Folio Tamadun

48
Kejuruteraan kimia di dalam al-Quran Ole h AL-MUHANDISAH PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang. DI DALAM al-Quran, terkandung ayat-ayat yang mengajar manusia mengenai sains dan teknologi, contohnya seperti kejadian manusia di dalam Surah al-Alaq (kejadian) serta penggunaan besi di dalam surah al-Hadid (besi). Menjadi kewajipan umat Islam untuk memahami intipati al-Quran yang merupakan kalam Pencipta (Allah) kepada kejadian yang dicipta (manusia) sebagai panduan hidup yang meliputi segala bidang termasuklah bidang kejuruteraan kimia. Ayat 7 dan 8 di dalam Surah al-Zalzalah (gempa bumi) yang berbunyi "... Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!" memberikan gambaran kepada manusia bahawa mereka akan menjalani sesi hisab dan jaza' (pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka di atas kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia walaupun perbuatannya sebesar 'zarah'. Perkataan 'zarah' ini dalam istilah ilmu kimia merujuk sama ada molekul, atom ataupun ion yang terlalu seni (kecil) yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terhad untuk dilihat dengan

Transcript of Folio Tamadun

Kejuruteraan kimia di dalam al-QuranOleh AL-MUHANDISAHPENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang.DI DALAM al-Quran, terkandung ayat-ayat yang mengajar manusia mengenai sains dan teknologi, contohnya seperti kejadian manusia di dalam Surah al-Alaq (kejadian) serta penggunaan besi di dalam surah al-Hadid (besi).Menjadi kewajipan umat Islam untuk memahami intipati al-Quran yang merupakan kalam Pencipta (Allah) kepada kejadian yang dicipta (manusia) sebagai panduan hidup yang meliputi segala bidang termasuklah bidang kejuruteraan kimia.Ayat 7 dan 8 di dalam Surah al-Zalzalah (gempa bumi) yang berbunyi "... Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!" memberikan gambaran kepada manusia bahawa mereka akan menjalani sesi hisab dan jaza' (pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka di atas kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia walaupun perbuatannya sebesar 'zarah'.Perkataan 'zarah' ini dalam istilah ilmu kimia merujuk sama ada molekul, atom ataupun ion yang terlalu seni (kecil) yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terhad untuk dilihat dengan peralatan saintifik yang canggih serta kompleks seperti Transmission Electron Microscopy (TEM) dan Nuclear Magnetic Resonans (NMR).Saiz satu zarah boleh bermula dengan skala pengukuran terkecil Angstrom meter (x10-10m). Manusia mempercayai kewujudan molekul, atom dan ion yang abstrak (pada saiz Angstrom meter) walaupun tidak dapat dilihat, disentuh, dan dirasa. Apabila molekul, atom dan ion membentuk atau bergabung menjadi sebatian bahan, barulah sifat-sifatnya dapat dilihat, disentuh dan dirasai. Contoh sifat-sifat tersebut seperti warna, bentuk, fasa, kebolehlarutan, menghakis dan sebagainya.Konsep ini adalah sama dengan konsep ketuhanan, yang tidak dapat dilihat, didengar, dirasa dan disentuh, tetapi masih ada manusia yang tidak mempercayai kewujudan Allah yang menjadikannya. Apabila manusia mula mempercayai kewujudan zarah, muncullah bidang-bidang pengajian asas kimia sehinggalah ia berkembang menjadi bidang kejuruteraan kimia bagi pembangunan dan perkembangan kehidupan manusia seterusnya.Teori awal kewujudan atom telah dikesan oleh ahli falsafah Greek iaitu Democritus dan seterusnya telah dimodenkan lagi konsepnya dan teorinya oleh John Dalton sekitar tahun 1803.Di dalam ayat al-Zalzalah ini, Allah menerangkan bahawa besarnya impak perkara baik dan buruk yang kita lakukan semasa di dunia akan memberi kesan kepada kehidupan manusia dan alamnya walaupun sebesar zarah. Sifat-sifat zarah ini perlu difahami serta dihalusi dengan teliti agar tidak memberi kemudaratan serta permasalahan di dalam sesuatu proses kimia yang berskala atau bersaiz besar. Sifat-sifat zarah seperti kebolehlarutan, potensi kimia, corak taburan cas, daya-daya tarikan, daya-daya tolakan, saiz molekul, kelektronegatifan, keelektropositifan, kebolehan membentuk ikatan kimia seperti ikatan hidrogen pada skala mikroskopik antara yang akan mempengaruhi sifat proses kimia pada skala makroskopik seperti kebolehaliran, ketumpatan, termodinamik, perubahan fasa serta kebolehcampuran.Antara contoh yang ketara kenapa sifat dan kelakuan molekul perlu difahami ialah pembentukan pepejal hidrat semasa proses pengeluaran gas hidrokarbon dari telaga simpanan gas dan minyak. Campuran gas hidrokarbon-air itu mempunyai gas lain juga seperti NOx, SOx yang menyebabkan molekul-molekul NOx, H2S, SOx lebih tertarik kepada molekul air bagi membentuk ikatan hidrogen yang kuat dan banyak.Lama kelamaan apabila kepekatan (bilangan molekul) campuran air, NOx, SOx makin bertambah, titik supersaturasi akan dicapai untuk memacu perubahan fasa gas kepada pepejal yang bersaiz nano. Pepejal bersaiz nanometer (x10-9m) ini kemudiannya akan semakin membesar lalu membentuk kerak pada dinding pada aliran paip. Kerak ini akan lebih membesar seperti mana yang berlaku pada paip sinki di dapur kita yang akan menyebabkan aliran bendalir tersumbat.Seterusnya akan menyebabkan operasi pengeluaran tergendala serta menyebabkan kerugian kos beratus juta ringgit. Di negara-negara maju seperti Amerika, Britain dan Jerman, para saintis dan jurutera daripada syarikat terkemuka seperti Shell, BP, BASF, Glaxo Smith Klime, dan Pfizer telah lama mengkaji dan memahami sifat asal zarah dalam peringkat pembangunan proses dan produk industri-industri kimia mereka agar dapat dikawal dengan baik bermula daripada peringkat molekul.Sebagai kesimpulan, jurutera kimia perlulah mula melakukan anjakan ilmu untuk memahami proses-proses yang mereka kendalikan bermula dari peringkat molekul yang sejajar dengan saranan al-Quran kepada manusia.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121102/re_06/Kejuruteraan-kimia-di-dalam-al-Quran#ixzz3EuB6k0Y3 Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, May 2, 201110 ciptaan terhebat saintis IslamSEJAK sebelum zaman kebangkitan era teknologi dunia Barat, para saintis Islam adalah pelopor dalam dunia reka cipta. Kebanyakan ciptaan terkenal itu sudah mencecah ratusan tahun tetapi masih tetap digunakan tanpa kita sedar pada era serba moden ini. Berikut adalah 10 reka cipta yang dihasilkan daripada idea bernas saintis Islam terdahulu;

1KOPI: Idea asal tercetus apabila seorang penggembala kambing bernama Khalid di wilayah Kaffa di selatan Habsyah mendapati kambing peliharaannya menjadi lebih bertenaga selepas memakan buah kopi. Dia merebus biji-biji kopi untuk menghasilkan kopi pertama di dunia. Minuman itu dieksport ke Makkah dan Turki pada akhir abad ke-15. Kopi Arab dibawa masuk ke London pada 1650 oleh pedagang Turki. Minuman kopi kini dikenali dengan pelbagai jenama di seluruh dunia.

2KAMERA LUBANG JARUM: Orang Yunani kuno pada awalnya menganggap mata manusia boleh memancarkan cahaya seperti laser yang membolehkan kita melihat. Individu pertama yang menyedari cahaya memasuki ke dalam mata adalah ahli matematik, astronomi dan fizik Islam pada abad ke-10, Ibn al-Haitham. Beliau mencipta kamera lubang jarum pertama digelar 'Obscura (dalam bahasa Arab digelar qamara yang bermaksud bilik gelap) iaitu selepas memerhatikan cahaya menembusi lubang tingkap. Hasil kajiannya mendapati lebih kecil lubang pada kamera lebih jelas gambar yang dihasilkan.

3CATUR: Permainan catur dipercayai direka oleh orang Islam di India dan digelar sebagai chaturanga daiam bahasa Sanskrit yang bermaksud mempunyai empat kaki, merujuk kepada empat peringkat bahagian tentera India kuno. Dalam permainan catur moden, pemain perlu melindungi raja mereka tetapi chaturanga adalah sebaliknya. Bentuk permainan catur moden masih mengekalkan konsep sama seperti sebelum ini.

4PAYUNG TERJUN: Ribu tahun sebelum adik beradik Wright mencipta kapai terbang seorang penyajak, ahli astronomi dan jurutera bernama Abbas ibn Firnas sudah melakukan usaha membina mesin terbang. Pada tahi 852 sebelum Masihi, beliau pernah cuba untuk terjun dari sebuah masjid di Cordoba dengan menggunakan jubah yang dipasang dengan kayu, menyerupai kepak burung tetapi gagal. Abbas tidak berputus asa, pada umur 70 tahun, beliau mencipta mesin daripada bulu burung helang dan berjaya terbang selama 10 minit.

5SYAMPU: Kebersihan diri adalah suatu perkara yang harus dalam agama Islam, sekali gus, ia turut mencetuskan idea awal untuk menghasilkan sabun dan syampu yang masih terus digunakan pada masa ini. Orang Arab menggunakan campuran minyak sayuran bersama natrium hidroksida dan wangian untuk mencipta sabun. Syampu rambut diperkenalkan oleh pemilik Mahomed Indian Yapour Baths pada 1759, yang turut menawarkan khidmat mencuci rambut kepada Raja George IV dan William IV.

6TEKNIK PENYULINGAN: Teknik penyulingan berdasarkan tahap didih cecair dicipta sekitar tahun 800 sebelum Masihi oleh saintis terkemuka Islam, Jabir ibn Hayyan, Beliau banyak melakukan penyelidikan dalam bidang ilmu kimia. Jabir turut menemui beberapa jenis asid yang diubah untuk menghasilkan pelbagai jenis wangian. Beliau juga adalah bapa kepada pengasas ilmu kirnia moden yang sangat menekankan eksperimen secara sistematik.

7ACI ENGKOL: Aci engkol digunakan pada logam berputar yang menyambungkan engkol dengan rod penyambung bagi menukar gerakan turun naik kepada gerakan berpusing. Ciptaan itu juga menjadi salah satu penemuan mekanikal terpenting dalam sejarah manusia. la dicipta oleh jurutera Islam, al-Jazari yang juga digelar sebagai 'bapa robot' kerana turut menghasilkan jam mekanikal pertama yang berftmgsi menggunakan air.

8BAJU PERISAI: Sejarah rekaan pakaian dua lapisan kain dan bahan penebat yang dijahit bersama masih tidak jelas. Ini kerana tidak diketahui sama ada ia dicipta oleh orang Islam atau diimport dari India atau China. Bagaimanapun ia dipercayai tiba di negara Barat melalui tentera semasa Perang Salib. Baju perisai digunakan sebagai pelindung daripada serangan musuh pada era tersebut.

9SENI BINA BERLENGKUNG: Rekaan lengkung di kebanyakan gereja besar di Eropah dipinjam daripada ilmu seni bina Islam. la menjadikan bangunan kelihatan lebih tinggi dan besar. Orang di Barat dan beberapa istana di Eropah juga meniru seni bina dalaman dan teknik reka bentuk luar bangunan yang dicipta oleh arkitek Islam.

10ALATAN PEMBEDAHAN: Kebanyakan rekaan alatan untuk pembedahan moden adalah sama seperti yang digunakan oleh pakar bedah al-Zahrawi pada abad ke-10. Pada abad ke-13, seorang lagi ahli perubatan Islam, Ibn Nafis mengkaji peredaran darah dalam badan manusia, iaitu kira-kira 300 tahun sebelum ahli fizik Britain, William Harvey melakukan penyelidikan itu.

sumber : Sinar Harian

AHAD, 22 OGOS 2010ALAM SEKITARLANGKAH-LANGKAH MENGATASI OLEH PIHAK KERAJAANDisediakan oleh:Ahmat faizal bin Abas206080

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara. Bagi isu besar seperti pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.DICATAT OLEH HIDOP KITADI9:51 PTG0 ULASAN

ARKIB : 13/08/2009Zulkifli Haron cipta motor terbangOleh KHAIRUNNISA [email protected]

Advertisement

rekaan basikal menggunakan kuasa solar antara inovasi Zulkifli.

Saban tahun pasti ada saja rekaan terbarunya yang menggemparkan. Siapa yang tidak kenal dengan McGyver Malaysia ini yang banyak membantu orang kurang upaya (OKU), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), warga emas dan banyak lagi.Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar, kini ikon reka cipta yang telah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia kreativiti dan inovasi,Zulkifli Haronbakal muncul dengan rekaan hebat yang menggemparkan masyarakat.Apa yang bakal dihasilkan mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesiapa atau mungkin ada yang mengatakan kerja gila.Jika dulu beliau bermula dengan rekaan kereta berjalan tanpa pemandu dan kenderaan boleh parkir sendiri yang dikatakan idea gila suatu masa dulu.Tetapi kini, idea dan ciptaan Zulkifli mula dilihat pada kereta-kereta import dan mewah.Sehinggakan kedainya di Rawang, Selangor penuh dengan kuih muih menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda terima kasih atas bantuannya memudahkan pengeluaran kuih tradisional.Biarpun penuh dengan cabaran, galakan dan cemuhan, idea Zulkifli terus berputik dan berbunga dengan rekaan yang lebih sukar diterima akal."Kali ini saya sedang dalam usaha mencipta satu kenderaan iaitu motor terbang atau nama komersialnya Motobunn.''Walaupun Motobunn yang masih dalam peringkat kajian satu protaip berjaya dihasilkan," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Rawang, Selangor.Zulkifli berkata, idea mencipta Motobunn timbul ekoran beliau mahukan sesuatu yang baru dalam rekaannya."Jadi saya inginkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa tetapi boleh dilakukan," tegas beliau.Zulkifli berkata, sebagai pereka yang dikenali ramai beliau sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diketengahkan.Motobunn yang direka bukan tujuan untuk pengangkutan tetapi lebih kepada tujuan keselamatan dan menyelamat semasa berlakunya bencana."Kenderaan ini boleh digunakan semasa banjir, kebakaran di atas bangunan, runtuhan bangunan, kapal terbang atau helikopter terhempas di kawasan sempit dan kerja menyelamat serta pemantauan di kawasan kecil."Penggunaan Motobunn amat berguna bagi pemantauan di kawasan kecil kerana tidak memerlukan kawasan pendaratan yang besar seperti helikopter," katanya.Buat masa ini, bagi tujuan kajian, Motobunn menggunakan tenaga elektrik dan pada masa hadapan menggunakan bateri titanium ion yang lebih ringan dan berkuasa.Motobunn menggunakan konsep graviti sama seperti payung terjun tetapi mempunyai dua buah motor enjin berkelajuan tinggi.Buat masa ini beliau telah berjaya menghasilkan Motobunn dengan berat 30 kilogram (kg) dengan daya tujahan sehingga 120 kg."Saya akan cuba mengurangkan berat motor sehingga 25 kg bagi membolehkan pengguna membawa muatan ringan seperti kamera atau alatan penyelamat."Motobunn dibina untuk membawa penumpang dengan berat purata rakyat Malaysia iaitu 45 hingga 55 kg bagi tujuan bantuan menyelamat seperti memberikan tali kepada mangsa," katanya.Walaupun masih dalam pembinaan, Zulkifli amat memerlukan komen orang ramai mengenai Motobunn yang sedang dibangunkan."Saya amat memerlukan maklum balas dan kritikan orang ramai bagi memperbaiki rekaan-rekaan saya," katanya yang tidak lokek ilmu.Operasi Zull Design mendapat dana daripada pelbagai agensi selain menggunakan 40 peratus hasil perniagaan untuk meluaskan lagi ciptaannya.Malah beberapa tahun lalu rekaan Zulkifli pernah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa seperti Kanada, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Brunei, Thailand, Jepun, Korea dan Taiwan.Zulkifli berkata, pengusaha dari negara berkenaan datang untuk berbincang bagi menyelesaikan pelbagai masalah."Usahawan luar negara berminat dengan rekaan saya kerana dengan rekaan yang sama saya hanya menggunakan kos yang amat rendah," katanya,Beliau yang banyak menggunakan teori kejuruteraan berbalik(reverse engineering) iaitu mengambil sesuatu rekaan dan mengubah suai untuk keperluan semasa."Misalnya mesin basuh sekarang direka oleh Jepun dan negara Barat tidak mementingkan kitaran air semasa basuhan."Dengan sedikit perubahan, kita boleh menghasilkan mesin basuh yang menjadikan basuhan lebih suci dan halal."Dan mesin basuh ini boleh dipatenkan dan dijadikan projek nasional dan jika berjaya mempunyai pasaran yang besar seluruh dunia," katanya.Ditanya adakah bidang kreativiti dan inovasi yang didakwa sukar oleh sesetengah pihak, Zulkifli berkata, masalah timbul apabila mereka berguru dengan orang yang salah - guru yang tidak kreatif."Mereka memerlukan guru yang penuh dengan idea dan kreativiti bagi membantu menyuburkan lagi idea."Menerusi pengalaman lebih 20 tahun dengan segala kesilapan, kejatuhan, pahit maung dalam kreativiti saya amat berharap dapat membantu generasi muda," katanya.Berdasarkan ramuan yang berjaya, Zulkifli merasakan wajib menyampaikan ilmu yang ada kepada generasi muda.Beliau berharap mereka tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan sebelum ini.Membina kejayaan daripada kegagalan, Zulkifli bercadang membina pusat latihan Hand Made Production Centre bagi membantu membentuk usahawan baru.Pusat tersebut yang akan dibina di Selangor dengan bantuan dan sokongan agensi kerajaan dan swasta menyasarkan siswazah menganggur, ibu tunggal dan pesara bagi sebagai satu cara menambah pendapatan.Kursus insentif selama sebulan meliputi enam modul iaitu robotik, automasi, baiki dan ubahsuai telefon, baiki peralatan rumah, ternakan dan pembuatan mesin."Mereka yang tamat kursus dan berjaya akan dilantik sebagai vendor untuk mengeluarkan mesin-mesin yang diperlukan oleh pelanggan."Pada masa yang sama, saya boleh meneruskan kerja-kerja R&D bagi membina lebih banyak peralatan bagi membantu masyarakat," katanya.Sehingga kini beliau telah melahirkan beberapa usahawan muda termasuk pengusaha kuih tradisional, penternak ikan, usahawan kedai membaiki peralatan elektrik dan automasi."Setelah 20 tahun menceburkan diri dalam bidang kreativiti dan inovasi, saya ingin melihat lebih ramai lagi Zulkifli Haron dalam masyarakat," katanya.Sesiapa yang berhasrat memberikan komen, kritikan atau maklum balas mengenai rekaan Zulkifli boleh menghantarnya [email protected] juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Zull Design di laman webwww.zulldesign.com.my

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm#ixzz3EufvrRZS Utusan Melayu (M) Bhd

Author:maeya_78 Time:4-2-2007 05:22 PMTragedi Highland Towers calitan nestapa negaraOleh Nasron Sira Rahim

Peristiwa terburuk dalam sejarah industri pembinaan Malaysia tercatat pada 11 Disember 1993.

LELAKI itu tergamam melihat apa yang berlaku di hadapannya! Mulutnya ternganga tanpa mampu mengeluarkan sebarang suara. Badannya menggigil ketakutan.

Kejadian di hadapan matanya sungguh menggemparkan. Bangunan gah di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor; itu tiba-tiba runtuh menyembah bumi.

Dia menelan air liur mengenangkan keadaan manusia yang mungkin berada dalam pangsapuri Highland Towers, 12 tingkat itu runtuh.

Jam menunjukkan sekitar 1.35 petang ketika dia berasa gegaran kuat persis gempa bumi. Sejurus kemudian dilihatnya Blok A, pangsapuri Highland Towers itu runtuh selepas 14 tahun berdiri megah.

Kejadian 11 Disember 1993 itu menggemparkan seluruh negara dan mencatat sejarah terburuk dalam industri pembinaan Malaysia.

Sebaik kejadian, kawasan runtuhan dipenuhi pelbagai pihak berkuasa untuk menjalankan operasi menyelamat. Sebahagian besar penghuni adalah rakyat asing yang bekerja di negara ini. Antara yang terperangkap dalam runtuhan pangsapuri 50 unit itu ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Musa dan isteri.

Media massa turut memenuhi kawasan lokasi kejadian untuk melaporkan tragedi terburuk dalam sejarah negara itu.

Bilik gerakan ditubuhkan petang itu dan pasukan mencari dan menyelamat mangsa digerakkan segera. Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikejarkan ke tempat kejadian.

Beberapa jam kemudian 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.

Dua helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu sebuah Nuri dan sebuah Alouette turut membantu usaha menyelamat.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat tidak semudah yang disangka. Kerutan di dahi petugas membayangkan kesukaran berikutan sebahagian bangunan itu terbenam dalam tanah. Pasukan penyelamat tidak dapat memasuki bangunan runtuh kerana mangsa tertimbus di bawah timbunan konkrit bangunan.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad; Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri kabinet bergegas melawat tempat kejadian.

Operasi berterusan dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu.

Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.

Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50.

Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Mata petugas terus bersinar mengharapkan lebih ramai penghuni terselamat.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam, berita sedih diterima apabila wanita rakyat Jepun itu meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas diselamatkan.

Hari pertama kejadian dan operasi menyelamat diakhiri dengan berita kematian seorang mangsa, dua terselamat dan puluhan lagi masih hilang di bawah timbunan konkrit.

Hari seterusnya, pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu diikuti sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi pada 13 Disember. Turut serta pasukan dari Singapura dan Jepun.

Beberapa jam selepas kehadiran anjing pengesan pasukan Perancis itu, mereka mengesan kemungkinan ada mangsa terperangkap masih hidup. Kemahiran anjing pengesan itu turut disokong teknologi pengesan degup jantung Pasukan Penyelamat dan Bantuan Malapetaka (Dart) yang menunjukkan hasil sama.

Tambahan pula ketukan penyelamat dari luar mendapat ketukan balas dari dalam runtuhan sekali gus menyemarakkan semangat pasukan mencari untuk terus menyelamatkan mangsa. Berdasarkan kejadian terperangkap sebelum ini, mangsa biasanya boleh bertahan selama empat hingga lapan hari tanpa makan dan minum.

Pasukan Perancis berjaya menebuk lubang sedalam 4.5 meter dan turun ke dalam sebuah bilik pangsapuri yang runtuh, kira-kira jam 3 pagi. Mereka menjumpai dua katil di dalam bilik itu tetapi tidak mengesan sebarang mangsa dan masih meneruskan usaha mengesan arah bunyi ketukan.

Pasukan penyelamat Jepun turut menggali lubang sedalam 4.5 meter pada satu bahagian lain bangunan itu dan hanya menjumpai sebuah kereta BMW di dalam sebuah ruang.

Berikutan tragedi itu, semua penghuni dua blok pangsapuri berhampiran dan beberapa banglo sekitar kawasan itu diarahkan mengosongkan kediaman mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Dengan penuh harapan, gerakan mencari mangsa diteruskan.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070204114230/Article/

[Last edited bymaeya_78 at 4-2-2007 05:29 PM]

Kebenaran Al-Quran Misteri Binaan Piramid TerjawabbyHASNUL HADI AHMADonDECEMBER 27, 2011inAL-QURAN,INFO & MAKLUMAT,SEJARAH

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.Al-Quran Telahpun Mempunyai JawapanJika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut: Dan berkata Firaun: Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah Journal of the American Ceramic Society menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid. Gambar Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Isnin, 27 Februari 2012SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Dari segi definisinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universiti-universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13M. Umat Islam cukup terkedepan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.

Masjid al Aqsa di Jurusalem.

Dalam kejuruteraan hidrologi, sumbangan orang Islam sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud;"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkanKesimpulannya, ilmu sains dan teknologi merupakan sumber dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi kemajuan sains dan teknologi. Lantaran, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya.

PASTIKAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DILAKSANAKAN DI TEMPAT KERJAUtusan Online, 13 Jun 2013TAN SRI LEE LAM THYEPengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)INDUSTRI pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pembangunan dan kemajuan negara. Tenaga kerja yang profesional dan mahir diperlukan untuk memastikan industri ini terus membangun dan berkembang pesat.Oleh itu, terdapat beberapa keperluan yang mana pekerja dan majikan perlu bekerjasama bagi memastikan tenaga kerja diberi pendedahan yang secukupnya mengenai program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Penyakit atau kemalangan di tempat kerja yang disebabkan oleh persekitaran tempat kerja yang berbahaya bukan sahaja akan memberi kesan kepada pekerja bahkan kepada keluarganya.Majikan akan turut terjejas kerana ia melibatkan kos secara langsung dan tidak langsung bagi perubatan, kerja yang tertangguh, kos pengurusan yang tidak diperlukan dan lain-lain, yang mana akan meningkatkan jumlah kos keseluruhan projek pembinaan.Kita perlu prihatin dengan peristiwa kemalangan di tempat kerja baru-baru ini yang memberi kesan kepada industri pembinaan. Dengan itu, setiap pemaju perlu memastikan bahawa sistem pengurusan keselamatan perlu dilaksanakan di tempat kerja dan diberi pengawasan serta pemantauan yang berterusan.Para kontraktor juga perlu memastikan setiap pekerja pembinaan wajib menghadiri kursus induksi keselamatan bagi memastikan pemaju patuh kepada akta dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan lain-lain.Pencegahan kemalangan di tempat kerja akan menjadi efektif sekiranya majikan dan pekerja sedar akan kepentingan mempunyai budaya dan tempat kerja yang selamat dan sihat. Kita seharusnya meningkatkan usaha bagi membendung kemalangan di tempat kerja. Hal ini tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh singkat. Penglibatan setiap orang adalah penting bagi memastikan budaya keselamatan yang menyeluruh dalam industri pembinaan ini dicapai.Tidak pernah ada perbincangan yang menyeluruh mengenai keselamatan tempat kerja di tapak pembinaan tanpa melihat dengan terperinci tingkah laku manusia. Jika kemalangan yang berlaku disebabkan oleh masalah mekanikal atau kejadian semula jadi, ia tidak dapat dibantu tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan bilangan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian, ketidakcekapan dan kelalaian.Perkara ini tertumpu kepada aspek manusia di mana tingkah laku pekerja di tempat kerja perlu dipantau dan amalan budaya kerja yang selamat dan sihat perlu ditekankan bagi memupuk kesedaran kepada pekerja dan mengubah sekali gus memperbaiki tingkah laku mereka agar mereka lebih memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam bidang kerja mereka.Ini juga melibatkan penekanan terhadap komunikasi terbuka antara majikan dan pekerja tentang keselamatan dan ia memberi kuasa kepada pekerja apabila keselamatan mereka diabaikan.Kemalangan boleh dikurangkan jika kita sentiasa memupuk serta mengamalkan budaya kerja yang berhemah dan sentiasa berwaspada sebagai sebahagian daripada budaya kita. Semua pekerja perlu lebih peka terhadap aspek keselamatan dan perlu menjadikannya sebagai nilai teras dalam diri.Setiap orang berisiko terdedah dan berpotensi untuk terlibat dalam kemalangan. Realiti ini mesti diterap ke dalam minda setiap orang di setiap tempat kerja, supaya kecuaian dapat dicegah dan keselamatan tidak boleh dikompromi.Sebagai rakyat Malaysia, kita semua turut prihatin terhadap isu keselamatan di tapak pembinaan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kematian dan kecederaan di tapak pembinaan.Beberapa contoh yang boleh dilihat adalah seperti insiden di Kuala Terengganu di mana bumbung sebuah masjid kampung dan stadium runtuh. Selain itu, insiden kren yang tumbang di tapak pembinaan di Lembah Klang manakala insiden yang terbaharu adalah melibatkan sebahagian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh serta kemalangan-kemalangan lain di tapak pembinaan yang melibatkan pekerja warganegara asing.Perkara seperti ini tidak boleh diabaikan, malah pihak kerajaan dan sektor swasta perlu bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian berkenaan isu keselamatan di tapak pembinaan. Faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sahaja melibatkan pihak pekerja bahkan juga orang awam yang berada di sekeliling.Semua insiden dan masalah yang berlaku menunjukkan bahawa tahap keselamatan di tapak pembinaan perlu ditingkatkan lagi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan adalah seperti menjalankan audit keselamatan dan pemantauan serta pengawalan yang berterusan.Umum mengetahui bahawa siasatan yang menyeluruh sedang giat dijalankan terhadap insiden mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh. Saya merasakan bahawa kecuaian merupakan faktor utama yang mendorong insiden tersebut. Tindakan yang tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Teknologi dan Kejuruteraan di Zaman Kegemilingan Islam

Ditulis oleh Abu BakarBinYang. Posted inArtikelDari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalamteknologidan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen.Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun).Dalam Islam al Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraanelektrikprinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik.Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hariini.Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkutairuntuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi alDin. Mereka telahberjayamembuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid diDamascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya. Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang atau bersegmen.Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh jurutera-jurutera Islam pada masa lampau. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud;"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam