HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud....
Transcript of HARTA PUSAKA - hasil.gov.my · PDF filemeninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud....
CUKAI PENDAPATAN
HARTA PUSAKA
TAMBAHAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Kod Tuntutan : 224 15
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 1 -
Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2014. Sila baca
nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun
Taksiran 2014 adalah benar dan lengkap.
Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TP
KECUALI bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut
yang boleh diperoleh daripada buku panduan dalam laman sesawang:
(i) Helaian Kerja HK-3 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);
(ii) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
(iii) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai
yang telah dibuat di negara asing.
Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh
(7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang
disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak berkenaan
tidak perlu diisi.
Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun cukai di ruangan B35a hingga B36, C35a
hingga C36, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala bahagian lain yang
melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.
SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP
Harta yang dimiliki di sisi undang-undang oleh seseorang yang telah meninggal dunia pada masa
kematian dikenali sebagai harta pusaka. Wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca
pendapatan arwah / mendiang dalam Borang TP sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindah
milik kepada waris.
1
2
Isikan nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Isikan nombor cukai pendapatan harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.
KEDUDUKAN CUKAI
Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan
borang. Sila tandakan ‘X’ di petak yang berkenaan (satu petak
sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TP.
<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?
1 Nama Harta Pusaka
usaka
H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y
0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>?
No. Cukai Pendapatan
TP 2
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 2 -
BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA
A1
Domisil di Malaysia
Semasa Mati
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya pembayar cukai
ini berdomisil di Malaysia semasa kematian dan isikan ‘2’ sekiranya
berdomisil di luar Malaysia.
Domisil bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya.
Individu berkenaan juga mempunyai niat untuk menetap di negara
tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
A2
Negara Domisil Semasa Mati
Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 ialah ‘1’ dan sekiranya
pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila
rujuk kepada muka surat 13 nota ini untuk mendapatkan senarai
ringkas kod negara atau Lampiran E Buku Panduan untuk senarai
terperinci.
A3
Tarikh Kematian
Nyatakan tarikh yang tercatat di dalam sijil kematian.
A4
Wasiat
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya arwah/
mendiang ada meninggalkan wasiat dan isikan ‘2’ sekiranya tidak
meninggalkan wasiat sebelum kematian.
A5 Surat Kuasa
Mentadbir
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya telah
memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat
kuasa dipanggil geran probet (grant probate) akan dikeluarkan oleh
pihak mahkamah atau jika simati tiada meninggalkan wasiat, surat
kuasa pentadbir harta pusaka (Letter of Administration) akan
dikeluarkan oleh pihak mahkamah.
A6 Tarikh Pemerolehan
Surat Kuasa
Nyatakan tarikh yang tercatit di dalam surat kuasa di mana ianya
dianggap tarikh perlantikan berkuatkuasa bagi seseorang pentadbir
kepada harta pusaka berkenaan. Jika ruang A5 ialah ‘2’, ruang ini
dibiarkan kosong.
A7
Penyimpanan
Rekod
Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti
dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan
‘1’ di ruang yang disediakan jika ada membuat penyimpanan rekod.
Isikan ‘2’ jika tiada.
A8 Alamat Surat-
menyurat Wasi /
Pentadbir Utama
Alamat di mana dokumen perihal cukai pendapatan perlu
disampaikan atau diposkan.
A9 Alamat Premis
Perniagaan Simati
Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta
pusaka dikendalikan.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 3 -
A10 Alamat di mana rekod
harta pusaka disimpan
Isikan ‘1’ di dalam petak yang disediakan sekiranya rekod dan
dokumen harta pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat seperti
di ruang A8; atau isikan ‘2’ sekiranya disimpan di alamat premis
perniagaan seperti di ruang A9. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di
alamat seperti di ruang A8 dan A9.
A11 Alamat lain (Jika A10 = 3)
Nyatakan alamat di mana rekod harta pusaka disimpan jika jawapan di ruang A10 ialah ‘3’.
A11a Alamat Laman
Sesawang /Blog
Alamat laman sesawang atau blog (jika ada)
A12 Maklumat
Wasi/Pentadbir
Isikan maklumat wasi/pentadbir di mana yang berkenaan.
A12a Nama Nyatakan nama penuh wasi/pentadbir seperti yang tertera di kad
pengenalan atau pasport.
A12b No. Pengenalan /
Pendaftaran*
Isi nombor kad pengenalan/ polis/ tentera sebagai no.pengenalan
dan potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan.
A12c No. Pasport Isi nombor pasport sekiranya wasi/pentadbir merupakan warga asing
yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.
A12d No. Cukai Pendapatan
Isi nombor cukai pendapatan setiap wasi/pentadbir, sekiranya ada.
Tulis nombor berkenaan dari kanan ke kiri.
A12e No. Telefon
Isi nombor telefon untuk memudahkan pihak LHDNM menghubungi
setiap wasi/pentadbir, sekiranya perlu. Sila pastikan maklumat ini
adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan
rasmi LDHNM.
Sekiranya terdapat lebih daripada 2 orang yang dilantik sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka
ini, senaraikan maklumat seperti di A12a hingga A12e sebagai lampiran tambahan dan lampiran ini
perlulah dikemukakan bersama pengembalian Borang TP.
A13 Maklumat Bank Wasi/
Pentadbir
Sekiranya layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun tersebut.
A13a Nama Bank Nyatakan nama bank berkenaan untuk tujuan di atas dan bank ini
mestilah beroperasi dalam Malaysia sahaja.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 4 -
BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai Berdomisil Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=1)
B1
–
B9
PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan,
perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.
Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada
penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian
perkhidmatan. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 dan amaun L dari
Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan yang boleh diperoleh di laman
sesawang LHDNM).
PERKONGSIAN
Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari
menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion
dikenakan cukai. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B (Buku
Panduan dalam laman sesawang).
ELAUN MODAL
Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun
bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga
HK-1.2A
RUGI PERNIAGAAN
BAWA HADAPAN
Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum
ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca
perniagaan / perkongsian sahaja. Amaun B dari Helaian Kerja HK-
1.3. Jika amaun B8 lebih besar dari amaun B7, tolakan dibenarkan
adalah terhad kepada amaun B7 sahaja..
B10 –
B22
DIVIDEN
Masukkan pendapatan berpunca dari dividen / pengagihan pendapatan daripada syarikat dan amanah unit [selain dari Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF)] yang telah dikenakan cukai atas kadar cukai tahun semasa syarikat iaitu 25%. Helaian Kerja HK-3 perlu disertakan bersama Borang TP sekiranya tuan layak menuntut pembayaran balik seperti di ruangan D7. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3.
FAEDAH
Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 5 -
DISKAUN
Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.
SEWA
Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B (Buku Panduan dalam laman sesawang).
ROYALTI
Royalti bermaksud:-
(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk
penggunaan atau hak untuk menggunakan:
(i) hakcipta, hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk
atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama
atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta
atau hak lain yang serupa;
(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal,
perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman
atau kemahiran saintifik;
(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-
mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam
perenggan (a) definisi di atas.
Amaun H dari Helaian Kerja HK-5 (Buku Panduan dalam laman
sesawang).
ANUITI
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan
amanah. Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang
melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk
selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
BAYARAN BERKALA LAIN
Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.
APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 6 -
TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)
Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira
diperingkat pendapatan agregat.
Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali
di bawah Jadual 4 ACP 1967.
Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika
tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.
Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4
ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan dan diambil
kira dalam menentukan pendapatan agregat.
Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.
RUGI PERNIAGAAN
TAHUN SEMASA
Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak
daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul. Contoh: kerugian
perniagaan pada tahun 2014 ditolak daripada pendapatan agregat
bagi tahun 2014.
Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Amaun B18 terhad kepada amaun B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi amaun di ruang B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.
PERBELANJAAN
MENCARIGALI -
JADUAL 4 DAN
PERENGGAN
44(1)(b)
Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau
mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan
yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagiai potongan.
Amaun ini terhad kepada B19 Borang TP. Baki yang tidak boleh
diserap (jika ada) dimasukkan ke ruang J2 Borang TP.
B22
ANUITI KENA
DIBAYAR /
BAYARAN
BERKALA
Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang
melayakkan waris menerima bayaran tahunan, sama ada untuk
selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Jika simati tidak
meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama
anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang.
Sesuatu bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang
tetap.
B24 – B30 DERMA DAN HADIAH
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 7 -
HADIAH WANG KEPADA KERAJAAN / KERAJAAN TEMPATAN YANG DILULUSKAN
Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan.
Subseksyen 44(6)
HADIAH WANG KEPADA INSTITUSI ATAU ORGANISASI DILULUSKAN
Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)
HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA AKTIVITI SUKAN
ATAU BADAN SUKAN YANG DILULUSKAN
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang
diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya
Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen
44(11B)
HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA PROJEK
BERKEPENTINGAN NEGARA YANG DILULUSKAN
Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan
negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)
Terhad
kepada
7%
daripada
pendapatan
agregat di
ruang B17
HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.
Subseksyen 44(6A)
HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN
Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan
awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi.
Subseksyen 44(8)
HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan
pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.
Subseksyen 44(11)
ZAKAT PERNIAGAAN
Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.
Subseksyen 44(11A)
B33
PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang
mentadbir harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil
di Malaysia semasa kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada
pentadbir harta pusaka tanpa mengira sama ada pentadbir tersebut
adalah seorang pemastautin atau tidak. Amaun potongan adalah
sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk
kes individu iaitu RM 9,000.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 8 -
B35–
B36
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
Cukai ke atas yang pertama
Sesuaikan amaun di B34 Borang TP (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan
bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).
Cukai ke atas baki
Contoh:
Pendapatan bercukai di B34: RM15,550
Guna pengiraan di kategori C jadual cukai seperti berikut:
Cukai ke atas RM10,000 yang pertama RM100.00
Cukai ke atas baki RM5,550 atas kadar 2% RM111.00
Jumlah cukai yang dikenakan RM211.00
Masukkan di ruang B35a dan B35b dalam Borang TP seperti berikut:
BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai TIDAK BERDOMISIL Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1 = 2)
C1
– C30
Rujuk kepada nota dalam Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) di ruangan B1 hingga B30
di muka surat 4 hingga 7 Nota Penerangan ini.
C33
PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN
Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 25%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK
C33a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.
1 1 1 0 0
1 0 0 0 0 1 0 0 0 0
2 1 1 0 0
5 5 5 0 0 2
->>_>>_>>? ->>_>>_>>?
<?
B36
Cukai ke atas yang pertama
Cukai ke atas baki
JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B35a + B35b)
Atas Kadar (%)
B35
B35a
PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN (Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan)
->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?
, , ,
, , ,
, , ,
, , ,
.
.
, , , . ->>_>>_>>_>?
B35b
B36
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 9 -
C33b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.
C33c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A
Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:
balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;
balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, venture, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau
sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.
C33d PENDAPATAN LAIN
Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.
Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 25%.
C35 _
C36
PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN
Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing
Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TP atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada
PPPDK.
Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini
menerima pendapatan faedah dan royalti.
Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C35a: RM50,500
Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C35f: RM10,000
Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C35d: RM25,000
Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TP seperti berikut:
->>_>>_>>_>?
<>_>>_>>_>>?
Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan
2 5 0 0 0 0
25 C35a
Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain
, , , . , , , 1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0
C36 ->>_>>_>>_>?
, , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C35a hingga C35g) C36
1 5 0 0 0 0
2 5 0 0 0
1 0 0 0 0
1 6 6 2 5 0 0
10 C35d <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , . 15 C35f <>_>>_>>_>>?
->>_>>_>>_>?
, , , , , , .
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 10 -
BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK
D1 – D7
Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B36 dalam Bahagian B atau dari ruang C36 dalam Bahagian C.
TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)
Sertakan pengiraan di Helaian Kerja HK-3 sekiranya harta pusaka ini
layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang D7 Borang TP.
Amaun D dari Helaian Kerja HK-3.
TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti,
pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.
Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik.
Amaun B dari Helaian Kerja HK-6
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang
dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk
Lampiran F Buku Panduan untuk menentukan negara-negara yang
memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan
Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 (Buku
Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat pengiraan kredit.
PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133
Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang
dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-
negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua
kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja
HK-9 (Buku Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat
pengiraan kredit.
BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2014 RUMUSAN CUKAI DAN BAYARAN
Pelarasan antara cukai kena dibayar dan cukai yang telah dibayar (melalui skim ansuran) dibuat dalam bahagian ini. Sila isi ‘0’ dalam ruang ini jika layak mendapat bayaran balik seperti di ruang D7. Masukkan bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2.
Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pembayaran boleh dibuat di:
(a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.
- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank Berhad (RHB) & Alliance Bank Malaysia Berhad dan perbankan telefon Maybank.
- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 11 -
(b) LHDNM - ByrHASiL-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM,
http://www.hasil.gov.my
- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang dilampirkan bersama borang.
(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online
Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai
kena dibayar ialah pada 30 April 2015. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti
dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2015.
BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM
DILAPORKAN
F1 – F3
Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum
dilaporkan sebelum ini. Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2013 tetapi baucar hanya
diterima dalam tahun 2014.
Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN
G1 –
G3e
Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati dalam Helaian Kerja Buku Panduan Borang TP yang boleh diperoleh dari laman sesawang.
BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA
DAN POTONGAN DUA KALI
Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 & 15 nota penerangan ini.
BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF
J1 – J2
ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN
Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk
menentukan kelayakan. Gunakan Helaian Kerja HK-1D untuk
pengiraan.
PERBELANJAAN JADUAL 4
Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam
tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke
ruang ini.
BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA
K1 –
K50
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan
perniagaan.
Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 12 -
Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan sahaja.
BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN
L1 –
L5
Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang
dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.
AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA
Hanya salah seorang daripada wasi / pentadbir kepada harta pusaka ini perlu melengkapkan
ruangan ini sekiranya harta pusaka ini mempunyai lebih daripada seorang wasi / pentadbir. Walau
bagaimanapun, kesemua wasi / pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan
percukaian simati.
Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan
diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai
makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku
kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.
MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen/wakil cukai yang menyediakan borang
nyata ini.
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 13 -
JADUAL CUKAI
KATEGORI
BANJARAN PENDAPATAN
BERCUKAI
(a)
PENGIRAAN
RM
(b)
KADAR
%
(c)
CUKAI
RM
(d)
A 0 - 5,000 5,000 pertama 0 0
B 5,001 - 10,000 5,000
5,000
pertama
berikutnya
2
0
100
C 10,001 - 20,000 10,000
10,000
pertama
berikutnya
2
100
200
D 20,001 - 35,000 20,000
15,000
pertama
berikutnya
6
300
900
E 35,001 - 50,000 35,000
15,000
pertama
berikutnya
11
1,200
1,650
F 50,001 - 70,000 50,000
20,000
pertama
berikutnya
19
2,850
3,800
G 70,001 - 100,000 70,000
30,000
pertama
berikutnya
24
6,650
7,200
H Lebih 100,000 100,000 pertama
setiap ringgit berikutnya
26
13,850
..............
KOD NEGARA
Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku
Panduan Borang TP untuk mendapatkan senarai lengkap.
Nama Negara Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara Nama Negara
Kod
Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 14 -
KOD TUNTUTAN
TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS
Kod Tuntutan
101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis
perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya
102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)
104 Perbelanjaan kebajikan
105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri
106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan
107
Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara
asing:
terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan
terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing
110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik
114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat
116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius
117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja
120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka
121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja
122 Kos membangunkan laman jaring
137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus
140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan
pengambilan pekerja
141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja
144 Pendaftaran perbelanjaan cap dagangan dan paten
146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan
Sejagat(Kumpulan Wang PPS)
148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais
149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT
154
Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh
pinjaman bagi projek terbengkalai
POTONGAN SELANJUTNYA
Kod Tuntutan
201 Premium insurans bagi pengimportan kargo
202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya
204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo
205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu
208 Premium insurans bagi kredit eksport
212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia
216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia
217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja
218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja
219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful
Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri
- 15 -
221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak
224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan
POTONGAN DUA KALI
Kod Tuntutan
301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan
302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan,
syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.
306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional
317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Nama
No. Cukai Pendapatan No. K/P
No. Pendaftaran Perniagaan Tahun Taksiran
Kemukakan Helaian Kerja ini jika tuan layak menuntut bayaran balik (Gunakan HK-3 berasingan bagi dividen yang perlu dikasarkan semula)
A. Senarai pendapatan dividen:
Bil. Tarikh
Bayaran
No. Waran /
No. Siri Nama Syarikat
Dividen Kasar
RM sen RM sen RM sen
!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!! !!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!
HK-3: TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)
Bagi Tahun
Berakhir Kadar Cukai
Cukai Dipotong Dividen Bersih
JUMLAH DIVIDEN BERSIH
Jumlah Dikasar Semula
X [ amaun dari B(i) ] Y [ amaun dari B(ii) ]
Nota: Teruskan pengiraan di muka surat sebelah jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa
B. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong
Jika kadar cukai dipotong mengikut baucar / sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiran semasa, sila gunakan formula berikut untuk mendapatkan jumlah dividen yang dikasarkan semula dan cukai dianggap telah dipotong:-
(i) Dividen dikasar semula (X)
(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y)
C. Pengiraan Pendapatan Berkanun Dividen
D. Seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (Dividen)
Dividen bersih
= (X)
= X
= (Y)
* Di mana Z ialah kadar cukai tahun taksiran semasa syarikat
(i) Dividen Kasar (X)
(ii) Faedah atas pinjaman yang dilakukan semata-mata
dalam menghasilkan pendapatan dividen tersebut
(iii) Pendapatan Berkanun
(amaun Y di atas)
x Z *
( 1 – Z * )
Tolak:
1
( 1 – Z * ) x = Dividen bersih
=