GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS...
Transcript of GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH FI …finance.moh.gov.my/v3/attachments/article/43/GARIS...
1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PERINTAH FI (PERUBATAN) (PINDAAN) 2017
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan
pengemaskinian caj bagi pesakit warganegara yang terkandung dalam
Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Kerajaan telah bersetuju supaya Perintah Fi (Perubatan) 1982 dikaji
semula yang melibatkan perkara-perkara berikut:
(i) kenaikan kadar caj pesakit Kelas 1 sebanyak 50% yang
merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan pembedahan;
(ii) kenaikan kadar caj wad sahaja bagi Kelas 2 sebanyak 25%;
(iii) pengemaskinian prosedur dan caj bagi rawatan fisioterapi,
pergigian dan radioterapi dan onkologi; dan
(iv) pengenaan caj yang tiada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982
bagi perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari
(PT&K), rawatan terapi cara kerja, terapi pertuturan bahasa dan
perkhidmatan dietetik.
2.2 Selaras dengan itu, semua sistem pengebilan bil pesakit (itemised
billing) di hospital perlu diubahsuai dan dikemaskini bagi memudahkan
Unit Hasil hospital melaksanakan perubahan caj ke atas pesakit warga
negara. Hospital non-IT dan klinik kesihatan dikehendaki untuk
melaksanakan caj baharu ini dengan merujuk kepada Jadual Fi dalam
Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
3. PELAKSANAAN
3.1 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah terpakai di semua fasiliti
(hospital / institusi / klinik kesihatan / klinik pergigian) Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) yang berkenaan.
3.2 Pada peringkat permulaan, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini
akan dilaksanakan di 63 buah hospital seperti di Lampiran A.
3.3 Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ini tidak dilaksanakan di 64 buah
hospital seperti di Lampiran B iaitu hospital yang tidak mempunyai wad
Kelas 1 dan wad Kelas 2. Justeru, caj yang dikenakan adalah
berdasarkan kadar caj semasa seperti dalam Perintah Fi (Perubatan)
2
1982. Walau bagaimanapun bagi hospital yang mempunyai Jabatan
Pesakit Luar Am/ Jabatan Pesakit Luar Pakar dan menyediakan
perkhidmatan rawatan radioterapi dan onkologi, terapi pertuturan
bahasa, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan perubatan tradisional dan
komplementari, caj bagi rawatan tersebut hendaklah dikenakan
berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
3.4 Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 ditangguhkan di
17 buah hospital seperti di Lampiran C. Penangguhan pelaksanaan
kadar caj baharu ini adalah sehingga fasiliti di hospital tersebut dinaik
taraf dan pengenaan caj adalah sama seperti di Perintah Fi (Perubatan)
1982. Sehubungan itu, pesakit dalam yang menerima rawatan terapi
cara kerja, terapi pertuturan bahasa, perkhidmatan dietetik dan
perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) tidak
akan dikenakan sebarang caj. Walau bagaimanapun bagi hospital yang
mempunyai Jabatan Pesakit Luar Am/ Jabatan Pesakit Luar Pakar dan
menyediakan perkhidmatan rawatan radioterapi dan onkologi, terapi
pertuturan bahasa, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan perubatan
tradisional dan komplementari, caj bagi rawatan tersebut hendaklah
dikenakan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
3.5 Pelaksanaan bagi caj pergigian (pesakit dalam dan pesakit luar) adalah
terpakai untuk semua fasiliti yang memberi perkhidmatan pergigian.
Pelaksanaan penuh caj pergigian berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017 adalah ditangguhkan sehingga satu tempoh yang
ditetapkan kemudian. Justeru, berkuatkuasa 1 Mac 2017, caj pergigian
bagi (pesakit dalam dan pesakit luar) adalah berdasarkan Lampiran E.
3.6 Caj Pesakit Luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan
onkologi berdasarkan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017 adalah
berdasarkan caj pesakit Kelas Tiga dalam Jadual C Bahagian 4,
Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017 berkuatkuasa serta merta.
3.8 Pengecualian caj rawatan bagi golongan tertentu perlu merujuk kepada
arahan/ surat pekeliling sedia ada.
4. KADAR CAJ BAHARU
4.1 CAJ WAD (JADUAL B)
4.1.1 Kenaikan caj wad adalah merangkumi wad Kelas 1 dan Eksekutif
sebanyak 50% manakala kenaikan wad Kelas 2 adalah sebanyak
25% seperti di Jadual B Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan)
2017. Tiada perubahan caj bagi wad Kelas 3.
3
4.1.2 Caj wad merangkumi Jadual dan Bahagian dalam Perintah Fi
(Perubatan) (Pindaan) 2017 seperti berikut:
(i) Jadual B, Bahagian 1: Wad Am
(ii) Jadual B, Bahagian 3: Wad Psikiatrik
(iii) Jadual B, Bahagian 4: Wad Eksekutif
4.2 CAJ BILIK BERSALIN DAN CAJ DEWAN BEDAH (JADUAL B)
4.2.1 Caj Bilik Bersalin dan Dewan Bedah adalah seperti di Jadual B,
Bahagian 2, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
4.2.2 Caj Bilik Bersalin dan caj Dewan Bedah adalah dikenakan bagi
pesakit warganegara Kelas 1 sahaja dan ditetapkan pada kadar
RM120 bagi setiap kali kemasukan.
4.2.3 Caj yang dikenakan untuk Dewan Bedah sebanyak RM120
adalah hanya untuk prosedur bersalin sahaja.
4.2.4 Bagi kes pesakit warganegara Kelas 1 yang dimasukkan ke Bilik
Bersalin dan kemudiannya ke Dewan Bedah bagi menjalani
pembedahan caesarean, pesakit akan dikenakan kedua-dua caj
bagi Bilik Bersalin dan Dewan Bedah.
4.3 CAJ RAWATAN (JADUAL C)
4.3.1 Caj rawatan seperti di Jadual C Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017 adalah merangkumi bahagian-bahagian berikut:
(i) Bahagian 1: Rawatan Pesakit Dalam - melibatkan
pengemaskinian caj Kelas 1;
(ii) Bahagian 2: Accouchement dan Bersalin - melibatkan
pengemaskinian caj Kelas 1;
(iii) Bahagian 3: Fisioterapi - melibatkan pindaan keseluruhan
prosedur dan caj daripada Perintah Fi (Perubatan) 1982;
(iv) Bahagian 4: Rawatan Radioterapi dan Onkologi -
melibatkan pindaan keseluruhan prosedur dan caj daripada
Perintah Fi (Perubatan) 1982. Bahagian ini turut
mempunyai caj rawatan kepada pesakit luar. Caj pesakit
luar (rujukan Kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan
onkologi serta perubatan nuklear adalah berdasarkan caj
4
pesakit Kelas Tiga dalam Jadual yang sama seperti di
Lampiran D;
(v) Bahagian 5: Nefrologi - melibatkan pengemaskinian caj
Kelas 1;
(vi) Bahagian 6: Rawatan Psikiatrik - melibatkan
pengemaskinian caj Kelas 1;
(vii) Bahagian 7: Terapi Cara Kerja - melibatkan pengenaan
caj baharu;
(viii) Bahagian 8: Terapi Pertuturan Bahasa - melibatkan
pengenaan caj baharu dan turut mempunyai caj rawatan
kepada pesakit luar;
(ix) Bahagian 9: Perkhidmatan Dietetik - melibatkan
pengenaan caj baharu dan turut mempunyai caj rawatan
kepada pesakit luar; dan
(x) Bahagian 10: Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan
Komplementari - melibatkan pengenaan caj baharu dan
turut mempunyai caj rawatan kepada pesakit luar.
4.4 CAJ SIASATAN
4.4.1 Caj siasatan seperti di Jadual D Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017 adalah merangkumi Bahagian-bahagian seperti
berikut:
(i) Bahagian 1: Pemeriksaan radiologi melibatkan
pengemaskinian caj Kelas 1. Terdapat tiga prosedur baru
dimasukkan dalam Bahagian pemeriksaan radiologi ini,
iaitu Pengukuran Tomografi Pemancar Kon (CBCT) gigi,
3D OPG dan Radiograf digital gigi yang melibatkan caj
Kelas 1 dan Kelas 2;
(ii) Bahagian 2: Ujian makmal melibatkan pengemaskinian caj
Kelas 1; dan
(iii) Bahagian 3: Siasatan lain melibatkan pengemaskinian caj
Kelas 1. Terdapat tiga prosedur baharu dimasukkan dalam
Bahagian siasatan lain ini iaitu kevitalan pulpa, model
5
diagnostik dan kerentanan karies yang melibatkan caj
Kelas 1 dan Kelas 2.
4.5 CAJ PEMBEDAHAN
4.5.1 Caj pembedahan seperti di Jadual E Perintah Fi Perubatan
(Pindaan) 2017 adalah merangkumi Pembedahan Jenis A hingga
Jenis F yang melibatkan pengemaskinian caj Kelas 1.
4.5.2 Klasifikasi pembedahan adalah sama dan terpakai seperti di
Jadual I, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) (No. 2) 1994.
4.6 CAJ PERGIGIAN
4.6.1 Caj pergigian dalam Jadual F, Perintah Fi (Perubatan)
(Pindaan) 2017 merupakan pengemaskinian prosedur dan caj
dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.
4.6.2 Walau bagaimanapun, pesakit akan dikenakan caj seperti di
Lampiran E di mana caj bertanda italic bagi Kelas 3 dan pesakit
luar adalah caj sedia ada berdasarkan prosedur setara dengan
Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang telah diberi pengecualian khas
oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
4.6.3 Caj dalam Lampiran E bagi kelas 1 dan kelas 2 adalah
berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
4.6.4 Caj dalam Lampiran E bagi pesakit luar untuk prosedur baharu
adalah caj berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017
dengan pengecualian khas oleh Ketua Setiausaha
Perbendaharaan bagi prosedur-prosedur tertentu. Kadar caj ini
merupakan kadar caj bersubsidi.
4.7 CAJ PESAKIT LUAR
4.7.1 Bagi kes pesakit luar, pesakit akan dikenakan caj bagi rawatan
yang diterima pesakit hanya sekiranya caj tersebut ada
dinyatakan dalam Bahagian bagi prosedur yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, caj bagi lawatan tetap dikenakan seperti
yang dinyatakan dalam Jadual A Perintah Fi (Perubatan) 1982.
4.7.2 Bagi kes pesakit luar yang dirujuk oleh pengamal persendirian,
berdasarkan Seksyen 12, Perintah Fi (Perubatan) 1982, caj bagi
6
sesuatu siasatan atau rawatan yang dikenakan kepada pesakit
tersebut adalah mengikut caj kelas pertama Perintah Fi
(Perubatan) (Pindaan) 2017.
4.7.3 Manakala bagi sesuatu pendapat atas siasatan yang diminta oleh
Pengamal Persendirian, kadar cajnya adalah RM30.
4.8 CAJ PENJAGAAN HARIAN
4.8.1 Penjagaan harian adalah penjagaan pesakit yang dimasukkan ke
unit rawatan harian atau pusat rawatan khas, bagi tempoh kurang
daripada dua puluh empat jam atas rujukan oleh pegawai
perubatan bagi prosedur perubatan termasuk bagi tujuan
pencegahan, penyiasatan, terapi dan rehabilitasi.
4.8.2 Fi bagi penjagaan harian pesakit adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual C hingga H dan fi bagi wad adalah berdasarkan
kadar caj wad Kelas 3 dalam Jadual B.
4.8.3 Berikut adalah contoh pengenaan caj bagi pesakit penjagaan
harian untuk rawatan haemodialysis:
(i) Pesakit daripada rujukan Pegawai Perubatan Kerajaan:
Caj wad Kelas 3 : RM3
Caj Haemodialysis Kelas 3 : RM10
Jumlah : RM13
(ii) Pesakit daripada rujukan Pengamal Persendirian:
Caj wad Kelas 3 : RM3
Caj Haemodialysis Kelas 1: RM75
Jumlah : RM78
*Rawatan Haemodialysis bagi pesakit rujukan Pengamal Persendirian
dikenakan caj Kelas 1 adalah berdasarkan Seksyen 12 Perintah Fi
(Perubatan) 1982.
5. MEKANISME PENERIMAAN SUMBANGAN SUKARELA BAGI RAWATAN
PERCUMA
5.1 Sebarang sumbangan secara sukarela di mana penjawat awam, pesara,
Anggota Pentadbiran, anggota badan kehakiman dan Suruhanjaya yang
mendapat kemudahan rawatan secara percuma di fasiliti KKM dan
berhasrat untuk membuat bayaran boleh diterima oleh Unit Hasil
hospital.
7
5.2 Warganegara yang hendak membayar bil rawatan melebihi jumlah
keseluruhan caj rawatan yang diterima juga boleh berbuat demikian
dengan memberi sumbangan secara sukarela.
5.3 Sumbangan yang diterima oleh Unit Hasil tersebut hendaklah dikreditkan
ke dalam akaun hasil di bawah kod hasil 77403.
5.4 Unit Hasil hospital hendaklah memastikan pengurusan kutipan hasil
yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak berlakunya
penyelewengan.
6. DEPOSIT KEMASUKAN KE HOSPITAL
6.1 Deposit kemasukan ke hospital yang perlu dibayar oleh pesakit adalah
kekal pada kadar yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling
Bahagian Kewangan Bil 13/1982 – Bayaran Deposit Untuk Memasuki
Hospital Kerajaan rujukan Bil (29) dlm KKM-58/903/1/1 Bhg 6 bertarikh
26 November 1982 dan Bil (35) dlm KKM-58/903/1/1 Bhg 6 bertarikh 19
Januari 1983.
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Februari 2017
8
LAMPIRAN A
Senarai Hospital KKM yang ada Wad Kelas 1 dan Kelas 2
BIL
HOSPITAL
NEGERI
PELAKSANAAN
1 Hospital Tuanku Fauziah Kangar
Perlis Hospital ini terlibat dengan
pelaksanaan penuh Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 iaitu:
(i) kenaikan kadar caj
pesakit Kelas 1
sebanyak 50% yang
merangkumi caj wad,
rawatan, siasatan dan
pembedahan;
(ii) kenaikan kadar caj wad
sahaja bagi Kelas 2
sebanyak 25%;
(iii) pengemaskinian
prosedur dan caj bagi
rawatan fisioterapi,
pergigian dan radioterapi
& onkologi;
dan
(iv) pengenaan caj bagi
perkhidmatan perubatan
tradisional &
komplementari (PT&K),
rawatan terapi cara
kerja, terapi pertuturan
bahasa dan
perkhidmatan dietetik.
Walaubagaimanapun, caj
bagi pergigian hendaklah
sebagai mana dinyatakan
dalam Lampiran E.
2 Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar
Kedah 3
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
4 Hospital Langkawi
5 Hospital Kulim
6 Hospital Pulau Pinang
Pulau Pinang
7 Hospital Bukit Mertajam
8 Hospital Seberang Jaya
9 Hospital Sungai Bakap
10 Hospital Balik Pulau
11 Hospital Kepala Batas
12 Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh
Perak
13 Hospital Taiping
14 Hospital Teluk Intan
15 Hospital Kuala Kangsar
16 Hospital Batu Gajah
17 Hospital Tapah
18 Hospital Slim River
19 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Selangor
20 Hospital Kajang
21 Hospital Selayang
22 Hospital Sungai Buloh
23 Hospital Serdang
24 Hospital Ampang
25 Hospital Shah Alam
26 Hospital Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
9
BIL
HOSPITAL
NEGERI
PELAKSANAAN
27 Hospital Putrajaya
28 Hospital Labuan
29 Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban
Negeri Sembilan
30 Hospital Port Dickson
31 Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
32 Hospital Tampin
33 Hospital Melaka Melaka
34 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
Johor
35 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
36 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
37 Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang
38 Hospital Segamat
39 Hospital Pontian
40 Hospital Kota Tinggi
41 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
42 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Pahang 43 Hospital Bentong
44 Hospital Raub
45 Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh
46 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Terengganu 47 Hospital Dungun
48 Hospital Besut
49 Hospital Setiu
50 Hospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bharu
Kelantan
51
Hospital Machang
10
BIL
HOSPITAL
NEGERI
PELAKSANAAN
52 Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Sabah
53 Hospital Tawau
54 Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas
55 Hospital Bintulu
Sarawak
56 Hospital Umum Sarawak
57 Hospital Sibu
58 Hospital Miri
59 Hospital Sarikei
60 Institut Perubatan Respiratori
Kuala Lumpur 61
Hospital Rehabilitasi Cheras
62 Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kuala Lumpur
63 Institut Kanser Negara Putrajaya
11
LAMPIRAN B
Senarai Hospital KKM yang Tiada Wad Kelas 1 dan Kelas 2
BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN
1 1 Hospital Baling
Kedah
Hospital ini tidak terlibat dengan kenaikan caj bagi Kelas 1 dan Kelas 2.
Sekiranya fasiliti mempunyai Jabatan Pesakit Luar Am / Jabatan Pesakit Luar Pakar, caj hendaklah dikenakan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi rawatan seperti berikut:
(i) radiologi & onkologi;
(ii) perkhidmatan perubatan
tradisional &
komplementari (PT&K)
(iii) terapi pertuturan
bahasa;
dan
(iv) perkhidmatan dietetik.
Bagi pesakit luar am/
pesakit luar pakar
pergigian, pengenaan
caj adalah berdasarkan
Lampiran E.
2 Hospital Yan
3 Hospital Jitra
4 Hospital Sik
5 Hospital Kuala Nerang
6 Hospital Parit Buntar
Perak
7 Hospital Kampar
8 Hospital Gerik
9 Hospital Selama
10 Hospital Changkat Melintang
11 Hospital Kuala Kubu Bahru
Selangor
12 Hospital Tanjung Karang
13 Hospital Banting
14 Hospital Orang Asli, Gombak
15 Hospital Jempol
Negeri Sembilan
16 Hospital Alor Gajah
Melaka 17
Hospital Jasin
18 Hospital Mersing
Johor 19
Hospital Tangkak
20 Hospital Pekan
Pahang
21 Hospital Kuala Lipis
22 Hospital Jerantut
23 Hospital Muadzam Shah
12
BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN
24 Hospital Jengka
25 Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
26 Hospital Rompin
27 Hospital Kemaman
Terengganu 28
Hospital Hulu Terengganu
29 Hospital Tumpat
Kelantan
30 Hospital Pasir Mas
31 Hospital Tanah Merah
32 Hospital Gua Musang
33 Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh
34 Hospital Jeli
35 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Sabah
36 Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu
37 Hospital Lahad Datu
38 Hospital Papar
39 Hospital Ranau
40 Hospital Tambunan
41 Hospital Tenom
42 Hospital Kuala Penyu
43 Hospital Pitas
44 Hospital Tuaran
45 Hospital Sri Aman
Sarawak 46
Hospital Limbang
47 Hospital Kapit
13
BIL HOSPITAL NEGERI PELAKSANAAN
48 Hospital Serian
49 Hospital Lundu
50 Hospital Saratok
51 Hospital Mukah
52 Hospital Kanowit
53 Hospital Marudi
54 Hospital Lawas
55 Hospital Bau
56 Hospital Simunjan
57 Hospital Betong
58 Hospital Daro
59 Hospital Rajah Charles Brooke Memorial
60 Hospital Dalat
Institusi Perubatan Khas
61 Hospital Permai Johor Bahru
62 Hospital Mesra Bukit Padang
Sabah
63 Hospital Sentosa Sarawak
64 Pusat Kawalan Kusta Negara
Selangor
14
LAMPIRAN C
Senarai Hospital KKM yang Mempunyai Kelas 1 dan Kelas 2 Tetapi
Ditangguhkan Sehingga Dinaiktaraf
BIL. NAMA HOSPITAL
NEGERI
PELAKSANAAN
1 Hospital Beluran
Sabah
Hospital ini ditangguhkan
pelaksanaan kadar caj
baharu sehingga fasiliti dinaik
taraf.
Hospital ini masih
mengenakan caj seperti di
Perintah Fi (Perubatan)1982.
Sehubungan itu, pesakit
dalam yang menerima
rawatan terapi cara kerja,
terapi pertuturan bahasa,
perkhidmatan dietetik dan
perkhidmatan perubatan
tradisional & komplementari
(PT&K) tidak akan dikenakan
sebarang caj.
Sekiranya fasiliti mempunyai
Jabatan Pesakit Luar Am /
Jabatan Pesakit Luar Pakar,
caj hendaklah dikenakan
berdasarkan Perintah Fi
(Perubatan) (Pindaan) 2017
bagi rawatan seperti berikut:
radiologi & onkologi;
perkhidmatan perubatan
tradisional &
komplementari (PT&K)
terapi pertuturan bahasa;
dan
perkhidmatan dietetik.
Bagi pesakit luar am/ pesakit
luar pakar pergigian,
pengenaan caj adalah
berdasarkan Lampiran E.
2 Hospital Keningau
3 Hospital Kinabatangan
4 Hospital Kota Belud
5 Hospital Kota Marudu
6 Hospital Kudat
7 Hospital Kunak
8 Hospital Semporna
9 Hospital Sipitang
10 Hospital Beaufort
11 Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai
Johor
12 Hospital Kuala Krai Kelantan
13 Hospital Jelebu
Negeri Sembilan
14 Hospital Seri Manjung
Perak
15 Hospital Sungai Siput
16 Hospital Bahagia Ulu Kinta
17 Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
Selangor
15
Lampiran D
KADAR CAJ PESAKIT LUAR RAWATAN RADIOTERAPI DAN ONKOLOGI
Bil. Jenis rawatan Kelas Satu
(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)
Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai
Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa
serta merta
Simulasi dan perancangan berkomputer
1 Penandaan setempat 45 30 Percuma Percuma
2 Simulasi konvensional
450 200 Percuma Percuma
3 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Biasa (tanpa kontras)
4 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Rumit (dengan kontras)
5 Simulasi CT:
450 200 Percuma Percuma
Radioterapi Keamatan Bermodulasi (IMRT)
6 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Penyinaran Seluruh Badan (TBI)
7 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Penyinaran Seluruh Nodal (TNI)
8 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Elektron Suluruh Badan (TBE)
9 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Radioterapi Stereotaktik (SRT)
10 Simulasi CT: 450 200 Percuma Percuma
Radiosurgeri Stereotaktik (SRS)
11 Simulasi CT:
450 200 Percuma Percuma
Radioterapi Stereotaktik Badan (SBRT)
16
Bil. Jenis rawatan Kelas Satu
(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)
Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai
Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa
serta merta
Rawatan radioterapi
12
2D/ medan tunggal/ selari setentang (setiap pecahan)
100 50 12 12
13
3D/apa-apa rancangan dengan 3 atau lebih medan (setiap pecahan)
100 50 12 12
14 IMRT (setiap pecahan)
100 50 12 12
15 TBI (setiap pecahan) 100 50 12 12
16 TNI (setiap pecahan) 100 50 12 12
17 SRT (setiap pecahan) 100 50 12 12
18 SRS
7000 (rawatan
pakej untuk sekali caj sahaja)
5000 (rawatan pakej untuk
sekali caj sahaja)
12 (setiap rawatan)
12 (setiap rawatan)
19 SBRT
7000 (rawatan
pakej untuk sekali caj sahaja)
5000 (rawatan pakej untuk
sekali caj sahaja)
12 (setiap rawatan)
12 (setiap rawatan)
Rawatan brakiterapi
20 Intrakavitari: Dobi/sumber satu baris (setiap sesi)
75 30 6 6
21
Intrakavitari: ovoid berpasangan (setiap sesi)
75 30 6 6
17
Bil. Jenis rawatan Kelas Satu
(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)
Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai
Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa
serta merta
22 Intrakavitari: intrakavitari penuh (setiap sesi)
75 30 6 6
23 Intrakavitari: bagi kanser nasofaringeal (NPC) (setiap sesi)
75 30 6 6
24
Intraluminal: Esofagus, bronkus, anorektal (setiap sesi)
75 30 6 6
25
Implan brakiterapi interstisial: implan brakiterapi payudara (setiap sesi)
75 30 6 6
26
Implan brakiterapi interstisial: implant ekstremiti (setiap sesi)
75 30 6 6
27
Implan brakiterapi: implan kaviti oral/ anorektal/ prostat/ mata dan lain-lain (setiap sesi)
75 30 6 6
28 Prosedur brakiterapi prostat (rawatan pakej)
7,000 5,000 6 6
Rawatan anti-neoplastik
29
Rawatan anti-neoplastik untuk kanser (selain terapi sasaran) (setiap rawatan)
400 200 50 50
30
Rawatan terapi sasaran untuk kanser (setiap rawatan)
600 400 50 50
18
Bil. Jenis rawatan Kelas Satu
(RM) Kelas Dua (RM) Kelas Tiga (RM)
Kadar Caj Pesakit Luar bagi Rujukan Pegawai
Perubatan Kerajaan (RM) berkuatkuasa
serta merta
31
Rawatan kanser yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) (setiap rawatan)
800 200 50 50
Perubatan nuklear
Isotop radioaktif:
32 (i) Diagnosis 150 50 25 25
33 (ii) Terapi 750 250 125 125
19
LAMPIRAN E
Caj Pergigian
RAWATAN PERGIGIAN
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
1. Fluorida topikal
(setiap arkus)
Topical fluoride
(per arch)
15
10
Percuma
5
2. Pengapan fisur
(setiap gigi)
Fissure sealant
(per tooth)
15
10
Percuma
5
3. Penskaleran mulut
penuh dan
penggilapan
Full mouth
scaling and
polishing
110
80
Percuma
2
4. Pencabutan
sebatang gigi
kekal/
supernumerari/
akar tertinggal
Extraction permanent
tooth/supernumerary/
retained root
25
20
Percuma 1
5. Pencabutan gigi
desidus
(setiap gigi)
Extraction deciduous
(per tooth)
20
15
Percuma 1
6. Pembuangan melalui
pembedahan
(setiap gigi/ gigi
terimpak mudah/
akar tertinggal)
Surgical removal
(per tooth/simple
impacted
tooth/retained root)
225
80
15 15
7. Pembuangan
gigi terimpak
melalui
pembedahan
(setiap gigi)
(rumit)
Surgical removal of
impacted tooth
(per tooth) (complex)
1200
400
50 50
8. Kawalan
pendarahan
selepas
pencabutan
Control of post
extraction
haemorrhage
40
30
Percuma 5
20
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
9. Komplikasi
selepas
pencabutan
Post-extraction
complication
15 10 Percuma 5
10. Operkulektomi
gingiva
Gingival
operculectomy
20 15 Percuma 5
11. Pendawaian gigi
(setiap arkus)
Dental wiring
(per arch)
40 30 Percuma 15
12. Tampalan gigi
kekal
(satu
permukaan)
Restoration of
permanent tooth
(one surface)
40
30
Percuma 2
13. Tampalan gigi
kekal
(permukaan
berganda/
dengan pin
pegangan)
Permanent tooth
restoration (multiple
surfaces/with pin
retention)
50
40
Percuma 2
14. Tampalan gigi
desidus
Deciduous tooth
restoration
20 15 Percuma 2
15. Tampalan
sementara
Temporary restoration 20
15
Percuma 2
16. Inlai (setiap gigi)
(tidak termasuk
harga logam)
Inlay (per tooth)
(not inclusive of metal
charge)
60
45
Percuma 3
17. Korona (setiap gigi)
(termasuk korona
sementara, tetapi
tidak termasuk caj
logam)
Crown (per tooth)
(including temporary
crown but not inclusive of
metal charge)
100
75
Percuma
3
18. Jambatan
(setiap gigi tupang
termasuk tampalan
sementara tetapi
tidak termasuk caj
bahan dan makmal)
Bridge
(per abutment teeth
including provisional
restoration but not
inclusive of material and
lab charges)
100
75
Percuma
50
21
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
19. Rawatan kanal akar
(gigi anterior)
Root canal treatment
(anterior tooth)
75
60
Percuma 4
20. Rawatan kanal akar
(gigi posterior)
Root canal treatment
(posterior tooth)
150
115
Percuma 4
21. Pengapeksan
(setiap gigi)
Apexification
(per tooth)
100
75
Percuma 4
22. Pemberhentian
resorpsi gigi
(setiap gigi)
Arrest of tooth resorption
(per tooth)
75
60
Percuma 40
23. Pulpotomi korona
(setiap gigi kekal)
Coronal pulpotomy
(per permanent tooth)
75
60
Percuma 4
24. Pulpotomi
(setiap gigi desidus)
Pulpotomy
(per deciduous tooth)
75
60
Percuma 4
25. Pulpektomi
(setiap gigi desidus)
Pulpectomy
(per deciduous tooth)
100 75 Percuma 4
26. Ekstirpasi pulpa
(setiap gigi)
Pulp extirpation
(per tooth)
25 20 Percuma 4
27. Pelunturan gigi
(eksternal)
(setiap rahang)
Tooth bleaching
(external)
(per arch)
- - - 500
28. Pelunturan gigi
(internal)
(setiap gigi)
Tooth bleaching
(internal)
(per tooth)
- - - 50
29. Mikrolelasan
(setiap gigi)
Microabrasion
(per tooth)
- - - 50
30. Penyahpekaan
(setiap arkus)
Desensitisation
(per arch)
- - - 20
22
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
31. Pembentukan gigi
palsu penuh tidak
termasuk logam
(setiap rahang)
Full denture construction
not inclusive of metal
(per jaw)
225
170
25 50
32. Pembentukan
sebahagian gigi
palsu tidak termasuk
logam
(setiap rahang)
Partial denture
construction not inclusive
of metal
(per jaw)
100 75 5 10
33. Penambahan setiap
gigi akrilik
Addition of each acrylic
tooth
15
10
1 2
34. Pembaikan dentur
tanpa mengganti
plat landas
Denture repair without
changing the base plate
35
30
1 2
35. Pembaikan dentur
(penambahan setiap
gigi akrilik)
Denture repair
(addition of each acrylic
tooth)
15 10
1 2
36. Lapikan semula/
landasan semula
(setiap dentur)
Relining/rebasing
(per denture)
60
45
Percuma
30
37. Impresi bagi model
kerja
(setiap set)
Impression for
working model
(per set)
- - - 40
38. Splin lembut Soft splint
25 20 Percuma 15
39. Splin keras Hard splint
100 75 Percuma 50
40. Splin lain Other splint
25 20 Percuma 10
Aplians atau obturator:
Dental appliances or obturators:
41. Kecil Small 115
30
15
15
42. Sederhana Medium 150 40 20 20
23
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
43. Besar Large 190 50 25
25
44. Aplians tetap
(setiap arkus)
Fixed appliance
(per arch)
- - - 500
45. Aplians boleh
tanggal (pasif)
(setiap arkus)
Removable appliance
(passive)
(per arch)
- - - 100
46. Aplians boleh
tanggal (aktif)
(setiap arkus)
Removable appliance
(active)
(per arch)
- - - 200
47. Aplians sebahagian
tetap
(setiap arkus)
Partial fixed appliance
(per arch)
- - - 200
48. Aplians fungsi tetap Fixed functional
appliance
- - - 350
49. Aplians fungsi boleh
tanggal
Removable functional
appliance
- - - 200
50. Penggantian
komponen aplians
tetap
(setiap komponen)
Fixed appliance
components replacement
(per component)
- - - 10
51. Pembaikan
komponen aplians
boleh tanggal
Repair of removable
appliance component
- - - 10
52. Pembaikan aplians
patah
(semua jenis aplians
boleh tanggal/
obturator)
Repair of broken
appliance
(all types of removable
appliances/obturator)
-
-
-
10
53. Pembaikan aplians
fungsi boleh tanggal
Removable functional
appliance (repair)
- - - 50
24
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
54. Auksiliari
ortodontik
Orthodontic auxiliary
- - - 75
55. Arkus transpalatal Transpalatal arch
- - - 100
56. Arkus lingual Lingual arch
- - - 100
57. Arkus transpalatal
(setiap pembaikan)
Transpalatal arch
(each repair)
- - - 50
58. Arkus lingual
(setiap pembaikan)
Lingual arch
(each repair)
- - - 50
59. Arkus transpalatal
(setiap penyimenan
semula)
Transpalatal arch
(each re- cementation)
- - - 50
60. Arkus lingual
(setiap penyimenan
semula)
Lingual arch
(each re- cementation)
- - - 50
61. Penyenggara ruang
boleh tanggal
(setiap arkus)
Removable space
maintainer
(per arch)
- - - 100
62. Retainer tetap
(setiap arkus)
Fixed retainer
(per arch)
- - - 100
63. Retainer Essix Essix retainer
- - - 100
64. Retainer tetap
(pembaikan setiap
gigi)
Fixed retainer
(repair per tooth)
- - - 50
65. Retainer tetap
(nyahlekat setiap
arkus)
Fixed retainer
(debond per arch)
- - - 100
25
Bil. Jenis rawatan
Type of treatment
Kelas
Satu
(RM)
Kelas
Dua
(RM)
Kelas
Tiga
(RM)
Pesakit
Luar
(RM)
66. Peralatan
pengangkoran
sementara (setiap
alat)
Temporary anchorage
devices
(per device)
- - - 150
67. Rantai emas untuk
gigi terimpak
Gold chain for impacted
tooth
- - - 400
68. Rantai traksi untuk
pergerakan gigi
minor
(setiap gigi)
Traction chain for minor
tooth movement (per
tooth)
- - - 50
69. Rawatan
pengembang palatal
Palatal expander
treatment
- - - 100
70. Rawatan alat kepala Headgear treatment
- - - 100
Catatan: Semua prosedur adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan)
2017.
Caj rawatan italic bagi Kelas 3 dan pesakit luar adalah caj sedia ada berdasarkan prosedur setara dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.
Caj bagi kelas 1 dan kelas 2 adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
Caj bagi pesakit luar adalah caj dengan pengecualian khas oleh Ketua
Setiausaha Perbendaharaan bagi prosedur-prosedur tertentu.
Kadar caj ini adalah kadar caj bersubsidi.