Folio Sains Tingkatan 1
description
Transcript of Folio Sains Tingkatan 1
Saya Ainul Mardiah binti Uzair
pelajar Tingkatan 1 Ma’awa mengambil
kesempatan ini mengucapkan syukur kepada
Allah swt dan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang
telah membantu saya semasa saya membuat Buku Folio Sains ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan
Pengetua serta para azatizah terutamanya guru Sains saya yang telah
memberi peluang dan tunjuk ajar serta bimbingan yang begitu dedikasi.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah berkongsi maklumat
yang berguna ini.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak
yang telah menolong saya dalam menyiapkan kerja folio ini.
UDARA
PENGENALAN
Udara
Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Udara bukanlah sebatian kerana gas-gas di
dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal. Gas-gas
dalam udara terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, 0.03%
karbon dioksida, 0.97% gas nadir, habuk, mikroorganisma (gas-gas lain). Kandungan
udara juga bertukar dengan ketinggian.
Apabila hidupan bernafas, kandungan oksigen berkurangan sementara kandungan
karbon dioksida bertambah. Ketika tumbuhan menjalani sistem fotosintesis, oksigen
kembali dibebaskan.
Di antara gas-gas yang membentuk udara adalah seperti berikut:
Nitrogen
Oksigen
Karbon dioksida
gas nadir
wap air
habuk
mikroorganisma
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 2
UDARA
Bahan lain dalam udara
1. Gas nadir terdiri daripada argon, neon, helium, kripton dan xenon
2. Wap air dalam udara wujud akibat penyejatan air di Bumi dan respirasi hidupan
3. Habuk dalam udara pula berasal daripada tanah atau pembakaran bahan api
4. Mikroorganisma juga wujud tetapi tidak dapat dilihat daripada mata kasar kerana terlalu kecil
Faktor yang mempengaruhi komposisi udara
1. Kuantiti wap air, habuk dan mikroorganisma dalam udara berubah dengan masa dan tempat. Misalnya...
2. kuantiti wap air dalam udara adalah kurang semasa cuaca panas berbanding dengan cuaca sejuk
3. Kuantiti habuk di kawasan perumahan juga kurang berbanding dengan kawasan perindustrian
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 5
UDARA
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara
adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan
asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 6
UDARA
Kesan pencemaran udara
Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan
seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan
menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap,
kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 7
UDARA
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia
mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi
daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis
(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain
itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada
sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran
sulfur dioksida di dalam udara.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 8
UDARA
Penyusutan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit.
Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya
pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami
ketidakseimbangan.
Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.
Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia
juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta
tidak subur.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 9
UDARA
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara
pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca
kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu
bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya
adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 10
UDARA
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu
pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung
dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi,
tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti
yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti
gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap
kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi
haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya
melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen
janakuasa hidro.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 12
UDARA
KENDERAAN MOTORMasyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,
lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan
setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem
pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga
jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor
adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan
awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun
2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun
dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 13
UDARA
AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNANPerkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan
organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan
cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang
mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang
penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan
hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida
adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan
perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 14
UDARA
premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan
pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di
kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang
tinggi.
PEMBAKARAN TERBUKAPembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak
partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin
dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari
pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga
memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.
AKTIVITI HARIANIsi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila
cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara
seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 15
UDARA
LANGKAH-langkah MENGEKALKAN UDARA BERSIH
Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:
-Guna semula
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna
-Rawatan
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna
-Pengubahsuaian produk
Ubah komposisi produk, Ubah formula, Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya
boleh diguna semula
-Pertukaran bahan
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 16
UDARA
Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci
-Penukaran teknologi
Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi
-Perubahan prosedur
Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan
sisa, Kendalikan sisa dengan baik
Mengurangkan penggunaan CFC
-Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon.
Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam
peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant),
pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon
dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000
molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘
Perundangan
-Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 17
UDARA
-Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.
Mengitar semula
-Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan
seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses
yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar
pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam
sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu
untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga
alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang. Akhir
kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita
memusnahkannya.
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 18
UDARA
RUJUKAN
Internet
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
-http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html
-http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html
-http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-udara/kesimpulan-pencemaran-udara/
AINUL MARDHIAH BINTI UZAIR M/S 19