Geografi folio
-
Upload
kee-tze-san -
Category
Documents
-
view
1.148 -
download
2
Transcript of Geografi folio
4.0 Kesan-kesan PembandaranPerkembangan bandar dan pembandaran ialah satu proses berterusan. Proses pembandaran
perlu dirancang supaya dapat dimanfaatkan oleh penduduk bandar. Pembandaran yang pesat
di kawasan kajian saya telah menunjukkan kesan positif dan menimbulkan beberapa kesan
negatif. Lihat rajah 2.
4.1. Kesesakan lalu lintas
Di kawasan bandar-bandar utama, sering berlaku masalah kesesakan lalu lintas.
Keadaan ini berlaku pada waktu puncak, iaitu semasa penduduk berulang-alik pergi dan balik
dari rumah ke pejabat dan sebaliknya.Kesesakan lalu lintas menjadi lebih teruk apabila
berlaku banjir kilat. Contohnya, Kuala Lumpur dan Bangkok sering dilanda banjr kilat.
Keadaan ini jarang berlaku di Tokyo. Banjir kilat berlaku semasa hujan lebat kerana
permukaan bumi yang berturap menyekat resapan air ke dalam tanah.
Kesan-kesan Pembandaran
Kesan positif Kesan negatif
Banyak peluang pekerjaan Kemudahan infrastruktur
baik Rekreasi Perumahan selesa Industri dan perniagaan
berkembang Taraf hidup dan kesihatan
tinggi
Setinggan Masalah sosial Kesesakan lalu lintas Pencemaran
4.2. Pencemaran udara
Kesesakan jalan raya menyebabkan pencemaran udara. Di Kuala Lumpur dan
Bangkok, sering berlaku pencemaran udara akibat asap kenderaan. Pertambahan kenderaan di
Bangkok telah meningkatkan kadar pencemaran udara. Di Bangkok, terdapat pelbagai jenis
kenderaan seperti bas, teksi, tuk-tuk, motosikal dan kereta api yang melepaskan asap, karbon
monoksida, oksida nitrogen dan gas lain yang mencemar udara.
4.1. Kesesakan lalu lintas4.2. Pencemaran udara
Melalui Hasil Kajian yang saya jalankan ke atas 20 orang responden di kawasan kajian,
saya dapati bahawa terdapat beberapa kesan negatif sepertu yang terdapat dalam jadul di
bawah.
Kesan Negatif Bilangan Responden
Kesesakan lalu lintas 8
Pencemaran udara 5
Masalah sosial 3
Pencemaran bunyi 4
Jadual 1
Bilangan responden
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Kesan negatif di tempat kawasan kajian
PetunjukKesesakan lalu lintasPencemaran udaraMasalah sosialPencemaran bunyi
Graph 1
Jadual 1 dan Graf 1 menunjukkan kesan-kesan negaif pembandaran di kawasan kajian
saya. 8 respons berpendapat bahawa kesesakan lalu lintas adalah kesan negatif utama dalam
kawasan kajian. 5 respons mengatakan pencemaran udara. 3 mengatakan masalah sosial. 4
respons berpendapat bahawa salah satu kesan negatif adalah pencemaran bunyi.
5.0. Mengemukakan cadangan mengatasi kesan pembandaran di kawasan kajian.
Proses pembandaran telah membawa kesan-kesan positif dan negatif kepada penduduk dan
alam sekitar. Jadual di bawah menunjukkan langkah-langkah yang diambil untuk
mengurangkan masalah pembandaran di kawasan kajian.
Kesan/Masalah Negatif Langkah-langkah
Kesesakan lalu lintas Membina jalan raya bertingkat lebuh
raya.
Menguatkuasakan zon waktu untuk
kenderaan berat.
Sistem pengangkutan yang lebih cekap
seperti LRT, komuter dan monorel.
Memperbaiki pengangkutan awam.
Bulatan dan lampu isyarat digantikan
dengan jejambat.
Pencemaran udara Mendirikan kilang jauh dari bandar.
Mewujudkan kawasan hijau.
Menguatkuasakan undang-undang.
Kempen kesedaran masyarakat
Berkongsi kereta