Format Taklimat

6
Ucapan Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang Mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala. Format Ucapan 1. Kata alu-aluan atau sapaan 2. Kandungan 3. Penutup 4. Aspek kebahasaan Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa menyediakan atau menyampaikan ucapan ialah: Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan. Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok. Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual. Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh. Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor. Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai. ____________________________________________________________ ________

Transcript of Format Taklimat

Page 1: Format Taklimat

UcapanDimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang Mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala.

Format Ucapan

1. Kata alu-aluan atau sapaan2. Kandungan3. Penutup4. Aspek kebahasaan

Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa menyediakan atau menyampaikan ucapan ialah:

• Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan.

• Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok.

• Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual.

• Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh.

• Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor.

• Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai.

____________________________________________________________________

Taklimat

Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak.

Format Taklimat

Page 2: Format Taklimat

Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.

Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi:

• Tajuk• Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol• Kata alu-aluan• Pengenalan diri, organisasi, jawatan• Kandungan taklimat• Penutup • Sesi soal jawab

Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi:

• Tajuk• Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa• Puji-pujian• Ringkasan penyampaian taklimat• Kandungan• Sesi soal jawab

FORMAT TAKLIMAT

Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir.

1. Taklimat satu taraf khalayak

Tajuk

Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol

Kata-kata aluan

Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat.

Kandungan taklimat

Penutup

Sesi soal jawab

Page 3: Format Taklimat

2.Taklimat dua taraf khalayak

tajuk

salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa

puji-pujian

ringkasan sembah taklimat

kandungan

sesi soal jawab

KANDUNGAN TAKLIMAT

Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada :

1. Apa yang hendak dimaklumkan

taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak

yang menyampaikan taklimat itu.

2. Apa yang khalayak ingin tahu

taklimat jernis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, seperti

membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta

menyusunnya dengan baik.

Contoh taklimat

Page 4: Format Taklimat

Teks Format

MUZIUM PERAK

Oleh

Kurator Muzium

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Larut Matang, Yang dikasihi Guru

Penasihat Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini, cikgu-cikgu

dan ahli-ahli persatuan berkenaan. Assalamualiakum dan selamat

pagi.

Saya selaku Kutaror Muzium Perak, terlebih dahulu ingin

merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan

Alam dan Manusia sekolah ini sudi menjemput saya untuk

memberi sedikit maklumat tentang muzium Perak

Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita sama-sama

meninjau kembali sejarah Muzium Perak ini. Muzium ini terletak

di Jalan Taming Sari, Taiping dan merupakan muzium yang tertua

di Malaysia.

Muzium Perak telah diasaskan pada tahun 1883 oleh Inggeris

secara berperingkat-peringkat. Pembinaan keseluruhan bangunan

utama muzium ini siap dalam tahun 1903 dan merangkumi empat

buah balai pameran utama dan sebuah pejabat serta perpustakaan.

Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam

penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya,

koleksi ditumpukan kepada bahagian zologi, herbarium, arkeologi

dan ethnologi. Beberapa buah buku juga dijilid tahun demi tahun

Tajuk

Sapaan Biasa

Salam

Kata-kata Aluan

Pengenalan Muzium

dan Sejarah Ringkas

Kandungan taklimat

Page 5: Format Taklimat

untuk perpustakaan.

Pada masa sekarang, muzium sedang mengadakan pameran

senjaya zaman batu dan seterusnya akan menhadakan Hari

Muzium Terbuka yang akan dirasmikan Oleh D.Y.T.M

Pemangku Raja Perak, Raja Nazri Shah. Para hadirin dijemput

hadir.

Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Perak.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukan kepada saya

dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

Kandungan taklimat

Penutup