HBEF JURNAL (T2A3)

10
700806035112001 HBEF2803(T2A3 ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBEF2803 JURNAL REFLEKTIF (T2A3) NAMA PELAJAR : ZAIDA BT ISMAIL NO MATRIK : 700806035112001 NO KAD PENGENALAN : 700806-03-5112 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU 1

description

assigment

Transcript of HBEF JURNAL (T2A3)

Page 1: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBEF2803

JURNAL REFLEKTIF (T2A3)

NAMA PELAJAR : ZAIDA BT ISMAIL

NO MATRIK : 700806035112001

NO KAD PENGENALAN : 700806-03-5112

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU

1

Page 2: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 ASPEK-ASPEK YANG DISARANKAN MENGGAMBARKAN SITUASI DIRI SEBAGAI SEORANG GURU MASA KINI.

4

3.0 SEJAUHMANAKAH ANDA DAPAT MELAKSANAKAN

SARANAN-SARANAN TERSEBUT DEMI MENINGKATKAN

KERJAYA DIRI SEBAGAI SEORANG GURU YANG BOLEH

MEMBAWA KEPADA KEBERHASILAN MURID.

5

4.0 PENUTUP 6

5.0 SUMBER RUJUKAN 7

2

Page 3: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

TUGASAN 2 AKTIVITI 3: JURNAL REFLEKTIF(T2A3)

PENDAHULUAN

Profesion keguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan mendesak. Profesion

keguruan adalah bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh

masyarakat. Keunikannya hanya dirasai oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Warga

profesion keguruan sahaja yang berkemampuan memberikan perkhidmatan pendidikan terbaik

kepada masyarakat yang mana memberi kesan terhadap perkembangan personaliti, mental dan

fizikal setiap insan. Guru-guru harus memandang tinggi profesion keguruan masa kini dari segi

komitmen tugas dan sumbangan yang diberikan. Salah satu matlamat Kementerian Pelajaran

Malaysia ialah menjadikan pendidikan negara ‘bertaraf dunia’ merupakan satu reformasi

pendidikan bagi menghadapi alaf baru. Reformasi pendidikan amat perlu disegerakan kerana

segala perubahan yang berlaku amat pantas terutamanya dalam era teknologi moden.

Pelbagai aspek-aspek penting yang telah saya perolehi semasa mendengar kedua-dua

ceramah berdasarkan kepada video seminar yang disampaikan oleh Dr.Nasaruddin B. Basar

Ketua Penolong Pengarah , Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian

Pendidikan Malaysia bertajuk Program Pembangunan Profesionalisme Keguruan Berterusan:

Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan Motivasi Pelajar yang dibentangkan oleh Tuan

Haji Ibrahim B. Sakimin Ketua Penolong Pengarah , Sektor Standard & Verifikasi Bahagian

Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia kepada peserta OUM.

Aspek-aspek yang disarankan ialah berfokus kepada kebertanggungjawaban diri sendiri

sebagai seorang guru , kecemerlangan kerjaya seorang guru kepada pembangunan pelajar dan

potensi diri dalam laluan kerjaya . Aspek lain yang disarankan ialah: guru-guru hendaklah

melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru hendaklah

menggunakan peluang yang diberikan oleh Open University Malaysia (OUM) untuk mengikuti

Program Pensiswazahan Guru iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Open University

3

Page 4: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

Malaysia (OUM) menyediakan pendekatan akademik , membuka pemikiran baru guru ,

membangunkan intelek guru dan mengaplikasikan dalam bilik darjah bersama murid-murid.

Setiap aspek-aspek yang disarankan adalah menggambarkan situasi sebenar diri

saya sebagai seorang guru pada masa ini . Saya harus tingkatkan Ilmu Pengetahuan iaitu saya

harus kreatif, harus mempunyai kreativiti yang tinggi dan berinovasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran mengikut perkembangan zaman. Saya harus berfikir jauh ke hadapan dan

meningkatkan keupayaan supaya dapat memenuhi kehendak generasi baru. Saya juga

melanjutkan pelajaran mengikuti Program Pensiswazahan Guru-guru. Program Pensiswazahan

guru dapat meningkatkan pendapatan guru selaras dengan ciri-ciri negara maju rakyat

berpendapatan tinggi. Saya menyediakan pendekatan akademik, membuka pemikiran baru,

membangunkan intelek dan mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah

bersama murid-murid.

Sebagai seorang guru, saya sentiasa meningkatkan pembangunan profesional . Saya wajar

mempunyai etika keguruan yang baik, sentiasa tingkatkan Kualiti Diri dan tingkatkan nilai-nilai

positif dalam diri saya sebagai seorang guru. Seperti jujur, amanah, menepati masa ,

bertanggungjawab dan bersyukur. Saya harus menjadi guru yang profesional dan mempunyai

akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi.

Sebagai seorang guru, saya harus komited, efektif dan sentiasa mampu membawa

perubahan dan penyesuaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan

prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion keguruan. Saya

sedaya upaya menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap

keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dalam bilik darjah. Saya

menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri saya untuk

mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya sentiasa

4

Page 5: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

peka dengan perkembangan zaman dan seterusnya menyusun serta mencari pendekatan terbaik

dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran sejajar dengan keperluan semasa.

Saya dapat melaksanakan saranan-saranan yang dicadangkan demi meningkatkan

kerjaya diri saya sebagai seorang guru yang boleh membawa keberhasilan murid-murid.

Antaranya:

Saya sentiasa meningkatkan kualiti diri supaya anak murid yang saya hasilkan dapat

mengharungi negara pada masa hadapan. Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang

baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Selain itu, saya harus mempunyai

etika keguruan yang baik. Hasilnya akan melahirkan minat murid untuk terus belajar dengan

tekun.

Sebagai guru , saya harus mahir dalam bidang saya dan meningkatkan kompotensi yang

ada juga menambahkan kompotensi baru serta membuat penambahbaikan kompotensi agar

pencapaian akademik murid-murid iaitu cemerlang dalam peperiksaan awam akan meningkat.

Pembangunan profesion guru bukan sahaja diri sendiri tetapi kemenjadian murid yang saya

didik yang merupakan Modal Insan Negara. Saya harus berfikir menggunakan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar dapat menghasilkan murid-murid yang boleh berkomunikasi

dan berkolaborasi dengan semua pihak dengan baik.

Saya telah menjalani pelbagai kursus, seminar, pembacaan, dialog prestasi dengan guru

di sekolah, membuat kajian tindakan dan kemahiran baru sesuai dengan arus globalisasi.

Hasilnya saya mempunyai kecekapan, keyakinan, dan kemahiran yang tinggi dalam dunia ICT

dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam mewarnai profesionalisme sebagai guru. Saya

mengaplikasikan eleman teknologi yang terkandung dalam bilik darjah bersama murid –murid

dan rakan-rakan guru yang lain. Saya membangunkan diri dalam dunia ICT supaya tidak

ketinggalan. Saya sering mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

membuat penambahbaikan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran saya.

5

Page 6: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

Saya mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dalam bilik darjah agar PdP yang saya

jalankan berkesan.

PENUTUP

Kesimpulannya, saya dapat melaksanakan saranan-saranan tersebut demi meningkatkan

kerjaya diri sebagai seorang guru yang boleh membawa kepada keberhasilan murid-murid.

Oleh itu , saya harus menjadi role model dan mengharungi generasi hari ini untuk bersaing

dengan generasi akan datang dalam menghadapi dunia yang semakin maju. Saya perlu sentiasa

mengetahui perubahan semasa dalam perkembangan profesionalisme pendidikan guru. Saya

yakin semua guru dan pihak pengurusan sekolah dapat memainkan peranan penting dan

menumpukan sepenuhnya kepada profesion yang diamanahkan. Bersyukurlah kerana Allah SWT

memilih kita menjadi seorang guru. Sesungguhnya seseorang yang berjaya pada hari ini bermula

dengan usaha seorang guru biasa.

6

Page 7: HBEF JURNAL (T2A3)

700806035112001 HBEF2803(T2A3)

SUMBER RUJUKAN

1)Video Pembentangan bertajuk:

Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri.

Dr.Nasaruddin B. Basar,

Ketua Penolong Pengarah , Sektor Peningkatan Ilmu

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2)Video Pembentangan bertajuk:

Motivasi Pelajar.

Tuan Haji Ibrahim B. Sakimin,

Ketua Penolong Pengarah , Sektor Standard & Verifikasi

Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia

7