FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan...
Transcript of FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · faktor – faktor yang mempengaruhi pemilihan...
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR
MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH AKADEMIK
HARIAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR.
ZULKIFLI BIN SAMSUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR
MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH AKADEMIK
HARIAN DI DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR
ZULKIFLI BIN SAMSUDIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
iii
iv
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Isteri yang dikasihi
Pn. Khariah binti Kamarudin
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Untuk ayah dan ibu
Doa, jasa dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih ayah dan ibu
Dan
Anak-anak
Mohammad Afiq bin Zulkifli
Suraya Aqilah binti Zulkifli
Semoga kejayaan ini dapat mendorong anak-anak ku
Untuk mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang
ditetapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Tn. Haji Asnul
Dahar bin Minghat di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang
tempoh projek ini dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian
penyelidikan ini.
Terima kasih juga tidak terhingga kepada ibu, ayah dan isteri di atas
pengorbanan yang tidak ternilai diberikan. Begitu juga jutaan terima kasih diucapkan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi segala pertolongan dan sokongan
dalam menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor -
faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional
(MPV) di sekolah-sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Faktor-
faktor yang dikaji ialah seperti faktor peluang pekerjaan, faktor pengurusan sekolah,
faktor minat dan faktor ibu bapa/ keluarga. Responden kajian adalah seramai 80 orang
pelajar yang mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah akademik harian di Daerah
Hulu Langat, Selangor. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai
indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.894. Hasil kajian ini dianalisis
menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS) versi 13
untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian, menunjukkan
faktor minat berada pada tahap tinggi dengan purata nilai min 3.68 dalam mempengaruhi
pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional, faktor peluang pekerjaan dengan
purata nilai min 3.63, faktor pengurusan sekolah dengan purata nilai min 3.55 dan faktor
ibu bapa/ keluarga dengan purata nilai min 3.52 berada pada tahap sederhana dalam
mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah -
sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Beberapa cadangan
dikemukakan bagi kajian lanjutan dijalankan.
vii
ABSTRACT
This descriptive study was carried out with purpose to determine factors that
influence students who take up vocational subjects in daily academic school in Hulu
Langat District, Selangor. The factors researched were job opportunities, school
management, interest and parents/family factors. The research respondents are 80
students who take up vocational subjects in daily academic schools in Hulu Langat
District, Selangor. Questionaire sets were used as instrument for this study. The
reliability of the questionnaire items was α = 0.894. Result of this study was analyzed
using Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) version 13 softwear to acquire
frequency, percentage and mean. The research result showed that interest was high at the
average mean level of 3.68 in influencing the selection of students according to the
vocational subjects, job opportunity factors at the everage mean level of 3.63, School
management factor at the everage mean level of 3.55 and the parent / family factors at
the everage mean level of 3.52 was a moderate level in influencing the selection of
students according to vocational subjects at the daily academic schools in Hulu Langat
District, Selangor. Several suggestion were presented to enable further studies.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definasi Istilah 13
1.10 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Program MPV 18
2.3 Peluang Pekerjaan 21
2.4 Pengurusan Sekolah 22
2.5 Minat 25
2.6 Ibu Bapa Dan Keluarga 27
2.7 Penutup 28
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Prosedur Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Analisis Data 37
3.9 Analisis Akhir Dan Klasifikasi 38
3.10 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A : latar Belakang Responden 41
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 41
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jenis
Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga 43
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Ibu Bapa / Penjaga 44
4.2.5 Taburan Responden mengikut Gred Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 45
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Bulanan Ibu Bapa / Penjaga 46
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik - Beradik 47
xi
4.3 Analisis Bahagian B : Data Berdasarkan Persoalan Kajian 47
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 48
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 56
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 60
4.4 Kesimpulan 65
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Perbincangan Bahagian A 68
5.3 Perbincangan Bahagian B 69
5.3.1 Faktor Peluang Pekerjaan mempengaruhi
Pelajar Dalam Pemilihan MPV 70
5.3.2 Faktor Pengurusan sekolah mempengaruhi
Pelajar Dalam Pemilihan MPV 72
5.3.3 Faktor Minat mempengaruhi
Pelajar Dalam Pemilihan MPV 74
5.3.4 Faktor Ibu Bapa Dan Keluarga mempengaruhi
Pelajar Dalam Pemilihan MPV 76
5.4 Rumusan 79
5.5 Cadangan 81
5.5.1 Cadangan Kepada pelajar 81
5.5.2 Cadangan Untuk Ibu Bapa 81
5.5.2 Cadangan Kepada Pengurusan sekolah 82
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Kesimpulan 84
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN A – E 88
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pelaksanaan mata pelajaran vokasional di sekolah
menengah akademik harian 3
1.2 Kemasukan pelajar dalam mata pelajaran vokasional
landskap dan nurseri di Sekolah Menengah Jalan Reko 5
1.3 Tahap kepentingan bekerja mengikut persepsi majikan 7
2.1 Bilangan sekolah yang menawarkan MPV mengikut negeri bagi
pelaksanaan bagi tahun 2002 – 2007 20
3.1 Sekolah menengah akademik yang menawarkan MPV Di Daerah
Hulu Langat dan mata pelajaran yang ditawarkan 31
3.2 Senarai bilang populasi dan sampel 32
3.3 Pecahan item soal selidik 33
3.4 Skor skala Likert 34
3.5 Skala pemeringkatan skala likert yang dipermudahkan 37
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 38
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 39
4.1 Taburan responden mengikut jantina 41
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 42
4.3 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu bapa/penjaga 43
4.4 Taburan responden mengikut taraf pendidikan ibu bapa/penjaga 44
4.5 Taburan responden mengikut gred peperiksaan PMR mata
pelajaran Kemahiran Hidup tahun 2007 45
xiii
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.6 Taburan responden mengikut pendapatan bulanan
ibu bapa/penjaga 46
4.7 Taburan responden mengikut bilangan adik-beradik 47
4.8 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
faktor peluang pekerjaan mempengaruhi pelajar memilih MPV 49
4.9 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
faktor pengurusan sekolah mempengaruhi pelajar memilih MPV 53
4.10 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
faktor minat mempengaruhi pelajar memilih MPV 57
4.11 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
faktor ibu bapa/keluarga mempengaruhi pelajar memilih MPV 61
4.12 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih MPV di
sekolah akademik harian 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
BIL - Bilangan
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 88
B Surat BPPDP (Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM) 96
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri 97
D Pengesahan Pelajar 98
E Jadual Penentuan Saiz Sample Berdasarkan Populasi
Krejcie Dan Morgan 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik. Perubahan demi perubahan
dilakukan bertujuan untuk menyesuaikan pengisian kepada sistem pendidikan formal
supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa serta menjadi pemangkin
kepada alat untuk mencapai wawasan negara. Kedinamikan pendidikan wajar
berlangsung kerana langkah sedemikian merupakan usaha untuk mencapai hasrat yang
terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Cita–cita pendidikan formal terserlah
dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang dinyatakan sebagai ;
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
2
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Usaha secara rasmi telah dilakukan oleh masyarakat untuk memberi kemahiran
bekerja melalui sistem pendidikan formal. Ini dilakukan dengan memperkenalkan sistem
pendidikan vokasional yang bermatlamat memberi kemahiran – kemahiran bekerja di
kalangan pelajar – pelajar. Di negara kita Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menetapkan dua objektif pendidikan vokasional iaitu :
a. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran-
kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan
pertanian.
b. Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
teknikal dan vokasional.
Pelancaran mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik
harian pada tahun 2002 merupakan pemangkin dalam usaha melahirkan tenaga mahir
dan separa mahir. Sebelum mata pelajaran bercorak vokasional ditawarkan kepada
sekolah menengah akademik bilangan pelajar yang dapat mengikuti aliran teknik dan
vokasional adalah terhad. Kadar penyertaan di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional ialah tujuh peratus daripada jumlah enrolment kohort Tingkatan 4 iaitu
angka yang rendah berbanding kadar penglibatan murid di negara – negara maju seperti
Jerman, Perancis dan Itali meliputi penyertaan melebihi 60 peratus (Ahamad Sipon,
2001).
3
Jadual 1.1: Pelaksanaan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik harian.
Tahun Pelaksanaan
Bil. Mata Pelajaran Vokasional 2002
(Fasa1)2003
(Fasa2) 2004
(Fasa 3) 2005
(Fasa4)
1. Pembinaan Domestik x
2. Membuat Perabot x
3. Seni Reka Tanda x
4. Menservis Peralatan Elektrik Domestik x
5. Rekaan dan Jahitan Pakaian x
6. Katering dan Penyajian x
7. Landskap dan Nurseri x
8. Tanaman Makanan x
9. Pemprosesan Makanan x
10. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi x
11. Produksi Multimedia x
12. Grafik Berkomputer x
13. Pendawaian Domestik x
14. Menservis Automobil x
15. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
x
16. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak x
17. Hiasan Dalaman Asas x
18. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut x
19. Kerja Paip Domestik x
20. Kimpalan Arka dan Gas x
21. Menservis Motosikal x
22. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik x Bil. mata pelajaran mengikut tahun 8 2 8 4 Jumlah mata pelajaran sehingga 2005 22
(Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 2003)
4
Kurikulum mata pelajaran vokasional menghasratkan bagi melahirkan pelajar
yang berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan
mereka mendapatkan pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih
tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang
kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang berguna dalam
kehidupan harian dan alam pekerjaan. Program MPV ditawarkan secara berperingkat
sehingga 22 mata pelajaran kemahiran dalam lima bidang usaha dilaksanakan secara
berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 ( Jadual 1.1)
1.2 Latar Belakang Masalah
Perlaksanaan mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan pada tahun 2002
yang bertujuan memberi berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna
untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan atau
meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi. Perlaksanaan ini dijalankan secara
berperingkat – peringkat sehinggalah ke hari ini. Peluang yang diberikan kepada pelajar
untuk mengambil mata pelajaran ini terbuka kepada semua. Walau bagaimanapun setiap
kelas dihadkan kepada 25 orang bagi mengatasi kekurangan ruang dan bengkel yang
disediakan. Jadual di bawah menunjukkan kemasukan pelajar dalam kelas MPV di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dari tahun 2002 hingga 2007.
5
Jadual 1.2 : Kemasukan pelajar dalam mata pelajaran vokasional landskap dan nurseri di Sekolah Menengah Jalan Reko
Tahun Tingkatan 4 Tingkatan 5
2002 23 -
2003 19 23
2004 20 19
2005 21 20
2006 24 21
2007 23 24
Kemasukan pelajar ini menunjukkan jumlah sambutan yang berbeza setiap
tahun. Sepatutnya setiap kelas boleh menampung 25 orang pelajar. Adakah sambutan
yang berbeza ini memperlihatkan tahap penerimaan MPV masih lagi kurang ? Apakah
yang mendorong pelajar mengikuti mata pelajaran Vokasional ini ?
Pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan
sumber manusia yang dilaksanakan oleh negara tersebut. Negara Malaysia yang sedang
menuju ke arah negara perindustrian dan teknologi tinggi, maka segala harapan untuk
mencapai matlamat tersebut berkait rapat dengan pembangunan pendidikan dalam
bidang vokasional.
Perubahan besar dari segi struktur guna tenaga adalah satu realiti yang sedang
berlaku di negara ini selaras dengan perubahan dalam struktur ekonomi. Struktur
ekonomi negara melalui pelbagai peringkat peralihan, dari diterajui oleh sektor pertanian
beralih ke sektor pembuatan dan perkhidmatan, dan kini menghadapi tuntutan ekonomi
berpaksikan pengetahuan. Ekonomi berpaksikan pengetahuan memerlukan sumber
manusia yang menguasai ilmu berasaskan sains dan teknologi canggih. Ekonomi
berpaksikan pengetahuan memerlukan sumber manusia yang inovatif lagi kreatif, serta
6
cenderung melakukan penyelidikan dan pembangunan. Dengan itu program pendidikan
haruslah berupaya menghasilkan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran,
memiliki sifat inovatif lagi kreatif, dan menjadi barisan tenaga kerja yang produktif,
kompetitif dan sesuai dengan keperluan komersial dan keperluan industri.
Untuk menjadikan pendidikan sebagai persediaan untuk bekerja maka
sewajarnya pendidikan dapat menyediakan pelajar – pelajar dengan kecekapan bekerja.
Kecekapan bekerja yang disalurkan melalui sistem pendidikan formal adalah kecekapan
– kecekapan bekerja yang dapat memenuhi keperluan majikan, keperluan industri dan
keperluan ekonomi.
Menurut Wellington (1993) menyatakan jenis–jenis kecekapan bekerja yang
ingin diterapkan dalam sistem pendidikan seharusnya dikenal pasti melalui penyelidikan
supaya memenuhi keperluan majikan, industri dan ekonomi. Ini bermakna sistem
pendidikan vokasional seharusnya seiring dengan keperluan tenaga kerja yang
diperlukan oleh pihak majikan, industri dan ekonomi. Majikan lebih mudah mengenal
pasti kecekapan bekerja yang sepatutnya ada pada pekerja untuk keperluan mereka. Oleh
itu kecekapan bekerja mestilah ditentukan oleh pekerja dan pihak–pihak yang berkaitan
dengan industri.
7
Jadual 1.3 : Tahap kepentingan bekerja mengikut persepsi majikan.
Kecekapan bekerja Sangat
penting
%
Penting
%
Tidak
penting
%
Mempunyai kelulusan yang sesuai
dengan pekerjaan
35 22 43
Mendapat gred yang baik dalam
peperiksaan dan mata pelajaran akademik
30 31 39
Lulus dalam mata pelajaran vokasional 24 36 40
Mempunyai pengalaman bekerja
berkaitan dengan pekerjaan
21 16 63
Sumber : Ubah suai daripada Recruiment & Training Research Unit, The Polytechic Of Wales , Jun 1987 dalam Wellington, J (1993) Mata pelajaran vokasional yang diperkenalkan di sekolah menengah akademik
sejak 2002 adalah untuk mengatasi masalah keciciran di kalangan pelajar. Mata
pelajaran vokasional yang dianggap mudah bagi sesetengah pelajar kerana mata
pelajaran ini disyorkan kepada pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang
lemah. Dalam MPV, pelajar tidak perlu menghafal fakta dan mengingat rumus tetapi
perlu menyiapkan semua hasil kerja yang disediakan dalam buku modul. Kebanyakan
kerja dibuat secara praktikal dan soalan-soalan peperiksaan adalah berdasarkan kerja-
kerja praktikal tersebut. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari ada
pelajar yang kurang cenderung kepada mata pelajaran akademik, sebaliknya lebih
berminat kepada pendidikan amali, maka kementerian memperluaskan sekolah teknik,
vokasional dan memperkenalkan MPV di sekolah menengah harian biasa. Menurut
kajian Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malaysia 31 Disember 2003) mendapati
pelajar yang memilih mata pelajaran berkenaan lebih berminat dan mencintai sekolah
kerana menyediakan mata pelajaran ini, selain memberi asas kemahiran seperti dalam
bidang landskap, automotif dan pembinaan.
8
Menurut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat
(Utusan Malaysia, 31 Disember 2003) berdasarkan pengenalan MPV di beberapa
sekolah sebelum ini, didapati ia banyak membantu meningkatkan rasa seronok para
pelajar untuk ke sekolah. Disiplin pelajar juga bertambah baik, jumlah kehadiran yang
meningkat dan kurangnya pelbagai masalah yang sebelum ini sering berlaku.
Minat pelajar terhadap mata pelajaran merupakan faktor penting dalam
menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran (MPV) . Ini kerana minat dan
kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pencapaian pembelajaran seseorang (Abu Zahari,1998) minat yang telah dibangkitkan
dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat pelajar terus berfikir
dalam lapangan itu sehingga dia menguasai mata pelajaran tersebut (Crow & Crow
1983). Oleh itu, adakah faktor pemilihan mata pelajaran vokasional berdasarkan minat
pelajar itu sendiri.
Ibu bapa juga menentukan sasaran kepada anak – anak untuk mencapai kejayaan
dan matlamat yang cemerlang kepada anak–anak mereka. Pemantauan ibu bapa terhadap
anak–anak dalam pemilihan kerjaya yang sesuai berhubung kait dengan pemilihan mata
pelajaran elektif yang ditawarkan. Ibu bapa sering membantu anak–anak dalam memilih
mata pelajaran elektif yang sesuai, apa yang perlu dipelajari oleh anak–anak mereka.
Menurut kajian Entwistle (1970) mendapati lebih 90% daripada ibu bapa
inginkan sekolah mengajar perkara–perkara yang bolehkan anak–anak mereka
memperolehi pekerjaan. Wellintong (1993) ibu bapa yang datangnya daripada keluarga
kelas pertengahan lebih mengutamakan pendidikan sebagai persediaan untuk menjawat
sesuatu pekerjaan berbanding ibu bapa daripada golongan yang lain. Sekiranya diberi
peluang autoriti mereka akan menentukan subjek–subjek yang mempunyai nilai
pekerjaan atau mempunyai nilai untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
9
tinggi serta menjurus kepada pekerjaan yang akan dijawat anak–anak mereka tamat
pengajian. Adakah ini benar-benar berlaku dalam pemilihan mata pelajaran vokasional
(MPV) yang telah dilaksanakan dalam sekolah akademik harian.
1.3 Pernyataan Masalah
Bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan 33
peratus daripada jumlah pelajar tingkatan empat dan lima di seluruh negara mengikuti
mata pelajaran teknikal dan vokasional menjelang 2020, mata pelajaran vokasional telah
diperkenalkan di sekolah menengah akademik. Sehingga 2003 hanya 13 peratus sahaja
yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional daripada jumlah pelunjuran tingkatan 4.
Untuk mencapai sasaran ini mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan secara
berperingkat – peringkat ke sekolah akademik harian sehingga 2005 terdapat 1,214
sekolah yang menawarkan MPV. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat faktor –
faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar di sekolah akademik di Daerah Hulu
Langat dari aspek faktor peluang pekerjaan, pengurusan sekolah, faktor minat dan faktor
ibu bapa.
10
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti sama ada faktor peluang pekerjaan dalam pemilihan pelajar
mengikuti MPV di sekolah akademik.
2. Mengenal pasti sama ada pengurusan sekolah meletakkan garis panduan dalam
menentukan pemilihan pelajar untuk mengikuti MPV.
3. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar untuk mengikuti MPV
di sekolah akademik.
4. Mengenal pasti sama ada ibu bapa terlibat di dalam menentukan pelajar
mengikuti MPV di sekolah akademik.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:
1. Apakah faktor peluang pekerjaan mempengaruhi pelajar memilih MPV ? 2. Apakah faktor pengurusan sekolah mempengaruhi pelajar dalam pemilihan
MPV ?
3. Apakah faktor minat telah mempengaruhi pelajar dalam memilih MPV ?
4. Apakah faktor Ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam memilih MPV ?