FAKTOR PENGHALANG PENERAPAN CIRI KEUSAHAWANAN … · perindustrian dengan ekonomi yang stabil,...
Transcript of FAKTOR PENGHALANG PENERAPAN CIRI KEUSAHAWANAN … · perindustrian dengan ekonomi yang stabil,...
FAKTOR PENGHALANG PENERAPAN CIRI KEUSAHAWANAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENGIKUT
PERSPEKTIF GURU
SITI HASMAH BINTI MOHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FAKTOR PENGHALANG PENERAPAN CIRI KEUSAHAWANAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENGIKUT
PERSPEKTIF GURU
SITI HASMAH BINTI MOHAMMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
SEKALUNG BUDI
Ditujukan istimewa kepada :
Emak dan ayah tercinta
Azizah Binti Yahaya & Mohammad Bin Othman
Yang sentiasa memahami dan memberi semangat di sepanjang
tempoh pengajian ini.
Abang, kakak dan adik yang dikasihi,
Zaini, Zarina, Siti Aminah dan Zamri yang sentiasa memberi
nasihat dan dorongan mengejar cita-cita.
Sahabat-sahabat yang tersayang,
Pendorong & penguat semangat,
Sentiasa bersama-sama menghadapi liku perjalanan
sepanjang kita bersama disini.
Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong
menamatkan pengajian ini.
Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian, akan ku kenang
buat selamanya Insya-Allah.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Di sini saya mengambil kesempatan
untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan khas kepada
penyelia saya, iaitu Encik Shahrin Hashim yang tidak kenal erti penat lelah dalam
memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar
sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan
yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu
tetap saya abadikan dalam hidup saya.
Ucapan yang sama juga ditujukan kepada keluarga saya di kampung, yang
telah memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini. Penghargaan yang sama saya
tujukan kepada Cikgu Rozana, Cikgu Rosnai, Cikgu Ishak, Cikgu Fauziah dan Cikgu
Noraini yang sudi membantu mengedarkan soal selidik dalam usaha mendapatkan
data bagi menyiapkan kajian ini.Selain daripada itu, penghargaan ini juga ditujukan
kepada semua teman seperjuangan yang telah sudi berbincang, memberi pandangan
yang kritis dan sokongan moral hingga dapat menghasilkan sebuah kajian yang
bersifat ilmiah ini.
Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat
serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.
Sekian, Wasalam
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor penghalang penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif
guru. Ianya melibatkan empat faktor iaitu pengetahuan, minat, sikap dan kurikulum.
Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan responden seramai 94 orang guru dari
empat buah sekolah yang berbeza. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal
selidik dan mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian.
Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan nilai yang
diperolehi ialah 0.86. Analisis deskriptif menggunakan nilai min, peratus serta
kekerapan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan
pengetahuan merupakan faktor penghalang, manakala minat, sikap dan kurikulum
bukan faktor penghalang dalam usaha menerapkan ciri keusahawanan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan diberikan untuk mengatasi
halangan penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
This research was carried out to identify inhibiting factor in applying
entrepreneurship characteristics in teaching and learning at school from teacher’s
perspective. It includes four factors that are knowledge, interest, attitude and
curriculum. This descriptive research involved 94 teachers from four different
schools as respondents. Research instrument was a set of questionnaire consisted of
32 items which based on the scope of this research. The reliability of the
questionnaire was used Alpha Cronbach and the obtained value is 0.86. Descriptive
analyzed used the values of min, percent and frequency to answer research question.
The output shows that knowledge is inhibiting factor, meanwhile interest, attitude
and curriculum is not the inhibiting factor to apply entrepreneurship characteristics
in teaching and learning. Several recommendations had been proposed to overcome
the inhibiting in applying entrepreneurship characteristics in teaching and learning.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
SEKALUNG BUDI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK V
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Terminologi 9
1.9 Penutup 14
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pembangunan Modal Insan Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020
16
2.3 Pengetahuan Guru Dalam Bidang Keusahawanan 18
2.4 Minat Guru Dalam Bidang Keusahawanan 24
2.5 Sikap Guru Terhadap Bidang Keusahawanan 27
2.6 Kurikulum Merentasi Bidang Keusahawanan 29
2.7 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 35
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Bahagian A 37
3.5.2 Bahagian B 37
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Kaedah Analisis Data 42
3.9 Penutup 45
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Dapatan Kajian Rintis 47
4.3 Analisis Data Bahagian A 47
4.2.1 Profil Responden Berdasarkan Umur 47
4.2.2 Profil Responden Berdasarkan Jantina 48
4.2.3 Profil Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar
48
4.3.4 Profil Responden Berdasarkan Bidang 49
4.3.5 Profil Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan
50
4.4 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 51
ix
4.4.1 Pengetahuan Guru Dalam Bidang Keusahawanan
51
4.4.2 Minat Guru Dalam Bidang Keusahawanan 54
4.4.3 Sikap Guru Terhadap Bidang Keusahawanan 56
4.4.4 Kurikulum Merentasi Bidang Keusahawanan 58
4.5 Rumusan 61
4.6 Penutup 63
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangan 66
5.3.1 Profil Responden 67
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 68
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 71
5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 74
5.3.5 Persoalan Kajian Keempat 76
5.3.6 Kesimpulan 79
5.4 Cadangan 80
5.5 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 82
5.6 Penutup 83
BIBLIOGRAFI 84
LAMPIRAN 90
x
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Taburan Populasi Dan Sampel 36
3.2 Pengkelasan Skala Likert Lima Mata 38
3.3 Pembolehubah 39
3.4 Pekali Alpha Cronbach 42
3.5 Perubahan Mata Skala Likert 43
3.6 Skor Min Purata 44
3.7 Tahap Pengukuran – Takrifan 44
4.1 Profil Responden Berdasarkan Umur 48
4.2 Profil Responden Berdasarkan Jantina 48
4.3 Profil Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 49
4.4 Profil Responden Berdasarkan Bidang 50
4.5 Profil Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan 50
4.6 Persolan Kajian 51
4.7 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Pengetahuan Guru
Dalam Bidang Keusahawanan
52
4.8 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Minat Guru Dalam
Bidang Keusahawanan
55
4.9 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Sikap Guru Dalam
Bidang Keusahawanan
57
4.10 Analisis Statistik Deskriptif Faktor Kurikulum Sekolah
Merentasi Bidang Keusahawanan
60
4.11 Tahap Pengukuran – Takrifan 62
4.12 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 62
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Pembolehubah 38
5.1 Min Lawan Persoalan Kajian 66
5.2 Hasil Analisis Item Bagi Persoalan Kajian Pertama 68
5.3 Hasil Analisis Item Bagi Persoalan Kajian Kedua 72
5.4 Hasil Analisis Item Bagi Persoalan Kajian Ketiga 74
5.5 Hasil Analisis Item Bagi Persoalan Kajian Keempat 76
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik 90
B Surat Kebenaran Menjalankan Projek Sarjana Muda
(UTM)
97
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah (KPM) 98
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
RMK9 - Rancangan Malaysia Ke-9
SGM - Standard Guru Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPSS - Statistical Package For Social Science
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan negara kita hingga ke hari ini banyak bergantung kepada
keteguhan ekonomi. Bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan akan
berkembangan daripada bentuk pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas
di peringkat dunia antarabangsa.
Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan satu keperluan yang
sangat penting bagi mencapai produktiviti negara seterusnya membangunkan
ekonomi dan jadikan negara ini setanding dengan negara maju. Perkara ini selaras
dengan matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat perdangan dan
perindustrian untuk membangunkan ekonomi negara. Perkara ini juga selaras dengan
Pelan K-Ekonomi iaitu pelan untuk membentuk negara maju berteraskan pengetaun
ekonomi.
Dalam usaha membangunankan ekonomi, negara perlu melahirkan lebih
ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya
ketahanan. Bagi melahirkan usahawan, bidang pendidikan merupakan bidang yang
penting kerana bermula dari pendidikan, minat terhadap keusahwanan dapat dicetus
dan merangsang kepada usaha-usaha untuk menjadi usahawan.
2
Dalam erti kata lain bidang pendidikan dapat melahirkan usahawan-
usahawan yang berjaya. Peter F. Drucker dalam penulisan menyatakan :
“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh
pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik,
bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka.
Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”
Kenyataan beliau menegaskan bahawa keusahawanan boleh dipupuk dan
dipelajari. Ini jelas menunjukkan sistem pendidikan memainkan tanggungjawab
utama dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dengan menerapkan ciri serta
nilai keusahawanan di dalam sistem pendidikan negara. Tanggungjawab menerap
ciri keusahawanan ini terletak sepenuhnya pada guru-guru yang mendidik serta
mengajar.
Kurikulum dalam sistem pendidikan hari ini hanya terdapat satu
matapelajaran iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu yang didalamnya terkandung tajuk
Usahawan dan Perdagangan. Adakah ini cukup untuk menarik minat pelajar,
memupuk serta merenap ciri-ciri keusahawanan bagi memenuhi hasrat untuk
melahirkan usahawan?
Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
kurikulum dihuraikan seperti berikut:
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak
yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
3
Merujuk semula kepada Wawasan 2020 yang ingin dicapai, negara
memerlukan lebih ramai usahawan yang mampu membangunkan negara. Jelas
menunjukkan pendidikan tentang keusahawanan merupakan satu pendekatan yang
dapat membantu mencapai matlamat negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad, semasa menerajui negara memandang serius tentang masalah
ini dan menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan dalam
kurikulum. Beliau menyatakan:
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-
tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan
mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi
kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap
mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap
kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".
(Malaysia Melangkah Ke Hadapan,2007) Usaha untuk menerapkan ciri keusahawanan dalam pembelajaran kini tidak
boleh bergantung kepada silibus sahaja. Guru perlu memainkan peranan penting
dalam mendorong semangat keusahawanan seperti mana yang dinyatakan bekas
perdana menteri kita. Guru perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menerapkan ciri
keusahawanan. Guru perlu kreatif dalam menarik minat pelajar terhadap
keusahawanan.
Cabaran pendidikan kini menuntut guru atau pendidik melipatgandakan
usaha, melengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang releven dengan
perubahan. Guru harus mempersiapkan minda untuk menerima perubahan besar dan
bersifat meneroka (Musa, 1992). Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan seharusnya dapat merangsang dan mengembang minda pelajar serta
menarik minat pelajar ke arah usahawan.
4
Kehendak negara yang memerlukan ramai usahawan telah memberi satu
cabaran besar kepada para pendidik. Menerapkan ciri keusahawanan dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan perkara mudah kerana banyak perkara yang
perlu di fikirkan semasa proses penyampaian ilmu ini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Wawasan 2020, menghasratkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dengan ekonomi yang stabil, masyarakat bersatupadu, progresif dan
makmur, dinamis serta mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi.
Adalah menjadi keperluan untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada
sektor perindustrian dalam usaha negara untuk mencapai matlamat tersebut serta
sektor perniagaan bagi menghasilkan perkembangan ekonomi yang stabil. Salah satu
perkara penting yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir
berpendidikan yang bersesuaian dan mencukupi bagi menampung perkembangan
serta keperluan bagi menghadapi cabaran dunia hari ini.
Malaysia kini sedang maju ke arah peningkatan bidang industri dan
penggunaan teknologi tinggi. Perkembangan sektor perindustrian dan perniagaan
memerlukan pekerja yang berpendidikan, cekap mahir dan berketrampilan (Yahya,
2003). Untuk memenuhi perubahan ini, sistem persekolahan perlu mengalih
penekanan ke arah menyediakan pelajar memenuhi cabaran-cabaran dalam dunia
perniagaan dan teknologi.
Di dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dinyatakan mengenai
matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996). Justeru itu bidang pendidikan yang
bertanggungjawab memperkembangkan aspek tersebut mempunyai rancangan
pendidikan atau kurikulum dalam pendidikan di cipta sejak 1979 di dalam sistem
pendidikan di sekolah. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi
5
keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak
yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam
konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam
mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
Keperluan negara kita hari ini adalah menjadi negara maju berlandaskan
pertumbuhan perindustrian dan globalisasi serta teknologi maklumat di mana
memerlukan perkembangan sektor perindustrian dan perniagaan. Justeru itu untuk
memenuhi keperluan ini, sistem pendidikan negara perlu menumpukan perhatian
yang sepatutnya dalam melahirkan lebih ramai rakyat yang dapat mendokong cita-
cita negara seperti melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing serta
menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus merealisasikan Wawasan 2020.
Secara umumnya, sistem pendidikan negara perlu menumpukan perhatian
yang sepatutnya dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang menjadi aset
pembangunan negara, namun tugas dan beban yang berat ini terus menjurus kepada
bahu insan yang bergelar guru. Guru perlu memainkan peranan penting dalam
mendorong semangat keusahawanan seperti mana yang dinyatakan bekas perdana
menteri kita. Guru perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menerapkan ciri
keusahawanan. Guru perlu kreatif dalam menarik minat pelajar terhadap
keusahawanan.
6
Terdapat beberapa ciri-ciri keusahawanan yang telah dikenalpasti untuk
membina usahawan yang berjaya dan berdaya saing (Khata, 2007). Ciri-ciri
keusahawanan ini boleh diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah
sama ada secara formal atau nonformal. Antara ciri-cirinya ialah:
1. Inisiatif dan bertanggungjawab
2. Komitmen yang tinggi
3. Kreatif dan Inovatif
4. Keyakinan dan Optimistik
5. Berdikari (Independent)
6. Semangat Berpasukan (Team Building)
7. Lebih Bertenaga (High level of Energy)
8. Fleksibel
9. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)
10. Orentasi Peluang – Opportunity Orientation
11. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)
12. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
13. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
14. Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)
15. Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)
Namun begitu, sesuatu usaha tidak begitu mudah seperti yang dijangkakan.
Setiap sesuatu perkara yang dirancang, diusahakan dan dilaksanakan akan timbul
implikasi pro dan kontra. Dalam usaha menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah
seperti yang diperkatakan. Banyak faktor yang menghalang dalam melaksanakan
penerapan ciri keusahawanan ini.
Terdapat empat pembolehubah yang dikaji dalam penulisan ini. Pengkaji
berminat untuk mengetahui sejauhmana faktor pengetahuan guru tentang usahawan
menjadi penghalang kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Faktor kedua yang akan diketengahkan dalam kajian
ini ialah apakah sikap guru terhadap keusahawanan dan sejauhmana ia menjadi
7
penghalang kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Faktor ketiga adalah sejauhmana minat seseorang guru terhadap
keusahawanan kepada menjadi penghalang kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembolehubah yang terakhir yang cuba
dikaji adalah kurikulum. Pengkaji cuba menilai sejauhmana kurikulum menjadi
penghalang kepada penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi
penghalang kepada penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mengikut persepsi guru. Faktor-faktor tersebut dilihat dari
aspek pengetahuan, minat, sikap dan kurikulum sekolah.
1.4 Objektif Kajian Terdapat empat objektif kajian yang digariskan dalam kajian ini. 1. Mengenalpasti faktor pengetahuan sebagai penghalang penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut persepsi
guru.
2. Mengenalpasti faktor minat sebagai penghalang penerapan ciri keusahawanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut persepsi guru.
3. Mengenalpasti faktor sikap sebagai penghalang penerapan ciri keusahawanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut persepsi guru.
4. Mengenalpasti faktor kurikulum sebagai penghalang penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut persepsi
guru.
8
1.5 Persoalan Kajian: Terdapat empat persoalan kajian yang dikaji. 1. Adakah faktor pengetahuan guru menjadi penghalang penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
2. Adakah faktor minat guru menjadi penghalang penerapan ciri keusahawanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
3. Adakah faktor sikap guru menjadi penghalang penerapan ciri keusahawanan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
4. Adakah faktor kurikulum sekolah menjadi penghalang penerapan ciri
keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Secara umumnya kajian ini cuba mencari masalah-masalah yang menghalang
penerapan ciri keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berdasarkan empat pembolehubah yang telah ditetapkan iaitu pengetahuan, sikap,
minat dan kurikulum yang telah ditetapkan dari aspek seseorang guru.
Kajian ini dapat membantu guru-guru di Malaysia dalam menyahut cabaran
Wawasan 2020 yang mana memerlukan para usahawan yang berkualiti serta
membentuk modal insan yang cemerlang. Kajian ini dapat menegaskan kekurangan
yang perlu diperbaiki dalam usaha menerapkan ciri keusahawanan disekolah.
Selain itu, Kementerian Pendidikan boleh mendapat idea yang baru untuk
memantapkan lagi kurikulum pendidikan yang ada hari ini bagi membuka ruang
untuk memfokus kepada menyediakan pelajar-pelajar kepada dunia pesat
membangun yang menuntut ramai usahawan dilahirkan.