Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat...

22

Transcript of Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat...

Page 1: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah
Page 2: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Hai dan Salam Sejahtera kepada semua….

Terima Kasih kerana mendapatkan Ebook Blueprint Ebook 5 Angka ini…

Dalam ebook ini saya nak ceritakan bagaimana perjalanan dan strategi yang saya

gunakan untuk menjana pendapatan 5 angka dengan menjual produk digital saya iaitu

RAHSIA SUBLET PREMIUM (ebook).

Saya pasti anda dah tak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimana saya sebagai

seorang yang newbie dalam bidang Internet Marketing ini dapat menjana 5 angka

dalam masa 2 hari.

Kalau ikut pada pengalaman saya benda ini memang tahyul (bak kata mentor saya Cikgu

Hafis)..Mana ada bisness yang boleh jana INCOME 5 angka dalam masa yang pendek?

Kalau anda tahu boleh bagitau saya juga..sebab saya pun nak join sama…hehe..

Tapi selepas saya buat dan follow betul-betul apa yang diajarkan oleh kepada saya..

Saya amat TERKEJUT…

Page 3: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Betul saya tak tipu …sebab biasanya 5 angka ni saya dapat setiap hujung tahun jer

(itupun waktu bonus tahunan syarikat)..ini dapat dalam masa 2 hari (untuk pre-launch

ebook)…PERGHHH..memang best giler…kalau anda dapat RM 12k dalam masa dua

hari apa yang anda nak buat agaknya?

Screenshot Penjulan ebook dalam masa 2 hari= RM 12640.00

Mesti banyak benda kan boleh settle dengan kalau ada RM 12k ni.

Jangan salah sangka yer…saya bukan nak anda semua meletakkan duit itu sebagai satu

keUTAMAan..tapi bila kita mempunyai duit,sekurang-kurangnya banyak perkara yang

selama ini kita tak boleh nak buat,dapat dilaksanakan.

Bila banyak benda boleh buat dan boleh settle kita pun senang hati..bila senang hati

takde la nak marah-marah orang setiap hari..tak de la nak stress setiap hari..barulah kita

Page 4: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

boleh beribadat dengan tenang dan khusyuk..dan pengharapan kita kepadaNYA lebih

sempurna…Itu yang saya hendak anda semua fikirkan..

Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan terlebih dahulu yer…

(Baiklah gambar di atas tu adalah gambar saya waktu muda-muda dulu…kalau jumpa

sekarang dah lain dah…heheh)

Nama diberi ialah Mohd Fairuz Bin Abd Razak.

Saya merupakan seorang Jurutera Elektrik di salah sebuah syarikat pengendali Elektrik

terbesar di Malaysia (rasanya semua dapat agak kan?)

Berusia 30 tahun dan sekarang menetap di Bandar Baru Bangi.

Page 5: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Mula berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing (IM) ni dah lama sebenarnya..Dari

zaman universiti lagi.Saya ingat lagi waktu tu femes dengan Youtube Marketing. Waktu

tu saya ada lebih dari 50 akaun Youtube sahaja untuk buat marketing.

Tetapi macam biasa la …buat marketing separuh jalan sahaja.sebab waktu tu memang

takde orang nak guide dan tak banyak panduan/kelas yang ada macam sekarang ni..jadi

saya lost..bila lost memang tak sambung buat selepas tu..

Jadi selepas tu memang saya ke laut entah kemana…kemudian dalam tahun 2014 baru

nak start balik berjinak-jinak dalam dunia IM (Internet Marketing).Saya memang berminat

dengan IM ni sebab kerjaya ni nampak rilek jer…duduk rumah pakai kain pelikat pun

boleh buat jualan…

Memang banyak sangat panduan,ebook,video,yang saya dah beli berkaitan dengan IM

ni..tapi memang tak menampakkan hasil..ada yang beli sahaja..tak baca/tengok pun

produk yang dibeli…lebur duit macamtu sahaja.NO ACTION TAKEN.

Saya juga seorang suka dan passionate dalam bidang hartanah.

Sebab itulah ebook pertama yang saya buat adalah berkaitan dengan har tanah iaitu

Rahsia Sublet Premium..(boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk mengetahui

detail berkaitan dengan ebook best seller saya ni)

Page 6: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Anda nampak tak apa yang saya nak tunjukkan?

Sebenarnya anda boleh convert anything yang anda minat kepada bentuk digital

dan jual untuk menambah pendapatan anda. Itu yang saya cuba highlightkan dalam

ayat di atas.

Yup memang saya maksudkan ANYTHING…

Page 7: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

(Tak kira lah sama ada anda seorang yang suka kucing, suka menanam pokok

strawberry, suka membela kambing, suka main kereta Tamiya (Dash Yan kuro) dan lain-

lain lagi)

Okay jadi anda dah bersedia nak tahu TEKNIK SIMPLE TAPI POWER yang saya

gunakan dalam pemasaran ebook saya?

Kalau dah sedia cakap…SAYA DAH BERSEDIA!

(pastikan tiada orang berhampiran dengan anda,takut-takut nanti di cop orang gil*

pula…heheh)

Untuk strategi ebook ini saya pecahkan kepada tiga fasa penting iaitu :

Fasa 1 : Proses Membuat Ebook.

Fasa 2 : Proses Pemasaran Ebook.

Fasa 3 : Proses Pelancaran Ebook

Page 8: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

FASA PERTAMA : PROSES MEMBUAT EBOOK

1) Tajuk

Apa yang penting untuk mula menulis sesebuah ebook adalah anda kena tahu apa

topik/tajuk yang sesuai untuk menulis ebook yang mudah dijual.

Perkara ini sangat penting..kerana anda mesti tahu apakah USP (unique selling point)

untuk ebook anda.USP ini ialah ciri-ciri unik yang ada pada ebook anda yang tidak ada

pada mana-mana penulisan yang lain.

Dalam ebook Rahsia Sublet Premium., saya mendedahkan teknik Sublet Premium yang

jarang dilakukan oleh orang ramai (ini adalah antara USP saya).

Sebab market ketika itu adalah mereka yang membuat sublet biasa sahaja.Jadi dengan

membuat ebook berkaitan dengan Sublet Premium, saya telah menawarkan satu nilai

yang tidak pernah orang dengar sebelum ini.

Page 9: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Anda tak perlu risau,yang penting anda tulis ahaja.Sebab setiap penulis akan menulis

berdasarkan pengalaman masing-masing.Jadi mesti ada kekurangan dalam penulisan

buku/ebook yang beliau telah tulis dan telah ada dipasaran sekarang ini.

Antara ebook yang menjadi permintaan ramai ketika ini adalah dalam bidang menjana

duit tambahan dan bisnes.Sekiranya anda mahir dalam sesuatu bidang dan bisnes

mungkin anda boleh tulis satu ebook berkaitan dengan perkara yang anda mahir tersebut.

Contohnya anda mahir dalam penternakan ikan,anda boleh tulis ebook berkaitan dengan

“Panduan A-Z yang simple buit duit RM 4k sebulan dengan ikan arowana”.

2) Tetapkan Matlamat (Dateline)

Anda mesti letakkan satu matlamat yang jelas bila yang anda akan selesaikan ebook

tersebut.Sekiranya anda tiada matlamat,pasti sukar untuk anda menyiapkan ebook anda.

Pengalaman saya menulis ebook Rahsia Sublet Premium adalah selama 3 bulan.(lama

kan?).Tetapi kalau saya hitung betul-betul sebenarnya ebook RSP boleh siap dalam

masa 1 bulan sahaja.

Dalam bab ini anda perlu disiplinkan diri anda untuk memastikan ebook tersebut siap

pada masa yang ditetapkan.Selagi anda lengahkan,selagi itulah anda lambat untuk

Page 10: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

menjana pendapatan melalui ebook tersebut.Anda harus ingat bahawa ebook tersebut

adalah salah satu dari mesin ATM anda

Nak tak saya kongsikan apakah motivasi saya untuk menyiapkan ebook tersebut?

Motivasi saya waktu itu adalah tak lain dan tak bukan saya ingin menjana duit

tambahan.Itu sahaja.

Dan saya yakin bila saya siap sahaja ebook ini , ia akan menjadi satu PERKONGSIAN

yang sangat berguna kepada semua orang.Saya jual nilai dan pengalaman saya selama

2 tahun mengendalikan bisness Sublet Premium supaya orang lain juga boleh buat

seperti saya.

Alhamdulillah .hasilnya kini sudah lebih dari 5 orang membuat Sublet Premium di tempat

yang sama dengan saya buat.

Menarik Bukan?

Page 11: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

3) Mesti tahu apa yang hendak ditulis (pakar dalam bidang tersebut)

Maksud pakar di sini bukan lah anda mesti ada degree / PHD dalam bidang tersebut.Tapi

cukuplah sekadar anda mempunyai pengalaman yang cukup dalam penulisan ebook

anda.

Sebenarnya anda boleh dapatkan kepakaran tersebut dari orang lain.Contohnya anda

hendak bercerita tentang bisnes menjahit,tapi anda tak pernah pun buat bisnes

tersebut.Jadi bagaimana anda nak tulis berkaitan dengan bisnes tersebut?

Senang sahaja ,apa yang anda perlu lakukan adalah anda approach mereka yang telah

lama buat bisness jahit dan minta mereka kongsikan pengalaman mereka.Teknik ini

dipanggil teknik JV (Joint Venture).

Anda hanya akan menulis dan isinya anda perolehi dari pemilik bisnes tersebut.

Jadi tiada alasan untuk tidak menulis ebook lagi..heheh.

Page 12: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

FASA KEDUA : PROSES PEMASARAN EBOOK

1) Kumpul Database

Database is KING !

Apa yang saya lakukan adalah saya menggunakan teknik mengumpul database semua

prospek-prospek yang berminat untuk mengetahui berkaitan dengan ebook saya.

Saya menggunakan Landing Page/Squeeze Page untuk tujuan mengumpulkan database

ini.

Squeeze page diterjemahkan sebagai sesuatu yang dikompakkan.Ia seakan-akan

minisite tetapi di sini anda akan masukkan nama dan email anda.Kalau anda perasan

sebelum anda dapat free report ini anda ada masukkan nama dan email pada satu

website.Itu dinamakan “Squeeze Page”.

Fungsi “Squeeze Page” ini adalah untuk menyimpan email dan nama prospek yang

berminat.Prospek ini dinamakan sebagai Subscriber

Page 13: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Di atas adalah contoh “squeeze page” yang saya gunakan untuk tarik orang untuk

memasukkan nama dan email mereka. Selepas mereka memasukkan email dan

nama,mereka akan terus mendapat ebook “Real Case Study: Buat Duit tanpa memiliki

hartanah sendiri”.

Mestilah boleh…

Page 14: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Terdapat 3 laman web yang boleh membuat squeeze page secara mudah tanpa perlu

anda perlu tahu teknikal.untuk design laman web tersebut ialah:

1) Instaspages. (https://instapage.com)

2) Optimizepress. (https://www.optimizepress.com)

3) Leadspage (http://www.leadpages.net)

Ketiga-tiga laman web ini tidak memerlukan anda melanggan Domain atau hosting dan

membuat squeeze page semudah drag n drop sahaja.

Apakah ciri2 yang perlu ada pada sesebuah Squeeze page?

Ada 4 perkara yang perlu ada dalam sesebuah Squeeze page:

1) Headline : Nyatakan secara terang-terangan mengenai produk yang akan anda

berikan.

2) Teaser : Boleh letakkan screenshot video, E-cover dan sebagainya.

3) Button “KLIK SEKARANG”,”AKSES PERCUMA”,”GET INSTANCE ACCESS”

dan sebagainya.

4) Call To Action : Arahan pelawat untuk isikan Email.

Page 15: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Bagaimana sistem squeeze page ini berfungsi?

Saya pasti anda semua telah experience perkara ini disebabkan sebelum anda

mendapatkan ebook yang sedang and baca ini.,anda juga ada memasukkan nama dan

email yang kemudiannya meminta anda COMFIRM SUBSCRIPTION..selepas itu satu

email akan dihantar kepada anda untuk download link ebook ini.

Apa yang bestnya ,selepas anda menyimpan database anda..anda dapat email mereka

berkali-kali.Anda dapat membuat engagement dengan mereka melalui email tersebut

dengan AUTORESPONDER.(email anda boleh di schedulekan mengikut masa yang

anda suka)

Oh ya…sebelum pergi jauh anda juga perlu ada satu Autoresponder akaun untuk

menyimpan database anda. Proses untuk menyimpan database prospek anda adalah

seperti dalam gambarajah berikut :

Page 16: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Terdapat pelbagai Autoresponder di luar sana…ada yang free dan ada yang

berbayar…antara autoresponder berbayar yang terkenal adalah seperti :

1) Getrespond.

2) Aweber

3) Mail chimp

4) Emailmatik

Anda boleh dapatkan autoresponder ini dengan type nama-nama di atas menggunakan

google.

2. Engagement

Selepas saya telah memiliki email dan nama setiap prospek, saya akan educate

subscriber saya dengan menghantar info, tips dan panduan yang berguna kepada

mereka berkaitan dengan sublet.

Tips-tips dan info ini hendaklah dihantar sekurang-kurangnya sekali sehari untuk

memastikan hubungan anda dengan subscriber anda akan semakin rapat.Perlu

diingatkan bahawa anda perlulah nampak sebagai seorang yang pakar pada pandangan

subscriber anda.

Subscriber akan mudah bertukar sebagai buyer sekiranya rate of engagement antara

danda dan buyer meningkat.

Page 17: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

FASA KETIGA : PROSES PELANCARAN EBOOK

Untuk pemasaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan dua kali pelancaran

produk iaitu pra-pelancaran dan mega pelancaran

1. Pra-Pelancaran

Sebelum kedua–dua pelancaran ini anda perlulah menyiapkan terlebih dahulu surat

jualan (Sales Copy).Surat jualan adalah merupakan salah satu faktor yang penting yang

menyumbang kepada kejayaan sesebuah produk digital.

Dengan kata lain, surat jualan ini seolah-olah menjadi jurujual bagi pihak anda yang akan

memancing prospek untuk membeli produk anda.Sekiranya anda mempunyai surat

jualan yang bagus, maka kebarangkalian produk anda terjual adalah amat tinggi.

Sebenarnya untuk membuat surat jualan ini anda mestilah mahir dalam menggunakan

ayat-ayat yang memujuk prospek.Ia lebih dikenali sebagai Copywriting. Copywriting

adalah salah satu skill yang powerful untuk mempengaruhi prospek untuk membuat apa

sahaja hanya dengan menggunakan perkataan.

Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang

lain. Sekiranya anda membaca sesebuah surat jualan,dan anda terasa hendak membeli

produk tersebut maka surat jualan tersebut memang betul-betul powerful.

Page 18: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Anda boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk melihat contoh surat jualan yang

saya gunakan untuk ebook Rahsia Sublet Premium.

Di dalam pra-pelancaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan teknik

Scarcity. Iaitu saya hanya membuka jualan untuk 50 naskhah terpantas dan selepas itu

dibuka selama 2 hari sahaja. Selepas kuota (50 naskhah) penuh maka saya akan

menghentikan menamatkan jualan.

2. Mega-Pelancaran

Untuk Mega – pelancaran saya menggunakan strategi Affiliate. Saya menggunakan

affiliate supaya saya dapat memperluaskan lagi pemasaran ebook melalui ejen-ejen

affiliate yang mendaftarkan diri mereka secara sukarela ke dalam sistem affiliate yang

telah saya tetapkan. Setiap affiliate akan diberikan link affiliate dalam sistem tersebut.

Affilate ini mudah sahaja. untuk memudahkan pemahaman saya tunjukkan gambar

dibawah.

Page 19: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Ali menyertai satu pertandingan affiliate dan mendaftar menerusi satu sistem (katakan

sistem affiliate ONPAY).Selesai pendaftaran Ali akan menerima LINK AFFILATE KHAS

dimana sekiranya ada pembeli membeli menerusi LINK KHAS tersebut,Ali akan

menerima komisyen.

Ada bermacam-macam sistem affiliate yang anda boleh gunakan untuk tujuan affiliate

ini.Untuk sistem affiliate RSP saya menggunakan sistem onpay.my (https://onpay.my/)

Terdapat juga sistem sistem affiliate yang lain seperti Aztetic (https://aztetic.my/) dan

juga sistem affiliate lite (http://www.sistemaffiliate.com/)

Komisyen adalah yang ditetapkan oleh pemilik produk sendiri.Dalam kempen affiliate

RSP saya ada membuat cabaran affiliate.Cabaran ini bermula dari 29 Disember 2015

hingga 29 Januari 2016 selama 30 hari.Selain daripada mendapat komisyen, mereka

juga akan mendapat hadiah berdasarkan preastasi jualan masing-masing.

Page 20: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditetapkan bagi cabaran affiliate Rahsia Sublet

Premium.

Hadiah yang ditawarkan perlulah sesuatu yang mampu untuk menarik minat affiliate.

Seperti contoh di atas,saya menawarkan iphone 6 untuk affiliate yang mendapat sales

lebih daripada 70 sales ke atas. Hadiah yang menarik seperti ini akan menjadi motivasi

dan pembakar semangat kepada affiliate untuk bersama-sama mempromosikan produk

anda.

Page 21: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Kesimpulannya..

Tak susah kan untuk membuat sebuah ebook dan menjana pendapatan melalui ebook

tersebut?

Sebenarnya yang susah adalah diri kita sendiri, macam saya bagitau awal-awal untuk

membuat ebook RSP saya memerlukan sekurang-kurangkan 3 bulan untuk siap.Tetapi

kalau saya fokus dan tulis dengan berdisiplin dalam 3 minggu pun dan boleh siap.

Saya berharap apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat

kepada anda semua.Terima Kasih di atas kesudian anda semua membaca dari awal

sehingga habis free report ini.

ANDA SEMUA BETUL-BETUL OHSEM

Pertemuan kita bukan berakhir disini sahaja. Saya akan terus-menerus memberikan info

dan perkongsian yang terbaik dalam bidang Internet Marketing (khas buat newbie)

kepada anda semua melalui email–email saya yang akan datang.

Dan saya amat-amat berharap agar dapat membantu anda semua untuk mencapai apa

yang anda inginkan, jadi kalau ada apa-apa pertanyaan dan soalan anda bolehlah ajukan

kepada saya melalui email. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan. Kenalkan diri

anda sebagai pembaca free report RSP (Rahsia Sublet Premium).

Keep in touch dan jumpa anda dalam Email nanti ya.

Page 22: Hai dan Salam Sejahtera kepada semua…. Ebook 5 Angka.pdf · Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah

Terima Kasih…

Mohd Fairuz Bin Abd Razak

Penulis ebook RSP @ Ebook 5 angka dalam 2 hari

[email protected]

testing

https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=http%3A//fairuzrazak.my/downloadebo

ok