Garispanduan Penswastaan Bm 2
Transcript of Garispanduan Penswastaan Bm 2
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
1/22
(i) Mengenalpasti Perkhidmatan-perkhidmatan dan Kegiatan-kegiatan
23. Pengelasan yang menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan dan
kepentingan-kepentingan yang sedang disediakan oleh agensi-agensi
patut dibuat sebagai langkah pertama ke arah Penswasataan. Tujuannya
ialah untuk menyenaraikan dengan sebarapa terperinci, perkhidmatan-
perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi berkenaan termasuk
maklumat-maklumat seperti corak tiap-tiap perkhidmatan, jumlah
perbelanjaan yang terlibat ( seperti saiz perbelanjaan pembangunan dan
mengurus ) serta jenis dan bilangan kakitanagan yang terlibat dengan
penyediaan perkhidmatan yang berkenaan.
(ii) Keuntungan dan Penswastaan
24. satu lagi kriteria dalam menswastakan sesuatu perkhidmatan ialah
kedudukan daya majunya serta potensi keuntungan. Pada umumnya,
adalah dijangka bahawa pihak swasta berminat untuk mengambilalih
perkhidmatan-perkhidmatan yang menguntungkan. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan-perkhidmatan atau kegiatan-kegiatan yang tidak
menguntungkan ,berdasarkan bentuk dan hakmilik cara pengurusan
sekarang, hendaklah juga dikaji sama ada mempunyai potensi dan sesuai
diswastakan. Ada kemungkinan bahawa pihak swasta menganggap
sesuatu perkhidmatan yang sekarang tidak untung boleh menguntungkan.
Di samping itu, perkhidmatan yang sudah pun untung boleh lebih
menguntungkan lagi. Perkara ini terpulanglah kepada sektor swasta untuk
membuat penilaian.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
2/22
Sesuatu perkhidmatan atau kegiatan mungkin berkait rapat dan merupakan
sebahagian dari beberapa jenis perkhidmatan yang lain. Dalam hal
ini,penswastaan bahagian perkhidmatan yang menguntungkan sahaja
mungkin akan memberi kesan kepada prestasi jenis-jenis perkhidmatanyang
lain. Kemungkinan perkara ini berlaku mestilah dikenalpasti dan dinilai
seberapa awal yang boleh bagi memudahkan keputusan mengenai cara
penswastaannya dibuat oleh Kerajaan.
(iii) Objektif Sosial dan Objektif Keuntungan yang Mxima.
25. Satu pertimbangan yang penting memerlukan perhatian ialah
berhubung dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan
atau kemudahan-kemudahan seperti pelajaran , kesihatan dan kemudahan-
kemudahan awam. Pemilihan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkenaan
dalam bidang-bidang ini , hendaklah dibuat dengan seberapa lengkap kerana
terdapat banyak subsidi Kerajaan. Matlamat penswastaan dalam hal ini ialah
supaya tidak menggalakkan rakyat bergantung kepada subsidi daripada
Kerajaan. Di samping itu , pihak-pihak berkenaan hendaklah sentiasa sedar
bahawa Kerajaan akan terus bertanggungjawab kepada rakyat dan akan
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang diswastakan tidak akan
menyukarkan pengguna penggunanya. Perkara ini hendaklah dinyatakan
dengan berhati -hati dlam perancangan penswastaan yang berkenaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
3/22
Cadangan -cadangan untuk penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan asas
hendakalah mengkaji amplikasinya terhadap kebajikan golongan yang
berpendapatan rendah. Perhatian hendaklah diberi kepada soal sama ada
perkhidmatan baru yang diberikan adalah mencukupi disamping
kemungkinan berlakunya perubahan harga bagi perkhidmatan berkenaan
berikutan dari penswastaan. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa
kebajikan golongan yang berpendapatan rendah tidak akan terjejas dengan
langkah menswastakan perkhidmatan berkenaan.
(iv) Kos dan Faedah Penswastaan
26. Cadangan-cadangan penswastaan hendaklah mengandungi suatu
penilaian dari segi kos dan faedah menswastakan perkhidmatan
atau kegiatan berkenaan. Faedah penswastaan dari segi tujuannya
seperti yang dinyatakan dalam Seksyen II hendaklah dinilaikan.
Begitu juga kos dan faedah dari segi beberapa kumpulan yang
mempunyai kepentingan tertentu hendaklah dinilaikan dan ini
termasuk golongan pengguna yang ada sekarang atau yang baru,
pembayar cukai, pemilik cukai, pemilik modal atau pelabur serta
pekerja-pekerja. Faedah dari segi pencapaian matlamat Dasar
Ekonomi Baru (DEB) juga hendaklah ditentukan. Faedah-faedah
lain yang perlu dikenalpasti termasuk tingkat harga yang
dikenakan, tingkat pengeluaran, mutu dan jenis-jenis barangan
yang dikeluarkan serta pembaharuan yang boleh diperkenalkan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
4/22
(v) Struktur dan Prestasi Industri
27. Maklumat berhubung dengan corak struktur dan prestasi industri-
industri ang telah dikenalpasti untuk penswastaan hendaklah
disediakan oleh agensi-agensi berkenaan. Maklumat yang
berhubung dengan struktur industri adalah termasuk sama ada
perkhidmatan-perkhidmatan atau kegiatan berkenaan bercorak
monopoli atau tidak, bilangan syarikat-syarikat (terutamanya yang
besar) yang menawarkan perkhidmatan atau keluaran yang sama
dan, jika boleh, bahagian syarikat-syarikat tersebut dalam jumlah
pasaran keseluruhannya. Maklumat yang sangat penting ialah
berkaitan dengan prospek permintaan, seperti potensi
pertumbuhan dan tahap pembangunan teknologi bagi
perkhidmatan atau kegiatan yang hendak diswastakan. Dari segi
penawaran pula, maklumat yang penting temasuk mendapatkan
bilangan pengeluar-pengeluar atau pembekal-pembekal dalam
industri yang berkenaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
5/22
(vi) Menilai Pertindihan Kegiatan dan Keperluan Penyelarasan
28. Agensi-agensi hendaklah menilai sama ada perkhidmatan yang
disediakan oleh mereka juga disediakan oleh agensi-agensi yang lain.
Perkara lain adalah penting lebih-lebih lagi dalam keadaan apabila
perkhidmatan-perkhidmatan atau keluaran yang disediakan oleh sebuah
agensi ada hubungan atau menjadi unput kepada perkhidmatan yang lain.
Misalnya, sebagai contoh terdapat beberapa perkhidmatan yang bercorak
gunasama di antara Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian
Pertahanan dan Sistem Penerbangan Malaysia dalam bidang industri
penerbangan. Begitu juga dalam perkhidmatan perhubungan telekom
yang disediakan oleh Jabatan Telekom yang berkait rapat dengan
perkhidmatan seperti penerbangan awam, radio dan televisyen serta
perhubungan tentera dan polis. Oleh yang demikian, agensi-agensi
hendaklah berunding sesama mereka bagi mengenalpasti isu-isu yang
memerlukan perhatian pihak-pihak berkuasa yang tertentu.
(vii) Kemungkinan Pemecahan (fragmentation) Corak Perkhidmatan
29. Agensi-agensi hendaklah menimbangkan dengan telita, aspek-
aspek ekonomi dan teknikal serta corak industri yang bekenaan sebelum
memilih untuk menswastakan sesuatu perkhidmatan. Dalam hal ini,
kedudukan daya maju sesuatu perkhidmatan estela dibahagi-bahagi atau
dipecahkan kepada beberapa bentuk khidmat atau industri yang
berasingan, sama ada berasaskan perkhidmatan atau kawasan,
hendaklah dikaji dengan berhati-hati.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
6/22
Cara pemecahan (fragmentation) atau pembahagian sesuatu
perkhidmatan ini adalah lebih berkait rapat dengan bentuk penswastaan
secara terpilih. Sifat-sifat industri berkenaan hendaklah dinilai dan ini
termasuk factor ekonomi bidangan dalam industri tersebut, tahap
penggunaan modal, tingkat teknologi yang digunakan dan perubahan
teknologi yang dijangka.
(viii) Ciri-ciri Khas Sesuatu Perkhidmatan
30. Di dalam menilai sesuatu perkhidmatan untuk tujuan penswastaan,
Semarang ciri-ciri atau corak yang khusus kepada industri berkenaan
hendaklah dinyatakan. Satu contoh yang baik ialah aspek keselamatan
yang terdapat dalam industri perhubungan telekom. Mungkin banyak lagi
aspek-aspek lain yang khusus bagi industri-industri tertentu dan ini
patutlah dikenalpasti kerana ia juga melibatkan sesuatu rancangan
penswastaan.
V. GARIS PANDUAN MENGENAI ISU-ISU YANG TERTENTU
31. Beberapa isu mengenai penswastaan juga perlu dipertimbangan
oleh agensi-agensi semasa menyediakan rancangan penswastaan
mereka. Seksyen ini mengandungi beberapa garis panduan mengenai
isu-isu utama yang perla dipertimbangkan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
7/22
(i) Penswastaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
32. Adalah perla ditegaskan bahawa penswastaan akan dilaksanakan
dalam konteks DEB. Penswastaan dijangka akan membuka lebih banyak
peluang untuk mencapai kemajuan DEB. Perhatian hendaklah diberi
kepada implikasi penswastaan terhadap matlamat penyusunan semula
hakmilik, penyusunan semula pekerjaan dan pembentukan sebuah
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian di kalangan Bumiputera.
Perkembangan sector swasta yang timbal berikutan dari penswastaan
akan dapat menambahkan lagi peluang-peluang, bagi menyusun semula
hakmilik lebih-lebih lagi apabila perkhidmatan-perkhidmatan atau harta
yang diambilalih oleh pihak swasta itu dimiliki oleh syarikat-syarikat.
Perkembangan syarikat-syarikat ini bermakna terdapat pertumbuhan
dalam jumlah modal saham sector syarikat.
33. Matlamat penyusunan semula hakmilik dalam sector syarikat
menjelang tahun 1990 ialah untuk mencapai sekurang-kurangnya 30
peratus bagi kepentingan hakmilik Bumiputera, 40 peratus bagi rakyat
Malaysia yang lain dan 30 peratus bagi kepentingan asing. Dalam
pemilihan untuk kepntingan Bumiputera, keutamaan hendaklah diberi
kepada syarikat Bumiputera persendirian dan bukan kepada syarikat-
syarikat milik atau kepentingan Kerajaan. Senarai kepentingan-
kepentingan Bumiputera persendirian yang mempunyai potensi untuk
membeli atau mengambilalih harta-harta Kerajaan hendaklah di sediakan
oleh agensi-agensi berkenaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
8/22
Walau bagaimanapun, sekrianya nilai harta-harta yang terlibat dalam
penswastaan dijangka menjadi lebih besar sehingga golongan Bumiputera
persendirian tidak mungkin berjaya mengambilalih bahagian yang
dikhaskan kepada mereka, Kerajaan bolehlah menimbangkan penyertaan
agensi-agensi amanah atau syarikat-syarikat Kerajaan yang lain untuk
mengambil bahagian di peringkat awal dari segi pemilikan perusahaan-
perusahaan yang diswastakan.
(ii) Agensi-agensi Amanah dan Penswastaan
34. Terdapat beberapa perusahaan yang dimiliki dan dikuasai oleh
Kerajaan yang telah ditetapkan sebagai Agensi-agensi Amanah. Agensi-
agensi ini antaranya termasuk PNB, PERNAS, MARA, PKEN-PKEN, UDA
dan FIMA. Syarikat-syarikat di bawah agensi-agensi ini adalah dikelaskan
sebagai Syarikat-syarikat Amanah iaitu syarikat-syarikat yang
didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan mempunyai modal saham
milik Kerajaan. Syarikat-syarikat ini termasuk syarikat yang mempunyai
saham penyertaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri sama ada secara
langsung atau tidak langsung kecuali syarikat MISC, MAS, PETRONAS,
Syarikat Malaysia Explosive Sdn. Bhd dan syarikat milikannya, Perak
HYDRO Electricity Power Co. Ltd. Serta lain-lain syarikat yang diputuskan
oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
9/22
35. Sebahagian daripada syarikat-syarikat Amanah telah pun
dikenalpasti untuk dipindahkan di bawah Sekim Pemindahan Hakmilik
Modal Saham Kerajaan Kepada Bumiputera sebaik-baik sahaja syarikat
tersebut memenuhi beberapa criteria yang ditetapkan bagi tujuan
pemindahan hakmilik. Butir-butir lanjut mengenai Sekim pemindahan
tersebut terkandung dalam satu garis panduan berasingan yang bertajuk
Asas dan Panduan Pemindahan Hakmilik Saham Syarikat Milik Kerajaan
kepada Bumiputera yang dikeluarkan kepada semua agensi-agensi yang
berkenaan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 3hb Februari, 1981. Oleh
yang demikian, Agensi-agensi Amanah yang membuat cadangan untuk
menswastakan Syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan saham
Kerajaan hendaklah menimbangkan garis panduan yang dinyatakan di
dalam Sekim Pemindahan Hakmilik kepada Bumiputera tersebut dan lain-
lain aturcara pentadbiran yang berkaitan dan yang perlu dalam
melaksanakan dasar penswastaan.
(iii) Penswastaan dan Dasar Hakmilik
36. Pembahagian hakmilik dalam syarikat baru yang ditubuhkan untuk
mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan hendaklah
diteliti oleh agensi-agensi berkenaan. Adalah menjadi tujuan dasar
penswastaan bahawa, seberapa yang boleh, hakmilik modal saham
dalam syarikat berkenaan hendaklah terbahagi dengan saksama dan
meluas supaya tidak ada satu kepentingan atau syarikat sahaja yang
menguasai sebahagian besar daripada modal saham syarikat yang
ditubuhkan itu.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
10/22
Kepentingan syarikat Malaysai boleh mencapai sehingga 70 peratus
daripada modal saham syarikat dengan sekurang-kurangnya 30 peratus
dimiliki oleh kepentignan Bumiputera dan, jika perlu, antara 10-15 peratus
dimiliki oleh Kerajaan sendiri. Sekiranya penyertaan asing tidak terlibat,
pembahagian hakmilik di antara rakyat Malaysia akan ditentukan
mengikut keadaan.
(iv) Peringkat-peringkat Penswastaan
37. Agensi-agensi juga hendaklah mengkaji kemungkinan mengadakan
peringkat-peringkat yang tertentu dalam proses penswastaan. Hal ini perlu
lebih-lebih lagi apabila matlamat rancangan penswastaan hendak dicapai
dalam satu jangkamasa yang tertentu. Di samping itu, rancangan secara
berperingkat ini juga perlu dibuat mungkin kerana beberapa sebab seperti
kekurangan sumber kewangan, masa yang kurang sesuai disebabkan
keadaan ekonomi yang tidak memuaskan sumber kewangan, masa yang
kurang sesuai disebabkan keadaan ekonomi yang tidak memuaskan atau
kesukaran bagi mendapatkan rakan perkongsian. Pencapaian corak
hakmilik yang tertentu juga mungkin boleh menyebabkan perlaksanaan
penswastaan secara berperingkat-peringkat. Cara ini boleh berlaku,
misalnya, jika Kerajaan sendiri memegang hakmilik modal saham yang
besar di peringat awal tetapi bercadang untuk menjualnya kepada sector
swasta secara beransur-ansur. Langkah seperti ini perlu kerana adanaya
beberapa perkhidmatan Kerajaan yang memiliki harta yang besar nilainya
dan tidak mungkin boleh dipindahkan dengan sekali gus kepada pihak
swasta. Selain dari itu, cara penswastaan dengan berperingkat-peringkat
juga perlu dibuat bagi tujuan menambahkan hakmilik Bumiputera dari
masa ke semasa.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
11/22
(v) Pilihan dari segi Organisasi
38. Penswastaan mungkin melibatkan perubhan kepada corak
organisasi di agensi-agensi berkenaan. Antara bentuk organisasi yang
biasa menyediakan perkhidmatan atau menjalankan kegiatan ekonomi
termasuk Jabatan Kerajaan, syarikat perniagaan persendirian, syarikat
perkongsian, syarikat-syarikat dan koperasi. Pilihan yang paling sesuai
ialaha bentuk perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat,1965 untuk mengambil alih kepentingan-kepentingan Kerajaan.
Syarikat-syarikat yang sedia ada yang mempunyai minat dalam
penswastaan, boleh membeli harta-harta yang dimiliki oleh agensi-
agensi atau syarikat Kerajaan. Bentuk lain yang sesuai ialah menerusi
percantuman antara dua atau lebih syarikat untuk menubuhkan
sesebuah syarikat baru bagi tujuan mengambilalih harta yang dimiliki
oleh agensi atau syarikat Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan perlu
meminta nasihat pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti
Pendaftar Syarikat mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan
penubuhan syarikat bagi tujuan mempercepatkan proses penswastaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
12/22
(vi) Aspek Perundangan dalam Penswastaan.
39. Pertimbangan yang teliti hendaklah diberi terhadap aspek-aspek
perundangan dalam penswastaan ,lebih-lebih lagi bagi tujuan
menetukan undang-undang dan peruntukan khusus yang boleh
menghalang proses penswastaan. Usaha-usaha juga hendaklah dibuat
bagi mengenalpasti keperluan meminda peruntukan undang-undang
yang ada atau menggubal Akta baru. Langkah-langkah persediaan ini
patut dibuat awal-awal lagi. Agensi-agensi hendaklah juga meminta
nasihat pejabat Peguam Negara berhubung dengan perkara ini.
40. Aspek-aspek perundangan berkaitan dengan tanah yang dimiliki
oleh Kerajaan hendaklah dinilai dan dikaji dengan seberapa awal yang
boleh. Tanah yang dimilik atau dipajakan oleh Kerajaan Negeri kepada
agensi-agensi Kerajaan misalnya, mungkin mengandungi syarat-syarat
khusus mengenai penggunaan tanah tersebut serta tempoh pajakan.
Dari itu , cadangan-cadangan penswastaan yang melibatkan penjualan
atau pajakan tanah mestilah mengambilkira isu-isu ini. Langkah-langkah
juga hendaklah diambil oleh agensi-agensi berkenaan bagi
menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pihak-pihak berkenaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
13/22
(vii) Penilaian dan Penentuan Harga bagi Harta.
41. Satu langkah penting dalam proses penswastaan ialah penilaian
harta - harta yang akan dijual kepada sektor swasta. Penilaian adalah
penting kerana ia merupakan asas bagi membuat anggaran dari segi
nilai harta-harta yang terlibat dan menentukan harga yang sesuai bagi
modal saham syarikat yang mengambilalih harta berkenaan. Usaha-
usaha hendaklah dibuat bagi mendapatkan maklumat mengenai stok
harta-harta Kerajaan seperti kilang jentera, alat kelengkapan dan tanah,
yang mungkin boleh dipindahkan kepada sektor swasta.harus juga
diingat bahawa sebahagian besar daripada harta-harta milik Kerajaan
adalah berbentuk bukan syarikat dan dengan itu , tidak terdapat harga-
harga pasaran yang tertentu yang dapat digunakan dengan serta-merta
bagi tujuan penilaian. Walaubagaimanapun , agensi-agensi perla
berusaha mendapatkan anggaran harga pasaran semasa bagi harta-
harta tersebut.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
14/22
42. Dalam usaha mempercepatkan proses penilaian harga , agensi-
agensi bolehlah menggunakan perkhidmatan professional yang sesuai
seperti akauntan , juruaudit dan penilai. Bantuan daripada pihak penilai
Kerajaan atau penilai professional yang lain juga boleh digunakan jika
perlu. Oleh kerana biasanya pihak proses penilaian akan memakan
masa , agensi-agensi hendaklah menyedia dan mengumpulkan semua
maklumat yang perlu , lebih-lebih lagi akaun-akaun dan data data
kewangan yang berkaitan dengan kegiatan yang terlibat dengan
penswastaan. Jika perlu , bantuan daripada Jawatankuasa Pengeluaran
Modal (CIC) , boleh juga diminta berhubung dengan soal penentuan
harga saham-saham syarikat yang terlibat dalam penswastaan.
Persetujuan dari lain-lain pihak berkuasa seperti Jawatankuasa
Pelaburan Asing (FIC) berhubung dengan pembelian harta dan
kepentingan-kepentingan lain di bawah Garis Panduan bagi Peraturan
Mengenai Perolehan Milik Harta-harta,Penyatuan dan Ambilalih juga
perla diperolehi oleh agensi-agensi.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
15/22
(viii) Perkhidmatan Bank Saudagar dan Penswastaan.
43. Keperluan menggunakan perkhidmatan bank-bank saudagar bagi
menyediakan cadangan-cadangan penswastaan hendaklah
dipertimbangkan oleh semua agensi dan pihak yang terlibat dalam
penswastaan. Perkhidmatan bank saudagar dapat memberi kepakaran
terutamanya dalam mengaturkan struktur syarikat yang terlibat dalam
penswastaan , mempercepatkan proses penubuhan syarikat-syarikat,
menyediakan prospektus , mengaturkan proses penilaian serta
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan percamtuman ,pembelian
dan pemgambilalih. Kepakaran bank-bank saudagar ini juga boleh
didapatkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengeluaran saham , sumber kewangan dan pilihan-pilihan bagi
membiayai rancangan penswastaan, iaitu seperti pembiayaan
menerusi modal saham ,bon atau surat-surat jaminan.
(ix) Kakitangan dan Perkhidmatan
44. Penswastaan akanmemberi kesan terhadap kedudukan dan
kebajiakan pekerja-pekerja bergantung kepada pilihan-pilihan yang diberi
kepada pekerja-pekerja yang terlibat. Di samping itu, terdapat juga
implikasi dari segi perundangan terhadap kedudukan kakitangan yang
berkenaan. Agensi-agensi hendaklah meminta nasita Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai perkara ini.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
16/22
45. Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan berkaitan
dengan kakitangan sektor awam ialah soal saiz dan kategori pekerja-
pekerja yang terlibat (Kategori A, B, C dan D) dan struktur pekerjaan, taraf
pekerja-pekerja dan kedudukan perkhidmatan mereka (seperti pekerja-
pekerja yang bertaraf pencen, pekerja-pekerja sementara dan kontrak
serta pelatih-pelatih) dan komposisi keseluruhan tenaga kerja mengikut
kaum. Pilihan sama ada kakitangan yang terlibat ingin terus bekerja
dengan Kerajaan, bekerja danegan syarikat yang mengambilalih
perkhidmatan Kerajaan atau bersara adalah terpulang kepada perkerja-
pekerja sendiri. Seberapa yang boleh, agensi-agensi hendaklah memberi
anggaran tentang bilangan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pilihan-
pilihan tersebut. Di samping itu, anggaran juga perlu dibuat dari segi
jumlah bayaran gaji dan perbelanjaan-perbelanjaan mengurus lain yang
dapat dijimatkan berikutan dari penswastaan.
46. semua skim penswastaan mestilah mengandungi peruntukan
bahawa pekerja-pekerja tidak akan kehilangan sebarang faedah yang
mereka telah nikmati semasa berkhidmat dengan Kerajaan. Langkah
meminjamkan kakitangan kepada syarikat adalah sementara sahaja.
Akhirnya pekerja-pekerja yang berkenaan hendaklah diserapkan mengikut
syarat-syarat yang tidak merugikan berbanding dengan syarat-syarat
semasa berkhidmat dengan Kerajaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
17/22
(x) Mengenalpasti Sektor Awam dan Sektor Swasta
47. Oleh kerana penswastaan bermakna menentukan penglibatan
sektor swasta, maka satu takrif yang umum mengenai maksud sektor
swasta adalah perlu. Dalam hal ini, hakmilik adalah satu kriteria penting
yang perlu diambilkira semasa mengenalpasti sektor awam dan sektor
swasta. Selain daripada itu, faktor-faktor lain atau ciri-ciri syarikat
berkenaan juga perlu diambilkira sebelum syarikat-syarikat dikelaskan
sebagai hakmilik Kerajaan atau swasta.
(xi) Perundingan dengan Sektor Swasta
48. Rundingan awal dengan sektor swasta mengenai cadangan-
cadangan penswastaan akan memberi peluang untuk menilai minat
mereka di samping membolehkan Kerajaan mempercepatkan
pelaksanaan program penswastaan. Dari itu, agensi-agensi adalah
digalakkan berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan di sektor
swasta semasa menyediakan cadangan-cadangan penswastaan.
49. Bagi mendapatkan faedah yang sepenuhnya daripada
penswastaan, Kerajaan perlu membuat pilihan dari beberapa cadangan.
Jika sesuai, agensi-agensi hendaklah menjemput sektor swasta
mengemukakan cadangan-cadangan mereka sebelum pemilihan akhir
dibuat. Sama ada sesuatu cadangan penswastaan itu diterima atau tidak
terpulanglah kepada Kerajaan. Kerajaan tidak semestinya menswastakan
perkhidmatannya walaupun sesuatu skim penswastaan itu baik atau tidak.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
18/22
(xii) Rancangan Penswastaan
50. Agensi-agensi hendaklah menyediakan rancangan
penswastaannya sendiri. Agensi-agensi diminta menggubal rancangan
jangka pendek (satu tahun), pertengahan (lima tahun) dan jangka panjang
(lebih dari lima tahun) mereka sendiri dan mengemukakan kepda
Jawatankuasa Penswastaan. Rancangan ini adalah berbentuk umum
sahaja iaitu menunjukkan bidang-bidang penswastaan di samping
menggariskan arah kerja dan kandungan kasar program penswastaan di
peringkat agensi. Matlamat-matlamat secra kuantitatif dan data-data
penting jika sesuai, patutlah dimasukkan dalam rancangan tersebut bagi
membolehkan Jawatankuasa Penswastaan mengetahui dengan jelas
perancangan dan kandungan penswastaan di kalangan agensi-agensi.
Butir-butir ini juga akan membantu Unit Perancang Ekonomi menggubal
rancangan pembangunan lima tahun dan rancangan jangka panjang bari
negara.
VI. JENTERA PELAKSANAAN BAGI PENSWASTAAN
51. Jentera pelaksanaan yang telah ditubuhkan bagi penswastaan
adalah seperti berikut:
(i) Jawatankuasa Antara Jabatan mengenai Penswastaan
52. Satu Jawatankuasa Antara Jabatan mengenai Penswastaan yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan
mempunyai urusetia di Unit Perancang Ekonomi telah pun ditubuhkan.
Jawatankuasa ini mempunyai tanggungjawab keseluruhan bagi
perancangan, pengawasan dan penilaian kemajuan dasar penswastaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
19/22
53. Keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
Pengerusi: Ketua Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Ahli : Ketua Pengarah
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Kewangan.
Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam.
Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengangkutan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
20/22
Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerjaraya.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Tenaga , Telekon dan Pos.
Peguam Negara,
Jabatan Peguam Negara.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Dalam Negeri.
(ii) Jawatankuasa Teknikal mengenai Penswastaan
54. Empat buah Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusi dan
diursetiakan oleh UPE juga telah dibentuk. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab mengkaji cadangan-cadangan bagi sektor-
sektor berikut ;(a) Pembuatan dan perdagangan ; (b)
Pengangkutan ; (c) Tenaga,Telekom,Pos dan Penerangan dan (d)
Sosial dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Agensi-agensi yang
berkaitan adalah menjadi ahli Jawatankuasa Teknikal yasng
berkenaan.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
21/22
(iii) Mengemukakan Cadangan Penswastaan
55. Agensi-agensi yang telah membuat cadangan untuk
menswastakan perkhidmatan atau kepentingan mereka bolehlah
menghantarkan cadangan kepada :
Ketua Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri,
Jalan DatoOnn,
Kuala Lumpur.
Garis Panduan ini hendakalah digunakan oleh agensi-agensi sebagai
rujukan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan penswastaan. Agensi-
agensi yang memerlukan penjelasan lanjut bolehlah berhubung dengan Unit
Perancang Ekonomi.
(vii). Kesimpulan
56.Garis panduan ini telah disediakan untuk kegunaan agensi-
agensi apabila menimbang untuk menswastakan perkhidmatan
atau kepentingan mereka. Garis panduan juga bertujuan untuk
menjelaskan dasar Kerajaan mengenai penswastaan kepada
sektor awam dan swasta. Mereka juga patut menyampaikan
maklumat yang berkenaan kepada kakitangan dan orang-orang
awam. Kerajaan memahami bahawa garis panduan ini mungkin
tidak begitu lengkap untuk agensi agensi membuat keputusan
mengenai bidang atau pendekatan yang perlu diambil apabila
membuat cadangan penswastaan .dlam keadaan ini , Unit
Perancang Ekonomi sedia memberi penjelasan. Garis panduan ini
akan ditambah atau dipinda apabila diberitahu kelak.
-
7/24/2019 Garispanduan Penswastaan Bm 2
22/22