dokumen. Setelah membuat kajian semula terhadap analisis dokumen dan analisis kajian

lapangan, didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan adat perkahwinan suku

kaum Iban mengikut etnik dan kawasan.

Dalam kajian dokumen juga mendapati pengantin lelaki akan disoal dengan pelbagai soalan

berdasarkan petanda sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Hal ini berbeza

dengan hasil kajian lapangan yang diperoleh. Dalam kajian lapangan, pengantin lelaki

dihiburkan dengan paluan irama gong sepanjang perjalanan. Hasil perbualan bersama ketua

pengantin lelaki menjelaskan bahawa perubahan ini disebakan oleh pegangan agama. Setelah

memeluk agama Kristian mereka tidak lagi mengamalkan sebahagian besar ritual anamisme.

Hasil kedua kajian juga mendapati, terdapat perbezaan tujuan upacara menyembelih babi

semasa ketibaan rombongan pengantin lelaki. Dalam kajian dokumen menjelaskan upacara

ini hanya akan dilakukan selepas semua petanda buruk yang dialami pengantin lelaki dapat

diatasi sedangkan dalam kajian lapangan didapati upacara ini dilakukan sebaik sahaja ketua

pengantin tiba sebagai satu penghormatan. Perbezaan ini juga adalah dipengaruhi oleh faktor

pegangan agama.

Sungguhpun begitu, terdapat amalan-amalan yang dinyatakan dalam kajian dokumen masih

diteruskan dalam kajian lapangan sepeti adat menjamu arak (air haus, dahaga dan untung)

semasa rombongan pengantin tiba dan memasuki rumah, adat berpusing tiga kali di birai

rumah, adat beramah mesra, jamuan ketibaan dan jamuan perkahwinan, amalan duduk di atas

gong, memusing ayam di kepala pengantin, memalit darah ayam ke dahi pengantin, upacara

4

Page 6: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

belah pinang, berkenalan dengan keluarga dan memberi penghormatan kepada ketua rumah

menjalankan upacara perkahwinan.

Hasil analisis keseluruhan mendapati, sebahagian besar upacara dan adat resam perkahwinan

masih lagi diamalkan. Pegangan agama dan faktor etnik dan kawasan menyebabkan beberapa

amalan tidak diamal dan berbeza pengamalan. Sunggguh pun begitu, terdapat pelbagai nilai

murni yang ditanam ke dalam jiwa setiap individu kaum iban melalui amalan adat resam

perkahwinan ini.

Masyarakat Iban sentiasa berpegang teguh pada janji. Bagi mereka janji perlu ditunaikan dan

ditepati. Semasa hari perkahwinan, mereka telah bersiap awal dan bertolak mengikut masa

yang ditetapkan. Walaupun kos menyewa sebuah bot ekspress adalah mahal namun bagi

memastikan mereka tiba awal seperti yang dijanjikan mereka sanggup menyewanya. Begitu

juga dengan pihak keluarga pengantin perempuan. Mereka telah bersiap sedia menunggu

ketibaan rombongan pengantin lelaki dan memastikan semua persediaan perkahwinan

disediakan.

Hubungan erat di antara keluarga merupakan elemen penting dalam klehidupan masyarakat

Iban. Hubungan ini terus kekal walaupun hubungan pertalian darah semakin jauh.

Masyarakat lain sudah tentu tidak mempunyai hubungan erat dan rapat terhadap keluarga

yang mempunyai pertalian agak jauh seperti masyarakat Iban. Oleh sebab itu, dalam

menjalankan upacara perkahwinan hampir keseluruhan keluarga hadir dan melibatkan diri.

Selain itu juga, adat menyambut dan merai keluarga baru semasa upacara perkahwinan amat

dititikberatkan. Upacara penghormatan menyembelih binatang, penyediaan jamuan, majlis

ramah-mesra dan majlis perkenalan merupakan upacara yang memupuk nilai ikatan

kekeluargaan yang erat dan kukuh sesama mereka.

Masyarakat Iban juga terkenal dengan nilai budaya menghormati, menyanjungi dan

mematuhi pemimpin. Nilai ini juga terpancar melalui tradisi penrkahwinan yang dijalankan.

Dalam majlis perkahwinan masyarakat Iban, ketua-ketua dari kedua-dua pihak memainkan

peranan yang besar terhadap kelancaran dan kejayaan majlis yang diadakan. Ketua pengantin

lelaki akan keluar dahulu dari kenderaan yang dinaiki dan mengadap ketua pengantin 5

Page 7: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

perempuan yang mengetuai rombongan menyambut. Ketua juga diberi penghormatan untuk

menyembelih binatang. Di samping itu juga, ketua rumah diberi penghormatan untuk

melangsungkan upacara perkahwinan.

Walaupun hasil kajian ini dapat memberikan penjelasan tentang amalan adat resam

perkahwinan suku kaum Iban namun hasil kajian ini belum mempunyai nilai kesahan yang

tinggi kerana masyarakat Iban terdiri dari 23 etnik yang berbeza dan tinggal di kawasan yang

berlalinan. Oleh sebab itu, perbezaan amalan tentu mempunyai perbezaan terutamanya

kelompok kaum yang telah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dalam kajian yang akan

datang, pengkhususan entik perlu dilakukan agar kita dapat mengenali adat resam

perkahwinan suku kaum Iban mengikut etnik dan agama.

Selain itu juga, kajian lapangan hanya dapat dilakukan tatkala hari perkahwinan tiba, hal-hal

yang berkaitanlaupun kajian ini bersifat ringkas namun untuk memahami adat resam

sesebuah kaum kita perlu mengetahuinya dari saat ia bermula sehinggalah ianya berakhir.

Dalam satu kajian dokumen, Melling (1988) mendapati kaum Iban mengamalkan adat

Ngayap sebagai cara berkenalan dengan calon isteri sedangkan dalam dokumen lain tidak

menjelaskan perkara ini. Oleh sebab itu satu kajian yang lebih sistematik dan efisen perlu

dilakukan.

6

Page 8: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, msyarakat Iban merupakan masyarakat yang kaya dengan nilai budaya dan

adat resam yang tinggi. Adat resam inilah yang menyaksikan kekukuhan kekeluargaan dan

masyarakat Iban masih Utuh dan padu sehingga hari ini. Walaupun perubahan nilai budaya

sekitar berubah akibat dirobek arus kemodenan namun masyarakat Iban tetap berjaya

mengekalkan identiti bangsanya’

Kekaguman dan kebangsaan terzahir dalam diri sebaiik sahaja melihat kemesraan, semangat

kerjasama, menghormati ketua dan kemesraan yang dipamer masyarakat ini sepanjang saya

berada menyaksikan upacara perkahwinan. Sungguhpun upacara berlangsung dalam bahasa

Iban yang tidak saya fahami namun melihat suasana yang begitu tinggi nilainya membuatkan

saya memahami gerangan apa suku kaum yang digelar pejuang satu ketika dulu. Nilai-nilai

yang terpancar di dalam suasana perkahwinan yang sudah jarang untuk kita saksikan masih

terus bersinar di bumi kenyalang ini.

‘Agi Hidup Agi Ngelaban’ bukan setakat lambang keberanian suku kaum Iban tetapi juga satu

lambang kegigihan dan kesungguhan suku kaum ini menerus dan mengekalkan adat dan

budaya yang mengukuhkan hubungan sesama mereka.

7

Page 9: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

BIBLIOGRAFI

Melling. http://www.encyclopedia.com/topic/Iban.aspx

Numpang (1989). http://eprints.usm.my/9122/1/LEKA_MAIN_PUISI_RAKYAT_IBAN_- _SATU_ANALISIS.pdf

Vinson (1978). The Iban of Sarawak. Arlington Heights: AHM Publishing Corporation.

http://gnmawar.wordpress.com/adat-iban/the-iban-longhouse-by-stephen-anggat/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

8

Page 10: HBEF2803 T1A3

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH HBEF 2703

9