Fokus 1

41

description

Panduan bacaan, renungan dan kajian Alkitab dari buku Titus bagi orang Kristian selama satu bulan. Sesuai untuk semua orang Kristian yang mahu mengkaji Firman Tuhan dan sedang mencari buku panduan bacaan sebagai pembantu kajian.

Transcript of Fokus 1

Page 1: Fokus 1
Page 2: Fokus 1

FOKUS Panduan mengkaji Alkitab untuk

semua orang

**********

Peter De Run

Sebuah buku terbitan

PELAYANAN PETROS Kuching

Page 3: Fokus 1

Untuk semua pengikut Yesus yang mahu mendalami,

memahami dan melakukan Firman Allah dengan sepenuh

hati.

Page 4: Fokus 1
Page 5: Fokus 1

Siapa Anda? Bacaan: Titus 1:1

Untuk memperkenalkan diri anda di tempat kerja dengan berkesan mulalah

dengan memberi ucapan seperti „Selamat pagi‟ dan kemudian susuli dengan

menyatakan nama anda serta apa yang anda lakukan. Akhiri dengan menerangkan

mengapa kerja anda penting kepada dia yang sedang mendengar mahupun untuk

syarikat yang mengajikan anda.

Dalam suratnya kepada Titus, rasul Paulus bermula dengan satu penerangan

ringkas tentang dirinya dan tanggungjawabnya. Dia menggunakan nama

Romawinya, Paulus, untuk mengaitkan dirinya dengan panggilan dan

pelayanannya antara orang bukan-Yahudi (Kisah Para Rasul 9:1-19, Roma 11:13).

Seterusnya dia memperkenalkan dirinya sebagai hamba Allah (walaupun frasa

`hamba Yesus Kristus' kerap digunakan olehnya. Lihat Roma 1:1 dan Filipi 1:1)

dan rasul Yesus Kristus dipakainya untuk menarik perhatian kepada sifat rasmi

pelayanannya yang dia terima dari Yesus sendiri.

Paulus mengaitkan pelayanannya dengan identitinya.

Ini adalah satu amalan baik dan patut dicontohi oleh

semua orang Kristian, mengaitkan identiti kita

dengan pelayanan kita dalam Kerajaan Allah. Ramai

orang Kristian hanya mengaitkan identiti mereka

dengan pekerjaan sekular mereka. Jarang sekali ada

yang berkata, "Saya Ibrahim, anak Allah dan hamba

Yesus" apabila memperkenalkan diri kepada orang

lain.

Siapakah anda sebenarnya? Apakah kedudukan dan

tanggungjawab anda di dalam Kerajaan Allah? Ini

ialah soalan-soalan yang penting yang harus anda

cari jawapannya kerana hanya sesudah mengetahui

siapa dan apakah pelayanan anda di dalam Kerajaan

Allah, maka dapatlah anda memperkenalkan diri

seperti mana dilakukan oleh Paulus.

Doa: Bapa, nyatakan kepada saya siapa saya dan

apa peranan saya dalam KerajaanMu. Bantulah

saya memahami apa yang perlu saya lakukan dan

mengapa perbuatan saya itu penting dalam rencana

besarMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Bagaimana

penulis-penulis

Perjanjian Baru

memperkenalkan diri

mereka? Baca

Roma 1:1, Filemon

1:1,Yakobus 1:1, 2

Petrus 1:1, Yudas 1

2. Siapakah anda

menurut Firman

Tuhan? Perhatikan

ayat-ayat ini: Matius

5:14,Roma 8:17,37,

1 Korintus 6:19,

2 Korintus 5:17,20,

Efesus 1:4, 2:10 dan

1 Petrus 2:9

1

Page 6: Fokus 1

Anda Hamba Siapa? Bacaan: Titus 1:1

Kapal „Doulos‟ dibina pada 1914. Pada 2009, kapal ini tercatat sebagai kapal

tertua yang masih aktif berlayar. Dalam sejarahnya, kapal ini telah dipakai untuk

pelbagai fungsi termasuk mengangkut barang dan imigran dan juga sebagai kapal

persiar. Namun sejak 1977, kapal ini dikhususkan untuk melayani Tuhan dengan

menyalurkan buku-buku dan ilmu pengetahuan ke banyak daerah di dunia.

Melaluinya, banyak nyawa yang telah disentuh dan diubah. Tidak hairanlah ketika

kapal ini akhirnya diberhentikan pada 2009, banyak kenangan indah diceritakan

tentang kapal ini.

Perkataan Yunani doulos biasanya diterjemahkan „hamba‟ dan perkataan inilah

yang dipakai oleh Rasul Paulus untuk menyatakan siapa dirinya. Perkataan doulos

tidak merujuk kepada manusia yang dibayar untuk melayani atau seseorang yang

melayani kerana itu tugasnya. Sebaliknya perkataan ini merujuk kepada seorang

manusia yang secara sengaja melepaskan kebebasan yang ada untuk

meninggalkan tuannya; dia membuat pilihan untuk bersama tuannya dan melayani

seumur hidup kerana dia mengasihi dan ingin bersama tuannya.

Rasul Paulus melihat dirinya sebagai seorang hamba secara sengaja kepada Allah

dan Yesus kerana kasihnya kepada Tuhan. Sebagai hamba Allah, dia hidup untuk

melayani Allah dan menjayakan segala rencana

Allah. Ketaatan kepada Allah adalah pilihan sukarela

yang bermotivasikan kasih.

Apakah anda sudah secara sengaja dan sukarela

memilih untuk memperhambakan diri kepada Yesus

dan hidup hanya untuk mematuhi dan melaksanakan

perintah dan kehendak Tuan anda, Yesus Kristus?

Semua orang Kristian sepatutnya memilih menjadi

doulos Allah. Sudahkah anda membuat pilihan yang

sama? Pujian dari Allah, “Kamu hamba yang baik

dan setia . . . Masuklah dan bersukacitalah bersama-

sama tuanmu” (Matius 25:21) menantikan semua

orang percaya yang memilih menjadi hamba Allah.

Doa: Bapa, terima kasih kerana Engkau mengasihi

saya dan telah menyelamatkan saya. Saya

mengasihiMu dan mahu menjadi hamba-Mu,

sentiasa mentaati perintah dan kehendakMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Bagaimana

seseorang itu menjadi

hamba sukarela?

Ulangan 15:12-17

2. Apakah kata

Tuhan tentang orang

Kristian yang

memilih menjadi

hamba secara

sukarela ?

Matius 20 :27-28,

Lukas 17 :7-10,

Roma 12 :11, Filipi

2 :5-7

2

Page 7: Fokus 1

Duta Kerajaan Allah Bacaan: Titus 1:1

Apabila Yoseph Fernandez dilantik menjadi duta dia mengaku, “Tugas yang

dipercayakan oleh negara ini memang berat, tetapi saya yakin berkat bantuan

Tuhan dan dukungan doa dari semua pihak, saya akan menjalankan tugas ini

dengan baik dan lancar.” Untuk menjadi duta tidaklah mudah kerana perlu melalui

proses panjang di mana semua aspek peribadi direkodkan, baik watak, etika, dan

prestasi kerja. Sebagai orang Kristian dia juga ingin menjadi duta damai bagi

sesama manusia, khususnya di tempat tugas barunya itu.

Kita diutus ke dunia ini untuk mewakili Raja segala Raja dan mengisytiharkan

Berita Baik yang Dia tawarkan. Rasul Paulus memahami ini dan memperkenalkan

dirinya sebagai rasul Yesus Kristus. Perkataan „rasul‟ bererti "utusan, duta atau

seseorang yang diutus dengan perintah-perintah khusus", dan istilah ini

khususnya diterapkan kepada dua belas murid Yesus Kristus. Setelah sidang para

rasul pertama di Yerusalem, maka ada pula rasul-rasul lain seperti Paulus,

Andronikus dan Yunias.

Satu fungsi penting seorang rasul ialah bersaksi

tentang Yesus Kristus. Dalam Kisah Para Rasul 20:21,

Rasul Paulus berkata bahawa dia sentiasa bersaksi

kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Yunani.

Kesaksian yang sama dibuat oleh Rasul Yohanes dan

Rasul Petrus (1 Yohanes 4:14, Kisah Para Rasul 2:14-

41).

Sedarkah anda bahawa anda sebenarnya duta Kristus

juga? Kita ditugaskan di dunia ini untuk menyebarkan

Injil, menjadi wakil Kerajaan Allah di tempat kita

masing-masing, serta mengajak jiwa-jiwa untuk

bertaubat dan didamaikan dengan Allah. "Jadi kami ini

adalah utusan-utusan Kristus, seakan-akan Allah

menasihati kamu dengan perantaraan kami; dalam

nama Kristus kami meminta kepadamu: berilah dirimu

didamaikan dengan Allah." (2 Korintus 5:20).

Doa: Bapa, bantulah saya menjadi duta KerajaanMu

yang baik di tempat saya, setia mewartakan InjilMu

sebagai wakil Allah yang luar biasa. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perkataan utusan

berbeza sedikit dari

perkataan rasul –

yang pertama ialah

orang yang diutus,

sedangkan rasul

bukan hanya utusan,

tetapi juga "wakil"

dari yang

mengutus. Lihat

Matius 11:10;

Markus 1:2; Lukas

7:24, 27, 9:52; 2

Korintus 12:7; dan

Yakobus 2:25.

2. Apakah mandat

Yesus kepada kita

yang diutus?

Matius 28:18-20,

Markus 16:15-18

3

Page 8: Fokus 1

Tahu Apa Yang Benar Bacaan: Titus 1:1

Satu sumbangan besar guru-guru Firman Allah ialah pemeliharaan dan

penyampaian kebenaran Firman Allah yang memastikan iman setiap orang

percaya bertahan teguh. Ketika Perang Dunia 1, Oswald Chambers, seorang

pengajar Firman yang terkemuka menghadapi satu dilema – mengurus Kolej

Latihan Alkitab yang dia telah mulakan atau melayani askar-askar Inggeris di

Mesir. Chambers memilih untuk meninggalkan segala-galanya untuk mengajar

Firman Tuhan di Mesir. Dia melayani Allah di sana selama dua tahun sehingga

kerosakan apendiks mengakibatkan kematiannya ketika dia berumur 43 tahun.

Rasul Paulus menjelaskan kepada Titus bahawa tanggungjawabnya adalah untuk

memelihara iman orang-orang pilihan Allah dan pengetahuan akan kebenaran.

Dia tahu pelayanannya bertujuan membangunkan kerohanian orang percaya

supaya mereka matang dalam Kristus (2 Timotius 2:10). Ini sesuai dengan tugas

seorang rasul – menyampaikan Firman Tuhan (1 Timotius 2:7) dan membangun

sidang supaya teguh dalam iman (Efesus 4:11-15).

Salah satu caranya adalah dengan memastikan umat

pilihan Tuhan mengetahui apa yang benar supaya

iman yang dihasilkan dapat bertahan. Itulah sebabnya

doktrin yang berdasarkan kebenaran Alkitabiah harus

diketahui dan diajar. Iman ialah respons hati kepada

kebenaran yang diterima oleh minda yang rasional.

Tuhan tidak mahu supaya umatnya jahil secara intelek

dalam hal kebenaran Injil.

Pelayanan Rasul Paulus juga misi dan tujuan Gereja

Tuhan hari ini - menggalakkan pembangunan iman

matang melalui pertambahan pengetahuan kebenaran

Alkitabiah. Dalam Kolose 1:9-10 Rasul Paulus berdoa

supaya kebijaksanaan dan pengertian akan kita miliki.

Bagaimana dengan penambahan pengetahuan

kebenaran Alkitabiah anda?

Doa: Bapa syurgawi, berikanlah kebijaksanaan dan

pengetahuan kepada saya sehingga saya boleh

mengetahui kehendak Allah, hidup menurut kehendak

Tuhan dan menyenangkan hatiMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Mengapakah orang

Kristian dipanggil

orang pilihan Allah ?

Baca

Matius 20:16, 22:14,

Yohanes 15:16,19,

Efesus 1:4, 2

Tesalonika 2:13 dan

1 Petrus 2:9

2. Firman Tuhan

benar – tidak ada

silap atau salah atau

menyesatkan.

Perhatikan ayat-ayat

ini: 2 Samuel 7:28;

Mazmur 119:43,160;

Yohanes 17:17,19;

Kolose 1:5

4

Page 9: Fokus 1

Baik Kerana Benar Bacaan: Titus 1:1

Apabila beratus-ratus batang kayu hanyut memenuhi Sungai Rajang, sungai

terbesar di Sarawak, usaha untuk mengenal pasti punca malapetaka alam itu

dimulakan. Walaupun ada yang berkata fenomena ini disebabkan oleh hujan lebat,

ramai lagi cenderung menuding jari kepada pembalakan tidak terkawal serta

penggondolan muka bukit untuk projek penanaman kelapa sawit yang berlaku di

hulu sungai ini. Tindakan-tindakan yang perlu dan penting tidak dapat

dilaksanakan sehingga kebenaran mengenai isu ini diketahui.

Rasul Paulus berkata bahawa dia bertanggungjawab memelihara pengetahuan

akan kebenaran yang nampak dalam ibadah kita. Perkataan ibadah diterjemahkan

dari perkataan Yunani eusebeia yang lebih tepat diterjemahkan amalan hidup

yang soleh atau yang berusaha menyenangkan hati Tuhan. Oleh itu terjemahan

petikan ayat ini lebih tepat jika dinyatakan seperti berikut: pengetahuan akan

kebenaran yang menampakkan atau menghasilkan amalan hidup yang

mementingkan dan menyenangkan Allah.

Ini adalah satu kebenaran yang jelas dalam Alkitab – pengetahuan tentang apa

yang benar tentang Allah (berpunca dari maklumat dalam Alkitab) menghasilkan

kehidupan yang mementingkan dan menyenangkan Allah. Singkatnya,

mengetahui apa yang benar membantu seseorang itu

mengamalkan hidup yang soleh. Tidak hairanlah

Rasul Paulus berusaha memelihara kebenaran kerana

ia membantu manusia berkenan di hadapan Allah.

Adakah anda seorang Kristian soleh? Maksud saya,

adakah anda mengamalkan satu budaya hidup yang

mengutamakan dan menyenangkan Tuhan dalam

segala aspek hidup anda? Jika tidak, anda mungkin

perlu mendedahkan diri kepada kebenaran-

kebenaran dalam Alkitab kerana Firman Tuhan

berguna untuk mengajar apa yang benar . . . dan

untuk mengajar orang supaya hidup menurut

kehendak Allah (2 Timotius 3:16).

Doa: Bapa di syurga, bantu saya mengetahui

kebenaran-kebenaran yang ada dalam FirmanMu

supaya saya boleh mengamalkannya dan menjadi

manusia soleh. Amin.

Kajian Lanjut

1.Apa kata Alkitab

tentang hidup

menyenangkan

Allah? Baca

Roma 12:1-2; 2

Korintus 5:9 dan

Efesus 5:8-10

2. Perhatikan kata-

kata Rasul Paulus

tentang hidup soleh

kepada muridnya,

Timotius, dalam ayat-

ayat ini: 1 Timotius

2:2, 4:7-8, 6:5-6,11

5

Page 10: Fokus 1

Hidup Selama-Lamanya? Bacaan: Titus 1:2

Pada tahun 2010, negara Georgia mendakwa terdapat seorang wanita yang

menetap di sebuah kampung terpencil yang berusia 130 tahun. Wanita itu dikenali

sebagai Antisa Khvichava dari bahagian barat Georgia dan dilahirkan pada 8 Julai

1880. Umurnya itu menjadikan dia manusia tertua di dunia yang masih lagi hidup.

Kakitangan-kakitangan pejabat pendaftaran yang mengunjungi Khvichava

ditunjukkan dengan dua dokumen era Soviet yang mengesahkan tarikh lahir

Antisa.

Iman yang dimiliki dan kebenaran yang dipegang orang Kristian didasarkan atas

keyakinan bahawa kita akan menerima hidup yang kekal yang sebelum permulaan

zaman sudah dijanjikan oleh Allah. Keyakinan ini kuat kerana didirikan atas janji-

janji yang dibuat oleh Allah dan perbuatan Yesus atas kayu salib yang tidak dapat

dinafikan. Allah telah menjanjikannya dan Yesus telah melakukannya maka saya

memilikinya.

Tetapi apakah itu hidup yang kekal? Apakah frasa ini

bermaksud semua orang Kristian akan hidup selama-

lamanya? Sebenarnya, tidak. Hakikatnya, semua

manusia akan hidup selama-lamanya sesudah berlaku

kebangkitan dari maut ketika Yesus kembali kali

kedua ke bumi. Semua orang yang telah menerima

Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat akan hidup

selama-lamanya bersama Allah dan mereka yang

menolakNya (ketika masih hidup dahulu) akan

disingkirkan ke neraka selama-lamanya bersama

Setan. Kita semua akan hidup selama-lamanya.

Persoalannya ialah di mana dan dengan siapa?

Setiap orang Kristian mengharapkan hidup bersama

Allah selama-lamanya untuk memuliakan dan

mengasihiNya. Inilah hidup yang kekal itu . . .

mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar,

dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus

(Yohanes 17:3).

Doa: Bapa syurgawi, terima kasih kerana saya telah

menerima hidup yang kekal apabila saya menerima

Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan saya. Amin.

Kajian Lanjut

1. Rasul Yohanes

banyak menyentuh

tentang kehidupan

kekal dalam tulisan-

tulisannya. Baca

Ayat-ayat berikut

untuk memahami

maksud frasa ini:

Yohanes 3:14-17, 36,

4:6-14, 5:24, 6:26-29,

40,66-69, 10:26-29,

17:2-3.

2. Bagaimana untuk

menerima kehidupan

kekal? Perhatikan

Roma 2:7-8, 6:23 dan

1 Yohanes 5:11-13

6

Page 11: Fokus 1

Saya Tidak Tipu! Bacaan: Titus 1:2

Dalam upacara pernikahan Kristian, pengantin lelaki dan pengantin perempuan

akan berjanji kepada satu sama lain, di hadapan para hadirin dan Allah bahawa

mereka mahu menjadi pasangan yang akan memelihara satu sama lain dalam

keadaan susah atau senang, kaya atau miskin, sakit atau sihat serta saling

mengasihi sehingga maut menceraikan mereka. Sedihnya ada yang tidak

menghormati janji yang dibuat dan bercerai sebelum ajal datang.

Allah bukan Peribadi yang membuat janji-janji yang tidak akan dikotakan; Allah

bukan penipu dan janji-janjiNya benar serta boleh dipercayai. Harapan hidup

kekal setiap orang Kristian dibangunkan atas kata-kata yang sudah dijanjikan oleh

Allah yang tidak berdusta. Itulah sebabnya kehidupan kekal adalah sesuatu yang

pasti dan dikhabarkan dengan penuh keyakinan sejak zaman para rasul lagi.

Sifat Allah yang mulia telah menentukan bahawa Dia tidak akan melakukan

perkara-perkara yang bercanggah dengan prinsip-prinsipNya. Satu hal yang

Tuhan tidak akan lakukan ialah menipu atau berdusta. “Allah bukan manusia, Dia

tidak berdusta; Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang

dijanjikanNya akan dipenuhiNya; apa yang

difirmankanNya pasti dilakukanNya” (Bilangan

23:19). Tuhan bukan hanya tidak berdusta, Dia tidak

berkeupayaan untuk berdusta – semua yang

dikatakan Allah benar dan pasti terjadi.

Manusia sebaliknya cenderung berdusta. Ada

masanya kita memiliki maklumat yang salah atau

tidak lengkap, jadi apa yang dikatakan akhirnya

didapati tidak benar. Ada pula masanya kita sengaja

tidak menyatakan yang benar supaya tidak

menyinggung perasaan orang atau menyelamatkan

diri dari sesuatu yang tidak diingini. Biar apa pun

alasannya, Allah tidak menyokong amalan ini

(Amsal 19:9). Janganlah kita menjadi seperti Iblis

(Yohanes 8:44)

Doa: Bapa di syurga, terima kasih kerana semua

kata-kataMu benar dan pasti terjadi. Saya

memegang kepada janji-janjiMu dan bersyukur.

Amin.

Kajian Lanjut

1. Allah tidak boleh

berdusta. Inilah

pengakuan Alkitab –

1 Samuel 15:29;

Mazmur 92:16;

Maleakhi 3:6; Roma

3:4; Ibrani 6:18;

Yakobus 1:17-18

2. Bagaimana harus

kita hidup supaya

tidak berdusta?

Perhatikan Lukas

8:15; Roma 12:17; 2

Korintus 8:21;

1 Yohanes 1:10, 2:4,

4:20

7

Page 12: Fokus 1

Waktu Yang Sesuai Bacaan: Titus 1:3

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk

kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda

minum air? Pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan

yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang

PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan – selepas

bangun tidur, 30 minit sebelum makan, sebelum mandi dan sebelum tidur.

Bacaan hari ini juga menyentuh isu masa yang paling baik, iaitu masa sesuai

untuk Allah melakukan sesuatu. Pada waktu yang dikehendakiNya, Allah telah

memilih untuk bertindak, melakukan pelbagai perkara yang ajaib dalam dunia

manusia. Dalam ayat kajian hari ini, Rasul Paulus menyatakan bahawa pada masa

yang ditentukan oleh Allah, firmanNya telah dinyatakan kepada manusia melalui

pengkhabaran Injil.

Sebenarnya Alkitab menyokong konsep bahawa segala sesuatu ada masanya, dan

apabila sesuatu itu terjadi sesuai dengan masa yang telah ditetapkan, yang baik

akan terjadi. Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit

ada waktunya. (Pengkhotbah 3:1). Masa yang sesuai ini telah ditetapkan oleh

Tuhan untuk tujuan yang spesifik –Ia telah

menjadikan semua bangsa . . . menentukan musim-

musim (waktu yang sesuai) bagi mereka . . . supaya

mereka mencari Dia dan . . . menemukan Dia.

(Kisah Para Rasul 17:26-27)

Tahukah anda bahawa Allah juga telah menetapkan

masa-masa yang sesuai untuk anda? Segala sesuatu

yang terjadi dalam hidup anda – hari anda lahir,

zaman persekolahan, tempoh anda sakit – telah

ditentukan oleh Allah. Masa anda di bawah kawalan

Allah dan tempoh sesuatu itu berlangsung juga telah

diatur olehNya. Apabila sesuatu berlaku, siapa tahu,

mungkin justeru untuk saat yang seperti itulah Allah

akan melakukan sesuatu (Ester 4:14).

Doa: Bapa, terima kasih kerana masa saya di dalam

tanganMu. Bantu saya menyedari musimMu dalam

hidup saya dan menggunakan waktu ini dengan

bijak. Amin

Kajian Lanjut

1. Apakah masa-masa

spesifik yang

dinyatakan dalam

Perjanjian Baru?

Baca

Lukas 21:24; Kisah

Para Rasul 3:19,21,

17:30; 2 Timotius

3:1; 1 Petrus 1:20

2. Apakah yang kita

harus lakukan dengan

masa yang ada?

Perhatikan ayat-ayat

ini: Efesus 5:16 dan

Kolose 4:5

8

Page 13: Fokus 1

Beritakan FirmanNya! Bacaan: Titus 1:3

George Whitefield adalah seorang pengkhutbah terkenal dari England. Dia

mula berkhutbah di pelbagai tempat, mulai dari Glouchester hingga

beberapa gereja besar di London. Pada tahun 1738, Whitefield, bersama

dengan John dan Charles Wesley, dikirim ke Amerika Syarikat dan di sana dia

berkhutbah di hadapan ribuan orang sehingga menyebabkan munculnya

kebangunan rohani di sana. Ketika kembali ke England, Whitefield terus

berkhutbah di merata tempat sehingga mencetus kebangunan rohani besar di

England pada abad ke-18.

Begitulah besarnya kuasa khutbah yang mengkhabarkan Injil kepada beratus

malahan beribu jiwa pada satu masa. Rasul Paulus yakin bahawa Allah

menyatakan firmanNya dalam pemberitaan Injil dan inilah cara yang paling

berkesan untuk menyatakan mesej Tuhan kepada manusia. Bukan itu sahaja, dia

juga pasti bahawa inilah cara yang Tuhan mahu dia pakai untuk menyampaikan

mesej Injil.

Perkataan pemberitaan dalam bahasa asalnya

bermaksud satu pengisytiharan umum dan cara ini

masih digunakan di banyak tempat untuk

menyampaikan Injil. Kita mesti bersedia bila-bila

masa untuk berdiri di depan ramai orang dan dengan

suara yang kuat menyatakan Khabar Baik tentang

Yesus: beritakanlah firman, siap sedialah baik atau

tidak baik waktunya. (2 Timotius 4:2).

Sebenarnya orang Kristian telah dipanggil untuk

mengkhabarkan Injil dan ketahuilah bahawa setiap

kali anda berkhutbah, anda sedang menyatakan kata-

kata Allah dan bukan hanya perkataan anda sahaja.

Inilah keistimewaan khutbah Kristian – Allah

berkenan menyelamatkan mereka yang percaya oleh

kebodohan pemberitaan Injil. (1 Korintus 1:18)

Doa: Bapa di syurga, bantulah saya bersiap sedia

selalu untuk berkhutbah, sedia menyampaikan

firmanMu dengan jelas dan lantang di hadapan

ramai orang. Amin.

Kajian Lanjut

1. Siapa yang

berkhutbah dan

apakah yang

dikhutbahkan?

a. Matius 3:1,3;

b. Matius 4:17,23,

9:35; c. Kisah Para

Rasul 20:25, 28:31

2. Apakah isi

kandungan khutbah

Kristian? Perhatikan

ayat-ayat ini: Kisah

Para Rasul 14:15,

17:3; Roma 16:25; 1

Korintus 1:18,23; 2

Korintus 4:5, 10:14

9

Page 14: Fokus 1

Siapa Penyelamat Anda? Bacaan: Titus 1:3

Perhatian besar dari Presiden ditambah liputan media membuat rakyat Chile

bersatu untuk memperhatikan kisah penyelamatan pekerja-pekerja yang

terperangkap dalam sebuah lombong bawah tanah selama hampir dua bulan.

Ucapan selamat dan perhatian beberapa pemimpin negara tetangga serta situasi

penyelamatan itu memberi contoh bahawa nilai yang besar diletakkan atas setiap

jiwa yang diselamatkan.

Rasul Paulus dalam memperkenalkan Allah yang mengamanatkan dia dengan

tugas mengisytiharkan Injil memanggil Allah Juruselamat (terjemahan Indonesia)

atau lebih tepat lagi Penyelamat. Ini ialah satu daripada fahaman asas sifat Allah –

Dia yang akan membebaskan umatNya daripada apa sahaja yang membelenggu

mereka. Dalam Perjanjian Lama dan Baru, Allah kerap digambarkan

menyelamatkan yang hilang, terperangkap atau yang ditindas.

Rasul Paulus sering menggunakan frasa ini (Allah Penyelamat kita) dalam tulisan-

tulisannya. Dalam 1 Timotius 1:1, Allah diperkenalkan sebagai pemberi perintah

dan dalam bab 2:3 sebagai Allah yang mahu kita berdoa kerana ia menyenangkan

hatiNya. Dalam surat Titus Allah yang menyelamatkan manusia mahu semua

pekerja yang Dia selamatkan sentiasa bersikap baik dan setia, supaya dengan

perbuatan mereka itu, orang memuji arahan tentang DiriNya (Titus 2:10).

Setiap usaha penyelamatan yang dilakukan Allah adalah untuk kebaikan manusia,

didorong oleh sifat kasih dan belas kasihan Allah.

Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih

dan kebaikan hatiNya kepada kita. Dia

menyelamatkan kita bukan kerana perbuatan baik

kita, tetapi kerana belas kasihanNya (Titus 3:4-5).

Apakah yang mengikat dan menghalang anda untuk

berjaya? Apakah anda perlu dibebaskan dari situasi

yang teruk atau perhubungan yang menindas hidup

anda? Berserulah kepada Allah, Penyelamat Kita dan

saya yakin kerana belas kasihan dan kasihNya, Dia

akan menyelamatkan anda juga!

Doa: Bapa, terima kasih Engkau adalah Penyelamat

saya. Dengarlah seruan saya dan selamatkanlah

saya. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan

bagaimana Allah

dinyatakan sebagai

Penyelamat dalam

Perjanjian Lama.

Apakah yang boleh

anda simpulkan?

2 Samuel 22:3;

Mazmur 106:22;

Yesaya 43:3,11,

45:15,21; Hosea

13:14

10

Page 15: Fokus 1

Bapa Rohani Bacaan: Titus 1:4

Bapa rohani adalah hamba Tuhan yang dipanggil Tuhan secara khusus untuk

membimbing dan memuridkan anak-anak Tuhan untuk sampai pada panggilan

hidup mereka. Dia bertanggungjawab secara penuh atas kehidupan anak-anak

rohaninya bahkan tanggungjawabnya jauh lebih besar daripada tanggungjawab

orang tua jasmani. Bapa jasmani mempersiapkan anaknya untuk menghadapi

kehidupan di dunia ini; Bapa rohani mempersiapkan anak rohaninya untuk

menghadapi kehidupan barunya dalam Tuhan.

Paulus menulis surat ini kepada Titus, seorang bukan-Yahudi dan salah satu

teman sepelayanannya yang awal (Galatia 2:1, 3), yang besar kemungkinan telah

menjadi percaya hasil usaha penginjilannya. Titus mahir mengurus sidang dan

telah diutus Rasul Paulus sebagai wakilnya ke gereja di Korintus (2 Korintus 2:3-

4, 13; 7:6-16; 8:16-24). Situasi yang sama sekarang dialami Titus apabila dia

diutus ke gereja Kristian di Pulau Kreta untuk mengatur dan melengkapkan apa

yang belum teratur dalam sidang di sana (Titus 1:5).

Melalui surat ini, Rasul Paulus mengesahkan pelayanan Titus dan menunjukkan

perhubungan baik yang dimiliki antara dia dan Titus, hubungan seorang bapa

rohani dengan anaknya yang sah menurut iman yang dikongsi bersama. Frasa

anakku yang sah menurut iman kita bersama menunjukkan bahawa dia ada

memainkan peranan penting dalam penyelamatan

Titus (lihat 1 Timotius 1:2). Sekarang iman yang

mereka kongsikan menjadi dasar perhubungan dan

pelayanan mereka berdua.

Perhubungan Paulus dan Titus juga mengingatkan

kita bahawa kita semua memiliki iman yang sama

yang mengikat kita dalam satu keluarga rohani di

mana kita semua saudara. Mereka yang lebih matang

dan terlibat dalam penyelamatan kita merupakan

bapa-bapa rohani yang menjaga dan membangun

iman yang dikongsi bersama. Siapakah bapa rohani

anda dan apakah anda sudah menjadi bapa rohani

juga?

Doa: Bapa, terima kasih untuk semua bapa-bapa

rohani yang ada dalam setiap komuniti Kristian.

Jadikan saya seorang bapa rohani juga. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan konsep

bapa rohani dalam

Perjanjian baru.

Apakah yang boleh

anda simpulkan?

1 Timotius 1:2; 2

Timotius 1:2; Filipi

2:19,22; 1 Korintus

4:14-17; 1 Tesalonika

2:11,12.

2. Apakah fungsi

seorang bapa rohani?

11

Page 16: Fokus 1

Berkat Dari Tuhan Bacaan: Titus 1:4

Dalam satu mesyuarat pemberita-pemberita dari seluruh dunia, seorang pemberita

dari Amerika ketika bertemu dengan rakan setugasnya dari India berkata, “Hi.

Gembira dapat bertemu.” Sebagai seorang penganut Hindu, rakan dari India itu

berdiri dan berkata, “Namaste,” sambil memegang kedua belah tangannya dan

tunduk. Umar dari Pakistan berkata, “Assalamualaikum,” tanpa menghulur

tangannya kerana tidak dibenarkan dalam agamanya untuk wanita bersentuh

tangan dengan lelaki bukan sekeluarga. Sesungguhnya pelbagai salam ada di

dunia ini!

Salam dari Rasul Paulus merupakan satu salam biasa yang dipakainya dalam

banyak surat-surat yang ditulisnya. Sedihnya salam yang penuh bererti ini tidak

lagi dipakai oleh orang Kristian apabila menyambut satu sama lain atau

berhubung melalui media bertulis. Kasih kurnia dan damai sejahtera dari Allah . .

.kita, menyertai engkau adalah ucapan berkat, memohon supaya dua berkat utama

pemberian Allah akan dimiliki dan dialami oleh mereka yang disambut atau

ditujukan salam.

Kasih kurnia atau charis merujuk kepada pemberian-

pemberian baik dari Allah kerana kasihNya kepada kita

dan bukan kerana kita layak atau patut menerima

pemberian Allah itu. Damai sejahtera atau eirene

merujuk kepada rasa lega atau santai apabila seseorang

itu bersatu dengan Allah sambil mengalami

perlindunganNya. Tidakkah anda mahu mengalami

kedua berkat ini dan tidakkah anda mahu supaya

kenalan-kenalan anda juga mengalaminya? Bermulalah

dengan menggunakan salam ini mulai hari ini!

Setiap kali anda mendengar atau membaca salam berkat

ini, ucapkanlah perkataan „Amin‟ kerana anda setuju

dengan pemberkatan itu dan mahu ianya menjadi satu

realiti dalam hidup anda.

Doa: Bapa syurgawi, terima kasih kerana Engkau

memberi saya yang terbaik walaupun saya tidak layak

menerimanya dan saya di bawah perlindungan Engkau

sentiasa. Semoga kasih kurnia dan damai sejahtera Mu

sentiasa milik ku. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan

bagaimana salam

damai dipakai oleh

Rasul Paulus dan

berusaha

menggunakannya -

1 Korintus 1:3; 2

Korintus 1:2; Galatia

1:3, 6:16; Efesus 1:2,

6:23; Filipi 1:2, 4:7,

2 Tesalonika 1:2,

3:16

2. Allah sumber

damai – 1 Korintus

14:33; 2 Korintus

13:11; Kolose 3:15

12

Page 17: Fokus 1

Penyelamat Kita Bacaan: Titus 1:4

Dalam ucapan berkat Rasul Paulus, dia membuat satu kenyataan yang penting -

Kristus Yesus, Juruselamat kita. Yesus dipanggil Penyelamat dan penekanan

dibuat bahawa Dialah penyelamat semua yang menjadi pengikutNya. Dengan

penyataan ini, Rasul Paulus menarik perhatian kita kepada kepercayaan utama

yang dikongsi oleh semua orang Kristian sedunia – Yesus ialah Penyelamat

manusia.

Apa itu Penyelamat dan mengapa kita memerlukan Penyelamat? Alkitab

memberitahu kita bahawa kita semua telah berdosa, melakukan hal-hal yang jahat

(Roma 3:10-18). Sebagai akibat dari dosa kita, kita sudah pun menerima murka

dan penghakiman Tuhan. Satu-satunya hukuman yang sesuai untuk dosa melawan

Tuhan yang kekal adalah hukuman yang kekal (Roma 6:23, Wahyu 20:11-15). Itu

sebabnya kita sangat memerlukan Penyelamat!

Yesus Kristus datang ke dunia ini dan mati menggantikan kita. Kematian Yesus,

sebagai Allah dalam rupa manusia, adalah pembayaran yang cukup untuk dosa-

dosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk membayar dosa-dosa kita (Roma

5:8). Yesus membayar harga yang harus kita bayar

sehingga kita tidak perlu membayarnya.

Kebangkitan Yesus dari antara orang mati

membuktikan bahawa kematianNya sudah cukup

untuk membayar hutang dosa kita. Itu sebabnya

Yesus adalah satu-satunya Penyelamat (Yohanes

14:6; Kisah Rasul 4:12).

Sudahkah anda percaya kepada Yesus dan

menerimaNya sebagai Penyelamat dan Tuhan anda?

Doa: Tuhan, saya mengaku saya hidup tidak

percaya kepada-Mu dan saya menyesal.

Terima kasih kerana mengasihi saya dan mengutus

Yesus untuk mati di kayu salib, menanggung

hukuman akibat pemberontakan saya.

Saya sekarang percaya kepada-Mu dan mahu

menerima Yesus sebagai Penyelamat saya. Tolong

saya berhenti mengikut jalan saya sendiri dan

sebaliknya mengizinkan Engkau menguasai hidup

saya. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apakah yang mesti

dilakukan manusia

supaya selamat?

Yohanes 3:3; Matius

3:7-10; Kisah Para

Rasul 3:19; Roma

5:9,10; Titus 2:14;

1 Yohanes 2:23;

Yohanes 1:12

2. Apakah itu dosa?

Perhatikan beberapa

definisi dalam

Alkitab: Amsal 24:9;

1 Yohanes 3:4, 5:17;

Yakobus 4:17; Roma

14:23

13

Page 18: Fokus 1

Membetulkan Yang Salah Bacaan: Titus 1:5

Keceriaan terpancar di wajah Stephanie Ganie, gadis 17 tahun yang sekarang

berani mengenakan kasut tumit tinggi. Tujuh tahun yang lalu, gadis ini tidak dapat

berjalan normal kerana kakinya berbentuk O. Jarak antara kedua lututnya lebih

dari 12 cm (orang normal di bawah 6 cm). Hari ini, bentuk kakinya normal

sesudah menjalani pembedahan tulang kaedah fitbone. Stephanie menjalani 3

pembedahan yang akhirnya berjaya apabila semua tulang baru sudah bersatu dan

mengeras.

Rasul Paulus mengirim Titus ke Kreta untuk mengatur apa yang masih perlu

diatur. Frasa ini menjelaskan semua yang Titus akan capai sesudah dia melakukan

apa yang disuruh Paulus dalam surat ini. Frasa ini juga menunjukkan ada

kekurangan atau kecacatan dalam komuniti Kristian di Pulau Kreta.

Kata kerja yang digunakan, epidiorthoo, bermaksud „meluruskan atau

membetulkan, sebagai tambahan‟ kepada apa yang sudah ada atau yang sedang

diamalkan. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan kerja seorang doktor

meluruskan tulang yang sudah patah dan yang sedang dirawat. Apa yang

diperlukan di Kreta adalah penyelesaian proses membimbing dan pertumbuhan

yang telah dimulakan.

Kata-kata Rasul Paulus menggambarkan orang percaya di Kreta sebagai anak

yang terbiar dan perlu diberi penjagaan dan

penyusuan semula supaya sihat dan terus bertumbuh.

Bukan reformasi yang dituntut Paulus bagi mereka

tetapi penyambungan proses formasi atau

pembentukan. Titus diberi mandat untuk

mempromosikan pembentukan ini dengan melatih

mereka untuk menginjil, menggalakkan

pertumbuhan rohani dan membangun pemimpin.

Gereja yang sedang bertumbuh berkemungkinan

mengalami masalah tetapi prinsip-prinsip panduan

yang diberi kepada Titus boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang melanda.

Doa: Bapa syurgawi, semoga proses pembentukan

rohani saya berterusan sehingga terbentuk ciptaan

baru yang menyenangkanMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan

bagaimana idea

meluruskan atau

membetulkan yang

bengkok atau salah

dipakai dalam

Alkitab:

Mazmur 5:9;

Pengkhutbah 7:13;

Yesaya 40:3-4,

42:16, 45:2; Matius

3:3; Lukas 3:5; 1

Korintus 11:34

14

Page 19: Fokus 1

Menetapkan Pemimpin Sidang Bacaan: Titus 1:5

Menjelang berakhirnya tahun 2010, sudah tidak terhitung dengan jari tangan, para

pemimpin, terutama pemimpin kerajaan yang masuk penjara. Mereka adalah

pemimpin-pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, sesuai dengan

aturan-aturan hukum yang diamalkan di negara mereka. Masyarakat sudah tentu

mempunyai gambaran calon pemimpin yang mereka akan pilih. Setelah mereka

dipilih, dan ada pemenang, apakah masyarakat berpuas dengan calon yang telah

dipilih? Saya yakin ramai yang kesal kerana pemimpin pilihan mereka gagal.

Satu daripada dua tugas penting yang diberikan kepada Titus ialah untuk

menetapkan penatua-penatua di dalam komuniti Kristian di Pulau Kreta.

Perkataan menetapkan dalam ayat ini merujuk kepada tindakan meletakkan

sesuatu di tempat yang sesuai supaya tidak beranjak atau dialihkan. Dalam

konteks menetapkan penatua, tugas Titus ini ialah untuk melantik dan menentukan

dengan sah siapa yang akan menjadi penatua. Pelantikan atau penetapan ini

biasanya dilakukan oleh Rasul Paulus setelah dia berdoa dan berpuasa (Kisah Para

Rasul 14:23).

Apakah itu penatua? Perkataan ini memang tidak biasa

didengar dalam perbualan harian dan mungkin disalah

faham. Perkataan asalnya, presbuteros, digunakan

untuk orang yang sudah atau lebih tua. Dalam konteks

orang Yahudi pula, perkataan ini dipakai sebagai

gelaran untuk pemimpin-pemimpin agama yang tua

dan matang dalam Majlis Agama mereka (lihat Matius

15:2, 16:21). Tidak hairanlah apabila orang Kristian

pertama (yang berbangsa Yahudi) memilih mereka

yang lebih tua dan matang menjadi pemimpin sidang,

mereka ini juga digelar presbuteros.

Siapakah penatua-penatua anda? Mereka telah dilantik

dan disahkan sebagai pemimpin. Marilah kita

membantu mereka berjaya sebagai pemimpin pilihan

Allah. Kita tidak mahu mereka juga gagal.

Doa: Bapa di syurga, saya memohon supaya Engkau

akan memberkati dan melindungi penatua-penatua

yang telah ditetapkan dalam sidang saya. Bantulah

mereka menjadi pemimpin yang baik. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan

bagaimana penatua-

penatua gereja

pertama di

Yerusalem berfungsi

seperti mana

direkodkan dalam

Kisah Para Rasul 15,

khususnya ayat

2,4,6,22 dan 23?

2. Apakah yang boleh

dipelajari tentang

penatua dari ayat-

ayat berikut? Kisah

Para Rasul 14:23; 1

Timotius 5:17;

Yakobus 5:14; 1

Petrus 5:1-2

15

Page 20: Fokus 1

Apakah Anda Cacat? Bacaan: Titus 1:6

Seramai sepuluh pekerja misi Kristian telah dituduh menculik lebih 30 kanak-

kanak miskin dan yatim piatu di Haiti pada tahun 2010. Ini terjadi kerana pekerja-

pekerja ini mengambil kanak-kanak tersebut tanpa surat kebenaran rasmi dari

kerajaan dan telah menipu tentang bagaimana kanak-kanak ini diperoleh.

Walaupun mereka berniat baik dan ingin menolong menyelamatkan kanak-kanak

ini, tindakan mereka salah dan mengakibatkan mereka dituduh menculik.

Kriteria pertama yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin Kristian, yang

disebut oleh Rasul Paulus dalam ayat bacaan hari ini, ialah orang yang tak

bercacat. Frasa ini langsung tidak merujuk kepada manusia yang mempunyai

kekurangan anggota badan atau upaya tetapi ia adalah terjemahan perkataan

Yunani yang membawa maksud tidak boleh dituduh atau tidak ada sebab untuk

dituduh berlaku salah.

Terlalu ramai pemimpin Kristian mengamalkan cara hidup yang boleh dijadikan

sebab untuk dituduh oleh mereka yang mahu menjatuhkan pemimpin itu atau

mereka yang mahu menegakkan keadilan. Ayat ini adalah satu peringatan bahawa

kita mesti hidup sebegitu cara sehingga tidak ada

orang mahu menuduh kita kerana sememangnya

tidak ada salah laku yang boleh dijadikan sasaran.

Hidup tidak bercacat bukan bermaksud hidup tanpa

silap atau salah tetapi merujuk kepada satu amalan

hidup yang dengan sengaja menghindari apa-apa

amalan atau perkataan yang boleh menjadi batu

sandungan dan apabila kesilapan dilakukan, ianya

didedahkan dan dibetulkan dengan cepat. Orang

Kristian yang mengamalkan cara hidup sebegini

layak dipanggil orang yang tidak cacat.

Untuk mengelakkan tuduhan tidak berasas yang

boleh menjejaskan reputasi seorang pemimpin,

nasihat Rasul Paulus dalam 1 Timotius 5:19-25 baik

kita semua patuhi.

Doa: Bapa yang di syurga, bantu saya mengamalkan

satu kehidupan yang tak bercacat, bebas dari

tuduhan. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apa kata Alkitab

tentang hidup tanpa

cacat atau cela?

Mazmur 119:1;

Efesus 1:3-5; Kolose

1:21-22; 1 Petrus

2:14

2. Apakah 10 perkara

yang anda mesti

lakukan supaya tidak

cacat? Mazmur 15

3. Jika anda telah

gagal atau lemah, apa

janji Tuhan? Roma

8:26; 2 Korintus

11:30, 12:9, 13:4

16

Page 21: Fokus 1

Contoh Keluarga Kristian Bacaan: Titus 1:6

Satu lagi kriteria penting yang mesti dimiliki seorang pemimpin Kristian ialah

perhubungan suami-isteri yang Alkitabiah dan anak yang memiliki iman dalam

Tuhan yang sama – mempunyai hanya satu isteri, yang anak-anaknya hidup

beriman.

Jika calon pemimpin Kristian itu sudah berkahwin, ia harus ada satu isteri sahaja.

Pada zaman rasul Paulus ramai orang yang mempunyai lebih dari satu isteri

sebelum menjadi orang Kristian. Mereka ini tidak dibenarkan menjadi penatua

kerana Alkitab melarang poligami. Poligami bukanlah rencana Allah - pemimpin-

pemimpin Kristian hanya dibenarkan mempunyai satu isteri.

Jika orang itu sudah mempunyai anak, anak-anaknya mestilah anak yang hidup

beriman, yang telah percaya dalam Yesus dan mempunyai amalan hidup yang

memuliakan Tuhan. Penatua-penatua yang mempunyai anak diharapkan

mempunyai rumah tangga Kristian sebelum dia memimpin keluarga lain.

Dari ketetapan-ketetapan ini jelaslah bahawa seorang pemimpin Kristian adalah

seorang model perhubungan suami isteri dan penjagaan anak mengikut amalan

Alkitabiah. Jika seorang calon Kristian itu gagal menunjukkan standard-standard

Tuhan untuk perkahwinan dan tidak dapat membangun anak-anak yang takut serta

percaya kepada Tuhan, maka jelaslah ada kepincangan dalam kehidupan orang

Kristian itu yang tidak akan membantu dia mengajar dan memodelkan amalan

kekeluargaan Kristian kepada komuniti Kristian yang dia mungkin pimpin.

Jika anda sudah berkahwin, bagaimanakah

perhubungan anda dengan isteri anda – apakah anda

setia kepada dia dan tidak mempunyai kekasih lain?

Jika anda mempunyai anak, adakah mereka mengasihi

Tuhan dan diajar berlaku sesuai dengan hukum-

hukum Tuhan? Ingat – perhubungan suami isteri dan

pembangunan anak yang beriman dan bermoral

adalah tuntutan Allah atas semua orang Kristian yang

sudah berumah tangga.

Doa: Bapa, bantulah saya menjadi pasangan hidup

yang setia dan berjaya memimpin anak-anak saya

untuk percaya kepada Yesus serta hidup memuliakan

Dia. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apa kata Alkitab

tentang monogami

(mempunyai satu

pasangan hidup)?

Keluaran 20:17;

Ulangan 17:17,

21:15; Matius 19:9;

Markus 10:7-8; 1

Korintus 7:2; Efesus

5:33; 1 Petrus 3:7

17

Page 22: Fokus 1

Anak Yang Baik? Bacaan: Titus 1:6

Saya pernah melayani bersama seorang penginjil yang hebat dari Indonesia dan

saya kagum dengan kepatuhannya kepada syarat Tuhan yang dinyatakan dalam

ayat bacaan hari ini. Dia dengan sengaja memilih untuk berhenti melayani serta

memimpin umat Tuhan apabila seorang daripada anaknya meninggalkan Tuhan

dan tidak hidup sesuai dengan hukum-hukum Allah. Hanya setelah isu ini selesai

dan anaknya kembali kepada Tuhan, dia menyambung pelayanannya.

Keadaan anak seorang calon pemimpin komuniti Kristian digunakan Allah untuk

menentukan kesesuaian dan kelayakan peribadi itu memimpin. Sekali pandang,

memang agak pelik apabila kehidupan seorang anak menjadi penentu

tanggungjawab seorang Kristian yang dewasa. Akan tetapi jika difikirkan,

sememangnya keadaan seorang anak adalah penentu yang baik dan tepat untuk

memastikan sama ada seseorang itu layak dan boleh memimpin dengan efektif.

Sebabnya mudah – jika dia tidak dapat membangun anaknya sendiri dan

membentuk karakter yang mulia, bagaimana dia dapat membangun dan

membentuk sekumpulan orang Kristian yang akan dia pimpin?

Ada dua perkara yang anak orang Kristian tidak harus ada – hidup tidak senonoh

dan hidup tidak tertib. Seorang anak yang hidup

tidak senonoh menunjukkan sifat-sifat serta

melakukan amalan-amalan yang nampak dalam

kehidupan orang yang belum lagi diselamatkan.

Dengan erti kata lain, anak pemimpin Kristian ini

tidak berbeza dengan anak bukan-Kristian.

Hidup tidak tertib pula merujuk kepada sifat tidak

taat dan keengganan untuk mematuhi undang-

undang. Ayat ini menggambarkan seorang anak

yang tidak boleh dikawal dan berkelakuan tidak

senonoh.

Apakah anda mempunyai anak yang tidak senonoh

dan tidak tertib? Apakah yang boleh anda lakukan

untuk membetulkan kecacatan ini dalam anak anda?

Doa: Bapa, bantulah saya untuk mengamalkan satu

corak hidup yang diiktiraf tertib dan senonoh. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apa kata Alkitab

tentang cara hidup

orang bukan-

Kristian?

Efesus 5:3-18

2. Apa kata Alkitab

tentang ketaatan

kepada mereka yang

lebih berkuasa?

Kisah Para Rasul

5:29; Efesus 6:1;

Kolose 3:20, 22; 2

Tesalonika 1:8, 3:14;

Ibrani 13:17

18

Page 23: Fokus 1

Pengatur Rumah Allah Bacaan: Titus 1:7

Dalam Titus 1:7 seorang penatua (pemimpin gereja) juga dipanggil pengatur

rumah Allah dan penilik jemaah. Frasa-frasa ini sememangnya sinonim yang

sesuai untuk perkataan penatua dan sebenarnya menjelaskan tanggungjawab atau

tugas seorang penatua.

Pertama sekali seorang penatua adalah pengatur gereja, seorang yang berfungsi

sebagai pengurus aktiviti-aktiviti gereja, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh

ahli-ahli gereja dan penjagaan bangunan serta alat-alat milik sidang. Dengan

ringkas, seorang penatua dituntut berfungsi sebagai seorang pengurus.

Kedua, seorang penatua ialah seorang penilik. Di Malaysia ada orang yang

percaya dengan ramalan tukang tilik, yang setelah meneliti dengan terperinci

garisan-garisan di tangan, membuat ramalan-ramalan mengenai masa depan tuan

punya tangan itu. Seorang penatua pula dituntut Tuhan memberi perhatian

terperinci kepada keadaan rohani setiap ahli di bawah jagaan dia.

Tugas ini tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh seorang gembala

kambing biri-biri yang setiap hari memerhatikan kambing-kambing di bawah

jagaannya supaya tidak ada yang sakit atau luka.

Itulah sebabnya ada yang berkata perkataan gembala

sinonim yang sesuai untuk penatua.

Bagi mana-mana gereja berkembang dengan baik,

pemimpin-pemimpin yang pandai mengurus hal

ehwal gereja dan kehidupan ahli-ahli sidang serta

menilik keadaan rohani setiap ahli adalah sangat

penting. Mengapa tidak berusaha mulai hari ini untuk

melengkapi diri dengan apa yang perlu supaya anda

juga boleh menjadi seorang pengurus dan gembala

sidang yang baik? Ingat, lebih besar sidang itu, lebih

ramai pemimpin diperlukan – jadilah pemimpin

sidang yang Allah perlukan untuk setiap sidangnya.

Doa; Bapa yang di syurga, bantulah saya melengkapi

diri dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk

mengurus sidang dan mengembalakan anak-anakMu.

Amin.

Kajian Lanjut

1. Apakah yang

boleh dipelajari

tentang pemilihan

dan tugas penatua

sebuah gereja dari

buku Kisah Para

Rasul (14:21-28;

15:1-35; 20:17-36;

14:21-23; 20:28-31)

2. Apakah yang

dilakukan oleh

seorang gembala

yang baik? Mazmur

23; Yohanes 10

19

Page 24: Fokus 1

Jangan Seperti Burung Merak Bacaan: Titus 1:7

Sam ialah seorang penatua dalam gereja. Setiap kali ada perbincangan tentang

sesuatu yang mahu dilakukan dalam gereja, dia membangkang dan jika ada idea

yang disokong, idea itu biasanya telah dikemukakan oleh dirinya sendiri. Yusuf

bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan selalu berfikir dia tidak bersalah dan tidak

pernah memohon maaf untuk apa-apa kesilapan yang dia telah lakukan. Anji pula

seorang bapa yang membuat semua keputusan dalam keluarganya dan tidak

membenarkan isteri atau anak-anaknya membuat pilihan atau keputusan sendiri.

Ketiga-tiga lelaki ini mempunyai masalah dengan keangkuhan.

Satu sifat penting seorang Kristian yang matang ialah tidak adanya keangkuhan.

Titus disuruh memilih mereka yang tidak angkuh sebagai pemimpin gereja. Frasa

tidak angkuh ini membawa maksud seorang manusia yang tidak mementingkan

dirinya sendiri – keinginan dia, pendapat dia, amalan dia – mahupun menganggap

dirinya sahaja yang betul dan patut dipatuhi. Orang yang dijangkiti keangkuhan

hanya melakukan apa yang dia mahu untuk kepentingan dirinya sendiri. Orang

lain tidak dipedulikan.

Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai angkuh dalam ayat ini hanya

digunakan di satu lagi tempat dalam Perjanjian Baru – 2 Petrus 2:10. Konteks ayat

ini sesuai sekali untuk mendedahkan tanda-tanda seorang itu memiliki sifat

angkuh. Mereka yang sombong ini juga menuruti

keinginan hawa nafsu mereka, tidak menghormati

Tuhan (malah sanggup menghina Tuhan dengan

kata-kata dan perbuatan mereka), tidak malu dan

tidak menghormati makhluk-makhluk syurgawi

ciptaan Tuhan. Itulah sebabnya amaran keras diberi

supaya mereka yang sombong tidak boleh dilantik

menjadi pemimpin sidang.

Apakah anda seorang yang sombong dan

mementingkan diri sendiri sahaja? Ubahlah hari ini.

Mula rendahkanlah diri dan utamakan orang lain.

Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya tidak

mementingkan diri sendiri serta mencari keuntungan

peribadi. Biarlah saya mengutamakan orang lain

dan menghormati mereka juga. Amin

Kajian Lanjut

1. Apa kata penulis

Amsal tentang

mereka yang

sombong?

Amsal 6:16-17,

15:25, 16:5, 21:4,

28:25

2. Apa kata Alkitab

tentang kerendahan

hati? Amsal 16:19,

29:23; Matius 18:4,

23:12; Yakobus

4:6,10; 1 Petrus 5:5,6

20

Page 25: Fokus 1

Hal Membalas Dendam Bacaan: Titus 1:7

Sifat seterusnya yang patut nampak dalam mana-mana orang Kristian yang

matang ialah tidak pemberang atau lebih tepat lagi seorang yang tidak cepat

membalas atau memukul. Jika seorang pemimpin Kristian itu cepat membalas

dendam, ia tidak layak menjadi seorang penatua kerana sikapnya tidak

memperlihatkan sikap Yesus yang tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.

Perkataan pemberang sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani yang

menggambarkan seorang manusia yang memiliki keinginan yang kuat untuk

bertindak ganas dan cepat sekali tersinggung serta menjadi marah. Sememangnya

manusia yang bersikap begini tidak disenangi dan ramai orang berasa takut

apabila bersama-sama mereka, takut-takut silap kata atau laku sehingga

menyebabkan diri mereka dipukul atau dicederakan.

Pemberang juga merujuk kepada sifat seseorang yang mahu menghukum orang

yang telah berlaku salah terhadapnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja

supaya dendamnya lunas dibayar. Walaupun dunia menepuk tangan untuk setiap

manusia yang berusaha membalas dendam, ini bukan amalan seorang Kristian

yang matang. Ingat nasihat Tuhan (melalui Rasul Paulus) dalam Roma 12:19:

Janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan , tetapi berilah tempat kepada

murka Allah sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang

akan menuntut pembalasan, firman Tuhan.

Seorang pemberang biasanya seorang yang

mempunyai masalah dengan amarah dan mempunyai

kepercayaan bahawa perbuatan yang jahat mesti

dibalas dengan perbuatan jahat yang sama buruk

kesannya. Sebaliknya orang Kristian diseru supaya

tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi

sebaliknya jika seterumu lapar, berilah dia makan;

jika ia haus berilah dia minum! Dengan berbuat

demikian kamu menumpukan bara api atas

kepalanya . . . kalahkan kejahatan dengan kebaikan!

(Roma 12:20-21).

Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya berlaku baik

setiap kali kejahatan dilakukan, sambil menantikan

Engkau membalas kejahatan yang dilakukan

terhadap saya. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apa kata Alkitab

tentang amarah yang

tidak terkawal dan

disertai keganasan?

Galatia 5:19-21;

Pengkhutbah 7:9;

Efesus 4:30-31;

Kolose 3:8-9; 1

Timotius 2:8; Amsal

21:19, 22:24, 24:25,

27: 4, 29:22; Efesus

4:26

2. Apakah respons

anda kepada

manifestasi amarah?

21

Page 26: Fokus 1

Penagih Alkohol, Awas Bacaan: Titus 1:7

Adi baru berusia 13 tahun tetapi sudah biasa minum langkau setiap pagi sebelum

ke sekolah. Apabila dia kembali dari sekolah sedikit sahaja nasi dimakannya; dia

lebih gemar minum langkau. Setiap malam Adi dan pemuda-pemuda lain di

kampungnya akan berkumpul untuk meminum pelbagai jenis minuman

beralkohol sambil bermain daun terup atau gitar yang dimilikinya. Adi seorang

kaki botol.

Satu sifat orang yang sudah matang dalam imannya ialah bahawa dia tidak lagi

bertuankan sesuatu selain daripada Yesus. Rasul Paulus menasihati Titus untuk

mencari pemimpin Kristian yang bukan peminum – seorang yang terikat kepada

minuman beralkohol dan selalu dekat dengan botol arak. Dalam frasa hari ini,

seorang Kristian yang matang tidak harus ketagih alkohol.

Seseorang yang ketagih alkohol sudah pun menjadi hamba kepada minuman keras

dan seluruh hidupnya berpusatkan kepada minuman ini – bagaimana

mendapatkannya, bagaimana untuk menikmatinya dan bagaimana untuk

menyembunyikan ketagihan itu daripada orang yang mengambil berat akan

keadaan fizikal dan rohani peribadi itu.

Hamba alkohol tidak boleh juga menjadi hamba Yesus – jika kamu

menghambakan diri kepada seseorang untuk

melakukan kehendaknya, maka kamu menjadi

hamba orang yang kamu taati: sama ada hamba

kepada dosa yang mengakibatkan kematian atau

hamba kepada Allah (Roma 6:16). Untuk seseorang

itu menjadi hamba Allah dan bertumbuh dalam

Tuhan, dia mesti bebas daripada semua ketagihan

yang mengikat dan memperhambakannya.

Bagaimana dengan anda – apakah anda terikat

kepada minuman beralkohol? Satu cara anda boleh

menjawab soalan ini ialah dengan memerhatikan

jumlah masa anda bersama bekas alkohol dan jumlah

minuman alkohol yang dibeli atau dimiliki.

Doa: Bapa, saya hanya mahu bergantung pada-Mu

dan hanya menghambakan diri kepada-Mu.

Bebaskan saya dari semua jenis ketagihan. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apa kata Alkitab

tentang wain

(minuman

beralkohol)?

Amsal 20:1, 21:17,

23:29-32, 31:4-7;

Roma 14:21; Efesus

5:18; Titus 2:3; 1

Petrus 4:3

2. Apakah

kesimpulan yang

anda dapat buat

mengenai minuman

beralkohol?

22

Page 27: Fokus 1

Jangan Pukul Saya! Bacaan: Titus 1:7

Kes penderaan isteri berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai suami

akan menerajang, memukul serta menumbuk isteri mereka apabila marah

sehingga lebam dan ada yang patah tulang atau mengalami pendarahan dalaman.

Amalan bersifat binatang ini tidak hanya terhad kepada pasangan bukan-Kristian

tetapi juga telah menular antara pasangan Kristian. Sedihnya, penderaan ini

seringkali dirahsiakan oleh si isteri, ahli-ahli keluarga dan ahli gereja.

Rasul Paulus menegaskan bahawa jika seseorang itu dipilih untuk memimpin

sidang Kristian dia tidak boleh seorang yang pemarah. Perkataan pemarah

sebenarnya diterjemahkan dari perkataan Yunani yang bermaksud memukul

dengan kuat dan suka bergaduh atau berkelahi. Akar perkataan ini membawa

maksud meleperkan sesuatu dengan cara menumbuk atau memukul dengan kuat!

Jelas pemarah yang disebut dalam ayat ini bukan seorang yang cepat marah tetapi

seorang yang bertindak ganas ketika marah, sehingga sanggup berkelahi dan

bertumbuk dengan mereka yang merupakan sumber amarah dia.

Aksi-aksi fizikal yang ganas ketika seseorang itu marah tidak diterima oleh Tuhan

kerana Tuhan dengan jelas telah berkata: Apabila kamu menjadi marah,

janganlah kamu berbuat dosa (Efesus 4:26). Mencederakan orang ketika marah

dengan memukul mereka sememangnya satu dosa dan juga salah di sisi undang-

undang. Janganlah ini menjadi amalan biasa anda!

Apakah yang boleh anda lakukan untuk

mengelakkan ini terjadi? Pertama, anda mesti sedar

dan mengaku anda berasa marah. Kedua, jika ada

tanda-tanda bahawa anda mahu bertindak ganas

(bernafas dengan cepat, menggenggam jari) tarik

nafas beberapa kali dan minta diri. Berusaha untuk

mengenal pasti apa yang mencetuskan amarah anda

serta rumusan-rumusan yang boleh digunakan untuk

menyelesaikan pencetus amarah ini. Akhirnya ambil

tindakan berdasarkan rumusan terbaik. Jadikan

respons ini respons biasa anda.

Doa: Bapa syurgawi, bantulah saya untuk mengawal

amarah saya supaya saya tidak mencederakan

orang ketika marah. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan ayat-

ayat berikut

mengenai manusia

yang menjadi marah.

Apakah yang boleh

dipelajari? Kejadian

27:42-45, 30:2, 49:5-

7; Keluaran 32:19;

Bilangan 22:27,

24:10

2. Allah juga

menjadi marah –

mengapa? Ulangan

7:3-4, 29:23-28

23

Page 28: Fokus 1

Sayang Wang, Sayang Sekali Bacaan: Titus 1:7

Masalah rasuah ialah satu masalah besar di banyak negara-negara di Asia dan

Malaysia juga tidak terlepas daripadanya. Banyak usaha telah dilakukan oleh

kerajaan untuk membantu rakyat memahami apa itu rasuah, bahayanya amalan itu

dan juga hukuman yang akan dikenakan jika tertangkap. Kes-kes rasuah

berterusan dan berleluasa baik di kalangan pihak berkuasa, peniaga mahupun

orang awam. Mengapa? Jawapan Alkitab mudah sahaja – manusia yang bersalah

itu memiliki sifat serakah (cinta akan wang yang menyebabkan dia sanggup

melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya).

Seorang pemimpin Kristian tidak boleh memiliki sifat serakah kerana sifat ini

boleh membuka jalan kepada pelbagai dosa lain dan jika tarikan wang

menumpaskan pemimpin Kristian itu, maka dengan mudah dia akan terjerat dan

membawa padah buruk kepada dirinya, gereja yang dipimpinnya, serta nama

Tuhan yang diisytiharkannya.

Seseorang yang tertarik kepada wang dan mengingini wang seperti mana seorang

penagih mengingini dadah akan menceburkan diri dalam pelbagai amalan yang

jahat supaya berjaya mendapatkan wang. Amalan-amalan seperti mengambil

rasuah, berjudi serta menipu orang yang dikasihi senang dilakukan tanpa banyak

berfikir atau berasa malu. Apakah anda kenal seseorang yang menepati

penerangan yang diberi?

Dalam 1 Timotius 6:10, Rasul Paulus membuat

kesimpulan bahawa punca segala jenis kejahatan yang

dilakukan manusia ialah cinta yang mereka miliki

untuk wang dan menggelarnya sejenis penyakit yang

bahaya. Dalam ayat sebelumnya, dia menerangkan

apa yang terjadi kepada mereka yang dijangkiti

penyakit cinta akan wang: tergoda dan terjert oleh

bermacam-macam-macam keinginan yang sia-sia dan

yang mencelakakan . . . menjatuhkan dan

membinasakan (1 Timotius 6:9)

Pastikan anda tidak dijangkiti penyakit bahaya ini!

Doa: Bapa di syurga, bantulah saya supaya puas

dengan apa yang saya miliki dan tidak tergoda untuk

mendapatkan wang dengan cara yang salah. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apakah nasihat

bijak mengenai

kekayaan yang

dibekalkan dalam

buku Amsal? Amsal

11:4,16,28, 13:7,8,

14:24, 19:14,

22:1,4,16, 23:5, 24:4,

27:24 dan 30:8

2. Apa komen Yesus

mengenai kekayaan?

Markus 4:19, 10:23-

24; Lukas 16:11

24

Page 29: Fokus 1

Datanglah Ke Rumah Saya Bacaan: Titus 1:8

Setiap kali saya melayani di Sarikei saya akan tinggal bersama Encik Frank dan

isterinya. Dia tidak lelah mengambil saya dari perhentian bas walaupun awal pagi.

Sebuah bilik yang sederhana tetapi selesa selalu tersedia untuk saya berehat dan

masakan yang sihat dan enak selalu disediakan untuk saya. Mereka senang

berbual dengan saya dan selalu berusaha supaya masa saya bersama mereka

berbaloi. Mereka suka memberi tumpangan.

Seorang Kristian yang matang, bertanggungjawab serta memiliki kasih terhadap

orang Kristian lain, lambat laun akan berpeluang untuk menerima ke dalam rumah

mereka tetamu-tetamu yang melawat untuk seketika atau yang memerlukan

tempat menginap untuk beberapa hari. Jika orang Kristian ini tidak suka memberi

tumpangan, lawatan dan permintaan untuk tinggal beberapa hari tidak akan

diterima dengan hati yang gembira. Oleh itu, kesediaan, suka melayani dan

memberi yang terbaik kepada yang melawat atau memerlukan penginapan

sementara sangat perlu bagi semua orang Kristian.

Dalam Roma 12, rasul Paulus menasihati orang Kristian untuk mengasihi orang

lain dengan ikhlas dan mesra khususnya mereka yang merupakan saudara seiman

dalam keluarga Tuhan (ayat 9,10). Dia juga merayu supaya orang Kristian rajin

melayani dan sabar menanggung kesusahan (ayat 11-12). Sesudah menyatakan

semua ini, dia membuat kesimpulan bahawa satu cara

supaya semua ini boleh diamalkan serentak ialah

ketika seseorang Kristian itu memberi tumpangan –

berkongsi milik dengan saudara seiman yang

memerlukan bantuan dan menyambut saudara seiman

yang tidak dikenali ke rumah (ayat 13).

Apakah anda bersedia untuk menerima pelawat-

pelawat ke rumah anda, melakukan apa yang perlu

untuk memberkati, menunjukkan kasih dan hormat

terhadap mereka? Sudikah anda menerima orang

Kristian untuk tinggal di rumah anda buat beberapa

hari jika keadaan memerlukannya?

Doa: Bapa di syurga, penuhi hati saya dengan kasih

dan kerelaan untuk menerima saudara-saudara

seiman ke rumah saya serta melayani mereka dengan

baik dan penuh hormat. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apakah yang

dituntut dari semua

orang Kristian dalam

Roma 12:13 dan 1

Petrus 4:8-10?

2. Apakah berkat

tersembunyi

menyambut orang ke

rumah anda? Lihat

Ibrani 13:2

3. Siapakah akan

anda sambut ke

rumah anda hari ini?

25

Page 30: Fokus 1

Suka Semua Yang Baik Bacaan: Titus 1:8

Jika anda menyenaraikan semua yang anda suka lakukan, perhatikan dan fikirkan

dan kemudiannya membenarkan sekumpulan hakim menentukan apakah semua

yang disenaraikan itu baik untuk anda, apakah mungkin keputusan mereka?

Sebagai seorang Kristian, kita bukan hanya dipanggil menjadi orang yang baik

tetapi juga suka akan yang baik.

Apa yang disukai oleh seorang pemimpin Kristian sangat penting kerana minat

seseorang itu banyak kali mendedahkan apa yang dianggap penting dan jumlah

masa, tenaga dan wang yang dipakai oleh dia untuk sesuatu hal. Tidak hairanlah

Rasul Paulus menekankan perlunya minat seorang bakal pemimpin juga dijadikan

kriteria apabila dia dinilai kesesuaian sebagai seorang penatua.

Satu aspek yang perlu diteliti ialah apa yang anda suka lakukan dengan masa dan

wang anda. Perhatikan bagaimana anda menggunakan masa anda – adakah ia

penggunaan masa yang baik? Adakah anda suka menggunakan masa anda dengan

baik – menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk melakukan sesuatu yang

baik untuk diri anda atau/dan untuk orang lain? Adakah anda suka membeli yang

baik dan mengurus wang anda dengan baik?

Satu ukuran yang boleh dipakai apabila mahu memastikan sama ada anda suka

yang baik ialah memerhatikan kesan amalan atau

keputusan anda atas diri anda, orang lain dan juga

dalam komuniti Kristian. Jika anda suka apa yang

baik anda pasti akan memilih untuk melakukan atau

mengatakan sesuatu yang akan menimbulkan

kebaikan kepada diri anda, mereka di sekeliling anda

dan juga komuniti Kristian.

Apabila seorang pemimpin Kristian suka apa yang

baik, adalah pasti amalan-amalan hidupnya juga baik,

pilihan-pilihan hidupnya semuanya untuk kebaikan

dan kata-kata yang keluar dari mulutnya baik. Inilah

jenis pemimpin yang dicari Allah. Sukalah yang baik.

Doa: Bapa di syurga, penuhi hati saya dengan kasih

untuk apa yang baik dan bantu saya mencari,

menerima dan mengamalkan apa yang baik sahaja.

Saya mahu menjadi pencinta kebaikan. Amin.

Kajian Lanjut

1. Perhatikan

bagaimana

pengamalan apa yang

baik dinyatakan

dalam ayat-ayat

berikut: Matius 3:10;

5:16,44; 7:11, 17-19;

12:35; 13:8,23;

19:16-19; 25:21,23;

26:10

2. Bagaimanakah

menerapkan amalan

baik ini dalam hidup

anda?

26

Page 31: Fokus 1

Bijak Sini, Bijaksana Bacaan: Titus 1:8

Adolf Hitler dan Osama bin Laden adalah dua tokoh sejarah yang terkenal kerana

perbuatan-perbuatan zalim dan ganas terhadap manusia yang diterajui oleh

mereka semasa Perang Dunia Kedua dan serangan 9/11. Apakah yang

membolehkan mereka bertindak begitu ganas terhadap manusia lain? Fahaman

yang mereka layani dan percaya dalam minda mereka. Adolf Hitler percaya

semua bangsa lain kurang mulia dan patut disingkirkan dan Osama pula

berfahaman bahawa orang Amerika jahat dan mesti dimusnahkan.

Seorang Kristian yang mahu berjaya haruslah bijaksana - mempunyai fahaman

dan idea-idea yang selamat dan siuman dalam minda serta berpegang kepada

pendapat-pendapat yang tidak ekstrem. Inilah maksud bijaksana dalam ayat ini

dan sesiapa yang memilikinya juga akan dapat mengawal diri dengan baik dan

mempunyai emosi yang seimbang dan sihat.

Apakah yang memenuhi minda anda hari ini? Apakah fahaman-fahaman agama

yang anda percaya dan fikirkan selalu dalam minda anda? Apakah kepercayaan-

kepercayaan ini menghasilkan pengawalan diri yang baik dan emosi yang sihat?

Firman Tuhan jelas tentang apa yang patut memenuhi minda seorang Kristian:

apa saja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja

yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang

dipandang tinggi – jika ada sesuatu yang baik dan

jika ada sesuatu yang terpuji – tumpukan fikiran

kepadanya (Filipi 4:8). Berusahalah mulai sekarang

untuk menerima dan melayani fahaman-fahaman

yang memenuhi syarat-syarat Alkitabiah ini.

Jika anda dapati anda melakukan perbuatan yang jahat

yang sukar anda berhentikan, mungkin masalahnya

adalah dalam minda anda. Selagi anda percaya

menipu itu tidak jahat anda akan terus menipu; selagi

anda percaya anda bodoh, selagi itu anda tidak akan

berusaha belajar. Periksa isi minda anda hari ini!

Doa: Bapa di syurga, dedahkan apa yang tersimpan

dalam minda saya supaya hanya yang baik dan benar

dipegang dan yang salah disingkirkan. Penuhi minda

saya dengan kebenaranMu sahaja. Amin.

Kajian Lanjut

1. Mengapa

mungkin„bijaksana’

juga diterjemahkan

„mengawal diri‟?

Mengapa ini penting

bagi semua strata

Kristian? 2 Korintus

5:13; Titus 2:4-6; 1

Petrus 4:7

2. Apakah yang harus

kita lakukan dengan

minda kita? Roma

12:2; Filipi 2:3-6,

Kolose 3:12

27

Page 32: Fokus 1

Keadilan Selalu Bacaan: Titus 1:8

Seorang pencuri mengagihkan wang yang telah dicuri dengan rakannya. Dia

mengambil seikat wang kertas $100 dan berkata, “Satu untuk saya, satu untuk

kamu. Dua untuk saya, satu untuk kamu . . .” Akhirnya, kerana dia mengagihkan

wang hasil curian itu dengan tidak adil, dia mendapat jumlah yang lebih banyak

manakala rakannya mendapat jumlah yang kurang. Mereka bertengkar dan

kemudiannya menembak satu sama lain - semua kerana tidak mengagih

„keuntungan‟ dengan adil.

Berlaku adil adalah satu lagi sifat penting yang perlu dimiliki oleh seorang

Kristian (apalagi seorang pemimpin) baik sebagai amalan mahupun sebagai sifat.

Berlaku adil dan saksama dalam segala keputusan dan perbuatan sememangnya

bukti seseorang itu bersifat adil dan oleh itu susah untuk dipersalahkan. Ini

akhirnya akan menyebabkan ramai mengaku orang Kristian itu orang benar.

Untuk menjadi orang yang mengasihi keadilan dan selalu bertindak benar, anda

memerlukan iman. Ibrani 10:38 menyatakan ini: Sekarang orang yang benar

(adil) akan hidup dengan iman. Iman, iaitu keyakinan bahawa apa yang belum

dilihat ada dan yakin bahawa apa yang diharapkan akan tercapai, akan membantu

seseorang itu hidup dalam keadilan kerana dia yakin tindakannya akan

mendatangkan kebaikan yang diharapkan dan dia yakin ianya akan terjadi

walaupun dia belum melihat hasil perbuatannya itu lagi.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah anda selalu

berusaha untuk memastikan keputusan anda adalah

satu keputusan yang adil? Apakah anda selalu

memastikan supaya setiap tindakan yang anda ambil

adalah benar dan baik untuk semua orang?

Untuk berlaku adil kita tidak boleh hanya

mementingkan diri sendiri dan mencari keuntungan

sendiri sahaja. Mesti ada keinginan untuk memberkati

orang lain dan mengiktiraf kebolehan serta sumbangan

dan kehebatan orang lain juga (Roma 12:3).

Doa: Bapa di syurga, tanamkan dalam hati saya cinta

kepada keadilan. Biarlah semua keputusan dan

tindakan saya adil supaya saya akan digelar orang

benar Amin.

Kajian Lanjut

1. Ramai orang

dalam Perjanjian

Baru digelar benar

kerana berlaku adil.

Mengapa? Matius

1:19; Markus 6:20;

Lukas 2:25, 23:58;

Kisah Para Rasul

10:22; 2 Petrus 2:7

2. Apakah yang harus

kita lakukan supaya

anda juga digelar adil

dan benar?

28

0

Page 33: Fokus 1

Memilih Untuk Menjadi Saleh Bacaan: Titus 1:8

Katie McMunn memakai sebentuk cincin perak di jarinya. Gadis 17 tahun ini

berharap satu hari nanti cincin itu akan ditukar dengan cincin perkahwinan yang

dibuat dari emas. Sehingga hari itu, cincin perak di jarinya menjadi satu

peringatan bahawa dia telah membuat satu perjanjian dengan Allah untuk hidup

suci dan bebas dari perhubungan luar nikah. McMunn dan ramai lagi remaja telah

memilih untuk menjadi remaja saleh.

Konsep saleh dalam Alkitab, merujuk kepada satu pilihan dan tindakan khusus

yang dibuat oleh seorang Kristian. Apakah yang dia lakukan? Dia dengan sengaja

mendedikasikan dirinya kepada Tuhan dan berjanji untuk memelihara kesucian

dirinya, khususnya dalam aspek seksual. Apabila seorang Kristian melakukan ini

dengan berjaya, satu hal yang akan jelas kelihatan ialah sifat-sifat ilahi mula

kelihatan dalam kelakuan dan amalan anak Tuhan itu. Dengan erti kata lain, dia

menjadi semakin seperti Kristus.

Bagaimana dengan anda – apakah anda telah dengan sengaja membuat keputusan

untuk menyerah diri kepada Allah dan berusaha mengamalkan satu cara hidup

yang mempromosi dan memelihara kesucian anda? Ini ialah satu keputusan yang

penting bagi mana-mana anak Tuhan kerana sesudah keputusan ini dibuat, banyak

perkara yag baik yang menyumbang kepada pembangunan rohani orang Kristian

itu akan mula berlaku - keinginan untuk memiliki

dan memelihara kesucian diri yang menyebabkan

orang Kristian itu menjadi lebih seperti Yesus.

Ada dua aspek kesucian yang mesti dijadikan

tumpuan. Pertama, perhubungan dengan manusia

lain, khususnya mereka yang berlainan jantina (1

Timotius 5:1-2). Kedua ialah nasihat khusus untuk

lelaki Kristian (yang saya yakin sesuai untuk wanita

Kristian juga ialah memastikan tangan yang diangkat

untuk memuji dan berdoa bebas dari kemarahan dan

perselisihan, dua hal yang akan menggugat kesucian

mana-mana orang Kristian (1 Timotius 2:8).

Doa: Bapa di syurga, saya berjanji untuk

memelihara kesucian diri saya mulai hari ini. Saya

akan berusaha mengamalkan sapa yang baik dan

berkenan kepadaMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Apakah nasihat

Allah kepada orang

muda yang mahu

bersifat saleh? 1

Timotius 4:12, 5:1-2;

2 Timotius 2:22

2. Minda yang suci

menyumbang kepada

amalan yang suci –

Filipi 4:8

3. Apakah yang anda

akan lakukan supaya

saleh?

29

Page 34: Fokus 1

Pentingnya Penguasaan Diri Bacaan: Titus 1:8

Ramai orang hari ini terlalu gemuk dan ada di antara mereka ini telah mengambil

langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan berat badan mereka. Walaupun

rahsianya mudah – bersenam dan makan makanan yang sihat – ada yang menahan

diri dari makan sehingga menimbulkan masalah baru pula. Apa yang menarik di

sini ialah mereka ini memiliki kebolehan untuk menahan diri dengan kekuatan

sendiri. Menurut Alkitab mereka telah dapat menguasai diri.

Apakah itu penguasaan diri? Siapakah yang boleh menguasai dirinya? Menurut

Alkitab, penguasaan diri bermula dengan insan yang kuat dan bertenaga (secara

rohani) yang mempunyai kuasa atas sesuatu dan dalam konteks penguasaan diri,

insan ini telah dapat menjadi tuan atas dirinya, mengawal dan menghalang diri

dari apa yang tidak baik untuk kebaikan dan kejayaan diri. Penguasaan diri

biasanya dikaitkan dengan makanan dan hubungan seks – dua keperluan manusia

yang mesti digenapkan dengan betul.

Rasul Paulus membandingkan penguasaan diri dengan seorang atlet – sebelum

bertanding atlet itu mesti menguasai diri. Makanan yang diambil, banyaknya

latihan yang dibuat serta jumlah tidur semuanya perlu dikawal dengan ketat. Tiap-

tiap orang yang mengambil bagian dalam pertandingan, menguasai dirinya

dalam segala hal. Mereka berbuat demikian untuk memperoleh suatu mahkota

yang fana tetapi kita untuk memperoleh suatu

mahkota yang abadi (1 Korintus 9:25).

Penguasaan diri adalah sesuatu yang mesti

diusahakan dan ditambahkan dengan sengaja oleh

orang Kristian dalam hidup mereka. Rasul Petrus

berseru: Kamu harus dengan sungguh-sungguh

menambahkan kepada iman-mu . . . penguasaan diri

(2 Petrus 1:5-6).

Bagaimana dengan anda – apakah ada aspek hidup

anda yang mesti dikuasai? Berusaha mulai sekarang!

Doa: Bapa di syurga, saya berjanji untuk

memelihara kesucian diri saya mulai hari ini. Saya

akan berusaha mengamalkan sapa yang baik dan

berkenan kepadaMu. Amin.

Kajian Lanjut

1. Siapakah yang

boleh membantu

anda menguasai diri?

Galatia 5:22-23; 2

Timotius 1:7

2. Apakah dua hal

yang perlu anda

kuasai? Amsal 23:1-

3; 1 Korintus 7:5,9

3. Mengapa penting

menguasai diri? 1

Petrus 4:7, 5:8

30

Page 35: Fokus 1
Page 36: Fokus 1

Mengenal Penulis FOKUS

Pastor Peter de Run aktif melayani komuniti Kristian khususnya di Kuching, Sarawak. Beliau memberkati tubuh Kristus dengan mendidik, menggalak dan melengkapi orang Kristian untuk melayani Allah dan hidup dalam kemenangan. Beliau telah melayani Allah sebagai pastor dan guru Firman Allah lebih 25 tahun. Peter melayani secara intensif di Malaysia, negara-negara ASEAN dan Australia.

Beliau adalah pastor di Gereja Shalom Kota Samarahan, Kuching. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Page 37: Fokus 1

Siri DVD Khutbah Kristian

Siri DVD Khutbah ini mempunyai pelbagai tema menarik berdasarkan Alkitab.

Setiap DVD mengandungi beberapa khutbah lengkap yang telah dirakamkan

untuk membantu pertumbuhan rohani setiap pendengar. DVD ini boleh digunakan

secara persendirian atau dalam kumpulan untuk mengkaji Firman Tuhan.

Fahami apa yang diperlukan untuk

menjalinkan perhubungan cinta yang

suci dan berkenan kepada Tuhan.

Memilih teman hidup adalah satu

pilihan paling penting dalam hidup.

Pastikan anda melakukan yang betul.

Ketahui apa yang anda perlu percaya

dan lakukan untuk menjadi seorang

Kristian.

Semua yang anda perlu tahu tentang

Firman Allah untuk menikmati

kehebatannya ada di sini.

Apa yang anda percaya tentang diri

anda akan menetukan semua perbuatan

anda, baik mahu pun jahat.

Belajar bagaimana 4 akidah penting

Kristian menjadi tiang utama fahaman

Triniti

Page 38: Fokus 1

Kami mahu ANDA menulis untuk FOKUS

Jika anda telah diberkati dengan apa yang dibaca dalam edisi percuma FOKUS ini dan berfikir, “Saya juga boleh menulis bahan renungan seperti ini”, pihak kami menjemput anda untuk mengisi borang yang disediakan dan hubungi kami secepat mungkin. Pelayanan Petros sedang mencari 30 penulis, khususnya dari Sabah dan Sarawak, yang boleh dan mahu menulis bahan renungan untuk FOKUS supaya lebih ramai orang Kristian membaca Alkitab mereka dan gereja Bahasa Malaysia akan diperkukuhkan.

Tunggu apa lagi? Hubungi kami hari ini!

Page 39: Fokus 1

Pelayanan Petros

Apakah anda mahu menerima cetakan edisi-edisi FOKUS seterusnya dengan

percuma? Kalau „YA”, anda hanya perlu mengisi maklumat di bawah dan

mengirim borang ini ke alamat yang telah disediakan.

Saya Mahu FOKUS

Nama: ________________________________________________________

Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________

_________________________________________________________________

Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________

Saya Mahu Menjadi Penulis FOKUS

Jika anda berminat untuk menjadi penulis FOKUS, isikan maklumat anda di

bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk menjawab

soalan-soalan anda dan menerangkan apa yang anda perlu lakukan.

Nama: ________________________________________________________

Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________

_________________________________________________________________

Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________

Pelayanan Petros

No 6 Lorong Riveria 1A, Taman Riveria, 94300 Kuching, Sarawak

Tel: 019-8898049 Emel: [email protected]

Page 40: Fokus 1

Borang Pesanan

Tajuk DVD Harga

(RM)

Kuantiti RM

Rahsia Percintaan Yang Berjaya 12.00

Memilih Teman Hidup Dengan Bijak 12.00

Erti Sebenar Menjadi Kristian 12.00

Siri Firman Tuhan 12.00

Siapakah Saya? 12.00

Triniti 12.00

JUMLAH

Semua DVD Khutbah akan dikirim selagi stok masih ada. Jika kami kehabisan

DVD tertentu, kami akan menggantikan dengan DVD lain tanpa pemberitahuan

awal. Harap maklum.

Cara pembayaran yang terjamin:

1. Bayaran secara langsung ke akaun bank kami: RHB 1111 6400 0561 45

2. Cek/Wang Pos atas nama: Peter Claude De Run

Sila hubungi kami melalui telefon atau emel setelah bayaran dimasukkan ke

akaun bank kami, ATAU sertakan cek/wang pos anda beserta borang ini.

Buku dan DVD hanya akan dihantar setelah bayaran dijelaskan dan disahkan.

Maklumat Pemesan

Nama: ________________________________________________________

Alamat Pos Lengkap: ____________________________________________

_________________________________________________________________

Emel: ________________________________ No. Telefon: _________________

Pelayanan Petros

No 6 Lorong Riveria 1A, Taman Riveria, 94300 Kuching, Sarawak

Tel: 019-8898049 Emel: [email protected]

Page 41: Fokus 1

Pastor Peter De Run juga boleh dipelawa untuk menganjurkan seminar atau

berkhutbah untuk perkumpulan Kristian anda.

Hubungi beliau melalui telefon (019-8898049), e-mel ([email protected])

atau Facebook (Peter Claude De Run).