FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan...
Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan...
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR-
PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL UNTUK MEMILIH KERJAYA DALAM
BIDANG YANG DIPELAJARI
HARTINI BINTI MOHD REJAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
iii
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR-
PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL UNTUK MEMILIH KERJAYA
DALAM BIDANG YANG DIPELAJARI
HARTINI BT MOHD REJAB
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : HARTINI BINTI MOHD REJAB
Tarikh : APRIL 2008
v
DEDIKASI
Teristimewa buatmu ayah dan ibuku yang teramat dikasihi…
Mohd Rejab Bin Abu Bakar dan Hazizah Bt Alwi
Doa, nasihat, pengorbananmu menjadi panduan hidupku
Kasih sayangmu menjadi penguat hatiku…
Buat adik-adikku yang disayangi….
Fitry Hakim dan Muhammad Hafiffy
Kalian amat bermakna dalam hidup ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua…
Buat yang teristimewa,
Amer Kamel Bin Amer Nordin yang banyak membantu
Pengorbananmu amat ku hargai…
Buat rakan-rakanku yang dikasihi,
Kenangan bersama kalian akan kukenang selamanya….
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran
InsyaAllah…
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapat juga saya menyempurnakan kajian ini dengan jayanya walaupun terdapat
beberapa rintangan dan dugaan semasa menyiapkannya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat En. Asnul Dahar Bin Minghat dan Tuan Haji Kandar Bin Selamat
selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi
bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga
membolehkan saya menyempurnakan kajian ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu
memberikan kerjasama bagi menjayakan laporan projek penulisan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada ibu dan bapa saya
yang telah banyak memberikan dorongan dan motivasi kepada saya semasa
menyiapkan kajian ini pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai.
Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
vii
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengenalpasti samaada
faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja, dan ibu bapa serta rakan mempengaruhi
kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang
yang dipelajari. Sampel kajian ini melibatkan seramai 127 orang pelajar aliran
vokasional yang mengikuti kursus Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan
Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan
Penyamanan Udara. Tempat kajian ini dijalankan ialah di Sekolah Menengah
Teknik Kluang, Johor. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai
indeks kebolehpercayaan item soal selidik ialah 0.862. Data-data yang diperolehi
dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor jangkaan
pendapatan merupakan faktor yang tertinggi sekali dengan nilai purata min 2.73
diikuti faktor minat dengan nilai purata min 2.55 dan faktor kerja dengan nilai
purata min 2.54. Faktor ibu bapa serta rakan merupakan faktor yang terendah sekali
dengan nilai purata min hanyalah 2.23. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.
viii
ABSTRACT
This descriptive research is conducted to determine whether interest
factor, expected salary, work, parent and peer influence the readiness of vocational
stream’s students in choosing a career in the field studied. This research involves
127 vocational stream’s students which are undergoing Machine Practical
Workshop, Automotive, Building Structure, Electrical, Electronic, Welding and
Air-Conditioner course. The research location is at Sekolah Menengah Teknik
Kluang, Johor. Questionnaire is used as the research instrument. The reliability’s
index value of questionnaire is 0.862. Data is analyzed using Statistical Package for
Social Science (SPSS). The outcome of this research shows that expected salary is
the highest factor with mean value of 2.73, followed by interest factor with mean
value of 2.54. Parents and peers factor is the lowest mean value 2.23 which means it
least influence students in choosing their career. Several suggestions have been
given for further research in future.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
x
BAB 1 PENDAHULUAN HALAMAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Pelajar 11
1.6.2 Guru 12
1.6.3 Pihak Pengurusan Sekolah 12
1.6.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Faktor 13
1.8.2 Mempengaruhi 14
1.8.3 Kesediaan 14
1.8.4 Pelajar 15
1.8.5 Vokasional 15
1.8.6 Aliran Vokasional 15
1.8.7 Memilih 16
1.8.8 Kerjaya 16
1.8.9 Bidang Yang Dipelajari 17
1.8.10 Minat 17
1.8.11 Jangkaan Pendapatan 17
1.8.12 Kerja 18
1.8.13 Ibu bapa 18
1.8.14 Rakan 18
1.9 Kesimpulan 19
xi
BAB 2 SOROTAN PENULISAN HALAMAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Faktor Minat 21
2.3 Faktor Jangkaan Pendapatan 25
2.4 Faktor Kerja 29
2.5 Faktor Ibu Bapa Dan Rakan 30
2.6 Kesimpulan 35
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN HALAMAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Instrumen Kajian 37
3.3.1 Bahagian A 38
3.3.2 Bahagian B 39
3.4 Sampel Dan Populasi 40
3.5 Tempat Kajian 42
3.6 Kajian Rintis 42
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 43
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 43
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 45
3.9 Kesimpulan 46
xii
BAB 4 ANALISIS DATA HALAMAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data 49
4.3 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 49
4.3.1 Jantina 49
4.3.2 Bidang Kursus Yang Dipelajari 50
4.3.3 Bangsa 52
4.4 Analisis Bahagian B (Analisis Item
Mengikut Persoalan Kajian) 52
4.4.1 Persoalan Kajian Satu 53
4.4.2 Persoalan Kajian Dua 57
4.4.3 Persoalan kajian Tiga 61
4.4.4 Persoalan kajian Empat 65
4.5 Analisis Keseluruhan 69
4.6 Kesimpulan 70
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN HALAMAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan Bahagian A (Latar Belakang
Responden) 72
5.3 Perbincangan Bahagian B (Persoalan Kajian) 73
5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 74
5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 79
5.3.3 Persoalan Kajian Tiga 83
5.3.4 Persoalan Kajian Empat 86
xiii
5.4 Rumusan 92
5.4.1 Rumusan Latar Belakang Responden 92
5.4.2 Rumusan Persoalan Kajian 93
5.5 Cadangan 94
5.5.1 Pelajar 95
5.5.2 Sekolah 95
5.5.3 Ibu bapa 96
5.5.4 Rakan 97
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.7 Kesimpulan 98
BIBLIOGRAFI 99
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 1.1 Jumlah Pekerja Asing Mengikut Warganegara 6
Jadual 3.1 Pemeringkatan Skala Likert 39
Jadual 3.2 Pecahan Item-item Soalan Mengikut
Persoalan Kajian 40
Jadual 3.3 Bilangan Populasi Dan Sampel Kajian
Mengikut Bidang Yang Dipelajari 41
Jadual 3.4 Pengkelasan Skor Skala Likert 46
Jadual 3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Status 47
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 50
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Bidang Kursus Yang Dipelajari 51
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 52
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan
Peratusan danMin Bagi Faktor Minat 54
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Faktor Jangkaan
Pendapatan 58
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
xv
Peratusan dan Min Bagi Faktor Kerja 62
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,
Peratusan dan Min Bagi Faktor Ibu Bapa
serta Rakan 66
Jadual 4.8 Analisis Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan
Kajian dalam Nilai Purata Peratusan dan Purata Min 69
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Pengesahan dari Fakulti
C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor
E Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian
Rintis
F Pengesahan Instrumen Kajian
xvii
SENARAI SINGKATAN
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS Statistical Package For Sosial Science
BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi sebuah negara maju.
Wawasan 2020 yang telah diinspirasikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang
keempat iaitu Yang Amat Berhormat Tun Mahathir B. Mohamad telah menjadi
matlamat kita semua. Untuk menjadi sebuah negara yang maju, Malaysia telah
mengalihkan tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian. Dalam tempoh
masa kurang 12 tahun sahaja lagi menjelang tahun 2020, Malaysia kini sedang giat
menjalankan kerja-kerja yang menjurus kepada kemajuan negara. Untuk merealisasikan
hasrat ini, kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi amat diperlukan oleh
negara kita. Oleh yang demikian, Malaysia amat memerlukan pekerja-pekerja
professional, mahir dan separa mahir dalam bidang-bidang teknologi seperti kimpalan,
automotif, binaan bangunan, elektronik, elektrik dan lain-lain. Dalam memperkatakan
tentang penyediaan pekerja mahir dan separa mahir, Ramlee (2000) berpendapat bahawa
dalam merealisasikan Wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa
pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan
separa mahir.
2
Merujuk kepada Laporan Kajian Sistem Pelajaran Vokasional Di Semenanjung
Malaysia (1981) pembangunan negara terutama dalam bidang industri memerlukan lebih
ramai lagi tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Memandangkan hal tersebut, usaha
yang bersungguh-sungguh perlu diambil untuk melatih tenaga rakyat bagi memenuhi
keperluan yang bertambah. Dalam konteks inilah sekolah-sekolah vokasional dapat
memberikan sumbangan yang positif ke arah pencapaian matlamat negara dalam
menyediakan tenaga rakyat yang cekap dan berkebolehan untuk mencapai tujuan Dasar
Ekonomi Baru (halaman 16).
Mahathir (1991) ada menyatakan pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri
Malaysia adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk mempertahankan produktiviti
yang tinggi dan daya saing di arena antarabangsa. Daya saing dan produktiviti industri
pula bergantung kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir, dan bermotivasi
tinggi. Rakyat adalah sumber utama. Tanpa ragu-ragu pada tahun 1990an dan
seterusnya, Malaysia mestilah memberi perhatian sepenuhnya kepada pembangunan
sumber yang amat penting ini.
Hal ini memperlihatkan bahawa pendidikan teknik dan vokasional terutamanya
aliran vokasional diberikan tanggungjawab yang besar untuk melahirkan tenaga kerja
yang mahir, berkebolehan dan berpendidikan agar dapat membantu negara mencapai
hasrat menjadi negara maju. Aliran vokasional merangkumi kursus seperti Amalan
Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi
Logam serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.
3
Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) dalam Mohd Sahibudilah (2004)
berpendapat bahawa pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan
ekonomi dan sosial negara. Negara yang sedang pesat membangun memerlukan tenaga
professional dan separa professional bagi menentukan kesinambungan pembangunan
negara. Mereka merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan
sesebuah negara.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki alam pekerjaan terbuka
luas kepada pelajar-pelajar aliran vokasional ini. Bagi merebut peluang pekerjaan di
negara ini, ramai majikan yang bersedia untuk menerima pelajar-pelajar vokasional
bekerja dengan mereka. Hal ini dibuktikan melalui Laporan Kajian Sistem Pelajaran
Vokasional Di Semenanjung Malaysia yang dijalankan pada tahun 1981. Merujuk
kepada laporan ini, sebanyak 45.2 % lepasan sekolah vokasional hanya menunggu di
antara satu hingga enam bulan sahaja sebelum mendapatkan pekerjaan. Ini
menunjukkan bahawa pelajar lepasan sekolah vokasional amat diperlukan dalam
memenuhi kehendak pasaran kerja negara.
1.2 Latar belakang masalah
Ke arah mencapai Wawasan 2020, negara Malaysia memerlukan ramai tenaga
kerja professional, pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang teknologi. Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional diharapkan agar dapat melahirkan ramai rakyat
Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi selaras dengan matlamatnya
iaitu:
4
(i) Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui program
pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan tenaga manusia terlatih
serta berpengetahuan teknikal.
(ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan
pelajaran dalam bidang teknologi.
(iii) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
(iv) Memperkembangkan sikap pekerjaan yang positif, bertanggungjawab dan
berdisiplin di kalangan pelajar.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Sekolah Menengah
Vokasional (SMV) yang ada sekarang disemak dan digubal semula sesuai dengan
permintaan yang semakin mendesak sejajar dengan perkembangan perindustrian yang
semakin pesat. Langkah ini adalah sesuai bagi meningkatkan imej dan status sekolah-
sekolah ini (halaman 10).
Dalam situasi negara yang memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separa
mahir yang berpengetahuan dan berkemahiran di kalangan rakyat negara ini, negara kita
mengalami masalah kekurangan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang
teknologi. Dengan adanya pelajar-pelajar aliran vokasional yang telah dijuruskan dalam
bidang-bidang pengkhususan mereka, Malaysia sewajarnya tidak lagi menghadapi
masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir sehingga perlu mengambil
pekerja asing bekerja di negara ini.
5
Kong Cho Ha (2004) berkata bahawa negara akan menghadapi kekurangan
35,000 tenaga mahir dalam pelbagai bidang terutama sains, teknologi serta kejuruteraan
menjelang tahun 2005. Beliau mengingatkan, kegagalan melahirkan generasi pelapis
dan professional dalam bidang tersebut akan menimbulkan ancaman besar kepada
pembangunan ekonomi negara. Tambah beliau lagi, kita tidak ada alternatif lain kecuali
mengukuhkan program pendidikan kita untuk melatih sumber manusia yang mahir
dalam bidang-bidang ini secara bersepadu serta berterusan. Kerajaan menyasarkan
jumlah keseluruhan sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara kepada 96 buah
menjelang 2006 untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan,
pengurusan kewangan dan elektrik.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri,
Johor Bahru, Johor (2005) terhadap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia aliran
Vokasional (SPMV) sekolah tersebut mendapati bahawa daripada 12 orang pelajar,
hanya seorang sahaja pelajar lepasan SPMV ini yang bekerja dalam bidang yang
dipelajari seperti sewaktu di sekolah. Hasil kajian tersebut turut mendapati enam
daripada pelajar lepasan SPMV tersebut menyambung pelajaran di peringkat sijil,
diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan dan Automotif manakala tiga pelajar lain
menyambung pelajaran dalam bidang sastera dan pengurusan.
Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Fu Ah Kiow (2007), terdapat hampir
dua juta pekerja asing di negara ini. Jumlah yang dinyatakan ini dengan jelas
menunjukkan bahawa negara kita sedang dibanjiri oleh pekerja–pekerja asing. Pekerja-
pekerja asing ini bekerja dalam bidang-bidang seperti pembinaan, perladangan dan
bidang- bidang lain sehingga ke pejabat berhawa dingin. Apa yang menghairankan kita
semua, negara kita mempunyai begitu ramai pelajar-pelajar vokasional yang boleh
bekerja sebagai pekerja mahir dan separa mahir, namun mengapakah Malaysia masih
lagi memerlukan begitu ramai pekerja asing. Di manakah pelajar-pelajar vokasional
yang telah dilatih mengikut bidang pengkhususan mereka? Pelajar-pelajar vokasional
6
ini telah dilatih mengikut bidang pengkhususan mereka seperti Amalan Bengkel Mesin,
Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektonik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta
Penyejukan dan Penyamanan Udara. Contoh kebanjiran pekerja asing paling ketara yang
boleh kita semua lihat ialah dalam sektor pembinaan. Sektor ini dengan jelasnya
dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang perlu dilatih semula. Perkara ini akan
mendatangkan kerugian kepada negara kita.
Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pekerja asing yang sah di negara ini dengan
dikeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) pada 31.3.2006. Jumlah pekerja asing ini
adalah seramai 1,850,063 orang.
Jadual 1.1: Jumlah pekerja asing mengikut warganegara
BIL. WARGANEGARA JUMLAH
1 Bangladesh 58,878
2 Kemboja 6,637
3 India 139,716
4 Indonesia 1,215,036
5 Myanmar 92,020
6 Nepal 200,220
7 Pakistan 15,021
8 Filipina 22,080
9 Sri Lanka 5,076
10 Thailand 7,282
11 Vietnam 86,836
12 Lain-lain 2,262
JUMLAH BESAR 1,850,063
(Sumber : www.parlimenmalaysia.com.my)
7
Shukor (1998) ada menyatakan bahawa pengambilan pelajar lepasan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan
Sekolah Menengah Vokasional (SMV) meningkat 3,595 orang pelajar iaitu dari 20,900
orang pelajar pada tahun 1997 kepada 24,495 orang pelajar pada tahun 1998. 13,540
orang pelajar ditawarkan untuk pengambilan aliran kejuruteraan teknikal manakala
10,955 orang aliran vokasional. Menurut beliau, sambutan pelajar memang
menggalakkan. Pada kebiasaannya, kementerian menerima permohonan 4 kali ganda
daripada jumlah yang ditawarkan iaitu di antara 80,000 hingga 90,000 permohonan.
Kenyataan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat begitu
ramai pelajar yang berminat dengan pendidikan vokasional di negara kita. Namun
begitu, adakah mereka masih berminat untuk memilih kerjaya dalam bidang yang telah
dipelajari kelak? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar
aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari? Oleh yang
demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam
bidang yang dipelajari.
Dalam membuat keputusan dan pemilihan mengenai sesuatu perkara, terdapat
pelbagai perkara yang mempengaruhi keputusan dan pemilihan tersebut. Menurut
Tolbert (1974) setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang itu dipengaruhi oleh
berbagai faktor termasuklah pengaruh orang lain, keadaan, keperluan, masa, kebolehan
serta minat. Hal yang sama juga turut berlaku dalam pemilihan kerjaya seseorang.
Pemilihan kerjaya yang tepat dengan latar belakang individu adalah amat
penting. Dewan Siswa (1997) ada menyatakan bahawa pemilihan kerjaya yang tepat
dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting
dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang. Tersalah pilih atau tersalah mengatur
8
strategi dalam memilih pekerjaan boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja,
menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam
hidup.
Pernyataan ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat yang diutarakan oleh
Strong (1943) yang mengatakan bahawa pemilihan kerjaya merupakan satu penglahiran
tindakan-tindakan yang mencerminkan pengetahuan individu itu terhadap pekerjaan
yang dipilih, gambaran personaliti, kebolehan dan motivasi individu yang membuat
pemilihan kerjaya tersebut.
Salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang itu dalam pemilihan kerjaya
ialah minat. Menurut Crow dan Crow (1988) minat sebagai penggerak, seseorang itu
boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha dengan gigih sehingga baik.
Pendapatan atau gaji merupakan suatu perkara yang amat penting dalam
kehidupan hari ini. Terdapat kes-kes berlakunya mogok dikalangan pekerja apabila
mereka tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. Menurut Jabatan Perangkaan
(1978), gaji atau pendapatan adalah merujuk kepada penerimaan secara tunai atau benda
yang berulang kepada seorang pekerja secara tetap pada kadar tahunan atau jarak masa
yang lebih daripada kerap.
Faktor kerja merupakan faktor seterusnya yang dipilih oleh pengkaji dalam
kajian ini. Menurut Holland (1973) seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu
pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang
pekerjaan, pangkat, bentuk kerja dan ganjaran.
9
Faktor ibu bapa dan rakan turut mempengaruhi seseorang itu dalam pemilihan
kerjaya. Hal ini disokong oleh Ginzbug (1951) yang menyatakan bahawa terdapat
pengaruh ibu bapa terhadap pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu
bapa mempengaruhi anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau
penyerupaan. Bagi faktor pengaruh rakan pula, kajian yang telah dibuat oleh Suhaimi
(1996) mendapati remaja lebih terpengaruh dengan rakan sebaya daripada orang lain
dalam pelbagai aspek. Ramai remaja mula mempelajari erti kehidupan bersama rakan
sebaya mereka. Pembentukan peribadi dan watak pelajar turut dipengaruhi peribadi
rakan yang didampingi. Lazimnya remaja akan menjadi baik serta berjaya apabila
mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin belajar. Begitu juga sebaliknya.
1.3 Pernyataan masalah
Masalah kekurangan pekerja mahir dan kebergantungan terhadap pekerja asing
dalam bidang-bidang teknologi seperti kimpalan dan binaan bangunan menjadi satu
masalah yang perlu diselesaikan dengan segera oleh negara ini. Pelajar-pelajar aliran
vokasional amat diperlukan untuk menjadi sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang ini.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang
dipelajari dari aspek minat, jangkaan pendapatan, kerja dan ibu bapa serta rakan.
10
1.4 Objektif Kajian
Merujuk kepada pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, pengkaji
telah mengenalpasti beberapa objektif kajian dalam penyelidikan ini iaitu :
i Mengenalpasti samaada faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar
aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
ii Mengenalpasti samaada faktor jangkaan pendapatan mempengaruhi kesediaan
pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang
dipelajari.
iii Mengenalpasti samaada faktor kerja mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar
aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
iv Mengenalpasti samaada faktor keluarga serta rakan mempengaruhi kesediaan
pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang
dipelajari.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini bertujuan menjawab beberapa persoalan
berikut iaitu :
i Apakah faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional
untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?
11
ii Apakah faktor jangkaan pendapatan mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar
aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?
iii Apakah faktor kerja mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional
untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?
iv Apakah faktor keluarga serta rakan mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar
aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama
ada kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang
yang dipelajari adalah dipengaruhi oleh faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja dan ibu
bapa serta rakan. Perkara ini perlu dipertimbangkan oleh pihak pelajar, guru, dan pihak
pengurusan sekolah. Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut :
1.6.1 Pelajar
Agar dapat merencana dan merancang matlamat pembelajaran mereka dengan
jelas dan tepat. Pelajar juga diharap agar dapat meningkatkan kesediaan mereka untuk
memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
12
1.6.2 Guru
Agar dapat meningkatkan usaha untuk memberikan pengetahuan dan
pendedahan tentang bidang yang diajar. Guru juga diharap agar dapat meningkatkan
kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
1.6.3 Pihak Pengurusan Sekolah
Agar dapat menyusun program dan aktiviti motivasi serta pendedahan yang
sewajarnya tentang alam pekerjaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesediaan pelajar
untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
1.6.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
Agar dapat memberi hubungkait antara sekolah dan alam pekerjaan kepada
pelajar bagi meningkatkan kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam bidang yang
dipelajari.
13
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar–pelajar aliran vokasional tingkatan 4.
Hanya pelajar-pelajar aliran vokasional sahaja yang menjadi sampel dalam kajian ini.
Pelajar-pelajar aliran vokasional yang menjadi sampel terdiri daripada pelajar-pelajar
yang mengikuti kursus Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik,
Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.
Kajian ini memberi perhatian kepada empat faktor yang mempengaruhi kesediaan
pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari
iaitu faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja dan faktor ibu bapa serta rakan.
1.8 Definisi Istilah
Berikut diberikan beberapa definisi istilah yang telah digunakan dalam kajian
ini :
1.8.1 Faktor
Menurut Kamus Dewan (1994), faktor ialah unsur atau sebab yang
menyumbang kepada sesuatu hasil. Manakala menurut The Oxford English Dictionary
pula, faktor membawa maksud sesuatu elemen yang terdapat dalam komponen tertentu
yang membuatkan hasil atau sebagai agen. Dalam kajian ini faktor yang dimaksudkan
14
ialah faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk
memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
1.8.2 Mempengaruhi
Menurut Kamus Dewan ( 1994 ), mempengaruhi bermaksud pengaruh atas,
menggunakan pengaruh kepada atau menguasai. Dalam konteks kajian ini,
mempengaruhi membawa maksud perkara atau aspek yang memberi kesan terhadap
kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang
dipelajari.
1.8.3 Kesediaan
Menurut Kamus Dewan (1994), kesediaan bermaksud perihal sedia,
kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan membawa maksud
kerelaan untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
15
1.8.4 Pelajar
Menurut Kamus Dewan (1994 ), pelajar bermaksud orang yang belajar atau
orang yang mengaji. Dalam kajian ini, pelajar ialah pelajar tingkatan empat aliran
vokasional yang mengikuti kursus-kursus seperti Amalan Bengkel Mesin, Automotif,
Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan
dan Penyamanan Udara.
1.8.5 Vokasional
Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), vokasional ialah pendidikan amali
yang menitik beratkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (professional
dan sebagainya). Dalam konteks kajian ini, vokasional merujuk kepada aliran yang
sedang diikuti oleh sampel kajian.
1.8.6 Aliran Vokasional
Dalam kajian ini, aliran vokasional merujuk kepada kursus Amalan Bengkel
Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam
serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.
16
1.8.7 Memilih
Menurut Kamus Dewan (1994), memilih bermaksud menunjukkan
(menentukan) barang (orang dan lain-lain) yang disukai. Dalam konteks kajian ini,
memilih merujuk kepada memilih bidang pekerjaan.
1.8.8 Kerjaya
Kamus Dewan (1994) menyatakan bahawa kerjaya ialah penglibatan yang
berterusan serta perkembangan dan kemajuan seseorang di dalam suatu lapangan
(profesion, kegiatan dan sebagainya) biasanya sebagai cara mencari punca pendapatan
kehidupan. Menurut Mansur Abdullah (1986), kerjaya boleh dimaksudkan sebagai
keseluruhan bidang kerja yang dialami oleh seseorang itu sepanjang hayatnya.
Wilensky (1961) pula mendefinisikan kerjaya sebagai satu pekerjaan yang teratur iaitu
setiap pekerjaan merupakan persediaan bagi yang berikutnya.
National Vocational Guidance Association telah mendefinisikan kerjaya
sebagai kesinambungan kerjaya individu itu atau sebaliknya, interaksi antara pilihan
pendidikan dan pekerjaan yang meliputi suatu jangka masa, urutan pekerjaan dan
kedudukan yang disandang. Dalam konteks kajian ini, kerjaya merujuk kepada
pekerjaan dalam bidang yang sedang dipelajari oleh sampel pada masa kajian ini
dijalankan.
17
1.8.9 Bidang yang dipelajari
Dalam kajian ini, bidang yang dipelajari merujuk kepada bidang kursus yang
diikuti oleh sampel iaitu Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan,
Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan Penyamanan
Udara.
1.8.10 Minat
Tolbert (1974) menyatakan bahawa minat ialah satu kecenderungan bagi
seseorang individu untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu perkara yang
menjuruskan mereka ke pilihan kerjaya di bidang tertentu. Dalam konteks kajian ini,
minat membawa maksud minat terhadap aliran vokasional.
1.8.11 Jangkaan Pendapatan
Kamus Dewan (1994) menyatakan bahawa jangkaan bermaksud apa-apa yang
dijangka, dugaan, sangkaan. Menurut kamus ini juga, pendapatan bermaksud jumlah
wang yang diperolehi dalam jangka waktu tertentu (sebagai hasil daripada mata
pencarian, kerja yang dilakukan dan sebagainya), hasil yang terdiri daripada gaji dan
lain-lain. Dalam konteks kajian ini, jangkaan pendapatan membawa maksud jangkaan
sampel terhadap pendapatan yang akan diperolehi dalam aliran vokasional.
18
1.8.12 Kerja
Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), kerja ialah kewajipan yang mesti
dilaksanakan, sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan. Dalam konteks kajian ini, kerja
membawa maksud kerja yang perlu dilakukan dalam aliran vokasional.
1.8.13 Ibu bapa
Menurut Kamus Dewan (1994), ibu bapa ialah orang tua (yakni emak dan
ayah). Dalam konteks kajian ini, ibu bapa membawa maksud orang yang mempengaruhi
kesediaan sampel untuk memilih kerjaya dalam aliran vokasional.
1.8.14 Rakan
Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), rakan ialah sahabat, handai, taulan,
teman (sepermainan, sekerja dan lain-lain). Dalam konteks kajian ini, rakan membawa
maksud orang yang mempengaruhi kesediaan sampel untuk memilih kerjaya dalam
aliran vokasional.
19
1.9 Kesimpulan
Dalam bab ini, pengkaji telah menghuraikan tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian
dan definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.