HBAL1103 Bahasa Arab
-
Upload
istiqomah-ehya -
Category
Documents
-
view
174 -
download
3
Transcript of HBAL1103 Bahasa Arab
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SMP PPG MAC 2012
HBAL1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB
SEPTEMBER 2012
NAMA PELAJAR : ZALIHA BINTI MAT RASID
NO. MATRIKULASI : 760905085742001
NO. KAD PENGENALAN : 760905-08-5742
NO. TELEFON : 019-5971811
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE
HBAL1103
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan……………………………………………………………....4
1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa ...……………………………. 4
1.2 Cara pengelolaan ……………………………………………………….5
2.0 Objektif ………………………………………………………………....6
2.1 Kelebihan dan kelemahan …………………………………………..…8
3.0 Contoh Permainan Bahasa………..…………………………………..10
4.0 Penutup …………………………………………………………………10
5.0 Rujukan …………………………………………………………………13
6.0 Lampiran ………………………………………………………………..14
1
HBAL1103
PRAKATA
Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat
saya menyiapkan tugasan kertas kerja yang diamanahkan bertajuk “Pengenalan Pendidikan
Bahasa Arab”. Kepada Tutor saya, diucapkan jutaan terima kasih atas bimbingan yang diberi
sehingga terhasilnya kertas kerja ini. Begitu juga kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak
membantu dari segi sumbangan idea dan bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada individu atau
sesiapa sahaja yang banyak menyumbang kepada terhasilnya kertas kerja ini. Walaupun
kekangan masa, namun ia tidak menghalang saya dari terus mengumpul bahan dan mencari buku-
buku untuk dijadikan panduan menyiapkan tugasan ini. Hasrat saya untuk menghasilkan tugasan
yang terbaik dan berkualiti.
Akhir kata, saya berharap kertas kerja ini dapat menjadi rujukan kepada sesiapa yang ingin
mengetahui tentang “Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab”. dengan lebih baik dan sempurna.
Segala yang baik adalah datang dari Allah SWT manakala yang kurang adalah datang dari
kelemahan saya sendiri.
Sekian terima kasih.
2
HBAL1103
1.0 Pengenalan
Setiap kanak-kanak yang normal suka bermain. Main atau bermain secara amnya boleh
didefinasikan sebagai aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak
terutama menimbangkan hasilnya.Dengan lain perkataan mereka bermain untuk kepuasan.
Bermain diangap sebagai satu perkerjaan oleh kanak-kanak dan bukan satu aktiviti yang
dipaksa, ia merupakan sebahagian keinginan semulajadi kanak-kanak.Pepatah arab menyatakan
bermaksud : Akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat. Jika bermain dikaitkan
dengan pembelajaran, ia akan menjadi “permainan sambil belajar” Kaedah ini amat sesuai untuk
kanak-kanak pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Bermain adalah penting untuk
perkembangan sosial dan intelek kanak-kanak.
Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai
kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai. Permainan ini
mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dan diawasi oleh guru.
Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan
lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu teknik yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sejak akhir-akhir ini . Penglibatan
dalam permainan bahasa memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan meliputi empat kemahiran pembelajaran iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu
bermotivasi tinggi, kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran agar ianya dapat mencapai
objektif-objektif yang telah disasarkan.
1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Didalam
permainan ini, murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran
mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak
disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikkan dalam pengajaran. Pendekatan
ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran Bahasa Arab
3
HBAL1103
Komunikasi Sekolah Kebangsaan . Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti bagi pelajar
yang memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru
akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian
bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya
bersedia menerima pengajaran. Ini bertujuan untuk memenuhi objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu.
Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words
menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan
tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.
Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah
dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky
(1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak
membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan
permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara
praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya.
Natijahnya murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.
En Ah Meng 1997 menjelaskan permainan dapat memberikan pengalaman awal tentang
keadilan,peraturan,dan kesamaan.Diantara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik
darjah ialah teka silang kata,teka teki,sahibba,domino,gambar,kad perkataan,menyambung titik-
titik,cantuman gambar,kad nombor,dam ular dan sebagainya.
1.2 Cara pengelolaan
Setiap guru perlu membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas permainana bahasa.
Seharusnya guru mesti sedar bahawa permainan boleh diintegrasikan lebih mendalam
melibatkan sesuatu pelajaran.Ini merupakan cara yang berkesan untuk mencapai objektif
pengajaran dan bukan hanya setakat untuk keseronokan sahaja, malahan mendapat manfaat
darinya.Secara realitinya peranan guru amat penting dalam pengajaran.
i. Persedian Sebelum
4
HBAL1103
Guru perlu menentukan jenis permainan dengan memilih permainan yang dapat manarik minat
murid dalam pembelajaran dengan peralatan permainan. Guru juga perlu menetapkan peraturan
permainan serta masa atau pempoh permainan.
ii. Perlaksanaan
Guru menerangkan tujuan,peraturan,tempoh dan cara-cara bermain semasa memulakan
permainan. Guru membimbing ,mengawasi ,menilai hasil permainan , mengadakan
perbincangan dan mengistiharkan pemenang.
iii. Selepas permainan
Guru akan menilai hasil permainan dan mengistiharkan pemenang serta membantu murid
membuat rumusan, dan membuat catatan. Akhirnya murid-murid menyimpan peralatan
permainan.
Kanak-kanak perlu digalakkan berkerjasama dalam kumpulan,berlakon,membuat model
dan bermain dalam kumpulan bersama kanak-kanak lain.Sekiranya kehidupan mereka pada
peringkat ini tidak diisi dengan perkara-perkara sebegini, maka kanak-kanak akan terdedah
dengan pengaruh komputer yang menjadikan mereka ketagih kepada permainan dalam
komputer dan perkara-perkara yang tidak sesuai dilayari . Oleh itu, guru perlu memastikan
bahawa rohani dan jasmani kanak-kanak sentiasa berkembang.
2.0 Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai
beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ;
a) Merangsang Interaksi Verbal Murid
Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan
ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada
guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu
memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka
dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta bercakap
mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara
satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu suasana
pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai
5
HBAL1103
pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan
lancardanberkesan.
(b)Menambah Kefasihan dan Kefahaman
Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif iaitu
mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri.
Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa
struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat
kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi arahan
misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan berbahasa
dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan
dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari
kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa dengan menggunakan bahasa yang telah mereka
pelajari. Pada waktu yang sama, guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.
(c)Bertindak sebagai alat mengikis bosan
Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga
kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila
menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba
menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa
ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu
amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif
kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali
digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan releven pada waktu itu.
(d)Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah
dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan
murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan
bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau
recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di
dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
6
HBAL1103
2.1 Kelebihan dan kelemahan
Kelebihan pada permainan bahasa ini seperti mana permainan bahasa yang lain yang tidak
boleh dimainkan pada semua situasi dan peringkat umur murid-murid. Hal ini terpulang kepada
kreativiti seorang guru tersebut dalam mengubahsuai seseuatu permainan bahasa itu untuk
disesuaikan dengan murid-murid mereka.
Kelebihan permainan “Si Comel Bersama Fesyen Warna-Warni “ , dapat dilihat
melalui perkembangan intelek, kanak-kanak dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan
kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai
kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka
juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan
potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah. Ia
dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa selain daripada
memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh
segelintir pelajar seperti suka menyendiri,mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para
pelajar yang lain. Oleh itu, permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah
fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas. Ia juga dapat menarik perhatian murid-murid
mengambil bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).
Kedua ialah bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan
rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu
bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri
untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Mereka akan dapat
mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin berbeza mengikut situasi tertentu
dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut.
Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya
tidak malu untuk bersosial dengan orang lain secara tidak langsung menjadikan suasana proses
p&p menjadi lebih seronok dan berkesan dengan kerjasama murid-murid dengan guru mereka.
Aktiviti ini lebih berfokuskan latihan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya
apabila memikirkan jawapan. Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara
lebih kreatif, inovatif dan fitrah. Apabila mereka dapat memberikan perkataan yang berkaitan,
secara tidak langsung permainan bahasa ini dapat memupuk semangat daya saing
mereka,membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi caparan, dapat membina
keyakinan dalam diri murid dan seterusnya dapat memberikan peluang kepada murid untuk
7
HBAL1103
memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi diri menerusi dendaan. Ia dapat
membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar
sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataanyang berbeza penggunaannya sesuai
dengan situasi . Selain itu, kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan
mereka semasa bermain.
Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor
game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan
bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat
meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan
perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,
2009).
Walau bagaimanapun, permainan bahasa ada kelemahannya kerana ia berlangsung
dalam tempoh masa yang panjang dalam p&p. Kawalan kelas dari segi kebisingan suara murid-
murid akan berlaku setiapkali pusingan dan dendaan tersebut berlaku. Selain itu,guru juga
memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan mengendalikan permainan ini dan
seterusnya mengambil kira perasaan murid-murid yang kalah akan berasa rendah diri apabila
mereka tidak dapat memberikan sebarang jawapan.
Pertama sekali ialah guru perlu merancang dengan teliti aktiviti yang ingin dijalankan
mengikut masa yang telah ditetapkan.Kemudian memberi peringatan kepada murid-murid apabila
mereka membuat bising tetapi tidaklah sehingga menggangu keseronokan permainan.Perkara
ketiga ialah guru melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.Akhir
sekali ialah guru perlu memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan cabutan
kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat dalam keadaan santai.
Murid-murid perlu digalakkan berkerjasama dalam kumpulan dan bermain dalam
kumpulan bersama murid-murid lain didalam bilik darjah. Sekiranya kehidupan murid-murid
pada peringkat ini tidak diisi dengan perkara-perkara yang menyeronokkan mereka akan mudah
terjerumus sekaligus melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.Guru perlu memastikan
rohani dan jasmani kanak-kanak sentiasa hidup dan cergas.
8
HBAL1103
3.0 Contoh Permainan Bahasa
Pemilihan tajuk adalah berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Arab komunikasi j-QAF darjah
dua .
Tajuk : نلون هيا
Nama permainan : “Si Comel bersama Fesyen Warna Warni”
ملونة) ازياء مع الطيفة(
Objektif : Melatih keberanian pelajar dalam mendengar dan menyebut dengan betul.
Bahan : youtube nasyid warna bahasa arab (j-QAF Zaliha pnp (3).flv.mp4
), kad warna-warni
( merah, hijau, biru dan kuning ) , slaid power point, baju sukan, dan gambar.
Cara bermain : berkumpulan/Kelas.
Langkah Perlaksanaan Permainan :-
1. Permainan ini dimainkan dalam empat kumpulan. Satu kumpulan disertai dengan 6 orang
murid ( mengikut empat warna yang diajar iaitu merah, hijau, biru dan kuning)
2. Seorang dari ahli kumpulan akan memakai pakaian yang perlu membuat pertunjukan fesyen
baju tersebut, begitu juga kumpulan lain.
3. Murid yang memakai pakaian sukan akan memperagakan fesyennya mengikut gaya
tersendiri, manakala ahli kumpulan masing-masing akan menyebut warna bardasarkan baju
yang dipakai .
4. Semua ahli kumpulan tersebut diminta menyebut warna dengan sebutan bahasa arab yang
betul. Kumpulan yang dapat menyebut dengan betul akan membuka fail yang warna
mengikut warna baju dan mewarnainya secara berkumpulan. Contohnya kumpulan merah
akan mewarna gambar buah rambutan, bunga raya dan lori bomba.
5. Kumpulan yang tidak dapat menjawab dengan betul akan didenda dengan membuka fail
warna biru dan mewarna gambar bendera Malaysia.
6. Guru membuat penilaian kendiri.
4.0 Penutup
Kesimpulannya, permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa
arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar bahasa arab sebagai bahasa asing ketiga
(selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat menambahkan lagi minat
9
HBAL1103
mereka dalam mempelajari bahasa ini.Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah
persepsi murid bahawa mempelajari bahasa arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan.
Hasil daripada penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini,
maka mempelajari bahasa arab sebenarnya adalah mudah. Sejajar dengan kehendak sistem
KSSR yang meliputi elemen teknologi maklumat diterapkan juga elemen keusahawanan dan
kreatif. Murid lebih berdikari, berusaha dan berdaya saing melalui permainan ini.
Hasil daripada aktiviti permainan “Si Comel Bersama Fesyen Warna-Warni “
pengajaran dan pembelajaran bahasa arab pada hari ini mendapati semua murid aktif melibatkan
diri dan mudah menyebut warna di dalam bahasa arab. Pada hari ini saya telah mengaplikasi
pelbagai teknik pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa arab semasa
aktiviti di dalam bilik darjah. Ini kerana, kepelbagaian dalam pengajaran memberi peluang
kepada murid untuk memahami pengajaran dengan lebih mudah dan cepat. Sehubungan itu, saya
mencadangkan teknik permainan bahasa digunakan dalam meningkatan prestasi dan minat
murid. Selain itu, teknik permainan bahasa dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran apabila guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Permainan-permainan bahasa juga adalah permainan yang mudah dan tidak memerlukan
penggunaan ruang dan masa yang banyak serta sangat menyeronokkan. Namun begitu, guru-
guru perlu peka dalam menyediakan serta merancang permainan ini. Menurut Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz (1996), guru perlu merancang serta mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan
objektif pengajaran dan dijalankan mengikut jangka masa yang sesuai.
Akhirnya saya berpuashati dengan apa yang dilakukan bersama murid pada hari ini,
walaupun saya perlu membuat persediaan yang rapi dari segi perancangan, persediaan harian
dan juga bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran. Selain itu, saya juga
banyak meminta bantuan dari segi idea, teknik pengajaran dan lain-lain dari rakan sekerja untuk
memantapkan lagi ilmu pedagogi yang sedia ada . Semua sumbangan dalam pelbagai bentuk
adalah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah. Kebanyakan subjek bahasa arab hanya
dipelajari di sekolah agama dan boleh dipraktikan oleh sebahagian guru sahaja.Keadaan ini
boleh berubah dengan penggunaaan teknologi-teknologi terkini yang membolehkan para pelajar
berminat untuk mempelajarinya.
Peranan guru juga penting untuk merialisasikan impian ini.Sekolah juga perlu dilengkapi
dengan kemudahan teknologi seperti komputer dan ICT serta perisian yang sesuai diaplikasikan
10
HBAL1103
dan boleh membantu pelajar faham dan mengingati dengan mudah.Contoh penggunaan teknologi
dalam pengajaran bahasa arab ialah dengan memaparkan visual ,grafik,permainan
bahasa,audio,suara,animasi dan lain-lain secara sistematik.Ini dapat menambah minat pelajar
untuk mendalami bahasa arab dan sekaligus meningkatkan kefahaman agama. Teknik permainan
bahasa adalah salah satu teknik pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahasa
arab murid khususnya kemahiran menyebut dan bertutur dan menulis. Selain itu, permainan
bahasa boleh digunakan sebagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Guru perlu
bijak dalam merancang aktiviti yang sesuai yang melibatkan ketiga-tiga kelompok murid
tersebut. Setiap aktiviti yang dijalankan perlu disusuli dengan latihan pengukuhan agar murid-
murid sedar bahawa permainan bahasa bukan sekadar satu permainan tetapi satu proses
pembelajaran yang dipelajari secara bermain dan santai.
Lebih kurang 2790 patah perkataan.
11
HBAL1103
RUJUKAN
1. Buku panduan Perlaksaan Model Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum
Ehsan:Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.
j-QAF Tahun . (2005). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2. Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.
3. Noraini Ahmad (1994), Pengurusan Masa, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
4. Palaniveloo Sinayah (1995 ). Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul
UNITEM Sdn. Bhd.
5. Ustaz Zawawi Bin Ismail ( 2006 ). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Kuala Lumpur :
Meteor Doc. Sdn. Bhd
6. Ustaz Zawawi Bin Ismail, Ustaz Mohd Abdul Nasir bin Abdul Latif, Ustaz Wan Nordin
bin Wan Abdullah, Dr Rosni Samah ( 2011). Pengenalan Pendidikan Bahasa
Arab, Selangor:. Meteor Doc. Sdn. Bhd
12
HBAL1103
Lampiran
Pelaksanaa pengajaran dan pembelajaran bahasa arab tahun 2 .
Tajuk : نلون هيا
Nama permainan : “Si Comel bersama Fesyen Warna Warni”
ملونة) ازياء مع الطيفة(
Aktiviti menggayakan fesyen.
13
HBAL1103
14