Finals Sejarah 2014

download Finals Sejarah 2014

of 18

Transcript of Finals Sejarah 2014

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    1/18

    1

    Bahagian A

    Jawab semua soalan berikut.

    1. Pernyataan di bawah merupakan faktor pertikaian dan perebutan takhta Kedah pada

    kurun ke-18.

    Pelantikan Tunku Abdullah tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana bagindabukan anak gahara.

     Apakah yang dimaksudkan anak gahara?

     A Anak angkat

    B Anak daripada isteri berketurunan raja.

    C Anak sulung daripada isteri berketurunan raja.

    D Anak yang bukan daripada isteri pertama.

    2. Rajah di bawah menerangkan seorang pemimpin.

    Siapakah pemimpin X di atas?

     A Sultan Muhammad Jiwa

    B Raja Abdullah

    C Daeng Merawan

    D Raja Haji

    3. Rajah di bawah menunjukan peristiwa penting yang berlaku di Pulau Pinang.

     Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

     A Bermulanya campur tangan British di negeri-negeri Melayu.

    B Bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

    C Berakhirnya penjajahan Siam di Tanah Melayu.

    D Berakhirnya kekuasaan Sultan Pulau Pinang.

    4. Peribahasa di bawah ini berkaitan dengan sikap British dalam hubungan British-Kedah.

    Menanam tebu di tepi bibir.

     Apakah bukti yang menunjukkan British menipu Sultan Kedah?

     A British menduduki pusat pentadbiran.

    B British berpakat dengan Bugis untuk menyerang Kedah.

    C British tidak memberikan bantuan apabila Kedah diserang oleh Siam.

    D British tidak berundur dari Pulau Pinang dan Seberang Perai.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    2/18

    2

    5. Rajah di bawah berkaitan dengan peristiwa Perang Napoleon (1793 – 1814).

    Bagaimanakah SHTI menguasai Melaka dan Betawi berikutan dengan peristiwa Perang

    Napoleon?

     A Melalui penaklukan.

    B Melalui Perjanjian Surat-surat Kew.

    C Melalui perjanjian British-Belanda.

    D Melalui perebutan kuasa.

    6. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud III, Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagaiSultan Johor. Siapakah pihak yang menyokong pelantikan tersebut?

    I Yamtuan Muda Johor.

    II Belanda.

    III British.

    IV Pahang.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

    7. Monolog yang berikut mungkin berlaku di Singapura pada tahun 1819.Raffles: Nampaknya perjanjian yang saya tandatangani dengan Temenggung Abdul

    Rahman tidak membolehkan saya berkuasa penuh di Singapura. Saya mestimembuat sesuatu.

     Apakah tindakan Raffles seterusnya?

     A Melancarkan perang.

    B Menobatkan sultan yang baru.

    C Membina kubu pertahanan.

    D Membuka penempatan baru.

    8. Maklumat di bawah berkaitan dengan Perjanjian Inggeris – Belanda.

    Belanda menyerahkan Melaka. kepada sementara British menyerahkan Bangkahulukepada Belanda. Belanda pula mengiktiraf petempatan British di X.Penguasaan X tanpa tentangan Belanda menyebabkan British ____________________

     A Memonopoli kekayaan hasil bumi.

    B Mendirikan pangkalan tentera baru.

    C Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka.

    D Menghapuskan kuasa pembesar tempatan.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    3/18

    3

    9. Rajah di bawah merujuk kepada dasar yang diamalkan oleh British.

    Tarikh Dasar

    1874 Dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu.

     Apakah tujuan dasar tersebut dilaksanakan?

    I Desakan raja Melayu.

    II Revolusi Perindustrian.III Keperluan bahan mentah.

    IV Mengamankan negeri-negeri Melayu.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III

    D III dan IV.

    10. Dialog antara pembesar Perak dengan pegawai british yang berikut mungkin berlaku

    pada pertengahan kurun ke-19.

    Ngah Ibrahim: Saya berharap pihak tuan dapat membantu untuk mengatasi sebarang

    masalah di Larut yang sedang meruncing.Kapten Speedy: Jangan bimbang, pihak kami akan segera membantu untuk mengatasimasalah ini.

     Apakah masalah di Larut pada ketika itu?

     A Pergaduhan kongsi gelap.

    B Perebutan takhta.

    C Pertelingkahan pembesar.

    D Perebutan kawasan bijih.

    11. Mengapakah Raja Yusuf yang pernah memegang jawatan Raja Di Hilir diketepikan

    dalam sistem pewarisan takhta?

     A Tidak menghadiri upacara pengebumian Sultan Ali.

    B Anak gundik.C Terlalu muda.

    D Tidak disukai oleh pembesar Perak.

    12. Raja Abdullah yang memegang jawatan Raja Muda diketepikan dalam sistem pewarisan

    takhta Perak. Mengapakah Raja Abdullah tidak dilantik sebagai Sultan Perak?

     A Tidak mendapat sokongan pembesar.

    B Tidak menghadiri upacara pengebumian Sultan Ali.

    C Tidak bijaksana.

    D Tidak berpelajaran tinggi.

    13. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Tengku Kudin.

    Tengku Kudin telah meminta bantuan dari luar untuk menamatkan kekacauan diSelangor.

    Mengapakah keadaan seperti di atas berlaku?

     A Tengku Kudin dipaksa oleh British.

    B Tengku Kudin menurut perintah sultan.

    C Tengku Kudin tidak berkebolehan.

    D Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    4/18

    4

    14. Rajah di bawah berkaitan dengan perbalahan yang berlaku di Sungai Ujong, Negeri

    Sembilan.

    Kedua-dua pemesar ini bersengketa untuk menegakkan kekuasaan di Sungai Linggi.

    Mengapakah Sungai Linggi begitu penting bagi mereka?

     A Kaya dengan galian.

    B Kedudukannya yang strategik.

    C Dapat memungut cukai.

    D Benteng pertahanan.

    15. Peristiwa di bawah berkaitan dengan perluasan pengaruh British di Pahang.

    Sultan Ahmad terpaksa menerima J. P. Rodger sebagai Residen British di Pahangsetelah didesak oleh British.

     Apakah peristiwa yang membawa kepada keadaan tersebut?

     A Pembunuhan Go Hui.

    B Tipu muslihat British.

    C Pujukan Sultan Johor.

    D Boikot oleh pelabur.

    16. Rajah di bawah ini menunjukkan struktur pentadbiran Persekutuan 1896.

     Apakah X?

     A Residen Jeneral.

    B Gabenor Jeneral.

    C Raja-raja Melayu.

    D Residen Singapura.17. Maklumat di bawah berkaitan dengan perluasan kuasa Perancis di Lembah Menam

    Chao Phraya.

    Perancis merancang untuk membina terusan di Segenting Kra.

    Mengapakah rancangan tersebut membimbangkan British?

     A Kedah akan jatuh ke tangan Perancis.

    B Kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa terancam.

    C Perancis akan memonopoli perdagangan di Selat Melaka.

    D Perdagangan di Pulau Pinang akan merosot.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    5/18

    5

    18. Pernyataan di bawah menunjukkan sebahagian daripada kesan syarat Perjanjian

    Bangkok 1909.

    Sungai Golok dijadikan garisan sempadan antarabangsa. Kesannya, British telahmenyerahkan wilayah Tabal, iaitu sebuah daerah di Kelantan kepada Siam.

    Penyerahan wilayah Tabal menyebabkan penduduknya _______________

     A Memberontak.B Dikenakan cukai.

    C Berhijrah ke Kelantan.

    D Berperang dengan British.

    19. Jadual di bawah menunjukkan perjanjian di antara British dengan Siam.

    Tahun Perkara

    1897 Perjanjian Sulit British – Siam

    1902 Perjanjian pengisytiharan British – Siam

    1909 Perjanjian Bangkok

    Mengapakah sultan Negeri-negeri Melayu Utara tidak mengiktiraf perjanjian tersebut?

     A Sultan tidak diajak berunding.

    B Sultan menolak penjajahan British.

    C Sultan enggan menghantar ufti ke Siam.

    D Sultan kehilangan hak memungut cukai.

    20. Garis masa yang berikut menunjukkan usaha British meluaskan pengaruh di Negeri-

    negeri Melayu Utara.

     Apakah kesan perjanjian-perjanjian tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu Utara?

     A Kebajikan rakyat terbela.

    B Kewibawaan sultan tergugat.

    C Kedudukan ekonomi terjejas.

    D Keselamatan negeri terjamin.

    21. Rajah di bawah menunjukkan konflik yang berlaku di Kedah.

     Apakah punca berlakunya konflik tersebut?

     A Perlucutan jawatan.

    B Pengenalan cukai tanah.

    C Pembahagian bidang kuasa.

    D Perlaksanaan undang-undang barat.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    6/18

    6

    22. Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan tindakan tokoh yang berikut?

    Tokoh Tindakan

    TunkuMahmud

      Menggunakan Bahasa Melayu dalam semua surat rasmi danperundangan.

      Menggunakan kalendar Hijrah.

      Mengutamakan perlantikan orang Melayu dalam pentadbiran. A Berhemah tinggi.

    B Patriotik.

    C Jati diri.

    D Diplomasi.

    23. Gambar di bawah menunjukkan seorang pemimpin yang berwibawa.

     Apakah kemajuan yang telah dilaksanakan oleh tokoh di atas?

    I Memperkenalkan Sistem Kangcu.

    II Menubuhkan pasukan polis dan tentera.

    III Menjadikan Tanjung Puteri pusat pentadbiran Johor.

    IV Membangunkan Johor mengikut sistem pentadbiran barat.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.D III dan IV.

    24. Kawasan berlorek pada peta di bawah menunjukkan wilayah yang diserahkan oleh

    Sultan Brunei kepada James Brooke pada tahun 1841.

    Mengapakah Sultan Brunei menyerahkan wilayah tersebut?

     A Memajukan perlombongan.

    B Mengembalikan keamanan.

    C Mengiktiraf kedaulatan baginda.

    D Menyelesaikan masalah kewangan.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    7/18

    7

    25. Mengapakah tindakan Pangeran Raja Muda Hashim meminta bantuan daripada James

    Brooke dikatakan „bagai orang mengantuk disorongkan bantal‟? 

     A James Brooke amat berpengalaman dalam menamatkan pemberontakan.

    B James Brooke mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Brunei.

    C James Brooke sangat berminat untuk menakluki Sarawak.

    D James Brooke sedang berusaha untuk mencari kesempatan berdagang.26. Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan perlantikan James Brooke sebagai

    Gabenor Sarawak. Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

     A Beliau bimbang kedudukannya akan tergugat.

    B James Brooke tidak disukai oleh orang Sarawak.

    C Pembesar tempatan menentang perlantikan tersebut.

    D Sultan Brunei tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.

    27. Maklumat di bawah berkaitan dengan kehadiran angkatan British di Brunei.

    Pada tahun 1842, James Brooke menghadap Sultan Brunei bersama-sama angkatantentera laut British dari Singapura.

    Mengapakah peristiwa tersebut membimbangkan Sultan Brunei? A Baginda takut kehilangan takhta.

    B Baginda mungkin diserang British.

    C British berniat untuk menjajah Brunei.

    D Tentera British akan membedil Kuching.

    28. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan peranan Majlis Negeri.

    Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

     A Memodenkan pentadbiran.

    B Memberikan latihan kepimpinan.

    C Menyeragamkan pentadbiran.D Menyediakan kemerdekaan Sarawak.

    29. Maklumat di bawah berkaitan dengan usaha yang diambil oleh keluarga Brooke untuk

    mengukuhkan kuasa di Sarawak.

    Keluarga Brooke melaksanakan dasar pecah dan perintah.

    Melalui dasar tersebut, setiap kaum dipisahkan berdasarkan

    I Kegiatan ekonomi.

    II Kawasan petempatan.

    III Kedudukan politik.

    IV Taraf pendidikan.

     A I dan II C II dan III

    B I dan IV D III dan IV

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    8/18

    8

    30. Rajah di bawah berkaitan degan tindakan Charles Vyner Brooke sempena perayaan 100

    tahun pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.

    Mengapakah perlembagaan tersebut tidak dapat dilaksanakan?

     A Perang Dunia Kedua meletus.

    B Penentangan ahli Majlis Tertinggi.

    C Pemimpin tempatan tidak bersedia.

    D Pemberontakan penduduk tempatan.

    31. Rajah di bawah menunjukkan aliran penyerahan konsesi tanah di Sabah.

    Mengapakah J. W. Torrey dan T. B. Harris menjual konsesi tersebut kepada Von

    Overbeck?

     A Gagal memajukan tanaman tebu dan kopi di Kimanis.

    B Gagal mendapat pengiktirafan Sultan Brunei.C Gagal memperbaharui tempoh pajakan.

    D Gagal mendapat bantuan kewangan.

    32. Rajah di bawah merupakan tindakan yang dilakukan oleh Persatuan Sementara British

    Borneo Berhad.

     Apakah X?

     A Memajakkan Sabah.

    B Memohon Piagam Diraja.

    C Memohon bantuan kewangan.

    D Menempatkan tentera di Sabah.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    9/18

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    10/18

    10

    37. Peta di bawah menunjukkan bandar utama di Sabah.

     Apakah faktor yang mendorong perkembangan bandar tersebut di bawah pentadbiran

    Syarikat Borneo Utara British?

     A Pusat perikanan.

    B Pusat perlombongan.

    C Pusat pelancongan.

    D Pusat pentadbiran.

    38. Tanaman di bawah diusahakan di Johor.

      Lada hitam

      Gambir

    Tanaman tersebut diusahakan setelah __________________________

     A Campur tangan British.

    B Kedatangan buruh India.

    C Penanaman modal Eropah.

    D Kemasukan orang Cina.

    39. Penyataan di bawah merujuk kepada tanaman dagangan di Pulau Pinang.Bunga cengkih menjadi bahan eksport yang penting di Pulau Pinang pada kurun ke-19.

     Apakah kegunaan bahan dagangan tersebut?

     A Dijadikan ubat-ubatan.

    B Dijadikan serbuk perasa.

    C Dijadikan makanan tambahan.

    D Dijadikan pewarna pencelup sutera.

    40. Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis tanaman yang diusahakan di Pahang.

    Tanaman teh diusahakan di Cameron Highlands, Pahang.

     Apakah yang dapat dikaitkan dengan teh yang dihasilkan di atas?

    I Harganya murah.

    II Bermutu tinggi.

    III Disebut “teh Ceylon”. 

    IV Diusahakan oleh orang Melayu.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    11/18

    11

    41. Rajah di bawah menunjukkan aliran sejarah kemasukan benih getah.

    Namakan lokasi penanaman getah di Singapura.

     A Rose Garden.

    B Kew Garden.

    C Botanical Garden.

    D Botanical Estate.

    42. Tokoh di bawah ialah Pengarah Botanical Garden Singapura.

     Apakah sumbangan tokoh di atas?

     A Membawa anak getah ke Kuala Kangsar.

    B Menstabilkan harga getah.

    C Membuka ladang-ladang getah di Tanah Melayu.

    D Memperkenalkan sistem torehan Ibedem.

    43. Rajah di bawah berkaitan dengan dua cara yang digunakan oleh orang Melayu untuk

    melombong bijih timah.

     Apakah X dan Y?

    I Mengorek.II Melampan.

    III Mendulang.

    IV Mengepam.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    12/18

    12

    44. Jadual di bawah berkaitan dengan kaedah perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

    pada kurun ke-19.

     Apakah kaedah X?

     A Palung.

    B Melampan.

    C Pam kelikir.

    D Lombong dedah.

    45. Rajah di bawah merujuk kepada tokoh di negeri Kedah.

    Siapakah tokoh X di atas?

     A Tunku Daei.

    B Tunku Kudin.

    C Tunku Abdullah.

    D Sultan Ahmad Tajuddin.

    46. Rajah yang berikut menunjukkan faktor penentangan Dol Said.

     Apakah X?

     A Menjaga kesucian agama.

    B Menolak amalan buruh daerah.

    C Mempertahankan kedaulatan daerah.

    D Membantah pelucutan jawatan penghulu.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    13/18

    13

    47. Monolog di bawah diucapkan oleh Rentap semasa berjuang menentang British.

    “Bawalah semua meriam kamu dari Eropah. Kami tidak takut akan kamu orang Eropah.”  

    Ucapan di atas membuktikann Rentap memiliki nilai ___________________

     A Kesabaran.

    B Keberanian.

    C Bertolak ansur.D Kebijaksanaan.

    48. Maklumat yang berikut berkaitan dengan perjuangan tokoh tempatan Sarawak

    menentang British.

    Pada tahun 1859, pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit.

    Siapakah yang menolong Sharif Masahor dalam serangan tersebut?

     A Sultan Abdullah.

    B Pangeran Muda Hashim.

    C Sultan Omar Ali Saifuddin.

    D Datu Patinggi Abdul Ghapur.

    49. Puisi yang berikut menerangkan penentangan rakyat akibat perubahan yang dilakukanoleh Residen British di Perak.

    J. W. W. Birch Residen Perak,Membawa perubahan secara mendadak,Timbul bara membuak-buak,Terbunuhnya Birch di Pasir Salak.

     Apakah perubahan tersebut?

    I Mencabuli adat resam.

    II Mengehadkan kebebasan rakyat.

    III Melarang pembukaan tanah.

    IV Merampas hak mengutip cukai.

     A I dan II.B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

    50. Rajah di bawah merujuk kepada tokoh-tokoh yang bangkit menentang British.

     Apakah kesan kebangkitan di atas terhadap British?

     A British berundur dari Pahang.

    B British menyerah semula kuasa memungut cukai kepada pembesar tempatan.

    C British tidak berupaya untuk mengembalikan keamanan Pahang.

    D British menanggung hutang yang banyak di Pahang.

    51. Mengapakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

     A Pengenalan cukai baru.

    B Penangkapan ahli keluarga.

    C Pembunuhan pembesar Melayu.

    D Penghapusan amalan perhambaan.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    14/18

    14

    52. Petikan di bawah mempunyai kaitan dengan penentangan rakyat Terengganu.

    Tanah ialah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya.

    Kebangkitan tersebut berkaitan dengan _________________

     A Pas kebenaran.

    B Penyerahan hasil.

    C Pendaftaran tanah.D Peraturan jual beli.

    53. Rajah di bawah menunjukkan perkembangan peristiwa di negara luar yang memberikan

    inspirasi perjuangan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

     Apakah X dan Y?

    I Turki.

    II Vietnam.

    III Siam.

    IV India.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.D III dan IV.

    54. Karikatur di bawah memberikan gambaran tentang peristiwa perang.

     Apakah perang tersebut?

     A Perang Jepun – Rusia.

    B Perang Filipina – Amerika.

    C Perang Indonesia – Belanda.

    D Perang Indochina – Perancis.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    15/18

    15

    55. Rajah di bawah menunjukkan peranan sebuah akhbar.

     Apakah X?

     A Al-Imam.

    B Al-Ikhwan.

    C Suara Benar.

    D Warta Malaya.

    56. Jadual di bawah merujuk kepada akhbar terbitan masyarakat Cina di Tanah Melayusebelum Perang Dunia Kedua.

    Orang Cina Cina Peranakan

    Nanyang Siang Pau Khabar Uchapan Baru

     Apakah perbezaan antara dua jenis akhbar di atas?

    I Berita-berita yang dilaporkan.

    II Pendedahan kepada fahaman politik.

    III Cara penerbitan.

    IV Bahasa yang digunakan.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

    57. Novel dan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua menjadi media yang

    menyebarkan kesedaran kebangsaan. Apakah mesej yang hendak disampaikan dalam

    novel dan cerpen tersebut?

    I Berjuang mempertahankan hak.

    II Berbangga dengan budaya bangsa.

    III Bersatu mengeratkan hubungan.

    IV Bersemangat patriotik.

     A I dan II.

    B I dan IV.C II dan III.

    D III dan IV.

    58. Pernyataan berikut berkaitan dengan PASPAM yang ditubuhkan pada tahun 1934.

    Keanggotaan PASPAM terdiri daripada penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

     Apakah sumbangan pertubuhan tersebut?

     A Mewujudkan perpaduan kaum.

    B Menentang British secara terbuka.

    C Memecahkan semangat kenegerian.

    D Memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    16/18

    16

    59. Gambar di bawah menunjukkan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM).

     Apakah yang mendorong beliau menubuhkan KMM pada tahun 1938?

     A Perjuangan Persatuan Melayu yang tidak menyeluruh.

    B Persatuan berasaskan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu.

    C Persatuan-persatuan Melayu masih terikat dengan peraturan British.

    D Perjuangan Persatuan Melayu hanya bersifat sederhana.

    60. Rajah di bawah menunjukkan dua sifat pertubuhan yang wujud di Tanah Melayu dalam

    usaha membangkitkan semangat kebangsaan?

     Apakah pertubuhan yang bercorak kebangsaan?

    I PASPAM.

    II Kesatuan Melayu Selangor.

    III Kesatuan Melayu Singapura.

    IV Kesatuan Melayu Muda.

     A I dan II.

    B I dan IV.

    C II dan III.

    D III dan IV.

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    17/18

    17

    Bahagian B

    Jawab semua soalan yang diberikan di bawah.

    1) Senarai di bawah merupakan negeri-negeri di Tanah Melayu yang dijajah British.

    Perlis Kedah Pulau Pinang

    Perak Selangor Negeri Sembilan

    Melaka Johor Singapura

    Pahang Terengganu Kelantan

    Kelaskan setiap negeri yang disenaraikan di atas kepada unit pentadbiran masing-

    masing. (12 markah)

    Negeri-negeri Selat Negeri-negeri MelayuBersekutu

    Negeri-negeri Melayu TidakBersekutu

    2) Berdasarkan negeri-negeri yang diberikan, namakan seorang tokoh tempatan yang

    berjuang mengembalikan kedaulatan bangsa. Pilihan jawapan ada diberikan di bawah.

    (3 markah)

    Haji Abdul Rahman Linbong Yamtuan Antah Dato‟ Maharajalela 

    Negeri Nama tokoh

    a) Terengganu

    b) Perak

    c) NegeriSembilan

    3) Berikan maksud semangat kebangsaan. (2 markah)

     ______________________________________________________________________

     ______________________________________________________________________

  • 8/16/2019 Finals Sejarah 2014

    18/18

    18

    4) Berdasarkan negara-negara yang diberikan, namakan tokoh yang berjuang sehingga

    memberi inspirasi kepada rakyat Tanah Melayu. Pilihan jawapan ada diberikan di bawah.

    (3 markah)

    Jose Rizal Mahatma Gandhi Dr. Sun Yat Sen

    Negara Nama tokoh

    a) India

    b) China

    c) Filipina

    Disediakan oleh: En. Lee Chong Beng _____________

    Disemak oleh : En. Mohammad Sufian Nazari B Che Soh _______________

    Disemak oleh: Pn. Lim Phaik See _____________

    Diluluskan oleh : Pn. Saida Banu Bt. P. Kader Mydin

     ___________