Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan...
Transcript of Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan...
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI
BERKESAN DALAM ORGANISASI.
HILDA ELAINE ANAK LADI
Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia
2006
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI
BERKESAN DALAM ORGANISASI
HILDA ELAINE ANAK LADI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Pembangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
Projek bertajuk ‘Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Komunikasi Berkesan Dalam
Organisasi’ telah disediakan oleh Hilda Elaine Anak Ladi dan telah diserahkan kepada
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.
Diterima untuk diperiksa oleh:
...............................................
(Pn. Salbia Bt Hassan)
Tarikh:
...............................................
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun
Akhir saya, Puan Salbia Binti Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Selain itu,
saya amat berterima kasih atas segala perhatian yang diberikan dan kesabaran
melayan karenah saya dalam menyiapkan projek ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Dalat
dan Mukah (MDDM) khususnya kerana sudi dan telah memberikan kerjasama kepada
saya serta menerima permohonan saya bagi membenarkan saya untuk menjalankan
kajian di MDDM bagi tujuan Projek Tahun Akhir (PTA).
Saya juga amat terhutang budi kepada Encik Abdul Halim Busari atas segala nasihat,
pandangan dan bantuan beliau yang diberikan kepada saya dalam saya menyiapkan
kajian ini terutamanya sewaktu perbentangan Projek Tahun Akhir.
Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kawan-kawan
seperjuangan dan ahli keluarga serta semua pihak yang turut terlibat baik secara
langsung atau tidak langsung kerana banyak membantu dan memberikan sokongan
padu kepada saya baik dari segi fizikal atau mental sepanjang tempoh saya
menyiapkan projek ini.
Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak, saya mungkin tidak mampu
untuk menyiapkan projek ini tepat pada masanya dan projek ini tidak akan berjaya.
iv
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan
Jadual Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Gambarajah
Abstrak
Abstract
BAB 1: PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
1.3.2 Objektif Khusus
1.4 Kerangka Konsep Kajian
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Komunikasi
1.7.2 Berkesan
1.7.3 Komunikasi Berkesan
1.7.4 Organisasi
1.7.5 Komunikasi Dalam Organisasi
1.7.6 Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan (Knowlegde,
Skills and Ability)
1.7.7 Struktur Organisasi
1.7.8 Teknologi
1.7.9 Saluran Komunikasi
1.8 Limitasi Kajian
1.9 Kesimpulan
BAB 2 : KAJIAN SEMULA PENULISAN
2.0 Pengenalan
2.1 Komunikasi
2.2 Komunikasi dan Organisasi
2.3 Komunikasi Berkesan
2.4 Demografi dan Komunikasi
2.5 Pengetahuan Komunikasi
2.6 Kemahiran Komunikasi
2.7 Kebolehan Komunikasi
2.8 Struktur Organisasi
2.9 Teknologi
iii
iv
vii
viii
ix
x
1
2
3
4
4
4
5
7
8
9
9
10
10
11
12
12
13
14
15
16
16
17
17
19
21
21
22
23
23
24
24
v
2.19 Saluran Komunikasi
2.11 Teori dan Model
2.11.1 Teori X dan Y McGregor (1960)
2.11.2 Model Pemusatan Kincaids (1979)
2.11.3 A Descriptive Model of Organizational
Communication Climate
2.12 Kajian Sri Sumanty (1997)
2.13 Kesimpulan
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Kaedah Persampelan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Pengumpulan Data
3.4 Instrumen dan Reka Bentuk Kajian
3.5 Ujian Rintis (Pilot Test)
3.5.1 Rumusan Keputusan Ujian Rintis (Pilot Test)
3.6 Analisis Data
3.7 Kesimpulan
BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Ciri-ciri Demografi Responden
4.1.1 Jantina
4.1.2 Umur
4.2 Faktor Demografi terpilih (Jantina, Umur) dan Tahap
Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi
4.2.1 Jantina dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam
Organisasi
4.2.2 Umur dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam
Organisasi
4.3 Perkaitan Antara Faktor Demografi Terpilih (Pengetahuan,
Kemahiran, Kebolehan) dan Tahap Komunikasi Berkesan
dalam Organisasi
4.3.1 Pengetahuan Komunikasi dan Tahap Komunikasi
Berkesan Dalam Organisasi
4.3.2 Kemahiran Komunikasi dan Tahap Komunikasi
Berkesan Dalam Organisasi
4.3.3 Kebolehan Komunikasi dan Tahap Komunikasi
Berkesan Dalam Organisasi
4.4 Perkaitan Antara Faktor Bukan Demografi Terhadap Tahap
Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi
4.4.1 Struktur Organisasi dan Tahap Komunikasi berkesan
Dalam Organisasi
25
26
26
28
32
34
36
37
37
39
40
40
42
42
43
45
46
46
46
47
48
48
50
51
51
53
54
55
55
vi
4.4.2 Teknologi Komunikasi dan Tahap Komunikasi
Berkesan Dalam Organisasi
4.4.3 Saluran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan
Dalam Organisasi
4.5 Rumusan Ujian Hipotesis
4.6 Kesimpulan
BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Rumusan Kajian
5.2 Cadangan
5.2.1 Cadangan Kepada Organisasi
5.2.2 Cadangan Kepada Pengkaji Lain Pada Masa Akan
Datang
5.3 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran 1
57
59
61
62
63
63
67
67
68
69
70
73
vii
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Kategori Tindak Balas Responden
Jadual 3.2 Rumusan Keputusan Ujian Rintis
Jadual 3.3 Pearson Correlation Coefficient r Interpretation
Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur
Jadual 4.3 Ujian Anova Sehala Antara Jantina dan Tahap
Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.4 Ujian Anova Sehala Antara Umur dan Tahap
Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.5 Ujian Korelasi Pearson Antara Pengetahuan
Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam
Organisasi
Jadual 4.6 Ujian Korelasi Pearson Antara Kemahiran
Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam
Organisasi
Jadual 4.7 Ujian Korelasi Pearson Antara Kebolehan Komunikasi
dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.8 Ujian Korelasi Pearson Antara Struktur Organisasi dan
Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.9 Ujian Korelasi Pearson Antara Teknologi Komunikasi
dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.10 Ujian Korelasi Pearson Antara Saluran Komunikasi
dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi
Jadual 4.11 Rumusan Ujian Hipotesis
40
43
44
47
48
48
50
51
53
54
55
57
59
61
viii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 2.1 Model Pemusatan Kincaids (1979)
Rajah 2.2 A Descriptive Model of Organizational
Communication Climate
Rajah 2.3 Kerangka Konsep Kajian Lepas (Sri Sumanty, 1997)
6
28
32
35
ix
ABSTRAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI
BERKESAN DALAM ORGANISASI. KAJIAN DIJALANKAN DI MAJLIS
DAERAH DALAT DAN MUKAH (MDDM).
Hilda Elaine Anak Ladi
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Antara faktor-faktor yang dikaji oleh
pengkaji adalah faktor jantina, umur, pengetahuan komunikasi, kemahiran
komunikasi, kebolehan komunikasi, struktur organisasi, teknologi komunikasi, dan
faktor saluran komunikasi. Kaedah analisis Korelasi Pearson yang digunakan adalah
untuk menentukan hubungan antara pembolehubah. Pembolehubah bersandar adalah
merupakan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Pembolehubah tidak
bersandar adalah jantina, umur, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur
organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi. Keputusan daripada
dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina
dan umur terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi, dan terdapat
hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur
organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi terhadap tahap komunikasi
berkesan dalam organisasi. Oleh yang demikian, organisasi haruslah mengambil kira
kesemua faktor dalam mewujudkan tahap komunikasi dalam organisasi yang lebih
berkesan.
x
ABSTRACT
FACTORS INFLUENCING THE EFFECTIVENESS LEVEL OF
COMMUNICATION IN ORGANIZATION. A STUDY AT THE MAJLIS
DAERAH DALAT DAN NUKAH (MDDM).
Hilda Elaine Anak Ladi
Generally, this study is to investigate factors that influencing the effectiveness level of
communication in organization. The factors that is being studied including of gender
factor, age, knowledge, skills, ability, organization structure, technology, and
communication channel factor. Method analysis Pearson Correlation is used to
determine the relationship between the variables. The dependent variable in this study
is the effectiveness level of communication in organization. The independent variables
are gender, age, knowledge, skill, ability, organization structure, communication
technology, and channels of communication. The results of finding shows that there is
a significant different between gender and age factors toward the effectiveness levels
of communication in organization, and there is significant relationship between
knowledge, skill, ability, organization structure, communication technology, and
channels of communication factors toward the effectiveness levels of communication
in organization. Thus, organization should take all factors into consideration while
tailoring the effectiveness levels of communication in organization.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pada masa sekarang, kepentingan hubungan dan kelancaran aktiviti dalam
organisasi adalah bergantung kepada komunikasi dalam organisasi itu sendiri. Hal
ini kerana komunikasi meliputi aspek kerja, budaya dan perhubungan sesama
individu dalam organisasi untuk melakukan tugas. Walaupun ada kalanya
organisasi dapat melihat kekurangan yang ada dalam proses komunikasi dalam
kalangan pengurusan dan pekerja, mereka tetap menganggap komunikasi adalah
berkesan asalkan pengurusan dan pekerja dapat berinteraksi, mendengar dan
menerima maklumat dalam organisasi ataupun semasa menjalankan tugas.
Rasberry dan Linsay (1994: 17) mendefinisikan komunikasi sebagai, “sorting, selecting, forming, and transmitting symbols between
people to create meaning; it can best be understood by examining its
elements. Two common elements are necessary in every communication
situation: a source and a receiver.”
Komunikasi berkesan dalam sesebuah organisasi adalah amat perlu untuk
dititikberatkan sama ada oleh pihak pengurusan mahu pun pekerja organisasi. Hal
ini kerana, komunikasi yang berkesan membolehkan kerja yang dilakukan
berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Selain melakukan tugas yang lebih
2
efektif dan efisien, pekerja dan pengurusan secara tidak langsung akan dapat
berkongsi budaya dan nilai dalam organisasi serta dapat mengelakkan salah faham
yang berlaku dalam menerima dan menyampaikan maklumat.
1.1 Latar Belakang Kajian
Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian di Majlis Daerah Dalat
dan Mukah (MDDM) yang terletak di pusat bandar Bahagian Mukah. MDDM
adalah merupakan sebuah agensi Kerajaan Tempatan yang memikul
tanggungjawab dalam memastikan kawasan bandar dan pekan-pekan kecil
bahagian Mukah serta kawasan liputan cawangan MDDM ini seperti Oya/Dalat,
Balingian dan Selangau/Stapang mendapat pembangunan yang seimbang sejajar
dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru MDDM meliputi bahagian pengurusan dan
pentadbiran yang terdiri daripada Bahagian Perbendaharaan, Pentadbiran,
Penguatkuasa, Kerja Awam, Penilaian, Kesihatan Awam, dan Perpustakaan.
Menurut Tubbs dan Hain (1979) dan Clampitt dan Downs (1983),
komunikasi berkesan adalah berkait rapat dengan pembangunan organisasi
berkesan (Kreps, 1990).
Rasberry dan Lindsay (1994) pula menyatakan bahawa pengkomunikasi
mempunyai kemahiran yang pelbagai seperti penulis, pengucap, pembaca,
pendengar, pemikir, dan penyelesai masalah. Kemahiran ini secara tidak langsung
mempengaruhi kebolehan mereka dalam menganalisis sesuatu motif, menjadi
3
pengantara dalam keadaan konflik, bertindak sebagai ejen perubahan, menjadi
ketua atau pembuat keputusan. Hal ini adalah disebabkan oleh kebolehan mereka
dalam membentuk dan menyampaikan maklumat semasa proses komunikasi.
Keadaan ini membawa kepada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
ketepatan maklumat yang disampaikan atau pembentukan komunikasi berkesan
iaitu pengetahuan, sikap, sosiobudaya, dan kemahiran teknikal.
1.2 Penyataan masalah
Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) terdiri daripada tujuh bahagian
pentadbiran yang berlainan fungsinya. Walau bagaimanapun, setiap tugas yang
dilaksanakan oleh setiap bahagian adalah saling berkaitan dan bergantungan di
antara satu sama lain. Pekerja di organisasi juga adalah terdiri daripada peringkat
umur dan latar belakang yang berlainan dan keadaan ini secara tidak langsung
mempengaruhi persekitaran perhubungan organisasi dan komunikasi.
Penyampaian maklumat dan proses komunikasi dalam organisasi juga melibatkan
saluran komunikasi seperti memo, papan notis, telefon, dan sistem komputer.
Namun begitu, komunikasi yang berkesan dalam organisasi tidak dapat
dipastikan keberkesanannya berikutan dengan permasalahan yang wujud dalam
penyampaian dan penerimaan maklumat. Keadaan ini secara tidak langsung
menimbulkan masalah dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan.
4
Oleh yang demikian, persoalan kajian yang hendak dijawab oleh pengkaji
adalah seperti berikut:
i. Bagaimanakah faktor demografi terpilih yang merangkumi jantina, umur,
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dapat mempengaruhi tahap komunikasi
berkesan dalam organisasi?
ii. Bagaimanakah faktor organisasi yang merangkumi struktur organisasi,
teknologi dan saluran komunikasi dapat mempengaruhi tahap komunikasi
berkesan dalam organisasi.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
Objektif umum kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.
1.3.2 Objektif Khusus
Terdapat 8 objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini, iaitu:
1. Mengenal pasti perbezaan di antara jantina dengan tahap komunikasi berkesan
dalam organisasi.
2. Mengenal pasti perbezaan di antara umur dengan tahap komunikasi berkesan
dalam organisasi.
5
3. Mengenal pasti perkaitan pengetahuan komunikasi dengan tahap komunikasi
berkesan dalam organisasi.
4. Mengenal pasti perkaitan kemahiran dengan tahap komunikasi berkesan dalam
organisasi.
5. Mengenal pasti perkaitan kebolehan dengan tahap komunikasi berkesan dalam
organisasi.
6. Mengenal pasti perkaitan di antara struktur organisasi dengan tahap
komunikasi berkesan dalam organisasi.
7. Mengenal pasti perkaitan di antara teknologi dengan komunikasi berkesan
dalam organisasi.
8. Mengenal pasti perkaitan di antara saluran komunikasi dengan komunikasi
berkesan dalam organisasi.
1.4 Kerangka Konsep Kajian
Pengkaji mengkaji dua faktor utama dalam mengenal pasti tahap
komunikasi berkesan dalam organisasi. Dua faktor ini telah dibahagikan kepada
lapan pecahan faktor yang akan dikaji oleh pengkaji. Antara faktor-faktor yang
dikenal pasti dapat mempengaruhi komunikasi berkesan adalah faktor demografi
terpilih yang terdiri daripada jantina, umur, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan. Manakala faktor kedua adalah merupakan faktor organisasi yang
meliputi struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.
6
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian pengkaji. Kerangka
konsep adalah memfokuskan kepada tahap komunikasi berkesan di organisasi
yang melihat kepada faktor demografi terpilih yang terdiri daripada jantina, umur,
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dan faktor organisasi yang meliputi
struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
PEMBOLEHUBAH TIDAK PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR BERSANDAR
DEMOGRAFI
TERPILIH
- Jantina
- Umur
- Pengetahuan
- Kemahiran
- Kebolehan
ORGANISASI
- Struktur
- Teknologi
- Saluran
Komunikasi
Tahap
Komunikasi
Berkesan
Dalam
Organisasi
7
1.5 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian adalah seperti berikut:
Ho 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina terhadap
komunikasi berkesan dalam organisasi.
Ho 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor umur terhadap
komunikasi berkesan dalam organisasi.
Ho 3: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor pengetahuan terhadap
komunikasi berkesan dalam organisasi.
Ho 4: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kemahiran terhadap
tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.
Ho 5: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kebolehan terhadap
tahap komunikasi berkesan dalam organiasasi.
Ho 6: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor struktur organisasi
terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.
Ho 7: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor teknologi terhadap
tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.
8
Ho 8: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor saluran komunikasi
terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai kepentingan kepada organisasi yang terlibat dalam
kajian iaitu Majlis Daerah Dalat dan Mukah (organisasi), pihak pengurusan dan
pekerja mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan
dalam organisasi. Sebarang masalah yang wujud yang berkaitan dalam proses
komunikasi akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi keberkesanannya.
Kajian ini juga membolehkan setiap ahli dalam organisasi mengetahui
tahap keberkesanan komunikasi dalam proses perhubungan dan pengurusan di
organisasi. Berikutan dengan itu, setiap anggota organisasi akan dapat mengetahui
kelemahan dalam penyaluran maklumat komunikasi kepada pihak yang lain
dalam organisasi. Secara tidak langsung, kesalahfahaman terhadap mesej yang
hendak disampaikan juga akan dapat dielakkan pada masa yang akan datang.
Melalui hasil kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui permasalahan lain
yang mungkin timbul dalam mencapai matlamat kajian komunikasi berkesan
dalam organisasi. Walau bagimanapun, soalan kajian yang dinyatakan oleh
pengkaji dalam kajian ini menghadkan perasaan ingin tahu pengkaji terhadap
keputusan kajian yang lebih meluas kerana sebahagian faktor sahaja yang
9
diberikan penekanan. Pengkaji juga turut melihat kepada kajian pengkaji lepas
sebagai panduan dan sokongan kepada kajian yang dilakukan.
Kajian ini juga penting kepada Pengamal Sumber Manusia pada masa
datang dalam mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan komunikasi
dalam organisasi, pengurusan dan pekerja. Di samping itu, kajian ini juga boleh
membantu sebagai salah satu rujukan dalam menguruskan dan merancang strategi
komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Kajian yang dijalankan juga turut
membantu Pengamal Sumber Manusia dalam membangunkan dan memperbaiki
kelemahan yang wujud dalam proses komunikasi pada masa yang akan datang.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Komunikasi
Konsepsual: Menurut Kounalakis et al (1999: 224), komunikasi adalah proses
pertukaran maklumat yang berlaku sesama individu melalui sistem
simbol yang asas, isyarat ataupun tingkahlaku.
Operasional: Komunikasi membolehkan setiap ahli dalam sesebuah organisasi
menyalurkan maklumat dan menerima maklumat dengan bantuan
saluran komunikasi. Keadaan ini membolehkan setiap ahli dalam
organisasi berkongsi matlamat, perhubungan dan nilai dalam
10
organisasi. Komunikasi juga menggalakkan perkongsian nilai dan
budaya dalam organisasi.
1.7.2 Berkesan
Konsepsual: Menurut Kamus Dewan Bahasa yang diambil dari laman web
internet, berkesan; (1) meninggalkan (menunjukkan) kesan atau
bekas, meninggalkan bekas (tanda),berbekas, (2) menimbulkan
hasil (kesudahan) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu
perubahan (perkembangan) efektif, (3) mendatangkan suatu
pengaruh kepada pemikiran (sikap,watak) seseorang atau
sesuatu golongan (seperti mengubah sikap, membangkitkan
sesuatu kecenderungan atau perasaan).
Operasional: Komunikasi yang berkesan mampu memberikan maklumat dan
rangsangan kepada setiap individu secara tepat serta dapat
memberikan tindak balas yang dikehendaki dalam proses
berkomunikasi.
1.7.3 Komunikasi Berkesan
Konsepsual: Timm and Stead (1996: 145) menyatakan apabila sesuatu
maklumat telah diterima, difahami dan audiens bercadang untuk
11
menggunakan maklumat tersebut, bermakna komunikasi berkesan
telah berlaku
Operasional: Sesuatu komunikasi berkesan adalah disebabkan penyampaian
maklumat yang betul dan jelas. Dengan penyampaian maklumat
secara berkesan, setiap tugas dalam organisasi dapat dilakukan
dengan lebih mudah serta mendorong kepada peningkatan dalam
prestasi dan produktiviti kerja.
1.7.4 Organisasi
Konsepsual: McShane dan Von Glinow (2005: 6) mendefinisikan organisasi
sebagai, “Groups of people who work interdependently toward
some purpose.”
Operasional: Organisasi adalah merupakan satu gabungan di antara pengurusan
kerja dan perhubungan manusia yang saling bergantungan antara
satu sama lain bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan.
Organisasi adalah terdiri daripada sekumpulan individu yang
mentadbir dan sekumpulan individu yang ditadbir dalam
mewujudkan perhubungan kerja serta menggalakkan interaksi dan
komunikasi dalam kumpulan.
12
1.7.5 Komunikasi Dalam Organisasi
Konsepsual: Goldhaber (1990: 19) menyatakan bahawa komunikasi dalam
organisasi sebagai satu proses menghasilkan dan berkongsi
maklumat dalam saluran perhubungan yang saling bergantungan
sesama individu bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di
persekitaran yang tidak menentu. Tanggapan ini termasuklah tujuh
konsep dalam komunikasi yang utama iaitu proses, maklumat,
saluran,pergantungan, perhubungan, persekitaran dan
ketidaktentuan.
Operasional: Komunikasi dalam organisasi juga menggalakkan interaksi wujud
dalam organisasi yang melibatkan pengurusan dan pekerja. Proses
komunikasi ini melibatkan perkongsian maklumat, pendapat dan
penyelesaian masalah yang timbul dalam proses kerja dan
perhubungan dalam organisasi.
1.7.6 Pengetahuan, Kemahiran dan Keupayaan (Knowledge, Skills
and Ablity)
Konsepsual: Menurut DeSimone dan Harris (1998), pengetahuan adalah
merupakan pemahaman seseorang individu terhadap fakta-fakta
dan prinsip yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran
pula adalah merupakan kombinasi aktiviti psikomotor di antara
13
keupayaan dan kemampuan yang terhasil melaui pengalaman
persekitaran ataupun latihan. Manakala keupayaan atau kebolehan
adalah merupakan kemampuan individu yang berkaitan dengan
prestasi terhadap perlaksanaan suatu set tugas. Keupayaan adalah
membangun sepanjang masa melalui interaksi bakat dan
pengalaman secara berterusan.
Operasional: Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh
seseorang individu dalam organisasi adalah mempengaruhi cara
penyampaian, penerimaan dan pentafsiran sesuatu maklumat.
Ketiga- tiga konsep ini menekankan kepada intipati sesuatu
komunikasi yang akan membolehkan seseorang individu
penyampai dan penerima maklumat mengkomunikasikan
maklumat yang selaras agar dapat membentuk suatu komunikasi
yang berkesan. Semakin banyak pengetahuan yang mereka miliki,
semakin tinggi keupayaan dan kemahiran yang dapat mereka
aplikasikan semasa proses komunikasi dalam melakukan tugas dan
mencapai matlamat diri dan organisasi.
1.7.7 Struktur Organisasi
Konsepsual: Rassberry dan Lindsay (1994: 44), struktur organisasi adalah
merupakan corak perhubungan kuasa formal yang wujud di antara