‘FORMULA DI-SE-KE’
Transcript of ‘FORMULA DI-SE-KE’
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
250
‘FORMULA DI-SE-KE’
Amanina Afynna Binti Seman
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ini dinamakan ‘Formula Di-Se-Ke’ bagi bidang jawi iaitu imbuhan awalan Di-,
Se- dan Ke-. Inovasi ini dilaksanakan bagi memudahkan murid yang lemah dalam
penulisan jawi. Inovasi ini menekankan ciri Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) antaranya
ialah berpusatkan murid, penggunaan komputer, pembelajaran aktif, kolaboratif dan
pembelajaran kendiri. Inovasi ini dihasilkan menggabungkan elemen audio, video,
animasi daripada Microsoft powerpoint dan permainan yang dihasilkan daripada
quizziz. Penggunaan animasi yang terkini seperti Omar & Hana dapat menarik minat
dan memberikan impak yang positif dalam proses pengajaran dan pemudah caraan
(pdpc) sebagai seorang guru. Dalam pada itu, pengunaan ICT dapat meningkatkan
tahap kreativiti murid dan motivasi kendiri murid pada masa kini.
SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Kemahiran jawi merupakan masalah umum di kalangan pelajar terutamanya kemahiran
menulis jawi. Semasa menjalani Praktikum Fasa 1 yang lepas, saya mendapati murid
masih keliru dalam memahami konsep yang betul untuk menulis imbuhan awalan.
Mereka masih belum dapat kaedah yang boleh membantu mereka memahami cara
menulis imbuhan awalan dengan betul. Saya membuat penerangan secara ulangan
kepada mereka namun masih ada yang belum menguasai tajuk tersebut. Saya juga
melakukan aktiviti koperatif iaitu kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama (Azizi & Intan,2018). Namun, hasil yang saya dapati ialah mereka masih
kurang memahami tajuk imbuhan ini dengan baik.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
251
Penguasaan penulisan jawi di kalangan murid bukan sahaja dapat membantu murid
dalam subjek Pendidikan Islam malah ia merupakan satu medium untuk mengekalkan
seni warisan budaya bangsa. Oleh itu, objektif subjek Pendidikan Islam supaya murid
dapat membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi serta
mencintainya sebagai warisan budaya bangsa (Kementerian Pendidikan
Malaysia,2015).
Saya bersetuju dengan kenyataan akhbar Harian Metro “Tulisan Jawi Adalah Identiti
Negara” kerana ia sebagai satu tulisan bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Nor ‘Asyikin, 2020). Berikutan isu
tersebut, saya telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan inovasi digital yang
menggabungkan didik hibur iaitu permainan digital dengan penerangan melalui
penggunaan ICT. Melalui respon yang diberikan selepas proses pdpc yang saya telah
laksanakan. Saya telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan ‘Formula Di-Se-Ke’
untuk membantu murid memahami konsep atau kaedah menulis imbuhan awalan Di-,
Se- dan Ke- dengan betul.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Dalam penghasilan inovasi digital ‘Formula Di-Se-Ke’, saya menggunakan kaedah
tambah dan tolak (PlusEqualToo) di mana murid hanya mengingat sama ada
menambah ( أ ) pada imbuhan awalan Di-, Se- dan Ke- yang bermula dengan kata
dasar ( ا ) ataupun tidak menambah huruf alif ( ا ). Dalam teori pembelajaran
konstruktivisme, guru menyediakan maklumat dan persekitaran yang membolehkan
murid membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
Oleh itu, dalam menghasilkan inovasi ‘Formula Di-Se-Ke’ penyerapan subjek
Matematik iaitu tambah dan tolak diaplikasikan dalam bidang jawi. Hal ini kerana, murid
dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dalam subjek Matematik ke
dalam bidang Jawi.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
252
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Bagi menguji keberkesanan inovasi digital yang telah dihasilkan, saya telah
menjalankan ujilari di Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee(SK JOTS). Selain
itu inovasi ini juga dihasilkan atas kolaborasi antara pensyarah, guru-guru Pendidikan
Islam, guru pembimbing semasa menjalani Praktikum Fasa 1 dan rakan-rakan
pengajian yang lain. Semasa melaksanakan ujilari di sekolah, seramai 10 orang murid
iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan, 2 orang guru Pendidikan Islam. Jumlah responden yang
telah menjawab soal selidik ialah seramai 12 orang.
Rajah 1 merupakan langkah dan pelaksanaan yang dilakukan dalam inovasi ‘Formula
Di-Se-Ke’ :
Langkah Pelaksanaan
Langkah 1
Guru memperkenalkan imbuhan awalan Di-, Se-, Ke
kepada murid melalui audio visual yang dipaparkan.
1.Muka Depan 2.Menu Utama
3.Pendahuluan 4.Pengenalan Formula
Di-Se-Ke
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
253
Langkah 2
Guru menerangkan ‘Formula Di-Se-Ke’ dengan
kaedah PlusEqualToo supaya murid lebih jelas
penggunaan formula tersebut.
Langkah 3 Guru bersoal jawab dengan murid mengenai formula
tersebut.
Murid diberikan masa untuk memulakan permainan
digital.
Langkah 4 Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap
ahli berpeluang menjawab permainan dan soalan
dalam quizziz.
6.Permainan 7.Permainan Level
1(Quizizz)
8.Permainan Level 2 9.Pengukuhan
5.Jom Belajar
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
254
Langkah 5 Kumpulan yang mengumpul markah yang paling
banyak dikira sebagai pemenang.
REFLEKSI
Saya telah menggunakan instrumen soal selidik, pemerhatian dan pelaksanaan pra
ujian bagi menguji keberkesanan inovasi ‘Formula Di-Se-Ke’. Saya dapat melihat
kekuatan dan kelemahan dalam penghasilan inovasi ini dan akan membuat
penambahbaikan berdasarkan dapatan instrumen tersebut.
FAEDAH DAN KEBERKESANAN INOVASI ‘FORMULA DI-SE-KE’
1. Menarik Minat Murid dan Guru dalam Pdpc yang berasaskan ICT.
Berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional iaitu penerangan menggunakan
papan putih dan hands on. Murid pada kini kini, lebih berminat untuk belajar
menggunakan ICT justeru dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Bahan bantu mengajar secara digital ini juga dapat meningkatkan inkuiri dan tahap
kreativiti murid . Berdasarkan pemerhatian, saya dapat melihat murid seronak
melaksanakan permainan digital yang dipaparkan. Dalam pada itu, penggunaan inovasi
digital ini juga dapat menjimatkan waktu guru mengajar di mana mereka dapat
menerapkan aspek didik hibur dalam pdpc mereka.
10.Penutup
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA DI-SE-KE
255
2. Mewujudkan Kolaboratif dan Koperatif antara Guru dan Murid.
Berdasarkan ujilari yang telah saya laksanakan, saya dapati penghasilan inovasi ini
dapat mewujudkan kolaboratif antara saya dengan guru-guru Pendidikan Islam di
sekolah. Dalam pada itu, respon daripada murid terhadap inovasi yang dijalankan dapat
menggalakkan koperatif dari segi sumbangan idea untuk penambahbaikan di masa
akan datang.
3. Melahirkan Kecintaan Terhadap Tulisan Jawi
Untuk memartabatkan tulisan jawi sebagai identity budaya bangsa, sejak bangku
sekolah lagi perlulah diterapkan kecintaan terhadap tulisan jawi. Murid perlu dipupuk
minat untuk mendalami dari segi pembacaan, penulisan jawi dan seni khat.
Berdasarkan pra ujian yang dijalankan terhadap 10 orang murid. 6 daripada mereka
masih belum dapat menguasai penggunaan imbuhan dalam tulisan jawi. Oleh itu,
sebagai seorang guru Pendidikan Islam inovasi ini merupakan inisiatif yang dapat
dilaksanakan bagi memupuk kecintaan mereka terhadap tulisan jawi.
KESIMPULAN
Inovasi dalam pendidikan membantu dalam proses pengajaran dan pemudahcaaraan
sebagai bahan bantu mengajar. Teknologi dalam pendidikan juga merupakan satu
sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara
terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran (Noriati et.al,2012). Oleh itu, penghasilan inovasi secara digital ini bukan
sahaja dapat memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Bahkan
inovasi digital dalam pendidikan juga dapat meningkatkan daya ingatan murid kerana
melibatkan deria melalui penggunaan visual, audio dan sebagainya.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
256
IDGHAM PRO (Perisian Interaktif Pendidikan Islam Bidang Tajwid)
Fakhrusy Syakirin Bin Zaidi
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Idgham Pro ialah inovasi yang dihasilkan untuk membantu murid dalam menguasai
hukum Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah. Aplikasi Idgham Pro ini sebenarnya telah dihasilkan apabila pengkaji melihat
masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah pengkaji bagi membantu murid dalam
memahami hukum Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah dan menyemai sifat cinta
akan Al-Quran dalam diri.
Rajah 1: Laman Menu Idgham Pro
Idgham Pro mengandungi isi pelajaran berbentuk interaktif yang memudahkan murid
untuk memahami hukum Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah. Dalam Idgham
Pro, penghasilan aplikasi ini juga menggunakan elemen Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di mana guru atau murid boleh menggunakan aplikasi ini melalui
telefon pintar atau komputer. Hal ini memudahkan murid untuk meneruskan
pembelajaran sendiri apabila berada di rumah.
Idgham Pro boleh digunakan untuk memahami konsep-konsep dalam subjek-
subjek sekolah rendah melalui keseronokan. Hal ini kerana, apabila pelajar-pelajar
belajar menggunakan nota interaktif secara sendiri di rumah, secara psikologi, proses
tersebut akan mengurangkan tahap malu atau dalam pembelajaran bahasa kedua,
penapis afektif pelajar-pelajar dapat dikurangkan. Idgham Pro merupakan sebuah
alternatif kepada pelajar yang malu membuat pembentangan secara formal.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
257
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Melalui pengalaman mengajar ketika praktikum fasa 1 yang telah saya lalui, pada awal
pengajaran, saya telah menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kaedah
penerangan berpusatkan guru dalam menerangkan hukum Idgham Maalghunnah dan
Bilaghunnah kepada murid-murid tahun 3 ketika sesi tasmik. Antara kelebihan strategi
berpusatkan guru adalah dapat meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topik. Namun demikian, apa yang
saya lalui adalah sebaliknya. Murid-murid kelihatan tidak berminat dan bosan setiap
kali kelas Pendidikan Islam dijalankan.
Selain itu, hasil daripada tingkah laku yang tidak menunjukkan minat dengan tidak
memberikan tumpuan terhadap isi pelajaran, ia juga telah menyebabkan beberapa
orang murid tahun 3 mengalami masalah dalam memahami isi kandungan yang
disampaikan oleh saya. Hal ini selaras dengan pendapat, Rohani, Hazri dan Nordin
(2010) yang menyatakan sekiranya murid tidak memberikan tumpuan pada apa yang
diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka potensi untuk mereka tidak
memahami isi pelajaran adalah sangat besar.
Berdasarkan reaksi yang diberikan oleh murid-murid saya, telah timbul idea
untuk saya mencipta sebuah inovasi berbentuk digital yang selaras dengan peredaran
zaman sekarang yang mengetengahkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai
elemen merentas kurikulum dan sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Zetty et.al
(2015), Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK), telah membawa banyak perubahan kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru dan hasilnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bertambah
baik.
Perkembangan di dalam bidang teknologi Pendidikan dilihat banyak membantu
dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya
telah mencipta aplikasi Idgham Pro iaitu sebuah permainan yang mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi untuk menarik minat murid saya mempelajari
pengertian, cara bacaan dan contoh ayat al-Quran yang mengandungi hukum Idgham
Maalghunnah dan Bilaghunnah. Idgham Pro adalah sebuah aplikasi yang
menggunakan nota interaksi dan aktiviti pengukuhan. Nota dan aktiviti pengukuhan
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
258
mengenai Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah ini telah diubahsuai dan dicipta
dalam bentuk digital agar ianya dapat diguna pakai di dalam proses pengajaran dan
pemudahcara (pdpc) di dalam kelas.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Aplikasi Idgham Pro mula dicetuskan apabila diperhatikan bahawa murid-murid masih
lemah dalam menguasai ilmu tajwid termasuklah dalam hukum Idgham Maalghunnah
dan Bilaghunnah secara teori mahupun amali. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan
oleh minat mereka ataupun strategi pengajaran yang digunakan adalah agak kurang
sesuai. Murid-murid dilihat tidak begitu suka bergerak aktif dalam aktiviti koperatif yang
dijalankan. Hal ini mungkin kerana mereka kurang motivasi untuk terlibat dalam aktiviti
akibat daripada PdPc yang tidak menggalakkan mereka untuk bergerak aktif.
Guru memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran. Oleh itu, untuk menambahkan minat dan motivasi mereka untuk belajar,
guru perlu menjalankan aktiviti sesuai dengan perkembangan semasa seperti
menggunakan multimedia interaktif dalam pengajaran. Tujuan inovasi ini dicipta
adalah untuk membantu murid faham dan menguasai hukum Idgham Maalghunnah
dan Bilaghunnah dengan menggunakan aplikasi Idgham Pro. Dengan menggunakan
bahan bantu belajar ini, ia dapat membantu murid mengenalpasti dan membezakan
cara bacaan ayat yang mengandungi hukum Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah
dengan betul.
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Fasa 1- Tidak dapat dilaksanakan dan diuji pada murid-murid di sekolah dan hanya
dilaksanakan dalam kampus sahaja sebagai alternatif disebabkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan Malaysia ekoran peningkatan kes penularan
wabah Covid-19 di negara ini. Peserta ujilari adalah dalam kalangan pelajar-pelajar
IPG yang bukan daripada latar belakang sekolah agama dan kurang arif dalam bidang
tajwid. Aplikasi ini boleh diakses melalui 2 aplikasi yang berbeza iaitu Microsoft
Powerpoint dan Quiziz. Dilaksanakan semasa semester 6 dengan kos di bawah RM
10. Maklum balas diterima melalui temu bual, rakaman video dan soal selidik.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
259
Fasa 2- Pembelajaran berterusan. Aplikasi inovasi digital ini telah diberikan kepada
guru-guru Pendidikan Islam di sekolah praktikum guru pelatih pada fasa 1 bagi
digunakan dalam pdp di sekolah tersebut. Guru-guru ini diberikan manual dan
panduan untuk menggunakan aplikasi ini.
STRATEGI PELAKSANAAN
Dalam meningkatkan minat murid terhadap isi pembelajaran, saya telah
mengaplikasikan teknik permainan yang digabungjalinkan dengan kaedah didik hibur
di dalam permainan ini. Murid-murid akan teruja dan timbul minat untuk mengikuti
proses pdp guru sekiranya kaedah didik hibur yang mempunyai elemen permainan
diguna pakai.
Rajah 3: Contoh ayat al-Quran yang mengandungi hukum Idgham Maalghunnah dan
Bilaghunnah di dalam aplikasi Idgham Pro
Selain itu terdapat juga strategi pengajaran secara inkuri (penemuan) iaitu murid
belajar melalui rasa ingin tahu mereka terhadap isi yang terdapat pada nota dan
permainan di dalam aplikasi Idgham Pro. Hal ini kerana, sejak kecil lagi manusia
mempunyai keinginan untuk mengenal sesuatu melalui pancaidera yang dimiliki dan
melalui keinginan tersebut, proses pembelajaran dapat berlaku. Oleh itu, melalui
aplikasi digital Idgham Pro yang menggunakan kaedah didik hibur, teknik permainan
serta diselitkan dengan strategi inkuiri, ianya dilihat akan menjadikan proses
pengajaran akan berlaku secara aktif.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
260
Rajah 4: Sesi ujilari Idgham Pro melalui aplikasi Microsoft Powerpoint
FAEDAH INOVASI
Aplikasi Idgham Pro ini dapat memenuhi aras pembelajaran sekarang yang lebih ke
aras pembelajaran abad ke-21 yang menggunakan gajet-gajet elektronik. Dalam era
globalisasi ini penggunaan gajet dalam kehidupan dilihat seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Boleh dikatakan setiap aspek kehidupan memerlukan kita
menggunakan perkhidmatannya tidak terkecuali juga dalam sistem pendidikan
khususnya pada masa kini. Penggunaan gajet dalam arus perkembangan dunia
teknologi dan maklumat dilihat banyak memberi impak positif terhadap pendidikan di
negara ini dalam memperoleh dan menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan.
Aplikasi Idgham Pro ini dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari Al-Quran
iaitu pembelajaran melalui nota interaktif ketika pembelajaran di kelas mahupun di
rumah.
Selain itu, aplikasi Idgham Pro juga dapat dihasilkan dengan menggunakan
kos yang rendah sahaja. Hanya aplikasi Microsoft Powerpoint dan Quiziz yang boleh
diakses secara percuma digunakan dalam penghasilan aplikasi ini. Di samping itu,
aplikasi ini juga boleh dibuka dan digunakan pada telefon pintar atau komputer.
Penggunaan Aplikasi ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar di dalam bilik
darjah kerana terdapat nota interaktif, pilihan warna yang menarik serta diselit dengan
animasi-animasi yang terkenal dalam kalangan murid-murid sekolah. Murid yang tidak
tahu membaca Al-Quran juga dapat menggunakan aplikasi ini kerana terdapat video
beserta cara bacaan yang dimasukkan ke dalam aplikasi ini supaya murid mudah
faham cara bacaan bagi setiap hukum Idgham Maalghunnah dan Bilaghunnah.
Seterusnya, inovasi ini juga boleh diubahsuai dan digunakan untuk pembelajaran
subjek lain.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Idgham Pro
261
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada penggunaan aplikasi Idgham Pro ke atas peserta-peserta kajian yang
telah diuji dapat diukur melalui prestasi markah kuiz sebelum dan selepas
menggunakan aplikasi ini. Melalui 2 orang peserta kajian yang telah dilibatkan, kedua-
dua peserta menunjukkan peningkatan markah yang sangat ketara dalam markah kuiz
selepas menggunakan aplikasi Idgam Pro tersebut. Hasil markah kuiz dapat dilihat
pada Rajah 5.
Rajah 5: Carta Hasil markah kuiz sebelum dan selepas menggunakan Aplikasi Idgham Pro
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji berharap inovasi digital yang dihasilkan ini dapat
memberikan manfaat kepada guru, murid-murid serta diri pengkaji sendiri pada masa
hadapan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan menguasai hukum tajwid
dalam bidang Al-Quran khususnya serta menjadikan bidang Al-Quran ini sebagai
salah satu bidang yang disukai dan dirasakan seronok untuk dipelajari. Inovasi digital
ini juga dapat dijadikan panduan kepada guru lain untuk membuktikan bahawa Aplikasi
Idgham Pro bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran mengingat dalam kalangan
murid tetapi menjadikan pembelajaran lebih seronok dan menghiburkan.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Sebelum Selepas
Hasil Markah Sebelum dan Selepas
Pelajar 1 Pelajar 2
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
262
Suci dan Iman
Fatimah Habibullah binti Kamil
PISMP PA Jun 2017
‘Suci Dan Iman’ – Inovasi ini merupakan gabungan pembelajaran melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan permainan untuk latihan pengukuhan. Inovasi ini
mengandungi maklumat mengenai jenis-jenis najis dan video cara menyucikan najis bagi
memudahkan murid-murid mengingati tajuk ‘Mari Bersuci’ dalam matapelajaran Pendidikan
Islam Tahun 4. Inovasi yang dihasilkan ini menggabungkan elemen video, audio, animasi dan
permainan yang dihasilkan melalui pelbagai aplikasi seperti Quiz Bot, Quizizz, GIFShop dan
The Teacher’s Corner lalu digabungkan dalam satu aplikasi Microsoft Power Point. Inovasi ini
bertemakan filem Boss Baby untuk menarik minat murid kerana filem ini amat popular di
kalangan kanak-kanak.
SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Berdasarkan pengalaman praktikum fasa 1 yang telah saya lalui, pada awal pengajaran, saya
telah menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kaedah penerangan berpusatkan
guru dalam menerangkan konsep taharah kepada murid-murid tahun 4 Biru. Saya juga telah
mengarahkan murid-murid agar mengingati setiap jenis najis beserta cara menyucikannya
dan keesokan harinya hanya beberapa orang murid masih mengingati apa yang saya ajar
selebihnya lupa. Saya mengambil inisiatif untuk membuat amali cara menyucikan najis namun
seorang pun tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka ingat ke dalam kerja amali. Murid-
murid juga kelihatan tidak berminat dan bosan setiap kali kelas Pendidikan Islam dijalankan.
Berdasarkan reaksi yang diberikan oleh murid-murid saya, telah timbul idea untuk
saya mencipta satu inovasi yang mengetengahkan teknologi maklumat dan komunikasi
sebagai elemen merentas kurikulum dan sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan
multimedia telah menjadi salah satu komponen utama dalam strategi dan teknik pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi mata pelajaran yang mencabar dan banyak fakta.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dilihat banyak membantu keberkesanan proses
pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mencipta Suci dan Iman iaitu sebuah
inovasi yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menarik minat
murid saya mempelajari jenis dan cara menyucikan najis.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
263
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Rajah 1. Muka depan utama inovasi
Rajah 2. Muka depan yang menghubungkan nota dan latihan pengukuhan.
Dalam meningkatkan minat murid terhadap isi pembelajaran, saya telah mengaplikasikan
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget yang menyatakan perkembangan kognitif kanak-
kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan
operasi formal. Kanak-kanak pada peringkat ini berasaskan prinsip simbolik iaitu memahami
sesuatu fakta berdasarkan simbol-simbol tertentu. Hal ini kerana, kanak-kanak pada peringkat
ini tidak mampu melakukan penaakulan secara abstrak. Dalam konteks inovasi Suci dan
Iman, simbol-simbol yang digunakan berunsur animasi yang signifikan dengan fakta yang
hendak disampaikan supaya mudah untuk diingati. Sebagai contoh, saya meletakkan animasi
anjing sebagai simbol kepada najis mughallazah.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
264
Rajah 3. Animasi sebagai simbol
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Saya merancang untuk menjalankan ujilari inovasi pada 26 Mac 2020 di sekolah praktikum
yang lepas. Namun begitu, pada tarikh tersebut Perdana Menteri kita mengarahkan cuti
Kawalan Pergerakan oleh sebab penularan wabak covid-19 yang semakin meningkat di
Malaysia. Oleh hal demikian, saya telah mengambil inisiatif dengan membuat ujilari secara
atas talian kepada beberapa rakan dari universiti lain dan rakan guru pelatih yang berlainan
bidang pengajian untuk menguji keberkesanan produk inovasi saya. Rakan sekelas saya juga
telah membuat penilaian terhadap produk inovasi saya. Seramai 10 orang peserta telah
menjalankan ujian pra dan 14 orang peserta menyertai kuiz manakala seramai 14 responden
telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan bagi mengenal pasti keberkesanan aplikasi
yang telah dihasilkan.
Untuk langkah pertama saya menggunakan Quiz Bot di aplikasi Telegram untuk
dijadikan ujian pra ke atas peserta ujilari. Terdapat beberapa orang peserta tidak memiliki
aplikasi Telegram maka saya mengambil inisiatif menghantar gambar soalan melalui aplikasi
Whatsapp. Daripada ujian ini dapat dilihat hanya beberapa orang peserta sahaja yang dapat
menjawab soalan dengan betul.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
265
Rajah 4. Keputusan ujian pra
Langkah diteruskan dengan memuatnaik produk dan video pembentangan saya kepada
peserta-peserta ujilari untuk pengenalan kepada tajuk serta penilaian hasil produk. Selepas
menonton video pembentangan dan hasil produk, saya menghantar pautan Quizizz kepada
peserta untuk menjalani ujian pasca setelah menggunakan produk tersebut.
Rajah 5. Keputusan ujian pasca
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
266
FAEDAH INOVASI
Umum mengetahui bahawa sesuatu ibadat tidak akan diterima dalam keadaan berhadas.
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah merupakan ajaran dan suruhan setiap
agama. Namun begitu, Agama Islam mempunyai prosedur tertentu di dalam membersihkan
sesuatu yang kadang kalanya tidak tercapai oleh akal manusia sendiri akan rasionalnya. Oleh
hal demikian, saya melaksanakan projek inovasi ini supaya murid-murid lebih memahami
mengenai taharah lebih-lebih lagi cara menyucikan sesuatu jenis najis itu kerana jika najis
tidak disucikan dengan sempurna bimbang ibadah yang dilakukan tidak diterima. Penghasilan
inovasi ini tidak memerlukan sebarang kos namun berkualiti untuk menyampaikan isi
pengajaran yang ringkas dan padat.
Inovasi ini dibuat khas untuk pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 yang bertajuk
‘Mari Bersuci’. Namun begitu, inovasi ini bersifat fleksibel dimana ia boleh digunakan untuk
murid tahun lain kerana isi pembelajaran, animasi dan permainannya sesuai untuk semua
umur lebih-lebih lagi bersuci penting dalam kehidupan setiap muslim bukan penting untuk
tahun 4 sahaja. Hal ini dapat saya lihat melalui pengalaman praktikum saya dimana saya
bertanya dengan murid tahun 5 bagaimana cara menyuci najis mughallazah, mereka tidak
dapat mengingati langkah-langkah menyucinya. Selain itu, inovasi ini dibuat dalam bahan
yang mudah didapati dan senang diakses tanpa menggunakan internet.
Saya menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint sahaja adalah kerana aplikasi ini
fleksibel dan mesra pengguna dimana aplikasi ini sesuai untuk semua lapisan umur.
Pembinaan produk menggunakan aplikasi ini juga tidak rumit dan dapat memuatkan pelbagai
aspek lain seperti video, audio dan animasi bergerak yang menarik dan mudah diaplikasikan
di mana-mana bahagian dalam produk. Aplikasi ini juga tidak memerlukan sambungan
internet yang memudahkan lagi penggunaan produk sama ada di bandar, luar bandar
mahupun pendalaman.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk inovasi saya Suci dan Iman ini mampu meningkatkan kefahaman
mengenai tajuk bersuci. Sebagai lanjutan daripada pelaksanaan ujilari ini, saya bercadang
untuk melaksanakan ujilari kepada murid-murid semasa praktikum yang akan datang.
Harapan saya agar inovasi digital ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga
apa yang dipelajari melalui inovasi ini dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Suci dan Iman
267
KEJAYAAN INOVASI
Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat membina
produk inovasi dan menjalankan ujilari kepada peserta walaupun dalam keadaan negara
dicemari wabak yang membunuh ini. Berdasarkan keputusan soal selidik yang telah
dijalankan, saya mendapati produk inovasi saya mampu membantu murid memahami tajuk
dengan berkesan. Setelah selesai menjalani ujian pasca, peserta menjawab borang soal
selidik melalui pautan yang saya hantar. Berikut juga merupakan keputusan yang diperolehi
daripada soal selidik tersebut:
Berdasarkan soal selidik ini, saya dapat merumuskan bahawa inovasi saya berkesan
untuk digunapakai dalam pengajaran Pendidikan Islam Tahun 4 di mana inovasi ini dilihat
dapat membantu murid memahami tajuk dan mengekalkan ingatan dalam memori jangka
masa panjang berkaitan tajuk ini. Penggabungan elemen-elemen seperti animasi, audio dan
video dalam produk ini juga dilihat menarik, kreatif dan jelas.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAKWAH BOOK
268
“DAKWAH BOOK”
Jazmi bin Jamil
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi didefinisikan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Inovasi merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti organisasi. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar mempunyai
kepentingan dalam membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran selain ianya berfungsi sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Dalam
subjek Pendidikan Islam, inovasi perlu diketengahkan agar murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang pelbagai
dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks. Justeru, satu idea
penghasilan inovasi “Dakwah Book” telah diketengahkan. “Dakwah Book” bukan
sahaja dilihat dapat melengkapi kekurangan yang terdapat dalam buku teks, malah
ia turut memenuhi keperluan dan memudahkan guru dan murid.
KEBERKESANAN PRODUK INOVASI
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, boleh dilihat majoriti responden
memberikan respon yang positif tentang produk inovasi yang telah dihasilkan. Pada
awalnya, majoriti daripada mereka memilih untuk tidak meminati matapelajaran
Pendidikan Islam. Pada masa yang sama, terdapat responden menyatatakan
bahawa matapelajaran ini satu matapelajaran yang sukar. Selepas penggunaan
produk inovasi ini, mereka memberikan respon yang sangat positif. Secara tidak
langsung, keberkesanan produk inovasi ini dilihat dapat menyelesaikan masalah
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAKWAH BOOK
269
mengingat fakta Sirah di samping menarik minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Gambar 1 : Pelaksanaan Uji Lari
Dalam temubual, murid merasakan produk inovasi ini dapat menarik perhatian
mereka untuk belajar di dalam atau luar bilik darjah. Guru Pendidikan Islam SK
Merpati Jepang menyatakan bahawa produk inovasi yang telah dihasilkan oleh
pengkaji memudahkan murid untuk mengingat fakta sirah dalam tajuk tersebut.
Seterusnya, pembelajaran menggunakan produk inovasi boleh membuatkan murid
untuk menumpukan perhatian dan fokus yang penuh semasa pelaksanaanya. Hal ini
kerana, video yang ditayangkan dalam produk inovasi pengkaji berbentuk animasi.
Akhir sekali, peningkatan murid dalam mengingat fakta sejarah dalam tajuk ini dilihat
memberangsangkan. Terutamanya dalam mengingat peristiwa sebelum dan semasa
Dakwah Rasulullah ke Madinah. Justeru, produk inovasi “Dakwah Book” ini mampu
membantu guru Pendidikan Islam serta murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Sirah.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAKWAH BOOK
270
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dibuat dalam projek inovasi digital “Dakwah Book”.
Dalam “Dakwah Book”, hanya 1 tajuk sahaja yang dimasukkan sebagai kandungan
inovasi. Tajuk yang dipilih dalam inovasi ini ialah Dakwah Rasulullah. Ada beberapa
lagi tajuk dalam DSKP Pendidikan Islam yang menekankan kaedah penceritaan dan
hafalan seperti Penurunan Wahyu pertama, Peristiwa Hijrah dan sebagainya. Jika
tajuk-tajuk yang disenaraikan tersebut dibukukan dalam bentuk digital, kemungkinan
koleksi buku cerita digital Sirah ini boleh menjadi bahan utama dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Akhir sekali, penambahanbaikan yang boleh dibuat daripada inovasi ini ialah
menggunakan lebih banyak unsur animasi, ilustrasi, audio dan video. Pada masa
yang sama mengurangkan teks-teks penceritaan di dalam buku cerita digital ini. Hal
ini kerana, penggunaan teks yang banyak akan memberikan fungsi yang sama
seperti buku cerita yang sedia ada iaitu dalam buku cerita berbentuk helaian kertas.
Penggunaan unsur unsur berikut secara tidak langsung dapat merangsang minat
murid untuk memberikan lebih fokus ketika membaca inovasi “Dakwah Book”.
PENUTUP
Keseluruhannya, inovasi bukan sahaja mampu menarik minat malah mampu
meningkatkan kefahaman dan kebolehan menghafal fakta sirah dalam kalangan
murid. Selain memudahkan pelajar untuk memahami fakta sirah ia turut memberi
kemudahan pelajar untuk menggunakannya secara fleksibel. Bukan itu sahaja,
secara tidak langsung guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pempelajaran di dalam subjek Pendidikan Islam. Pada masa yang sama, inovasi ini
menjimatkan kos dan penyediaan bahan. “Dakwah Book” ini sememangnya satu
idea baru yang mendatangkan banyak masalah faedah kepada guru dan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
271
Aqabah Quest Akronim Bergambar
Khairunnisa binti Imam Muslikin
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
‘Aqabah Quest Akronim Bergambar’ - Inovasi ini melibatkan akronim bergambar
mengenai Perjanjian Aqabah 1 dan 2 yang dibina bagi memudahkan murid Tahun 4
untuk menghafal isi Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Inovasi ini telah
menggabungkan elemen video, animasi, audio dan permainan yang dihasilkan
melalui aplikasi dan perisian Filmora, Educaplay, Genially dan Quizizz. Kesemua
aplikasi dan perisian ini digabungkan ke dalam satu tapak iaitu Microsoft Powerpoint,
kerana Powerpoint lebih mesra pengguna. Inovasi ini menjadikan ilustrasi watak
‘Kaktus’ serta pengembaraan sebagai tema utama inovasi kerana ia dekat dengan
murid-murid sekolah rendah.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum fasa 1 yang lepas, topik yang
mempunyai banyak kandungan seperti topik Perjanjian Aqabah ini, merupakan antara
topik yang kurang dikuasai oleh murid kerana terdapat banyak isi pembelajaran yang
perlu dihafal oleh murid terutamanya isi-isi dalam Perjanjian Aqabah. Sebelum ini,
saya menggunakan kaedah penceritaan bagi mengajar tentang latar belakang
masyarakat Yathrib dan kaedah mnemonik kata kunci bagi mengajar isi Perjanjian
Aqabah. Dengan menggunakan kaedah bercerita murid kebanyakannya kelihatan
berminat untuk mempelajari tajuk, namun dengan menggunakan kaedah mnemonik
kata kunci, hanya beberapa orang murid sahaja yang dapat menjelaskan kembali
tentang isi Perjanjian Aqabah semasa sesi kuiz di akhir pengajaran.
Berdasarkan refleksi saya ini, tercetuslah idea saya bagi membuat satu
inovasi digital bertemakan pengembaraan bagi memudahkan murid untuk memahami
serta menghafal isi Perjanjian Aqabah. Inovasi ini akan dapat membantu murid untuk
menghafal isi Perjanjian Aqabah menggunakan teknik akronim bergambar.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
272
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Permainan Aqabah Quest Akronim Bergambar ini merupakan satu inovasi digital
berkonsepkan didik hibur dalam perisian Powerpoint yang membolehkan perisian ini
digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM). Menurut Mohd Razak dan Masitah
(2015), kaedah didik hibur ini mampu menyemaikan sikap positif dan menanamkan
minat belajar bagi murid yang lemah dalam menguasai pembelajaran. Dengan
memasukkan bahan audio-visual yang menarik, murid akan lebih berminat untuk
belajar topik perjanjian Aqabah di mana kebanyakan murid menganggapnya sebagai
suatu topik yang agak membosankan.
Kandungan Aqabah Quest Akronim Bergambar terdiri daripada permainan
digital berkonsepkan pengembaraan yang akan memudahkan murid memahami dan
menghafal latar belakang masyarakat Yathrib dan isi Perjanjian Aqabah 1 dan 2
dengan kandungan berupa nota, video dan uji minda interaktif. Menurut Norazlin dan
Siti Rahimah (2019), seorang guru memerlukan kompetensi yang tinggi sesuai
dengan keperluan pendidikan abad ke-21, oleh itu, proses pengajaran dan pemudah
cara (PdPc) yang berbentuk interaktif amat digalakkan untuk dilaksanakan.
Di dalam Aqabah Quest Akronim Bergambar ini, saya memperkenalkan
kaedah akronim bergambar dalam membantu murid mengingati isi-isi Perjanjian
Aqabah. Akronim merupakan salah satu daripada kaedah mnemonik di mana kaedah
ini akan dapat membantu murid mengingati fakta dengan berkesan, maklumat dapat
disusun dengan lebih dan maklumat dapat dikeluarkan pada bila-bila masa
diperlukan. Gambar atau visual akan memberi impak yang lebih besar terhadap
ingatan murid kerana ianya akan lebih ‘imprinted’ pada minda murid.
Rajah 1: Aqabah Quest Akronim
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
273
PELAKSANAAN UJI LARI AQABAH QUEST AKRONIM BERGAMBAR
Bagi menguji keberkesanan inovasi yang telah saya bina, saya telah merancang
untuk melakukan uji lari di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang pada 23 Mac 2020.
Namun, atas kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan
sejak 18 Mac sehingga 14 April nanti, uji lari di sekolah tidak dapat dijalankan. Namun,
saya telah mengambil inisiatif untuk melakukan uji lari bersama siswa-siswa guru
pengajian lain di asrama bagi menguji keberkesanan inovasi. Seramai 5 orang siswa
guru telah saya pilih iaitu seramai 3 orang daripada pengajian Bahasa Melayu dan 2
orang daripada pengajian Bahasa Inggeris.
Rajah 2 : Bilangan Siswa Guru yang Terlibat Sebagai Peserta Kajian
Rajah 3 : Siswa-siswa Guru Sedang Menggunakan Inovasi Digital
60%40%
Bilangan siswa guru
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
274
Jadual 1 : Manual Pengguna Aqabah Quest Akronim Bergambar
Manual pengguna Aqabah Quest
Homepage Menu utama
Nota akronim gambar Menu uji minda
Uji minda tahap 1 Uji minda tahap 2
Petunjuk
KEBERKESANAN AQABAH QUEST AKRONIM BERGAMBAR
Setelah melakukan uji lari, antara maklum balas yang telah saya perolehi daripada
responden iaitu para siswa guru ialah, inovasi yang telah dihasilkan menarik minat
mereka untuk belajar dan melalui inovasi ini, mereka dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mereka tentang Perjanjian Aqabah dan isinya. Grafik, muzik serta visual
yang digunakan menarik perhatian mereka untuk menggunakan inovasi tersebut.
Dengan menggunakan kaedah akronim bergambar pula, mereka lebih mudah dan
cepat untuk menghafal isi-isi dalam Perjanjian tersebut. Tambahan pula, sebelum ini
mereka kurang mengetahui tentang topik ini, namun setelah menggunakan inovasi
saya, mereka lebih faham dan dapat mengingati pelajaran ini yang pernah dipelajari
di sekolah menengah. Berikut merupakan data-data yang telah saya perolehi
berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan selepas uji lari dilaksanakan. Soal
selidik telah saya laksanakan dengan menggunakan temubual serta perisian Google
Forms.
Homepage
Menu utama
Menu uji minda
Paparan
sebelum
Paparan
seterusnya
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
275
Rajah 4 : Penilaian Aspek Kontruk Penilaian Produk
Rajah 4 : Penilaian Aspek Konstruk Kepuasan Pengguna
Rajah 5 : Penilaian Aqabah Quest Secara Purata
Rajah 6 : Kepuasan Pengguna terhadap Aqabah Quest Secara Purata
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Aqabah Quest Akronim Bergambar
276
Rajah 7 : Antara Keputusan Uji Minda Tahap 2 Para Siswa Guru Semasa Uji Lari
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, saya berharap melalui inovasi ini, responden yang telah
menggunakan inovasi akan dapat memperoleh manfaat daripada inovasi saya. Saya
berharap melalui komen dan cadangan penambahbaikan yang telah dikongsikan,
saya akan dapat meningkatkan lagi kualiti inovasi saya sehingga tahap boleh
dikomersialkan pada masa akan datang serta menjadi kegunaan di dalam dunia
pendidikan. Melalui proses pembinaan inovasi ini juga, saya mengenalpasti bahawa
pentingnya kolaborasi antara pihak-pihak pembangun inovasi agar inovasi dapat
terus dikembangkan dan dipertingkatkan kualitinya dan menjadikan inovasi di
akhirnya menepati kualiti dan kehendak pengguna utama iaitu murid-murid di
sekolah.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
277
PENGGUNAAN ‘SMART JAWI TRADISI’ DALAM MEMPERBAIKI
PENGUASAAN PERKATAAN JAWI TRADISI MURID TAHUN EMPAT
Khairunnisa binti Suhor
PISMP Pengajian Agama Ambilan Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ini dinamakan ‘Smart Jawi Tradisi’. Ia digunakan untuk memudahkan guru
dan murid tahun empat untuk mengenal dan mengeja perkataan jawi tradisi dengan
betul dengan cara yang mudah dan mesra teknologi sesuai dengan gagasan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu menyediakan murid yang celik ICT dan
menguasai kemahiran teknologi dan maklumat menjelang tahun 2025.
‘Smart Jawi Tradisi’ mudah digunakan kerana ia hanya berfokuskan perkataan
jawi tradisi yang terdapat dalam buku teks serta memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, ini merupakan satu aplikasi yang
menggabungkan pembelajaran menggunakan TMK dan juga mengaplikasikan latihan
pengukuhan yang berasaskan permainan untuk menarik minat murid-murid untuk
pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Murid akan lebih berminat untuk mengikuti
proses pengajaran guru sekiranya kaedah didik hibur yang mempunyai elemen
permainan diguna pakai. Dalam ‘Smart Jawi Tradisi’ ini, pembelajaran lebih
berpusatkan murid di mana ia menggalakkan murid untuk mencari sendiri dan merujuk
menggunakan bahan yang telah dibekalkan dan juga boleh diakses tanpa bantuan
guru. Oleh yang demikian, murid berpeluang untuk menjalankan pembelajaran secara
koperatif dan berkolaboratif bersama murid yang lain serta bersama guru sebagai
pembimbing.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIHASILKAN
Berdasarkan pengalaman sewaktu menjalani praktikum fasa 1, melalui sesi
pengajaran bidang Jawi yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa murid kurang
mengambil berat tentang ejaan perkataan jawi tradisi yang betul di samping terdapat
daripada mereka mengeja perkataan tersebut hanya dengan anggaran semata-mata.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
278
Selain itu, terdapat beberapa murid masih belum dapat mengenali perkataan jawi
tradisi yang sebenarnya. Sehubungan dengan itu, saya berusaha untuk menegur
dan memperbaiki kelemahan tersebut murid dengan mencari kaedah yang lebih baik
untuk menarik minat mereka. Sebagai contoh, saya selalu melakukan aktiviti
pembelajaran koperatif di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Walaupun saya telah menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam topik
Jawi Tradisi tersebut, namun murid-murid masih tidak mampu untuk mengingat
kesemua perkataan jawi tradisi yang telah diajar. Hal ini perlu diberi perhatian untuk
penambahbaikan supaya prestasi murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan.
Berkaitan itu, telah muncul suatu pemikiran kreatif melalui permasalahan ini.
Berdasarkan inovasi-inovasi dan kajian lepas yang telah saya baca, telah
mewujudkan satu inspirasi dan sebuah ilham untuk saya menghasilkan Perkataan
Jawi Tradisi dalam bentuk inovasi digital iaitu ‘Smart Jawi Tradisi’. Menerusi sebuah
artikel Utusan Online, perubahan pesat dunia digital internet serta teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), generasi pencetus inovasi masa hadapan bakal lahir dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, sebagai bakal guru, pemikiran kita haruslah seiring dengan
peredaran zaman yang semakin global dan digital. Maka, ‘Smart Jawi Tradisi’ ini
dicipta untuk membantu murid mengingati dan mengklasifikasikan perkataan jawi
tradisi dengan mudah di mana aplikasi ini menggabungkan lagu Perkataan Jawi
Trasisi dan permainan dalam satu aplikasi.
INOVASI YANG DIHASILKAN
Rajah 1 : Muka Depan Inovasi ‘Smart Jawi Tradisi’
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
279
Rajah 2 : Muka Depan Inovasi ‘Smart Jawi Tradisi’
Melalui inovasi digital yang saya bina ini, murid akan dapat belajar melalui cara
bermain dengan pembelajaran digital. Bermain biasanya dianggap sebagai aktiviti
yang tidak berfaedah tetapi sebenarnya melalui bermain kanak-kanak dapat belajar
pelbagai perkara. Dalam penghasilan ‘Smart Jawi Tradisi’ ini, saya juga
menggunakan teknik nyanyian di mana menggunakan irama lagu yang popular
dikalangan kanak-kanak bagi memudahkan murid-murid mengingati perkataan jawi
tradisi tersebut. Tambahan pula, elemen nyanyian yang menggunakan latihan muzik
mampu untuk meningkatkan daya ingatan pelajar memandangkan individu yang
dilatih perlu menghafal lirik sebelum memulakan latihan nyanyian. Hal ini
menunjukkan kaedah nyanyian dapat meningkatkan daya ingatan murid melalui
proses pengulangan dalam bentuk yang menarik.
PELAKSANAAN INOVASI
‘Smart Jawi Tradisi’ merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk membantu
murid tahun 4 agar mampu mengenal serta mengingati ejaan perkataan jawi tradisi
dengan baik. Bagi menguji keberkesanan produk yang dihasilkan, satu uji lari telah
dirancang untuk dijalankan kepada murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda.
Namun, akibat perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19 baru baru ini, ujilari
tersebut tidak dapat dijalankan di sekolah. Sebagai langkah menggantikan proses
ujilari tersebut, saya menjalankan proses tersebut bersama rakan-rakan guru pelatih
daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang terdiri daripada
pengkhususan bukan Pengajian Agama. Seramai lima orang rakan guru pelatih yang
dipilih sebagai responden telah mencuba bahan inovasi saya serta menjawab soal
selidik yang telah diedarkan bagi mengenal pasti keberkesanan aplikasi yang telah
dihasilkan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
280
Pada langkah yang pertama, saya telah mengedarkan soal selidik menggunakan
Google Form sebagai ujian pra ke atas guru pelatih yang telah saya pilih. Daripada
hasil keputusan ujian pra tersebut, didapati 3 daripada 5 orang peserta uji lari yang
dipilih tidak mengetahui maksud perkataan jawi tradisi. Seterusnya, kelima-lima orang
perserta ujilari tersebut juga tidak dapat membezakan perkataan jawi tradisi dengan
perkataan jawi yang lain.
Rajah 5 : Keputusan Ujian Pra
Selain itu, mereka tidak berjaya menjawab soalan yang disediakan dengan tepat.
Berikut merupakan antara hasil analisis data bagi jawapan yang salah ujian pra keatas
perserta ujilari yang dipilih :
Rajah 6 : Keputusan Ujian Pra
Seterusnya, setelah membuat ujian pra saya meminta peserta ujilari tersebut
mencuba produk saya iaitu ‘Smart Jawi Tradisi’. Berdasarkan pemerhatian saya
daripada uji lari yang telah dilakukan bersama rakan guru pelatih yang terlibat, mereka
kelihatan sangat seronok semasa menggunakan aplikasi yang dihasilkan ini. Sebelum
menggunakan aplikasi ini, mereka tidak menenali dan tidak dapat mengingati
kesemua perkataan jawi tradisi yang dikehendaki. Namun, setelah menggunakan
aplikasi ‘Smart Jawi Tradisi’ ini mereka berjaya mengingati perkataan jawi tradisi
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
281
tersebut dengan betul dan mudah. Hal ini dapat dibuktikan daripada hasil ujian pasca
yang telah dilakukan menggunakan aplikasi Quizizz.
Rajah 7 : Keputusan Ujian Pasca
Setelah selesai menjalani ujian pasca, peserta ujilari diminta untuk menjawab soal
selidik melalui pautan Google Form yang saya hantar. Berikut merupakan data yang
saya perolehi hasil daripada soal selidik tersebut :
Rajah 8 : Hasil Data Soal Selidik
Berdasarkan hasil soal selidik tersebut, saya dapat merumuskan bahawa inovasi yang
saya bina adalah berkesan untuk digunakan dalam PdPc murid Tahun 4. Hal ini
kerana, inovasi ini telah berjaya membantu peserta kajian dalam memahami tajuk
yang diajar dengan mudah.
FAEDAH INOVASI “SMART JAWI TRADISI”
Kepelbagaian Kaedah dan Cara dalam Sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PDPC)
Subjek Pendidikan Islam sering dilihat sebagai satu subjek yang membosankan dan
sesi pengajaran dan pembelajarannya juga terhad kepada pendekatan syarahan
sahaja. Komunikasi antara guru dan pelajar juga kurang berlaki semasa PdPc
dijalankan. Namun begitu, dengan adanya subjek Inovasi Digital dalam Pengajaran
dan Pembelajaran ini, ia telah memberi ruang dan idea kepada guru untuk lebih
21
322
0
34
233
5
0 1 2 3 4 5 6
Produk ini membantu saya…
Saya seronok menggunakan Smart…
Smart Jawi Tradisi tidak…
Sangat Setuju Setuju
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 SMART JAWI TRADISI’
282
menvariasikan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menghasilkan
aplikasi yang menarik bersesuaian dengan topik yang ingin diajar semasa berada di
dalam kelas. Murid juga akan lebih seronok ketika belajar kerana melalui penggunaan
produk ini mereka akan bermain sambil belajar.
Mewujudkan Kolaboratif dan Koperatif Antara Guru dan Murid
Seiring dengan teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa murid membina
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Oleh itu, teori ini amat sesuai dengan penghasilan produk ini akan
wujudnya suasana kolaboratif dan bimbingan antara guru dan pelajar semasa
mengaplikasikan elemen Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Produk
ini juga membantu dalam menghubungkaitkan ilmu baru kepada pengetahuan yang
sedia ada dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan disamping
mengekspresikan ilmu yang ada ke dalam bentuk baru yang bersesuaian dengan
elemen seni yang ada.
Seterusnya, aplikasi ini juga boleh digunakan secara berkumpulan dan menepati
teori Triologikal yang melibatkan guru, murid dan media. Di dalam aplikasi ini juga
saya menggabungkan lagu Perkataan Jawi Tradisi, kuiz dan permainan bagi
mengukuhkan ingatan dan pemahaman murid berkenaan Perkataan Jawi Tradisi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk “Smart Jawi Tradisi” ini sesuai diaplikasikan dalam
pembelajaran jawi untuk membantu pelajar dalam mengenal perkataan jawi tradisi
sambil bermain. Hal ini bertepatan dengan konsep pembelajaran Inovasi digital dalam
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan untuk pelajar sekolah
rendah. Selain itu, subjek inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran ini
membuka ruang pemikiran yang lebih luas dalam kalangan pendidik untuk
mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Oleh itu,
dengan menggunakan inovasi digital ini dalam pengajaran dan pembelajaran ia
diharapkan dapat membantu ramai pelajar di samping menjadikan dunia pendidikan
lebih menyeronokkan dan lebih menarik.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAILY DOA
283
DAILY DOA
(Persisian Interaktif Pendidikan Islam Bidang Ibadah)
Mohd Akrimi Maswa bin Habids Buhigiba
PISMP PA JUN 2017
Inovasi ini dinamakan Daily Doa yang memberi maksud doa-doa harian. Inovasi ini
amatlah memudahkan guru dalam sesi pengajaran dan pemudahcara (PDPC)
pembelajaran murid di dalam kelas. Inovasi ini secara umumnya menggabungkan
kaedah pembelajaran doa-doa harian dengan menggunakan alat bantuan TMK yang
merangsang minat dan deria mereka keseluruhannya.
Aplikasi ini secra umumnya lebih menekankan kaedah pembacaan
menggunakan lagu yang dimainkan dalam YouTube dan kaedah pengulangan seperti
yang diaplikasikan dalam penghafalan Al-Quran. Kaedah yang baik adalah kaedah
yang memberikan kesan kepada pembelajan disamping meningkatkan minat murid
dalam pembelajaran. Ianya akan menjadi pembakar semangat kepada mereka
supaya ingin hafal dan membaca dengan lebih kerap.
KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Menurut pengalaman penulis dalam sesi praktikum yang lepas, penulis mendapati
masalah ini berlaku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Doa
merupakan salah satu bab yang terkandung dalam Pendidikan Islam iaitu bahagian
Adab. Maka, dalam pemerhatian penulis selepas minggu ke 10, kesemua murid gagal
untuk menghafal dan membaca doa yang telah dihafal pada sesi pembelajaran
minggu ke 2.
Hal ini menyebabkan penulis mengkaji dan menganalisis mengapakah perkara
sedemikian boleh berlaku? Jika dilihat semasa proses pengajaran semasa itu,
pengkaji menggunakan kaedah tradisional dengan mengarahkan mereka menghafal
dengan kaedah dan Teknik mereka tersendiri. Menurut pemerhatian penulis, mereka
seolah -olah menghafal dengan sambal lewa dan mengambil mudah sahaja. Hal yang
mengejutkan penulis adalah, mereka semua dapat menghafal dengan baik tanpa
mengira berapa kalikah mereka datang untuk bertasmik.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAILY DOA
284
Perkara ini dipandang penting menurut perspektif penulis kerana doa
merupakan satu amalan asas yang boleh kita samakan dengan amalan solat 5 waktu
sehari semalam. Sudah tentu dalam penulisan ini kita tidak membincangkan tentang
hukum hakam berdoa. Sebagai pendidik, penulis harus berupaya meningkatkan kualiti
pembacaan dan penghafalan doa setiap murid dengan bimbingan yang terkini.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Secara umumnya, penulis telah menggunakan aplikasi powerpoint sebagai laman
utama dalam membina tapak inovasi dan dibantu oleh adobe Premier. Ia merupakan
aplikasi untuk mengubah video yang penulis gunakan semasa membuat video adab-
adab berdoa yang mengkisarkan gambaran watak kartun dan tulisan adab adabnya.
Rajah 1: Gambaran situasi malam dalam aplikasi
Rajah 1 menunjukkan bawaha inovasi ini menekankan pembacaan doa harian yang
perlu diaplikasikan pada setiap siang mahupun malam. Inovasi ini menggunakan
gambaran kartun yang menarik dan mudha difahami oleh semua murid. Disamping
latar belakang musik yang berbentuk tenang dan ringan sahaja. Aspek ini juga
diperhatikan kerana musik dan kartun boleh menjadi ejen membantu pdp dan
kadangkala boleh menjadi pengganggu pdp. Ia terbukti bahawa keberkesanan kartun
ini berjaya menarik perhatian mereka dengan baik sehingga mereka fokus atas apa
yang ingin disampaikan. Walaupun secara jujurnya terdapat sedikit gangguan pada
masalah teknikal, tetapi hal ini dapat diatasi dengan segera.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAILY DOA
285
Inovasi ini menfokuskan kepada pembacaan dan penghafalan doa mengikut
beberapa kaedah yang ditetapkan. Penulis telah menggunakan kaedah teori
pembelajaran pengulangan yang selalu diaplikasikan oleh penghafal al-quran.
Kaedah ini dinamakan at-taraki yang bermakna pengulangan ayat berkali-kali
sehingga hafal keseluruhan ayat. Teori behaviorisme (Navi, 2016) yang menekankan
pengamalan yang berkali-kali sehingga ke tahap kebiasaan. Teori pembelajaran ini
juga sesuai untuk menghafal seperti fakta, kaedah-kaedah dan juga doa. Ianya
terbukti juga apabila sesi pengukuhan, hampir kesemua murid mampu membaca dan
menghafal doa dengan baik kesan daripada bantuan kaedah diatas. Kaedah nyanyian
betul membantu atau istilah melekat dalam minda mereka.
Pelaksanaan uji lari
Pada fasa pelaksanaan projek ini, saya telah meyusun jadual dengan pihak yang
terlibat di Sekolah Kebangsaan Astana pada 12 Mac 2020. Kami amatlah bersyukur
kerana dapat menjalani uji lari di sekolah kerana sebaliknya tidak lama kemudian
terdapat Perintah Kawalan Pergerakan Batu Lintang pada 18 Mac 2020. Keika
melaksakannya, saya telah mengambil satu kelas daripada 3 Kuning untuk dijadikan
sebagai peserta uji lari ini. Mereka terdiri daripada 9 murid lelaki dan 6 murid
perempuan.
Rajah 2 : Bilangan Murid Peserta Uji Lari
60%40%
BILANGAN MURID
Lelaki Perempuan
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAILY DOA
286
Rajah 3: Murid-murid sedang menggunakan inovasi digital
4.0 Keberkesanan produk
Terdapat beberapa usaha penulisan dalam memperoleh data respon daripada
mereka melalui beberapa kaedah. Antaranya kaedah seperti Temu Bual secara verbal
sahaja. Hal ini kerana penulis ingin mengetahui apakah perasaan mereka Ketika
inovasi ini diaplikasi di dalam kelas.
Rajah 4: Graf penilaian produk Rajah 5: Graf penilaian produk
02468
10121416
Saya sukaterhadapslide yang
ditunjukkan
saya fahamapa yangdipelajari
saya bolehmenghafaldoa yangdipelajari
sayamenghadapi
masalahsedikitkepada
penghafalan
Chart Title
Series1 Series2
0
2
4
6
8
10
12
14
gambar yangditunjukkan jelas
Tulisan yangdipaparkan jelasdan boleh dibaca
Saya sukaterhadap latar
belakang musikyang dipilih
Chart Title
Series1 Series2
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 DAILY DOA
287
Antara respon daripada 15 orang murid yang diuji. Terdapat 13 orang pelajar sahaja
yang menyatakan respon yang positif ataupun baik. Manakala yang lain itu
menyatakan kurang faham. Antara sebab yang dinyatakan adalah seperti slide yang
dipaparkan itu kecil dan kabur. Hal ini disebabkan oleh peancar slide yang
berkemungkinan sudah kerap digunakan dan memberikan kesan terhadap slide yang
dipaparkan Ketika di dalam kelas itu.
Rajah 6: Penilaian Penggunaan Aplikasi Daily Doa
Secara keseluruhannya, murid memberikan respon yang positif disamping beberapa
murid yang mengalami masalah seperti tidak pandai membaca dan tidak boleh melihat
slide dengan jelas atas sebab rabun. Hal yang mengejutkan, salah seorang daripada
murid yang mualaf yang tidak pandai membaca boleh mengikut dan menghafal
dengan baik. Melalui kesemua soalan ini, pengkaji dapat mengesan apakah
kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam kajian ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat faedah yang diperoleh daripada hasil inovasi ini. Antaranya
ialah TMK amat membantu keberkesanan pengajaran dalam kelas. TMK merupakan
alat bantuan mengajar yang terbaik untuk menarik minat murid-murid abad ke 21 ini.
Sebagai guru kita harus mempelajari lebih mendalam mengenai software dalam
computer seperti mengubah video ataupun aplikasi yang membantu dalam
pengajaran. Pada pendapat penulis, kaedah calk and talk mestilah dikurangkan untuk
meningkatkan keberkesanan pengajarna dalam kelas.
13
2
Respon murid terhadap inovasi
Sangat Baik
Baik
Tidak Pasti
Tidak Baik
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
288
‘PERFECT WUDHU’ (Perisian Interaktif Pendidikan Islam Bidang Ibadah)
Mohd Annur Shyrie Nazriq
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
‘Perfect Wudhu’ adalah suatu inovasi yang dihasilkan untuk membantu murid dalam
menguasai konsep berwudhu sempurna dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Aplikasi ‘Perfect Wudhu’ ini sebenarnya telah dihasilkan apabila pengkaji melihat
masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah pengkaji bagi membantu murid dalam
menguasai konsep wudhu sempurna dengan lebih mudah.
Rajah 1: Laman depan ‘Perfect Wudhu’
‘Perfect Wudhu’ merupakan satu inovasi yang menggabungjalinkan bidang
Pendidikan Islam, teori trilogikal, kecergasan pelbagai, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam templat media instruksional yang interaktif. Inovasi ini
memudahkan guru pelatih dalam memberikan kefahaman kepada murid mempelajari
tentang wudhu yang sempurna di dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik
darjah. Inovasi ini dihasilkan menggunakan perisian persembahan PowerPoint dan
Quizizz.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
289
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Melalui pengalaman saya pada praktikum fasa pertama yang lalu, saya telah
mengamati bahawa guru pelatih kurang kemahiran dalam mengintegrasikan teknologi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pelatih juga mengambil
masa yang lama untuk menyediakan media teknologi dan maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal yang demikian menunjukkan bahawa guru
pelatih kurang menguasai teori pembelajaran untuk diterapkan dalam media
instruksional. Disamping itu, murid menjadi kurang berminat dan bermotivasi di dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai ibadah pada
tahap sekolah menengah mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka
pada peringkat sekolah rendah. Walaupun begitu, saya kurang bersetuju dengan
pendapat ini kerana terdapat faktor lain yang sebenarnya lebih mempengaruhi
ketidakupayaan murid-murid ini sebagai contoh tahap penguasaan yang agak lambat
serta tiada penekanan ke atas aspek bidang ibadah dalam kehidupan mereka.
Namun, saya juga tidak menolak sepenuhnya pernyataan di atas kerana hal ini
mungkin disebabkan atas kekurangan yang terdapat pada diri saya sendiri dalam
menjalankan sesi pengajaran ibadah yang kurang bervariasi yang merupakan antara
faktor menyebabkan murid kurang bersungguh-sungguh untuk mengikuti seisi
Pengajaran dan Pemudah Caraan (PDPC) di samping perbezaan tahap penguasaan
antara murid.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
‘Perfect Wudhu’ merupakan satu inovasi yang menggabungkan teori pembelajaran
Trilogikal, Kecergasan Pelbagai, konsep didik hibur dalam perisian PowerPoint dan
Quizizz. Disamping itu, ia membolehkan guru pelatih membangunkan media
instructional Teknologi Maklumat interaktif dengan cepat dan mudah dalam
pengajaran dan pembelajaran.Aplikasi ‘Perfect Wudhu’ akan memudahkan murid
untuk memahami konsep wudhu yang sempurna dengan suasana yang
menyeronokkan di dalam kelas.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
290
Dalam menjalankan inovasi ini, Model Pembelajaran Trilogikal telah dipilih sebagai
panduan dan mengambil langkah-langkah yang telah ditetapkan dalam model ini.
Fungsi Teknologi Digital membawa kepada kemudahan untuk mencari, memperolehi
dan berkongsi maklumat, di samping menggalakkan komunikasi, interaksi sosial dan
membina rangkaian sosial. Tambahan pula, ia membolehkan proses kolaborasi dalam
pembangunan dan penghasilan produk pengetahuan, contohnya Wikipedia dan
komuniti sumber terbuka. Saya berharap dengan mengamalkan Pembelajaran
Trialogikal dapat mengembangkan idea tentang inovasi dan kreativiti dalam
penghasilan bahan dan aktiviti pengajaran yang berkesan terhadap murid.
Profesor Sami Paavola melihat Pembelajaran Trialogikal sebagai pendekatan
yang membawa kesedaran tentang reka bentuk pengajaran yang melibatkan usaha
mengorganisasi aktiviti pembelajaran kolaboratif yang berpusatkan objek yang ingin
dikongsi itu mempunyai fungsi yang autentik dan boleh digunakan berulang kali.
Objek ini berpotensi membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Oleh yang
demikian, saya memilih model ini kerana ia sesuai untuk membantu peserta kajian
untuk mencapai objektif kajian dan memberi peluang untuk pengkaji dan peserta
kajian untuk membuat penambahbaikan setelah proses refleksi dilakukan.
Secara relevennya, penambahbaikan dalam perancangan mampu membantu
untuk menambahbaik keseluruhan idea dan data yang diperolehi melalui proses
refleksi kerana boleh dilihat bahawa proses penambahbaikan perancangan
merupakan tunjang utama kepada pembentukan dan tindakan proses yang
seterusnya.
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Bagi menguji keberkesanan produk yang dihasilkan, satu uji lari telah dijalankan. Pada
masa yang sama, uji lari yang dijalankan tidak dapat dilaksanakan di dalam kelas di
sekolah berikutan arahan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Oleh yang demikian, uji lari terpaksa dilakukan kepada beberepa pengguna
yang terdiri daripada beberapa orang rakan-rakan guru pelatih daripada Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Seramai empat orang rakan guru pelatih
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
291
sebagai responden telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan bagi mengenal
pasti keberkesanan aplikasi yang telah dihasilkan.
Rajah 2: Laman Isi Kandungan ‘Perfect Wudhu’
Bagi memastikan aplikasi inovasi digital dapat dijadikan sebagai bahan bantu
mengajar yang berterusan, bahan ini akan diberikan kepada guru-guru Pendidikan
Islam di sekolah praktikum guru pelatih pada fasa 1 bagi digunakan dalam pengajaran
di sekolah tersebut. Guru-guru ini diberikan manual dan panduan untuk menggunakan
aplikasi ini.
STRATEGI PELAKSANAAN
Langkah 1 : Murid-murid perlu menekan “PLAY” untuk mula bermain.
Langkah 2 : Seterusnya, murid ditunjukkan dengan kandungan tentang konsep-
konsep wudhu yang boleh mereka pelajari dan pilih.
Langkah 3 : Murid seeloknya memilih nota untuk menambahkan pengetahuan.
Langkah 4 : Seterusnya, murid boleh menguji kefahaman dengan membuat latihan
yang telah disediakan.
Langkah 5 : Akhir sekali, murid boleh memilih video pembelajaran untuk
mengukuhkan lagi maklumat yang telah diperolehi.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
292
FAEDAH INOVASI
1). Pemvariasian kaedah pengajaran dalam (PdPC)
Subjek Pendidikan Islam sering dilihat sebagai satu subjek yang membosankan dan
sesi pengajaran dan pembelajarannya juga terhad kepada pendekatan syarahan dan
komunikasi antara guru dan pelajar juga kurang. Namun begitu, dengan adanya
subjek Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini, telah memberi ruang
dan idea kepada guru untuk lebih menvariasikan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran sebagai contoh tugasan inovasi digital yang telah dihasilkan yang telah
mendapat cetusan idea daripada aplikasi moden kini.
2). Mewujudkan Kolaboratif dan Koperatif Antara Guru dan Murid
Aplikasi “‘Perfect Wudhu’” mampu berubah mengikut peringkat umur dan
pemahaman pelajar dalam bidang ibadah. Seiring dengan teori Konstruktivisme
menurut Lev Vygotsky yang menyatakan bahawa murid membina pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Oleh itu,
teori ini amat sesuai dengan penghasilan produk ini kerana disamping berbentuk satu
permainan, wujudnya suasana kolaboratif dan bimbingan antara guru dan pelajar
dalam mengaplikasikan elemen Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Produk ini juga membantu dalam menghubungkaitkan ilmu baru kepada pengetahuan
yang sedia ada dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan disamping
mengekspresi ilmu yang ada kedalam bentuk baru yang sesuai dengan elemen seni
yang ada.
3). Mudah, Ringkas dan Berkesan
Kekuatan inovasi yang dihasilkan ini juga ianya tidak perlu menggunakan liputan
Internet sewaktu mengakseskannya. Jadi, aplikasi ini boleh digunakan di mana-mana
sahaja hatta di sekolah luar bandar sekalipun. Seterusnya, aplikasi ini boleh dijadikan
sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan boleh
digunakan sendiri oleh murid secara individu. Aplikasi ini juga boleh digunakan secara
berkumpulan dan menepati teori Triologikal yang melibatkan guru, murid dan media.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Perfect Wudhu
293
KESIMPULAN
Penggunaan aplikasi ‘‘Perfect Wudhu’” dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah ini selain dapat meningkatkan mutu
profesionalisme keguruan, guru dapat menanam rasa minat dalam diri pelajar
terhadap pembelajaran mereka. Sekiranya terdapat suatu tarikan dalam bilik darjah,
murid tersebut pasti akan bersemangat untuk berada dalam sesi pengajaran tersebut.
Setiap mereka mempunyai potensi yang berbeza dalm fitrahnya. Jadi sebagai guru,
kita perlu berfungsi sebagai pemudah cara, berkolaborasi dengan murid dan
menyokong pembelajaran mereka sehingga dapat menyerlahkan bakat mereka.
Harapan saya agar inovasi digital ini dapat memberi input positif kepada semua pihak.
Semoga inisiatif ini dapat mempertingkatkan amalan dan kualiti solat dalam kalangan
murid serta membantu dalam melahirkan generasi Muslim yang seimbang di dunia
dan di akhirat.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
294
EASY RUKUN SOLAT (Perisian Interaktif Pendidikan Islam Bidang Ibadah)
Mohd Faris Fakhri bin Mohamad PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Easy Rukun Solat merupakan inovasi yang dihasilkan untuk membantu murid dalam
mengenal, memahami seterusnya menguasai rukun-rukun solat dan bahagiannya dalam
kalangan murid sekolah rendah. Inovasi yang dihasilkan menggabungkan elemen video,
audio dan animasi yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu lagu ‘Giyomi Rukun Solat’
, Mnemonik Rukun Solat dan Permainan Rukun Solat bagi memudahkan murid-murid
menguasai Rukun Solat dan bahagiannya.
Rajah 1: Paparan hadapan ‘Easy Rukun Solat’
Easy Rukun Solat merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pengkaji untuk
membantu murid dalam memahami dan menguasai rukun solat dan bahagiannya melalui
penggunaan teknologi maklumat. Ianya juga boleh digunakan oleh murid untuk memahami
konsep-konsep Ibadah khususnya Ibadah Solat melalui keseronokkan belajar. Hal ini kerana,
murid-murid secara dasarnya akan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran
sekiranya kaedah didik hibur yang menyeronokkan diguna pakai (Ahmad Mohd Salleh, 2008).
Easy Rukun Solat juga mengandungi maklumat interaktif yang memudahkan murid
untuk memahami kaedah penggunaanya dalam memahami dan menguasai rukun solat
melalui pembelajaran secara inkuiri penemuan. Perkara ini secara tidak langsung membantu
usaha kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam menyediakan murid
yang celik ICT dan menguasai kemahiran teknologi dan maklumat menjelang tahun 2025.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
295
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Melalui pengalaman mengajar ketika praktikum fasa satu yang telah dilalui, saya telah
menggunakan kaedah penerangan berpusatkan guru, iaitu menggunakan slaid dan paparan
video dalam menerangkan Rukun Solat dan bahagiannya kepada murid-murid Tahun Lima.
Menurut Amin (2017), kemahiran dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai sesuatu topik yang diajar dapat ditingkatkan apabila startegi berpusatkan guru
digunakan. Namun demikian, perkara yang sebaliknya berlaku di mana, murid kurang
berminat dan berasa bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan.
Bukan itu sahaja, melalui pemerhatian saya, terdapat sebilangan murid tidak fokus dan
kurang memberikan tumpuan terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Perkara ini sangat
membimbangkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan pemahaman murid terhadap sesuatu isi
pembelajaran mereka. Hal ini kerana sekiranya murid tidak memberikan tumpuan pada apa
yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, maka potensi untuk mereka tidak
memahami isi pelajaran adalah sangat besar. (Manisah Mohd Ali dan Norizza Sahal, 2016).
Melalui refleksi bedasarkan maklum balas yang diterima daripada murid-murid, telah
timbul idea saya untuk saya mencipta satu inovasi yang berteraskan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) sebagai langkah dan inisiatif dalam menyelesaikan masalah murid yang
kurang berminat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan melalui
proses pengajaran dan pembelajran yang lebih menarik. Menurut Vespanathan
Supramaniyam (2015), Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK), telah membawa banyak perubahan kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru dan hasilnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bertambah baik.
Sehubungan dengan itu, saya telah mencipta dan menghasilkan Easy Rukun Solat
iaitu sebuah aplikasi yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai
usaha untuk menarik minat murid memahami,mengenalpasti seterusnya menguasai rukun
solat dan bahagiannya. Easy Rukun Solat adalah sebuah aplikasi yang terdiri daripada dua
bahagian utama iaitu lagu ‘Giyomi Rukun Solat’ dan Mnemonik Rukun Solat bagi
memudahkan murid-murid menguasai Rukun Solat dan bahagiannya.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
296
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Idea dalam menghasilkan ‘Easy Rukun Solat’ tercetus apabila masalah murid dalam
memahami dan menguasai Rukun Solat dan bahagiannya dikenalpasti. Terdapat sebilangan
murid yang masih lemah dalam mengingat dan menghafal rukun solat samaada dari aspek
teori mahupun amali melalui solat yang didirikan. Melalui refleksi yang dilakukan, saya
berpendapat bahawa masalah dan isu ini bukan berpunca daripada murid semata-mata.
Sebagai guru, saya perlu menyedari kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri dengan
meningkatkan amalan pedagogi dan berusaha menambat hati murid agar mereka dapat
belajar dan menguasai apa yang diajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Oleh itu, dalam masalah yang dikenalpasti , saya mengambil inisiatif menggunakan
media interaktif sebagai medium utama bagi menarik dan memupuk minat murid untuk belajar
Rukun Solat. Objektif utama penghasilan inovasi ini adalah bagi membantu murid untuk
mengenalpasti dan menguasai Rukun Solat dan Bahagiannya melalui penggunaan ‘Easy
Rukun Solat’.
Rajah 2: Paparan Menu Utama ‘Easy Rukun Solat’
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Proses Ujilari bahan inovasi tidak dapat dilaksanakan ke atas murid di sekolah yang dipilih.
Hal ini kerana, bagi mematuhi ‘Perintah Kawalan Pergerakkan’ daripada pihak kerajaan
Malaysia sebagai langkah dan inisiatif yang diambil dalam menangani penularan Wabak
Covid-19 yang sedang melanda negara. Sehubungan dengan itu, lima orang guru pelatih dari
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) pengkhususan Bahasa
Melayu (SK) telah dipilih menjadi peserta kajian untuk menggantikkan murid dalam
melaksanakan proses ujilari bahan inovasi yang dihasilkan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
297
STRATEGI PELAKSANAAN
Dalam meningkatkan minat murid terhadap isi pembelajaran, saya telah menggunakan
kaedah didikhibur yang digabungjalin bersama teknik permainan. Perkara ini adalah bagi
memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria dapat diwujudkan semasa
perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah bermain dan
didikhibur akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Berikut merupakan contoh permainan yang
terdapat pada ‘Easy Rukun Solat’ dan proses uji lari bahan inovasi yang dijalankan iaitu
seperti yang terdapat pada Rajah 3.1, 3.2 dan 4.1
Rajah 3.1: Menu utama Permainan ‘Maze Rukun Solat’
Rajah 3.2: Permainan ‘Maze Rukun Solat’
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
298
Rajah 4.1: Proses perlaksanaan uji lari terhadap peserta kajian.
Seterusnya, elemen inkuiri penemuan yang diselitkan dalam inovasi ini juga
sedikit sebanyak membantu dalam meningkat keberkesanan perlaksanaan inovasi
yang dijalankan. Hal ini kerana, proses perkembangan dan pertumbuhan manusia
yang pesat berlaku pada peringkat kanak-kanak menyebabkan mereka mempunyai
keinginan yang tinggi untuk mengenal dan mengetahui sesuatu melalui pacaindera
yang dimiliki. Melalui perasaan dan keinginan tersebut, proses pembelajaran
menggunakan ‘Easy Rukun Solat’ akan berlaku secara aktif, di mana murid secara
individu dan berkumpulan akan bersama-sama meneroka dalam menyelesaikan
persoalan melalui permainan yang terdapat pada ‘Easy Rukun Solat’. Buktinya,
terdapat peningkatan yang ketara pada bahagian markah peserta kajian yang dipilih
iaitu sebelum dan selepas bahan Inovasi digunakan. Seperti yang terdapat pada
Rajah 5.1.
MA
RK
AH
PR
E D
AN
PO
ST T
EST
pre test post test Murid E Murid D Murid C Murid B Murid A
10
MARKAH PRE AND POST TEST YANG DIPEROLEHI OLEH MURID A,B,C,D DAN E
Rajah 5.1 : Graf Markah yang diperolehi oleh peserta kajian sebelum dan selepas menggunakan ‘Easy Rukun Solat’
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
299
BUTIR-BUTIR PELAKSANAAN
FAEDAH INOVASI
• Menambahbaik Amalan Pedagogi Guru
Subjek Pendidikan Islam sering dilihat sebagai satu subjek yang membosankan dan sesi
pengajaran dan pembelajarannya juga terhad kepada pendekatan berpusatkan guru semata-
mata. Namun begitu, dengan adanya Inovasi Digital yang dihasilkan, ianya sedikit sebanyak
telah membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dalam usaha
untuk membentuk suasana pembelajaran aktif dan menarik dalam kalangan murid.
Contohnya, penggunaan ‘Easy Rukun Solat’ dalam membantu murid untuk memahami,
mengenali seterusnya menguasai Rukun Solat dan Bahagiannya melalui penggunaan media
interaktif dalam suasana yang menyeronokkan.
• Membina Hubungan Guru-Murid
Hubungan harmoni diantara Guru dan Murid dapat dibentuk melalui proses pengajaran
dan pembelajaran secara koperatif . Hal ini kerana, murid dan guru dapat bekerjasama dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif apabila guru sering mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Oleh yang demikian, penggunaan
media interaktif seperti ‘Easy Rukun Solat’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru
sangat membantu dalam membina hubungan mesra di dalam bilik darjah melalui komunikasi
Guru memberikan peraturan dan cara penggunaan ‘Easy Rukun Solat’ ‘\kepada Guru pelatih.
Langkah 2 Guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan.
Langkah 3
Langkah 1
Setiap kumpulan diminta untuk membuat undian penentuan giliran.
Langkah 4 Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru untuk memahami Rukun Solat dan Bahagiannya menggunakan ‘Easy Rukun Solat’
Langkah 5
Langkah 6
Guru pelatih diminta untuk berbincang dan menjawab soalan yang terdapat pada Permainan ‘Easy Rukun Solat’ secara berkumpulan
Guru menilai kefahaman guru pelatih secara individu melalui aplikasi Quiziz.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 EASY RUKUN SOLAT
300
dan maklum balas yang berlaku antara guru dan murid. Hal ini kerana lebih banyak
komunikasi dan interaksi yang berlaku antara guru dengan murid, maka akan terbentuklah
hubungan yang lebih harmoni dan mesra antara guru dan murid. (Charles C.M, 2008).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji berharap melalui inovasi yang dihasilkan dapat memberikan
manfaat kepada guru, murid dan pengkaji sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran khasnya dalam bidang Ibadah. Hasil perolehan maklumat daripada perlaksanaan
inovasi yang akan dijalankan diharapkan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah
yang dikenalpasti ke arah membantu mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid khasnya berkaitan topik yang dikaji.Inovasi ini juga diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada guru lain untuk membuktikan bahawa ‘Easy Rukun Solat’ bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran mengingat Rukun Solat dalam kalangan murid tetapi
menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menghiburkan.
KEJAYAAN INOVASI
Penggunaan inovasi ini terbukti mampu menambahkan minat murid untuk mempelajari
topik Rukun Solat serta membuatkan murid seronok untuk belajar . Segala kelemahan dan
kekurangan yang terdapat pada inovasi yang dihasilkan melalui maklum balas yang diterima
secara lisan mahupun bertulis akan dijadikan panduan untuk proses penambahbaikkan bahan
inovasi ‘Easy Rukun Solat’ yang dihasilkan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Pocketmim Ball
301
‘Pocketmim Ball’ (Perisian Interaktif Pendidikan Islam Bidang Tajwid)
Mohd Fawwaz bin Mohd Sulhi
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil
cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar
sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran berjaya
dicapai. Dalam subjek Pendidikan Islam khususnya, inovasi perlu diketengahkan agar
murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran
yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks. Lantaran itu, satu
idea iaitu penghasilan “Pocketmim Ball” telah diperoleh. “Pocketmim Ball” bukan
sahaja dilihat dapat melengkapi kekurangan yang terdapat dalam buku teks, malah ia turut
memenuhi keperluan dan memudahkan guru dan murid.
Rajah 1: Muka depan aplikasi “Pocketmim Ball”
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Pocketmim Ball
302
INOVASI YANG DIJALANKAN
Berdasarkan pengalaman praktikum lepas, saya telah mengenal pasti kelemahan murid-
murid saya dalam bidang tajwid terutamanya, mereka mengalami kekeliruan dalam mengenal
hukum-hukum yang terdapat dalam hukum mim sakinah. Kegagalan murid dalam ujian
kefahaman tajwid adalah disebabkan murid gagal mengingati nama-nama hukum tajwid
dalam Bahasa Arab dan mereka keliru dengan nama-nama yang hampir sama. Fokus saya
dalam kajian ini ialah membantu murid memahami hukum mim sakinah dan mengaplikasikan
hukum-hukum tersebut dalam pembacaan al-Quran.
Matlamat saya melalui inovasi digital yang dijalankan ini, murid akan dapat menjalani proses
PdPC dengan pengalaman baharu iaitu pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Pengalaman belajar yang baru ini bukanlah sebagai satu usaha
menggantikan peranan guru dalam pembelajaran murid, malah ianya berfungsi sebagai alat
pemudah cara kepada pembelajaran mereka. Oleh sebab kaedah pembelajaran ini
merupakan kaedah pembelajaran koperatif murid, ianya akan meningkatkan motivasi murid
dan berjaya menggalakkan senario pembelajaran aktif di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya juga berhasrat untuk menjadikan sesi pembelajaran murid-murid
berlandaskan permainan agar sesi PdPC menjadi lebih menyeronokkan dan menarik apabila
melihat mereka sering bosan dan mudah hilang fokus di dalam kelas. Kanak-kanak akan
berminat belajar dan fokus dengan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti permainan
yang dilakukan. Pembelajaran dengan cara bermain merupakan pendekatan yang terancang
dan berstruktur bagi memberi peluang pengalaman kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang menggembirakan dan bermakna.
OBJEKTIF INOVASI
Sehingga kini, masih ramai guru yang masih terikat dengan kaedah penggunaan buku teks
dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam terutamanya
bidang Al-Quran. Kaedah ini bukan sahaja mengakibatkan subjek ini dilabel “membosankan”
malah ia turut menjadikan guru terikat dengan teknik pengajaran berbentuk kuliah dan
penerangan sahaja sahaja. Lantaran itu, murid juga sering mengalami situasi pasif dan tidak
mendapat gambaran yang begitu jelas sepanjang pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru
itu, inovasi penghasilan “Pocketmim Ball” adalah bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah
pengajaran yang lebih menarik dan berbeza serta menerapkan semangat belajar secara
koperatif antara murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Multimedia
interaktif merupakan salah satu cara untuk pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Pocketmim Ball
303
dengan gaya pembelajaran yang lain daripada kebiasaan.
Selain itu, inovasi ini juga memerlukan guru untuk mahir dalam penggunaan perisian
powerpoint secara lebih mendalam. Perisian ini biasa digunakan ketika pembentangan
dilakukan, namun sebenarnya lebih banyak manfaat yang kita dapat jika dinakan sebaiknya
untuk mereka bentuk pembelajaran alaf baru kepada murid-murid. Justeru itu, guru juga dapat
mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi terutamanya
kemahiran memanipulasi sumber yang ada di depan mata untuk menambahbaik sesi pdp.
Oleh itu, objektif inovasi penciptaan aplikasi “Pocketmim Ball” juga adalah bertujuan untuk
mencapai objektif kursus yang diambil pada semester ini iaitu mengintegrasikan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana,
dalam proses penyediaan bahan bantu mengajar dalam bentuk brosur, guru terlebih dahulu
perlu mahir dalam penggunaan aplikasi powerpoint dan adobe photoshop untuk
menghasilkan aplikasi yang menarik dan berinformasi.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEREKABENTUK KAEDAH
Masalah yang saya dapati, bentuk persembahan buku teks juga kurang membantu dalam
memudahkan murid untuk memahami dan menghafal isi kandungan pembelajaran mereka.
Sebagai contoh, rajah yang tidak berwarna-warni dan berlabel hanya berbekalkan keterangan
dalam bentuk teks menyukarkan murid untuk memahami dan mngingati fakta. Berbanding
pengisian aplikasi yang membolehkan guru menetapkan warna bagi sesuatu grafik. Dr Fazley
Bin Yaakob dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan warna amat mempengaruhi
kebolehan mengimbas kembali memori dalam minda manusia. Oleh itu, kaedah ini amat
membantu dalam memudahkan pelajar bukan sahaja memperoleh gambaran secara
menyeluruh malah membantu mereka melakukan teknik imbas kembali.
KEBERKESANAN PRODUK INOVASI
Analisis data hasil daripada Uji Lari
Saya telah melakukan ujilari di SK Merpati Jepang, Kuching pada 11 Mac 2020. Uji lari ini
bertujuan untuk mendapatkan dan melihat respons daripada murid kepada terhadap projek
inovasi yang telah dihasilkan iaitu aplikasi “Pocketmim Ball’” Murid yang dipilih sebagai
responden terdiri daripada 21 orang murid Tahun 5 Terbilang. Guru pembimbing saya iaitu
Ustaz Rozli turut menyertai proses ujilari tersebut sebagai responden bagi mengukuhkan
dapatan kajian.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Pocketmim Ball
304
Gambar 1: Murid dilihat teruja menjawab kuiz yang disediakan
Gambar 2: Murid perempuan tekun menggunakan aplikasi “Pocketmim Ball
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu meningkatkan
kefahaman dan kebolehan menghafal fakta dalam kalangan murid. Selain itu, ia turut memberi
kemudahan pelajar untuk menggunakannya secara fleksibel. Bukan itu sahaja, guru juga
dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos dan
masa penyediaan bahan. Justeru itu, inovasi penghasilan “Pocketmim Ball” ini
sememangnya satu idea baru yang mendatagkan banyak faedah kepada guru dan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
305
Hadas Expert
Mohd Fudhail Bin Nadzri
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
‘Hadas Expert’ – Inovasi ini dicipta bertujuan meningkatkan kefahaman murid mempelajari bab
Ibadah dalam unit bersuci daripada hadas dalam Pendidikan Islam Tahun tiga. Inovasi yang
dihasilkan ini menggabungkan elemen video, audio, animasi dan permainan yang dihasilkan
melalui aplikasi Powerpoint dan Quizziz.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Pada semester pengajian yang lepas, saya telah melalui praktikum fasa 1. Semasa melalui
praktikum ini, saya telah melalui pelbagai pengalaman iaitu terutamanya dalam aspek cara
pengajaran saya yang sangat lemah. Ini kerana, teknik dan kaedah yang saya jalankan mendapat
maklumbalas yang lemah daripada guru pembimbing saya. Pertama sekali, saya mengajar kelas
tahun 3 dengan tajuk bersuci dengan hadas. Bermula dengan penerangan berkaitan dengan
pengajaran saya adalah lebih kepada lisan sahaja. Penerangan secara lisan sahaja telah
mengambil masa yang lama dan langkah 2 dan 3 tidak sempat dijalankan. Bukan setakat itu
sahaja, berkaitan dengan kaedah pula saya mengajar secara teori sahaja dan sedikit amali yang
ringkas. Apabila ditanya semula, hanya dua orang murid sahaja yang boleh menjawab dengan
betul. Ini sangat menyukarkan pengajaran saya dalam kelas tahun tiga ini.
Sejurus daripada itu, saya telah mendapat idea untuk menyediakan bahan inovasi
berkaitan tajuk ini agar dapat memudahkan pengajaran saya di dalam kelas. Penggunaan
multimedia telah menjadi salah satu komponen utama dalam strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bagi mata pelajaran yang mencabar dan banyak fakta. Saya
ingin memasukkan inovasi ini dengan nota yang bersertakan animasi juga menjadikan
penerangan tidak lagi bosan dan sentiasa memberi keseronokan dalam belajar. Saya mengambil
inisiatif ini juga untuk menyelitkan juga amali kaedah bersuci daripada hadas besar agar murid
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
306
suka dan seronok untuk mempraktikalkannya. Pada masa yang sama, objektif pembelajaran
dapat dicapai. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dilihat banyak membantu keberkesanan
proses pengajaran guru di dalam kelas. Dengan itu, saya membina inovasi ini yang bernama ‘
Hadas Expert‘ mempunyai elemen teknologi maklumat dan komunikasi untuk menarik minat
murid saya mempelajari tajuk bersuci daripada hadas.
INOVASI YANG AKAN DILAKSANAKAN
Strategi Pelaksanaan
Inovasi Hadas Expert dilaksanakan berdasarkan model yang telah dipelajari dimana saya
bekerjasama dan berbincang dengan guru pembimbing saya semasa praktikum dan pensyarah
penyelaras subjek inovasi ini. Saya akan merujuk guru pembimbing saya iaitu Ustaz Zamri di SK
Astana untuk memastikan inovasi yang saya lakukan dapat difahami oleh murid mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Guru yang mengajar lebih memahami kehendak muridnya dari aspek
kaedah pengajaran. Oleh itu, saya akan merujuk guru untuk mengenal pasti masalah utama
murid yang tidak dapat menguasai tajuk bersuci daripada hadas ini. Tidak cukup dengan itu
sahaja, saya juga merujuk pensyarah penyelaras Ustazah Dr Sharifah Fatimah binti Wan Jamel
untuk penggunaan aplikasi yang sesuai dan mudah dikendalikan supaya tidak berlaku banyak
masalah teknikal ketika membuat ujilari.
Dalam meningkatkan minat murid terhadap isi pembelajaran juga, saya telah
mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dalam Noriati et. Al (2016) yang
menyatakan perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu sensori
motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Dalam hal ini murid sasaran saya iaitu
Tahun 3 berumur 9 tahun berada di peringkat operasi konkrit. Menurut Wong et. al (2013), kanak-
kanak pada peringkat ini berasaskan prinsip simbolik iaitu memahami sesuatu fakta berdasarkan
simbol-simbol tertentu. Hal ini kerana, kanak-kanak pada peringkat ini tidak mampu melakukan
penaakulan secara abstrak. Dalam konteks inovasi Hadas Expert simbol-simbol yang digunakan
berunsur animasi yang signifikan dengan fakta yang hendak disampaikan supaya mudah untuk
diingati.
Pada masa yang sama, Menurut Mok (2009), penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik penting untuk meningkatkan minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Oleh hal yang demikian, inovasi ini diwujudkan dengan menarik dan teliti memenuhi segala
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
307
aspek. Salah satu aspek yang memainkan peranan yang penting visual, inovasi ini sangat
berkisarkan visual-visual yang baik dan dapat menarik perhatian. Keadaanya juga tidak terlalu
melebih-lebih dan mematuhi etika dan sopan. Penggunaan audio dalam inovasi bersifat interaktif
untuk meningkatkan fokus murid terhadap penerangan dan arahan yang disampaikan melalui
audio.
Butir-butir Pelaksanaan
Langkah Pelaksanaan
Langkah 1
Guru menerangkan maksud hadas dan hukum hadas kepada murid
melalui nota daripada aplikasi ‘Hadas Expert’.
Langkah 2
Guru menunjukkan paparan pembahagian hadas dan juga sebab
berhadas besar daripada aplikasi Hadas Expert.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
308
Langkah 3 Seterusnya aktiviti secara individu iaitu setiap seorang akan dipanggil ke
hadapan untuk melakukan aktiviti atas paparan skrin.
Langkah 4 Seterusnya, murid dibahagikan kepada 3 atau 4 kumpulan untuk slot
aktiviti berkumpulan.
Langkah 5 Aktiviti kumpulan ini pula adalah untuk menguji lagi tahap penguasaan
murid mengenai kaedah bersuci daripada hadas besar. Mereka diberi
masa untuk berbincang dan wakil setiap kumpulan akan tampil ke depan
untuk menyelesaikan soalan quizziz tersebut.
Langkah 7 Guru menguji kefahaman murid dengan bertanya beberapa soalan secara
lisan pula dan dirakam untuk tujuan mengetahui keberkesanan.
Jadual 1 : Butir-butir Pelaksanaan
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Hadas Expert’ adalah satu aplikasi yang digunakan untuk membantu murid meningkatkan
kefahaman dalam mempelajari bab Ibadah dalam unit bersuci daripada hadas dalam
matapelajaran Pendidikan Islam Tahun tiga. Oleh yang demikian, saya memilih untuk
menjalankan kajian yang berpusat di sekolah yang ditetapkan kepada saya untuk menjalani
ujilari.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
309
Bagi menguji keberkesanan produk yang dihasilkan, satu uji lari telah dijalankan kepada
beberapa pengguna yang terdiri daripada murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan Astana.
Seramai 17 orang murid yang telah hadir. Pada mulanya saya mengenalpasti Guru Pendidikan
Islam (GPI) yang mengajar darjah tiga untuk menjalankan sesi temubual bagi mendapatkan
maklumat dan data awal mengenai murid yang akan menjalani inovasi ‘Hadas Expert’ ini.
Gambar 1 : Guru Pendidikan Islam Tahun Tiga
Proses inovasi ini dilanjutkan lagi dengan memilih murid tahun tiga yang sesuai untuk
menjawab ujian bertulis yang disediakan untuk mendapat data awal mengenai tahap
pencapaian peserta kajian sebelum menggunakan aplikasi ‘Hadas Expert’. Murid-murid pula
akan diperkenalkan dengan aplikasi ‘Hadas Expert’ dan melalui aplikasi ini, saya akan
membuat pemerhatian terhadap sesi pembelajaran dan pemudahcaraan yang berlangsung
untuk melihat ‘Hadas Expert’ mampu untuk memahamkan para murid tentang bersuci
daripada hadas.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
310
Gambar 2, 3, 4, 5, 6 : Pelaksanaan Inovasi diperingkat sekolah.
Proses terakhir yang akan dilakukan adalah membuat rakaman suara secara lisan dengan
murid yang terpilih. Melalui rakaman tersebut, saya bertanya secara lisan tentang
keberkesanan pelaksanaan inovasi yang telah dilaksanakan. Melalui rakaman ini juga,
kekuatan dan kelemahan ‘Hadas Expert’ dapat dikenalpasti.
FAEDAH INOVASI
Berdasarkan uji lari yang telah dilakukan kepada responden yang terlibat khususnya
murid-murid di SK Astana tahun 3, mereka kelihatan sangat seronok menggunakan aplikasi yang
dihasilkan ini. Sebelum menggunakan aplikasi ini, mereka tidak dapat mengetahui tentang
bersuci daripada hadas. Akan tetapi, setelah menggunakan aplikasi ini, mereka berhasil
mengetahui dan memahami dengan baik tentang bersuci daripada hadas. Hasil daripada
rakaman menjelaskan murid sangat berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ‘Hadas Expert’ ini.
Seterusnya, inovasi ini dapat meningkatkan ingatan dan motivasi belajar serta inovasi
tersebut berkesan dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping aplikasi
ini boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan boleh
digunakan sendiri oleh murid secara individu. Ini juga adalah kerana aplikasi ‘Hadas Expert’ ini
sangat bertepatan dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Aplikasi ini juga boleh
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Hadas Expert
311
digunakan secara berkumpulan dan menepati teori Triologikal yang melibatkan guru, murid dan
media. Di dalam aplikasi ini juga saya menggabungkan nota pembelajaran tentang hadas dan
juga kuiz dan permainan bagi mengukuhkan ingatan dan pemahaman pengguna berkenaan
Besruci daripada hadas.
KESIMPULAN
Islam mengajar kita untuk sentiasa bersih anggota dan juga persekitaran. Ini kerana
Kebersihan itu merupakan separuh daripada iman. Bersuci daripada hadas merupakan perkara
yang sering kita alpa walaupun sudah lanjut usia. Ini kerana, penguasaan dan pemahaman
terhadapnya sangat lemah dan kerana sudah terbiasa dengan amalan yang salah.Seharusnya
kita sebagai muslim yang patuh kepada agama ini tahu dan faham dengan teliti mengenai bersuci
daripada hadas besar ini agar ibadah-ibadah lain dapat dilaksanakan dengan sempurna.Segala
ibadah itu bermula dengan taharah iaitu kesucian.
Oleh yang demikian, setiap ilmu itu haruslah dipupuk sejak kecil lagi ataupun jika tidak
mestilah dipelajari juga walaupun sudah berusia. Kita hendaklah membetulkan yang biasa, dan
membiasakan yang betul. Dengan wujudnya inovasi ini, harapnya dapat memberi impak kepada
semua golongan tidak kira murid sekolah mahupun remaja dan juga orang tua. Dengan inovasi
ini juga dapat memberi manfaat kepada orang lain agar mendapat ilmu yang betul dan
berlandaskan syariat bukan mengikut logikal. Ini kerana, syariat wajib kita patuhi dan turuti. Selain
itu, inovasi ini juga tidak lain tidak bukan untuk memberi impak kepada murid agar mudah
menjadikan pengajaran ini sebagai tabiat dan praktikal dalam kehidupan seharian dan dapat
berpegang teguh sehigga bila-bila sampai akhir hayat
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MY QALQALAH
312
PENGGUNAAN APLIKASI “MY QALQALAH” BAGI MENINGKATKAN
PEMAHAMAN MURID TAHUN LIMA
Mohd Jamiluddin Bin Ali
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ini dinamakan “My Qalqalah” digunakan untuk memudahkan guru dan murid
tahun lima untuk menentukan huruf qalqalah yang betul dengan menekan simbol audio
semasa pembacaan Al-Quran yang melibatkan hukum tajwid qalqalah kubra dan sughra
dengan mudah dan mesra teknologi sesuai dengan gagasan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu menyediakan murid yang celik ICT dan menguasai kemahiran
teknologi dan maklumat menjelang tahun 2025.
“My Qalqalah” ini diubahsuai dengan lebih mudah kerana berfokuskan surah yang
terdapat dalam buku teks yang memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Selain itu, ini merupakan satu aplikasi yang menggabungkan pembelajaran
menggunakan TMK dan juga mengaplikasikan latihan pengukuhan yang berasaskan
‘rakaman suara’ untuk menarik minat murid-murid untuk pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Murid akan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran guru
sekiranya kaedah didik hibur yang mempunyai elemen permainan diguna pakai. Dalam
“My Qalqalah” ini, pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid di mana ia
menggalakkan murid untuk mencari sendiri dan merujuk menggunakan bahan yang telah
dibekalkan dan juga boleh diakses tanpa bantuan guru.
Oleh yang demikian, murid berpeluang untuk menjalankan pembelajaran secara
koperatif dan berkolaboratif bersama murid yang lain serta bersama guru sebagai
pembimbing. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK), telah membawa banyak perubahan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
guru dan hasilnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bertambah lebih baik daripada
sebelumnya.
SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Melalui seisi pengajaran sepanjang bidang tilawah Al-quran dijalankan saya semasa
praktikum fasa satu yang lalu, saya mendapati bahawa murid kurang mengambil berat
tentang bunyi atau sebutan huruf yang mengikut mahraj yang betul di samping terdapat
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MY QALQALAH
313
daripada mereka tidak mengenali huruf qalqalah tersebut dan hanya dengan tekaan
semata-mata. Kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai
kemahiran membaca Al-Quran pada tahap sekolah menengah mempunyai kaitan
langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan pendapat ini kerana terdapat
faktor lain yang sebenarnya yang boleh mempengaruhi ketidakupayaan murid-murid ini
sebagai contoh tahap penguasaan yang agak lambat disebabkan oleh perbezaan tahap
penerimaan dalam ingatan mereka serta tiada penekanan ke atas aspek bidang Al-Quran
dalam kehidupan mereka.
Namun begitu, saya juga tidak menolak sepenuhnya pernyataan di atas kerana hal ini
mungkin disebabkan atas kekurangan yang terdapat pada diri saya sendiri dalam
menjalankan sesi pengajaran Al-Quran yang kurang bervariasi yang merupakan antara
faktor menyebabkan murid kurang bersungguh-sungguh untuk mengikuti seisi Pengajaran
dan Pemudah Caraan (PDPC) di samping perbezaan tahap pembacaan antara murid
yang terdapat hanya beberapa orang dari mereka baru sahaja mula membaca Al-Quran
manakala sebahagian lagi masih pada tahap Iqra’. Sehubungan dengan itu, saya
berusaha untuk menegur dan memperbaiki cara bacaan anak-anak murid dengan mencari
kaedah yang lebih baik untuk menarik minat mereka dan saya mendapati bahawa murid-
murid sangat menyukai penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran.
Oleh yang demikian, melalui pemerhatian saya terhadap respon murid-murid ini, saya
berharap dan cuba memikirkan satu cara ataupun inisiatif yang boleh saya bina untuk
membantu mereka dalam memperbaiki kadar panjang bacaan Al-quran ini disamping
mengambil kira minat mereka yang saya kira boleh dipertimbangkan dengan penggunaan
TMK dalam perancangan nanti.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MY QALQALAH
314
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Gambar 1 : Muka Depan Inovasi “My Qalqalah”
Gambar 2 : Penerangan dalam Inovasi “My Qalqalah”
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
“My Qalqalah” adalah satu aplikasi yang digunakan untuk membantu murid agar mampu
membaca Al-Quran dengan baik yang terutamanya dalam memperbaiki sebutan huruf
bagi hukum tajwid qalqalah kubra dan sughra. Oleh yang demikian, saya memilih untuk
menjalankan kajian yang berpusat di sekolah yang ditetapkan kepada saya untuk
menjalani sesi praktikum fasa dua nanti.
PELAKSANAAN INOVASI “MY QALQALAH”
Ketika saya ingin melaksanakan ujilari inovasi “My Qalqalah”, sekolah pada waktu ini
sedang cuti dan tidak dibuka kerana disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang diperintahkan oleh Perdana Menteri ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam menjalani kemelut wabak pandemik iaitu coronavirus yang telah
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MY QALQALAH
315
melanda hampir keseluruhan negara di dunia yang telah mengorbankan ribuan nyawa .
Maka, ujilari ini tidak dapat dilaksanakan di luar kawasan kampus dan hanya akan
dilaksanakan di dalam kampus dan dinilai oleh pensyarah subjek.
FAEDAH INOVASI “MY QALQALAH”
Kepelbagaian Kaedah dan Cara dalam Sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)
Subjek Pendidikan Islam sering dilihat sebagai satu subjek yang membosankan dan sesi
pengajaran dan pembelajarannya juga terhad kepada pendekatan syarahan dan
komunikasi antara guru dan pelajar juga kurang. Namun begitu, dengan adanya subjek
Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini, telah memberi ruang dan idea
kepada guru untuk lebih menvariasikan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Mewujudkan Kolaboratif dan Koperatif Antara Guru dan Murid
Memandangkan fokus pembelajaran adalah murid yang berumur 11 tahun, aplikasi “My
Qalqalah” mampu berubah mengikut peringkat umur dan pemahaman pelajar dalam
bidang Al-Quran. Seiring dengan teori Konstruktivisme menurut Lev Vygotsky yang
menyatakan bahawa murid membina pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Oleh itu, teori ini amat sesuai dengan
penghasilan produk ini kerana disamping berbentuk satu permainan, wujudnya suasana
kolaboratif dan bimbingan antara guru dan pelajar dalam mengaplikasikan elemen Inovasi
Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Produk ini juga membantu dalam
menghubungkaitkan ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada dengan cara yang
lebih menarik dan menyeronokkan disamping mengekspresi ilmu yang ada kedalam
bentuk baru yang sesuai dengan elemen seni yang ada.
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, penghasilan produk “My Qalqalah” ini mampu diaplikasikan dalam
pembelajaran jawi untuk membantu pelajar dalam mengenal huruf hijaiyyah sambil
bermain bertepatan dengan konsep pembelajaran Inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran dan sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
Selain itu, subjek inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran ini membuka dan
ruang pemikiran yang lebih luas dalam memvariasikan kaedah pembelajaran dan
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MY QALQALAH
316
pengajaran di dalam kelas dengan harapan agar pengaplikasian inovasi digital dalam
pengajaran dan pembelajaran ini mampu membantu agar dunia pendidikan lebih
menyeronokkan dan lebih menarik.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
317
PENGGUNAAN “POKET LAZIM” DALAM MENGENAL
HUKUM BACAAN MAD LAZIM MURID TAHUN LIMA
Mohammad Shahrom bin Hanafee
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ini dinamakan sebagai “Poket Lazim”. Ia digunakan untuk memudahkan guru dan
murid tahun lima untuk mengenal jenis Mad Lazim dalam pembacaan Al-Quran. Aplikasi
“Poket Lazim” ini melibatkan ringkasan cara dalam mengenali bentuk potongan ayat yang
mengandungi hukum Mad Lazim semasa membaca Al-Quran. Penggunaan “Poket Lazim”
ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran murid kerana berfokuskan
potongan ayat yang terdapat dalam buku teks.
Selain itu, inovasi yang dihasilkan in menggabungka elemen video,audio,animasi dan
penilaian yang dihasilkan melalui aplikasi PowerPoint dan Quizziz. Penggabungan elemen-
elemen ini mampu memberikan impak positif kepada penggunanya. penghasilan inovasi ini
menggunakan ilustrasi watak-watak animasi muslim sebagai tema utama kerana lebih
menarik dan dekat dengan murid-murid sekolah rendah.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Berdasarkan pengalaman sewaktu menjalani praktikum fasa 1, ada sesetengah topik yang
mana murid-murid perlu diberikan pengisian pembelajaran secara penerangan oleh guru.
Contohnya, dalam bidang tajwid Al-Quran iaitu hukum Mad Lazim. Hukum Mad Lazim
terdapat dua isi memerlukan kaedah dalam mengenalnya. Oleh itu, saya telah menggunakan
kaedah berpusatkan guru dan bertalaqqi mushafahah bersama murid semasa melakukan
proses PdPc dalam kelas. Saya mendapati bahawa murid tidak dapat mengenal hukum Mad
Lazim yang terdapat dalam potongan ayat Al-Quran yang dibaca. Mereka tidak dapat
membezakan di antara hukum Mad Lazim dengan hukum Mad Silah. Mereka keliru dan tidak
memahami kaedah yang betul dalam mengenal hukum Mad Lazim.
Bahan bantu mengajar merupakan salah satu fungsi pancaindera yang mempengaruhi
minat dan motivasi pelajar untuk turut terlibat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Oleh hal yang demikian, bahan bantu mengajar boleh digunakan sama ada dalam bentuk
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
318
bahan ‘maujud’ ataupun yang berasaskan media elektronik. Oleh yang demikian, satu cara
ataupun inisiatif yang boleh dibina untuk membantu mereka adalah melalui penggunaan TMK
dalam perancangan kelak.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Melalui inovasi digital yang saya lakukan ini, murid akan dapat belajar melalui proses PdPc
berteraskan TMK. Penggunaan TMK bukanlah untuk menggantikan terus peranan guru
sebagai tenaga pengajar tetapi adalah sebagai pemudah cara dalam sesi PdPc. Dalam
penghasilan aplikasi “Poket Lazim” ini, saya juga menggunakan teknik penerangan
berteraskan audio dan video serta meringkaskan kaedah dalam mengenal bentuk hukum Mad
Lazim bagi memudahkan murid-murid mengenal bentuk Mad Lazim dalam potongan ayat Al-
Quran. Berdasarkan strategi-strategi ini akan dapat membantu murid untuk mengenal hukum
Mad Lazim dan mengkategorikan hukum Mad Lazim berdasarkan potongan ayat yang dibaca.
LANGKAH PELAKSANAAN
Langkah 1 Guru menerangkan peraturan penggunaan “Poket Lazim”
Langkah 2 Guru memberikan Ujian Pra kepada murid berkaitan tajuk Mad Lazim sebelum menggunakan aplikasi “Poket Lazim”.
Langkah 3 Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan “Poket Lazim”.
Langkah 4 Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi “Poket Lazim”.
Langkah 5 Murid mengkategorikan hukum Mad Lazim melalui penggunaan aplikasi “Poket Lazim”.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
319
Langkah 6 Setiap kumpulan atau pun individu akan menjawab soalan pada inovasi digital yang dipaparkan setelah mendengar penerangan yang diberikan melalui penggunaan inovasi tersebut. Berikut adalah contoh-contoh soalan yang diberikan;
Langkah 7 Setelah selesai, murid-murid diberikan dengan “Ujian Post” untuk melihat hasil keberkesanan inovasi yang dijalankan.
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Bagi menguji keberkesanan aplikasi yang dihasilkan, satu uji lari telah dijalankan kepada
beberapa pengguna yang terdiri daripada murid tahun lima Sekolah Kebangsaan RPR Batu
Kawa, guru sekolah, rakan-rakan guru pelatih, pensyarah dan pensyarah penilai daripada
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Saya telah menjalankan uji lari ini pada hari
Rabu 11 Mac 2020 bertempat di Makmal Bahasa, Sk Rpr Batu Kawa. Uji lari ini melibatkan
seramai 15 orang pelajar tahun 5 yang terdiri daripada pelbagai tahap iaitu lemah dan
sederhana. Ujilari ini dipantau oleh penyarah penilai iaitu Ustazah Syarifah Fatimah binti Wan
Jamel.
Gambar 1: Uji Lari di Sekolah Gambar 2: Uji Lari di Sekolah
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
320
FAEDAH INOVASI
Berdasarkan uji lari yang telah dilakukan kepada responden yang terlibat khususnya murid-
murid di sekolah rendah, mereka kelihatan sangat seronok menggunakan aplikasi yang
dihasilkan. Sebelum menggunakan aplikasi ini, saya telah membuat Ujian Pra untuk
mengetahui tahap penguasaan mereka berkaitan hukum tajwid Mad Lazim. Akan tetapi, saya
mendapati pengetahuan mereka berkaitan hukum Mad Lazim berada pada tahap yang lemah.
Setelah saya menggunakan aplikasi ini, mereka berhasil untuk mengenal pasti jenis-jenis Mad
Lazim yang terdapat dalam potongan ayat yang diberikan melalui Ujian Post yang dilakukan.
Melalui dapatan markah pelajar yang saya perolehi menunjukkan peningkatan markah
pelajar selepas menggunakan aplikasi “Poket Lazim” melalui Ujian Post yang diberikan. Hal
ini membuktikan, keberkesanan penggunaan aplikasi “Poket Lazim” dapat memudahkan
murid untuk mengenal pasti jenis-jenis Mad Lazim yang terdapat dalam potongan ayat Al-
Quran. Secara keseluruhannya, keputusan markah ini memperlihatkan peningkatan markah
murid setelah menggunakan aplikasi “Poket Lazim”. Berikut adalah salah satu hasil ujian pra
dan post yang dilakukan murid sebelum dan selepas penggunaan aplikasi “Poket Lazim”
Selain itu, kekuatan inovasi yang dihasilkan ini ialah ianya tidak perlu menggunakan
liputan internet sewaktu mengaksesnya. Jadi, aplikasi ini boleh digunakan di mana-mana
sahaja hatta di sekolah luar bandar sekalipun. Seterusnya, aplikasi “Poket Lazim” ini boleh
dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan boleh
digunakan sendiri oleh murid secara individu. Aplikasi “Poket Lazim” ini juga boleh
digunakan secara berkumpulan dan menepati teori Triologikal yang melibatkan guru, murid
dan media.Di dalam aplikasi ini juga saya menggabungkan, kuiz dan penilaian bagi
mengukuhkan ingatan dan pemahaman pengguna berkenaan hukum Mad Lazim.
Gambar 1: Ujian Pra Gambar 2: Ujian Post
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
321
KEBERKESANAN APLIKASI INOVASI
Ujian Pra telah dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan murid berkaitan hukum Mad
Lazim sebelum melaksanakan uji lari menggunakan aplikasi “Poket Lazim” ini. Oleh hal yang
demikian, hasil ujian pra tersebut menunjukkan bahawa pengetahuan murid berkaitan hukum
Mad Lazim berada pada tahap yang lemah. Berikut merupakan Rajah 1 yang menunjukkan
keputusan markah ujian penilaian murid sebelum dan selepas menggunakan aplikasi “Poket
Lazim”.
Rajah 1: Keputusan Markah Ujian Sebelum dan Selepas
Setelah menjalankan uji lari dengan menggunakan aplikasi “Poket Lazim” ini, murid dapat
mengenal hukum Mad Lazim yang terdapat dalam potongan ayat yang diberikan melalui ujian
pos yang dilakukan. Hal ini dapat dilihat melalui dapatan markah ujian yang diperolehi murid
menunjukkan peningkatan markah pelajar selepas menggunakan aplikasi “Poket Lazim”
melalui ujian pos (selepas) yang diberikan. Secara keseluruhannya, keputusan markah ini
memperlihatkan peningkatan markah murid setelah menggunakan aplikasi “Poket Lazim”.
Peningkatan markah yang diperolehi murid setelah menggunakan aplikasi “Poket Lazim”
menunjukkan bahawa pemahaman murid dalam mengenal hukum Mad Lazim semakin baik
walaupun sesetengah murid hanya menunjukkan peningkatan yang sedikit. Hal ini
menunjukkan bahawa, keberkesanan penggunaan aplikasi “Poket Lazim” dapat membantu
murid untuk mengenal hukum Mad Lazim yang terdapat dalam potongan ayat Al-Quran.
0
2
4
6
8
Markah Ujian
Sebelum Selepas
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Poket Lazim
322
KESIMPULAN
Penggunaan aplikasi “Poket Lazim” dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah ini dapat memudahkan guru melaksanakan proses PdPc dalam kelas,
guru dapat menghadirkan rasa minat dalam diri pelajar terhadap pembelajaran mereka.
Sekiranya terdapat suatu tarikan dalam bilik darjah, murid tersebut pasti akan bersemangat
untuk berada dalam sesi pengajaran tersebut. Setiap mereka mempunyai potensi yang
berbeza dalam fitrahnya. Jadi sebagai guru, kita perlu berfungsi sebagai pemudah cara,
berkolaborasi dengan murid dan menyokong pembelajaran mereka sehingga dapat
menyerlahkan bakat mereka. Harapan saya agar inovasi digital “Poket Lazim” ini dapat
memberi input positif kepada semua pihak.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 WAQAF LIGHT
323
“WAQAF LIGHT” (MEMBANTU PELAJAR TAHUN 5 DALAM MENGENAL DAN MENGUASAI
FUNGSI TANDA WAQAF DALAM AL-QURAN)
Muhammad Eirfan Mirza Bin Masa
PISMP PA Jun 2017
PENDAHULUAN
Inovasi ini dinamakan ‘Waqaf Light’ digunakan untuk memudahkan guru dan murid tahun
lima dalam mengenal dan menguasai fungsi tanda waqaf dalam Al-Quran dengan
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ia selaras gagasan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu menyediakan murid yang celik ICT dan menguasai
kemahiran teknologi dan maklumat menjelang tahun 2025.
‘Waqaf Light’ adalah aplikasi yang menerapkan kaedah warna dalam mengenal dan
mengingat fungsi tanda waqaf yang terdapat dalam silibus tahun 5. Warna yang digunakan
adalah berasaskan warna yang terdapat pada lampu isyrat di jalan raya. Murid-murid akan
lebih mudah untuk mengingat tanda-tanda berdasarkan warna lampu isyarat kerana perkara
ini sering mereka jumpa dalam kehidupan seharian. Selain itu, ini merupakan satu aplikasi
yang menggabungkan pembelajaran menggunakan TMK dan juga mengaplikasikan latihan
pengukuhan yang berasaskan ‘Piano Tile’ untuk menarik minat murid-murid untuk
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Aplikasi ini juga berfokuskan menarik minat pelajar untuk belajar dan meneroka.
Apabila pelajar seronok dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), mereka akan lebih
mudah untuk mengingat dan memahami ilmu yang dipelajari. Murid akan lebih berminat untuk
mengikuti proses pengajaran guru sekiranya kaedah didik hibur yang mempunyai elemen
permainan diguna pakai. Oleh yang demikian, murid berpeluang untuk menjalankan
pembelajaran secara koperatif dan berkolaboratif bersama murid yang lain serta bersama
guru sebagai pembimbing.
SITUASI SEBELUM INOVASI
Masalah ini dapat dikenal pasti apabila saya menjalankan PdP berkenaan dengan bidang Al-
Quran yang bertajuk waqaf. Tajuk waqaf adalah silibus yang terakhir dalam bidang Al-Quran
bagi murid tahun 5. Tiga objektif yang telah disasarkan iaitu, mengenal, membanding bezakan
dan mangaplikasikan fungi tanda waqaf dalam surah yang tertentu. Ketika berada dalam
proses mengenal, saya dapati murid mengambil masa yang agak lama untuk mengenal
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 WAQAF LIGHT
324
bentuk dan nama bagi tanda waqaf yang dipaparkan secara tidak berwarna. Begitu juga
dalam proses membanding beza, pelajar sukar untuk membezakan tanda waqaf yang
mempunyai bentuk yang hampir sama.
Pada pandangan saya, perkara diatas berlaku disebabkan oleh pedagogi yang saya
amalkan kurang berkesan. Selain itu, Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang
pengkaji gunakan juga kurang berkesan. Oleh itu, peranan guru adalah tidak tertumpu kepada
pengajaran di dalam kelas sahaja malah guru haruslah berperanan sebagai pemudah cara
kepada setiap pelajarnya. Ini adalah tidak bertepatan dengan kaedah PdP yang pengkaji
gunakan semasa praktikum yang lepas.
Sehubungan dengan itu, saya berusaha untuk menegur dan memperbaiki cara bacaan
anak-anak murid dengan mencari kaedah yang lebih baik untuk menarik minat mereka dan
saya mendapati bahawa murid-murid sangat menyukai penggunaan (TMK) dalam
pembelajaran. Oleh yang demikian, melalui pemerhatian saya terhadap maklumbalas murid-
murid ini, saya berharap dan cuba memikirkan satu cara ataupun inisiatif yang boleh saya
bina untuk membantu mereka dalam mengenal dan menguasai fungsi tanda waqaf dalam Al-
quran ini disamping mengambil kira minat mereka yang saya kira boleh mempertimbangkan
penggunaan TMK dalam perancangan kelak.
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN.
Melalui inovasi digital yang saya lakukan ini juga, murid akan dapat belajar melalui cara
bermain dengan pembelajaran digital. Dalam penghasilan ‘Waqaf Light’ saya juga
menggunakan permainan yang berbentuk aplikasi yang lebih membantu murid dalam proses
mengingat. Kaedah warna yang digunakan juga merupakan pemudahcara kepada para
pelajar dalam proses PdP. Saya telah memilih untuk menggunakan pendekatan warna agar
dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian mereka di dalam sesuatu pelajaran dengan
bantuan penggunaan warna.
Aplikasi “Waqaf Light” adalah bahan bantu mengajar yang menerangkan tentang
penggunaan kaedah “Waqaf Light” dalam dalam tajuk tanda waqaf. Kaedah “Waqaf Light”
adalah kaedah mewarnakan tanda waqaf dengan warna yang terdapat pada lampu isyarat di
jalan raya. Tanda waqaf yang diwarnakan dengan warna merah menandakan mesti berhenti,
kuning menunjukkan digalakkan berhenti dan hijau bermaksud teruskan bacaan dan dilarang
berhenti.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 WAQAF LIGHT
325
KEBERKESANAN PRODUK INOVASI
Semasa menjalankan uji lari di SK Batu Kawa Kuching, saya telah melakukan ujian awal dan
akhir untuk melihat sejauh mana keberkesanan inovasi yang saya hasilkan. Ujian awal
dilakukan sebelum pelajar didedahkan dengan inovasi yang saya hasilkan dan ujian akhir
dilakukan diakhir pembelajaran dimana murid sepatutnya telah mencapai objektif yang
ditetapkan. Daripada data yang saya perolehi (hasil ujian awal dan akhir) terdapat perbezaan
keputusan diantara kedua-dua ujian. Saya sertakan beberapa gambar keputusan ujian awal
dan akhir dibawah. Jika kita lihat hasil ujian awal menunjukkan bahawa, hampir kedua-dua
pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat. Hal ini kerana pelajar tidak
memahami ataupun sukar untuk mecapai objektif yang ditetapkan ketika mempelajari tajuk
tanda waqaf pada pelajaran yamg lepas. Seterusnya, jika kita lihat kepada hasil pada ujian
akhir, terdapat peningkatan yang sangat ketara pada jawapan kedua-dua pelajar. Ujian akhir
ini dijalankan selapas pelajar didedahkan dengan aplikasi “Waqaf Light” untuk
mempermudahkan mereka mempelajari tajuk tanda waqaf. Perkara ini membuktikan bahawa
aplikasi “Waqaf Light” dapat membantu murid dalam mempelajari fungsi tanda waqaf dalam
Al-quran.
Gambar 1: Contoh jawapan pelajar dalan ujian awal
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 WAQAF LIGHT
326
Gambar 2: Contoh jawapan pelajar dalam ujian akhir
FAEDAH INOVASI
➢ Inovasi digital ini membantu saya untuk mengekalkan ingatan dalam memori jangka
masa Panjang.
➢ Inovasi digital ini sangat berkesan untuk dijalankan dalam bidang Al-Quran
Pendidikan Islam.
➢ Inovasi digital ini sangat sesuai dijalankan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
➢ Saya berasa sangat seronok semasa menggunakan inovasi digital ini.
➢ Inovasi digital ini menggunakan elemen yang kreatif dan menarik.
➢ Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan saya apabila menggunakan aplikasi
inovasi digital ini.
➢ Inovasi ini dapat meningkatkan motivasi diri saya untuk belajar.
➢ Penggunaan inovasi digital ini tidak membosankan saya.
➢ Saya mudah memahami cara untuk menggunakan inovasi digital ini.
➢ Saya dapat memahami tajuk ini setelah menggunakan inovasi digital ini.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 WAQAF LIGHT
327
Gambar 4: Antara kandungan Aplikasi “Waqaf Light”
KESIMPULAN
Harapan saya dalam menjalankan inovasi ini adalah agar dapat menarik minat pelajar untuk
mempelajari fungsi tanda waqaf dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik. Secara
peribadinya saya sebagai pengkaji merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada
peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana bidang
Al-Quran merupakan salah satu bidang yang utama dalam Pendidikan Islam di Malaysia.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
328
APLIKASI HAMZAH AVENGERS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
MENGENALPASTI PERLETAKAN KEDUDUKAN JENIS-JENIS HAMZAH DALAM
PERKATAAN BAGI MURID TAHUN 4
Nik Najiatul A’rifah Binti Nik Ahmad Sabree
PISMP PA Jun 2017
PENDAHULUAN
“Hamzah Avengers” – Inovasi ini merupakan sebuah aplikasi pembelajaran yang
berbentuk interaktif yang membolehkan murid belajar menggunakan teknologi selaras
dengan peredaran zaman yang serba canggih. Murid menggunakan aplikasi ini dengan
lebih seronok serta menggalakkan murid belajar secara kolaboratif dan koperatif. Aplikasi
ini menggabungkan elemen-elemen seperti gambar, video, animasi, audio serta permainan
secara dalam talian yang dihasilkan dari pelbagai aplikasi komputer seperti Powerpoint
sebagai tapak aplikasi untuk sesi pembelajaran, Quizizz untuk sesi kuiz secara atas talian
serta Wisc-Online bagi permainan secara atas talian. Menurut kajian Joel Floyd (2018),
murid lebih gemar untuk melihat animasi dalam komik dan tayangan video dan bahan
berbentuk audio-visual yang mempunyai unsur visual, suara dan berbentuk tertentu. Oleh
itu, aplikasi ini juga menggunakan watak animasi Boboiboy sebagai tema kerana animasi ini
sudah terbiasa dengan jiwa kanak-kanak.
SITUASI SEBELUM INOVASI
Berdasarkan pengalaman praktikum saya yang lalu, saya telah menggunakan kaedah
pengajaran berpusatkan murid tetapi hasil dari pengajaran yang dilaksanakan kurang
memuaskan. Murid masih keliru tentang jenis-jenis huruf hamzah dan tidak dapat
membezakannya. Rentetan itu, saya telah berusaha dengan menggunakan pelbagai cara
tetapi murid masih kurang memahami dan menunjukkan reaksi kurang minat terhadap
pembelajaran. Melalui pemerhatian, saya mengenalpasti masalah murid tidak dapat
membezakan perletakan hamzah setara daripada garisan dengan hamzah tiga perempat
daripada garisan. Kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pemudah cara
(PDPC) adalah kaedah menerang menggunakan kad manila sebagai bahan bantu
mengajar.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
329
Semasa pengajaran yang lepas juga, saya telah menggunakan lcd projector sebagai
medium utama pengajaran saya. Walaubagaimanapun, murid masih menunjukkan reaksi
kurang minat dan tidak menyiapkan akiviti dengan sempurna. Setelah dikenal pasti, saya
sedar bahawa animasi yang digunakan kurang menarik. Animasi yang digunakan kurang
sesuai dengan tahap umur mereka menyebabkan mereka tidak terbiasa dengan animasi
tersebut. Pengetahuan tentang media dan teknologi sangat diperlukan agar dapat
diterapkan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru perlu
mendalami ilmu berkaitan teknologi untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
Selepas mengenal pasti masalah utama yang dihadapi berkaitan pengajaran dan
pemudahcaraan (PDPC), saya telah merujuk kepada beberapa sumber seperti buku, kajian-
kajian yang lepas serta internet untuk mendalami lagi ilmu tentang teknologi. Hal ini adalah
kerana, ilmu tersebut digunakan untuk membina inovasi bagi menghasilkan produk yang
berbentuk interaktif dan berkualiti.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dihasilkan iaitu aplikasi “Hamzah Avengers” dapat membantu murid untuk
mengenal jenis-jenis hamzah dan memahami tentang perletakan jenis-jenis hamzah dalam
suatu perkataan dengan mudah dan lebih seronok. Melalui aplikasi ini, kaedah sambil
bermain digunakan sebagai tarikan utama dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC).
Murid akan lebih seronok dan teruja untuk belajar menggunakan aplikasi yang berteraskan
permainan. Pada tahap umur seperti mereka selalunya akan berusaha memenuhi hasrat
dan cabaran yang diterima daripada persekitaran sosial mereka. Dari situ juga murid akan
berkolaborasi dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat markah yang tertinggi.
Jadual 1 merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan dalam pengujian inovasi aplikasi
“Hamzah Avengers:
Langkah Pelaksanaan
Langkah 1 Murid diedarkan lembaran pra ujian dan menjawab soalan tersebut
Langkah 2 Guru menerangkan tatacara menggunakan aplikasi “Hamzah Avengers”
Langkah 3 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan murid mendengar
arahan daripada guru.
Langkah 4 Murid belajar menggunakan aplikasi “Hamzah Avengers” secara
berkumpulan. Murid dikehendaki bertanya kepada guru sekiranya terdapat
kekeliruan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
330
Langkah 5 Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan aplikasi “Hamzah Avengers”.
Murid diberi peluang untuk mengulangi soalan kuiz tersebut.
Langkah 6 Murid menggunakan aplikasi “Hamzah Avengers” untuk bermain permainan
atas talian.
Langkah 7 Murid diedarkan lembaran pasca ujian dan menjawab soalan tersebut sekali
lagi.
Jadual 1: Langkah-langkah melaksanakan inovasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PDPC)
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Selama tempoh proses melaksanakan inovasi digital, pelbagai cabaran yang timbul
termasuklah dari segi masa untuk melaksanakan ujilari kerana keadaan wabak yang
menular di Malaysia. Jadi, saya tidak dapat menjalankan ujilari di sekolah disebabkan
Perintah Kawalan Pergerakan. Melalui kata putus, saya telah memilih 5 orang guru pelatih
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
331
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi major Bahasa Inggeris sebagai peserta
uji lari. Sebelum itu, saya telah berbincang dengan peserta berkaitan masa dan tempat
pelaksanaan uji lari. Berdasarkan Model ADDIE yang telah dipilih, Jadual 2 menunjukkan
langkah yang telah dilaksanakan mengikut fasa atau tahap yang ditentukan dalam model:
Tahap/Fasa Tindakan Rasional
Analisis (11/1/20 – 18/1/20)
• Mengenal pasti masalah
• Perbicangan bersama guru pembimbing
• Berbincang dengan pensyarah tentang prosedur pembinaan inovasi
Mengetahui masalah yang ingin diatasi serta membuat refleksi kendiri. Berkolaborasi dengan pihak tertentu berdasarkan model Trialogikal.
Reka Bentuk (20/1/20 – 27/1/20)
• Membuat lakaran projek
• Merangka kertas cadangan inovasi
Membuat persediaan awal dalam pembinaan inovasi supaya pelaksanaan berjalan dengan lancar.
Perkembangan
(30/1/20 – 2/3/20)
• Menyenaraikan aplikasi yang sesuai digunakan
• Memuat turun aplikasi di dalam komputer
• Membina inovasi menggunakan aplikasi (Powerpoint, Quizizz, Wisc-Online
Merujuk beberapa sumber untuk mendalami ilmu teknologi serta mengetahui kelemahan dan kelebihan aplikasi yang digunakan. Membina inovasi dengan teliti supaya
Pelaksanaan
(4/3/20 – 29/3/20)
• Mengemaskini aplikasi “Hamzah Avengers”
• Membina soalan ujian pra dan pasca
• Melaksanakan Uji Lari
• Merakam video
• Membuat pemerhatian/temubual
Pembinaan item pra dan pasca ujian untuk menguji pemahaman murid. Video dan item ujian sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi pelaporan inovasi. Pemerhatian dan temubual dibuat bagi mengenalpasti kelemahan inovasi.
Penilaian
(30/3/20 – 12/4/20)
• Menganalisis data dari pemerhatian dan temubual
• Menambah baik inovasi
• Menulis laporan projek
Mengenalpasti tahap keberkesanan inovasi terhadap pengajaran dan pemudah caraan (PDPC) serta mengulang tahap model sekiranya tidak mencapai objektif.
Jadual 2: Langkah-langkah dalam pelaksanaan inovasi
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
332
PELAKSANAAN HAMZAH AVENGERS
Rajah 1: Manual Penggunaan “Hamzah Avengers”
FAEDAH INOVASI
Faedah inovasi merujuk kepada keberkesanan produk serta kebaikan yang dinilai pada
hasil produk yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Berdasarkan ujilari yang telah
dilaksanakan kepada peserta yang terlibat, mereka kelihatan teruja dan seronok dengan
pembelajaran menggunakan aplikasi “Hamzah Avengers”. Hasil daripada pra dan pasca
ujian, terbukti bahawa sebelum mereka menggunakan inovasi ini, mereka kurang
menguasai dalam perletakan kedudukan jenis-jenis Hamzah pada pekataan dan selepas
menggunakan inovasi, hampir kesemua dapat menjawab dengan betul dan tepat. Berikut
merupakan analisis dari data markah pra dan pasca ujian:
MANUAL PENGGUNAAN HAMZAH AVENGERS
Butang Home untuk ke
menu utama
Butang next untuk ke paparan
seterusnya
Butang ke halaman jenis-jenis Hamzah
Butang Back untuk ke paparan
sebelumnya
Butang Main
Paparan Utama
Jenis-jenis Hamzah
Nama Hamzah
Kuiz
Contoh pembahagian Hamzah
Menu Utama
Permainan
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 APLIKASI HAMZAH AVENGERS
333
Rajah 2: Perbandingan Markah Pra Ujian dan Pasca Ujian
Selain itu, saya juga telah menemu bual peserta dan membuat pemerhatian untuk menguji
keberkesanan inovasi ini yang mencangkupi aspek-aspek tertentu. Carta tahap
keberkesanan tersebut dikira berdasarkan temu bual dan pemerhatian iaitu sebagai contoh
bilangan peserta yang faham dibahagi dengan bilangan kesemua peserta dan didarab
dengan seratus:
Rajah 3: Tahap Peratusan Keberkesanan Produk
KESIMPULAN
Penghasilan inovasi “Hamzah Avengers” bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi dalam
diri murid, malah juga dapat meningkatkan nilai profesionalisme dalam diri guru untuk
menyelesaikan suatu permasalahan. Saya juga berharap agar inovasi ini dapat memberi
faedah kepada semua pihak agar inovasi ini dapat digunakan secara berterusan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) dan harapan saya agar semua orang dapat
pertingkatkan penguasaan kedudukan jenis-jenis Hamzah bagi memartabatkan lagi
penulisan Jawi.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 HAKIKI ZONE
334
“HAKIKI ZONE”
Norhaliza binti Abdul Manan
PISMP Pengajian Agama Jun 2017
PENGENALAN
“HAKIKI ZONE”- Inovasi yang dihasilkan untuk kegunaan guru-guru sebagai bahan
bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang Al-Quran. Inovasi ini
memfokuskan kepada hukum tajwid ikhfa’ hakiki dalam bacaan ayat Al-Quran. Inovasi
ini adalah produk yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
membantu murid memahami hukum tajwid ikhfa’ hakiki. Selain itu, produk ini juga
dapat menarik minat dan menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, produk ini dapat membantu murid untuk menghafal
huruf-huruf ikhfa’ hakiki.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Saya telah menjalani Praktikum Fasa Satu di sebuah sekolah selama tiga bulan yang
bermula pada bulan Jun dan berakhir pada bulan September. Semasa menjalani
Praktikum Fasa Satu yang lepas saya telah diamanahkan untuk mengajar murid tahun
tiga yang berjumlah 20 orang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam
mengandungi tujuh bidang iaitu bidang Al-Quran, bidang Hadis, bidang Akidah, bidang
Ibadah, bidang Sirah dan bidang Jawi.
Namun, dalam menghasilkan produk inovasi ini saya memfokuskan tajuk ikhfa’
hakiki dalam bidang Al-Quran. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman saya semasa
mengajar tajuk ikhfa’ hakiki dalam Praktikum Fasa Satu yang lepas, terdapat segelintir
murid masih belum dapat menguasai tajuk ikhfa’ hakiki. Hal ini mungkin disebabkan
oleh kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak menarik dan kurang
berkesan. Antara permasalahan yang mendorong saya untuk menghasilkan produk
inovasi ini ialah:
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 HAKIKI ZONE
335
i. Murid tidak memahami tajuk hukum tajwid ikhfa’ hakiki menggunakan
kaedah pengajaran tradisional.
ii. Murid tidak dapat mengingat huruf-huruf ikhfa’ hakiki.
iii. Murid kurang berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru bagi tajuk hukum tajwid ikhfa’ hakiki.
iv. Guru mengambil masa yang terlalu panjang untuk mengajar tajuk hukum
tajwid ikhfa’ hakiki.
INOVASI YANG DIHASILKAN
Rajah 1: Muka depan inovasi ‘Hakiki Zone’
Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, adalah menjadi tanggungjawab saya
sebagai seorang guru untuk memikirkan inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut.
Melalui kursus PIMK 3152 Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini,
saya menggabungkan elemen inovasi dan digital untuk menghasilkan produk yang
berkesan untuk mengatasi masalah yang saya hadapi dalam mengajar tajuk hukum
tajwid ikhfa’ hakiki.
Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk menghasilkan
produk inovasi yang bernama “Hakiki Zone”sebagai salah satu bahan bantu
mengajar yang dapat digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam untuk mengajar
tajuk hukum tajwid ikhfa’ hakiki dalam bidang Al-Quran. “Hakiki Zone”adalah satu
medium yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 HAKIKI ZONE
336
memudahkan murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran hukum tajwid ikhfa’
hakiki. Tambahan pula, Program Pembestarian Pendidikan mencadangkan supaya
TMK digunakan sebagai salah satu wadah yang berupaya melahirkan murid yang
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif di samping melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan k-ekonomi serta mengimbangi jurang digital antara bandar, luar
bandar dan pedalaman.
Produk inovasi ini telah dihasilkan menggunakan perisian Powerpoint dan
aplikasi Quizziz bagi menarik minat serta memudahkan murid untuk memahami tajuk
hukum tajwid ikhfa’ hakiki. Dalam menghasilkan produk ini juga, saya telah
mengaplikasikan kaedah permainan dan nyanyian. Biasanya, bermain dianggap
sebagai perkara yang tidak bermanfaat tetapi sebaliknya melalui bermain kanak-
kanak dapat mempelajari pelbagai perkara. Contohnya, dalam inovasi “Hakiki
Zone”ini, murid akan dapat mebguasai tajuk hukum tajwid ikhfa’ hakiki melalui
permainan aplikasi Quizziz yang merupakan salah satu elemen dalam produk inovasi
“Hakiki Zone”ini. Selain itu, dalam produk inovasi ini juga ada menggunakan kaedah
nyanyian untuk memudahkan murid mengingat huruf-huruf ikhfa’ hakiki. Kandungan
“Hakiki Zone”terdiri daripada kandungan inovasi digital berkonsepkan permainan
yang akan memudahkan murid memahami dan menghafal tajuk hukum tajwid ikhfa’
hakiki dan huruf-huruf ikhfa’ hakiki dengan kandungan berupa nota dan kuiz interaktif.
PELAKSANAAN UJI LARI HAKIKI ZONE
Untuk menguji keberkesanan dan keberhasilan inovasi yang telah saya hasilkan,
saya telah merancang untuk melakukan uji lari di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang
pada 23 Mac 2020. Namun, nasib tidak menyebelahi saya kerana seluruh dunia telah
digemparkan dengan sejenis virus iaitu Corona Virus atau CoVID-19. Atas kekangan
Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac sehingga 14 April disebabkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), uji lari di sekolah tidak dapat dilaksanakan. Namun, saya
telah mengambil inisiatif untuk melakukan uji lari bersama siswa-siswa guru pengajian
lain di asrama bagi menguji keberkesanan inovasi. Seramai 4 orang siswa guru telah
saya pilih iaitu seramai 2 orang daripada pengajian Bahasa Melayu dan 2 orang
daripada pengajian Bahasa Inggeris.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 HAKIKI ZONE
337
Selain itu, saya juga telah membina satu penilaian dalam bentuk google form bagi
menguji dan melihat sejauh mana keberkesanan produk inovasi yang telah saya
hasilkan dalam membantu murid-murid Tahun 3 untuk memahami tajuk hukum tajwid
ikhfa’ hakiki serta menilai kepuasan pengguna selepas menggunakan produk inovasi
digital yang telah saya hasilkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2, Rajah 3 dan
Rajah 4.
Rajah 2: Keputusan penilaian perasaan pengguna ketika menggunakan
Rajah 3: Keputusan konstruk kepuasan pengguna
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 HAKIKI ZONE
338
Rajah 4: Keputusan konstruk peningkatan pengetahuan
FAEDAH INOVASI ‘HAKIKI ZONE’
Inovasi “Hakiki Zone”ini sangat berfaedah dan bermanfaat kepada semua pihak
terutama pihak murid dan pihak guru. Hal ini kerana, produk inovasi ini dihasilkan
bertujuan untuk dimanfaatkan oleh semua pihak dalam penguasaan tajuk hukum
tajwid ikhfa’ hakiki dalam bidang Al-Quran,
Antara faedah produk inovasi “Hakiki Zone”ini kepada pihak murid ialah
memudahkan pihak murid untuk memahami tajuk hukum tajwid ikhfa’ hakiki dalam
bidang Al-Quran. Selain itu, ia juga dapat memudahkan murid untuk mengingat huruf-
huruf ikhfa’ hakiki dengan lebih berkesan. Selain itu, pihak lain yang mendapat
manfaat daripada penghasilan produk inovasi “Hakiki Zone”ini ialah pihak guru. Hal
ini kerana, dengan menggunakan produk inovasi “Hakiki Zone”ini, pihak guru dapat
menjimatkan masa untuk mengajar hukum tajwid ikhfa’ hakiki di samping
meningkatkan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, menurut Siti dan Abdul (2019), setiap hasil inovasi yang
dicipta pasti akan memberikan impak kepada semua lapisan masayarakat. Oleh itu,
penghasilan inovasi “Hakiki Zone”ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan
faedah kepada semua lapisan masyarakat terutama pihak murid, guru, ibu bapa dan
juga pihak sekolah.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MAGNIFICIENT SURAH AL ASR
339
PENGGUNAAN MAGNIFICIENT SURAH AL ASR DALAM MEMBANTU
KEMAHIRAN MENGHAFAZ MURID TAHUN 3
Nurraisya Amira binti Tajuden
PISMP Pengajian Agama Ambilan Jun 2017
PENGENALAN
Inovasi ini dinamakan ‘Magnificient Surah al-Asr”. Ia dibina dengan harapan dapat
digunakan untuk memudahkan guru dan murid tahun tiga untuk menghafaz Surah A-
`Asr dengan betul dan bertajwid. Ini kerana kita sedia maklum murid tahun 3
dikehendaki untuk menghafaz surah-surah juzuk amma seperti surah Al-Asr. Seiring
dengan keperluan pedagogi dan pembelajaran masa kini, inovasi ini dibina
berintegrasikan teknologi maklumat .
‘Magnificient Surah al-`Asr” telah dibina menggunakan dua intergrasi aplikasi
aitu “Microsoft Power Point “ dan juga “Quizizz. Kita sedia maklum bahawa kedua-dua
aplikasi ini banyak digunakan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran masa
kini. Oleh kerana kedua aplikasi ini biasa digunakan, maka adalah mudah untuk
menggunakan Magnificient Surah al-`Asr” tanpa memerlukan sebarang penjelasan
yang lebar. Tambahan pula, inovasi ini dibina dan diubahsuai dengan lebih ringkas
dan mudah kerana berfokuskan surah yang terdapat dalam buku teks yang
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kandungan isi buku
teks yang telah diterjemahkan ke dalam inovasi ini akan dapat menarik minat murid
untuk terus menghafaz surah al-Asr dengan betul dan bertajwid.
Murid akan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran guru sekiranya
kaedah didik hibur diguna pakai. Bersesuaian dengan pendapat itu, Magnificient
Surah al-`Asr” telah dibina berdasarkan kaedah didik hibur. Dalam pada masa yang
sama, Magnificient Surah al-Asr” turut mengaplikasikan kaedah dan teknik
menghafaz surah seperti talaqqi musyafahah, ulangan (tikrar) dan tasmik. Ketiga-tiga
kaedah ini diserap ke dalam inovasi ini dengan cara yang lebih mampu menarik minat
murid tanpa merasa tertekan. Malahan murid juga boleh belajar dalam keadaan yang
seronok. Justeru itu, murid berpeluang untuk menjalankan pembelajaran secara
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MAGNIFICIENT SURAH AL ASR
340
koperatif dan berkolaboratif bersama murid yang lain serta bersama guru sebagai
pembimbing.
SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
1. Tidak semua murid tahun 3 Juara boleh mengikuti sesi pembelajaran yang
menggunakan kaedah bacaan berulang kali.
2. Murid-murid tidak fokus sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran
apabila guru hanya menggunakan kaedah konvensional dan kelas menjadi
tidak terkawal.
3. Murid-murid tidak boleh menghafaz surah al asr dengan betul, fasih dan
bertajwid dan sering keliru dengan beberapa kalimah.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Rajah 1 : Muka Depan Inovasi Magnificient Surah Al-Asr
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MAGNIFICIENT SURAH AL ASR
341
Pemilihan tajuk dan inovasi yang menggabungkan dua aplikasi ini dibina bersesuaian
dengan kaedah menghafaz dalam pedagogi pengajaran Pendidikan Islam. Pemilihan
warna dan pendekatan di mana murid-murid akan diajar secara kalimah memudahkan
murid-murid yang berada pada aras lemah (tahap kognitif) akan mampu menyebut
kalimah dan ayat dengan betul selain mampu membezakan kalimah seiring dengan
objektif pembinaaan inovasi ini.
PELAKSANAAN INOVASI “MAGNIFICIENT SURAH AL-ASR”
Uji lari yang sepatutnya dilakukan untuk menguji pelaksanaan inovasi “Magnificient
Surah Asr” tidak dapat dilakukan disebabkan oleh situasi wabak yang melanda
sekarang. Sekolah telah ditutup untuk mematuhi arahan Pergerakan Kawalan Oleh
itu, saya telah menggantikan peserta kajian yang merupakan murid sekolah tahun 3
kepada peserta yang masih bersekolah. Oleh kerana terdapat arahan untuk tidak
berkumpul dengan ramai pada satu tempat, saya hanya mengambil sebanyak 5 orang
peserta bagi ujilari ini. Menerusi pelaksanaan ujilari yang telah dilakukan, saya telah
mendapat pelbagai maklum balas mengenai inovasi seperti pada Rajah 2.
Rajah 2: Maklum Balas Peserta dari Aspek Peningkatan Pengetahuan dan
Kepuasan Peserta Kajian terhadap Inovasi
5
2
5
4
5
0
1
0 0 00
2
0
1
00
1
2
3
4
5
6
Adakah anda seronokdengan inovasi ini
Adakah anda bolehmembezakan
kalimah-kalimah yangterdapat dalam surahal-asr melalui inovasi
ini?
Adakah andamengetahui turutansurah al-Asr dengan
betul selepasmenggunakan inovasi
ini?
Adakah anda bolehmenghafaz surah al-asr dengan betul dan
bertajwid selepaspenggunaan inovasi
ini ?
Adakah andamerasakan inovasi ini
memerlukan lebihbanyak
penambahbaikan ?
Graf Maklum Balas Peserta dari Aspek Peningkatan Pengetahuan
dan Kepuasan Peserta Kaj ian terhadap Inovasi
Setuju Tidak pasti Tidak Setuju
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 MAGNIFICIENT SURAH AL ASR
342
FAEDAH INOVASI “MAGNIFICIENT SURAH AL-ASR”
Seperti yang kita sedia maklum, tajwid dan makhraj huruf amat dititik berat dalam
pembacaan ayat-ayat al-Quran. Apabila ayat-ayat al Quran dibaca secara sambil lewa
tanpa mengambill berat perkara tersebut, maka ianya akan menyebabkan makna
sebenar ayat lari dan tidak menepati maksud sebenar. Lebih teruk ianya mendorong
kepada tidak beradab dengan al-Quran. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada
seemua muslim untuk mempelajari dan membaca ayat-ayat al-quran dengan betul ,
fasih dan bertajwid supaya amalan ibadah menajdi sempurna. Menyedari akan
kewajipan ini, saya telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu inovasi yang
boleh membantu murid-murid sekolah khususnya murid-murid Tahun 3 untuk
menghafaz surah Al-Asr dengan betul, fasih dan bertajwid supaya apabila mereka
dewasa kelak, tidak menjadi masalah untuk mereka. Sesuai dengan peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya, saya berharap dengan meperbetulkan bacaan
dan hafazan murid-murid sejak kecil membantu mereka ketika dewasa kelak.
Meskipun inovasi ini dihasilkan untuk kegunaan murid-murid Tahun 3 , namun
guru-guru Pendidikan Islam malahan guru-guru lai boleh menggunakan inovasi ini.
Hal ini kerana kebanyakkan sekolah masa kini mula melatih murid-murid mereka
untuk membaca surah al-asr sebaik tamat sesi persekolahan mahupun perhimpunan.
Sebagai contoh sekolah di mana saya menjalani praktikum Fasa 1. Meskipun hampir
setiap hari murid-murid membaca surah ini, namun bacaan mereka masih tidak
sempurna dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih lagi. Jadi dengan adanya inovasi
ini, saya berharap guru-guru sekolah boleh menggunakannya ketika majlis
perhimpunan dan sebagainya untuk membantu murid.
PENUTUP
Kesimpulannya, saya berharap agar inovasi yang dibina dapat membantu murid-
murid dalam pembelajaran mereka terutama sekali dalam menghafaz surah. Selain
itu, saya juga berharap agar inovasi yang dilakukan ini dapat mencapai objektif seperti
yang telah dinyatakan supaya inovasi ini dapat mendatangkan manfaat kepada
semua pihak tidak hanya murid tetapi guru juga dapat memudahkan pengajaran
mereka melalui inovasi ini.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Mim Express
343
‘MIM EXPRESS’’
Nurtasha Azwa Binti Sulaiman
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
‘Mim Express’ ialah inovasi yang digunakan untuk murid Tahun 4 dalam membezakan hukum
tajwid mim sakinah mengikut bahagiannya yang berasaskan pedagogi masa kini. ‘Mim
Express’ dilengkapi dengan pelbagai multimedia yang merangkumi grafik, audio dan bunyi-
bunyian yang menarik. Inovasi “Mim Expess” ini menekankan pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar di mana murid hendaklah mencari sendiri jawapan dengan
merujuk menggunakan nota yang telah berbentuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
seperti audio dan video yang disediakan agar murid dapat menjalani pembelajaran dengan
berkesan. Antara perisian yang digunakan bagi menghasilkan inovasi ini adalah melalui
aplikasi powerpoint, quizizz dan iSpring Suite 9.
SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Melalui sesi pengajaran bidang Al-Quran bagi pengajaran tajwid bidang al-Quran
menggunakan teknik talaqqi musyafahah seorang demi seorang, saya mendapati
kebanyakan murid tidak tahu bacaan yang tepat. Malah ada yang tidak dapat mengenalpasti
hukum tajwid mim sakinah terutamanya menyatakan bahagiannya Hal ini disebabkan nama
yang agak sama dan mengelirukan. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor pengajaran saya
yang tidak menarik dan membosankan. Perkara ini akan memberi kesan masa panjang jika
tidak dibendungi dari awal. Keupayaan penguasaan tajwid di beberapa sekolah menengah
pada tahap yang rendah walaupun telah belajar selama enam tahun di sekolah rendah. Jadi,
saya mengambil inisiatif menggunakan TMK bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid-murid tahun 4 terhadap pembelajaran tajwid disamping menarik minat mereka terhadap
mata pelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan TMK dalam pendidikan banyak membantu
keberkesanan proses pengajaran guru di dalam kelas.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Mim Express
344
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Rajah 1 Muka Depan Inovasi ‘Mim Express’
Rajah 2 Menu Utama Inovasi ‘Mim Express’
Rajah 2 merupakan menu utama inovasi ‘Mim Express’ ini. Guru dan murid boleh memilih
butang yang ingin dipelajari seperti butang “Celik Tajwid”, “Jom Main” dan “Keluar”.
Penerangan dan nota mengenai Mim sakinah boleh didapati melalui butang “Celik Tajwid”.
Manakala aktiviti Quizizz disediakan bagi pengukuhan melalui butang “Jom Main” yang boleh
diakses melalui QR code. Bagi pelajar yang ingin bermain sendiri dirumah, guru akan
mengedarkan penanda buku yang mempunyai QR code supaya pelajar mudah untuk masuk.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Mim Express
345
Rajah 3 QR code untuk ke halaman Quizizz.
PELAKSANAAN INOVASI ‘MIM EXPRESS’
Bagi menguji keberkesanan ‘Mim Express’, ujilari telah dilaksanakan sekali kepada beberapa
orang guru pelatih.Mengikut perancangan awal, inovasi ini sebenarnya diuji di sekolah
praktikum fasa 1 iaitu SK Rakyat Bolhassan, Kuching. Namun, atas kekangan murid
menduduki peperiksaan dan cuti Perintah Kawalan Pergerakan, saya tidak dapat
menjalankan ujilari di sekolah. Jadi, projek ini hanya diuji kepada beberapa orang guru pelatih
dari pengajian lain. Seramai lima orang guru pelatih dari pengajian bahasa Inggeris telah
menjalani ujilari inovasi ‘Mim Express’. Peserta kajian yang dipilih hanya mempunyai
pengetahuan asas mengenai tajwid. Berikut adalah langkah pelaksanaan inovasi ini.
Langkah 1: Peserta diedarkan lembaran kerja sebelum ujilari untuk menguji
pengetahuan asas.
Langkah 2: Peserta kajian diterangkan mengenai bahagian mim sakinah melalui perisian
powerpoint yang disertakan contoh audio cara bacaan.
Langkah 3: Peserta dikehendaki untuk masuk ke laman Quizizz secara berpasangan.
Peserta diberikan penerangan awal sebelum diberikan kod akses.
Langkah 4: Lembaran kerja diagihkan untuk melihat kefahaman dan tahap
keberkesanan inovasi ‘Mim Express’ dalam membantu peserta mengingati
bahagian mim sakinah.
Pada langkah ketiga, saya menggalakan murid menolong antara satu sama lain yang mana
ia merupakan proses peer coaching mengikut kehendak Profesional Learning Community
(PLC).
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Mim Express
346
.
Rajah 4 Carta Perbandingan markah ujian pra dan pos penggunaan inovasi ‘Mim
Express’
Terdapat peningkatan yang positif terhadap pencapaian peserta yang dibuktikanpeningkatan
markah dan penurunan bilangan pelajar yang memperoleh 40% kebawah yang dapat
dibuktikan melalui carta bar dalam Rajah 4 di atas.
Berdasarkan uji lari yang telah dilakukan kepada peserta kajian yang terlibat, mereka
kelihatan sangat seronok menggunakan aplikasi yang dihasilkan ini. Sebelum menggunakan
aplikasi ini, mereka mengalami kekeliruan dalam membezakan jenis mim sakinah. Akan
tetapi, setelah menggunakan Inovasi “Mim Express” ini, mereka berhasil mengingati jenis
mim sakinah dan huruf selepasnya. Berikut merupakan hasil temu bual bersama peserta
kajian.
Rajah 5 Temu bual bersama perserta kajian selepas penggunaan Inovasi “Mim Express”
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Mim Express
347
FAEDAH INOVASI ‘Mim EXPRESS’
Inovasi ‘Mim Express’ ini dapat memperbaiki amalan pengajaran guru bagi hukum tajwid
mim sakinah. Pembelajaran menggunakan buku teks adalah membosankan dan tidak
menarik. Penggunaan teknologi dalam kelas adalah lebih dekat dengan pelajar yang seiring
dengan zaman Revolusi Industri 4.0. Inovasi ‘Mim Express’ menggalakkan penglibatan aktif
murid-murid di dalam kelas untuk menjawab kuiz-kuiz yang disediakan. Menurut Ahmad Mohd
Salleh (2008), elemen permainan didik hibur yang diguna pakai akan menyebabkan murid-
murid akan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran.
Dalam Inovasi ‘Mim Express’ ini juga, pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid.
Seperti yang dinyatakan di atas, inovasi ini menggalakkan murid-murid menolong antara satu
sama lain yang mana ia merupakan proses peer coaching mengikut kehendak Profesional
Learning Community (PLC) di mana ia menggalakkan murid untuk mencari sendiri dan
merujuk menggunakan bahan yang telah dibekalkan dan juga boleh diakses tanpa bantuan
guru. Oleh yang demikian, murid berpeluang untuk menjalankan pembelajaran secara
koperatif dan berkolaboratif bersama murid yang lain serta bersama guru yang bertindak
sebagai fasilitator sahaja.
Penggunaan inovasi juga ternyata meningkatkan hasil kerja guru. Penggunaan
pelbagai bahan bantu mengajar yang sudah tentu menggunakan kos seperti mencetak
banyak kertas latihan untuk diberikan kepada murid-murid. Penggunaan inovasi ‘Mim
Express’ ini lebih mesra alam kerana tiada kos yang perlu dikeluarkan. Hanya jaringan
internet diperluakan untuk menggunakan kuiz yang telah diadaptasi dari buku teks yang
bertepatan dengan DSKP Tahun 4 Pendidikan Islam. Markah akhir murid juga boleh diakses
secara atas talian sahaja untuk aktiviti pengukuhan dimana PdP berpusatkan kepada bahan.
KESIMPULAN
Saya berharap inovasi ‘Mim Express’ ini mampu membantu murid-murid tahun 4 membeza
dan membandingkan bahagian-bahagian mim sakinah. Semoga inovasi ini dapat
dimanfaatkan semasa praktikum fasa dua kelak. Akhir kata, semoga murid-murid mendapat
manfaat daripada inovasi ini dan diaplikasikan dan diamalkan dalam pembacaan al-Quran
dalam kehidupan seharian.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
348
FORMULA KITARAN SAHWI
Nurzarifah Binti Manshor
PISMP PA Jun 2017
PENGENALAN
‘Formula Kitaran Sahwi’ – inovasi yang dihasilkan ini melibatkan singkatan perkataan sujud
sahwi bagi memudahkan murid-murid mengingat urutan sujud sahwi. Inovasi ini merupakan hasil
daripada gabungjalin aplikasi powerpoint dan Quizizz yang telah memberi impak kepada
penggunanya. Dalam inovasi ini, watak Omar dan Hana yang bertemakan taman fantasi telah
digunakan kerana elemen ini adalah dekat dengan kehidupan murid-murid sekolah rendah.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Menerusi pengalaman praktikum fasa 1, sebelum memulakan pengajaran, saya akan
mengadakan sesi soal jawab bersama murid tahun 3 khususnya tentang perlaksanaan solat fardu
dirumah. Hasil daripada soal jawab itu, saya mendapati bahawa ramai yang tidak solat subuh
kerana tidak tahu bacaan doa qunut. Tambahan pula, semasa pembelajaran tajuk “sunat ab’ad
dan sunat haiy’at” saya perhatikan murid kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Perkara ini telah mendatangkan kebimbangan kepada saya kerana sikap sambil lewa
murid terhadap perlaksanaan solat kerana terlupa perkara sunat seperti doa qunut akan
membentuk peribadi murid yang malas solat apabila sudah dewasa. Kenyataan ini disokong
menerusi kajian Nur Faridah (2016) menyatakan bahawa 7.5% murid tahun 3 kerap
meninggalkan solat subuh kerana lupa bacaan doa qunut.
Berbagai pendekatan serta strategi yang dilaksanakan oleh saya bagi menarik minat
murid untuk mempelajari topik sujud sahwi seperti permainan, kuiz, aktiviti berkumpulan,
nyanyian, perbincangan dan sumbang saran. Namun, hasil daripada penilaian yang
dilaksanakan, masih terdapat murid yang lemah dalam mengingat urutan sujud sahwi ini kerana
istilah yang sukar dan jarang digunakan oleh murid dalam kehidupan harian.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
349
Oleh itu, guru perlulah merancang strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran
yang sesuai dengan perbezaan murid di dalam bilik darjah. Kesedaran guru mengenai pedagogi
pengajaran yang sesuai dengan kemampuan murid adalah penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Salah satu kaedah
pengajaran yang dapat menarik minat murid yang mempunyai berbagai ini adalah menerusi
teknologi maklumat.
Berdasarkan pemerhatian terhadap permasalahan ini telah membuahkan ilham kepada
saya untuk mencipta sebuah inovasi berkaitan topik sujud sahwi bagi membantu murid mengingat
pergerakan sujud sahwi dengan betul. Pembelajaran menggunakan bahan multimedia ini dapat
membantu murid untuk mengingat fakta-fakta pembelajaran dengan baik dengan merangsang
kesemua pancaindera murid. Maka, Formula Kitaran Sahwi ini merupakan inisiatif yang tercetus
bagi membantu pemahaman dan ingatan murid terhadap pembelajaran sujud sahwi.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Dalam penghasilan aplikasi Formula Kitaran Sahwi ini, saya telah menggunakan kaedah
singkatan bagi setiap pergerakan di dalam sujud sahwi iaitu “If Sujud Du2 Sujud Taw Sal”.
Penggunaan ilustrasi gambar pergerakan solat juga memberi gambaran kepada murid tentang
definisi formula kitaran sahwi ini. Tambahan pula, penggunaan gambar dapat membantu
mengukuhkan ingatan murid terhadap perlaksanaan sujud sahwi dengan betul.
Bagi menguji keberkesanan produk yang dihasilkan, saya telah menjalankan uji lari
kepada beberapa pengguna yang terdiri daripada 5 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang dan 10 orang awam. Pemilihan kriteria peserta untuk uji lari ini adalah
rentetan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di seluruh Malaysia yang
menghalang aktiviti inovasi dijalankan bersama murid di sekolah. Peserta yang dipilih tidak
mempunyai latar belakang sekolah agama. Respon peserta terhadap bahan inovasi ini
diperhatikan dan dicatat. jadual 1 memaparkan langkah perlaksanaan inovasi “Formula Kitaran
Sahwi” yang akan dilaksanakan oleh saya semasa uji lari.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
350
Jadual 1: Langkah Perlaksaan Uji Lari Inovasi
Langkah Perlaksanaan
Langkah 1 Guru menerangkan peraturan penggunaan Formula Kitaran Sahwi di dalam menu utama.
Langkah 2
Guru mengajarkan formula kitaran sahwi yang terdapat pada bahagian “Jom Belajar”.
Langkah 3
Guru menguji murid menerusi permainan putaran sahwi
Langkah 4
Murid akan menjawab soalan kuiz menerusi aplikasi quizizz secara berkumpulan.
Langkah 5 Kumpulan yang dapat menjawab dengan betul dan cepat dikira sebagai pemenang
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Bagi menguji keberkesanan produk yang dihasilkan, satu uji lari telah dijalankan kepada
beberepa pengguna yang terdiri daripada beberapa rakan-rakan guru pelatih Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang dan beberapa orang awam. Seramai lima orang rakan guru pelatih
dan 10 orang awam sebagai responden telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan bagi
mengenal pasti keberkesanan aplikasi yang telah dihasilkan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
351
Berdasarkan uji lari yang telah dilakukan kepada responden yang terlibat khususnya mereka
kelihatan sangat seronok menggunakan aplikasi yang dihasilkan ini. Sebelum menggunakan
aplikasi ini, mereka tidak dapat mengetahui apa itu sujud sahwi serta pergerakannya. Setelah
menggunakan aplikasi ini, mereka berhasil mengingati konsep serta pergerakan sujud sahwi
tersebut. Berikut merupakan min keseluruhan keberkesanan aplikasi yang telah diproses bagi
setiap item dalam soal selidik.
Jadual 2: Min Keberkesanan Inovasi Kitaran Sahwi
Bil Item Min
1 Inovasi digital ini sangat berkesan untuk dijalankan dalam topik Sujud Sahwi 4.5
2 Saya berasa sangat seronok semasa menggunakan inovasi digital ini 4
3 Inovasi digital ini menggunakan elemen yang kreatif dan menarik 4.5
4 Inovasi digital ini membantu saya untuk mengekalkan ingatan dalam memori
jangka masa panjang
5
5 Inovasi ini dapat meningkatkan motivasi diri saya untuk belajar 4.7
6 Penggunaan inovasi digital ini tidak membosankan saya 4.1
7 Saya mudah memahami cara untuk menggunakan inovasi digital ini 4.7
8 Inovasi digital ini sangat sesuai dijalankan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran
4.5
9 Saya dapat memahami tajuk ini setelah menggunakan inovasi digital ini 4.7
10 Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan saya apabila menggunakan aplikasi
inovasi digital ini.
4.5
11 Inovasi ini menjimatkan tenaga elektrik 4.3
Jadual 2 di atas merupakan data yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk min. Berdasarkan
analisis yang dilakukan, saya telah membahagikan item tersebut kepada beberapa kriteria iaitu
inovasi Formula Kitaran Sahwi menarik dan seronok digunakan, inovasi Formula Kitaran Sahwi
dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan terhadap pembelajaran serta inovasi Formula
Kitaran Sahwi berkesan dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
kriteria tersebut, saya telah memindahkan purata skala yang diberikan daripada item kepada
bentuk graf untuk melihat keberkesanannya dengan lebih jelas seperti Rajah 1, Rajah 2 dan
Rajah 3.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
352
0 0
18
9
20
0
5
10
15
20
25
1 2 3 4 5
Inovasi Formula Kitaran Sahwi Menarik dan Seronok Digunakan
Rajah 1: Item 2 (Keseronokan),3 (Menarik) dan 6 (Tidak Membosankan) daripada soal
selidik
0 0 5
15
40
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
1 2 3 4 5
Inovasi Formula Kitaran Sahwi Membantu Meningkatkan Kefaham dan Ingatan Terhadap PdP
Rajah 2: Item 4 (Mengingat),5 (Motivasi),7 (Mudah) dan 10 (Jimat) soal selidik
0 05
15
20
0
5
10
15
20
25
1 2 3 4 5
Inovasi Formula Kitaran Sahwi Sesuai Digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Rajah 3: Item 1(Berkesan),8 (Kesesuaian) dan 9 (Pemahaman) daripada soal selidik
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 FORMULA KITARAN SAHWI
353
KEBERKESANAN INOVASI
Memudahkan Proses Pemahaman terhadap PdP
Peserta uji lari ini tidak mempunyai latar pendidikan sekolah agama. Peserta-peserta ini juga
menyatakan bahawa minat dalam bidang pendidikan Islam adalah kurang kerana mempunyai
fakta yang padat dan istilah yang sukar untuk diingat dan difahami. Namun dengan penggunaan
aplikasi TMK ini, respon yang diberikan oleh peserta amat memberangsangkan. Tambahan pula,
mereka mudah memahami konsep sujud sahwi dengan betul.
Membantu Untuk Mengingat Pergerakan Sujud Sahwi
Hasil daripada penilaian yang dilaksanakan sebelum dan selepas penggunaan inovasi ini
menunjukkan peningkatan. Hal ini kerana sebelum menggunakan inovasi ini guru pelatih masih
keliru dan tidak yakin dengan pergerakan sujud sahwi ini. namun setelah menggunakan bahan
inovasi ini, mereka dapat menjawab penilaian tentang pergerakan sujud sahwi dengan yakin dan
betul. Malah sesi soal jawab dan amali pula menunjukkan bahawa keberkesanan bahan inovasi
ini dapat memperbetulkan kesalahan yang selalu dibuat dalam pergerakan solat seperti
kedudukan kaki ketika duduk antara dua sujud.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru perlulah menguasai pedagogi pengajaran pada masa kini.
Oleh itu, inovasi digital merupakan satu kaedah yang sesuai bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan peredaran zaman murid pada masa kini. Tuntasnya, inovasi
Formula Kitaran Sahwi merupakan satu daripada usaha saya dalam pengajaran bidang ibadah
untuk membantu memperbaiki ibadah solat murid terutamanya berkaitan dengan kedudukan dan
pergerakan solat dengan cara yang mudah dan seronok.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
354
‘AKRONIM STaQ’ MEMBANTU MURID UNTUK MENGHAFAL
SUNAT-SUNAT ABA’D DALAM SOLAT BAGI MURID TAHUN TIGA
Salwana Binti Mohd Suyuty
PISMP PA JUN 2017
Twinkle “STaQ” – Inovasi yang dihasilkan bagi kegunaan para guru sebagai bahan
bantuan mengajar dalam Pendidikan Islam dalam bidang ibadah. Inovasi ini
fokuskan Sunat-sunat Aba’d dalam solat. Produk inovasi yang berunsurkan
penggunaan akronim bagi membantu murid untuk menghafal nama-nama Sunat
Aba’d dalam bentuk multimedia. Bukan itu sahaja, menggunaan bahan multimedia
dalam pengajaran dapat meningkatkan minat murid-murid untuk belajar disamping
membantu mereka untuk meningkatkan pengetahuan terhadap Sunat-Sunat Aba’d.
SITUASI SEBELUM INOVASI DIJALANKAN
Terdapat beberapa isu pembelajaran yang dikenalpasti sepanjang praktikum fasa
satu yang telah dijalankan selama tiga bulan di sekolah terpilih. Isu-isu pembelajaran
tersebut adalah murid-murid kurang pemahaman terhadap Sunat-sunat Aba’d dan
murid-murid menghadapi kesukaran dalam menghafal sunat-sunat aba’d. Hal ini
menyebabkan murid-murid rasa was-was untuk melakukan sujud sahwi jika
tertinggal sunat aba’d dalam solat. Menurut Wan Nurul Diyanah dan Saidi (2013)
menyatakan bahawa kelemahan murid-murid dalam memahami sunat-sunat Aba’d
menyebabkan mereka berpendapat bahawa sujud sahwi wajib dilakukan jika
tertinggal sunat-sunat Aba’d. Pernyataan ini dibuktikan dari lembaran kerja murid
yang diberikan oleh pengkaji semasa pelaksanaan praktikum pasa satu. Terdapat
murid-murid Islam tahun 3 yang masih lemah dalam pemahaman Sunat-sunat
Aba’d.. Oleh hal demikian, saya bertanggungjawab untuk menangani masalah ini.
Melalui kursus PIMK 3153 Inovasi Digital yang ditawarkan, saya menggunakan
elemen ini untuk membantu murid dalam menyelesaikan isu pembelajaran ini. Saya
menggunakan bahan bantu mengajar yang berunsurkan multimedia sesuai dengan
dunia era digital.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
355
INOVASI YANG DIJALANKAN
Pengkaji merancang untuk menerapkan penggunaan akronim “STaQ” sebagai
medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menghafal
nama-nama sunat aba’d dengan betul dan cepat serta meningkatkan pengetahuan
murid terhadap sunat-sunat Aba’d. Menurut Mohd Romei, Harun dan Mohd Aderi
(2016), mereka menyokong penerapan teknik akronim dalam pengajaran malahan
teknik ini sesuai diterapkan dalam Pendidikan Islam dimana ia menggabungkan
huruf-huruf pertama agar ia mudah dihafal oleh murid. Inovasi ini telah
ditransformasikan kepada bentuk digital melalui perisian Powerpoint, media Quizzez
dan Telegram bagi meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Jadual 1 menunjukkan langkah yang diambil bagi pelaksanaan
penggunaan produk inovasi digital sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam di sekolah.
Jadual 1: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1 Set Induksi
• Murid diajukan oleh guru “Teka-teki” yang berkaitan dengan Sunat Aba’d dimana ia berkisarkan situasi seseorang terlupa untuk membaca Doa Qunut pada Solat Subuh.
• Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari
2 Penerangan
• Murid mendengar penerangan guru mengenai pengertian bagi sunat Aba’d.
• Murid diperkenalkan akronim “STaQ” oleh guru dan murid bersoal jawab dengan guru.
• Murid mendengar penerangan guru secara teperinci mengenai amalan sunat-sunat Aba’d dalam solat.
3 Latihan
Pengukuhan
• Murid mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan aktiviti.
• Setiap murid berpeluang untuk menjawab kuiz melalui aplikasi Quizzez dan Telegram.
• Setiap jawapan yang betul diberikan penghargaan dari guru dan setiap jawapan yang kurang tepat diberikan motivasi dari guru.
4 Permainan
Roket Aba’d
• Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
• Setiap kumpulan berpeluang untuk berinteraksi dengan produk inovasi Twinkle “STaQ” menggunakan komputer riba yang disediakan kepada setiap kumpulan.
5 Penutup
• Guru bersoal jawab dengan murid perihal tindak balas mereka terhadap inovasi Twinkle “STaQ”
• Murid mendengar nasihat daripada guru mengenai pengamalan sunat-sunat dalam Solat.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
356
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Inovasi ini telah dilaksanaan mengikut model yang terpilih iaitu Model ASSURE.
Jadual 2: Pelaksanaan Langkah-langkah Pengajaran
Fasa/Langkah Pelaksanaan Langkah-langkah Model ASSURE
1. Analisis
• Saya mengenalpasti isu pembelajaran melalui refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran pada praktikum fasa 1 iaitu:
• Murid-murid kurang pemahaman terhadap Sunat-sunat Aba’d
• Murid-murid menghadapi kesukaran dalam menghafal Sunat-sunat aba’d.
2. Penyataan Objektif
• Saya menyatakan objektif inovasi Twinkle “STaQ” iaitu:
• Murid dapat menerangkan perkara-perkara Sunat Aba’d dalam solat dengan betul.
• 2. Murid dapat menghafal Nama-nama Sunat aba’d dengan betul.
3. Pilih Kaedah, Media dan Bahan.
• Saya memilih kaedah, media dan bahan yang sesuai bagi P&P saya.
• Kaedah :Akronim “STaQ”
• Media :Powerpoint, Quizezz dan Telegram
• Bahan : Audio, Grafik, Animasi, Slaid
4 Menggunakan Media dan Bahan
• Kemudian, produk inovasi saya disemak agar ia dapat digunakan dengan lancar disamping meminta pandangan rakan sepengajian untuk memberi pandangan mereka agar produk ini dapat tambahbaik.
• Selain itu, sediakan bahan untuk kegunaan kelas, memilih tempat yang sesuai untuk sesi P&P dan menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
• Bukan itu sahaja, saya juga behubung dengan pihak sekolah agar ujilari produk saya dapat dijalankan di sekolah tersebut seperti yang dinyatakan pada Lampiran A.
5. Penglibatan Murid dalam Pembelajaran
• Pada fasa ini, saya melaksanakan ujilari produk dengan menglibatkan murid-murid dalam pembelajaran melalui pembelajaran berpusatkan kepada bahan. Maklumat pelaksanaan ujilari seperti berikut:
• Tarikh : 16 Mac 2020
• Tempat : Bilik Dinamik Sekolah Kebangsaan Ong Tiang Swee.
• Murid Terlibat : Sepuluh orang murid tahun 3 yang terdiri dari 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
• Semasa pelaksanaan P&P juga saya menilai kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja.
6. Nilai dan Semak Semula
• Pada fasa terakhir, saya menilai semula data pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja murid jika ia menunjukkan tindakbalas yang positif bermakna penghasilan produk saya berjaya.
• Bukan itu sahaja, penggunaan produk inovasi semasa dan selepas proses P&P juga dinilai agar guru berpeluang membuat pembetulan dan tambahbaik melalui tindakan susulan.
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
357
Rajah 1,2,3 : Pelaksanaan Inovasi di Peringkat Sekolah
Jadual 3 : Manual penggunaan Inovasi Twinkle STaQ
Manual penggunaan Inovasi Twinkle STaQ
Matapelajaran dan Bidang
Menu Utama
Butang Home
Butang Menu Utama
Butang
Seterusnya
Butang
Kembali
Akronim STaQ pada Sunat Aba’d
Sunat Aba’d
Quiz Bot melalui Telegram Kuiz melalui Quizzez
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
358
Penilaian murid terhadap inovasi Twinkle “STaQ”mengikut aspek kognitif,
afektif dan psikomotor.
Rajah 4: Pencapaian murid aspek kognitif
Rajah 4 menunjukkan pencapaian murid aspek kognitif dikategori pada tahap
cemerlang dimana 90% murid menunjukkan peningkatan markah pada lembaran
kerja dari markah sebelum kepada markah selepas penggunaan produk inovasi.
FAEDAH INOVASI TWINKLE “STaQ”
a) Meningkatkan penglibatan murid secara aktif terhadap pengajaran.
b) Meningkatkan pengetahuan murid mengenai Sunat-sunat Aba’d melalui
penggunaan teks, grafik, audio dan animasi dalam multimedia yang dihasilkan.
c) Membantu murid untuk menghafal nama-nama Sunat-sunat Aba’d cepat dan
mudah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan guru pelatih secara aktif dalam penghasilan dan
pelaksanaan produk inovasi ini adalah penting bagi tambah baik amalan pengajaran
dan pembelajaran murid melalui menyelidik semula masalah pembelajaran murid-
murid seterusnya, bertindak sewajarnya bagi menangani isu pembelajaran ini. Saya
berharap melalui alternatif produk inovasi Twinkle “STaQ” ini memberikan impak
positif kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid. Bukan itu sahaja,
malahan produk inovasi ini boleh diaplikasikan oleh para guru yang menghadapi
0%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
Ujian Pra
Ujian Pos
Koleksi Inovasi Digital Jilid 3 Twinkle “STaQ”
359
masalah sama. Semoga produk ini dapat dimanfaatkan kepada sesama masyarakat
dan menjadi sebahagian dari amal jariah saya. Wallahua’lam.