ETIKA BERPAKAIAN - Khidmat · PDF fileCara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan...
-
Upload
hoangquynh -
Category
Documents
-
view
322 -
download
5
Transcript of ETIKA BERPAKAIAN - Khidmat · PDF fileCara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan...
1
ETIKA BERPAKAIAN
Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan
etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian yang bersih, kemas dan
bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pagawai dan staf.
Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat
hendaklah dipatuhi:
Pakaian Lelaki:
Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, ”lounge
Suite” atau ”Bush Jacket”
Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna
gelap.
Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional diwajibkan
memakai tali leher pada setiap masa.
Baju kemeja berlengan panjang dan :-
a) berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang tiga.
b) berkolar Baju Melayu cekak musang berbutang lima.
c) berkolar nehru berbutang berselindung.
d) berkolar mandarin berbutang tiga.
e) berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah
dimasukkan ke dalam (tuck in).
Nehru suit yang diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai:-
a) berbutang hadapan.
b) berbutang terselindung.
Wajib memakai Baju Kemeja Batik Berlengan Panjang (Buatan Malaysia)
setiap Khamis
2
Pakaian Wanita:
Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan
amalan akhlak yang mulia.
Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Baju kurung.
Baju kebaya labuh dan longgar.
Pakaian kebangsaan mengikut kaum.
Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh.
Lounge Suit (meliputi skirt labuh, skirt pendek dan 2-piece atau 3-piece
pant suit)
- Warna, corak dan bahan yang sama;
- Potongan jaket berkolar atau tidak berkolar
- Jaket berlengan panjang dan labuh menutupi pinggul;
- Jaket berbutang atau berzip di hadapan;
- Seluar panjang polos yang tidak ketat dan menjolok mata;
- Skirt pendek hendaklah melebihi paras lutut;
- Berwarna gelap bersesuaian dengan imej korporat.
Kasut bertutup.
Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian
sahaja.
Wajib memakai Baju Batik (Buatan Malaysia) setiap Khamis
3
PAKAIAN YANG DIBENARKAN (WANITA)
Baju Kebaya labuh dan longgar
Baju Kurung
4
2- piece suit (skirt labuh)
3- piece suit (skirt labuh)
5
2-piece pant suit
3-piece pant suit
6
Pakaian tradisional mengikut kaum
7
PAKAIAN YANG DIBENARKAN (LELAKI)
Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher
Baju Melayu Cekak Musang bersamping lengkap
8
Baju Melayu Teluk Belanga (Johor) bersamping lengkap
9
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Cara berpakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja;
Berpakaian yang memberi sangkaan ianya seolah-olah hendak
menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan.
Pakaian yang menjolok mata.
’Jeans’ atau ’slacks’.
Seluar pendek
Pakaian yang menutup muka.
Kasut sukan dan selipar/ sandal.
Mewarnakan rambut.
Skirt dan blaus (kecuali mengandung)
Seluar panjang dan blouse tanpa jaket (untuk wanita).
Seluar panjang dan blaus tanpa jaket
10
Jubah/ Abaya
Skirt dan blaus (kecuali mengandung)
11
Kebaya ketat, pendek, jarang dan terbelah
Baju melayu (tidak lengkap - tanpa samping dan songkok)
12
Baju casual (t-shirt, jeans)
Berkopiah/ Berketayap