Etika Kebebasan Beragama Di Malaysia
-
Upload
katiri-sahirin-haimin -
Category
Documents
-
view
5.863 -
download
5
Transcript of Etika Kebebasan Beragama Di Malaysia
Etika Kebebasan Beragama
SOALAN:
“Etika Kebebasan Beragama Di Negara Ini (Malaysia)”.
PENDAHULUAN
MALAYSIA adalah sebuah negara yang dibina dalam jaringan
kepelbagaian rupa bangsa dan negara. Hidup dalam sebuah negara
bermasyarakat majmuk1 memerlukan sikap toleransi tinggi dan nilai hidup
bersama yang kukuh. Inilah uniknya Malaysia sejak dulu dibina secara
bersama berteraskan prinsip perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Jadi,
berlandaskan kesepaduan jitu itulah negara mampu memacu kejayaan yang
mencetuskan rasa cemburu negara lain. Ini kerana walaupun kita hidup
dalam masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan budaya hidup dan
anutan agama berbeza, kita saling memahami dan tidak ekstrim apabila
berhadapan sesuatu isu sensitif. Inilah yang tidak ada pada negara lain.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini timbul juga kocakan krisis yang
menyentuh isu sensitif khususnya yang bersabit aspek bangsa, bahasa
mahupun agama. Namun, kita percaya seluruh rakyat Malaysia tidak mudah
melatah menghadapi sesuatu isu kerana mereka semakin matang dan
bijaksana dalam bertindak. Inilah elemen yang mengakar umbi di kalangan
1 Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.
1
Etika Kebebasan Beragama
rakyat Malaysia selama ini dan semestinya diperkukuhkan lagi agar misi dan
visi negara menjana pembangunan tidak terencat dengan krisis berbentuk
perkauman dan keagamaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad2 pernah berkata, “Untuk membina satu negara yang bersatu padu,
rakyat perlu mempunyai visi yang sama mengenai negara yang hendak
dibentuk. Matlamat kita ialah mewujudkan satu bangsa yang bukan saja taat
setia kepada negara, tetapi mempunyai masa depan yang sama. Ke arah
mencapai matlamat ini, kita perlu meningkatkan usaha menyatupadukan
rakyat di samping menghapuskan perasaan syak wasangka dan prejudis di
antara satu sama lain.”
DEFINISI
Kebebasan beragama ialah prinsip yang
menyokong kebebasan individu atau masyarakat, untuk mengamalkan
agama atau kepercayaan dalam ruang peribadi atau umum. Kebebasan
beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut
mana-mana agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan
beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan ia tidak menghukum
atau menindas pengikut kepercayaan lain yang lain daripada agama rasmi.
Perkara 183 dalam Kovenan Antarabangsa PBB tentang Hak-Hak Sivil dan 2 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 20 Disember 1925 ; juga digelar sebagai "Dr. M"
dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 , beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
3 Deklarasi Hak Asasi Manusia (HAM) atau Universal Independent of Human Righ dicetuskan pada tanggal 10 Desember 1948. Deklarasi tersebut dilatarbelakangi oleh usainya perang dunia II dan banyaknya negara-negara di Asia dan Afrika merdeka dan bergabung dalam United Nation of Organization ( UNO )atau Perserikatan Bangsa-Bangsa ( PBB ), yang tujuan awalnya adalah untuk mencegah terjadinya perang dunia kembali.
2
Etika Kebebasan Beragama
Politik menyatakan dasar yang menafikan kebebasan seseorang untuk
mengamalkan agamanya merupakan satu kezaliman rohaniah. Kebebasan
beragama merupakan satu konsep perundangan yang berkaitan, tetapi tidak
serupa dengan, toleransi agama, pemisahan di antara agama dan negara,
atau negara sekular (laïcité)4.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang diterima oleh 50
anggota Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948, dengan lapan
berkecuali, di Paris, mentakrifkan kebebasan beragama sebagai: "Setiap
orang berhak kepada kebebasan berfikir, berkeyakinan dan beragama; hak-
hak ini termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan, dan
kebebasan, sama ada sendirian atau dalam masyarakat bersama orang lain
dan dalam ruang awam atau peribadi, untuk menzahirkan agama atau
kepercayaannya dalam pengajaran, amalan, penyembahan dan pengamalan
agama."
Kebebasan adalah sebahagian daripada hak‐hak manusia yang bersifat
asasi. Semua agama, tradisi, negara, tamadun dan perlembagaan
mengiktiraf kenyataan ini. Di Malaysia sebahagian daripada hak-hak tersebut
terkanun di dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun,
pada praktiknya tidak semua daripada hak‐hak tersebut benar‐benar
signifikan kerana terdapat sekatan-sekatan yang kelihatan melampau
4 Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.
3
Etika Kebebasan Beragama
dikenakan. Ini kerana meskipun sekatan‐sekatan tersebut yang dikenakan
oleh statut‐statut tertentu, dibenarkan oleh perlembagaan, pada hakikatnya
undang‐undang yang berkenaan telah menafikan hak‐hak yang sangat asasi
dan penting buat sesebuah demokrasi.
Keadaan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa perlembagaan
hanya agung pada teorinya sahaja. Boleh dikatakan bahawa masalah yang
wujud hari ini sebenarnya berpunca daripada ketiadaan arah dan falsafah
bagi menjamin pengekalan hak‐hak berkenaan dalam bentuk yang
bermakna. Dalam hal ini Suruhanjaya Reid5 kelihatan bersalah kerana terlalu
yakin bahawa kebebasan asasi telah memiliki asas yang kukuh di negara ini.
Walaupun begitu kerangka perlembagaan tidak seratus peratus bersalah
kerana apa yang dilihat sebagai pengikisan atau penafian hak‐hak
berkenaan, khususnya akhir‐akhir ini, turut berpunca daripada kurangnya
kefahaman tentang sifat dan pentingnya hak‐hak berkenaan, khususnya
dalam konteks demokrasi dan tabii manusia sebagai insan yang tinggi
darjatnya.
KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA DI BAWAH PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Perkara 11. Kebebasan Ugama.
5 Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
4
Etika Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya
dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika
pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada
kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama
yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak
a. menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
b. menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-
maksud ugama atau khairat; dan
c. memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan mengenai dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti
ugama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan
dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan
ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
5
Etika Kebebasan Beragama
Perlembagaan6 membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11
menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan
negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa doktrin7 atau kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam.” Perkara 3 dalam Perlembagaan menyatakan
bahawa, “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan “Parlimen boleh melalui
undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal
ehwal agama Islam.” Perkara 160 dalam Perlembagaan mentakrifkan orang
Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil
biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah Syariah bagi kes-kes
berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan
membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Undang-undang dan
dasar-dasar lain mengenakan beberapa sekatan terhadap kebebasan
beragama.
Sepanjang tempoh laporan ini, tiada sebarang perubahan dari segi
status menghormati kebebasan beragama oleh Kerajaan. Kerajaan
mengekalkan senarai rasmi 56 ajaran yang dianggap “sesat”8 dan
mengancam keselamatan negara. Kerajaan boleh menahan orang Islam yang
6 Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
7 Prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima.8 Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia
bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain.
6
Etika Kebebasan Beragama
menyimpang daripada ajaran asas Ahli Sunnah Waljamaah dan diwajibkan
menjalani “pemulihan” di pusat-pusat yang mengajar dan menguatkuasakan
amalan-amalan Islam yang dibenarkan pihak kerajaan. Umumnya, orang
Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam untuk menganut agama lain
secara sah tetapi penganut agama lain boleh menganut agama Islam.
Pegawai-pegawai di peringkat persekutuan dan negeri memantau kegiatan
agama Islam, dan mereka kadang-kadang mempengaruhi kandungan
khutbah, menggunakan masjid untuk menyampaikan mesej politik, dan
menghalang imam-imam tertentu daripada berucap di dalam masjid.
Kerajaan mengekalkan dua sistem perundangan, di mana mahkamah Syariah
mempunyai kuasa ke atas isu-isu agama dan kekeluargaan yang melibatkan
orang Islam, dan mahkamah sekular mempunyai kuasa ke atas isu-isu lain
berkaitan penduduk keseluruhan. Dasar-dasar kerajaan menggalakkan Islam
mengatasi agama-agama lain. Kumpulan agama minoriti9 umumnya bebas
mengamalkan kepercayaan mereka; tetapi beberapa tahun kebelakangan ini,
ramai telah menyuarakan kebimbangan bahawa sistem mahkamah sivil
secara beransur-ansur menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah
Syariah, terutama dalam hal-hal berkaitan undang-undang keluarga yang
melibatkan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam. Penganut
agama minoriti terus menghadapi sekatan dalam menzahirkan agama
mereka dan mendakwa berlaku pencabulan hak-hak harta. Kerajaan
menghadkan pengedaran bahan-bahan agama Kristian berbahasa Melayu di
9 Di Malaysia ada banyak isu berkaitan dengan agama yang perlu ditangani secara bijaksana. Yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu agama perlu berada di barisan hadapan dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang boleh membawa konflik terbuka di antara penganut-penganut pelbagai agama
7
Etika Kebebasan Beragama
semenanjung Malaysia dan melarang pendakyahan agama lain kepada orang
Islam oleh orang bukan Islam.
Terdapat sedikit laporan penganiyaan atau diskriminasi10 masyarakat
berdasarkan pertalian, kepercayaan atau amalan agama. Kerajaan A.S.
berbincang tentang kebebasan beragama bersama Kerajaan Malaysia
sebagai sebahagian daripada dasarnya menggalakkan hak asasi manusia
secara menyeluruh. Wakil-wakil Kedutaan mengekalkan dialog yang aktif
dengan para pemimpin dan wakil kumpulan-kumpulan agama, termasuk
mereka yang tidak diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia.
Bahagian I. Demografi Agama
Negara Malaysia mempunyai kawasan 127,000 batu persegi dan
penduduk berjumlah 27.7 juta. Menurut bancian tahun 2000, 60 peratus
daripada penduduk mengamalkan agama Islam; 19 peratus agama Buddha;
9 peratus agama Kristian; 6 peratus agama Hindu; dan 3 peratus
Konfusianisme, Taoisme, dan kepercayaan-kepercayaan tradisi kaum Cina
lain. Kumpulan agama minoriti lain termasuk animisme, Sikh dan Baha’i.
Orang Melayu beragama Islam merangkumi lebih kurang 55 peratus daripada
jumlah penduduk. Tiga daripada lima parti politik utama adalah berlandaskan
bangsa dan agama. Majoriti penganut Kristian tinggal di negeri-negeri di
timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.
Bahagian II. Status Kebebasan Beragama 10 Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2008
8
Etika Kebebasan Beragama
Kerangka Undang-undang/Dasar
Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11
menyatakan “tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan
agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan
negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.” Undang-undang membenarkan orang ramai atau pertubuhan
menyaman kerajaan bagi pencabulan perlembagaan dalam kebebasan
beragama. Tetapi mahkamah persekutuan lazimnya menyebelahi kerajaan
dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara 311
menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan bahawa “Parlimen
boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi
mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 Perlembagaan
mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.
Mahkamah sivil umumnya menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah
Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan keluar daripada agama Islam,
dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada
agama Islam. Perlembagaan mengenalpasti raja-raja sebagai “Ketua Agama
Islam” di negeri mereka masing-masing. Undang-undang dan dasar-dasar
lain meletakkan beberapa sekatan dalam kebebasan beragama.
11 Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
9
Etika Kebebasan Beragama
Masjid-masjid ditadbir di peringkat negeri, dan bukan oleh Kerajaan
Persekutuan. Pihak berkuasa agama negeri melantik imam masjid dan
memberikan garis panduan bagi kandungan khutbah.
Kerajaan tidak mengiktiraf perkahwinan di antara pasangan Islam dan
bukan Islam. Pihak berkuasa negeri mentadbir undang-undang Syariah
melalui mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua
orang Islam. Undang-undang Syariah dan sejauh mana penguatkuasaannya
berlainan di antara negeri. Kerajaan negeri mengenakan undang-undang
Islam ke atas orang Islam dalam beberapa hal-hal budaya dan sosial tetapi
lazimnya tidak mencampuri amalan keagamaan masyarakat bukan Islam;
tetapi perdebatan berterusan tentang memasukkan unsur-unsur undang-
undang Syariah seperti khalwat (berdua-duaan di antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim), ke dalam undang-undang sivil. Pegawai
penguatkuasa agama mempunyai kuasa untuk menyerbu premis-premis
persendirian serta tempat-tempat awam. Kerajaan tidak menyediakan
maklumat jumlah serbuan yang dibuat oleh pegawai penguatkuasa agama.
Mahkamah Syariah tidak memberikan pertimbangan sama rata terhadap
testimoni wanita. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memajukan
hak-hak wanita mengadu bahawa golongan wanita tidak menerima layanan
adil mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan perceraian dan hak
penjagaan anak.
10
Etika Kebebasan Beragama
Pindaan Kanun Jenayah adalah prerogatif12 eksklusif Kerajaan
Persekutuan. Walaupun bertentangan dengan undang-undang persekutuan,
kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu menjadikan murtad, iaitu keluar
daripada agama Islam untuk menganut agama lain, satu kesalahan yang
membawa kepada hukum bunuh. Tiada siapa telah disabitkan atau dihukum
di bawah undang-undang ini, kerana undang-undang ini tidak boleh
dikuatkuasakan. Di peringkat nasional, orang Islam yang mahu menukar
agama hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada mahkamah
Syariah untuk mengisytiharkan mereka “murtad.” Ini secara langsung
melarang penukaran agama bagi orang Islam kerana mahkamah Syariah
jarang membenarkan permintaan tersebut dan boleh mengenakan hukuman
ke atas si murtad.
Pada bulan April 2009, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri
mengumumkan beliau mahu melaksanakan undang-undang Islam yang satu
bagi menggantikan undang-undang Islam yang berbeza-beza di antara
negeri. Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada institusi
keagamaan Islam tetapi bantuan kewangan yang lebih terbatas kepada
masyarakat bukan Islam. Pada bulan Januari 2009, kerajaan negeri Selangor
di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, memperuntukkan RM6 juta (US$1.7
juta) bagi tempat ibadat orang bukan Islam. Kerajaan persekutuan
memperuntukkan RM428 (US$125.9) juta bagi membina tempat ibadat orang
Islam, dan RM8.1 juta (US$2.4 juta) bagi membina tempat ibadat orang
12 Hak Mutlak
11
Etika Kebebasan Beragama
Kristian, Buddha, Hindu dan kumpulan agama minoriti lain di antara tahun
2005 dan 2008.
Kerajaan meraikan Hari Raya Puasa, Hari Raya Qurban, Maulud Nabi,
Awal Muharram, Hari Wesak, Deepavali, Thaipusam, dan Krismas sebagai
hari kelepasan am. Good Friday diraikan secara rasmi di Malaysia Timur.
Bahagian III. Status Penghormatan Masyarakat kepada Kebebasan
Beragama
Pemeluk baru agama, terutamanya mereka yang keluar daripada
Islam, mungkin menghadapi stigma yang teruk. Dalam banyak kes, pemeluk
baru agama menyorokkan kepercayaan dan amalan yang baru dianut
daripada penganut agama dahulu mereka, termasuk rakan taulan dan
saudara mara. Teks anti-semitik13, termasuk buku The Protocol of the Elders
Zion (Protokol Pendeta Yahudi), mudah didapati di kedai-kedai jalanan dan
kedai buku di seluruh negara. Kerajaan kadang-kadang menyekat
perbincangan awam tentang isu agama kontroversi seperti kebebasan
beragama, penukaran agama kanak-kanak di bawah umur, dan dialog di
antara agama.
Bahagian IV. Dasar Kerajaan A.S.
13 Semitik adalah istilah linguistik yang merujuk kepada subbahagian dari yang secara besarnya bahasa Afro-Asia Timur Tengah, iaitu bahasa Semitik, baik juga dari penutur mereka' sejajar dengan budaya, dan etnik. Walaupun terdapat banyak perdebatan tentang skop dari segi perkataan' "bangsa" yang digunakan dalam konteks genetik populasi dan sejarah, sebagai istilah linguistik keluarga bahasa adalah definisi-baik untuk menggolongkan silam dan versi moden bahasa Amhara, Arab, Aramia, Akkadia, Ibrani, Malta, Syriak, Tingrinya, dan lain-lain.
12
Etika Kebebasan Beragama
Kerajaan A.S. membincangkan kebebasan beragama dengan Kerajaan
Malaysia sebagai sebahagian daripada dasarnya untuk menggalakkan hak
asasi manusia menyeluruh.
Wakil kedutaan mengekalkan dialog yang aktif dengan para pemimpin
dan wakil pelbagai kumpulan agama, termasuk mereka yang tidak secara
rasmi diiktiraf oleh Kerajaan. Progam kedutaan termasuk lawatan ke Amerika
Syarikat bagi pendidik Islam dan lawatan untuk member syarahan ke
Malaysia oleh pemimpin masyarakat Islam Amerika. Kerajaan A.S. juga
membiayai geran masyarakat sivil dan geran program pertukaran bagi wakil
pertubuhan bukan kerajaan yang berkhidmat untuk menggalakkan tolak
ansur agama, menghormati kepelbagaian, hak asasi manusia, dan
keterbukaan di dalam negara.
MENGHAYATI KEBEBASAN BERAGAMA
Jelaslah perpaduan rakyat yang tinggi menjadi pemangkin kejayaan
dan kelangsungan pembangunan negara. Sesungguhnya rakyat Malaysia
khususnya generasi muda seharusnya memahami kedudukan fasal
kebebasan beragama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan ini
bertepatan dengan kehendak Islam sendiri yang turut menghormati hak asasi
manusia dalam soal beragama. Untuk menghalusi aspek kebebasan
beragama, ada baiknya kita tinjau apa yang dinyatakan Perlembagaan
negara. Kebebasan beragama jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
13
Etika Kebebasan Beragama
melalui Perkara 11 dan 12 yang antara lain menyatakan, “Tiap-tiap orang
berhak memeluk dan mengamalkan agamanya.” Juga ada diterterakan,
“Setiap rakyat berhak menguruskan hal ehwal agamanya, menubuhkan dan
menyelenggarakan yayasan untuk agamanya dan berhak memiliki harta dan
mentadbirkan harta itu. Inilah jaminan kebebasan beragama dalam
Perlembagaan Malaysia dan setiap rakyat seharusnya memahami dan
mematuhi. Sekarang kita mengambil sudut pandangan Islam berhubung
kebebasan beragama. Sememangnya Islam menggariskan panduan jitu dan
jelas agar kehidupan manusia di muka bumi ini berada dalam sentosa dan
saling hidup aman. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 256, Allah s.w.t berfirman,
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.” Satu lagi pernyataan Allah
berhubung kebebasan beragama menerusi Surah Al-Kahfi ayat 29
bermaksud, “Dan katakanlah kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka
sesiapa yang ingin beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin
(kafir) biarlah ia kafir.” Justeru, Allah telah memberikan pedoman lengkap
kepada kita berkaitan kebebasan beragama. Di sini bermakna Islam tidak
pernah menghalang orang bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-
masing selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada
masyarakat. Apa saja upacara berbentuk perayaan atau ritual tidak boleh
diganggu oleh orang Islam. Malah, Islam menjamin pemeliharaan harta
benda dan kehormatan nyawa sesama manusia. Hal ini boleh dirujuk kepada
sabda Rasulullah s.a.w berikut yang jelas memandu kita mengenai hak orang
bukan Islam. Lebih daripada itu, Rasulullah memberi amaran dan peringatan
14
Etika Kebebasan Beragama
kepada kita terhadap sebarang perlanggaran dan pencerobohan ke atas hak
orang bukan Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Sesiapa yang
menzalimi seorang mu’ahad (orang bukan Islam yang membuat perjanjian)
atau melanggar haknya atau membebankannya di luar keupayaannya atau
merampas apa saja daripadanya tanpa kerelaannya, aku sendiri akan
menuntut keadilan bagi orang yang tertindas itu pada hari pembalasan
nanti.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Seterusnya Nabi s.a.w meninggalkan peringatan ini kepada kita,
“Sesiapa yang menyakiti hati seorang zimmi (orang kafir yang patuh kepada
pemerintah Islam), aku adalah musuhnya dan sesiapa yang aku menjadi
musuhnya, maka aku akan memusuhinya pada hari kiamat.” Berikut
dipaparkan satu peristiwa bagi menggambarkan keadilan Islam dalam
menguruskan negara dan masyarakat. Dikisahkan berlaku seorang Islam
membunuh seorang kafir mu’ahad pada zaman Rasulullah, lalu Baginda
mengambil tindakan ke atas pembunuh itu dengan dikenakan qisas14. Setelah
dilaksanakan hukuman itu, Nabi mengatakan, “Aku ialah orang yang paling
(baik dalam) memenuhi tanggungjawab.” Menurut Imam Malik, seseorang
Islam yang membunuh orang bukan Islam hendaklah dikenakan hukuman
mati. Demikian Islam menjaga, memelihara dan membina kehidupan
bermasyarakat yang luhur dan harmoni tanpa mengetepikan hak orang
bukan Islam dan kerana faktor inilah keadaan masyarakat Islam sejak zaman
Rasulullah dan para sahabat Baginda seterusnya sehingga era kerajaan Bani
14 Hukuman Qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
15
Etika Kebebasan Beragama
Umaiyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah Turki, Islam berjaya disebarkan secara
meluas ke serata pelusuk dunia. Keindahan pekerti umat ditambah dengan
keadilan dalam Islam telah menambat hati orang bukan Islam sehingga
membuka hati mereka menerima Islam dengan fikiran terbuka. Oleh yang
demikian, rakyat Malaysia seharusnya memahami dengan sepenuh
penghayatan erti kebebasan beragama demi membina sebuah negara aman
harmoni sekali gus dapat memunculkan negara sebagai sebuah negara Islam
contoh. Bersatulah dan hapuskan prasangka buruk demi negara, bangsa dan
agama.
KEBEBASAN BERAGAMA MENURUT ISLAM
Sungguhpun menjadi kewajiban bagi ummat Islam menyeru manusia
ke jalan Allah, jalan yang benar, ummat Islam dilarang memaksa orang lain
memeluk Islam, Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam
agama Islam (yakni untuk memeluknya), sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kekufuran)……(Al-Quran Surah Al-
Baqarah: 256)
Allah s.w.t. menyeru ummat manusia yang berbilang kaum dan agama
supaya saling berkenal-kenalan satu dengan lainnya, Allah berfirman yang
bermaksud:
“Wahai Ummat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai
16
Etika Kebebasan Beragama
bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan yang lain.) Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi
Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu (bukan karena
keturunan ataupun bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan
Maha mendalam PengetahuanNya.” (Al-Quran Surah Al Hujurat : 13)
Islam merupakan sebuah agama yang sentiasa mengamalkan sifat
universal (‘alamiyyah)15, toleransi (tasamuh)16 dan kasih sayang
(mahabbah)17 dalam segenap perkara. Ini amat bertepatan dengan
maksudnya sebagai “selamat dan sejahtera”. Ketiga-tiga istilah tersebut
mempunyai hubung kait yang amat rapat antara satu sama lain.
KONSEP TOLERANSI
Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas
bahawa Islam membawa suatu ajaran yang bersifat universal (Rahmatan lil
‘Alamin). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk pada
kesesuaian dan kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan oleh
seluruh manusia18. Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam itu
adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia melambangkan nilai-nilai
“absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri.
15 Surah al-Anbiya’ 21:107.
16 Surah al-Baqarah 2: 256; Surah Yunus 10:99; Surah al-Hajj 22:40-41.17 Surah al-Hujurat 49:13.18 Sehubungan itu, dalam hal-hal ibadat seperti cara wuduk, perkahwinan, perwarisan harta pusaka
dan sebagainya tidak termasuk dalam pengertian universal tersebut. Sebaliknya Islam hanya menekankan soal nilai-nilai sosial atau kemanusiaan.
17
Etika Kebebasan Beragama
Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua
kerangka utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa
(tawhid) yang dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa batasan ras,
bangsa dan sempadan geografi. Kedua; penegasan prinsip-prinsip moral
seperti keadilan, mushawarah, tolong-menolong, melakukan perkara-perkara
yang membawa kepada kesejahteraan dan juga larangan daripada
melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana atau
kemusnahan19.
Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi
(tasamuh) sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam20. Islam bukan
agama yang berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini telah
dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana antara firmanNya
yang bermaksud:21
“Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat
baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan
(terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya
Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.”
Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah
alasan untuk tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik
19 Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran al-Qur’an Dalam Kehidupan Modern di Indonesia. Yogyakarta: Tiara Wacana, h. 286-287.
20 Lihat Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah: Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126.
21 Surah al-Mumtahanah 60:8.
18
Etika Kebebasan Beragama
terhadap orang lain yang berbeza keyakinan merupakan sebahagian
daripada syarat terpenting yang membawa kepada sifat toleransi.
Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah
yang juga merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang
bermaksud kasih sayang. Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih
sayang sesama insan terutamanya terhadap umat Islam dan sewajarnya juga
kepada non-Muslim yang tidak memperlihatkan permusuhan mahupun
penentangan terhadap Islam dan umatnya. Pendekatan ini selaras dengan
keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Justeru, mahabbah
dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi (tasamuh)
yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional
dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat
mengandungi maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding toleransi.
Ini kerana toleransi sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan
masyarakat hingga menimbulkan persoalan siapa yang perlu “bertolak” dan
siapa pula yang perlu "beransur". Lantaran itu jugalah terdapat pihak-pihak
tertentu yang mula berani mencabar kredibiliti dan keluhuran Perlembagaan
Persekutuan sejak akhir-akhir ini.
Dalam hal ini, toleransi beragama atau mahabbah yang dituntut oleh
Islam bukanlah bersifat pasif. Sebaliknya ia perlu bersifat proaktif dan positif
iaitu bersedia untuk mencari nilai “persamaan” di sebalik perbezaan demi
19
Etika Kebebasan Beragama
menghargai prinsip hidup dan keyakinan individu lain22 dan seterusnya dapat
dizahirkan melalui interaksi yang telus dan rasional. Sebagaimana yang
terkandung di dalam Surah al-Hujurat 49:13, keanekaan ras, bangsa dan
budaya merupakan suatu keadaan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. kepada
manusia agar bersikap pluralistik dengan saling kenal-mengenali (li ta‘arafu)
dan faham-memahami (tafahum) antara satu dengan yang lain.23 Justeru,
dengan berasaskan kepada tasawwur awal serta prinsip-prinsip mahabbah
atau toleransi beragama ini, kajian ini akan cuba memaparkan realiti,
cabaran dan cadangan yang sewajarnya diperhalusi dengan lebih tulus dan
rasional bagi mencapai hasrat yang dinginkan sejajar dengan pernyataan
yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
CABARAN DAN REALITI
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa kini dalam
mengekalkan hubungan mahabbah atau toleransi beragama di negara ini.
Antara halangan yang utama kini adalah kesenggangan generasi (generation
gap). Mungkin ada benarnya apa yang pernah dikatakan oleh Ibn Khaldun
iaitu satu generasi bersamaan dengan 40 tahun umur alami. Ini bermakna
generasi kini merupakan generasi kedua selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan dan pada generasi inilah lazimnya semangat juang menjadi
semakin pudar. Justeru tidak hairanlah sekiranya ikatan perjanjian yang
22 Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media Dakwah, h. 205.23 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal dalam Pembinaan Ummah
Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat et al. (eds.), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 259.
20
Etika Kebebasan Beragama
pernah dipersetujui bersama setiap kaum suatu ketika dahulu dipersoalkan
semula disebabkan sikap saling mempercayai dan menghormati yang telah
mulai luntur.
Fenomena yang berlaku ini juga adalah disebabkan perubahan gaya
hidup yang berlaku akibat daripada kepesatan aliran sistem komunikasi dan
informasi antarabangsa. Hal ini telah meluaskan lagi ruang setiap
masyarakat untuk bersikap individualistik, seterusnya melunturkan rasa
kepedulian terhadap sosial, terperangkap dalam kehidupan hedonistic yang
akhirnya memperkukuh kelunturan idealisme serta semangat juang dan juga
sikap agnostic (tidak acuh) terhadap kepentingan agama di kalangan warga
Malaysia.24
Di samping itu juga, dominasi kaum atau etnik tertentu terhadap
sesuatu agama adakalanya mempengaruhi interaksi sosial antara
masyarakat majmuk di Malaysia. Ini kerana apabila setiap etnik atau kaum
akan sentiasa memperlihatkan usaha menzahirkan dan memurnikan
kehidupan beragamanya masing-masing, pastinya akan menimbulkan
persaingan yang berbentuk eksklusivistik keterlaluan yang membawa kepada
salah faham dan ketegangan. Keadaan ini lebih jelas dilihat berlaku kepada
kaum atau etnik Melayu khasnya. Justeru, kebanyakan konflik yang berlaku
walaupun berkaitan dengan perkauman, ia sering sahaja mengheret agama-
agama tertentu terlibat sama. Konflik-konflik sebegini juga sering kali
24 Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan, h. 10.
21
Etika Kebebasan Beragama
berpunca daripada sifat “dua muka” yang wujud pada setiap agama. Pada
satu sudut, agama memiliki nilai-nilai yang bersifat inklusif, universal dan
transenden. Namun pada sudut yang lain pula agama turut mengandungi
hal-hal yang bersifat eksklusif, partikular dan primordial.25 Ketidaktepatan
dalam memahami sifat “dua muka” ini merupakan penyebab kepada
terjadinya antagonisme antara masyarakat berbilang agama.26 Inilah yang
telah mewarnai sebahagian besar daripada punca berlakunya konflik atau
rusuhan di Malaysia dan begitu juga di kebanyakan negara lain.
Bermula daripada sikap tersebut juga telah mendorong pula kepada
sikap inklusivistik yang keterlaluan dengan meletakkan semua agama adalah
sama. Fenomena ini telah mencetuskan faham pluralisme agama yang
diasaskan kepada Kesatuan Transenden Agama-agama (Trancendent Unity of
Religions) yang menanggapi kebenaran mutlak tentang Tuhan adalah milik
bersama semua agama, sekaligus membenar dan menyama tarafkan semua
agama.27 Gerakan pemikiran tersebut kini giat dilakukan terutamanya oleh
kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Perkara ini seharusnya
ditangani dengan segera secara ilmiah agar tidak menimbulkan kekeliruan
dan perpecahan di kalangan umat Islam.
25 Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42.26 Dalam konteks politik dan ideologi, hal semacam ini boleh dibaca dalam semangat perdebatan
yang kental perbezaan absolutismenya antara penganut agama. Terutama sekali dalam upaya mereka menetapkan dasar negara, sebagaimana yang diusahakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
27 Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.
22
Etika Kebebasan Beragama
Berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat majmuk
di Malaysia pada masa kini, amalan mahabbah atau toleransi beragama di
Malaysia tidak berlangsung dengan cara yang telus dan bersungguh,
sebaliknya ia boleh dianggap hanya bersifat kosmetik. Keharmonian yang
bercorak tempelan sebegini boleh mengundang kepada risiko perpecahan
kerana ia lebih bersifat utilitarian dan tidak berasaskan “idealisme tulen”.28
Dengan kata lain, keharmonian yang terzahir hanya berada pada aras
permukaan sahaja. Kalaupun ada kesungguhan dibuat untuk tujuan tersebut,
ia hanya berlaku di kalangan kelompok-kelompok kecil terutamanya
golongan intelek di kawasan bandar dan tidak meliputi kesemua etnik
khususnya di kawasan pedalaman.
Hakikatnya tahap integrasi antara kaum dan agama sehingga ke hari
ini masih sukar untuk mencapai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu
asimilasi29 dan amalgamasi.30 Jika dinilai melalui model integrasi Ali Mazrui,
hubungan antara kaum yang berlaku di negara ini berada pada tahap “a
relationship of compromise”. Tahap ini menampakkan peningkatan kepada
perhubungan yang berlandaskan kompromi antara kaum atau etnik. Para
pemimpin setiap kaum atau etnik terpaksa meningkatkan tahap
persefahaman dengan menerima beberapa dasar kerajaan yang bertujuan
membina bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan mengenepikan fahaman
28 Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci Kestabilan Negara” dalam Islam Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 497.
29 Satu proses yang adakalanya dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya. Konsep asimilasi menjelaskan kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan berkait rapat.
30 Suatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
23
Etika Kebebasan Beragama
sempit yang bersifat perkauman. Walaupun masyarakat Malaysia sudah
berada pada tahap tersebut, proses integrasi ini tidak menampakkan
transformasi berterusan menuju ke tahap yang seterusnya iaitu “the stage of
coalescence”. Ini kerana memerlukan penyatuan masyarakat dari pelbagai
kaum atau etnik sebagai asas bagi penyempurnaan sebuah masyarakat baru
yang sekaligus akan menyebabkan kaum pendatang kehilangan sebahagian
besar daripada identiti asalnya.31
PENUTUP
Keadaan yang dialami kini amatlah membimbangkan. Ini kerana
pengabaian terhadap budaya toleransi beragama ini mampu mendatangkan
bencana kepada negara. Justeru, sewajarnya kita perlu bersama-sama
menangani persoalan toleransi beragama sebagaimana yang diasaskan oleh
ajaran Islam yang rahmah.
Sehubungan dengan itu, pendekatan secara defensif dengan
menganggap isu agama merupakan suatu yang sangat sensitif untuk
diperbincangkan perlu ditinggalkan. Sebaliknya pendekatan secara ofensif
perlu diambil dalam usaha mewujudkan toleransi beragama di Malaysia, iaitu
dengan menghargai persamaan dan perbezaan yang wujud dalam setiap
agama. Kejahilan tentang perkara ini akan menimbulkan kekeliruan dan
salah faham yang mampu mendorong pembinaan “tembok” tersendiri,
31 Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”, dalam Kuper, Leo & Smith, M.G. (eds.), Pluralism in Africa. Berkeley: University of California Press, h. 334; Mohd Anuar Ramli (2003), op.cit., h. 112-114.
24
Etika Kebebasan Beragama
sekaligus menghalang terjadinya interaksi agama yang akhirnya
mengakibatkan persengketaan dan permusuhan.
Hasrat ini pastinya memerlukan tindakan yang bersepadu dan
berkesan untuk setiap lapisan masyarakat. Antara metode terbaik yang boleh
dilakukan kini adalah dengan memperbanyak dan mempelbagaikan bentuk
interaksi agama di kalangan masyarakat. Di samping memperbanyakkan
program-program dialog dan perbincangan di kalangan tokoh-tokoh agama,
ia seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan IPT agar sikap prejudis
dan salah faham di kalangan setiap penganut agama terhadap penganut
agama yang lain dapat dibendung dan dikawal pada peringkat awal lagi.
Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya
bertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/disiplin agama-
agama di Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain daripada itu juga,
kerajaan perlu berusaha memperkukuhkan kefahaman seluruh warga
Malaysia terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman untuk menghormati
pernyataan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
sebagai jati diri bangsa Malaysia. Untuk itu, media elektronik dan media
massa perlu berperanan sebagai wadah informasi berkesan dalam menyalur
dan menanamkan kefahaman tentang perkara ini kepada seluruh lapisan
masyarakat terutamanya generasi muda.
Secara keseluruhannya ternyata Islam adalah asas yang menunjangi
seluruh kehidupan manusia meliputi agama, budaya mahupun tamadun
25
Etika Kebebasan Beragama
dalam menghadapai sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi ini kita
harus bersikap secara kritis dan selektif untuk menentukan elemen-elemen
yang sesuai dan positif dengan budaya tempatan kita. Ini kerana kebudayaan
Islam adalah kebudayaan yang akomodatif, memiliki keterbukaan yang
cukup luas untuk menampung dan sekaligus mengintegrasikan unsur-unsur
positif dari budaya asing. Secara langsung ia menjamin suasana yang rukun
damai dan harmoni dapat dirasai oleh seluruh masyarakat beraneka agama
dan bangsa di Malaysia.
RUJUKAN
01. Al-Quran Al-Karim.
02. Abdul Aziz Bari, “The Politics of Human Rights”, Sunday Sun, 10 August
1997, hal. 18.
03. Mohamed Suffian bin Hashim, Tun, An Introduction to the Constitution of
Malaysia, edisi kedua, (1976), hlm. 206.
04. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(4).
05. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(3) dan kes‐kes seperti Mohamed
bin Abdullah v PP [1980] 2 MLJ 201, Sim Kee Ghuan v PP [1982] 2 MLJ
382 dan PP v Vengadasalam [1990] 1 MLJ 507.
26
Etika Kebebasan Beragama
06. Abdul Aziz Bari, “Di Malaysia tidak ada Kebebasan Akhbar!”, Eksklusif,
Bil. 42, 31 Januari 2000, hal. 17.
07. Abdul Aziz Bari, “Murtad dalam konteks Kebebasan Beragama di
Malaysia”, (1998) 3 JUUM 54.
08. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (INTAN) 1991.
09. Syahrin Harahap (1997), Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaran
al-Qur’an Dalam Kehidupan Modern di Indonesia. Yogyakarta: Tiara
Wacana, h. 286-287.
10. Le Bon, Gustave (1969), Hadarat al-‘Arab. Zu‘aytir, ‘Adil (terj.), Kaherah:
Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi, h. 126.
11. Muhammad Natsir (1983), Islam dan Kristen di Indonesia. Jakarta: Media
Dakwah, h. 205.
12. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenal
dalam Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat et al.
(eds.), Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 259.
13. Ghazali Basri (Dr.) (2004), Islam dan Keharmonian Hidup Beragama di
Malaysia: Prospek dan Cabaran. Selangor: Akademi Kajian
Ketamadunan, h. 10.
14. Bahtiar Effendy (2001), op.cit, h. 42.
15. Alwi Sihab (1999), Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam
Beragama. Bandung: Penerbit Mizan, h. 23-27.
27
Etika Kebebasan Beragama
16. Abu Hassan Othman (2005), “Hubungan Harmoni Antara Kaum Kunci
Kestabilan Negara” dalam Islam Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 497.
17. Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”, dalam Kuper,
Leo & Smith, M.G. (eds.), Pluralism in Africa. Berkeley: University of
California Press, h. 334; Mohd Anuar Ramli (2003), op.cit., h. 112-
114.
28