Etika dalam kerjaya guru
-
Upload
mohd-rosli -
Category
Education
-
view
316 -
download
1
Transcript of Etika dalam kerjaya guru
Nilai dan Etika Dalam Kerjaya Guru
BIODATA DIRINama: Mohamad Rosli Bin KasimD20111047562Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar,
Kampar Perak.
Jawatan di UPSIAJK Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu KeduaAJK Program Malam Apreasi Persada dan Mesyuarat Agung 2012/2013AJK Program Kembara Bahasa UpsiAJK Program Pemantapan Pengurusan OrganisasiAJK Program Melestarikan Transformasi Persada 2013
Jawatan di sekolahAJK Kejohanan Sepak Takraw Liga JPN SIRKIT 3 2014 Peringkat Daerah AJK Majlis Perasmian Penutupan Bulan Patriotik 2014 dan Sambutan Hari MalaysiaAJK Program Bulan ASEAN SMK KamparAJK Majlis Solat Hajat Pelajar PT3 dan SPM SMK KamparAJK Kejohanan Sukan SMK Kampar
DEFINISI ETIKA
• Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).
• Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
• Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
• Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
• Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
KOD ETIKA PERGURUAN
• Kod etika perguruan sama seperti profesion yang lain seperti
kejuruteraan, perubatan, dan guaman yang mempunyai kod
etikanya sendiri.
• Seorang guru perlu mematuhi kod etika demi menjaga imej,
status, maruah, akhlak dan keperibadian seorang guru.
• Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Perguruan” yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan
garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
• Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
• Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarangkegiatan masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,institusi pendidikan dengan masyarakat.
• Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang bolehmencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagaiguru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan
• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Laman Blog