Faedah Menguasai Ict

2
Rangkap lagu di atas merupakan cebisan link yang terdapat dalam lagu `Keranamu Malaysia`.Belakangan ini,manusia semakin bijak dan semakin mahir menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet,telefon bimbit dan satelit.Rangkap lagu tersebut menunjukkan seseorang yang pakar dalam internet dapat meningkatkan ekonomi keluarga malah ekonomi negara.Mereka dapat mencipta barangan yang berjenama negara dan boleh boleh digunakan dalam kehidupan pada masa ini. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.Antaranya kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang teknologi.Dengan itu,kita dapat mencipta barangan berjenama seperti kereta.Oleh itu,kadar pengeluaran wang ke luar negara dapat dikurangkan dan kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Di samping itu,kita dapat memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa rakyat Malaysia adalah intelek.Kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk memajukan diri dan negara sendiri seperti parasit tetepi kita hidup bedikari. Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.Kita juga dapat berkongsi berita dengan negara luar.Contohnya,kita boleh melihat negara lain dan mengetahui perkembangannya dengan melayari internet.Bak kata pepatah,`Dunia di hujung jari`.Jangan pula kita menjadi seperti katak di bawah tempurung,hanya mengetahui keadaan sekeliling sahaja dan cetek ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita dapat meningkatkan taraf hidup setempat.Kita mudah mendapat peluang pekerjaan yang bergaji besar dan lumayan. Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain.Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna.Telefon bimbit misalnya,mudah dibawa ke mana- mana.Perkara ini memberi kesenangan kepeda kita untuk berkomunakasi dari jarak jauh.Internet pula membolehkan kita melayari laman web untuk mengetahui atau mencari sesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang jauh dan berasingan.Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan kita.Komputer riba mudah dibawa ke mana-mana.Melalui

Transcript of Faedah Menguasai Ict

Page 1: Faedah Menguasai Ict

Rangkap lagu di atas merupakan cebisan link yang terdapat dalam lagu `Keranamu Malaysia`.Belakangan ini,manusia semakin bijak dan semakin mahir menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet,telefon bimbit dan satelit.Rangkap lagu tersebut menunjukkan seseorang yang pakar dalam internet dapat meningkatkan ekonomi keluarga malah ekonomi negara.Mereka dapat mencipta barangan yang berjenama negara dan boleh boleh digunakan dalam kehidupan pada masa ini.

Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.Antaranya kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang teknologi.Dengan itu,kita dapat mencipta barangan berjenama seperti kereta.Oleh itu,kadar pengeluaran wang ke luar negara dapat dikurangkan dan kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Di samping itu,kita dapat memajukan diri sendiri dan membuktikan kepada rakyat luar negara bahawa rakyat Malaysia adalah intelek.Kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk memajukan diri dan negara sendiri seperti parasit tetepi kita hidup bedikari.

Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.Kita juga dapat berkongsi berita dengan negara luar.Contohnya,kita boleh melihat negara lain dan mengetahui perkembangannya dengan melayari internet.Bak kata pepatah,`Dunia di hujung jari`.Jangan pula kita menjadi seperti katak di bawah tempurung,hanya mengetahui keadaan sekeliling sahaja dan cetek ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita dapat meningkatkan taraf hidup setempat.Kita mudah mendapat peluang pekerjaan yang bergaji besar dan lumayan.

Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain.Telefon bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna.Telefon bimbit misalnya,mudah dibawa ke mana-mana.Perkara ini memberi kesenangan kepeda kita untuk berkomunakasi dari jarak jauh.Internet pula membolehkan kita melayari laman web untuk mengetahui atau mencari sesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang jauh dan berasingan.Penciptaan komputer riba pula memudahkan pergerakan kita.Komputer riba mudah dibawa ke mana-mana.Melalui televisyen pula,kita boleh menonton rancangan-rancangan yang menarik.Kesemua alat komunikasi tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemehiran ICT.

Tambahan pula,penggunaan satelit membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negala luar.Begitu juga dengan negara luar.Mereka boleh memberi isyarat kecemasan kepada negara kita.Contohnya,tanggal 26 Disember 2004,berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat yang telah mengorbankan beribu-ribu orang.Bencana tersebut dikeneli sebagai Tsunami.walaupun jumlah kematian di negara kita adalah tinggi,masih tidak dapat menandingi jumlah kematian di Indonesia yang memcatatkan

Page 2: Faedah Menguasai Ict

jumlah kematian yang tertinggi.Peristiwa tersebut akan diingati sampai bila-bila.Jika negara lain dapat memberi isyarat kecemasan kepada kerajaan Indonesia,pasti jumlah kematian dapat dikurangkan.

Kita juga senang bergaul dan diterima oleh bangsa lain jika kita dapat menguasai kemahiran ICT.Bayangkan jika kita mendapat tawaran belajar di luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Kedua-dua negara tersebut mempunyai alat komunikasi yang lebih canggih.Jika kita tidak mengetahui tentang ICT,kita akan ketinggalan dalam pelajaran dan terkial-kial seorang diri seperti rusa masuk kampung.Penguasaan kemehiran ICT juga dapat mengelakkan kita daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung,jawab.

Berdasarkan penerangan di atas,terbuktilah bahawa penguasaan kemahiran ICT adalah penting dan memberi banyak faedah kepada kita lebih-lebih lagi dalam kehidupan pada masa ini.Zaman sekarang zaman moden.Teknologi pula semakin canggih.Setiap manusia berusaha untuk memperbaiki diri mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Mereka berusaha untuk meningkatkan imej negara di mata dunia.Oleh itu,semua rakyat haruslah bekerjasama,bagai aur dengan tebing bagi membantu merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.Bukannya hanya mementingkan diri sendiri.Bak kata pepatah,bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.