HBAE2103 PSV
-
Upload
nurbiah-baharuddin -
Category
Documents
-
view
319 -
download
1
Transcript of HBAE2103 PSV
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBAE 2103 : CORAK DAN REKAAN
SEMESTER : JANUARI 2010
TAJUK : CETAKAN
NURBIAH BINTI BAHARUDDIN
NO. MATRIKS : 760529125500002
760529-12-5500
013-5562905
Tutor :
Pn. Janet Missi
OUM Sandakan
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
Isi Kandung
1. Pengenalan Cetakan
2. Artis Seni Cetakan di Malaysia
2.1 Biodata
2.2 Hasil karya
2.3 Keunikan hasil karya dari segi :
2.3.1 Aspek formalistik
2.3.2 Representasi subject matter
2.3.3 Pengaruh dan pengetahuan budaya
2.3.4 Ekspresi dan emosi
2.3.5 Keaslian dan kreativiti artis
3. Persembahan Multimedia
3.1 Jenis-jenis cetakan
4. Penutup
5. Bibliografi
- Rujukan internet
- Lampiran - CD powerpoint
Halaman | 2
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
1. Pengenalan Cetakan
Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok
atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej
terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain.
Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali
ini disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama
berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.
Sejarah cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi
di China. Seterusnya industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di
negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk
mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan
pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah
cetakan di Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi.
Rakyat Malaysia yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan
memperluaskannya. Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan
pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di
Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa
diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.
Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan
air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti
crayon Caran D'Ache. Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat.
Teknik dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau
hamparan yang digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam,
lembaran kaca akrilik, lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan
serigrafi atau cetak saring (screen-printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan
pada sebuah kerangka, disebut dengan screen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan
menggunakan permukaan kentang atau ketela.
Halaman | 3
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
2. Artis Seni Cetak di Malaysia : Juhari Said
2.1 Latar Belakang Juhari Said
Juhari Said dilahirkan pada 6 Januari 1961 di Gopeng, Perak. Beliau mendapat didikan seninya
di Institut teknologi Mara dari tahun 1979 sehingga 1983. Sejak awal lagi Juhari telah menunjukkan
kecenderungannya kepada senicetak dan sekaligus telah mencurahkan sepenuh perhatian dan
tenaganya dalam bidang ini. Ketekunan beliau telah membuahkan hasil apabila menerima anugerah
Major Award for Printmaking dari Salon Malaysia pada tahun 1991. Pada tahun 1983 pula Juhari
telah dianugerahkan gran penyelidikan dari kerajaan Perancis. Tambahan dari itu pada tahun 1994,
beliau telah menerima program fellowship dari Yayasan Jepun. Juhari telah berjaya menyertai lebih
dari 30 pameran seni tempatan, 24 pameran antarabangsa dan 7 pameran solo. Beliau sering memberi
ceramah dan bengkel senicetak di unversiti tempatan. Buat masa ini beliau adalah ahlicipta di
Universiti Sains Malaysia.
Tahun 1982-83 boleh dianggap sebagai peringkat percubaan Juhari : 1984-85 penerusan
peringkat pencarian subjek yang kukuh,1986-89 "Siri Taman" dan 1990-92 "Siri Baju Kurung".Pada
1993,Juhari membuat pelbagai percubaan bahan dalam lukisan dibawah siri "Printmaker's Drawing :
Baju Kurung No.1-9". Sekitar tahun 1982-83 pelukis yang berasal dari Perak ini banyak membuat
penerokaan dengan media,teknik serta subjek. "Death of the Princess" (1982) dan "Malaysia Still
Life" (1981) adalah di antara contoh-contoh terbaik yang mewakili era itu. Pengolahan-pengolahan
lanskap dipaparkan dalam karya beliau seperti "Senja di Puncak Bukit" (1985) dan "Landscape of
Silence" (1985).
Pada peringkat ketiga (1986-89) dalam kegiatan berseninya, Juhari memperlihatkan suatu
perubahan yang begitu mendadak."Siri Taman" muncul,dan Juhari meninggalkan terus simbol-simbol
mahupun imej-imej figuratif yang nyata seperti keris juga kekacang."Siri Taman" adalah sekumpulan
lanskap mujarad yang dihasilkan oleh Juhari dalam era ini. Juhari menyebut bahawa jalinan-jalinan
yang terdapat pada kayu-kayu telah menjadi pengganti berus pada dirinya dalam mencipta imajan-
imajan dalam penerokaan ini
Halaman | 4
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
2.2 Hasil Karya Pilihan : OKIR
Wood, oil paint & metal plate Wood, oil paint & metal plate Wood, oil paint & metal plate 164cm x 47cm 164cm x 47cm 178cm x 57cm
Wood, oil paint & metal plate Wood, oil paint & metal plate Wood, oil paint & metal plate
181cm x 61cm 181cm x 61cm 178cm x 57cm
Halaman | 5
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
2.3 Keunikan Hasil Karya
Perkembangan Seni Cetak di Malaysia
Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni
kontemporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai
dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.
Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh
berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu,
batasan atau sempadan peraturan-peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan
tersendiri kini menjadi semakin kabur.
Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal
kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat
segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan
menjadikannya sebagai satu keistimewaan.
2.3.1 Aspek formalistik
Dalam siri OKIR ini, Juhari Said menolak pembuatan blok, atau state proofing, iaitu proses
yang merujuk kepada pengarcaan. Ini selaras dengan pendirian Juhari yang ingin memaparkan OKIR
sebagai satu dimensi baru seni cetakan. OKIR mempunyai pertautan dengan ‘seni cetakan kombo’
(combo prints atau combined printmaking) yang banyak digunakan oleh artis seni cetak di Amerika
Syarikat pada tahun 1960-an.
Karya OKIR Juhari Said ini memaparkan jalinan sentuh yang ketara. Beliau telah
memindahkan jalinan sentuh ke permukaan 2 dimensi melalui teknik cetakan yang menggunakan
alam semula jadi, iaitu kayu. Gambaran ayam yang ditunjukkan dalam karya OKIR ini ditonjolkan
dalam bentuk sisi-sisi yang terpotong-potong, dan tidak ada gambaran subjek yang utuh. Di sinilah,
peranan lorekan warna yang digunakan oleh Juhari Said. Lorekan-lorekan warna pada ukiran yang
kontra membentuk bulu ayam, gambaran moncong atau kepala ayam. Penggunaan lorekan warna ini
sudah cukup memberi pemahaman kepada orang ramai bahawa subjek yang diketengahkan oleh
beliau ialah ayam.
Halaman | 6
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
2.3.2 Representasi subject matter
OKIR memaparkan ayam sebagai subject matternya. Pemilihan ayam ini adalah berdasarkan
beberapa aspek. Pertama, Juhari Said ingin menonjolkan imej negatif ayam yang sering dilabelkan
oleh masyarakat Melayu, iaitu ayam sebagai binatang yang pengotor. Kedua, beliau ingin
menunjukkan bantahan terhadap kemusnahan beberapa spesis tertentu ayam, seperti ayam hutan,
akibat pembangunan.
Pada masa yang sama, Juhari Said cuba menunjukkan bahawa seni tampak dapat
dipersembahkan dalam pelbagai perspektif dan medium, termasuk menggunakan ukiran kayu. Ayam
dalam karya beliau ini merupakan suatu bentuk manifestasi jiwa, pemikiran, dan proses ritual
masyarakat Melayu tradisional.
2.3.3 Pengaruh dan pengetahuan budaya
Karya OKIR oleh Juhari Said ini merupakan gabungan pengalaman hidup dan pengaruh
budaya beliau. Ini berkaitan dengan nilai-nilai kesederhanaan dan latar belakang hidup beliau ketika
zaman kanak-kanak. Juhari Said membesar di Kampung Sungai Itik, Gopeng, Perak. Ini
menunjukkan bahawa karya ini mewarisi sebahagian besar pengaruh budaya dan cara hidup beliau
semasa di kampung. Pemilihan ayam secara jelas memaparkan perkaitannya dengan masyarakat
Melayu tradisional. Latar belakang Juhari yang membesar di kampung menjadikan karya ini lebih
unik dan mempunyai unsur spontaniti.
Apatah lagi, ayam mempunyai hubungan erat dengan masyarakat Melayu, dan menjadi simbol
pemikiran mereka ketika itu. Elemen ayam dipaparkan melalui penggunaan pepatah dan simpulan
bahasa seperti cakar ayam, tidur-tidur ayam, yang kekal digunakan sehingga ke hari ini. Lantaran
hubungan yang erat antara ayam dan masyarakat Melayu itulah yang banyak mempengaruhi karya
OKIR ini.
Halaman | 7
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
2.3.4 Ekspresi dan emosi
OKIR adalah manifestasi Juhari secara keseluruhan, dari segi pendirian, keberanian dan
kecekalan beliau untuk mencabar dan membantah segala konvensi dan tradisi seni cetakan. Juhari
Said terkenal dengan ketetapan dan kegigihan beliau menganjurkan idea dan bentuk. Beliau berkarya
bukan untuk kepuasan atau populariti. Bagi Juhari proses seni cetakan adalah satu wacana yang
dibentuk oleh penakulan demi mencapai hajat, tujuan dan makna yang terkandung di dalam satu
disiplin seni yang sangat teknikal.
OKIR adalah bukti kepakaran Juhari sebagai seorang seniman yang menguasai sepenuhnya
asas-asas teknikal untuk menghasilkan estetika visual yang mantap. Pemilihan kayu sebagai fokus
karya adalah sama pentingnya dengan idea atau konsep yang mendasari karya itu sendiri. Reaksi
intuitif dan pengalaman visual harian menghubungkan seniman dengan sifat dan semangat kayu.
Juhari memotong, mengukir dan menanda, justeru menghasilkan impresi visual yang mengagumkan
dan tanpa batasan.
2.3.5 Keaslian dan kreativiti artis
Juhari sudah melonjak ke arah satu dimensi baru seni cetakan. Lonjakan ini memerlukan
proses dan pendekatan baru, mengurai segala rahsia, tenaga dan maksud yang tersembunyi pada
permukaan blok, dan menegaskan bahawa impresi visual bukan sahaja menjelma di atas kertas tetapi
pada minda seniman dan khalayak ramai. OKIR mengukir pelantar alternatif yang membawa
pemikiran dan perspektif baru dalam seni cetakan Malaysia.
Halaman | 8
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
3. Persembahan Multimedia
Halaman | 9
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
Halaman | 10
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
4. Kesimpulan
Dalam konteks seni lukis moden Malaysia keterlibatan Juhari Said sebagai seorang jurucetak
atau printmaker yang khusus dan gigih tidak dapat disangkal lagi. Selama lebih dua puluh lima tahun
menjadi seniman profesional dan mengkhususkan dirinya dalam ciptaan karya seni cetak, Juhari Said
telah membina reputasi tinggi dalam bidang pengkhususannya itu. Semenjak penghujung dekad
1980-an sehingga kini, kesalingkaitan di antara seni cetak dan Juhari Said dalam bacaan sejarah
perkembangan seni cetak negara amat intim. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa apabila kita
membahaskan soal seni cetak Malaysia, kita akan mengaitkan ia dengan susuk Juhari Said atau
karyanya dan begitu jugalah sebaliknya.
Prinsip asas seni cetak adalah ia mesti mempunyai blok atau matrik tunggal yang
kemudiannya digunakan untuk mencetak seberapa banyak salinan yang diperlukan. Melalui prinsip
ini Juhari Said telah bergerak untuk memberi tafsiran dan nilai-nilai baru dari segi persepsi, bentuk
dan teknik kepada karya seni cetak itu sendiri. Penumpuan tertentu tersebut meliputi aspek seperti
menoreh, mencakar, melakar, mengakis atau sebarang teknik tertentu sehingga gambaran yang
diinginkan itu terhasil. Penumpuan itu juga turut meliputi aspek perletakan warna.
Kehebatan dan sinonimnya nama Juhari Said dalam bidang seni cetak di Malaysia telah
melonjakkan perkembangan seni cetak ini ke satu tahap yang baru dari sebelumnya. Justeru itu,
diharapkan usaha beliau dalam membantu melahirkan ramai artis seni cetak tempatan dapat
direalisasikan pada masa akan datang.
Halaman | 11
Nurbiah Binti Baharuddin 760529125500
5. Rujukan
Mohd. Zaihidee Hj. Arshad (2009), HBAE2103 Corak dan Rekaan. Kuala Lumpur : Open
University Malaysia ( OUM ).
http://senivisual1.blogspot.com/search/label/cetakan
http://ww.usm.my/art/html/events/jbd.pdf
http://www.juharisaid.com
http://www.rumahykp.org.my/arkibykp1.html
http://www.weiling-gallery.com/juharisaid.htm
http://www.weiling-gallery.com/utusanmalaysia.htm
Halaman | 12