Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
-
Upload
meimon-sanai -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
1/15
1
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Penghargaan..................................................................................................... 2
Pengenalan..................................................................................................... 3
Kekuatan dan Kelemahan Sistem Pendidikan Malaysia........................... 5
Cadangan Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pendidikan di
Malaysia.......................................................................................................... 10
Kesimpulan..................................................................................................... 14
Rujukan........................................................................................................... 16
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
2/15
2
PENGHARGAAN
Segala syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas kekuatan dan ilham untuk menyelesaikan
tugasan ini. Penghargaan ini juga didedikasikan kepada ___________________, tutor bagi
subjek HBEF1503, Sosiologi Masyarakat dan Ketamadunan. Atas tunjuk ajar dan
perbincangan dapatlah tugasan ini dihasilkan sebagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
baru bagi saya. Sekalung penghargaan juga didedikasikan untuk rakan rakan sekuliah.
Tanpa dorongan dan kerjasama dari kalian tugasan ini tidak dapat disempurnakan. Akhir
sekali, sejambak kasih dan penghargaan buat keluarga tercinta, yang sentiasa mendoakan dan
memberi semangat kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Kalian adalah sumber
inspirasi yang terhebat. Setinggitinggi penghargaan juga kepada individu atau kumpulan
yang secara langsung dan tidak langsung yang turut memberi sokongan dan dorongan kepada
saya sepanjang kuliah dan tugasan ini. Hanya Tuhan sahaja yang melimpahkan berkatNya
ke atas kalian.
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
3/15
3
PENGENALAN
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang
kaumnya yang hidup aman & damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina,
India dan lebih daripada 30 etnik lagi di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum
di Malaysia ini menyebabkan kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat
di negara ini supaya kestabilan negara dapat diperoleh. Kepelbagaian kaum sewajarnya
dapat membuka minda kita dan seterusnya menjadikan warganya bersifat inovatif, apatah
pula sejarah negara yang menjadi tempat berlakunya pertemuan pelbagai tamadun besar.
Satu ketika dahulu kaum Melayu mempunyai tamadunnya sendiri, begitu juga kaum Cina dan
kaum India dengan tamadunnya masing masing, disamping tamadun Islam. Kesemua
tamadun itu adalah tamadun besar dunia yang mempunyai nilai tersendiri. Sikap toleransi
tinggi yang ditunjukkan oleh pelbagai kaum di negara ini adalah antara faktor yang
menyumbang kepada kejayaan negara. Tanpa sikap ini kita terdedah kepada risiko yang
boleh menjurus kepada perang antara kaum.
Melihat kepada sejarah negara kita, dasar pendidikan negara sebelum merdeka
mewujudkan lima jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain iaitu
sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Kesan daripada penjajahan Jepun, setelah
tamat Perang Dunia Kedua1946, telah berjaya membangkitkan kesedaran, semangat
nasionalisme dan kepentingan pendidikan di kalangan penduduk pribumi. Pihak British telah
mula membuat penilaian, kajian dan perubahan dasar dalam sistem pendidikan di Tanah
Melayu. Antara laporan dan perubahan dasar itu sehingga pra merdeka ialah Laporan
Chessman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951) dan Laporan Razak
(1956).
Setelah dijajah, timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang
betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak dalam tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dimaktubkan
dalam Akta Pelajaran 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam
tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
4/15
4
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Cabaran yang besar di dalam pembangunan pendidikan kebangsaan adalah untuk
menyediakan satu sistem pendidikan yang memenuhi tujuan dan kehendak perpaduan kaum
di negara ini. Apakah mungkin anakanak kita boleh berinteraksi jika mereka belajar di
sekolah yang berbeza untuk satu jangkamasa yang panjang, atau kita boleh saja bersetuju
dengan pandangan beberapa tokoh pemikir negara. Tulisan ini cuba menunjukkan realiti
berkaitan pendidikan dan perpaduan kaum dan pada masa yang sama mengenengahkan
cadangan cadangan yang dapat menambahbaik dan mempertingkatkan sistem pendidikan
kebangsaan untuk kita fikirkan bersama keupayaannya untuk masa depan.
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
5/15
5
KEKUATAN DAN KELEMAHAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Objektif Penyata Razak ialah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara kandungan yang
termaktub dalam Penyata Razak ialah persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di
Tanah Melayu, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa
pengantar utama di sekolah, bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua
sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif lain ialah menubuhkan satu jenis sekolah
menengah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan
pelajaran yang sama, sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan bagi
mengelolakan sekolah di Tanah Melayu dan semua guru diletakkan di bawah satu
perkhidmatan professional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan antara lain merupakan
objektif Penyata Razak 19561.
Penyata Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak
ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah
menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid,
guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanakan usul Penyata Razak, suatu undang
undang telah diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Tanah Melayu,
di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat
Tanah Melayu serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Tanah
Melayu. Penyata Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia
selanjutnya.
Pada tahun 1960, Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Laporan ini adalah kesinambungan daripada Laporan
Razak bagi mengkaji dan menyemak semula kedudukan mata pelajaran agama Islam,
mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dan memperluaskan peluang mendapat
pendidikan. Antara kandungan utama laporan ini ialah rakyat mendapat pelajaran peringkat
rendah secara percuma untuk semua kanakkananak dan semua sekolah rendah bantuan
kerajaan berubah menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Umur
berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Selain itu, murid dinaikkan darjah secara
automatik, semua peperiksaan am di sekolah menengah menggunakan satu bahasa rasmi
1http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
6/15
6
sahaja dan pelajaran agama Islam disediakan di semua sekolah bantuan penuh yang
mempunyai murid Islam tidak kurang daripada 15 orang. Laporan Rahman Talib juga
menyatakan penubuhan sekolah pertukangan dan sekolah menengah teknik2.
Cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib ini menunjukkan keazaman
kerajaan untuk membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan yang bertujuan
untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Laporan
ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961.
Akta Pelajaran 1961 memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah
dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama dalam
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib dan telah melahirkan Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang terdapat pada hari ini3. Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat,
Akta Pelajaran ini telah menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk
semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk
semua murid. Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi. Sejak kemerdekaan lagi pelbagai usaha telah dibuat ke arah
pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula
dengan tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya dan perjuangan bahasa kebangsaan ke
arah memupuk perpaduan kaum.
Pada September 1974, Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan
sistem pendidikan. Bidang rujukan yang diberikan kuasa kepada Jawatankuasa ini ialah
mengkaji semula matlamat dan sistem pendidikan dengan tujuan untuk memastikan bahawa
keperluan tenaga rakyat dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Agenda utama pendidikan masih lagi perpaduan
kebangsaan. Penekanan adalah lebih kepada pembentukan kurikulum yang mempunyai
kandungan sukatan pelajaran yang sama untuk mencapai perpaduan nasional. Istilah
perpaduan telah dinyatakan sebagai sifat afektif yang merangkumi perasaan, emosi,
sentiment, sikap dan nilai. Berpandukan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 ini, matlamat
pendidikan kebangsaan telah dikhususkan untuk mencapai perpaduan nasional, menghasilkan
tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan negara, mencapai demokrasi pendidikan dan
menanamkan nilai positif.
2http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talib
3http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
7/15
7
Antara perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia dari Laporan
Jawatankuasa Kabinet ialah wujudnya kurikulum baru pendidikan iaitu Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan diikuti Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Dasar untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di
Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pula pada tahun
1990. Pada tahun 1983, dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini telah
dieperluaskan hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan pada peringkat rendah yang menggunakan bahasa Cina atau
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan.
Pada tahun 1980an, akses dan peluang pendidikan untuk rakyat tanpa mengira kaum
ditingkatkan dengan penambahan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di kawasan
luar Bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluanag pendidikan antara golongan
kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama
harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan
dipertingkatkan. Kemudahan pendidikan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desasahaja tetapi juga diberikan kepada penduduk miskin di bandar.
Dalam era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi kesan
kepada perkembangan negara. Justeru itu, kerajaan telah mengambil inisiatif memperbaiki
sistem pendidikan di negara kita. Antaranya ialah mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 dan
menggantikannya dengan Akta Pelajaran 1996, seterusnya berdasarkan kedua dua akta ini,
wujudlah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dengan pengubahsuaian dan penambahan beberapa perkataan. FPK
adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.
Dalam sistem pendidikan kita, matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
dijadikan matapelajaran wajib diambil oleh murid. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan
seorang murid yang berbudi pekerti baik dan berakhlak mulia yang sekali gus menjadi ciri
cirri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Isi kandungan kurikulum menekankan kepada penguasaan sesuatu ilmu pengetahuan,
aplikasi ilmu pengetahuan tersebut dan juga nilai nilai murni yang boleh diterapkan
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
8/15
8
daripada sesuatu ilmu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bermatlamat untuk melahirkan
individu bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Misalnya dalam matapelajaran Kajian Tempatan ada menekankan konsep hubungan antara
individu dengan keluarga dan juga masyarakat lain dan tanggungjawab serta peranan masing
masing dalam konteks lapisan masyarakat. Berdasarkan kenyataan ini, dasar pendidikan
yang digubal dapat menjadi pemangkin untuk mencapai matlamat perpaduan semua kaum di
Malaysia.
Dalam artikel Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (KPM, 2001)4, Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar
Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak
kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan
perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau
bagaimanapun, globalisasi iaitu era dunia tanpa sempadan yang memudahkan maklumat
diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman laman sesawang dan
sebagainya melalui komputer memberi impak kepada pelaksanaan dasar pendidikan yang
menggunakan teknologi maklumat. Implikasinya, isuisu moral semasa khususnya isuisu
yang membabitkan nilai nilai social menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk
diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai nilai murni masyarakat Malaysia yang inginditerapkan bercanggah dengan nilainilai di Barat atau negaranegara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris atau dikenali
sebagai PPSMI menjadi isu hangat di negara kita. Dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia
Online, bertarikh 04 Mac 20095, menyatakan bahawa kebanyakan tokoh bahasa Melayu
menentang pelaksanaan PPSMI dengan alas an tidak memartabatkan bahasa Melayu. Saya
juga pencinta bahasa Melayu tetapi saya agak berlainan sedikit pandangan tentang perkara
ini. Bagi saya pengunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanya dalam mata
pelajaran yang berkenaan sahaja. Ini bukan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu dalam
mata pelajaran lain. Malah PPSMI ini juga akan memantapkan lagi penguasaan mata
pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak kita. Kita sibuk menentang sekeras-kerasnya isu ini
hanya kerana dua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah tetapi tidak melihat
4http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdf
5
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_0
3.htm
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
9/15
9
bagaimana bahasa Melayu ini digunakan di tempat yang jauh lebih penting. Sebagai contoh,
lihat sahaja pemimpin, tokoh korporat dan tokoh penting lain yang sepatutnya menjadi
contoh sebagai pemartabat bahasa Melayu tetapi masih ada antara mereka yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Masih menggunakan 'bahasa rojak'. Malah yang
lebih menyedihkan lagi ada tokoh Melayu yang tidak bercakap sepatah pun bahasa Melayu
dalam urusan rasmi, temuramah dan sebagainya. Begitu juga surat rasmi sebahagian daripada
jabatan kerajaan atau swasta masih menggunakan bahasa Inggeris. Bagi saya perkara ini
tidak ada kompromi kerana semua rakyat di Malaysia belajar bahasa Melayu.
CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam
konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada
abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan
negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang
penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambilkira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup mereka.
Dalam masyarakat yang bersifat pelbagai budaya di Malaysia, penstrukturan semula
organisasi sekolah memerlukan penyertaan dan kerjasama semua pihak yang mempunyai
kepentingan institusi sekolah. Para penggubal dan pemutus dasar memerlukan pertimbangan
yang lebih rasional daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Dalam The Star online,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan untuk memansuhkan UPSR dan PMR
supaya pelajar dan guru dapat memfokuskan perkembangan kreativiti dan pembangunan
interaktif secara meluas6. Bagi saya, cadangan ini amatlah baik untuk diterjemahkan sebagai
dasar baru di negara kita kerana saya memandang sistem pendidikan di negara kita yang
berasaskan peperiksaan awam ini lebih menggalakkan para generasi mendatang untuk
menjadi insan yang cuma mengenal alam buku sahaja berbanding mempersiapkan diri
mereka dengan kemahiran sosial dan kemasyarakatan yang lengkap dan ilmu ilmu yang
berkisar kehidupan seharian dengan lebih baik.
6http://www.onlinethestar.com
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
10/15
10
Di sekolah rendah, ibu bapa dan guru mendoktrinkan murid dengan pencapaian 5A
dan pemikiran mereka terbentuk bahawa datang ke sekolah adalah untuk mendapat 5A.
Perkara ini amat berbahaya kerana sepatutnya ssejak kecil lagi mereka perlu dibentuk dengan
pemikiran yang menjana kepada kepentingan pembangunan masyarakat sekitar dengan
melengkapkan diri mereka dalam aspek kompetensi dan sahsiah. Barulah kita dapat melihat
satu budaya mencabar dalam pembelajaran dapat diwujudkan seterusnya menjana generasi
pelapis yang aktif dan berfikiran kritis. Justeru itu, cadangan untuk membina remaja dengan
ilmu kenegaraan dalam penstrukturan semula sistem pendidikan adalah amat perlu.
Penjanaan ini haruslah bermula dari bawah yakni bermula sejak mereka mula
mengenal alam persekolahan sehingga mereka keluar daripada universiti sebagai pemegang
ijazah yang berjaya. Mungkin daripada cadangan ini, beberapa matapelajaran seperti
Pendidikan Demokrasi, Pengajian Am, Antoplogi, dan yang berkaitan dengannya perlu
dimasukkan dalam kurikulum pendidikan. Pada pendapat saya, untuk melahirkan sebuah
generasi yang benar benar matang dari sudut kemasyarakatan dan sosialnya, mereka
perlulah disemai dengan nilai nilai kenegaraan dan patriotik yang matang sejak kecil lagi.
Dari sini, nilai nilai demokrasi perlulah diajar dan disemai dengan teliti agar mereka yang
lahir dari sistem pendidikan ini bukan sekadar menjadi produk lambakan kepada masyarakat,
namun mereka mampu bertindak sebagai pemikir kepada masyarakat.
Cadangan yang seterusnya ialah pengukuhan moral melalui ilmu dan agama. Peranan
pendidikan agama telah dikesampingkan dan diserahkan kepada pihak swasta atau orang
perseorangan untuk mengajarkan pendidikan Islam kepada anak anak melalui sekolah
agama swasta atau belajar agama di rumah rumah guru agama. Masa yang diperuntukan
untuk pendidikan agama sekitar empat hingga enam jam seminggu dalam waktu
persekolahan adalah terlalu kecil dan tidak memadai. Maka pendekatan yang lebih radikal,
drastik dan berani perlu dilaksanakan supaya pendidikan Islam ditadbir urus secara
menyeluruh dan menjadi teras kepada sistem pendidikan arus perdana oleh pihak
Kementerian Pelajaran.
Dari kecil lagi, pelajar wajib diajar dengan ilmu fardhu ain secara betul dan tersusun.
Hal ini teramat penting kerana hanya dengan pemantapan ilmu ini barulah impian untuk
melihat generasi akan datang lahir sebagai sebuah generasi harapan akan tercapai. Justeru,
sistem pembelajaran agama di sekolah juga haruslah diubah daripada sistem ajar dan lari
kepada sistem talaqqi. Ini kerana ilmu fardhu ain bukanlah sebarang ilmu yang boleh diajar
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
11/15
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
12/15
12
ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk
menimba ilmu di sekolah.''7
Alimuddin juga menyatakan bahawa selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan
melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.
Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka
berada di tahun satu lagi. Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang
kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi. Beliau memberitahu, sistem yang
dilaksanakan itu menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.
Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu,
berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020. Pelajar-pelajar
yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 22 hingga 32 tahun
menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara.
KESIMPULAN
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripada
sistem pendidikan negara adalah generasi bersatu padu yang seimbang dan harmonis daripada
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cuba disemai,
kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untuk
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dan
keharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dan
dijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Pada
awalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduanantara kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan
kemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci. Dasar Pendidikan
Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan keperluan negara buat masa ini
7
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=
pe_01.htm
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
13/15
13
dan masa hadapan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian
adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan yang sesuai dengan keperluan keperluan
swasta dalam semua bidang.
Justeru dalam teks ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa negara kita mengamalkan dasar
pendidikan yang mengutamakan kepentingan dan keperluan semua kaum. Kerajaan tidak
membezakan soal pelajaran dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat
pelbagai kaum dan keturunan. Menurut beliau juga, setiap rakyat negara ini, selagi
memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada Negara berhak menikmati pelbagai
kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan juga tidak ada halangan
menyediakan kemudahan pendidikan sempurna kepada mana mana kaum yang
mementingkan penguasaan ilmu bahasa ibunda masing masing kerana apa yang penting
bagi kerajaan ialah menyalurkan pengetahuan sewajarnya untuk semua kaum8. Sebagaimana
sasaran kerajaan dalam tempoh 15 tahun akan datang, iaitu Malaysia bakal meraih kejayaan
menduduki kedudukan teratas dalam pencapaian pentaksiran di peringkat antarabangsa
seperti Korea, Finland, New Zealand dan Singapura9. Diharapkan sasaran kerajaan ini
menjadi realiti bagi generasi muda di negara kita.
Malaysia akan terus melangkah ke hadapan. Perpaduan kaum akan terus
menjadi isu yang panas dan sejuk mengikut keadaan semasa. Sukar untuk kita selesaikannya
dalam tempoh yang singkat. Kemungkinan kita memerlukan beberapa dekad lagi untuk
membina perpaduan kaum. Walau bagaimanapun, dengan usaha yang gigih untuk
menyatupadukan rakyat melalui sistem pendidikan adalah tidak mustahil asalkan usaha ini
ikhlas dari setiap lapisan kaum majoriti dan minoriti. Apa yang penting ialah kita
bekerjasama ke arah harapan, aspirasi dan wawasan yang sama bagi masa depan generasi
muda dan negara.
(3,174 perkataan)
8
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&
pg=mh_04.htm9
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Mu
hyiddin/Article
-
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
14/15
14
RUJUKAN
Ee Ah Meng. 1996.Pendidikan di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah.
Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1).
Selangor: Penerbitan Fajar Bakti sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia.2006.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: Edisi
Pelancaran PIPP. Diambil pada 25 Mei 2012, dari laman sesawang
http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-
2010%20Malaysian.pdf
Penyata Razak 1956. Diambil pada 20 Mei 2012, dari laman sesawang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956
Laporan Rahman Talib. Diambil pada 20 Mei 2012, dari laman sesawang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talib
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Diambil pada 20 Mei 2012, dari laman sesawang
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-
pendidikan-kebangsaan.html
Diambil pada 21 Mei 2012, dari laman sesawanghttp://www.onlinethestar.com
Diambil pada 21 Mei 2012, dari laman sesawang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Rakyat Dipelawa sertai Dialog Nasional Pendidikan. Diambil pada 21 Mei 2012, dari laman
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPen
didikanNegara2012_Muhyiddin/Article
http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdfhttp://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdfhttp://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talibhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talibhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://www.onlinethestar.com/http://www.onlinethestar.com/http://www.onlinethestar.com/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Muhyiddin/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Muhyiddin/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Muhyiddin/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Muhyiddin/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatdipelawasertaidialogNasionalPendidikanNegara2012_Muhyiddin/Articlehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htmhttp://www.onlinethestar.com/http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talibhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdfhttp://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006-2010%20Malaysian.pdf -
7/29/2019 Hbef1503-Sosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan
15/15
15
Transformasi Pendidikan Bermula 2010. Diambil pada 12 Jun 2012, dari laman sesawang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
PPSMI: Perjalanan dituju anak cucu kita masih jauh. Diambil pada 11 Jun 2012, dari laman
sesawang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysi
a&sec=Forum&pg=fo_03.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm